Friday, January 30, 2004



American Idol kembali dengan musim baru dan sedang ditayangkan di tcs5 setiap hari Rabu dan Khamis jam 10.00 malam. AI bukan termasuk dalam senarai rancangan fav aku tapi aku tonton sebab suka tengok gelagat manusia..macam-macam cara manusia lakukan untuk jadi terkenal. ini adalah musim ke tiga rancangan ini diterbitkan. musim pertama pemenangnya adalah Kelly Clarkson yang sudah terkenal dengan lagu Miss Independent manakala musim kedua dimenangi oleh Ruben Studdard, masih belum dikenali di sini, mungkin. Tetapi Clay Aiken, pemenang tmpt kedua lebih menonjol daripada Ruben. "Even though Ruben won the contest, Clay may overtake him with his debut album" kata-kata pengulas di sana .So apakah perbezaan antara American Idol (AI) dengan Akademi Fantasia (AF)? Terus terang aku cakap yang aku tidak pernah menonton Akademi Fantasia tapi aku memang baca setiap ulasan tentang AF sehingga aku naik muak dan jelak. {Anda boleh pi ke lelaman Sultan Muzaffar untuk rujukan} Aku tak tengok bukan sebab rumah aku takde disc astro.. mmg ader pun cuma tak berfungsi semata2 astro pernah di suatu masa dan suatu ketika dulu memberhentikan penyiaran wrestling.. hahaha.. itu abah aku punya hallah.. hehe. alasan..alasan.

Ok, back to the story. AI originalnya berasal dari UK dengan nama asalnya Pop Idol. Rancangan yang mencungkil bakat orang2 British. Di US, rancangan ini diterbitkan oleh Fox Tv, rangkaiannya meluas dan bukan televisyen berbayar seperti Astro. Pemilihan peserta AI dirakamkan sejak dari awal lagi dan mereka pergi ke serata negeri di US untuk memilih peserta. AI mempunyai 3 hakim yang akan memberikan komen dan kritikan serta memilih peserta yang benar-benar berbakat sahaja. Hakim pertama adalah Paula Abdul, penyanyi yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau telah banyak kali memenangi anugerah sepanjang karier nyanyiannya seperti The Grammy, MTV Awards dan sebagainya. Hakim kedua adalah Simon Cowell yang asalnya mengadili PoP Idol versi UK. Beliau adalah eksekutif di BMG Record yang mempunyai rekod cemerlang dalam menerbit dan memasarkan album di bawah syarikat tersebut. Simon mendapat paling banyak kritikan dan kutukan kerana beliau suka memberikan komen yang kurang menyenangkan, memalukan dan berbaur sindiran kepada peserta AI. Hakim ketiga adalah Randy Jackson, seorang penerbit album yang pernah memenangi Grammy Award. Telah menerbitkan album dan mengendalikan konsert untuk Mariah Carey, Whitney Houston, Celine Dion, *NSYNC, Madonna, Elton John, Destiny's Child dan ramai lagi. Pengacara rancangan ini adalah Ryan Seacrest, 29 tahun anak muda yang berbakat dalam besar dalam bidang penyiaran dan bekerja sebagai DJ radio di Los Angeles radio station, Star 98.7 FM.

Permulaan rancangan ini akan menyiarkan audition dari negeri yang dilawati. Peserta yang terpilih kemudiannya akan diterbangkan ke Hollywood untuk 2nd stage audition sehinggalah mereka menemui 10 peserta yang benar-benar layak untuk ke peringkat akhir. Di peringkat akhir peserta akan diadili dan setiap minggu seorang demi seorang akan disingkirkan sama seperti AF. Akan tetapi hakim tetap mempunyai hak untuk memberikan markah kepada peserta dan seperti AF, penonton berhak memberikan undian mereka. Oleh kerana Fox Tv dipancarkan ke seluruh negara, jadi pengundian penonton tidak terhad kepada sekelompok golongan sahaja. Satu lagi, peserta AI tidak berkurung dalam rumah. Mereka dibawa ke pelbagai promosi AI. Hubungan mereka dengan dunia luar tidak disekat. Inilah yang membezakan antara AI dan AF. Btw, AF akan kembali dengan Imbasan AF yang akan disiarkan di NTV7 awal Februari ini. IAF akan mengimbas semula AF yang pernah disiarkan dulu serta memberi peluang untuk penonton sekali lagi mengundi peserta pilihan mereka melalui sms . Bagi mereka yang pernah disingkirkan, inilah peluang kedua untuk menonjolkan bakat mereka pada seluruh Malaysia dan kepada yang tidak pernah menonton AF seperti saya. Kepada sesiapa yang teringin menonton AI, anda boleh menontonnya bermula awal Februari ini di 8TV dan di Astro saluran Star World. kenapa #tv Malaysia selalu ketinggalan??



nguLat ngepost | 11:08 PM | |

Wednesday, January 28, 2004

baru je lepas tgk explorace episod 2 setelah aku terlepas first episode 2 minggu lepas. episod explorace kali ni disertai oleh peserta wanita..aweks!! first team syari dan hana, second team ayu dan zoro. syari n hana sebenarnya standby team tapi dapat masuk setelah ada team aweks lain menarik diri. isk..dah dapat masuk tarik diri plak. mesti ada sebab tu. team pilihan aku masa nonton tadi adalah ayu n zoro, tapi nampaknya team syari n hana yang menang. they deserve it. aku tak mo citer panjang, maybe saudara nizam zakaria n the geng yang akan buat ulasan episod ini. bagi aku oklah explorace ni. reality show ala malaysia. well memang berbeza dari amazing race terbitan cbs yang dah cecah 4 musim, dan sedang mengadakan pemilihan untuk musim ke 5. perbezaannya adalah amazing race disertai 12 kumpulan, in duo berentap serentak merentas dunia, travel round the world termasuk malaysia dan hadiahnya lebih lumayan, US$1 juta beb. sapa sampai paling akhir akan dieliminated satu persatu setiap episod. pemenang bagi musim ke 4 adalah pasangan 'married gay' reichen & chip. ahaaa survivor is coming back. kali ni memang best. tak sabar wei nak tengok isnin ni.



nguLat ngepost | 10:48 PM | |

Tuesday, January 27, 2004

aku tak tahu kenapa aku begini. aku tak tahu kenapa aku masih mengingati 'dia'. aku tak tahu kenapa aku masih memberi ruang kepada dirinya di hati aku. aku marah dengan diri aku sendiri. aku tidak mampu melupakan dia. apa istimewanya dia? aku selalu bertanya sendiri. aku tak pasti apa kelebihan dia sehingga aku belum mampu memadamkan dia dari hatiku. aku tahu aku tak pernah singgah hatta bertahta dihatinya. cuma aku yang terlebih merasainya. cuma aku yang perasan. cuma aku yang rindu. cuma aku yang punya rasa cinta. atau aku yang cemburu dengan kebahagiaan yang dia kecapi sekarang? ya..mungkin aku cemburu atau mungkin sahaja aku rasa sakit hati sebab tidak dapat memiliki hatinya. aku sering sahaja terserempak dengan seseorang yang hampir menyerupai dirinya. susuk tubuh, gaya jalan, percakapannya sering bermain dimataku. kadang-kadang aku jadi bosan berperasaan begini. bosan bila berselisih dengan klon dia. bila terjumpa aku hampir sahaja berada separa sedar mengingati dirinya. ah! akulah yang berperasaan sendiri. akulah yang menyakiti hati sendiri. melukai jiwa. aku bukannya bersedirian sekarang namun bayangan dirinya belum mampu aku padam. seketika bertahta selamanya di jiwa. telah aku luahkan rinduku yang lesu ini... namun jawapan yang ku terima pahit belaka. gal, kau patutnya melenyapkan rindu itu. jangan biarkan ia menjadi parut yang bernanah. kau kasih yang tidak kesampaian.



nguLat ngepost | 11:39 PM | |

Monday, January 26, 2004

uiks! dah empat hari cuti tetiba naik keje rasa mcm malehnya. selagi belum tutup mata, keje..keje..keje hehe.. ari ni, esok ngan lusa abah aku kat gh-hsa. ader pemeriksaan kat jantung dia. ari ni cuma rehat2, esok tgk2 mana yg tersumbat, lusa balik. harap abah cepat sembuh n sihat hendaknya. ni baru balik dari gh tgk abah. senang hati tgk dia ader geng nak berbual. takle aku risau serisau masa dia masuk icu kat puteri specialist bulan 10 thn lepas. skang barulah aku rasa ader skit tanggungjawab kena jaga parents bila dah mcm ni.. btw, hepi belated birthday to my new fren, yatie pd 23/1 yang lalu. wish u all the best k.



nguLat ngepost | 12:53 PM | |

Saturday, January 24, 2004

khamis lepas adalah satu percutian yang amat menyenangkan. walaupun aku tidak kemana-mana, hanya berada di sekitar jb, namun ia tetap meninggalkan memori buat aku. sehari bersamanya membuatkan aku terasa amat dicintai dan dihargai. bertambah kuat rasa cintaku kepadanya. bertambah sayang diriku dengan dia. layanan dan kasih sayangnya tidak pernah kurang kepadaku. aku cuba melakukan yang terbaik untuknya. berjauhan amat menyeksakan dan pertemuan harus dipergunakan sebaiknya. terima kasih sayang atas segalanya dan sekali lagi rindu bertandang di hati ini.



nguLat ngepost | 2:09 PM | |

Wednesday, January 21, 2004


cinta kau dan aku abadi selamanya.
i love u so much sayang.



nguLat ngepost | 3:42 PM | |

Tuesday, January 20, 2004

hujan yang turun bagaikan mutiara..jbz dah start dilanda hujan kembali. td jejalan jap lepas pi jumpa bos. aku nampak buku cartoon shinchan..comeiinya dak tu. apalagi aku pun belilah. sajer buat koleksi. alamak my gal camner ntah dia ni mmg tak jaga diri bebaiklah. boleh terseliuh plak tgn tu. lagi dua hari nak jumpa. risau gak aku nanti camne dia nak drive jejauh. dia kata ok, tapi aku mestilah risau. aku dah booking hotel utk kami berdua. tak jadilah nak bawa dia tido kat rumah. takde privacy..hehe. btw, aku nak ucapkan terima kasih buat saudara nizam zakaria yang sudi mengunjungi laman blog aku yang tak seberapa ni. chewahh merendah diri plak.



nguLat ngepost | 3:56 PM | |

Monday, January 19, 2004

semalam aku lepak je kat rumah. betul2 lepak sebab aku sakit perut. apa lagi kalau bukan sebab period. idea asal nak kemas bilik pun tak buat. my gal nak datang so kenalah kemas mana-mana yang patut. aku tak display lagi hadiah yang dia berikan pada aku. mesti dia nak tgk. apa nak buat, takde tempat aku nak letak. aku dah cari rak buku yang baru, yang aku minat kat giant, but dah sold out, xder stok. diorg ni pun satu, klu xder stok jgnlah tayang benda tu lagi. buat aku geram jek. nampaknya kena kemas bilik waktu malamlah.. td selepas minum pagi kat kotaraya, aku pi JBS jap. ingat nak tengok2 je, nak cari magz Hype!. tgk2 ader, aku pun sambar satu. saja nak baca sebab aku pernah baca blog salah seorg penulis dia. ermm aku tak link lagi blog dak ni, nantilah aku cari. past tu aku cari Remaja, tgk ada isu 'cintaku kecundang di tangan pengkid'. wah menarik utk dibaca. aku amik dan terus pi bayar. lepas bayar aku sajer telek kat tmpt magz serius..ermm ader pun Massa. aku amik n terus pi kaunter lagi, bayarlah. dah beli 2 majalah hiburan, kena gak beli yg serius. aku mmg baca Massa sejak kat uni lagi. masa kat uni murah diskaun setengah harga for uni student. dari 6 rgt ke 3 rgt je. bila dah tak jadi student ni, aku jarang beli. mana larat sebulan 4 kali keluaran dia. aku beli bila ada isu menarik dibincangkan n bila aku ader fulus lebih..hehe. ade 3 magz yang menanti utk dikhatamkan. dah mmg sesuai ngan hobi aku yang suka membaca. tak kisah serius ke, hiburan ke semua boleh masuk. janji ngam. aku tak beli buku baru lagi. nak baca buku motivasi pulaklah. ermm..budget bulan depan k. aku masih teringat sms sayang mlm tadi..dia kata rindu n gersang..hehe. tak penah dia cakap camtu ngan aku. nak gelak aku baca perkataan gersang tu. tahu pun awak ek..huhuhuhu..



nguLat ngepost | 12:32 PM | |

Sunday, January 18, 2004

bengkak dan pedih rasa mata ni. sedih sgt mlm ni, dia pun sedih cam aku. sedih sebab rindu. sedih dengan problem yang kitaorg hadapi sekarang. rasa pilu dan rindu menyucuk betul. dah tak larat rasanya menanggung rindu yang amat sarat ni. aku dah tak kuat skang ni, rasa mcm sensitif sgt plak. pergilah wahai masalah.. aku dah malas nak menghadapinya.



nguLat ngepost | 12:49 AM | |

Saturday, January 17, 2004

aku tak ingat hari ni adalah hari ulangtahun pertemuan aku ngan dia yg ke..4th month. mcm dah lama je smp boleh lupa. dia wish aku pagi td dlm pkl 8.15. terperanjat aku sebab terlupa. selalunya aku mmg ingat hari istimewa dlm hidup aku. agaknya sebab aku tido lewat mlm tadi smp boleh lupa. mana taknya aku tido pkl 4 pagi bgn pkl 7 pagi... perghh senoning kepala ni tido tak cukup. aku kat ofis skang ni. ari ni keje coz ada function kat sini. kena uruskan itu ini. berborak ngan m*** mlm tadi berjam2.. merapu je banyaknye.. hehe.. tgh bahagia yea awak sekarang.. ermm sedihnya kita ni dah sebulan x jumpa..uwaaa.



nguLat ngepost | 1:51 PM | |

Friday, January 16, 2004

akhirnya i made my decision, aku tolak peluang tu setelah aku 'menginterview' puan yang telefon aku tu. aku tolak sebab jawapan-jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati aku, aku tolak sebab aku malas nak lompat kerja becoz ni kerja kontrak jek, aku tolak setelah aku tanya kekawan yang lain, aku tolak sebab aku pun dah bekerja, aku tolak sebab aku diberi masa singkat utk memikir semula dan mengenang saat diinterview setahun yang lalu.. hehehe.. menyesal? entahlah. manusia ni selalu tidak bersyukur dengan rezeki yang diberikan. sudahlah, jgn nak di fikir lagi.



nguLat ngepost | 12:04 PM | |

aku tgh bingung.bingung.bingung. utk masa depan atau apa? agghhh bingung. setelah setahun berlalu, baru sekarang aku dapat. aku ditawarkan kerja kat tourism malaysia as pegawai penyelidik but kontrak je. kejenya soal siasat pelancong di pintu masuk negara. bukan soal siasatlah, tanya pendapat ttg negara ni je. aku sebenarnya selesa berada di sini. selesa sgt sehingga aku malas nak bergerak ke tempat lain. kat sini bebas, aku bebas menentukan segalanya. nak jawapan hari jugak. tak boleh ke aku beri jawapan esok ke, slps aku selidik betul2, minta petunjuk ke. aghhh bingung!



nguLat ngepost | 10:55 AM | |

Wednesday, January 14, 2004

...by sheila on 7

kita berlari dan teruskan bernyanyi
kita buka lebar pelukan mentari
bilaku terjatuh nanti
kau siap mengangkat aku lebih tinggi
uh uh uh

seperti pedih yang telah kita bagi
layaknya luka yang telah terobati
bila kita jatuh nanti
kita siap 'tuk melompat lebih tinggi
bersama kita bagai hutan dan hujan
aku ada karna kau telah tercipta
aah..aah..

ku petik bintang utk kau simpan
cahayanya tenang
berikan kau perlindungan
sebagai pengingat teman
juga sebagai jawaban
semua tantangan

sebelum waktu memisahkan detikmu detikku
sebelum dewasa, menua, memisahkan kita
degupan jantung kita akan selalu seirama
bila kau rindu aku

rindumu rinduku jua



nguLat ngepost | 1:23 PM | |

Tuesday, January 13, 2004

ari ni kejenya tukar skin ni
takde citer yg menarik kat tv
takde cerita menarik nak didendangkan
rindu semakin berlambak, berlimpah ruah
tak tahu dah nak simpan kat ner
simpan dalam peti hati
sematkan di jiwa dan sanubari
biarkan ia sebati
menjadi luahan bila jumpa nanti
hehe..

lagu hari ini - losing grip from avril lavigne



nguLat ngepost | 10:52 PM | |

Monday, January 12, 2004

malam tadi tgk juara lagu..ceh citer dah basi baru nak tengok. apa nak buat, aku termiss juara lagu tempoh hari so terpaksalah tgk edisi yang kena "cut". tak puas hati betul tgk aznil ngan sarimah cakap pendek2, nak tgk diorg mengacara dari awal, nampaknya kene tunggu siaran ulangan lagi sekali. tapi mestilah yang full version, tak molah mcm malam tadi. apapun mmg bestlah misha nyanyi n keseluruhan rancangan juara lagu kali ni besh!! puas hati , tak mcm tahun 2002..hehe. tahniah buat kama hj. azman, penerbit n pengarah juara lagu ni. idea penyanyi rock nyanyi dangdut mmg k3lass..

nak tahu pasal apa aku termiss juara lagu 2 minggu lepas? sebabnya aku pi ikut rombongan ke majlis kawin anak ex bos kat kajang. rombongan dgn bas plak tu. aku ingat sempatlah aku balik jb tgk jL ni, nampaknya silap kira time. pi sana bertolak pagi, sampai ke kenduri dok cuma setgh jam jek. yang lamanya sebab meka-meka ni nak singgah kat nilai 3. ntah ke benda murahnya barang kat nilai 3 aku pun tak tahu. aku jalan gak, tapi jamu mata jelah. tak koser nak round lelama. penat, panas, rimas. brg mmg murahlah tp mcm tak berkualiti, byk dr china. mak2 org ni sukalah tgk kedai bunga berlambak. aku tgk kain, sama jek harganya mcm kat tangkak, malah tangkak lebih murah..itu pendapat akulah. pkl 7mlm baru smp air keroh, gamaknya tido jelah dlm bas. lepas tu bas plak meragam, boleh plak buat hal kat sedenak. aderlah sejam lebih tunggu pomen repair bas tu.. nasib2, klu aku tahu jd begini, mmg aku tak ikut. buang masa n tenaga...



nguLat ngepost | 12:12 PM | |

Sunday, January 11, 2004

mlm tadi terkuar jap mutiara kat mata ni. syg ader problem ngan her mom, so kt pun kena tempias jugak. apa nak buat..bersabar jelah ye sayang.



nguLat ngepost | 12:51 AM | |

Saturday, January 10, 2004

pantun ni aku cipta setahun yang lalu..diilhamkan di saat-saat merindui seseorg yang tidak dimengertikan. pernah juga ku sampaikan kepada insan lain, namun dia juga berlalu menghiraukan diri ini..

ku jatuh cinta pada seseorang
cinta itu cinta terlarang
apa yang harus ku lakukan sekarang
untuk ku nyatakan cintaku padamu sayang

ku puja-puja di dalam hati
sering terbayang di dalam mimpi
alangkah indahnya hidupku ini
jika bunga di puja sudi membeli

indah nian istana bunian
puteri bunian cantik menawan
ikhlas buat gadis idaman
dirimu buatku dalam tawanan

gema hatiku tiada berteman
untuk mendengar segala keluhan
harus kuluah atau ku pendamkan
rasa kasihku buat puteri idaman

umpama mimpi dalam mimpi
cinta ini penuh misteri
apa yang harus ku ungkapkan padamu seri
cintaku padamu tiada bertepi

seleraku patah teringatkanmu
air ku siram kering terbayangkanmu
mimpiku terganggu dengan kemunculanmu
wahai puteriku bantulah daku

dimana akhirnya cintaku ini
cinta yang bagai tiada noktah
alangkah indahnya hatiku ini
jika dapat mendengar suaramu walau sepatah

..cukuplah setakat ini, lain kesempatan ku sambung lagi.



nguLat ngepost | 12:49 AM | |

Thursday, January 08, 2004

aku nak ucapkan hepi besday yang ke 26 buat Ira di kl dengan ucapan semoga happy2 sokmo. wish u all the best k. hepi besday to you buddy!



nguLat ngepost | 12:23 PM | |

Wednesday, January 07, 2004

Untuk pengetahuan dan pembacaan bersama.

Disadur oleh Novie, di edit oleh Bonnie dari sumber: This pamphlet is one of a series produced by Fredericton Lesbians and Gays - for more information, or copies of other pamphlets in this series, contact FLAG, P. O. Box 1556, Station A, Fredericton, NB, E3B 5G2] Information Provider: Victoria Edwards ae606@freenet.carleton.ca

Mungkin Saya adalah seorang lesbian, lalu….apa yang harus saya lakukan?
Informasi untuk para wanita yang ditulis oleh kalangan remaja lesbian untuk kalangan remaja lesbian dan wanita muda yang mempertanyakan tentang seksualitasnya.

Apa makna menjadi seorang lesbian?
Lesbian adalah wanita yang mencintai wanita. Kami adalah wanita yang memiliki ketertarikan secara seksual kepada wanita lain. Kami adalah wanita yang lebih merasa dekat kepada wanita secara emosional dan spiritual. Kami adalah wanita yang lebih memilih wanita sebagai pasangan. Sebagai lesbian kita tidak sendirian. Satu dari sepuluh remaja adalah lesbian atau gay. Banyak wanita yang dicatat dalam sejarah adalah juga seorang lesbian. Banyak lesbian berprofesi sebagai guru, dokter, pengacara, buruh pabrik, polisi, politisi, menteri, artis, ibu, biarawati, supir truk, model, novelis, sebut saja profesi apapun, kami melakukannya. Lesbian bisa saja berkulit putih, hitam, orang Asia, Hispanik, penduduk asli Amerika, Jahudi, Katolik, Protestant, Budha. Lesbian bisa kaya, miskin, kelas pekerja, dan kelas menengah. Beberapa lesbian bahkan menikah dengan lawan jenis. Beberapa lesbian adalah penyandang cacat. Lesbian dapat berasal dari kalangan tua dan muda, sebutkan saja kondisinya, kami adalah semuanya. Lesbian tinggal di kota-kota besar dan daerah pedesaan. Kami ada dimana saja.

Bagaimana saya tahu bahwa saya ini lesbian?
"Sejak saya masih kecil saya selalu menginginkan untuk tumbuh dan hidup bersama dengan sahabat dekat wanita saya, dan perasaan itu tidak pernah berubah sampai saya menjadi lebih dewasa"—Tammy, usia 17. "Waktu kita masih kecil, kita naksir sama cewek, tapi kemudian kita harus tumbuh diluar dunia itu. kita diharuskan untuk membaca buku tentang bagaimana cewek ketemu dengan cowok dan cowok ketemu dengan cewek. Alhasil kita ngga’ pernah selesai membaca buku tersebut"—Terryle, Usia 16. Pada saat remaja, kebanyakan gadis remaja mulai menyadari dorongan-dorongan seksual dan memiliki keinginan untuk berkencan. Banyak gadis remaja tertarik kepada lelaki secara fisik. Akan tetapi banyak juga yang memiliki ketertarikan pada sesama wanita.

Anda mungkin menyadari bahwa anda merasa terangsang terhadap wanita lain. Anda mungkin merasa berbeda dengan teman-teman wanita anda lainnya. Seperti ketika anda terkadang merasa tidak cocok pada kondisi tertentu, dimana saat teman-teman wanita anda melirik lelaki, anda menemukan diri anda tengah melirik wanita. Berkencan dengan pria tidak membuat anda tertarik. Anda mungkin merasa heran "Mengapa tidak ada lelaki yang sehebat wanita-wanita yang selalu saya temui? Anda dapat saja merasa bingung atau tidak yakin apakah anda seorang lesbian atau bukan. Banyak orang dewasa mengatakan bahwa kita masih terlalu muda untuk mengatakan diri kita gay, atau mengatakan bahwa kita tengah melewati sebuah fase kehidupan, atau bahwa kita sama sekali tidak mengerti apa yang tengah kita bicarakan. Itu merupakan cara-cara mereka untuk menghindari kenyataan bahwasanya sebagian dari kita adalah remaja-remaja lesbian.

Anda mungkin juga merasa bimbang karena tertarik pada wanita juga pria. Itu ok saja. Bahkan beberapa wanita mengalami memiliki hubungan dengan keduanya, baik dengan wanita maupun dengan pria sepanjang hidup mereka. Mungkin saja beberapa diantaranya kemudian memutuskan untuk sepenuhnya menjadi lesbian atau menjadi heteroseksual. Kehidupan seksual kita berkembang sejalan dengan waktu. Jangan khawatir jika saat ini anda merasa tidak pasti.

~jeles?yerp~cemburu?yerp~sakit hati?maybe~iri hati?maybe~jauh hati?ermmmm~



nguLat ngepost | 11:29 PM | |

kosong
by dewa


Kamu seperti hantu
Harus menghantui ku
Ke mana pun tubuhku pergi
Kau terus membayangi aku
Salah ku biarkan kamu
Bermain dengan hati ku
Aku tak bisa memusnahkan
Kau dari pikiran ku.. ini..

Di dalam keramaian aku masih merasa sepi
Sendiri memikirkan kamu
Kau genggam hati ku
Dan kau tuliskan nama mu
Kau tulis nama mu

Tubuh ku ada di sini
Tetapi tidak jiwa ku
Kosong yang hanya kurasakan
Kau telah tinggal di hati ku


...kpd kau yang ku rindui



nguLat ngepost | 12:20 AM | |

Tuesday, January 06, 2004

ptg tadi teringin sangat nak makan ayam golek. so aku pun pegi kg melayu nak beli ayam golekkk kat bro kelate tuu..on the way nak pi situ lalulah kat sekolah srkj, bukan sekolah aku tapi port lepak aku masa nak balik rumah slps sekolah agama..sekolah agama aku kat sebelah srkj,sade. time aku lalu tu kebetulan budak balik sekolah, ermm comel2 belaka. cantik berbaju kurung, berseluar panjang. zaman skang dah berubah betul. budak2 darjah satu dah di ajar tutup aurat..means pakai tudung, baju kurung..cute! teringat masa aku sek rendah dulu, ngan pinaforenya, yg lelaki seluar pendek. yg pakai seluar panjang n baju cantik hanyalah pengawas sajer..hehe..aku pakai pinafore sekejap jek, tak silap aku start darjah tiga aku berjinak2 pakai bj kurung. sebabnya kat jhrkan ader sistem sek agama, aku sekolah rendah pagi, ptg tak sempat balik rumah sbb nak pi sek agama. so tak mahu susahkan mak bapak aku, aku pun pakai jelah bj tu sampai ptg. kekadang siap bertudung masa sek rendah. tapi selalunya dah sampai sekolah aku bukak, letak elok2 kat kerusi, nak balik baru pakai balik..sebabnya tak gereklah, kekwn tak pakai, takkan aku nak pakai.. hehe bijak-bijak.. ayam golek satu!!



nguLat ngepost | 10:09 PM | |

erkk..penin eden buat benda alah ni. kena tukar skin. itu esok gambo ntah ader ke ndak. takde mood nak tulis sampailah puas hati buat benda ni. nanti sambung lagi.



nguLat ngepost | 12:22 AM | |

Monday, January 05, 2004

uit..tak tido lagi aku. baju blm gosok...aparaaa pilah tido. kang esok ngantuk plak.chow.



nguLat ngepost | 1:11 AM | |

Sunday, January 04, 2004

akhirnya dia mengalah juga. dia call aku dalam pkl 6 ptg td. tak tahan sakit rindu katanya. tahu pun siapa suruh degil sangat.hehe..aku kalau dengan dia ni tak boleh merajuk lama-lama. aku ketawa sendiri nanti. konon nak tarik mukalah, jap lagi pandang dia terus ketawa. ntah tak sampai hati nak tunggu dia pujuk aku. ish ada ke dia kata bulan 3 baru jumpa. gila ke apa? mana boleh tahan rindu ni. tgklah cny nanti aku pilah mengadap dia lagi..sayang punya pasallah kannnn..

kemas rumah ari ni n kemaskini blog aku ni. awak kat sana..cantik tak gambo tatu tu? daring sgt tak? hehe.. any comment email me k.



nguLat ngepost | 12:42 AM | |

Saturday, January 03, 2004

apa aku nak buat ni..dia senyap jer, tak sms, tak tepon, tak miss call. keras macam batu. nilah perang paling lama antara aku dan dia. boleh dia tahan ek. aku tahu dia tak boleh buat keje tu. mesti tak tenteram. nasib baik aku tak keje ari ni, klu tak mesti giler gaks jadinya. nampaknya aku kena mengalah. klu sampai pkl 10 mlm ni dia masih senyap, akulah yang kena tegur dulu. kata sayang kat aku tapi tak reti pujuk org..ermmm apa nak buat, dah nasib badan..hehe....



nguLat ngepost | 5:04 PM | |

hari ni boleh gadoh plak ngan syg. perang sms. mana taknya dari siang tadi dia tak sms aku, tak tepon. senyap n menghilang. rupa2nya pegi outstation kat bp. klu ia pun tak sempat sgt, ckp jelah bz, kat bp. aku fahamlah kalau dia bz tapi tulah...td aku hantar sms buat macam nada marahlah..then dia balas balik ngan nada yang sama, ermm apa lagi perang smslah. aku malas nak pujuk dia. aku dah buat nada baik pun dia macam tu juga. esok2lah pujuk. dia bukannya reti nak pujuk aku, last2 kita yang cari dia balik.

aku tukar skin blog ni...hehe..jadik nampaknya percubaan aku. alamak tertekan dc plak, tgh chat ngan kawan tadi. ceh..susah plak nak masuk # balik. hampehlahh camni. alamak sorilah geng, aku cuba byk kali tapi tak dapat masuk. last2 aku dapat masuk ko dah takde..sori yea bebanyak.oklah aku chow dulu.



nguLat ngepost | 12:58 AM | |

Friday, January 02, 2004

should i stay
dreamz fm

i had drive driven by ur luv
when u mess around
i lost to drive of own
i thought u needed needed someone true
but u change ur mind
ahead i'll fail u
i wish again, careful with my heart
but u tore it apart
n broke an angles heart
i guessed it was true
hasn't in somehow
but i'm leaving proof
of all love is about

its hard holding u,loving u, losing u
but sad to be true n be fool by u
i dont know...(i dont know) i got to know
should i stay or should i go

u play me on
play me like a clown but i feel for u
even though i've done
my heart is heavy heavy like a raft
but i am so amuse
u're still in my thought

its hard holding u,loving u, losing u
but sad to be true n be fool by u
i dont know...(i dont know) i wanna know
should i stay or should i go

(should i stay....should i go)

is done is done
and i never feel the same
but we have some good times
yes its sad just the sad
i guess the truth doesn't matter somehow
but u were leaving proof
of all love is about

...to someone i love before



nguLat ngepost | 1:31 PM | |

yahoooo esok tak keje. sekejap jek dah jumaat. sekejap je satu minggu habis. sumernya rasa pantas. masa mengejar kita. aku tak mengejar masa sebab aku tak buat apa-apa nak mengejar masa. bagi aku cukuplah 24 jam. eh ye ke? cuba ek satu hari 48 jam kan best. lambat kita jadi tua. hehehe..

skang ni rasa seram baca paper. tak payah cakap berita pasal dunia, itu mmg dah terlebih menyeramkan. baca jer berita dalam negara kita, org itu kena pukullah, budak mati disembelihlah, ditikam, dibakar, dilanggar. pasal accident ni pun satu hal, tak faham aku drebar lori yang langgar motosikal seminggu lepas. hanya kerana dia nak elak kereta depan, dia boleh langgar berderet-deret motosikal lain. apa salahnya langgar je kereta tu..mesti sebab nak elak dia tercedera, yelah langgar dari belakang, dia luka duit pun melayang.

eh eh..mana sayang ni tak antar sms dari pagi td. aku dah bagi td dia tak balas2 plak. merajuklah tu..camnerlah nak pujuk jauh2 camni, klu dekat takper. abis lagi kdt aku menepon sygku sorg ni..muahhhh..



nguLat ngepost | 12:58 PM | |

Thursday, January 01, 2004

tadi aku tgk berita. ade cerita pasal uum lancarkan radio kampus yang boleh didgr melalui laman web rasmi uum. klau ada peruntukan, nak mohon lesen ngan kerajaan utk siaran melalui fm. bila tgk berita ni tetiba aku rasa kecil hati. kecil hati sebab dulu univ aku adalah pelopor bidang komunikasi di kalangan univ yang ada di malaysia ni. kampus pertama ader konti radio kampus n disiarkan diseluruh kampus. namun sejak akhir2 ni nampaknya univ lain dah mendahului, lebih2 lagi siap blh dgr melalui internet. aku betul2 rasa kecewa. skang mass comm kat univ aku dah tak bergermelapan macam dulu. sedihnyerr.

one more thing yang buat aku poning. aku bukannya bijak it, ishh puas aku cuba search weblog aku kat internet, but still tak ader, tak muncul. asyik2 cakap...Sorry, no results were found containing bla bla bla.. aghhh bosan betul. adik aku xder plak kat rumah. nak tunggu dia balik lagi 3 bulan. hampehhh..last2 aku minta tolong m***. alamak my sayang tepon..hehe mesti cari aku sebab aku tak balas sms dia lagi..kih kih..cian dier.



nguLat ngepost | 9:53 PM | |

weiii..dah tahun baru. sekejap je masa berlalu. pantas meninggalkan kita bersama kenangan-kenangan kureng manis dan kureng pahit..hehe..hari ni aku keje mcm biasa. org lain cuti, kitaorg keje. keje sebab kat sini dah amik cuti awal muharram. bukankah kita patut memuliakan tahun islam hijriah melebihi tahun masihi? mcm mereka-mereka yg menyambut tahun baru di dataran merdekalah, esplanade klcc atau kat jb ni di danga bay. aku tak berminat betul nak menghimpitkan diri ditengah lautan manusia. lemas. apa pun itu hak masing-masing. pagi tadi jalan raya lengang jek.best. tak nampak plak keta plat singapore masuk ke sana tapi dari sana masuk sini berlambaklah. baguslah macam tue, bertambah suburlah ekonomi negara kita...



nguLat ngepost | 11:24 AM | |

di bawah lembayung pelangi

a member of the

SengetianS


skodeng



+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+

+sekapal+
+lilylotus+
+blue+
+zaffey+
+yatt+
+payid+
+elenaoz+
+nasik+
+isrockstar+
+jj78+
+asya+
+dyke+
+rozek+
+afy+
+th3undefined+
+jL+
+laut+
+eid+
+fdb+
+froggie+
+armz+
+fiq+
+shajime+
+elsilver+
+armie+
+shay+
+han+
+arD+

+AfterEllen+
+Sengetians+
+WWLW+
+Butches Inc+
+for PLU+
+Pink Lemonz+
+Les Worlds+
+Queer Filter+
+PlanetOut+
+The L Word+
+Queer Jihad+
+Fridae+
+Al-Fatiha+
+Herstory+

template by +Lonelyger+
hosted by +Blogger+



Listed on Blogwise

This page is powered by Blogger. Isn't yours?


Free Web Counter