Sunday, February 29, 2004

hahahaha... kelakau betullah orang2 kat stesen tv yang mendakwa mereka nombor satu ni. kalau yea pun number one takkan benda sekecil ni pun boleh terlepas pandang. oopss..apalah si uL ni merepek. oklah, aku tengok berita tv3 jam 8 malam semalam, bahagian sukan ader cerita mengenai sukan futsal kat Danga Bay. aku bukan nak komen berita futsal tu, tapi telinga aku yang dapat menangkap sesuatu yang pelik tapi benar..hehe. baik penyampai berita sukan tersebut mahupun tukang story (orang sama kot, tak ingatlah) menyebut Danga Bay sebagai DANG-GA Bay bukan DA-NGA Bay. mula-mula aku tak berapa pasti gak, ntah2 aku salah dengar, tapi bila aku dengar dengan penuh ketelitian, maka benarlah tekaan aku. apehallah plak boleh tersilap sebutan, bukan sekali, berkali2 gamaknya. agaknya samada tak reti nak eja atau terlalu pelik kot perkataan danga tu. kat mana peliknya?? nama Danga Bay diambil dari kawasan tersebut dan sekitarnya yang sememangnya bernama Kuala Sungai Danga dan telah diomputihkan untuk komersil lah. kalau orang Johor sebut Danga ni sebagai Dange (da-NGE). kalau bakunya Da-NGA lah. apa susahnyeee??

aku tengok konsert karnival tv3 sureheboh di JB kat tv. siti sarah ader nyanyi..ella nyanyii.. aku tengok kat tv je, tak kuasa ambo nak menghimpitkan diri kat dataran tu eh.. so kalau tengok mesti tengok pentaslah kan.. aku terpandanglah tulisan yang menghiasi pentas meka tu.. "Karnival TV3 SureHeboh di Dataran Bandaraya Johor Baharu". Johor Baharu ke atau Johor Bahru? perkataan tersebut telah menjadikan aku was-was dengan ejaan sebenar tempat kelahiran aku ni. aku pun semaklah suratkhabar, memang sah johor bahru, kat ic aku pun sama, kat diari gomen sama gaks. so sape yang salah? mereka dan keluarga mereka.. gamaknya diorang ni benda kecik2 selalu buat sambil lewa.. ker aku yang terover sensitif?? aku tak amik pot pun, cuma habit aku yang dah terbiasa menghayati dan meneliti setiap sudut paparan cerita baik di tv atau movie..hehe.



nguLat ngepost | 10:45 PM | |

Friday, February 27, 2004

Hi all! Apologize for not updating for sooo long. kena sindrom lazy to blog - LTB. jadi ghost jap. sedang melalui hari-hari yang membengangkan (bukan bangang yek!) banyak sangat benda nak dicakap dan difikirkan sampai satu tahap rasa biol jap..hehe. last-last aku rasa berdiam seketika lebih baik untuk muhasabah diri. cheewahh. lagipun aku sedang melalui kehidupan yang sungguh memboringkan. so watpe nak bercerita tentang benda2 yang bosan ini. dah rasa tak best dok jb. rasa rindu sangat nak kembali ke kl. bestnya dok jb ni sebab aku ni addicted dengan tv singapore. tu jer.. yang lain2 biasa je. tak banyak tmpt makan yg syiok, tak banyak kawasan rekreasi, shopping complex yang dah membosankan aku, dan kawan2 aku yang sudah mula tidak aktif beriadah, jejalan dan berkelah. yerp..tak dinafikan pantai2 kat johor ni best (kecuali stulang ngan pantai lido)..tapi jauhnya kematu.. ok tak kisahlah jauh, tapi takkan nak pi sana sensorang.. itulah yang tak bestnyer. nak ajak dia? kitaorang jumpa pun jarang-jarang. well, nampaknya aku kena push kawan2 aku tu coz meka dah lama janji nak pi tioman, tapi tak gerak2 gaks!



nguLat ngepost | 12:39 PM | |

Wednesday, February 25, 2004

susah nak tido akhir-akhir ni. kalau pukul 12 malam aku dah bersedia untuk tido, belum tentu aku terlelap. puas aku bergolek ke sana ke mari mencari keselesaan untuk beradu, yang pasti sejam berikutnya aku masih terkebil-kebil. seperti malam tadi, pukul 2 pagi aku masih merungut kerana mata tak mahu lelap. bukannya aku tak biasa tido lambat, cuma kali ini aku nak rehat secukupnya. aku nak tido dengan selenanya. aku nak bangun pagi dengan segar dan bersemangat. apa yang berlaku seminggu yang lepas?? aku cukup berbangga dengan kewujudan National Service ala Malaysia. cukup bertuah buat adik-adik kita ni, jutaan ringgit dibelanjakan untuk pembangunan insan seiring dengan pembangunan fizikal. tahniah buat Pak Lah n the team.



nguLat ngepost | 11:37 AM | |

Thursday, February 19, 2004

We sit and we type, and we stare at our screens
We all have to wonder, what this possibly means.

With our mouse we roam, through the rooms in a maze
Looking for something or someone, as we sit in a daze.

We chat with each other, we type all our woes
Small groups we do form, and gang up on our foes.

We wait for somebody, to type out our name
We want recognition, but it is always the same.

We give kisses and hugs, and sometimes flirt
In IMs we chat deeply, and reveal why we hurt.

We do form friendships - but - why we don't know
But some of these friendships, will flourish and grow.

Why is it on screen, we can be so bold
Telling our secrets, that have never been told.

Why is it we share, the thoughts in our mind
With those we can't see, as though we were blind.

The answer is simple, it is as clear as a bell.
We all have our problems, and need someone to tell.

We can't tell real people, but tell someone we must
So we turn to the 'puter, and to those we can trust.

Even though it is crazy, the truth still remains
They are Friends Without Faces, and odd little names.

Take this week to have fun and be sure to let those "friends
without faces" know how much you appreciate them.
Love's other side is Friendship....*!*..



nguLat ngepost | 12:00 PM | |

Sunday, February 15, 2004

allrite..semalam dia datang sini. dapatlah temankan aku semalam. malam tu pi makan kat singgah selalu. dia suka sangat kat situ. aku turutkan sahaja..bukannya aper, alfaham-fahamlah malam minggu memang ramai orang akan ke sana. lagilah 14th February, ramai yang suka kuar makan berdua2.. bila orang dah ramai, service baik pun jadi macam sual. aku tunggu order aku 45min tak sampai2. dia punya dah nak abis dimakan, aku punya tak sampai2 lagi. aku faham situasi ramai orang akan menyebabkan kt terpaksa q. last2 aku panggil balik waiter yang layan kitaorang tu, pi tanya kenapa tak sampai lagi. bila datang balik dia bawa satu order ktorang yang dah sejuk..nampak sangat tak buat keje. bila tanya makanan yang aku pesan plak..dia jawab order aku mungkin sampai dalam masa setengah jam lagi..mungkin sahaja sebab depan aku ader lagi 6 order yang menunggu. perghh takkan sejam lebih kena tunggu..ntah2 dua jam. aku mintak chicken chop, bukannya masak satu persatu atas kuali, ni sekali arung dengan order lain. melampau betul. waiter tu suggestkan cancel that order atau pesan yang lain, yang cepat masak punya. aku pun cancel but tak mo order yang lain. aku dah tak koser nak tunggu lelama, lebih baik balik rumah tido. bila ktorg lalu tmpt masak western food dia, aku tengok aderlah lebih kurang 10 keping daging sedang dimasak, n ader yang dah siap. anggapan kitaorang ntah-ntah si waiter tu tak antar order. patutlah bos aku bukan main marah bercerita pasal ss ni.. aku cakap ngan sayang aku, lain kali kalau nak makan kat sini, order ngan waiter pompuan sebab lelakinyer lembab..hehe. btw, my parents balik jb petang tadi. aku amik diorg kat senai. actually aku rasa senang plak dok sensorang, aku boleh control makan n bebas nak buat apa sahaja. maksud aku dalam rumahlah.. aku bukannya kaki merayap bila balik keje. paling besh tak dengar diorg bebel..hehe. yang tak besh plak rasa risau orang akan pecah rumah n kena siram pokok bunga abah aku pagi-pagi buta sebelum pi keje. penat siot..banyak tu..



nguLat ngepost | 11:18 PM | |

Saturday, February 14, 2004

aku menggaru-garu kepala yang tak gatal. memikirkan kata-kata yang aku ucapkan pada dia siang tadi sehinggakan dia merajuk dengan aku. mengenangkan kemarahan aku yang masih belum reda lagi setakat ini. membayangkan bahawa malam ini tiada ucapan cinta, rindu dan sayang dari dia. masing-masing ego tak mahu beralah. kadang-kadang terasa kita mementingkan diri sendiri.. jarang-jarang kita rasa yang kita memang mementingkan diri sendiri. selalu kita rasa yang kita benar dan orang lain perlu ikut cara kita. sesekali sahaja kita terfikir bahawa kita memang salah dan perlu mengalah. kita selalu bercakap mengikut perasaan dan bukan mengikut akal yang waras. tapi pernah juga kita berfikir sebelum melontar rasa marah hanya kerana sekelumit rasa ketidakpuasan hati merajai fikiran kita. beralah bukan bererti kita kalah dan salah. mengalah hanya kerana tidak mahu ia mengganggu gugat kebahagiaan kita. masih ada banyak ruang untuk diperbaiki dalam setiap perhubungan kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini. terimalah dia seadanya seperti mana dia memahami diri kita. liku-liku dalam perhubungan akan menghangatkan percintaan dan tanpanya bagaikan tiada cabaran dalam kehidupan. nikmatilah hidup ini sebelum segala nikmat ditarik kembali.



nguLat ngepost | 1:17 AM | |

Friday, February 13, 2004

by Padi

Indah
Terasa indah
Bila kita terbuai dalam alunan cinta
Sedapat mungkin terciptakan rasa
Keinginan saling memiliki

Namun bila itu semua
Dapat terwujud dalam satu ikatan cinta
Tak semudah seperti yang pernah terbayang
Menyatukan perasaan kita

Tetaplah menjadi bintang di langit
Agar cinta kita akan abadi
Biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini
Agar menjadi saksi cinta kita
Berdua..berdua..

Sudah..terlambat sudah
Kini semua harus berakhir
Mungkin inilah jalan yang terbaik
Dan kita mesti relakan kenyataan..ini

Menjadi saksi kita berdua....



nguLat ngepost | 12:24 PM | |

Wednesday, February 11, 2004

1. The nice men are ugly.
2. The handsome men are not nice.
3. The handsome and nice men are gay.
4. The handsome, nice and heterosexual men are married.
5. The men who are not so handsome, but are nice men, have no money.
6. The men who are not so handsome, but are nice men with money think we are only after their money.
7. The handsome men without money are after our money.
8. The handsome men, who are not so nice and somewhat heterosexual, don't think we are beautiful enough.
9. The men who think we are beautiful, that are heterosexual,somewhat nice and have money, are cowards.
10.The men who are somewhat handsome, somewhat nice and have some money and thank God are heterosexual, are shy and NEVER MAKE THE FIRST MOVE!!!!
11. The men who never make the first move, automatically lose interest in us when we take the initiative.

NOW ....WHO REALLY UNDERSTANDS MEN?

.........................

Men are like a fine wine. They all start out like grapes, and it's a womans job to stomp on them and keep them in the dark until they mature into something you'd like to have dinner with.



nguLat ngepost | 1:30 PM | |

Monday, February 09, 2004

fuhh tajuk cam jiwang je ari ni. cam kecewa je bunyinyer. aku tak kecewa atau dikecewakan. sebenarnya bermula hari ni dan hari-hari berikutnya aku akan keseorangan di rumah sebab mak ngan abah aku pi "honeymoon" berdua kat sabah dan sarawak. jadi tinggallah aku sensorang menjaga rumah ni. mak ada ajak sedara sepupu temankan aku, but aku tak suka. aku lebih suka sendiri. memanglah aku tak nafikan aku pun kecut perut sensorang ni, sebab banyak sangat perkara di luar jangkauan kita boleh berlaku, tapi aku kuatkan semangat. lagipun rumah aku ni tepi jalan, memang nampaklah kalau ada sapa2 masuk. jiran-jiran aku plak memang jenis orang-orang tua suka sembang kat seberang jalan rumah aku, tempat port lepak diaorg, jadi tu yang aku beranikan diri gaks. berapa lama orang tua aku ke sana aku pun tak pasti. kat sabah diorg ader kenalan, so mestilah lama skit kot. harap-harap seminggu dua jelah. aku tak sanggup makan kedai atau makan maggi tiap-tiap hari...almaklumlah anak diorg ni terlaluuu pandaiii memasakkk..hehehe..ada sesapa nak temankan aku?? mehlah sini kalau berani..hehe.



nguLat ngepost | 11:07 PM | |

Saturday, February 07, 2004

cantik tak hp ni? aku belum beli lagi, but dah berangan-angan nak memiliki. aku dah survey harganya, memang mahal giler tapi berbaloi. aku ni sebenarnya peminat nokia, yelah nokiakan lebih friendly user. tapi kalau ada rezeki, bolehlah sambar satu. hp aku yang ada tu dah mula meragam, rasa macam nak campak je kat sungai segget. bosan betul! btw, salam takziah buat kawan aku, Azian yang kehilangan ayahanda tercinta, telah kembali ke rahmatullah malam tadi akibat sakit jantung. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. amin.



nguLat ngepost | 12:20 PM | |

Friday, February 06, 2004

actually pagi ni aku baru balik dari segamat. dari sana aku terus pi ofis. bukan main pecut aku drv, pkl 7 pagi bertolak sampai ofis 8.30 pagi. sama gak masa aku pi sana dua hari lepas, 7 ptg baru aku masuk highway, sampai rumah dia dalam 8 suku malam.. takut gaks kalau ader speed trap. tapi apa kejadah waktu maghrib ngan pagi-pagi buta buat speed trap..takde koje lain ke. kalau aku bawa keta ala-ala gaya lenggang kangkong, alamatnya dua jam pun tak sampai lagi. alhamdulillah perjalanan aku pergi dan balik tiada halangan dan selamat. takde juga aku jumpa kemalangan maut, separa maut atau berparut. semua selamat. walaupun pagi tadi aku rasa mengantuk, tapi aku dapat kontrol mata ni dari tertido. balik keje nanti apalagi silambam atas katillah..hehe. rabu lepas explorace kat jb, masa diorg main pusing-pusing antara temple buddha, hindu dan sikh, kemudian ke pejabat pos besar, naik gelak aku tengok. yelah..kawasan aku bermain dulu tu hahaha..



nguLat ngepost | 9:27 AM | |

Wednesday, February 04, 2004

rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidiladha buat rakan-rakan di layar impian. agak lama aku tak update blog aku ni, bz beraya..hehe. pecah rekod tahun ni, raya haji yang paling meriah. selalunya ala kadar..sekadar masak untuk sekeluarga n selebihnya tengok tv. raya haji kat johor manalah meriah sangat, lainlah kalau kat pantai timur sana. kali ni raya pertama rumah aku buat kenduri, dari pagi sampai malam orang datang rumah aku..penat sehh basuh pinggan. raya kedua aku n family pi kuala pilah, rumah pakcik sedara yang baru pindah ke situ dari kelantan. dah memacam benda masuk perut aku, balasannya aku tak keje semalam. sakit perut..aduhh. hari ini lepas balik keje aku akan terus ke segamat, jumpa buah hatilah siapa lagi. esokkan cuti thaipusam. yoohuuuu...



nguLat ngepost | 12:26 PM | |

di bawah lembayung pelangi

a member of the

SengetianS


skodeng



+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+

+sekapal+
+lilylotus+
+blue+
+zaffey+
+yatt+
+payid+
+elenaoz+
+nasik+
+isrockstar+
+jj78+
+asya+
+dyke+
+rozek+
+afy+
+th3undefined+
+jL+
+laut+
+eid+
+fdb+
+froggie+
+armz+
+fiq+
+shajime+
+elsilver+
+armie+
+shay+
+han+
+arD+

+AfterEllen+
+Sengetians+
+WWLW+
+Butches Inc+
+for PLU+
+Pink Lemonz+
+Les Worlds+
+Queer Filter+
+PlanetOut+
+The L Word+
+Queer Jihad+
+Fridae+
+Al-Fatiha+
+Herstory+

template by +Lonelyger+
hosted by +Blogger+



Listed on Blogwise

This page is powered by Blogger. Isn't yours?


Free Web Counter