![]() |
|
|
Wednesday, March 31, 2004 got a total score of 45 from the "How Do Others Perceive You? Quiz" meaning...
The Lively Center of Attention Others see you as fresh, lively, charming, amusing, practical, and always interesting; someone who's constantly in the center of attention, but sufficiently well-balanced not to let it go to their head. They also see you as kind, considerate, and understanding; someone who'll always cheer them up and help them out. nguLat ngepost | 1:26 PM | | Tuesday, March 30, 2004 dah masuk empat minggu tak jumpa dia. dia rindu kat aku. aku rindu kat dia tak? rindu juga... dia antar sms minta pendapat aku, dia nak warnakan rambut. so minta persetujuan aku lah, boleh ke idak nak warnakan rambut. firstly aku cakap pasal hukum. aku tahu aku tak layak bercakap mengenai hukum hakam ni. yelah, apa yang aku dan dia lakukan sekarang ni je sudah jelas melanggar fitrah manusia, tapi taklah sampai melupakan perkara-perkara harus, wajib, sunat, makruh dan haram yang lain. dia nak jugak. tak setuju nanti merajuk plak. dia nak warnakan seluruh rambutnya dark brown. bagi aku kalau setakat sikit-sikit oklah. kalau semua sekali diwarnakan, takut hodoh plak jadinya..hehehe. ntah, camner rupa dia ek.
nguLat ngepost | 10:18 PM | | Monday, March 29, 2004 I will remember you
nguLat ngepost | 12:08 AM | | Sunday, March 28, 2004 sesuatu yang bermula pasti akan berakhir....
nguLat ngepost | 2:50 AM | | Friday, March 26, 2004 Sesekali ku rasa teringin .. Melewati hatimu yang dingin
nguLat ngepost | 11:39 PM | | Thursday, March 25, 2004 Malam semalam aku pergi menonton Buli di leisure mall. Best! two thumbs up for Afdlin. selain itu ada tayangan citer Ah Lok Kafe:The Movie. nak tengok sangat tapi dengan sapa? aku tanya kawan-kawan lain, diorang macam tak berminat je. itulah masalah aku dok JB ni, takde sapa berminat nak tengok filem yang kurang muka-muka commercial value. agaknya kalau aku belanja ada tak yang nak temankan?? 4 April depan pula ada persembahan dari Harith Iskandar dan Jit Murad bertajuk Knock, Knock! Can I Talk? bertempat di Hyatt Regency, JB. rasanya stand-up comedy kot. sama macam tadi, nobody nak pi tengok. nak tengok sorang-sorang rasa tak gerek plak. macam alien nanti.
nguLat ngepost | 10:39 PM | | Wednesday, March 24, 2004
nguLat ngepost | 12:20 PM | | Monday, March 22, 2004 waaa hampeh betul. aku ingatkan Pak Lah nak umumkan cuti pagi tadi, tapi takde. puasler menunggu depan tv sampai pkl 2 pagi.. aku pulak tetiba demam sejak malam tadi. mesti pasal berpanas semalam. lepas jadi polling agent aku terus bertugas dekat barung / khemah BN. panas sangat masa tu. tepat pukul 12 tengahari. patut pun. dua jam berdiri kat situ. muka aku tak ceria langsung. aku pun mengambil langkah mengelakkan diri dari menyapa pengundi-pengundi yang datang. nasib baik ader kakak-kakak MIC yang peramah dan suka bercerita. kira selamat gak aku. sejak kebelakangan ni aku dah tak selasak dulu. macam kekurangan antibodi. rasanya kena ambil supplement n vitamine. nguLat ngepost | 2:10 PM | | Sunday, March 21, 2004 tugas aku dalam pu3 masa election ni ialah menjadi "polling agent" di tempat mengundi di bawah kawasan cawangan *tut*. polling agent bertindak memantau semasa proses undi dijalankan dan akan duduk bersama-sama dengan kakitangan SPR di bilik / saluran mengundi. aku mewakili BN lah dan pembangkang pun ader polling agent sendiri. bagi sapa-sapa yang telah mengundi, antara perasan atau tak, kami duduk bertentangan dengan tempat memangkah kertas atau di panggil bilik hitam (bilik ke? kalau kotak layakler). tugas aku adalah memeriksa senarai pengundi samada benar atau tak mengikut kad pengenalan. sebab itulah kerani pertama SPR menyebut nombor bil, nama dan IC pengundi dengan suara yang kuat dan jelas untuk disahkan dan supaya kami dapat menyemak pengundi terbabit dengan senarai yang diberikan. selain itu aku kena memastikan tidak terdapat unsur-unsur penipuan dan keraguan terhadap pengundi dan SPR sendiri. selain polling agent, terdapat juga counting agent yang akan memantau sewaktu pengiraan undi dijalankan. bukan sebarangan nak jadi agent2 ni, kena gak tandatangan borang Rahsia Rasmi (lebih kurang aaa...) kemudian disahkan oleh SPR. kiranya kalau takde borang tu, tak boleh masuk bilik mengundi tu. payah gak nak uruskan. kerani SPR pun adalah di kalangan cikgu2 sekolah, student dan sapa2 lagi yang berminat, kira untuk sementaralah.
nguLat ngepost | 11:19 PM | | Saturday, March 20, 2004 rancangnya nak menonton Buli bersama teman, tapi kena batalkan tetiba ader meeting lagi. baru jadi sukarelawan dah "menyibuk" semacam, belum jadi calon lagi tu. hehe.. tak sesuaiii akak deq non.. ahhahh.. hari ni rasa bertuah sebab dapat bertemu dengan Pemilik Mutiara Motors, Tuan Haji Ahmad Kemin. nama beliau tidak asing lagi di kalangan orang johor terutama di jb. antara businessman melayu yang mula-mula diberi lesen AP mengimport keta dari luar negara. teras perniagaan beliau ialah menjual keta import dari jepun. sebab apa aku rasa bertuah? sebabnya aku sebelum ni telah memiliki buku yang ditulis oleh beliau sendiri mengenai jatuh bangun beliau dalam perniagaannya yang bertajuk Jejak Mutiara. kira buku motivasi bagi aku jika ingin melibatkan diri dengan dunia bisnes. so kira bestlah dapat bertemu dengan orang yang telah berjaya dan nampak hasil kejayaannya dari kerja keras dan tak pernah berputus asa. nguLat ngepost | 10:09 PM | | Thursday, March 18, 2004
nguLat ngepost | 11:11 PM | | Wednesday, March 17, 2004 Anak kecil main api
nguLat ngepost | 10:03 PM | | Monday, March 15, 2004 haiyooo.. kureng semangat aku hari ni gara-gara All England malam tadi. rasa macam membazir je masa tido aku tengok beregu Malaysia kalah. macamana Denmark boleh bangkit kejar mata demi mata, sedangkan Malaysia lagi 2 mata nak menang untuk straight set pun tak boleh fight. aku dah jangka dah, jika perlawanan masuk ke set ketiga, beregu kita akan kalah. betul pun jangkaan aku, bukan setakat kalah, daya melawan pun dah takde. so near yet so far. aku tido dalam kehampaan yang amat sangat. nguLat ngepost | 10:28 AM | | Sunday, March 14, 2004 isk, geram betul aku dengan calon BN untuk Dun Senggarang, Batu Pahat. kalau dah salah tu minta maaflah. lagi nak mempertahankan diri. dah tak pasal-pasal pembangkang dapat satu kerusi free kat johor. bagi percuma macam tu je. padan muka ko, agaknya ko memang tak layak jadi wakil rakyat. geramnyer aku!! harap ada rahmat disebaliknya.. nguLat ngepost | 1:20 PM | | Friday, March 12, 2004 Aku...
nguLat ngepost | 4:51 PM | | Thursday, March 11, 2004 gege.. fariz n shahrina berjaya ke final round explorace. tahniah untuk mereka berdua. dan kepada hana n shari, u guys memang gal power!! aku penah pasang impian nak masuk explorace. yelah kalau dah memang peminat survivor n amazing race, tak sah kalau tak mencuba dalam explorace kan. tapi aku ader satu masalah besar, i can't swim. aku tak boleh berenang. hahahaha!! so, sehingga aku pergi belajar berenang barulah boleh mohon jadi peserta. kalau tak lupakan jelah.. semestinya kalau tak boleh berenang, memang out sejak audition lagi. dan fitness paling penting. bila tengok hana dan rina kena panjat tangga kat telaga tujuh tu, aku teringat ketika aku cuba mendaki naik ke telaga tujuh tu tahun lepas. semput nafas aku. separuh je, tak mampu nak sampai atas. sebabnya aku tak tahan dengan peluh yang mengalir, habis basah baju aku. abah aku yang baru pencen tu, yang kakinya dah tak berapa kuat, berjaya sampai kat atas. salute kat abah. nguLat ngepost | 11:25 PM | | Monday, March 08, 2004 apa perasaan yang kita rasa jika orang yang kita sayangi, yang kita percayai membohongi kita?? walaupun perkara yang dirahsiakan itu tidaklah mendatangkan masalah besar tetapi sedikit sebanyak perasaan mempercayai itu hilang sedikit demi sedikit. lagi menyakitkan jika hal tersebut bukan datang dari mulut dia tapi dari sumber lain. susah sangatkah untuk berterus-terang?? nguLat ngepost | 11:12 PM | | Sunday, March 07, 2004 my fren ask me if i want to join "sukarelawan pu3 umno" for the election. of course i do lah. dah lama aku nak join pu3 umno semata-mata nak merasai kehangatan pilihanraya. tapi sampai sekarang tak mendaftar sebagai ahli disebabkan kawan aku tu lambat sangat nak kasi borang. apa pun dapat jadi sukarelawan pun ok gaks. tak kisahlah, asal ader pengalaman. itu yang penting. malam ni ader meeting dengan ketua pu3 umno johor di rumahnya, nak terangkan tugas-tugas semasa election day nanti. yeah..watever aku ikut jek. aku ni baru balik dari holiday plaza, beli specs baru. puas hati dapat benda yang diidamkan. seperti biasa jika tukar specs je mesti power naik. makin rabun aku nampaknya. "hilang satu lagi nikmat dunia.." that's my word, yang selalu aku guraukan jika ada kawan-kawan yang tak boleh makan itu, makan ini, tekak tak mahu terimalah, sayur macam tak masaklah, bercampur bawanglah watever watever... sib baik aku takde pantang, telan apa sahaja yang halal lah..hehe. nguLat ngepost | 6:15 PM | | Saturday, March 06, 2004 khamis lepas parlimen dibubar. pilihanraya kali ni dapatlah aku mengundi buat kali pertama. sebenarnya kalau nak diikutkan, aku dah boleh mengundi semasa pilihanraya 1999. tapi aku lewat daftar so apa nak buat, jadi pemerhati jelah. waktu tu aku rasa kecoh kat U pasal pilihanraya. isu paling top ialah mengenai DSAI. aku ingat lagi ketika kecoh isu dsai ni, aku masa tu baru tahun 1 kat univ. dulu aku kiranya memang minat dengan cara kepimpinan Dsai dan menjadikan dia sebagai role model aku, malah aku dah bertemu dengan dia pada awal2 aku di sekolah menengah. ketika itu beliau masih lagi memegang portfolio Menteri Pendidikan. dia melawat sekolah aku dan berikan bantuan kewangan, kerana kononnya dari cerita senior aku beliau terhutang budi dengan pengurusan sekolah aku yang pernah memberikan dia perlindungan semasa beliau bersama Abim. ketika beliau disuruh letak jawatan tpm dan akhirnya membawa kepada pemecatan, aku dan rakan-rakan bagaikan tak percaya. mahu sahaja ketika itu mengikut demonstrasi kat kl, kira dekat juga kl dengan univ aku tapi aku masih lagi waras. setiap perkembangan dia aku ikut, setiap majalah yang menceritakan tentang beliau baik pro atau kontra aku beli. aku bukanlah terlalu fanatik dengan beliau kerana akhirnya aku dapat terima hakikat bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. antara beliau salah atau tidak, aku serahkan itu pada Dia yang menentukan dan hanya Dsai yang tahu perkara sebenar. akhirnya majalah2 tersebut berguna untuk aku buat assigment.. hehe. aku juga pernah baca buku tulisan Khalid Jufri yang menyebabkan Dsai dipecat dan dipenjara. erk aku dah lupa di mana aku simpan, rasanya dah dibuang kot. ketika itu juga setiap kali aku balik rumah masa cuti semester, abah aku beri nasihat "jangan kau ikut demonstrasi tu. kalau kau tak suka dengan kepimpinan sekarang, kau belajar kasi habis universiti tu. lepas tu pergilah ubah perkara yang kau tak suka". aku tak ikut apa2 pertubuhan pun, agaknya dia risau bila ramai budak u ikut merusuh. akhirnya aku sokong BN sebab aku menyampah dengan sesetengah budak2 Angkatan Perpaduan Ummah (APU / MAMPU) a.k.a PAS kat univ aku tu, menyampah bila diorang terjongok depan tv tunggu setiap keputusan pilihanraya sambil bangga diri pas menang di banyak kawasan sedangkan itu semua berpunca dari perpecahan BN. aku dan dua tiga kawan siap perli diaorang lagi "kata duit pinjaman tu hasil dari duit haram, duit judi. kalau dah tahu buat apa amik. pulangkan balik wooo" terdiam jap diorang. jahat aku ni..hehe.. nguLat ngepost | 6:10 PM | | Friday, March 05, 2004 aduhh penatnya badan aku. dari jb ke segamat ke bp ke segamat kemudian balik jb.. dekat tak dekat sakit jugak badan dilambung alunan keta. iya seperti dirancang aku berjumpa dia pada petang rabu, giliran aku ke sanalahkan. khamis, kami merancang untuk menghabiskan masa berdua di bp. rasa malas nak drv jauh-jauh, bp pun jadilah. sampai sahaja kami terus ke summit parade, nak kemana lagi kan?? aku ajak juga dia ke wet world tapi dia tak mahu. panas katanya. jadi di summit kami main game, akulah yang giler main game car racing, kalau tak ditegur mahu aku boleh duduk berjam-jam. kemudian menonton Ju On 2 kat GSC. dia ajak tengok Bisikan Remaja, aku pula tak mahu. pleaselah nak tengok citer melayu tu, kalau Buli takperlah. tapi Buli belum ader show lagi.. tak seram manalah Ju On 2, aku siap gelak-gelak lagi..biasalah control macho. hehe.. kemudian kami terus check in hotel kat Keterina. tak berapa bestlah hotel tu, nama jek 4 star. esoknya lepas check out, kepala aku sakit sangat. so kesian dia drv sesorang sebab aku asyik melayan tido, yang kononnya boleh hilang sakit kepala tu. sampai kat rumah dia, rehat jap. aku telan panadol 2 biji then terus drv balik jb. lepas ni giliran dia ke sini. tunggu... nguLat ngepost | 10:51 PM | | Wednesday, March 03, 2004 by Daniel Bedingfield
nguLat ngepost | 5:15 PM | | Monday, March 01, 2004 i think it was't too late for me to wish happy birthday to my dearest honey... actually dah wish kat dia tepat pukul 12 tghmalam, cuma aku tak sempat nak posting kat sini. to my sayang, saya harap sayang bahagia bersama saya dan alwaiz remember that everything i do, i do it for you, u are the one n only my sayang.. aku belum lagi belikan dia hadiah, ntah tetiba tak tahu nak bagi apa. sebabnya aku dah bagi dia macam2 benda sebelum ni. bagi aku, kalau nak bagi present tak perlu tunggu sampai besday, bila kita sayang seseorang, bila2 masa kita akan berikan dia something to make her remember yang kita sentiasa sayang n ingat dia selalu. Dia pun begitu, suka beri kejutan pada aku, sayang dia sangat-sangat. esok aku kena gaks cari hadiah for her becoz on wednesday kitaorang akan berjumpa. takkan takde benda lain yang super special kot..hehe. btw, dalam pada aku pusing-pusing kat net, aku terjumpa blog shahrina n fariz, alaa pemenang explorace episod kat penang dan blog ako mustapha (bunga..bunga..orkidlah!) yang skang tgh meletups dgn citer Cinta 3 Musim (aku tengok citer ni lompat-lompat) dan Badai Metropolis (erk..betul ke tajuknya? not my fav drama series). kecilnya dunia bernama internet. nguLat ngepost | 10:15 PM | | |
.aku senget
.kroni .layan jiwang
.meh borak .arkib negara
+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+
.spot lepak
+sekapal+ .port senget
+AfterEllen+ .shukran
template by +Lonelyger+ |