takde tajuk
Friday, April 30, 2004
erkk banyak plak aku citer pasal cinta cintun ni minggu ni. orang tengah senang hati ni begitulah. aku cuma nak kongsi pengalaman aku dengan korang sumer. jarang aku nak bercerita kisah hati dan perasaan ni pada orang lain termasuklah gf aku sendiri. selama ni segala benda yang terjadi pada aku, aku pendamkan saja. segala masalah aku selesaikan sendiri. nak melampaskan otak aku tulis diari. sebab orang takkan faham situasi yang kita alami. "hidup dua alam" ni membuatkan aku lebih berhati-hati bila berkawan. tapi kekadang tu terlepas jugak bila dah tak tahan.
tidak boleh tidak kita sebagai manusia memerlukan tempat untuk bercerita hal-hal karut marut wayang kulit ni. memendam perasaan boleh membuatkan kita jadi murung, pemarah, pendendam dan boleh sampai ke peringkat kronik. nak jumpa kaunselor rasanya tak sesuai diceritakan. nak cerita kat kawan ntah-ntah kawan jadi lawan. sekarang ni dah banyak alternatif untuk kita luahkan segala benda yang terbuku kat otak kita. nak sampaikan pandangan dan pendapat tak perlulah tunggu jumpa menteri. buat laman web sendiri pasti ada yang lawati.
aku tak kisah kalau orang tahu aku lesbian. lebih senang hidup aku dari terus jadi hipokrit. perkataan hipokrit tu boleh buat aku jadi giler. terpaksa hidup dalam dunia yang penuh hipokrasi dan diri tersepit dengan dilema hipokrit. hipokritkah aku kerana hidup dalam dua alam? aku benci menjadi hipokrit. aku benci menjadi mangsa hipokrasi.
selamat bercuti dari aku yang hipokrit.
nguLat ngepost | 4:00 PM | |
Cinta atau Sahabat?
Thursday, April 29, 2004
Rasanya ramai di antara kita yang penah berkapel lebih dari sekali. Setakat ni aku baru je 2 kali. Baru ader 2 awek. hahaha.. baru je. Ceh macam ader bau-bau belacan nak cari lain je.. hehe. Aku nak citer masa sekolah dulu-dulu, zaman lagu rock kapak dan rap berleluasa. Kisah aku dan F. macam bercinta tapi aku tak anggap ia cinta pertama. Kami tak pernah lafazkan perkataan I LOVE U tu walaupun aku sayang F sangat-sangat dan F sayang aku sangat-sangat. F yang approach aku untuk menjadi teman baiknya or dalam bahasa jawa bestfriend. /me see ppl alwaiz approch me first, penakut!. Jadi aku anggap kasih sayang yang timbul itu adalah atas dasar hubungan sahabat walaupun cara kami bersahabat agak pelik. F insan pertama yang mengajar aku erti kasih, sayang, rindu, cemburu dan sebenarnya kami memang giler rindu-rinduan.
Aku dan F sekelas cuma berlainan dorm. So mestilah sering jumpa waktu blaja, masa prep, masa makan, masa kat surau dan sebagainya. Yang kelakarnya ialah kami jarang bercakap antara satu sama lain hatta berselisih sekalipun. Sahabat apa namanya tu? Cara kami berkomunikasi adalah melalui surat samada disampaikan oleh kawan atau sengaja letak bawah meja masing-masing. Pelik bukan? Aku pun pelik. Surat tu dalam dua hari sekali mesti ada. Isinya pasal family dialah, study atau kawan-kawan. hehe..kawan dia kawan aku jugak. Kekadang kasi lirik lagu. haaa dia yang ajar aku meluahkan perasaan melalui senikata lagu dan aku terikut sehingga kini. dan tak lupa diselitkan..yang sangat menyayangimu, sayang awak selamanya, rindu dekat awak.. pergh pelik sungguh.
Aku memang benar-benar rindu dekat dia. Penah tak rasa bagaimana sakitnya hati menanggung rindu? Sakitnya sehingga kita rasa sampai menyucuk-nyucuk ulu hati. /me macam tahu je itu ulu hati. Sakit bila tiba-tiba teringatkan dia dan sering terasa dia juga merindui kita saat itu. Ermmm itulah yang aku rasa masa tu. Kalau lalu depan dorm dia, dapat tengok selipar dia pun jadilah. Dalam kelas plak main-main mata je sebab kami tak penah duduk bersama. aku rasa sangat indah saat-saat itu dan aku sering dibuai-buai perasaan.
Jeles? Selalu gak rasa jeles sebab F sering jalan dengan orang lain tapi tidak dengan aku. aku tak tahu kenapa dia tak suka rapat dengan aku sedangkan aku nak sangat bersama sepanjang masa. F tahu aku jeles dan dia pun jeles dengan orang yang rapat dengan aku. Biasalah masing-masing ada informer. kihkih..
Clash? Kali pertama putus setelah setahun lebih kami berkawan. Sebabnya F malu bila kawan-kawan tuduh dia lesbian. Salah aku jugak. Puncanya satu malam tu kawan cakap F panggil aku, dia sakit. So aku pegilah jengok dia kat katil. F cakap dia sakit kepala, jadi aku picitkan kepala dia. Mestilah picit dengan penuh kasih sayang bukan? Aku kiss dahi dia. That was the first time aku kiss anak orang. Then bila tengok F dah tido, aku pun tido sebelah dia. Just tido. Tak peluk tak apa. Aku sedar banyak mata memandang tapi aku tak rasa bersalah sebab aku tak usik apa-apa pun. So the next morning heboh kawan-kawan aku citer kat F. citer perihal malam tadi, pasti ada tokok tambah. Last-last aku dapat nota kecik yang bertulis.. "kita sudah tiada apa-apa, sampai di sini sahaja hubungan kita. saya mahu awak buang semua surat-surat saya".
Aku frust giler babi. Aku tahu F dipengaruhi kawan-kawan. F malu sebab diorang kata kami lesbian. Diorang tak tahu atas dasar apa kami berkawan. Malam tu F cari aku dan kami bertengkar. cari aku sebab aku tak makan sejak siang. itulah kali pertama dalam sejarah kami bergaduh. After that aku buat tak tahu je kat dia. Aku masih ada kawan yang sudi mengambil aku sebagai sahabat mereka. Apa yang terjadi seterusnya? Nanti jelah sambung. Aku dah nak balik ni.
nguLat ngepost | 5:50 PM | |
Rahsia Dalam Rahsia
Wednesday, April 28, 2004
ermm..baru selesai membaca buku yang bertajuk Maunah - The Naked Truth / Kebenaran Yang Sebenar tulisan Zabidi Mohamed. Rasa kesian pada mereka yang tidak bersalah dan dianiaya. kesian kerana isteri dan anak-anak mereka yang tak berdosa menjadi mangsa keadaan. kesian kepada mereka yang dipenjara sepanjang hayat dan jujur mendalami ilmu agama tetapi terperangkap. Dan amat geram pada mereka yang tidak tahu bersyukur dipenjara hanya 10 tahun tetapi memang mempunyai niat menumbangkan kerajaan dan menyokong pembunuhan. hanya kerana taksub. kesian.
petikan yang membuatkan airmataku bergenang..
"Suaminya mungkin tidak mengetahui hari itu isterinya ada membawa anak kecilnya bersama. Sepanjang perbicaraan si anak terpaksa ditinggalkan di luar bersama adik perempuannya kerana prosedur mahkamah tidak membenarkan anak-anak kecil di bawah umur 12 tahun di bawa masuk ke mahkamah. Seperti pepatah orang bercinta 'penantian itu satu penyiksaan', waktu rehat mahkamah pada tengaharinya dinantikan si isteri penuh gelisah.
12.30 tengahari mahkamah berhenti rehat, si isteri bergegas keluar dari mahkamah untuk mengambil anak kecilnya. Ketika semua ahli al-Maunah dibawa turun ke sel tahanan di bawah dewan mahkamah, seorang anggota polis menarik si suami dan mengarahkannya duduk dikerusi panjang dalam kandang pesalah. Seorang ahli Al-Maunah yang dipasangkan bersamanya kerana turut digari bersama si suami terpaksa juga mengikut duduk di kerusi panjang itu. Saya memerhatikan penuh minat saat pertemuan ala jejak kasih itu.
"Zabidi, jom pergi makan." Jalaludin Ismail yang ketika itu bersama Hj. Zainal Ithnin dan David @ Daud menegur saya semasa mereka berjalan keluar untuk makan tengahari.
"Pergi dulu nanti saya datang" jawab saya ringkas acuh tak acuh dengan pelawaan Jamaludin Ismail itu.
Si isteri kemudian masuk semula ke dalam mahkamah sambil mendukung anaknya. Cepat dia berjalan menuju ke arah suaminya.
"Abang anak kita bang" kedengaran suara si isteri sayu memanggil suaminya. Suaminya agak terperanjat apabila melihat kehadiran anaknya itu. Cepat dia cuba menoleh ke belakang untuk memeluk anaknya itu. Tapi dia terlupa bahawa tangan kanannya telah digari bersama seorang ahli Al Maunah. Tangan ahli Al-Maunah itu terikut sama apabila si suami cuba bangun memeluk anaknya itu. Menyedari tangannya telah digari bersama pasangannya, si suami terpaksa duduk semula.
Si isteri pantas mengangkat anaknya untuk dihulurkan pada suaminya. Anggota polis yang pertengahan umurnya cuba membantu dengan mengangkat anak itu ke kandang pesalah. Tapi apabila anak itu cuba dipeluk ayahnya si anak itu tiba-tiba mengelak ketakutan dan menangis sekuat hatinya. Si anak memeluk erat leher ibunya. Anak kecil ini seperti sudah tidak mengenali ayahnya lagi. Anggota polis yang cuba membantu tadi nampak jelas terharu dengan keadaan itu.
"Ayah ni, ayah!" Kata si ibu cuba memujuk anaknya itu. Dia menyerahkan anaknya itu kepada anggota polis tadi untuk diberikan kepada suaminya walaupun dengan cara paksa. Ahli Al-Maunah yang digari bersama si suami cuba membantu walaupun dengan sebelah tangannya digari. Si anak terus meronta-ronta apabila diletakkan pada pangkuan ayahnya. Si ayah memeluk erat anaknya sambil menangis melepaskan kerinduan. Polis yang membantu tadi hanya berdiri membatu melihat sahaja yang berlaku dalam keadaan sebak. Nalurinya sebagai seorang ayah mungkin tersentuh ketika itu.
Si isteri tanpa segan silu memeluk dan mencium pipi suaminya melepaskan kerinduan. Ahli Al-Maunah di sebelah suaminya tersipu-sipu melihat suami isteri itu berpelukan.
Saya hanya memerhatikan sahaja pertemuan tersebut. Bila hati mula menjadi semakin sebak dan mata tidak sanggup lagi menatap babak sedih itu, saya berpusing ke belakang untuk keluar dari mahkamah. Ketika mula melangkah untuk berundur sambil mata masih mengadap pasangan anak-beranak itu, saya terlanggar Jalaludin Ismail. Rupa-rupanya dia masih belum keluar lagi. Kelopak matanya kelihatan sudah mula berair. Dengan wajah sayu, dia langsung tidak mengambil kisah dengan saya yang telah terlanggarnya tadi. Seperti saya, dia juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan babak sedih itu. Walaupun sebak melihat pertemuan itu, saya berasa amat bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya telah dapat membantu untuk mempertemukan kasih anak-beranak itu."
Note : Zabidi Mohamed adalah peguambela kepada Zahit Muslim dan Mejar Jamaluddin Darus, dua daripada empat orang ahli Al-Maunah yang telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
nguLat ngepost | 4:44 PM | |
cheap-skate
Tuesday, April 27, 2004
semalam aku buat operasi Ops Memborong Vcd. pirate punyalah. nampaknya kempen beli barang ori yang kerajaan lancarkan tak berkesan kat aku. aku beli pirate vcd bagi filem-filem luar negara je sebab mereka ni memang dah kaya raya dan pasaran merata dunia. bagi filem atau vcd tempatan, wajar sangatlah jika kita beli yang ori sebagai tanda sokongan dengan industri hiburan negara. tapi setakat inilah, aku tak terliur pun nak beli vcd tempatan. kebanyakan citer yang mereka buat sekadar melepas batuk ditangga. buat sakit hati aku je kalau tengok. bila sorang buat, yang lain berderet-deret ikut buat. macam hampas semuanya.
balik pada citer borong vcd. aku dah jumpa satu port baik punya. tempat ni aku jumpa masa cari magz dulu tu. skang rata-rata tempat aku pegi kat JB ni, satu vcd harganya RM5. beli 5 percuma satu. biasalah tu kan. kat port tu satu vcd RM4, beli 5 percuma satu gak. tak payah congak lagi aku dah tersenyum *cheap-skate* hehe. dengan hanya duopluh rggt dapat 6 vcd. serupa masa zaman 3 sepuluh rggt. ingat nak borong sakan tapi tak jadi ahh, aku cuma amik 6 citer je. lain kali boleh datang lagi. tak jauh pun dari ofis aku kat bandar jb ni.
ni part paling best. tauke yang jual tu dua-dua cina. so takdelah malu sangat nak tanya citer bukan-bukan. sorang cakap melayu dgn aku, sorang speaking london, org s'pore agaknya. klu orang sini mesti boleh cakap melayu walau sikit, kalau tidak lebih baik lucutkan je warganegara. /me memandai je aku ek. masa aku telek-telek catalog vcd diorg, aku dengan muka selamba tanya ada tak jual lesbian movie. terkejut tauke tu tengok aku, yelah aku tgh ala-ala pompuan melayu terakhir..ahaks!
aku teranglah skit benda yang aku cari tu, baru diorg cakap sekarang ni dah tak jual lagi. kalau dulu banyaklah. skang ni manyak susahlah mau cari ooo. then bgtau aku ramai gak cari citer camtu. tauke speaking london tu soh aku datang lagi lain kali. dia kata nak tanya dengan supplier kat singapore dulu. aku tanya berapa lama, sebulan dua bulan. diorg cakap satu dua hari nanti datang balik. hehe sukanya hati aku. masa rehat jemaat ni nanti aku pi jengok jap. harap langkah kanan ler. :p
nguLat ngepost | 11:09 AM | |
cinta oh cinta
Saturday, April 24, 2004
takde idea aar.. aku komen skit ler pasal sekapalnyer entry. yerp aku setuju dgn sekapal bhw org yg lembut lebih berani menyuarakan perasaan diorang. separuh keras macam aku ni memang penakut. takut meluahkan perasaan, takut kena reject, takut terjatuh cinta dengan pompuan str8, takut dimalukan. perghh memacam rasa ada. bila timbul rasa cam tu, aku jd tak berani nak usha pompuan ni. yg aku berani main mata je. hehe.. then aku mulalah cari awek kat irc. takut gak mula2. selalunya akulah yg jual mahal. sebab aku tak mahu sesenang je jual beli cinta tu macam beli barang kat pasar. tp bila jumpa yg sesuai, aku ngap je. hehe..
knp kita mencari cinta melalui irc? adakah kita takde keyakinan nak usha pompuan ni secara berdepan? maybe.. sebab itu timbul rasa takut tu. ntah.. dua2 awek aku (ex dgn yg skang) sumer dr irc. macam takde thrill plak dapat awek kat situ. nak gak cuba usha sambil main-main mata, then beranikan diri ajak berbual, then tukar-tukar no tepon, then........ ala mcm citer stereotype kat drama tv tu. isk.. bukan aku tak penah cuba, penah. tapi lain pesen skit arr. masa kt uni dulu aku suka scan org..aktiviti lesbidar/gaydar lah. aku suka scan pompuan yang bertudung. thrill siot nak scan diorang ni. aku tahu mmg ramai pompuan bertudung ni lesbian cuma bersembunyi di sebalik pakaian tu. /me same arr.. hehe.
keberanian mula timbul masa aku 2nd year. cehhh. aku jatuh suka dgn 3rd year student yg stay sama paras dgn aku masa kat kolej A. oleh kerana aku ni pemalu n penakut, sorg roomate aku yang kepoh aku jadikan dia sumber berita terkini. act roomate aku tu tak tahu aku minat giler kat awek tu. so aku kenalah jadi bijak skit mengelentong tanya tu tanya ni. dr dia aku tahu awek tu dah kat sem akhir, dr fak mana, keta dia dan aktiviti2 nyer yg lain. yang aku tak tahu cuma nama dia je..hehe.
kenapa aku suka dia? pada mulanya aku memandang dia dgn pandangan biasa. kmdn aku macam terperasan dia ni cam species je. tak tahulah naluri lesbidar aku tu betul ke idak. tapi dia mmg taste aku. masa tu mmg teruk aku gila bayang. rasa macam ada chemistry antara aku dgn dia. /me perasan! kalau dia balik dr kampung atau dr memanalah, aku boleh rasa kalau dia dah ada kat bilik. dup dap dup dap jantung aku. jengok je kat pintu bilik lega rasanya selipar dia dah ada. tandanya dia dah balik. aku kenal benar dgn selipar yang dia pakai, kasut yang dia sarung. aku tahu benar time dia pi toilet samada nak mandi atau amik wudhu'. nanti aku sengajalah keluar bilik sesama pi toilet. sengaja amik spot sinki sebelah dia. kekadang membelakangkan dia. nak tengok dia dr cermin..hehe. dasyatkan? dan apa aku rasa masa tu? fuhh degupan jantung bukan main deras. muka rasa bengang je (sebab menahan dr bercakap dan malu). kekadang tu berpeluh gak. aku cuba main mata tapi selalu tak menjadi. aku jadi malu sendiri. aku selalu larikan mata ini dari bertentangan.
dipendekkan cerita, semester pun dah nak abih. pada hari terakhir kat kolej, aku beranikan diri kasi surat pada dia. surat yang aku karang berminggu-minggu lamanya. aku bukan kasi by hand pun. aku cuma letak di bawah pintu bilik dia. masa tu mmg aku tawakal abis. apa nak jadi jadilah. dah tak kisah dia str8 ke, kena reject ke, takde balasan ke atau ntah-ntah roomate dia baca. oleh sebab aku tak tahu nama dia, aku cuma tulis " kepada pemilik keta..plat sekian-sekian". aku cuma beri add email aku je kat surat tu. dan jawapannya..... jeng jeng jeng.. hampeh. aku bukak email masa cuti, takde. dari sehari ke sehari takde gak. dalam kepala mulalah bermain silangkata dan tanda tanya. pasrah. malu pun ada. aku sampai berharap dia datang balik kat kolej. semuanya hampeh. maka terkuburlah satu episod cinta. :( sedih siot. sedih sangat-sangat.
nguLat ngepost | 10:22 PM | |
syukur aku masih hidup..
Friday, April 23, 2004
pertama sekali aku ingin munajatkan rasa kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan izinNYA aku masih bernyawa ketika ini. setiap daripada kita wajar mengucapkan syukur kepadaNYA. baik atau jahatnya kita macamana sekalipun, kita tidak boleh melupakanNYA. kerana setiap rezeki yang dilimpahkan pada kita, setiap ilmu yang kita pelajari, setiap kesenangan dan kesusahan yang kita tempuhi adalah rahmat dan ujian kepada kita. terpulang kepada kita untuk mencorakkan hidup kita. bersedialah untuk menghadapi segala kemungkinan.
ermmm macam baik je aku hari ni. tak salah bukan? aku cuma terkenangkan peristiwa pagi tadi. aku hampir-hampir eksiden! dari segamat ke sini takde apa yang berlaku. tapi bila aku dah hampir dengan ofis aku, benda ni berlaku. sorang lady driver selang satu keta depan aku tiba-tiba break mengejut dan keta belakangnya pun break mengejut. dan aku..... fuhhh kalau aku tak sempat break gak, memang aku akan hentam bontot keta depan aku tu. masa tu tgh 80m/h. laju gak kiranya bila dah masuk town. aku tak pasti tayar sapa yang berdencit, tapi rasa macam tayar aku. bila kita break mengejut dan nak elak dari hentam keta depan, baik kita halakan keta ke arah lain. aku kat line kanan jadi aku pulas stering ke kiri. nasib aku baik sebab line kiri dan belakang takde keta lain. aku kena gak elak keta depan tu sebab keta tu toyota altis plat singapore. mampuih aku kalau hentam. menggigil kepala lutut aku. terburai barang2 dalam beg keje. hp aku pun tercampak ke bawah. memang betul2 bernasib baik. bengkek je aku tengok that lady driver. grrrrr.....
nguLat ngepost | 1:01 PM | |
cak!
Wednesday, April 21, 2004
ni aku paste msg from c99/LesMalaysia utk sapa2 yg berminat..
"Anybody interested to buy the L Word season 1 drama series 13 episodes, now US showing til episode 10 n now we got until episode 8, next week will get the episode 9 n 10, call at this number 0123735211 ask for joey chee if u interested to buy okie :). Please mention my nick (sparywee) if she ask who intro one, so that i can get commision :P thanks."
aku kasi promotion percuma utk budak tu. hehe.. anda berminat? silakan amik telefon genggam anda dan dail nombor di atas. selamat mencuba.
/me belum tepon lagi. hehe :P
nguLat ngepost | 5:28 PM | |
cak!
petang ni lepas keje me, myself and i pi segamat
pi sana sebab nak jumpa si buah hati
buah hati yang satu tu saja aku dapat
harap dia tunggu depan pintu penuh wangi
sebab aku tak mandi lagi jadi tak mau haru bau
aku mesti lapar minta perut diisi
aku mesti penat minta badan diurut
urutan cakaran harimau..hahaha mana nak cari
kena tepon ustazah bahyah minta petua petui
gatal! heboh satu malaysia utusan punya pasal
ermmm ada problemo kena settel cara baik
aku tak mahu serang harap semuanya ok
esok cuti nak pi mandi-mandi
gunung ledang kot lama dah tak pi
mana tahu terjumpa tuan puteri yg cantik tak terperi (ye ke?)
nak minta jadi kayo duit berpeti-peti
nak panjat ke? ahh tak payah dulu dah penah
tak jumpa sesapa pun hantttuuu adalah
tak jumpa sebab tuan puteri pi bersembunyi
takpelah aku dah ada puteri idaman di sisi
yang sudi menemani aku sepanjang hari
sepanjang waktu sepanjang usia sepanjang.....
aku hidup di muka bumi ini..adios amigos mee rebus.
nguLat ngepost | 4:44 PM | |
All At Sea
Tuesday, April 20, 2004
by Jamie Cullum
I'm all at sea
Where no one can bother me
Forgot my roots
If only for a day
Just me and my thoughts
Sitting far away
Like a warm drink it seeps into my soul
Please just leave me right here on my own
Later on you could spend some time with me
If you want to, all at sea
I'm all at sea
Where no-one can bother me
I sleep by myself
I drink on my own
I don't speak to nobody
I gave away my phone
Like a warm drink it seeps into my soul
Please just leave me right here on my own
Later on you could spend some time with me
If you want to, all at sea
Now I need you more than ever
I need you more than ever now
If you don't need it every day
But sometimes don't you just crave
To disappear within your mind
You never know what you might find
So come and spend some time with me
And we will spend it all at sea
Like a warm drink it seeps into my soul
Please just leave me right here on my own
Later on you could spend some time with me
If you want to, all at sea
If you want to, all at sea
If you want to........
/me PWM tgh under constructionlah. rasanya lama lagi baru boleh
upload lagu ni jadi background music. hampeh betul!!
nguLat ngepost | 3:32 PM | |
sekapal
Monday, April 19, 2004
aiyoo.. terasa seperti meraba dalam terang. sudah terang lagi bersuluh. selama aku blog hopping mencari blog yang sealmari dengan aku, tak pernah aku jumpanyer. maksud aku yang sebangsalah. kalau minah salleh tu berlambak. butch n femme pun ramai tapi kebanyakannya chinese singaporean. queer lagilah ramai gengnya. bukak aje blog nz, memacam aje. then bila NiceLadyEver mention about sekapal.. ermmm macam penah aku baca nama tu tapi kat mana yea.. lorr rupanya ade linknya kat nz's blog. bukan aku tak perasan nama sekapal tu, cuma aku ingatkan dia gb so aku maleh nak jengok sumer link. at last jumpa gak. dan pastinya antu tv macam aku dan suka membaca.
sebenarnya aku jeles tengok komuniti gay kat malaysia ni. diorang very der support each other. komuniti diorang ni ada je kat mana-mana. kat media cetak, elektronik, jadi writer, aktif berteater. blog pun berlambak. blog paling kewl seperti blog nz dan sm, yang menghimpunkan ramai queer kat situ. bak kata kalau nak baca, nak kenal dan nak tahu tentang diorang, semuanya di hujung jari je. while yang kita ni banyaknya pasal butch dan awek-awek meka. hehe.. itupun melalui website atau circles99. dulu kat community zero. komuniti pure lessy plak tak banyak. ada pun setakat irc je. /me ke aku je yang tak terjumpa-jumpa. kebanyakan lessy ni tak suka menonjolkan diri, selesa tak dikenali dan suka berada di dalam almari. aku faham sebab benda-benda ni masih taboo dalam pemikiran masyarakat kita. hope selepas jumpa blog sekapal ni, menambahkan lagi kenalan PLU aku dan dapat berkongsi idea, info dan memacam 'bout people like us.
nguLat ngepost | 11:59 PM | |
Queer n Butch
Sunday, April 18, 2004
Kursus hari ni mencapai matlamat. ramai student datang. tak sia-sia aku habiskan kudrat semalam mengangkut bahan sehingga aku terpaksa membatalkan rancangan dinner dengan geng malam tadi. ari ni tetiba aku terjebak dalam perbualan pasal pondan n pengkid. asalnya aku sedang melelapkan mata seketika di bilik rehat. yang lain plak berbual pasal cerita yang sedang ditonton kat tv. kebetulan rancangan Jaafar Onn yang bercerita tentang life dia. diorang pun apalagi bukak cerita pasal pondan. aku yang dah lena terjaga sebab suara diorang ni masuk dalam mimpi aku. apa kejadahnya kacau aku bermimpi. si polan duit berkepuk-kepuklah, ada jantan belalah, yang itu buat plastic surgerylah. aku menyampuk bab plastic surgery sebab aku ada kawan cik pon ni sampai pi jerman buat plastic surgery. skang ni dah ayu-ayuan gitu, kulit gebu, cik tet perghh naik mendadak..kalah erra fazira. gege..
For sure bila dah bukak citer pasal pondan, jantan dgn jantan mestilah terkeluar pasal pengkid. bab ni aku terpaksa membisukan diri. maleh nak komen. maleh nak berlakon jadi homophobe. aku senyum je sambil mata tengok tv. kawan aku K, ader gak komen tapi ala-ala segan gitu. tak tahu kenapa. agaknya dia sedar aku ada ciri-ciri minat kat kaum sejenis ni cuma dia tak pasti je. androkan berada dipertengahan. so masih boleh bersembunyi. belum keluar dari almari lagi..hehe.
pagi tadi orang tua aku bertolak pi honeymoon lagi. kali ni abah drv keta nak keliling semenanjung for 2 weeks. aku risau ni sebab abah ader ngadu kadang-kadang dada dia sakit balik. aku cuma boleh jawab, kalau dah tahu sakit, tak payahlah pegi. amik je pakej dari travel agency. tak payah susahkan diri. ermm.. kalau dah hitam kata dia, maleh nak bangkang lagi. mak bukannya pandai drv. sib baik kali ni adik aku ader kat rumah. kalau tidak sesorang lagi aku jaga rumah. isk..risaunya.
nguLat ngepost | 10:31 PM | |
7th month already
Saturday, April 17, 2004
hari ni genap 7 bulan aku bersama dengan dia. as alwaiz dia yang wish hepi anniversary dulu. aku tak tahu kenapa skang ni aku selalu terlupa tarikh penting tu. adakah aku makin hilang ciri-ciri keromantisan atau aku hilang ingatan sebentar pada tarikh hari ini. gege.. selamat ulangtahun kasih sayang kita sayang.. /me macam dah 7 tahun jek.
nguLat ngepost | 9:31 PM | |
Never Stop, Never Give Up, Never Surrender
Thursday, April 15, 2004
Berdebar gak tengok Explorace malam tadi. aku dah agak dah Fariz n Rina akan menang the 100k tu. sebab paling utama bila Sanjeev n Ravin buat first task kat Tmn Pertanian and at the same time Fariz/Rina buat task yang kedua kat situ. for sure Sanjeev/Ravin tak boleh catch up sebab task kat Paya Indah Wetland tu akan amik masa lebih lama. tapi kesian gaks kat diorg kena eleminated. lebih sedih ditendang mcm tu dari dapat tempat ke tiga. apa pun congrats to Fariz n Rina. tahniah gak buat tv3 yang berjaya menerbitkan satu reality program ala Malaysia. off coz mestilah beza dengan Amazing Race. diorang hadiah 1 juta, budget besar, pusing satu dunia. mana boleh nak lawan diorang kalau ikut budget.
lepas ni muncul plak Malaysian Idol. harap2 yang dapat masuk final 10 nanti boleh nyanyi dengan baik. bukan setakat menempelkan muka yang lawo, badan yang sasa, pinggang ramping, rambut mengurai.. harapnya juga penonton kita bijak membuat pilihan. rasanya diorg kena tengok American Idol 2 sebab pemenang utamanya, si Ruben tu sangat2lah gemuknya tapi menang sebab bakat dan suaranya yang memang powerfull. harapnya juga pemenang Malaysian Idol nanti lepas jadi artis rakaman bakatnya terus digilap. kalau tidak akan terkubur nanti, sia-sia macam pemenang Popstar or Girl Are U Ready. /me tak minat langsung dgn pemenang Popstar n Girl Are U Ready. ntah-apa-apa-ntah diorang nyanyi.
nguLat ngepost | 6:13 PM | |
:P
Wednesday, April 14, 2004
berita gumbira...berita gumbira. Dia dah jumpa magz yang aku nak sesangat tu. minggu depan baru dapat baca sebab minggu depan baru nak jumpa dia. malam ni explorace final part 2. sapa menang 100k ni. pergh tak sabar nak tengok beb. /me kalau aku dapat 100k tu, aku nak beli satria gti, tunai... hehe tak salahkan kalau aku berangan-angan.. ohhh gti..kapankah kau akan menjadi milikku.....ohhh... :)
nguLat ngepost | 8:47 PM | |
bla bla bla
Monday, April 12, 2004
Hari ni satu hari yang benar-benar memenatkan. as I said before, hari ni aku amik exam kelayakan temuduga kat BP, lebih kurang sejam setengah dr JB, itupun kalau pecutlah. jadi pagi-pagi buta lagi aku dah kuar rumah. sambil tunggu enjin keta panas, pekena nugget 2 ketul. tak boleh banyak, klu perut full tak selesa nak drv keta. 6.30am bertolak dan terus pi petronas kat Kg. Melayu dulu. kasi keta minum dulu. around 6.45am masuk lebuhraya. Alhamdulillah perjalanan selamat. main lumba-lumba potong-potong dengan awek cina. dia bawa wira challenge aku yang pakai kancil ni. kecik2 kancil tapi bijak tau, sebijak tuannya..hehehe. jauh gak aku tinggalkan dia tapi akhirnya dia potong kancil aku balik sebab aku nak masuk tol..gege memanglah kena slow masa tu beb..nak mampos ke..
Sampai kat bp lebih kurang pkl 8am. uiks ramai gak manusia yang amik exam ni. ade yang dgn kawan2 lagi. aku biasalah lone ranger. tengah sedap2 layan termenung, ada sorg awek tegur aku. cute gak, lebih cute kalau muka dia bersih without pimples. ahaks! 'dak muar, muda lagi. awek tu tanya aku, kakak ke ni? aku jawab, ntahler ye ke kakak? hehe.. tak kuasa nak jawab soalan tu. terasa sangat macam dah tue'..hahahaha. ok gak layan minah ni berbual tapi sampailah abis exam aku tak tahu nama dia. exam selesai dalam pukul 12. boleh keluar awal cuma habit aku takkan keluar dewan sehinggalah masa peksa tamat.
Lepas tu aku ingat nak singgah Air Hitam jap, window shopping. pikir punya pikir tak jadi. so aku teruskan perjalanan menuju ke segamat. nak jumpa sapa lagi.. jumpa dialah..hehe. dia keje ari ni, tak cadang pun nak jumpa dia. my first plan cuma nak pi rumah dia, tanya khabar emak dia dan tinggalkan sweater yang aku belikan untuknya kemudian blah. suprise visitlah kiranya nanti. tapi tak menjadi. mak dia tahan aku soh makan dulu. nak tak nak kenalah layan permintaan mak mertua. masa aku tgh makan mak dia tepon dia cakap aku ada kat sini. aduh kantoi plak. kena pi opis dia jap beri keterangan..hehe. dapatlah berbual dengan dia dalam sejam, temankan dia rehat dan makan.
Dalam pukul 3 ptg aku drv balik jb. masa tu panas betul. bila panas campur kenyang, apa lagi mata pun mengantuklah. tak tahan mengantuk aku singgah jap kat R&R Machap. aderlah dalam setengah jam aku terlelap. mulanya segan gak nak tido. pompuan, sensorang plak tu. mesti orang yang park keta sebelah aku jengok tengok aku tido../me perasan..hehe. aku bukan tido mati pun, tido2 ayam. rasa bimbang bila tido dengan enjin dihidupkan. tup-tup tetido buat selama-selamanya..tinggallah semua. bangun je tido, beli aiskrim dan terus pecut balik jb. pkl 5 sampai rumah, gedebak gedebuk terus silambam atas katil. ermmm.. nikmatnya dapat tido mati.
nguLat ngepost | 11:31 PM | |
ermm..
Saturday, April 10, 2004
iyoyo..apa nak jadi dengan aku. isnin ni ada exam tapi still tak khatam lagi baca buku. macam dah terror je ek. kadang-kadang rasa bosan nak amik-amik exam ni. maksud aku amik exam sebelum di interview keje. abih tu nak wat camner, nak meningkatkan diri kenalah hadapi sumer ni. tak susah pun cuma malas je. btw aku dah beli vcd Gia yang aku jumpa kat speedy tempohari. tak kisahlah dah kena cincang, asal dapat jadi collection. tak tengok lagi pun, lepas exam baru boleh.
nguLat ngepost | 9:55 PM | |
ada sapa2 boleh tolong saya?
Friday, April 09, 2004
perghhh senoning kepala aku ni. penat rasanya badan ni. penat bukan sebab keje, sebab aku keliling jb cari majalah al-Islam keluaran April 2004. diorg citer pasal tanda-tanda kiamat yang dulu heboh dengan citer objek-objek di langit. tak tahu dah kat mana nak cari. dah puas aku merayau dari kotaraya, ansar, komtar, angsana, cs, hp, meldrum walk, merlin tower, giant, carrefour, extra, terminal larkin n larkin area, kampung melayu dan ntah mana-mana yang sempat aku jejak. ada kata dah abislah, tak sampai lagilah, distributor antar 10 buah je..macam-macam. bila aku tak cari, berlambak-lambak depan mata. samalah macam Massa, bila aku nak beli, puas keliling tapi dah habis. bila tak mahu, ada plak tu. skang dah 9hb, harap aku jumpalah hendaknya. kalau tidak, kempunanlah aku nak baca, nak tambah ilmu. ermm ada sapa-sapa yang klu ternampak that magz boleh tolong aku belikan tak? aku pay doublelah nanti..hehehe.
isk, rimas sangat bawa keta ari ni. apsal ramai plak umat manusia dengan keta membanjiri jb. nak kata cuti bukan plak. rupa-rupanya singapore yang cuti good friday. diaorang kalau cuti memang camtu, banjir jb ni dengan orang-orang meka. kat shopping kompleks or hypermarket tak payah cakaplah, serbu macam belanja untuk setahun (tak insurance ke mulut tu woi..hehe). itulah nikmat dan rezeki diorang ye tak. nilai wang besau dari kita ni. isk..isk..
/me terkenang dolu-dolu masa duit kita setara dengan diorang. mak n makcik2 aku gemar ke woodlands atau geylang serai. selalunya beli buah-buahan, saputangan dan towel. ntahapa-apantah. apa pun aku kata or kutuk, tak boleh dinafikan half of my blood adalah singaporean yang mengalir from my atuk n my lovely mom. peace. V
nguLat ngepost | 11:43 PM | |
jalan-jalan cari vcd?
Thursday, April 08, 2004
dia sampai sini jam 10 malam semalam. sementara menunggu, aku tengok explorace jap. final bahagian satu. bila dia sampai explorace tak habis lagi. nasib baik dia faham aku minat sangat citer-citer reality tv ni. kenalah tunggu aku habiskan citer tu baru boleh layan dia berbual. hehe.. siang tadi aku dan dia just habiskan masa dengan jalan-jalan makan angin. aku ajak dia pi holiday plaza. ingatkan bila dia ade kat sebelah aku, aku berani skit nak tanya pasal L film kat kedai2 vcd yang berlambak tu... rupanya sama je. dua-dua malu nak tanya. bukan film porn k, aku cari filem-filem yang bertemakan les seperti GIA lakonan cik akak angelina jolie tu.
well, aku dah tengok pun Gia tu, base on true story about model name Gia Charangi.. best giler citer tu. feeling habis, lagi-lagi si angelina jolie tu. pergh seksi siot bibir dia. aku ada beli vcdnyer kat PS Butik 2 years ago..hehe. masa tu vcd masih berleluasa kat sana. murah giler. lebih murah dari jb. mana taknya 3 RM10 je. memang aku kemaruk kumpul vcd masa tu. kl at that time cuma ada rtm 1,2, tv3 dan ntv7 dengan citer ntahapaapantah. plus astro yg aku tak mampu nak beli sebab dok sendiri. so untuk hilangkan rasa bosan, baik layan vcd. bila aku decide nak balik jb, aku lupa nak bawa vcd tu. so, faham-faham jelah bila dah ditinggalkan, ramai plak kekawan dia (my ex gal) yang nak pinjam. dah pinjam tak tahu nak pulang plak tu. dulu kat kl mudah untuk aku cari filem2 sebegini, lagi-lagi kat petaling street tu. skang ni bila ps dah dinaiktaraf, aku tak tahu nak cari kat mana lagi. sarang vcd kat jb ni pun dah tak meriah cam dulu. buhsan asyik kena ambush je kot.
back to the jalan-jalan story. lepas aku n dia tawaf HP beberapa kali, aku ajak dia pi angsana plak. kalau hp penuh dengan chinese, kat angsana plak.. pergh ramai indon+bangla+dll dari melayu..hehe. kitaorang masuk speedy records. dalam selak-selak vcd yang ada, aku terjumpalah citer Gia tu. tapi mestilah yang dah dipotong-potong dikerat-kerat oleh LPF. ingat nak beli, hold on dululah. mana tahu boleh jumpa yang unsensored punya. lepas puas berjalan, dia hantar aku balik rumah dan dia pun terus balik segamat. erk..rasa sekejap je masa berlalu bila dengan dia.
nguLat ngepost | 10:13 PM | |
aku buhsan siot!
Tuesday, April 06, 2004
lama tak jengok sini. bosan. bz. lonely. ader je alasan...
semalam buat keje giler. lepas keje pi ronda carrefour sensorang. cari rak buku lagi. jumpa yang berkenan tapi biasalah takde stok memanjang. cantik plak carrefour kali ni, diorang baru buat renovation. luas dan tak terlalu semak dengan barang-barang. pukul 9 malam baru sampai rumah. penat. malas. buhsan.
nguLat ngepost | 12:15 PM | |
stay together-gether
Saturday, April 03, 2004
walla...hidup semakin menjadi-jadi dengan kebosanan. macam ku pernah dengar je ayat tu ek, tapi di mana ya... kuang..kuang..kuang. hari ni bangun lambat sangat, selambat yang boleh. balas dendam tido. lepas bangun badan rasa letih semacam je. itu yang tak besh kalau terlebih tido. bukan makin segar, makin malas aderlah.
next week, 8hb johor cuti. cuti besday sultan. dia datang sini. dah sebulan tak jumpa. busan jugak couple jauh2 ni. dahlah susah nak jumpa, rasa macam membazir je masa yang ada. yelah..aku penah rasa pengalaman tinggal bersama (masa tu with my ex) and rite now berjauhan plak. mestilah ada kelainan. aku lebih prefer tinggal bersama, serumah, sekatil, sebantal, sepinggan, secawan..ahaks. rasa sama-sama susah dan senang. ada orang mengatakan tinggal bersama tak bagus. sebabnya kita akan tahu perangainya, baik buruknya, hati budinya dan boleh jadi cepat rasa jemu. terpulanglah pada hati masing-masing. bukankah kita perlu bersedia menerima dia seadanya dan begitu juga sebaliknya. bagi aku apabila tinggal bersama membuatkan aku lebih sayang, cinta dan rindu pada dia, rasa lebih dihargai dan menghargai. tak pernah rasa jemu walau sedetik pun. walaupun hanya berjauhan kerana bekerja atau pulang ke kampung, aku tetap rasa rindu yang amat sangat pada dia. rasa nak balik rumah cepat-cepat. tiap-tiap hari begitulah rasanya.
aku amat hargai setiap detik yang aku lalui. aku tidak mahu rasa menyesal di kemudian hari kerana tidak menghargai pengalaman indah ini. pengalaman sebagai pasangan les...., mencintai insan bernama perempuan. aku tidak tahu apa yang bakal aku lalui pada masa depan. samada aku akan berubah atau terus begini. semuanya masih tidak pasti. untuk terus begini selamanya adalah tidak mustahil, itupun jika keluarga tidak mendesak aku berkahwin, tidak carikan jodoh (sampai begitu sekali yea..hehe). jika sebaliknya yang berlaku, aku redha dan kalau boleh aku tak mahu menjadi bisex selepas itu. jika ingin berubah terus berubah. tidak perlu terpesong lagi. jadi aku mahu nikmati dan hargai saat-saat ini. sekarang bila bercinta jauh-jauh ni, aku rasa lain sangat. orang kata bila berjauhan lagi rasa rindu dan tak jemu. heran sebab aku tak plak rasa terlampau rindu tapi jemu tu takdelah (separuh hatiku rindu kat orang lain kot..hehe). sebab itu aku kata membazir, masa yang ada tidak digunakan sebaiknya. ntahlah, terpulang. tepuk dada tanya selera... kemudian tanya iman :) ...adios amigosh.
note: bukannya kita tidak boleh berubah walaupun tinggal bersama. sama-sama berubah ke arah positif. encourage each other. cuma jika tidak mahu berkahwin tu, bersedialah untuk di cop andalusia..ahaks!
nguLat ngepost | 10:30 PM | |
Cinta Menyintai Kita
Friday, April 02, 2004
Tidak pernah ku sangka
Rupanya kau lebih ku cinta
Dari hati yang putih
Ku hadir untukmu sayang
Aku turut merasa gelora
Yang menghempas jiwa
Biar lama ku tunggu
Ku pasti kau tiba
Kau selalu menduga, menguji
Kejujuran di kamar hati
Membuatku dihimpit oleh keresahan
Kita memendam rasa dan bermimpi
Terbang ke langit
Langit yang tinggi
Bertemankan awan indah memutih
Sambut tanganku sayang
Bawa ku ke syurga impian
Tiada lagi curiga
Kaulah yang ku cinta
Kasih ku kasihi dia
Cinta mencintai kita
Kasih ku kasihi dia
by ajai & nurul
pstt : dedicated this song to someone. u know who u are when u read it. hehe..
nguLat ngepost | 11:11 PM | |
E
Thursday, April 01, 2004
Does your name begin with: E
Your greatest need is to talk. If your date is not a good listener, you have trouble relating. A person must be intellectually stimulating or you are not interested sexually. You need a friend for a lover and a companion. You hate disharmony and disruption, but you do enjoy a good argument once in a while-it seems to stir things up. You flirt a lot, for the challenge is more important. But once you give your heart away, you are uncompromisingly loyal. You will fall asleep with a good book. sometimes, in fact, you prefer a good book to a lover.
nguLat ngepost | 12:54 PM | |