ellen degeneres n pompuan stret
Saturday, May 29, 2004
bengkek betul aku dengan pc ni. aku dah tulis bebanyak tup-tup ie buat hal. ada kang aku campak kat sungai segget. waarrrgghhhhhh! jadi Rupert jap. ekekekk..
uiks malam tadi aku berperang dengan tv. mula-mula ok jer tengok edTv kat tv3. saingan terdekat pun c5, tengah siarkan The Bachelor Season 5. dah tak kisah, dah tahu Bob pilih sapa. bila masuk pukul 11 je, mulalah asyik tukar channel. edTvnya lain, survivor plak kat ntv7 dengan c5 yang dah tukar citer nip/tuck. nak tengok nip/tuck di bilik aku tak boleh, tv tu tak dapat c8. almaklumlah tak cukup punat, tv tekan sendiri. apapun, malam tadi aku lebih suka tengok edTv, macam tak penah tengok plak ek. Survivor jatuh tempat ke dua, dah basi. pasan tak diorang slow motionkan masa tunjuk vt peserta pompuan yang paling sexy? lokek tak kasi tengok ek. reaksi Rupert bila dia menang cute sungguh. huh?
apasal plak aku suker sangat dengan edTv tu ek? oit, ader cik Ellen Degeneres yang sungguh cantik, ensem lagi menawan kalbu. heheh.. sejak aku faham yang diri aku ni senget, aku mulalah tercari-cari sesapa pelakon, penyanyi dan sewaktu dengannya yang sekapal. dalam bebanyak yang ada aku paling syiok kat Ellenlah. comedian yang memang lawak abis, kalau cakap mulut tak mo benti. dalam citer edTv, ex-awek dia si Anne Heche tu ada berlakon sekali. masa tu diorang belum break up lagi. masik enak dilamun cinta. alaa Anne tu minah stretlah. minat stret yang terjatuh cinta dengan kemachoan pompuan. kali terakhir diorang muncul kat public sebagai couple ialah pada 3 Ogos 2000. dua minggu lepas tu diorang pun bercerai. isk.. sedihnya.
kat negara mat salleh, minah stret yang main cinta dengan pompuan senget tak boleh dipercayai sangat. diorang more into sex yang tak penah puas-puas. bebas katakan. aku amik petikan ni dari novel To The Edge karya Cameron Abbott, kisah pompuan senget yang terjatuh cinta dengan pompuan stret. "She was flipping over the anger side of the anger-pain-numbness schizophrenia that had plagued her since the reunion. But this time the fury was directed at herself, not Gallagher. How stupid she had been, to fall into the same trap that had ensnared her twenty years ago-feeling things for someone she knew could never return her love. And what about the Lesbian Prime Directive-never get involved with straight woman? Never even think about straight woman. Gallagher may be a very different person from Rae, but the ending was still the same". tak kisah arr walaupun just fiction story, kenyataannya tetap sama. tapi dah tak boleh diapply pada pompuan stret yang dah tersenget terus..heh!
aku tengok Audition kat ntv7 petang tadi, peserta lelakinya GB belaka. memang orang senget suka benda-benda seni ni ek. aku tertarik dengan prinsip hidup seorang peserta pompuan ni, tak silap namanya Mizs "saya tidak mati kerana orang benci dan saya tidak hidup kerana orang suka". sesuatuh! btw, Johor skang leading negeri-negeri lain dari segi pungutan mata dalam Sukma X kat NS. HIDUP JOHOR!!! ekekkek..
ohhh.. she's very der gorgeous!
nguLat ngepost | 8:37 PM | |
memilih jalan yang senget..II
Friday, May 28, 2004
masih menyentuh topik the day before yesterday tu, pasal kenapa sesetengah dari kita memilih jalan hidup yang bertentangan dengan tingkah laku manusia normal. pendapat yang aku utarakan bukan mewakili secara menyeluruh komuniti lesbian yang ada kat Malaysia ni khasnya. apa yang aku tulis itu adalah daripada pengalaman aku berkawan dengan rakan-rakan les yang lain.
kali ni aku sentuh isu yang sangat sensitif iaitu bab agama. situasi golongan minoriti ini di Malaysia amat berbeza dengan mereka yang dilahirkan di barat. aku tak kata aku tak suka dilahirkan di sini hanya sebab larangan dalam agama. aku sangat bersyukur dilahirkan di Malaysia. sekurang-kurangnya aku ada pegangan untuk dijadikan panduan walaupun aku tidak mengikuti keseluruhan ajaran pegangan tersebut. setiap ajaran agama melarang umatnya berperilaku begini. cuma umatnya sahaja yang degil dan keras kepala. sejak kecil kita telah diceritakan tentang sejarah yang terjadi dengan kaum Nabi Lut. sedari dulu kita diajar tentang perkara-perkara dari wajib hinggalah yang haram. aku pasti semua daripada kita faham apa yang telah diajar dan dipelajari. terpulanglah pada diri sendiri untuk menilai.
urusan agama adalah personal matter. if we already choose such homosexual life as our life, then take the consequences. it is our personal responsibility to the God for what we have done in this earth. hanya Tuhan yang berhak menghisab manusia atas apa yang telah dilakukannya selama manusia hidup. bukan manusia yang berhak menghisab.
pendapat aku secara peribadi ialah semua ini telah ditetapkan di Loh Mahfuz tentang ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki dan sebagainya. telah ditentukan qada' dan qadar hidup kita. kita sebagai manusialah yang akan mencorak kehidupan yang telah ditetapkan. tuhan tidak akan mengubah nasib hambanya kalau bukan kita sendiri yang mengubahnya. terpulang, tepuk dada tanyalah iman. jika tidak boleh menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidup kita, buat apa kita memaksa diri hanya untuk menunjukkan kenormalan kita. memaksa diri berkahwin hanya untuk kepuasan hati orang tua. kita boleh berubah walaupun tidak berkahwin, walaupun bukan seorang lelaki di sisi kita yang memberi semangat dan dorongan.
Being gay or lesbian is not about having sex or about "behavior". Being gay is about being attracted solely to the same gender, inilah yang harus difahami oleh orang di luar sana.
/me siapalah aku untuk bercakap tentang urusan agama.
nguLat ngepost | 4:46 PM | |
memilih jalan yang senget..
Wednesday, May 26, 2004
kenapa aku memilih untuk menyintai perempuan sedangkan aku seorang perempuan? sedangkan diciptakan seorang perempuan itu untuk lelaki. hawa dicipta dari tulang rusuk adam. adakah kerana pengaruh, dipengaruhi, terpengaruh, terikut-ikut atau benci dengan lelaki? aku kenal diri aku. bukan kerana pengaruh kawan-kawan, terikut apa yang kawan buat atau benci dengan lelaki yang menyebabkan aku memilih menjadi lesbian. agaknya masa lahir dulu-dulu aku dah tahu aku suka pompuan kot.
yerp, tak dinafikan sesetengah lesbian asalnya dia ialah pompuan stret. ada tu saja-saja mencuba sebab tengok macam best je kekawan bercinta dengan pompuan. last-last tersangkut tak dapat cari jalan kuar. ada boyfriend pun masih nak ada girlfriend. dapatlah gelaran bisexsual plak. moralnya, jangan saja nak cuba try test..hehe. ada segolongan lagi ni jenis dah patah hati dengan lelaki. asalnya mereka ni bercinta sakan dengan lelaki, berjanji setia sehidup semati. last-last mereka ditinggalkan. ada tu dah bertunang, kena putus tunang. selalunya sebab tipu-menipulah ni. jantan tulah yang menipu, main kayu tiga ke atau suami orang mengaku bujang. kalau tak takdelah pompuan tu sampai patah hati. maka mereka pun memilih untuk bercinta dengan pompuan.
sekelompok lagi ni mempunyai rasa fobia dengan lelaki sejak kecik yang menimbulkan perasaan dendam dan benci. bila melihat bapak pukul mak, bapak menunjukkan perangai tak baik, mereka pun bencilah pada lelaki dan mempunyai keinginan melindungi pompuan. fobia lain ialah kerana mereka mengalami pengalaman buruk dengan lelaki. selalunya terjadi pada mereka yang menjadi mangsa rogol nafsu buas binatang jantan haprak dan mangsa sumbang mahram. mereka yang berada dalam kumpulan ini hanya nampak kejahatan lelaki sahaja menyebabkan mereka memilih samada jalan hidup bersendirian atau menjadi seorang lesbian.
kalau yang memilih untuk kelihatan gagah dan kacak seperti lelaki atau digelar pengkid/butch, sesetengah tu diorang ni anak tunggal pompuan di kalangan adik-beradik lelaki, jadi terikut-ikutlah dengan abang2 diaorang. ada tu memang mak bapak nak sangat anak lelaki bila anak pompuan mereka dah berderet-deret. jadi bila budak tu lahir pompuan gak, dianggapnya juga macam lelaki. jadilah budak tu pengkid yang direstui mak bapak. ada tu disebabkan pengaruh rakan sebaya. itu biasalah. semua faktor-faktor sebab munyabab yang berlaku dalam hidup kita ada kaitan dengan pengaruh kawan gak. sekumpulan lain jadi pengkid ni seperti yang aku cakap kat atas tu, rasa benci pada lelaki dan nak jadi pelindung pompuan.
yang pure lesbian tak kisah pengkid ke, andro atau femme, dah sejak kecik perasaannya towards pompuan. pantang tengok pompuan, lagi-lagi bila terpandang yang comel lote berdebar-debar je jantung tu. kalau tengok lelaki plak memang takde perasaan, flat. kosong. empty. tapi tak semua pompuan sejak kecil lagi dah jinak-jinak kucing dengan dunia lesbian ni. sesetengah tu memang tak penah bermain perasaan baik dengan lelaki atau pompuan. bila dah besar mula mencari arah tapi arah pandangannya plak terpesong ke kaum sejenis, bertambah meriah dunia plu ni.
aku kat mana yea? aku tak benci lelaki. tidak juga terikut-ikut kawan. sejak kecil dah tomboy. main dengan permainan lelaki dan ngan kekawan pompuan macam hero. tapi masa tu tak pula suka pompuan. biasa je. then F datang dalam hidup aku, baru tahu indahnya bermain perasaan dengan pompuan. anda pula di mana?
nguLat ngepost | 4:37 PM | |
cerita dari toilet
Tuesday, May 25, 2004
perhatian : entry ini mempunyai unsur kebiruan dan juga loya lagi meloya-loyakan. tidak sesuai untuk bacaan orang yang pasan ayu dan macho. hehe..
Fuhh sejuknya opis aku ni. Lemak-lemak yang berlambak kat badan ni pun tak dapat menahan hawa yang tersangat dingin ni. Beku tangan. Aku pun sms kat sayang minta dia panaskan. Dia plak bukannya boleh diusik macam tu, mulalah tak tentu arah. Itu baru sms belum cakap kat tepon lagi..ekekekkek..
Pagi tadi perut aku sakit menggelepar. Sakit nak buang air ler. Call of nature. Pi toilet tengok-tengok makcik cleaner tengah bersihkan. Kenalah tunggu sampai selesai. Tak lama kemudian aku pi lagi. Masuk-masuk je ada sorang opismate aku dalam tu. Aku panggil akak PA je lah ek. Toilet pompuan kat opis ni cuma ada dua tempat membuang. Satu yang duduk dan satu lagi mencangkung. Bila tengok akak PA tu ada, aku takdelah terus menyerbu masuk pi membuang. Control macho dulu. Hehe..
akak PA tu plak bila tengok aku datang, dia yang sebelum tu tengah membelek muka kat cermin terus dengan bangganya cakap "oooo akak masuk dulu. Nak BERAK", terus dia menuju kat tandas cangkung. Actually aku bukannya nak masuk tandas tu pun. Kalau kat opis aku lebih prefer tandas duduk. Tapi oleh sebab dia terus terang cakap "nak berak", aku terus tak jadi nak membuang walaupun tandas duduk tu kosong. Sebabnya otak aku ni ada sikit kotor, tak dapat lari daripada membayangkan pergerakan orang dalam keadaan tertentu. Hehehe.. kalau dia tak cakap takper, ini dahlah cakap terus terang, aku plak mempunyai tujuan yang sama, terus tak sanggup aku nak teruskan hajat. Nanti otak aku merayau-rayau ke arah yang songsang. :p
korang penah dengar lawak ni tak. Misalnya korang iri hati dan anti sangat dengan si erra fazira yang macam cantik sangat tu, dapat plak kawin dengan Yusry, jejaka idaman abad ini, uwekk.. nak apa-apa pun asal petik jari terus dapat, ceh!. Jadi kalau dibandingkan dengan korang yang kalau dah mekap bertepek-tepek pun, memang takde can nak gantikan tempat Erra di hati Yusry.
Maka ada satu lawak yang tujuannya boleh hilangkan rasa iri hati atau buat lawak mendengki. Orang kalau cantik sekali pun, ada saat-saatnya muka dia macam acam kecut. Jadi cuba bayangkan erra fazira di dua situasi berikut iaitu first, saat baru bangun tido dengan rambut mengerbang dan air liur basi. Mungkin cantik lagi kot dia masa tu. Situasi kedua agak sadis sikit. bayangkan saat-saat dia sedang membuang air besar. lagi-lagi kalau benda alah tu susah sangat nak kuar..erk. aku tak tahulah kalau dia boleh control ayu masa tu..ekekekekkk.
jadi kalau korang ada kekawan memang jenis pasan ayu ke atau berlagak ke, maka bayangkan je dua situasi tu. jangan marah aaa.. :)
meh baca jap : Real Time Woes untuk peminat reality tv di mesia ini.
nguLat ngepost | 3:58 PM | |
sakitnya hati aku..
Monday, May 24, 2004
aku telah memulakan hari ini dengan penuh semangat. berjaya menghabiskan Curious Wine walaupun peti tv mengganggu konsentrasi dan ketenteraman jiwa aku. entry semalam tu aku tulis ketika aku berada pertengahan cerita. selepas menyambungnya aku tidak lagi membayangkan diri aku dengan F tetapi dengan gf aku. F hanyalah kenangan aku sedangkan realitinya yang aku sayang, cinta dan rindu ketika ini adalah my dearest sayang. dan harapan aku dapat menjalani hidup ini bersama selama-lamanya hanya dengan dia.
tetapi semangat pagi tadi tu dah pudar ketika ini. aku dah tak bersemangat dan rasa sakit hati sangat sebab aku telah kehilangan kad parking keta. pagi tadi ada then tadi masa tengah kemas barang baru aku perasan takde. puas aku mengingatkan flow aku pagi tadi, hasilnya aku sakit ati amat sebab yakin kad tu ada tapi skang dah takde. habis aku bongkar beg dan wallet takde juga. pi kat keta pun sama, takde. nak tak nak terpaksa pinjam member punya kad, asal dapat kuar dari car park cukuplah. esok terpaksalah aku mengadap report kad hilang n buat kad baru. dendanya plak deposit asal tu burnlah dan kena kasi deposit baru. hampeh betul. benci masa saat-saat tercicir barang ni. sakit hati pun tak hilang lagi. wargghhh!!
nguLat ngepost | 5:50 PM | |
umpama mimpi dalam mimpi
Sunday, May 23, 2004
by Damasutra
Kenangan bersamamu kasih
Seumpama mimpi di dalam mimpi
Terasa engkau di sisi
Menemaniku saban hari
Pabila kupejamkan mata
Akan terasa hangatnya asmara
Walaupun sekian lama
Telah terpadam cinta kita
Luka yang tak terasa
Mengalir darah yang tak berwarna
Bagai jeritan tanpa suara
Tangisan dalam ketawa
Sedu sedan menjadi syair cinta
Terasa ingin ku sentuh bayanganmu
Walau hanya seketika cuma
Agar hilang rindu dan dahaga
Agar pulih semangat kasih dan mesra
Seperti baru kenal cinta
Kenangan bersamamu kasih
Membakar gedung fikiranku kini
Terasa hidupku ini
Umpama mimpi dalam mimpi..
lagu tersebut mempunyai sentimental value dalam diri aku. F antar lagu ni kat aku ketika kami sedang krisis dulu. hari ini ntah kenapa aku rasa rindu pada dia. agaknya gara-gara aku membelek semula surat-suratnya dan menatap semua gambar-gambar aku dan dia. I am a very sentimental person. I keep everything that means anything to me. ditambah lagi ketika ini aku sedang membaca novel Curious Wine yang aku beli kat Kinokuniya, KLCC minggu lepas. /me guys, aku baru nak baca ari ni. tv kat rumah tu betul-betul mengganggu konsentrasi aku. :p
betullah kata Sekapal n ChefDiva, citer tu best siot sampai aku terbawa-bawa dan membayangkan yang aku ni Diana dan F tu Lane. saat-saat bermain mata tu sungguh membuatkan aku rindu pada kenangan lalu. isk..cian gf aku, macam menduakan dia plak. sayang, saya tetap sayang dan cintakan awak. cuma aku yang terlalu sentimental dengan setiap kenangan yang aku lalui. dah sifat aku begitu, nak wat camne. bukan pun setiap saat teringat, sesekali je. cuma satu yang aku nak tahu sangat-sangat, siapakah aku dulu di hatinya dan apakah perasaan sebenar dia pada aku? aku rasa dia dah cukup matang untuk memahami dan menjawab soalan aku. tapi sampai la ni aku masih tak berani bertanya. aku terlalu malu dan segan untuk bersuara. takut dia anggap aku yang bukan-bukan. perlukah aku bertanya atau biarkan ia terpendam sampai bila-bila?
nguLat ngepost | 3:21 PM | |
aku dan hari ini
Friday, May 21, 2004
nak citer pasal lain sebenarnya ni. nak sambung kisah semalam tu, tapi lain skop. ermm..nanti dululah. aku tak berperang atau memerangi sesapa. semalam aku kena sindrom pms, jadi macam rimau skit. dalam sebulan mesti ada beberapa ari aku merapu giler. hehe..
hari ni dah kembali normal. terasa terlebih normal plak sebab aku banyak sangat bercakap, menyindir dan ketawa. selalunya aku lebih suka diam dan melihat. tak tahulah apa angin ari ni. agaknya kurang vitamin c. eh, apa kena mengena??
awal petang tadi aku ketemu dengan skuad Perodua Era. sebenarnya tak merancang pun mencari mereka, tup tap masa aku tengah tekan-tekan punat radio kat keta, tetiba terdengar suara Kiran bagitau skuad PE ada kat Hutan Bandar. kebetulan aku memang lalu di kawasan berdekatan. apalagi aku pun berpusing-pusing pi Hutan Bandar. dah sampai kat sana aku tak benti pun, cuma lalu dan nampak diorang. tapi sejibik manusia pun takde jumpa skuad PE tu. aku ingat aku yang dah terlambat. oooh tidak bila aku terlepas je, terdengarlah suara sapa ntah cakap org2 JB pi jumpa diorang kat situ. aku pun apa lagi, dengan minyak yang dah tinggal nyawa-nyawa udang tu berpatahlah balik.
sampai kat tempat skuad berlabuh, dah ramailah manusia mengerumuni diorang. aku pun joinlah sekali. dapatlah minum air 100plus percuma. banyak gak barang diorang bawak. biasalah nak dapat tu sumer kenalah bersoaljawab dahulu. aku dapatlah majalah Eh! setelah jawab nama filem terbaru lakonan Maya Karin. ermmm, kali ni aku nampak diorang berlaku adil. takde sapa yang dapat dua kali hadiah. tak macam tahun lepas, asyik-asyik orang yang sama gak diorang tunjuk. oklah tahun ni. mata aku plak tak lepas dari merenung dua awek PE yang cun-cun belaka. ekekekek.
dalam pada tu, hati aku sakit sangat baca paper ari ni. penuh dengan citer-citer menyayat hati. sampai satu tahap aku terasa lemah sendi-sendi kat badan aku ni, macam ngilu je. sedih sangat tengok amah indon tu kena dera. kemudian citer pasal Noritta dan Canny Ong tak habis-habis. lagi pasal pensyarah UiTM yang kena bakar tu. pasal Iraq dan Palestin je buat aku jelak sangat-sangat. dan lagi..dan lagi. nak baca sumer berita, tapi otak aku menolak. penuh. sendat. sayat.
nguLat ngepost | 4:52 PM | |
2000
Thursday, May 20, 2004
apa benda dah "2000" tu? oohhh hari ini blog aku dah mencapai 2000 hit. bagi mereka yang dah sampai tahap berjuta-juta hit tu mesti gelakkan angka 2000 ni. ermm.. apa ada pada angka? untuk apa angka-angka itu? glamer, mungkin? atau kalau dinilai dari angka, boleh menunjukkan sesuatu penulisan dalam blog itu bagus atau tidak sehingga boleh menarik orang melekat membacanya. bagi aku, aku meletakkan angka tersebut sebagai panduan bahawa ada juga orang yang sudi jengok blog aku ni. yelah.. aku menulis ikut sesedap rasa aku je. syiok sendirilah senang citer.
tak tahulah benda yang aku tulis ni memberi manfaat pada orang lain. bila tengok blog yang dah tahap senior gaban, rasa rendah je aku ni berbanding dengan diorang. bila bandingkan tahap penulisan aku, rasa macam aku ni carca marba jek. tulis bahasa bercampur-campur. perosak bahasa jek. terfikir dalam kepala, ada ke orang nak baca idea kegilaan dalaman cetusan firasat pendapat pengalaman aku ni.
ada orang senang je dia fikir, ohh blog aku suka hatilah apa aku nak tulis. kalau nak lain dari yang lain, tulis sendiri, buat sendiri. yerp, aku ada juga berpikir macam tu. peduli apa dengan kata-kata orang. bukan diorang beri aku makan, bukannya aku bekerja dengan diorang, diorang tidak layak menilai siapa diri aku.
layakkah kita memberi nilai dan penghakiman pada blog orang lain? walaupun blog kita banyak responden dan hit yang beratusan setiap hari, layakkah kita untuk mengatakan "ohh blog tu bosan", "ohh kalau cerita pasal kehidupan sehari-hari, bangun pagi gosok gigi makan apa, baju kaler apa..ahh tak kuasa aku membacanya", "ohh dia ni syiok sendirilah" dan sebagainya. layakkah kita mengatakan blog apa yang bagus dan tak bagus? siapa yang memberi kita tauliah? bukankah kita yang syiok sendiri kerana sesuka hati menghakimi orang? hentikanlah memberi label. hentikanlah menjadi bush dan blair di blog.
bila baca kata-kata aku kat atas tu, lepas tu dia mesti cakap, ahhh budak ni jeles sebab blog dia takde orang nak jengok. tak beshlah katakan. tak canggih. ohhhh peleaseeeelah. hormatilah pendirian dan pandangan orang lain. setiap orang berhak bersuara tak kira apa juga bentuknya. jangan mengutuk. jika tidak mahu membaca sudikanlah diri anda mem"blah" dari blog itu. tolong pergi tanpa membuat dosa.
aku menggunakan blog untuk melepaskan rasa tensen yang aku simpan ni. melepaskan segala "kegilaan dalaman" yang aku rasa. meluahkan segala mala isi perut kambing kucing aku. sekurang-kurangnya aku tidaklah lagi berkata seorang diri. setidak-tidaknya ada juga orang-orang yang celik tapi bisu untuk membaca cot-cet dan songel aku ni. dan aku tidak lagi bermonolog sendiri. kuranglah seorang pesakit jiwa yang bakal menginap free seumur hidup di hospital tampoi.
setiap bloggers ada komuniti masing-masing. kekawan kamceng sependapat, seurat dan sealiran. bagus. iya adalah cara yang baik untuk memotivasikan diri setiap pem"blog". baca dan berfikirlah secara positif. yang tak baik jangan diikut nanti hidup sendiri jua yang melalut. peace.
ini blog aku yang punya!!!
nguLat ngepost | 4:46 PM | |
asal pejam mata je..
Wednesday, May 19, 2004
mesti orang akan tersenyum sinis atau gelakkan aku kalau aku cakap yang aku ni penakut "banyak" nak membonceng motor apalagi membawanya. yelah, akukan ala-ala "bunga jantan".. ceh! aku mesti berpesan pada yang tukang bawa, jangan "peng" teruk sangat, aku takut terjatuh..hehe.
abah aku tak penah ada motorsikal. yang dia ada hanyalah basikal je dan terus beli keta bila dia dah mampu. alasannya bila ditanya, dia sengaja tak pakai motor sebab tak mahu anak-anaknya bawak motor sesuka hati tanpa lesen macam bebudak zaman la ni (dia pun takdo lesen motor sampai skang..ehe). cuma bila adik lelaki aku dah tingkatan 4 dan dah amik lesen motor, baru dia belikan motor sebabnya dah tak kuasa nak antor adik pi sekolah. aku plak, tak sempat nak blaja bawak motor tu, abah dah pi jual bila adik aku masuk univ nun di timur. ada gak motor kat rumah skang ni, motor jaguh. abah punya. nak soh aku bawak..hahaha. rasanya tak sempat bergerak dah jatuh.
aku penakut giler kalau naik motor tapi tidak keta. hobi aku kalau nak menghilangkan tensen ialah memandu. kalau laju lagi best. lagi pecut lagilah besh! kihkihkih.. aku amik lesen keta selepas jek abis peksa spm. masa tu ura-ura pasal lesen 'P' dah timbul. oleh kerana nak elakkan kena pakai 'P' tu, aku pun dengan serta-merta pujuk abah nak amik lesen. yang kelakornya selepas 2 tahun aku ada lesen D, barulah 'P' betul-betul diperkenalkan. oklah tu. jadi kalau nak ikutkan usia aku yang skang masih muda remaja ehe..tak tahannya perasan! boleh dikatakan seniorlah dalam bab mandu-memandu keta ni. iyolah tu.. :p
bas. aku nak citer pasal bas plak. apa ada dengan bas? oohhh bas banyak berguna kepada aku dan kehidupan aku yang lepas-lepas. dulu masa tak pandai drv dan saat-saat takde keta, baslah pengangkutan utama aku pi jejalan ngan kawan. masa aku blaja kat univ, bas jugalah tempat aku bergantung harap mengangkut aku pi kuliah. kononnya cam betul-betul mempraktikkan kehidupan sebagai seorang penuntut u. sedangkan nak pakai keta tak mampu lagi, nak bawa motorsikal sampai la ni pun tak reti-reti.
ada satu citer pasal bas yang aku tak penah lupa. kalau aku ingatkannya mesti gelak giler babas. aku selalu tertido kalau naik bas. bas yang aku maksudkan ni bas henti-hentilah bukan bas ekspress. kalau bas ekspress wajiblah tido tu. masa aku form six, aku pegi sekolah abah antor ngan keta tapi aku balik rumah naik bas awam. jadi selalulah aku tertido atas bas ni. nak kata penat, uikss penat gak tu. sebab aku selalu stay back kat sekolah, sesaje menyibukkan diri..hehe.
eeeiii sakit tau tersengguk-sengguk tido dalam bas. kita sebenarnya tahu yang kita tertido macam tu tapi itulah.. syiok tido punya pasal, apa pun tak peduli. bila dah layan tido je, kekadang aku tak sedar yang aku dah terlepas tempat nak turun. bila terjaga je mesti terpinga-pinga tengok keliling, kalau bukan kawasan familliar tu sahlah terlepas. bukan sekali dua benda ni berlaku kat aku. berkali-kali. kekadang tu sampai 2 kali bus stop aku terlepas. nak tak nak kenalah seberang jalan, naik bas lain. kalau dekat, aku jalan kaki je.
agaknya dah jadi habit kot tertido dalam bas ni, masa aku keje kat kl tu pun cam tu gak. sesapa yang keje kat kl tu tahulah, penat tunggu bas satu hal, berebut-rebut naik satu hal, mana nak jaga beg lagi takut kena seluk. kalau nasib baik, dapat duduk. takde nasib berdirilah sampai tiba tempat turun. uhhh seksa betul naik bas kat kl ni. aku bila dapat duduk, asal terpejam mata je mesti tido. nak membaca tak selesa, jadi tidolah jawabnya. bila dah tertido tu, bab terlepas tempat turun berulang lagi. ni berlaku masa balik kejelah, kan waktu tu memang penat giler. kali ni kalau terlepas memang tak boleh patah jalan kaki. selalunya agak jauh gak aku terlepas. nak tak nak samada naik bas lain atau amik teksi je.
bila dah sampai rumah, aku mesti gelak habis bila teringatkan "ketiduran" aku tu. la ni bila berselisih dengan bas masa pi keje ngan balik keje, mesti teringat peristiwa sadis tu. isk, nak gelak ada sedih pun ada.
nguLat ngepost | 10:53 PM | |
Cinta atau Sahabat? part II
Tuesday, May 18, 2004
entry ini adalah sambungan kepada Cinta atau Sahabat?
Selepas peristiwa kami bergaduh dan memutuskan "persahabatan", kami berdua berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kawan-kawan yang bawak mulut tu tidak pula menghindari aku. Senang cerita, benda tu langsung tidak menjejaskan nama aku dan dia. Semua seperti biasa, habis macam tu aja. Tapi nak ikutkan, malu juga aku dengan peristiwa itu. Malu sebab benda ni berlaku dalam usia aku yang masih muda. Aku berkawan dengan F seawal usia 13 tahun dan hubungan tu terputus setahun selepas itu. F kemudiannya rapat dengan seorang lagi classmate aku yang sebenarnya dah lama intai F dalam diam. aku juga berkawan dengan seseorang cuma hubungan tu taklah seindah sewaktu aku dan F.
Selang beberapa bulan, aku terima sepucuk surat yang entah dari siapa. Kemudian datang lagi dan kali ni F mengaku bahawa dialah penulis surat tersebut. Kandungan surat tersebut adalah lafaz kemaafan darinya kerana "kawan" dia telah menyebarkan cerita yang bukan-bukan tentang aku. Jeleslah tu F masih ingatkan aku.. hehe. dan kali ketiga aku terima surat dari F yang inginkan hubungan "bestfriend/persahabatan" kami terjalin kembali. Iya.. sudah semestinya aku terima kerana aku sangat-sangat bahagia bersama dengannya. Bersama surat tersebut F kirimkan lagu ini..
Pada irama ku berpesan, lagu ini ditujukan, padanya yang tersayang,
Kasihku kau pernah dipersia, lalu kubawa cintaku, sebagai penawarnya,
Biar lukamu masih terasa.
Sesaat engkau tidak ku temu, bulan seakan pilu, tiada dapat beradu,
Begitu jika engkau membisu, badai jauh dilautan, tiada ketepian,
Sebegitu cintaku padamu.
Usahlah cinta dibawa bersama, ditenggelami mentari di timur,
Gelap gelita tiada bercahaya, Ku tiada berdaya.
Ku ingin selalu di sampingmu, tiap waktu siang melambai malam,
Bagaikan senja denyutan cinta kita, penyambung hadirnya.
Akan ku bina istana bahagia, menjadi lambang kasih berpanjangan,
Hentikan airmata pedih kenangan, yang mencakar perasaan,
Mekarlah bunga cinta, seharum wangi kemboja,
Mekarlah bunga cinta, di taman kita sejiwa.
Sejiwa by Spring
Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Begitulah hubungan kami. Setelah hampir dua tahun membina kasih sayang dalam diam, aku mengambil keputusan memutuskan hubungan tersebut atas alasan yang memang tak masuk akal. F sendiri tidak tahu sebab sebenar mengapa aku bertindak sedemikian rupa. Biar itu menjadi rahsia hidup aku. Yang pastinya aku tahu dia sedih yang amat sangat dan kawan-kawan tidak dapat membantu kami memulihkan hubungan tersebut. Oh yea, ketika ini kawan-kawan aku very supportive tentang hubungan kami selagi kami tidak melakukan sesuatu di luar batas agama.
Setelah aku melepaskannya, kawan-kawan masih lagi menyakat kami berdua. Aku tahu harapan mereka agar aku berbaik semula dengan F. Aku bukan buat tak tahu, tapi aku malu dan dihantui rasa bersalah melepaskannya dahulu. Aku hanya berani bermain mata dan malu yang amat sangat untuk bersuara. Dan F juga begitu. Masing-masing tidak mahu memulakan langkah. Padahnya masing-masing melepas. Aku kemudiannya mengambil keputusan berpindah sekolah dan F turut mengikuti jejak aku. Selama dua tahun kami terputus hubungan tetapi aku tidak pernah melupakan dirinya.
Aku bertemu F kembali semasa di tingkatan 6 Rendah dan kebetulan berada dalam kelas yang sama dengannya sehinggalah tamat tingkatan 6 Atas. Pada mulanya agak kekok menyesuaikan diri apatah lagi F aku lihat telah banyak berubah. Aku seakan tidak boleh menerima perubahan dirinya itu tapi lama-kelamaan aku akui dia bukan lagi milik aku. Mungkin juga dia telah melupakan segala kenangan dengan aku dahulu. Yang lepas biarkan berlalu namun sehingga kini aku masih lagi menyimpan semua surat darinya dahulu.
Sekarang aku dan F berkawan baik. Dia adalah antara tiga kawan pompuan atau "geng" aku kat JB ni. Geng baik punya tapi bukan sahabat dalam erti kata sahabat yang mengenali aku siapa diri aku yang sebenar kerana aku tidak pernah menceritakan "kegilaan dalaman" yang aku hadapi saat ini. Mereka cuma tahu sifat "tomboy" aku dan tidak lebih dari itu. Mereka adalah pompuan stret yang sudah punya boyfriend manakala aku pompuan lesbian yang dalam diam-diam sudah punya special girlfriend.
nguLat ngepost | 5:55 PM | |
&%$#@
Monday, May 17, 2004
weiii penat siot badan aku ni. masa berjalan tak ingat penat. bila dah sampai kat bilik rasa macam tak mo bangun dari katil plak. hehe.. aku solo je pi kL ari tu. dia tak ikut sama, keje. jeles gak aku bila tengok orang lain jalan ngan kapel memasing. pengajarannya lain kali jangan jalan sensorang bila mana kawan-kawan anda yang lain berdua-duaan. bak kata woody, culik je dia. hemm, kalaulah aku boleh culik.. hehehe.. kepada kekawan kat kL tu, thanks for everything. aku benar-benar enjoy setiap saat bersama korang dan aku tunggu korang datang serang jB plak. :p
hurrrayyy!!! akhirnya peminat-peminat Survivor telah mengesahkan bahawa Rupert adalah pemain paling faveret dalam Survivor All-Stars dengan memilih beliau sebagai pemenang the second one-million dollar prize on Survivor: America's Tribal Council. aku salah seorang yang mengundi Rupert dan aku sangat-sangat gembira Rupert terpilih akhirnya. yang paling tak besh plak kena tunggu ntv7 siarkan episod tersebut 2 minggu lagi. memang hampeh! dasar mengejar keuntungan sahaja!!
hari ni dia akan datang jB, sebab esok dia ada meeting kat sini. jadi dia akan bermalam kat rumah akulah. bestnya... dapatlah minta dia urutkan badan aku yang sengal-sengal ni. lagipun hari ni our 8th month anniversary, dan dia cakap nak celebrate. dah tak sabar nak jumpa dia ni. aku dah &*r#@ giler.. muahahahhahhaha.
nguLat ngepost | 4:04 PM | |
apa dah jadi?
Thursday, May 13, 2004
pasukan badminton kita kecundang lagi. sebagai peminat setia badminton negara, aku tidak pernah putus harapan dalam memberikan sokongan agar kita dapat kembali mencipta kejayaan seperti era zaman kegemilangan dulu. bila digelar jaguh kampung, marah. bila menang sekali sorak bukan main, hadiah bertimbun-timbun kemudian tu prestasi jatuh, jatuh dan terus jatuh. kalau jatuh kemudian naik dan jatuh dan naik takpelah juga. kalau dah asyik jatuh je lama-lama peminat pun naik bosan.
salah seorang yang dah bosan nak tengok aksi badminton negara ni ialah abah aku. aku masih ingat lagi masa Piala Thomas tahun 1992, aku tak ketinggalan menonton walaupun dah lewat malam. sib baik cuti sekolah waktu tu. apabila pasukan kita menang je, abah terus peluk aku dan adik aku, pastu dia cakap, "nanti abah kasi sorang 20 rggt". hehe.. punyalah gembira kitaorang sorak tak terkira. dan itulah kali terakhir kita memenangi Piala Thomas.
semalam apabila aku turun ke ruang tamu, aku naik heran apasal tv tu senyap jek. abah tak tengok ke piala Thomas yang disiarkan secara langsung kat tv 2, antara pasukan kita menentang Indonesia. aku pun cakaplah "kat tv2 ada piala thomas. tak tengok ke?". abah pun jawab balik, "ah, tak payahlah nak tengok. buat sakit hati aku je tengok. kalau menang takpelah juga." aku dah tersenyum kambing. abah sambung lagi, "orang sakit jantung tak boleh tengok. nanti ada karang diorang tak habis main lagi, aku yang habis dulu". hehehe..
ada kebenaran gak. aku yang takde sakit ni berdebar-debar je sepanjang perlawanan. apalagi yang ada sakit jantung. pengulas malam tadi, Hasbullah Awang pun cakap sesapa yang ada sakit jantung baik segera beredar dari menonton. waktu itu kita dah ketinggalan 1-2 kepada indon, jadi beregu kedua negara adalah penentu untuk mengikat indon 2-2. diorang yang dah kalah pada set pertama ketinggalan 5-13 pada set kedua. masa ni aku dah tinggalkan tv, pi menggode pc adik aku jap tapi still aku biarkan tv terbuka, manalah tahu sesuatu ajaib berlaku. memang ajaib pun sebab aku asyik dengar perkataan 13 tu tak habis-habis. aku pun heran takkan pasukan indon tak boleh habiskan game, tinggal 2 mata je. rupa-rupanya beregu kita tu mengejar dan cuba memberikan tekanan, dan akhirnya pasukan kita menang kat 2nd set tu dengan 15-13. macam tak percaya pula dengan fighting spirit diorang tu. tapi akhirnya pada set 3 rubber game, pasukan beregu kita kalah 12-15 walapun dah mencuba sehabis baik. kalau tak tergopoh-gapah pasti pasukan kita menang.
apa pun well done pada diorang berdua sebab memberikan asakan. kalah selepas memberikan tentangan yang hebat adalah lebih manis daripada kalah kerana tunduk dengan asakan lawan. pengalaman walau sebanyak mana pun tapi kalau mental tidak kuat, memang tidak akan ke mana-mana. ermmm.. apa dah jadi, apa dah jadi, sampai sekarang tak menang lagi?
nguLat ngepost | 4:20 PM | |
kau saja
Wednesday, May 12, 2004
by Spider
Kau saja
Buat sarang labah-labah
Kau saja
Buat susah aku baca
Satu cerita banyak pecahan
Bersambung-sambung
Tak nampak kesudahan
Hujung simpang bertemu serampang
Bagi buih dihanyut gelombang
Tanpamu ku berdiri
Tanpamu kugagahi
Merempuh hidup di sini
Di alamku sendiri
Ooo... kawan katakanlah
Kau pun tak tahu
Ooo... kawan katakanlah
Kau juga buntu
Ooo... kawan katakanlah
Kau masih ragu
Kau saja
Mahu orang tengok handal
Kau saja
Belum tahu engkau bebal
Sampai bila nak terus berkhayal
Di kala malam tidur berkongsi bantal
Satu selimut beribu tampal
Awan lalu nak dipintal
Tanpamu ku berdiri
Tanpamu kugagahi
Merempuh hidup di sini
Di alamku sendiri
/me bz..aku tengah layan lagu ni je dalam kepala. spider rulez!
meh jengok jap : Survivor Blows
nguLat ngepost | 4:49 PM | |
citer survivor yang aku minati
Tuesday, May 11, 2004
yeahg yeahg.. entry ini aku tulis sejurus selepas menonton final Survivor All Stars kat Channel 5, spore tv. aku tak boleh tahan tunggu sampai pagi, otak tengah menggelegak mendidih nak tulis ni. rupa-rupanya ntv7 tidak menayangkan finalnya pada malam tadi. nilah satu-satunya sebab mengapa aku suka banget dok jb. selalu up to date bagi hantu tv macam aku.
aku tak penah miss menonton ke semua lapan musim survivor lebih-lebih lagi untuk final episod. dan bagi aku final episod bagi Survivor All Stars tadi adalah yang paling best yang penuh dengan emosi dan luahan kemarahan para juri. tapi tak sumerlah begitu sebabnya Rupert sendiri tabik dengan cara Rob dan Amber bermain. dan saat ni yang paling best, sejurus sebelum Jeff Probst membuka satu persatu undi para juri, Rob dengan gentlemannya telah melamar Amber mengahwininya di hadapan semua penonton dan survivor cast. di baju Amber sendiri tertulis I Love Rob dan dari mula rancangan mereka saling berpegangan tangan. lamaran itu adakah satu lakonan atau memang suprise dari Rob? satu konspirasi atau kenyataan?
salah satu peraturan survivor ialah peserta dilarang sama sekali membuat sebarang komplot atau konspirasi untuk berkongsi hadiah. hadiah tersebut hanya berhak untuk seorang pemenang sahaja. secara relatifnya, sepanjang siri musim ni berlangsung, kita semua nampak Rob dan Amber seakan pasangan kekasih. berlakon bercinta atau memang benar mereka bercinta? bagi bersangka baik, aku rasa mereka memang benar-benar jatuh cinta ketika penggambaraan survivor berlangsung.
apa pun, Rob telah mengambil langkah bijak dengan melamar Amber sebelum keputusan sebenar diumumkan. mungkin kerana dia seakan tahu dia tidak akan memenangi game ni. dan juga ingin menunjukkan dia tidak berkomplot dengan Amber dan mereka benar-benar bercinta. aku rasa kalau memang mereka berdua tidak bercinta dan Amber menang, mungkin dia juga akan memberikan habuan dari hadiahnya kepada Rob sebagai terima kasih menjaga, melindungi dan membawanya sampai ke tahap sole survivor. siapa tahu? mungkin juga dengan melamar Amber sekurang-kurangnya dapat menutup keraguan-keraguan ini. lepas ni, pasti dia juga akan mendapat tempias USD1 juta tu dari Amber selain USD100,000 hadiah tempat ke dua yang dia menangi.
apa pun, aku salute dengan cara Rob bermain. walaupun menipu dan dengan sengaja membina banyak alliances kemudian tikam belakang, it's just a game beb. nak menang 1 juta, kenalah tahu caranya. hehe.. dulu masa dia kat Survivor Marquesas, aku cukup benci dan meluat dengan dia. masa tu kan dia mendapat gelaran budak jahat. isk rasa nak tikam-tikam je, jahat betul.
cukuplah pasal diorang berdua tu. harap berbahagia hendaknya. ermm suprise suprise.. pihak CBS dengan murah hati menghadiahkan satu lagi kereta Chevy dan Amber telah diberi kesempatan memilih penerima di kalangan 16 peserta lain. (opps pembetulan, rupanya di samping memenangi 1 juta dolar, Amber juga dihadiahkan satu kereta Chevy baru. tapi oleh kerana dia dan Rob telah memenangi Chevy pada episod 13 yang lalu, dia kena memberikan Chevy tersebut pada orang lain) dan pilihannya ialah Shii Ann sebab Amber menganggap undi Shii Ann telah memberikan kemenangan kepadanya.
ini SUPRISE paling besar. CBS agaknya dah terlebih kaya dengan tajaan telah menawarkan extra USD1 juta lagi kepada semua peserta Survivor All Stars ini termasuk Amber. dan penentu undi diberikan kepada penonton. kita diberi peluang mengundi peserta faveret kita. hehehe.. itu sudah bagus. aku nak undi Rupert. aku nak sangat dia menang. he deserve to win that million dollar beb.. seorang lagi peserta faveret aku ialah Kathy. keputusannya klu kat Ch. 5 ari jemaat ni. ermm kalau malam jemaat maknanya aku terpaksa misslah, dah sampai kL kot masa tu. takpe, website ada. erk.. boleh tak aku submit undi banyak-banyak kali? hehe..
oohhh one more thing.. Jenna M.(yang menarik diri kerana mak dia sakit tenat dan sole survivor di Amazon) dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan Ethan (sole survivor di Africa). secocok benarler kalau nak menggandakan kekayaan. uhhh banyak betul suprise malam tadi. pada peminat siri Survivor ni, kalau korang nak submit undi boleh pi kat website Survivor All Stars.
nguLat ngepost | 12:15 AM | |
sole survivor
Monday, May 10, 2004
uiks.. blogger / blogspot dah tukar wajahlah. lawonyer. sedap mata memandang. aku plak dah lama tak tukar skin blog ni. dah maleh rasanya nak mengedit template.. makan masa nak jadik perfect. takpelah yang ada ni pun cukup cantik bagi aku. klu dah bosan banget nanti barulah aku tukar yang lain.
kuang kuang kuang.. pada peminat survivor mesti tertunggu final episod malam ni. dan aku yang dah tak sabar nak tahu sapa yang menang, telah gatal tangan membuka website survivor8 tu.. ingatkan diorg tak update lagi.. sekali tu bila buka terpampanglah muka si *&^%$. tu arr shii ann dah kasi warning, orang macam dia ni yang akan menang satu juta tu. tapi diorang degil gak. tengok, dahlah episod lepas dapat keta oppss...hehehe.. lor kalau tak mo tahu jangan baca perenggan yang seterusnya. aku nak bagitau gak. dengan ini diumumkan bahawa Sole Survivor bagi Survivor All Stars tak lain tak bukan ialah Amber Brkich. haa kebetulan nama pun ada unsur-unsur kekayaan.. brkich - rich macam Richard si gay tu. kesian si Rob Mariano tu, dia yang susah payah menipu, membelit, membuang tenaga, orang lain dapat satu juta. kalau bukan rezeki memang takkan dapat punya. aku nak sangat Rupert menang, tapi apa nak buat. dah takdir.. hikhikhik
nguLat ngepost | 5:27 PM | |
pecah kaca pecah gelas
Sunday, May 09, 2004
ingat lagi tak korang pada pantun dua kerat ni..pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas atau pecah kaca pecah tong, sudah baca harap gantung? bila terkenangkan kembali kad-kad raya masa zaman sekolah dulu, rasanya hampir setiap kad ada pantun ni. semuanya mengharapkan balasan kad, sebab nanti boleh tunjuk kat kawan sapa dapat kad yang paling banyak. atau kad tu boleh digantung kat rumah, haa bila kawan-kawan datang semua sibuk menelek kad sapa yang digantung..hehe.. kelakaunya.
e'eh, pehal lah plak pi cerita pasal kad raya, bukannya bulan posa n bulan raya skang ni. lorr..tajuknya pun takde kena mengena dengan raya, tajuknya pasal pantun dua kerat zaman budak-budak dulu. kebetulan saja pantun ni sering dijadikan kiasan oleh penghantar kad raya untuk mendapatkan balasan. takkan nak tulis dalam kad besday, atau kad kawin, atau kad ucapan tahniah plakkan. boleh ke dianggap pantun? boleh sahaja asal ada rima dan mengikut hukum pantun yang betul. sapa yea pencipta pantun tersebut? budak-budak, mak budak atau bapak budak? bagaimana dengan yang ini..
"pen merah pen biru, u marah i lap u" (baca : i love u) atau
"bas pendek bas panjang, aku tergolek kau terlanjang"
kecik-kecik lagi dah pandai cakap benda bukan-bukan ni. hehe.. ada satu lagi, yang ni bukan pantun, tapi frasa yang kalau cakap dengan laju memberikan maksud yang berlainan. caranya cakapkan dengan irama perlahan kemudian sedikit demi sedikit lajukan rentak cakapan.
"bas datang kau naik" akan menjadi batang &@!#%. heheehehehee..
ada lagi tapi aku dah lupa. kalau berkawan dengan budak lelaki, macam-macam boleh dengar. kreatif sungguh mereka dalam memanipulasikan bahasa.
aku paling suka terbalikkan pantun ni. macam sedap pula didengar..
"paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih" diterbalikkan menjadi
"paku serpih paku dulang, dia yang lebih mengata orang"
sesungguhnya..
yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang molek itu budi, yang indah itu bahasa.
/me teruja bila kak nita tak marah seksis di gam gara-gara "lady driver".
profesional sungguh!
meh ronda jap : "Buat apa punya Blog?"
nguLat ngepost | 5:21 PM | |
teka teki teka tekuk
Saturday, May 08, 2004
teka teki teka tekuk, teka teki buat hilang ngantuk..
ada sepuluh ekor monyet jantan merayau-rayau di sebatang anak sungai. tiba-tiba mereka ternampak sepuluh ekor monyet betina di seberang sungai tersebut. apa lagi, monyet-monyet jantan tu dah gatal mulut nak mengorat. nak mengorat kenalah pi seberang tapi jambatan plak takde. kebetulan dalam sungai tu ada seekor makhluk yang bernama buaya menetap di situ. buaya tu buaya bapuk. nak tak nak kenalah monyet-monyet jantan tersebut menyeberangi sungai dengan berenang. anggapan mereka buaya bapuk manalah mengganas macam buaya darat.
maka berenanglah 10 ekor monyet tersebut dengan harapan dapat mengorat monyet betina yang sedang menanti di seberang. seekor demi seekor berenang tapi malangnya sebaik sahaja sampai di darat, 9 daripada mereka mendapati "buah" mereka telah hilang. haru biru dibuatnya. macamana boleh hilang? "buah" mereka hilang sebab telah dimakan oleh buaya bapuk tadi. tapi yang menghairankan "buah" monyet jantan yang ke 10 tak hilang plak. tak plak dimakan buaya bapuk tu. ermmm..kenapa yea tak hilang??
pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.
pecah gelas pecah kaca, harap balas sesudah baca.
pecah kaca pecah tong, sudah baca harap gantung..hehehehe
nguLat ngepost | 11:59 PM | |
Andro
Thursday, May 06, 2004
(entry ini mengandungi beberapa petikan mengenai andro berdasarkan kajian dan pendapat ahli pemikir seantero dunia dengan tujuan pemahaman secara umum. saya yang naif ini hanya memetik petikan asal tanpa ulasan dan terjemahan. saudari sekapal juga telah menulis entry berkaitan andro ini di bawah tajuk femme-andro-butch)
Siapakah manusia yang kita gelar andro? Dari mana datangnya perkataan pelik ini? Mari kita berkenalan dengan pelopor istilah ini.
"In 1974, a Stanford University psychologist, Sandra Bem, developed the concept of androgyny (pronounced "an-DROJ-ih-nee"). "Andro-" means "man," and "gyn-" refers to "woman." Bem does not view femininity and masculinity at opposite poles of a continuum. In other words, if you are high in masculine traits, you are not automatically low in feminine traits. The androgynous person is high in both masculine and feminine traits. Androgynous people can be aggressive or yielding, forceful or gentle, sensitive or assertive — as the particular situation requires. For those who are androgynous, the key seems to be "adaptability"." (sumber petikan A LINE ON LIFE ANDROGYNY: Masculine & Feminine . David A. Gershaw, Ph.D.)
Androgyny dari istilah kamus :
an.drog.y.nous
1. Biology. Having both female and male characteristics; hermaphroditic.
2. Being neither distinguishably masculine nor feminine, as in dress, appearance, or behavior.
Merriam-Webster Online Dictionary
Etymology: Latin androgynus hermaphrodite, from Greek androgynos, from andr- + gynE woman -- more at QUEEN.
1 : having the characteristics or nature of both male and female
2 a : neither specifically feminine nor masculine b : suitable to or for either sex
3 : having traditional male and female roles obscured or reversed
The Angel's Dictionary
1. A person whose biological sex is not readily apparent, whether owing to chance or choice.
2. A person who is intermediate between the two traditional genders.
3. A person who rejects gender roles entirely.
Androgyny dan Tomboy
Childhood tomboyism and adult androgyny by Shawn Meghan Burn , A. Kathleen O'Neil , Shirley Nederend
"In 1977, Hyde et al. noted that the research on tomboyism was meager and was based on the assumption that tomboyism is rare and abnormal. They found, however, that 51% of the adult women in their study identified themselves as childhood tomboys, and 63% of a sample of females entering seventh, eighth, and ninth grades did so as well. Plumb and Cowan (1984) found that 52% of an age-mixed sample (fourth to tenth graders and an adult community college sample) stated that they were or had been tomboys. Unfortunately, the research on tomboyism remains meager although some psychological researchers view tomboyism positively because they believe it leads to androgyny (cf. Hemmer & Kleiber, 1981; Plumb & Cowan, 1984). The rationale underlying this hypothesis is that tomboys engage in both female and male play behaviors, and receive greater exposure to social environments requiring both instrumental and expressive behaviors."
Androgyny dalam GLBT
"Created by combining the Greek words for man (andros) and woman (gynaika), androgyny describes the blending of male and female characteristics within a single individual. Though the term "hermaphrodite" is sometimes given as a synonym for androgyne, androgyny is generally understood today to be a psychological blending of gender traits, while hermaphroditism describes those who possess some of the actual sex organs of both genders. Androgyny has long been embraced by strong women, soft men, members of queer communities, and others who do not easily fit into traditionally defined gender categories."
Andro dalam diri Saya : Hanya Satu Label
Ya, dulu saya tomboy. Tetapi untuk menggunakan istilah tomboy menjelang kedewasaan saya, saya rasakan ia tidak lagi bersesuaian. Juga untuk mengelakkan salah faham istilah tomboy tersebut kerana tidak semua perempuan tomboy itu adalah lesbian. Kebanyakan tomboy hardcore apabila meningkat remaja, akan menggelarkan diri mereka butch atau pengkid. Sifat mereka ini lebih kejantanan dan maskulin seperti lelaki adanya dan kelihatan cuba melindungi perubahan bentuk fizikal seorang perempuan. Saya menggunakan istilah andro setelah diperkenalkan oleh rakan-rakan dalam irc. Saya mencari maksudnya dan ia memang melambangkan diri saya yang berada di pertengahan antara pengkid dan wanita sejati / femme (yang lesbian). Saya tidak pernah melindungi ciri-ciri kewanitaan saya walaupun secara fizikal saya dilihat terarah kejantanan. Saya cuba mengimbangi dan mengadaptasikan diri dalam pelbagai situasi yang berlainan. Pada pendapat saya, istilah pengkid, femme atau andro hanyalah satu label bagi menerangkan sifat dan fizikal individu dalam Lesbian. Apa pun label yang diletakkan, mereka tetap wanita yang mencintai wanita.
Nota Saya : Terlalu banyak buku, jurnal dan artikel yang membincangkan tentang istilah ini. Anda boleh menemuinya dalam semua enjin pencarian di internet. Bagi saya, istilah androgyny ini merangkumi persoalan permasalahan gender, peranan wanita dan lelaki, tahap kejantanan atau keperempuanan dalam diri serta perubahan maksudnya dalam lingkungan GLBT.
Bahasa Pasar : huuu penin kepala aku baca benda ni sumer. teringat masa belajar dulu kena huraikan soal peranan gender dan feminisme. masa buat research sumer ok je. tang buat presentation tu yang menggelabah. yang kita faham dan sampaikan macam tak tersampai je kat pelajar lain. yang berkerut lain, yang terangguk-angguk pun lain. yang penting, takde soalan..hehehe. itulah orang kita.
nguLat ngepost | 11:40 PM | |
jalan-jalan pegang-pegang
Wednesday, May 05, 2004
korang kalau jalan-jalan pimpin tangan awek korang tak?
apa punya soalan daa.. aku? masa dengan ex-gf dulu, aku memang suka sangat pimpin tangan dia. saja nak tunjukkan dia hak aku. hehe.. taklah, aku seronok bila rasa dipunyai dan rasa caring kat dia. kekadang sesaje peluk pingang. cam pakwe ngan makwe. cuma taklah lebih-lebih arr.. dengan gf skang aku malu plak nak pegang-pegang tangan. lebih dari tu pun aku cuba elak. lagi-lagi kalau jalan kat jb ni.. bahaya.
kenapa ek aku malu? masa kawan dengan ex-gf, dia tu memang femme, ayu-ayu pompuanlah. so sesuailah dengan aku yang ala-ala pengkid tak jadi ni, nak jalan pimpin-pimpin tangan.
ermm.. aku dengan gf aku yang sekarang ni "les-andro". (ntah betul ke idak label tu, tak kisar arr. apa ada pada label?) cuma dia lebih dominan dari aku. jadi aku macam pelik sebab kitaorang sama speciesnya. lagilah pada orang yang melihat sebab selalunya pengkid n awek je jalan pimpin tangan ni or femme/femme. aku naik segan nak pegang-pegang, pimpin-pimpin. nak pegang malu, nak tunjuk manja pun dah malu. kesian kat dia, selalu tanya kenapa dah takmo pegang tangan dia. aku hanya mampu tersenyum kambing. :p
nguLat ngepost | 4:31 PM | |
sunburn
Monday, May 03, 2004
uiks..gelap arr kulit aku dibakar panahan pancaran matahari. dahlah memang gelap, bertambah-tambah gelapnya. tu pun tak puas aku main air. klu nak ikutkan rasa hati, ader sampai malam aku berendam. pakkal jelah takde member nak temankan aku berendam. semalam aku bertiga je ke tjg. Leman. F tak dapat ikut. ayah dia sakit. dia yang beria-ia nak pegi, sampai masa tak dapat ikut plak. aku kesiankan dia sebab dia pun dah lama tak bercuti sakan. ermm apa nak buat. dah nasib badan.
aku dan pantai tak dapat dipisahkan. aku suka sangat pegi pantai ni. rasa tenang je tengok ombak, laut dan pasirnya. damai. aman. tenteram. yang tak tenteram mata aku je, geram tengok orang buang sampah merata-rata. sambil tu buat aktiviti lesbidar/gaydar. syioknyer.
nguLat ngepost | 11:48 PM | |
Sembang Hari Buruh
Saturday, May 01, 2004
Kahwin
ni perbualan aku dengan abah malam semalam.
abah : akak, kau ada rancangan pegi mana-mana tak esok?
aku : ada. orang nak pegi majlis kawin kawan.
abah : hah?
aku : orang nak pegi majlis kawin kawan.
abah : ooo ingatkan kau nak kawin.
aku : (bengang giler :-/)
dalam setahun tidak kurang 5 jemputan kawin aku terima. oleh kerana aku sekolah merata, jadi ramailah gak kawan aku. tempat keje lain plak citernya. tahun ni je dah ada 6 jemputan. hari ni jemputan yang ke empat. 15/5 nanti ada lagi sorang (aku tak pi, baru dapat kad petang tadi. nak pi kL. first come first servelah heh). bulan 6 pun ada lagi. itu tak termasuk yang belum kasi kad, baru cakap-cakap ayam lagi. asyik makan nasi minyak orang je. sendiri punya? aku nak kawin dengan gf aku boleh tak? eh tak, bukan kawin, nak nikah. kawin dah lama dah.. :p
Minyak
sempena hari buruh ni, para pekerja yang poket penuh awal bulan kurus akhir bulan telah diraikan dengan berita bawah minyak petrol dinaikkan dua sen mulai hari ini. haiyakk naik lagi. orang kata kalau minyak atau tol naik, harga barang keperluan lain pun naik. agaknya berapalah harga barang lain yang naik tu yea? dua sen jugak ke? bayangkan tambang bas naik dua sen. jenuhlah kita korek tabung cari duit satu sen. glamerlah satu sen tu nanti. ermm jangan haraplah naik dua sen. ntah-ntah duaploh sen.
/me esok pi mandi manda kat Tanjung Leman, Mersing dengan geng. F pun ada. ;)
nguLat ngepost | 10:51 PM | |