Wednesday, June 30, 2004

ada satu filem hindi baru tengah meletops diperkatakan skang. filem tu tajuknya Girlfriend. kisahnya pasal lesbianlah, apa lagikan. aku tak tahulah filem tu dah sampai kat Malaysia atau belum. aku tahu ni pun dari artikel di Pancaindera ahad lepas.

pelakon yang melakonkan watak lesbian ni ialah Ishaa Koppikar dan Amrita Arora. Ishaa memegang watak Tanya yang dihantui dengan penganiayaan seksual semasa kecil dan menjadi seorang yang membenci lelaki. Amrita pula sebagai Sapna, teman baik Tanya sejak kecil merangkap awek dia bila dah besar. alkisah diorang terperangkap dalam cinta tiga segi apabila Sapna terrjatuh cinta dengan lelaki bernama Rahul (suka betul diorang dengan nama Rahul ek). Tanya yang jeles menjadi seorang psychopathic dan mencari jalan untuk memutuskan hubungan tersebut.

citer ni memang menimbulkan kontroversi kat India kerana di sana perihal homoseksual adalah perkara tabu. bagi golongan queer plak, selalunya diorang menyokong filem2 sebegini dibuat. tetapi citer ni sebenarnya mendapat protes dan tentangan daripada aktivis gay n les kerana filem ni diibaratkan sebuah filem lucah dengan paparan-paparan yang stereotaip kehidupan lesbian dan berunsurkan negatif sahaja. walhal plak pengarahnya berkata filem ini bukan menyokong cara hidup tersebut sebalik menentangnya. betullah tu, sebab tu dibuat dan digambarkan sebegitu rupa dan tidak mendapat sokongan golongan queer. masalahnya masyarakat di India yang tidak nampak secara simbolik kebaikan filem tabu ini. ceh aku, cam homophobe plak.

pengarah filem ini ialah Karan Radzan yang pernah mengarahkan filem Hawas, sebuah filem hindi stret yang penuh dengan simbol sex. filem lesbian hindi lain ialah Fire yang diterbitkan pada tahun 1998. bintang utama filem Fire ialah Shabana Azmi dan Nandita Das dan diarahkan oleh Deepa Mehta adalah kisah dua janda yang kesepian. ok guys, mana nak carik citer ni? rasa-rasanya kat kL ader tak? kena carik kat lubuk vcd hindi ni. :)



nguLat ngepost | 7:09 PM | |

Tuesday, June 29, 2004

sabtu lepas aku wat window shopping sensorang kat HP. saje jalan-jalan menjamu mata. aku tak kisah kalau jalan sensorang. bestnya sebab kita senang nak uruskan masa sendiri dan bak kata orang ikut je kaki kita melangkah. yang tak bestnya takde kawan nak minta pendapat dan mudah ditahan dengan jurujual.

ni aku nak citer pasal jurujuallah. aku jenis malas sangat nak melayan jurujual. aku pasti semua orang pun begitu juga. yang aku nak citer pasal jurujual yang kalau kita lalu kat kedai diorang, mulalah menahan kita soh dengar jap apa produk diorang. kalau kita beramai-ramai dengan kawan, takde hal nak elak. kalau sensorang ader skit payah nak tolak, dan ari sabtu kelmarin aku sudah terkenalah.

lepas puas aku meronda dan menghabiskan duit apa yang patut, aku pun nak balik. dalam perjalanan nak ke tempat parking keta, aku kena lalu kat satu kedai ni, dalam HP jugaklah. kedai ni menjual produk kecantikan dan melangsingkan badan. jadi sesiapa yang ala-ala montel hinggalah tahap obes semuanya ditahan oleh jurujual diorang. dari jauh aku aku dah nampak salesgirl diorang menanti dengan ayunya. akukan chubby, sorang plak tu, memang pasti kena tahan punya. aku ingat bolehlah nak tolak pelawaan diorang sebab selalunya aku berjaya mengelakkan diri bila lalu kat situ. nak dijadikan citer sampai 3 orang sekali kepung aku. dia cakap dengar 5 minit je dik. oklah tak sampai hati plak nak tolak. aku pun duduk. actually ini kali kedua aku dengar citer diorang. kali pertama dulu tak silap aku 2 tahun lepas, masa aku jalan dengan kawan aku yang lebih chubby dari aku.

minah jurujual ni citerlah kat aku pasal keperluan untuk mengurangkan berat badan dan menunjukkan segala-mala gambar pelanggan-pelanggan diorang yang telah berjaya dengan rawatan diorang. dia minta nak timbang berat ngan tinggi aku, aku pun ikutkan ajer. aku plak dengar dia cakap sambil minum chocolate shake McD. takkan nak biarkan shake aku jadi cair plakkan. aku pun cakap kat dia, "u citer pasal nak turunkan berat badan, saya minum benda ni.. ermm baguslah tu".

habislah semua taktik dia keluar untuk memperdayakan aku. bukan setakat 5 minit aku dok dengar, aku rasa hampir setengah jam jugaklah. aku plak dalam tolak-tolak cakap tak berminat, dok jugak jap dengar lagi, kesian. memang mulut jurujual ni manis betul. bab puji memuji nombor satu. ni antara perbualan dia dengan aku.

  • jurujual: "adik umur u berapa?" aku: "tut". dia tanya lagi umur aku. aku pun jawab lagilah sambil kehairanan, terasa tua sangat bila ditanya ulang-ulang. dia cakap "ye ke umur u 'tut'? u nampak mudalah dik. babyface. awek muda". aku hanya mampu sengih sambil rasa macam nak terkoyak suar ni. ekekkekek.
  • jurujual: "kulit muka u licinlah. i minat dengan kulit u lah. u pakai produk apa? u ada buat facial ke?" aku: terkejut dia kata licin. buta ke apa? tapi tetap jawab "i tak pakai apa-apa".
  • jurujual: sambil menelek tangan aku untuk demonstrasi selulit, dia cakap "haiya banyak bulu romalah dik. wahh ini mesti seksi" aku: watever dan sengih.
  • jurujual: "bulu mata u panjang ar. u ada pakai kah?" aku : "takde" pakai apa? maskara? erkk.
  • jurujual: "u wangilah adik. i suka dengan bau tu. u pakai minyak ke? u pakai minyak wangi apa? aiya wangi betullah adik" aku: "tommy" sambil kebosanan sebab dia cakap berulang-ulang.

    itulah antara sebahagian babak puji memuji untuk menarik minat aku membeli produk dia. syok juga kena puji tapi aku lebih banyak rasa geli telinga dengar benda2 ni. dalam hati menyumpah cakap macamlah kita tak tahu itu taktik dia. susah nak percaya dia ikhlas puji aku.

    dah puas dia citer sampailah masa dia soh aku ngetest produk dia. eh tepanjat aku, kalau ngetest free nak jugak. ni tak, kena plak beli sebelum ngetest. dia kata "i bukan nak u punya duit adik. i tengok u ada potensi untuk kuruskan badan. i nak tolong u lah adik". dia tanya aku ader boyfriend tak. aku jawab ader dan boyfriend aku suka dengan badan aku macam ni. dia kata "bahaya tau adik bila bf cakap macam tu". aku sengih jelah. watever. memang kebenarannya bf, eh gf aku suka dengan keadaan aku skang. hehe..

    bila dia dah penat bercakap melayan aku dan aku plak buat dono tak mau masuk program dia, kawan dia n supervisor dia masuk campur terangkan kelebihan produk diorang. aku pun makin tinggi suara cakap tak mo, bukan kehendak aku skang walaupun ada kesedaran dengan kesihatan. melihatkan keadaan itu, aku pun angkat kaki sambil cakap "kalau sampai masa i nak, i akan cari u. i tahu u kat sini dah lama". sajer nak menyedapkan ati diorang. kesian plak tengok muka salesgirl tu, sia-sia terang tapi tak laku. sapa soh ek. itulah padahnya bila aku dah kasi warning awal-awal tapi takmo dengar.



    nguLat ngepost | 6:38 PM | |

    Monday, June 28, 2004

    dalam bebanyak anggota Spice Girl, aku paling minat kat Mel C aka Sporty Spice. dia tu macam senget even dia menafikan sekeras-kerasnya. masa mula-mula dia kuar, masa tu dia berambut panjang aku dah anggap dia senget. biasalahkan bila tengok gaya dia yang boyish, anggapan senget takkan lari punya. tak kisahlah apa pun label untuk dia, aku tetap minat kat dia walaupun skang dia kureng ensem. remember tak dengan Never Be The Same Again, lagu dia yang meletops dari album solonya Northern Star? setelah sekian lama aku dok dengar lagu tu, baru pagi tadi naluri lesbidar aku terperasan lagu ni macam senget je, ke aku sendiri yang telah menyengetkannya.. ekekekkek. :p meh kita hayati skit liriknya.


    I call you up whenever things go wrong
    You're always there. You are my shoulder to cry on
    I can't believe it took me quite so long
    To take the forbidden step
    Is this something that I might regret?

    Nothing ventured nothing gained (You are the one)
    A lonely heart that can't be tamed (Come on, come on)
    I'm hoping that you feel the same
    This is something that I can't forget

    I thought that we would just be friends
    Things will never be the same again
    It's just the beginning it's not the end
    Things will never be the same again
    It's not a secret anymore
    Now we've opened up the door
    Starting tonight and from now on
    We'll never, never be the same again
    Never be the same again

    Now I know that we were close before
    I'm glad I realised I need you so much more
    And I don't care what everyone will say
    It's about you and me
    And we'll never be the same again

    I thought that we would just be friends (oh yeah)
    Things will never be the same again (Never be the same again)
    It's just the beginning it's not the end (We've only just begun)
    Things will never be the same again
    It's not a secret anymore
    Now we've opened up the door (Opened up the door)
    Starting tonight and from now on
    We'll never, never be the same again
    Never be the same again..

    * RAP (Lisa Left Eye Lopes-TLC)
    "Uh check it
    Nite and day
    Black beach sand to red clay
    The US to UK, NYC to LA
    From sidewalks to highways
    See it'll never be the same again
    What I'm sayin'
    My mind frame never changed 'til you came rearranged

    But sometimes it seems completely forbidden
    To discover those feelings that we kept so well hidden
    Where there's no competition
    And you render my condition
    Though improbable it's not impossible
    For a love that could be unstoppable

    But wait
    A fine line's between fate and destiny
    Do you believe in the things that were just meant to be?
    When you tell me the stories of your quest for me
    Picturesque is the picture you paint effortlessly

    And as our energies mix and begin to multiply
    Everyday situations, they start to simplify
    So things will never be the same between you and I
    We intertwined our life forces and now we're unified"

    I thought that we would just be friends
    Things will never be the same again
    It's just the beginning it's not the end
    Things will never be the same again
    It's not a secret anymore
    Now we've opened up the door
    Starting tonight and from now on
    We'll never, never be the same again..



    nguLat ngepost | 6:09 PM | |

    Friday, June 25, 2004

    satu dunia dah tahu england kalah dengan portugal melalui tendangan penalti. satu lagi keputusan upset tercipta. portugal asalnya bukanlah pasukan pilihan dalam euro kali ni telah mengetepikan sepanyol sebelum itu dan kali ini england plak. semangat portugal sebagai tuan rumah memang tak dapat dinafikan lagi. england walaupun kecundang hanya dengan penalti, aku tetap tak puas hati dengan diorang sebab portugal lebih banyak menguasai permainan, menyerang dan banyak mencipta peluang gol walaupun kesudahannya tumpul. england plak terpaksa berkampung depan pintu gol untuk mengimbangi penguasaan portugal. betullah kalau guna lebih ramai midfield, pasukan itu lebih baik permainannya.

    dan aku.. arghhh what a shame. aku cuti ari ni. tak larat nak pegi keje sebab tengok game tu pagi tadi. dan aku cuma mampu tengok sehinggalah perlawanan di sambung pada masa tambahan. sampai 5 minit lepas tu aku terus kiok. tak sanggup tunggu lebih lama. tido konon-kononnya dengan harapan england menang. kesudahannya dahlah memonteng, tak abis tengok game, tak dapat tengok penalti, england plak kalah. itulah ciri-ciri bila dah kena penangan bola ni. takpe, chech n sweden ader lagi. sokong diorang plaklah lepas ni. ai cik Lone, awak tengok tak england kalah pagi tadi? :p



    nguLat ngepost | 4:28 PM | |

    Thursday, June 24, 2004

    Piala Euro dah masuk peringkat suku akhir, perlawanan kalah mati. Maka awal pagi ni pasukan favoret aku, England akan menentang pasukan tuan rumah Portugal. satu pertembungan yang dijangka senget. eh! sengit. Dan aku juga kena buat pilihan samada nak tengok ke tak nak tengok game diorang tu? kelmarin masa England lawan croatia, aku dengan bangganya telah berjaya menahan mata dari tido. Siap main sms dengan cik lone lagi. dan sehinggalah ari ni aku rasa masih belum habis lagi membayar tido yang tertunggak tu. Kesannya petang-petang macam ni aku dah rasa mengantuk.

    Mana ada ek istilah membayar tunggakan tido, kalau tunggakan saman atau hutang aderlah..hehe. memandai je ek tapi itulah yang aku kena buat kalau tak cukup tido. Semalam ada artikel dalam The Star cerita pasal senario kemaruk bola ni sehingga orang tak cukup tido dan menjejaskan prestasi kerja. ermmm nasib baik keje aku semuanya beres macam biasa. Kalau tidak nahas juga jadinya.

    Aku boleh tak tido seharian, boleh menahan mata semata-mata nak tengok tv dan juga mengurangkan waktu tido. Tapi kesannya pada badan akulah yang macam dah set, kalau aku tak cukup tido 6 jam dalam sehari dan juga pada hari-hari berikutnya, maka mulalah penin-penin rimau keluar buat bulan dan bintang atas kepala aku. Ubatnya aku kena tido sehingga terlebih-lebih tido barulah pulih macam biasa. Nak cari masa untuk terlebih tido itulah yang payah. Kalau dah kaki jalan dan kaki tv macam aku ni, kurenglah masa nak tido lelebih. haiii nasib kaulah badan.

    Ader satu citer pasal tak cukup tido ni, ianya ni terjadi masa aku dalam final year kat uni dulu. Masa tu selalu jugaklah aku bersenggang mata sehingga awal pagi. apa yang aku buat ialah aku akan tido dulu, selalunya lepas isyak, then bila roomate aku dah tido baru aku bangun buat assigm dan benda-benda sewaktu dengannya dan terus berjaga sampai ke pagi sampailah aku nak pi kuliah. Kalau takde kuliah pun aku tetap akan bertandang kat fak, biasalah budak broadcasting ader je benda nak buat. Lagipun budak-budak aku rindukan aku kalau sehari tak bertandang ekekkekk.. perasan!

    Bila aku buat cara tido macam tu, aku plak alami kekurangan masa tido. Sedangkan aku tengok ramai orang suka buat cara macam tu untuk study tanpa rasa sakit kepala. satu lagi, orang kata minum kopi or nescafe boleh buat kita berjaga malam. aku plak terbalik, makin aku minum makin aku mengantuk aderlah. entah ek, badan aku pelik skit kot.

    Nak dijadikan citer, pada suatu ari, badan aku telah membuatkan aku berasa amat mamai, mengantuk dan tetido dari maghrib sehinggalah suboh esoknya. Aku tak sedar yang aku tido dengan buku-buku berserak atas katil, aku tak sedar yang gf aku call dan bercakap dengan aku sedangkan aku tido, aku tak sedar berapa ramai bebudak junior yang cun-cun datang bertandang kat bilik glamour aku, aku tak sedar apa yang aku ngigaukan sepanjang malam tu, aku tak sedar roomate aku telah meletakkan hp aku betul-betul kat telinga aku soh aku menjawab panggilan-panggilan yang memang aku tak jawab dan tak sedar. Yang aku tahu ialah aku memang ader jawab panggilan tapi aku tak tahu aku cakap apa dan dengan sapa. Pagi besoknya bila bangun je mulalah roomate aku bercerita yang aku betul-betul mamai malam tu. gf aku plak membebel marah kat aku pasal malam tu setiap kali dia tepon, roomate aku tolong jawabkan tapi bila pas tepon kat aku, aku senyap memanjang. Dah tentulah tak boleh jawab sebab aku tido dengan kepala yang amat berat, tak boleh bukak mata, bukak mulut apalagi bukak telinga. Hehehe..

    Jadi kesimpulannya aku tetap kena amalkan tido 6 jam sehari barulah kepala dan mata aku tak buat hal. Kalau tak cukup tu pepandailah aku control mata ni. ceh! Kalau dah ngantuk tengah drv pun boleh terpejam. uuhhh bahaya tu bah! Auk bah..



    nguLat ngepost | 5:50 PM | |

    Wednesday, June 23, 2004

    kopak kopak dinding kopak kopak kopak kopak kopak dinding




    Selamat Pengantin Baru aku ucapkan khas buat Ezza yang akan mendirikan mahligai bahagia pada 25hb June 2004. Seorang rakan yang sangat jauh di mata namun dekat di hati. Ez, kite doakan ez bahagia bersama bakal suami tercinta. Semoga kasih sayang berpanjangan hendaknya. Friendship forever n you alwaiz on my mind.



    nguLat ngepost | 6:40 PM | |

    Tuesday, June 22, 2004

    cerpen karya FAISAL TEHRANI
    ---------------------------

    KL engkau lesbian!

    Aku percaya gadis terpelajar sepertimu tentu pernah mendengar kisah Lesbos, pulau di mana Sappho pencinta kaum wanita itu tinggal. KL, engkau jangan malu mengakui lesbian. Cintakan wanita bukan apa-apa sangat. Kau kenal Lillian Faderman? Cari bukunya Surpassing The Love Of Men. Katanya, cinta sesama wanita telah lama wujud tetapi hanya kini dimomok-momokkan setelah kelihatan wanita mencapai pelbagai kejayaan dalam ekonomi, politik, sosial, budaya argh.. apa sahaja. Aku setiap malam, membayangi engkau hadir di tepian katilku, dengan wajah manis penuh menyimpan keinginan.

    B

    Capetillo,

    Memang aku pegun lama membaca isi e-melmu. Entah mengapa aku diwabaki lucu lantas dijangkiti ketawa yang tidak lelah. Aku memang gemar dirasai dan diratah lelaki. Sejak sunti dan baru mengenal dua tiga, malahan puluhan lelaki, aku tahu daging mereka rupa-rupanya berbeda.

    Aku dapat menghidu siapa Capetillo sejak engkau memperkenalkan diri di George Town (dan mulai menyelongkar lapis isi hatimu) secara waspada tetapi pantas sekali.

    Biar kuulang semula kata introduksimu: Saya Jada, tapi saya senangi nama yang kawan-kawan beri - Luisa Capetillo - aku senyum sendiri. Aku wanita tidak pernah letih membaca. Sedari Luisa Capetillo itu nama sebenar seorang jurnalis dari Puerto Rico, pelapor untuk majalah kesatuan sekerja Amerika Workers Union, dan wanita pertama membuat riuh apabila memakai seluar di khalayak ramai. Tahun itu tahun berapa ya, tahun 1910, atau sekitar itu. Aku kurang pasti. Kemudian engkau merengek mahu ikuti aku ke Kuala Lumpur.

    Engkau gelari aku KL saat itu, Kathleen Linus (KL) dan kita merayau di Petaling Street, berlegar di Pasar Seni sengaja memastikan cerita rakan-rakan pengembara lain, tentang mata-mata jahat mengekori punggung (tanpa seluar dalam) atau dada penuh (tanpa coli atau bra) kita. Atau mereka memang anti manusia dari barat seperti kita, khabarnya nama seperti George Soros tidak disukai. Dan tiba-tiba dicengkam ragu, ada orang membisikkan Anwar Ibrahim ditangkap polis, entah apa akan berlaku. Kita tergesa-gesa pulang dan di tengah-tengah kecoh berani mengenai persoalan seksualiti yang terdedah (atau sengaja didedah), di bawah kelangkang masyarakat Malaysia yang asalnya amat tertutup oleh perkara seumpama ini, engkau bisikkan, bolehkah aku menyeluk hingga ke kehormatanmu? Aku menghela nafas, betapa lesbiannya KL..

    Di tengah heboh rasa percaya atau tidak rakyat Malaysia samada homoseksualiti itu benar atau tidak, engkau dan aku (aku terutamanya) mencuba sesuatu yang baru. Lesbianism!

    Perlakuan lesbian di Kuala Lumpur, KL! Tilam di Youth Centre boleh bercerita KL, bantal di sana boleh bersuara, KL! Hahhhh, aku mengerang mengenang engkau…KL dan cerita lesbian di Kuala Lumpur. Apa lagi yang taboo, kalau begitu?

    C

    KL,

    Engkau akui engkau Lesbian, KL?

    Ini cerita aku, kau tahu KL, menjadi perempuan normal meladeni daging lelaki dan sering dipukuli atau jadi mangsa belasahan mereka, membuat aku menganggap seks berlainan jenis seperti kekejaman seorang diktator ke atas rakyatnya. Setiap keadilan dan kebebasan dinafi berulang-ulang. Aku rasai dipenjara begitu, menjadi perempuan biasa dan normal ibarat ditahan tanpa bicara dan diganyang hingga lebam. Dan bila aku mencuba dan menyedari betapa hebatnya kesedapan lesbian, aku tahu dan rasai semacam satu kemerdekaan. Menjadi lesbian aku rasai merdeka, rasai semacam demokrasi tulen, betul, bersama lelaki kau akan rasai tirani - kuku besi! Justeru aku tidak malu mengakui lesbian KL.. kerana bersama lelaki bererti kita membeloti pendirian. Menjalin hubungan dengan lelaki seperti menjalin hubungan dengan diktatorisme.

    Benarlah kata Faderman, mereka bimbangkan kuasa perempuan yang kian memekar indah dalam setiap yang diceburi, justeru wanita yang berhenti mencintai lelaki dan beralih perhatian kepada sesama jenis dianggap lesbian. Label ciptaan lelaki memang mudah tanpa bukti, label ciptaan lelaki yang dahagakan politik seks jenis rakus. Untuk mempertahankan kuasa lelaki, sexologists ini sanggup bekerjasama dan menuduh kita lesbian. Bayangkan KL, untuk kekal berkuasa dalam dunia gender, mereka sanggup menuduh orang lesbian! Politik kotor lelaki, KL!

    D

    Sayangku,

    Aku panas semalaman. Barangkali aku mengingat semula episod-episod erotik kita di kota Kuala Lumpur, yang waktu itu sedang panas oleh rusuhan pengikut-pengikut bekas Timbalan Perdana Menteri mereka. Aku bagai dikejar olehmu, digomoli dan diciumi sedang diluar polis sedang mengusir, menangkap dan mempertahankan apa yang mereka katakan sebagai undang-undang.

    Baringlah di atas tilam dan bantalku ini. Aku mahu kehangatan nafasmu dekat denganku. Supaya setiap gelombang ghairah dan debar berahi yang berombak dalam dada, yang dihitung pada benak dan diterjemah pada tindakan erotik kita nanti adalah khayalan yang benar-benar aku pastikan realitinya.

    Aku mencatat beberapa bait puisi (amaran: belum usai sepenuhnya) tentang kuasa lelaki di luar yang enggan mengiktiraf kita, lesbianism atau demokrasi tulen (seperti katamu terdahulu):

    Sialan hentikan/sampai kapan engkau akan setubuhi kami begini?/engkau pukuli kami hingga linglung/engkau terjahi kami ke dunia mahing ini/Sekarang sudah belasan tahun/engkau mengasahi kuku kuasa/benamkan pada daging-daging/paha, dada, pipi dan buntut/bagaimana, engkau masih boleh/tersenyum biasa?

    Maduku, kau sukai? Kita sama-sama akan bergerak menuntut perubahan, lesbianism bukan apa-apa.. lesbianism adalah demokrasi pati yang mereka tutup pintu-pintu kamarnya pada beberapa keadaan. Kita akan terus perjuangkan lesbianism kerana dunia lelaki adalah dunia politik jelek dan jahat. Tidak mengasihani, dunia mereka adalah dunia mementingkan diri dan hanya melebihkan kroni - yakni kaum LELAKI! Ayuh mari hapuskan kuasa tirani..

    E

    KL buah hatiku,

    Aku gemari surat terakhirmu. Nikmat sangat dan tidak dapat diimejkan dengan kalimat dan huruf perkataan. Hanya ada dengusan nafas dan getar di jantung, cuma mampu mengeluh ahh ahh ahh ahh ahh ahh ahh ahh.. Aku lakukan itu sambil memasang pita lagu-lagu cinta Itali nyanyian Luciano Pavarotti sekuat-kuat hati. Malam jalang ini seperti malam-malam ghairah lalu, akanku baringkan suratmu yang selembar itu, dengan coret tulisan bersimpul condong ke kiri di atas bantal. Kemudian akan kubayangkan suratmu itu engkaulah yang berbaring di sisi, menikmati seluruh tubuhku yang mongel. Aku akan mengusap kujur anggota badanku, membiarkan jari-jemari merayap ke bucu-bucu yang engkau cintai. Barangkali aku akan cepat terlelap dan kemudian wajahku menindih helai-helai kertas warkah darimu, biar keronyok tidak mengapa, kerana aku puas. Tatkala itu malam sudah gigil mahu ejakulasi, malam jauh belayar ke tengah menjarak jauh dari pelabuhan untuk mencari harta karun entah di mana. Waktu itu gelita akan datang menyetubuhiku dan menghamilkan mimpi-mimpi erotik.

    Masihkah engkau kenangi bagaimana kita berpimpinan tangan minta orang tempatan menggambari kita di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, tiba-tiba manusia bertempiaran lari kerana perhimpunan aman dirosakkan seorang dua manusia dalang. Kita pengembara tidak menyangka keamanan boleh bertukar menjadi keganasan dan KL huru-hara.. engkau KL huru-hara dalam jiwa.

    Kita lalu tidak peduli, kita jalan iseng-iseng di KLCC. Kita dengari sambil tangan terus bergenggaman, mengecapi muzik jaz indah dari grup KLCC Jazz Quartet yang berpusingan seluruh tingkat di Suria menghiburkan pengunjung-pengunjung datang. Dan khabar angin pun kencang, orang luar cepat keluar.. KL bakal menyaksikan drama politik bersejarah.

    KL, ingat jangan malu akui diri lesbian. Kerana lesbianism adalah demokrasi tulen. Lesbianism adalah hak-hak yang ditutup ibarat hak-hak asasi manusia dan keadilan dinafikan di negara-negara dunia ketiga. Aku cintakan kau KL, mestikah aku beritahu lagi?

    F

    Capetillo,

    Cukup sudah kau melafazkan kata-kata cinta. Aku tahu dan aku percaya. Tetapi lesbianism di sini adalah taboo dan terlarang. Mereka tidak sungguh-sungguh memahami apa itu demokrasi dan senang dengan diktatorisme asalkan hidup seharian mereka tidak diganggu. Untuk apa mereka peduli hak-hak untuk melakukan hubungan seks asalkan masih bisa mendapatkan makanan untuk diisi ke dalam tembolok setiap pagi, tengahari dan malam. Untuk apa soalkan demokrasi atau lesbianism kalau periuk nasi lebih penting dan utama? Benarlah tirani lelaki menjadikan manusia di bawah pengamal diktator seperti binatang yang dicucuk hidungnya. Lesbianism dihalang di sini. Demokrasi tiada lesbianism tiada, kita tidak dibenarkan..

    G

    KL,

    Justeru kerana lesbianism tidak sebebas itu, harus jua kita zahirkan secara rahsia.. faham?

    H

    Capetillo sayangku,

    Rahsia?

    Bagaimanakah kita akan melakukan lesbianism secara rahsia, sedang masyarakat (lelaki!) mengutuki dan tidak memahami. Kita juga jauh berseberang benua dan lautan?

    I

    KL,

    Kerana kita dinafikan berlesbian semau-maunya, aku tidak malu memberitahu padamu kekasihku.. aku masturbasi!

    J

    Capetillo,

    Aku juga. Gerakan subversif seperti onani ini sahajalah cara untuk kita memuaskan apa yang pihak diktatorial halangkan. Ia senyap tetapi sesekali berkesan untuk melunturkan kekejaman tirani.

    K

    KL,

    Aku baringkan engkau di atas bantal dan membayangkan mimpi erotik kita. Ingat kita harus terus berjuang tanpa berhenti dan lelah putus asa. Kerana sayang, lesbianism adalah demokrasi tulen dan lelaki yang mengecami kita hanyalah pihak berkuasa cemburu dan amat pentingkan

    diri!

    L

    Capetillo,

    Datangilah aku dan mainkanlah urat dan kamarku secara rahsia.. Jangan khuatir bantal dan tilam ini bukan bantal dan tilam sakti, ia tidak boleh berkata-kata kalau-kalau kita dihadapkan ke mahkamah kanggaru lelaki kelak! Ayuh uli dan gomolilah aku dan runtuhkan benteng

    diktatorisme.



    nguLat ngepost | 3:33 PM | |

    Monday, June 21, 2004

    lalalalaaaa karaoke taraoke sumbang mambang

    ramai betul rakyat Malaysia tengah menunjukkan keterroran memasing dalam mengalunkan suara baik yang terpendam, dipendam, memendam dan yang merudum langsung. banyak dah rancangan cungkil bakat nyanyi muncul macamlah kita ni kekurangan penyanyi berbakat. biarlah sikit tetapi semuanya menjadi daripada ramai tapi banyak yang malap. kesian mak bapak sekolahkan. ermm..kalau dah rezeki tak kemana. tapi kalau bukan bersedialah mencari ruang lain dalam dunia ni.

    meh kita kira berapa banyak rancangan cungkil bakat nyanyi ni ada kat tv kita. Bintang RTM, Audition, Malaysian Idol, Who Will Win dan Akademi Fantasia 2.. banyak tu. itu tak termasuk pertandingan yang tak masuk tv. dalam kelima-lima tu yang aku tak tengok cuma Akademi Fantasia je, yang lain lap lip lap lip lap. termiss tak mati kalau tengok pejam mata pun takpe. setakat ini yang paling aku tunggu-tunggu ialah Malaysian Idol sebab bakal pemenang mungkin berpeluang mewakili negara dalam World Idol plak. seram bulu roma aku. bukannya apa, setakat inilah hampir semua yang masuk contest2 yang ada suaranya ala-ala biasa je. takde kelainan langsung. jarang jumpa suara yang betul-betul umph, yang kalau dia nyanyi, kita nak rasa high nyanyian tu sekali. kalau dia tarik suara, kita terasa geram tunggu dia nyanyi sampai atau tidak key yang tinggi tu. macam itu baru best tengok. ingat lagi tak dengan rancangan Sinaran Passport Kegemilangan kat TV3 dulu? salah satu rancangan nyanyian yang bikin aku nak tengok selalu.

    kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. tapi kalau dah berlambak semuanya sama membazir jugak akhirnya. cakap pasal World Idol, ari tu rasanya aku nampak iklan citer tu nak disiarkan kat 8tv. tapi bila dicari aku tak jumpa plak. tak tunggu pun 8tv sebab aku tengok World Idol melalui ch5, spore tv. fuhh setakat 2 episod yang aku tengok semuanya memang power giler. yelahkan, diorang tu semuanya pemenang Idol kat negara memasing, dah ada album rakaman sendiri, peminat berlambak, duit berbakul-bakul tentulah memang power. cuma mereka tetap kena komen yang bebukan. kelakar plak aku tengok diorang dikomen oleh judge yang lebih dari 5 orang tu. biasalah ada yang komen membina dan tak kurang menghentam, termasuklah si Simon Cowell. bagi aku diorang semuanya bagus belaka sebab diorang mewakili negara memasing yang pasti ada keunikan tersendiri, dengan budaya yang berlainan, citarasa lagu dan nyanyian mestilah berbeza dan tak sama antara satu sama lain.

    payah jugak sebab nak cari yang terrrbaik dari kalangan terbaik. tapi aku rasa nanti bukan terbaik sahaja yang dicari sebab semuanya memang terbaik. yang penting unik, berbeza dan bersahaja. bonus lain ialah satu negara mesti undi Idol memasing, takkan nak undi peserta negara lain plakkan. satu lagi kelebihan diorang yang aku tengok ialah tak segan silu nak melawan balik kata-kata pengomen tu, cakap apa sahaja. ala-ala go to helllah dengan pengomen tu. komen atau kutuk banyak mana pun periuk nasi diorang takkan terjejas pasal diorang dah ada peminat tersendiri. dah membina empayar pun. ok, peserta World Idol kali ni setakat yang aku kenal ialah Guy Sebastian-Australian, Kelly Clarkson-USA dan Will Young-England daripada 11 Idol yang lain. pemenangnya pun dah tahu tapi bukan di kalangan tiga orang kat atas tu yang memang dah glamer kat negara kita. nak baca pasal diorang klik sini World Idol.

    aku harap-harap pemenang Malaysian Idol nanti dapat menandingi kehebatan semua Idol lain. boleh memberikan saingan maksud aku. biar negara-negara lain terbelalak mata tengok orang kita pun ada bakat. kalau suara setakat boleh nyanyi, tolonglah jangan masuk World Idol. boleh nyanyi berbeza dengan yang memang berbakat menyanyi. menyanyi bukan setakat menyumbangkan suara tapi secara tak langsung menghiburkan hati dan halwa telinga yang mendengar. kalau setakat boleh nyanyi, itu yang aku cakap "seram bulu roma". seram nak dengar kutukan orang luar. mungkin juga diorang kena lawan Idol di peringkat Asia dulu, jadilah wakil Asian Idol plak. wokeylah, cau cin cau.. uL out!



    nguLat ngepost | 9:12 PM | |

    Sunday, June 20, 2004

    ole ole ole ole ole ole boleh bola blah

    aku tak tahulah berapa ramai pompuan yang minat bolasepak kat Malaysia ni tapi aku adalah salah sorang pompuan yang minat permainan ini. cuma aku bukanlah peminat gila-gila fanatik walaupun kadangkala aku sanggup berjaga malam semata-mata nak tengok football match.

    masa Piala Dunia 2002 Korea/Japan berlangsung dulu, aku keje kat kl. dengan masa keje ketika itu yang sangat fleksibal, aku jarang termiss tengok game diorang. ketika itu yang paling best tak perlu berjaga malam sebab semua game waktu petang dan awal senja. itu yang terbest sesangat. skang ni plak seluruh dunia dilanda demam bolasepak Piala Euro 2004 Portugal yang berlangsung dari tengah malam membawa ke pagi waktu Malaysia. kalau game pukul 12 tghmalam tu aku tengoklah sampai abis. kalau game yang start pukul 2 lebih tu, nak tengok kena tengok harilah. hari bekerja tak tengok walaupun pasukan yg main best giler, tapi kalau cuti sabtu ahad tu aku tengoklah. banyak plak perkataan tengok ni, cakap tengok berulang-ulang macam pelik plak tengok tu.. ;P.

    itu tentang masa. skang pasal pasukan pilihan aku. aku suka sokong pasukan underdog dan mestilah pasukan itu bermain corak offensive berbanding defensive. Piala Dunia 2002 dulu aku sokong Turki dan Jepun walaupun aku nak England menang dan aku benci Brazil. skang kat Piala Euro ni aku sokong Czech Rep, Sweden, Greece dan Croatia dan masih nak England menang. nasib baik Brazil takde. kenapa nak England menang? walaupun England pun main bukannya bagus sangat, aku tetap sokong sebab aku peminat EPL dan ManU. kenapa aku sokong pasukan underdog? sebab aku suka bila pasukan yang dianggap lemah, tak penah layak ke euro, tak penah muncul juara, yang tak glamer berjaya mengalahkan ataupun paling tidak seri dengan pasukan yang dianggap elit seperti Itali, Spain, France ataupun England sendiri. kerana pasukan-pasukan elit ini perlu diberi ingatan bahawa bola itu bulat, sesapa pun boleh menang dan rasa tertekan walaupun dalam pasukan diorang ada nama-nama besar. pasukan elit ni juga bila dah ada kelebihan gol gemar tukar taktik main dari menyerang kepada bertahan serta berhati-hati, bosan betul aku tengok bila main macam tu. kalau pasukan underdog, diorang akan tetap serang, serang dan serang nak tambah gol walaupun kekadang main agak gopoh-gapah. suka betul aku dengan underdog ni ek. awek-awek yang aku minat pun di kalangan underdog..ekekkekek.

    pada aku game yang paling best setakat ni antara Czech Rep vs Belanda, perlawanannya pagi tadi pukul 2.45pagi waktu Malaysia. dua-dua pasukan saling menyerang dan hasilnya Chech berjaya kalahkan Dutch 3-2. sorang pun ahli pasukan Czech aku tak kenal tapi cara diorang main aku salute habis. dalam pasukan Dutch plak aku paling suka cara Ruud Van Nistelrooy main dan dia adalah Manchester United striker dan juga Jaap Stam, penah main gak dengan ManU skang dia main dengan AC Milan.

    second best match pilihan aku antara Sweden vs Itali pada awal pagi kelmarin yang berkesudahan seri 1-1. padan muka Itali, tercungap-cungap skang nak cari tempat pi suku akhir. perlawanan yang dah terlepas tapi aku nak tengok sangat adalah di antara France vs England berkesudahan 2-1, yang waktu mainnya pukul 2.45 pagi dan esoknya keje plak. walaupun aku sokong England tapi aku tetap katakan padan muka dia. bila dah hampir menang, diorang suka sangat ambil sikap sambil lewa di saat-saat akhir permainan. dalam masa kecederaan pun France boleh sumbat dua gol. isk, susah betul nak percaya.

    oklah, setakat ini sahaja trivia bola untuk hari ini. sampai kita berjumpa lagi, saya uL mengucapkan Majulah Sukan Untuk Negara.



    nguLat ngepost | 4:25 PM | |

    Friday, June 18, 2004

    by Ari Lasso

    Ada satu bagian
    Pada perempuan
    Yang sangatlah peka
    Bila disentuh oleh lelaki*
    Dimanakah bagian itu
    Maukah kau tahu?

    Karena bagian itu hanya untuk
    Lelaki yang cukup umur*
    Karena bagian itu
    Sungguh sangat bisa
    Buat perempuan
    Dimabuk kepayang
    Dimabuk asmara
    Dimanakah bagian itu
    Maukah kau tahu?

    Sentuhlah dia tepat dihatinya
    Dia kan jadi milikmu selamanya
    Sentuh dengan setulus cinta
    Buat hatinya terbang melayang


    Sentuh hatinya dengan
    Sangat hati hati
    Bila ingin rebut hatinya
    Karena bagian itu
    Sungguh sangat bisa
    Buat perempuan
    Dimabuk kepayang
    Dimabuk asmara
    Dimanakah bagian itu
    Maukah kau tahu?


    *isk..ye ke? :D



    nguLat ngepost | 6:26 PM | |

    Thursday, June 17, 2004

    semalam balik rumah je aku terus ajak abah temankan aku pi beli durian. nak tunggu abah aku beli, haii mati kempunanlah aku. ekekekke macam orang mengandung mengidamlah plak. abah ada sakit kencing manis. so orang yang ada sakit ini antara kepantangannya ialah durian. abah suka durian, tapi oleh sebab dia tak boleh makan dia takkan beli walaupun untuk family yang boleh makan. yang jadi mangsanya aku, mak ngan adik-adik akulah..hehe.

    sekapal minat citer Buffy The Vampire Slayer, aku pun minat gak. kalau dia obses antara willow dan Tara, aku plak obses antara Willow dan Kennedy. aku minat giler kat Kennedy, very der taste gitu! Jangan marah aaa sekapal :D. skang aku tengah ikuti citer bvts, season 7 kat ch5. siarannya malam tadi dari pukul 12-1 tengah malam. episod malam tadi bertajuk The Killer In Me. aku citer babak yang aku suker antara Willow dan Kennedy dalam episod tu. si Kennedy telah memulakan langkah untuk mengorat Willow. Kennedy buatlah konon-kononnya dia kureng sihat. Will pun buatkan air untuknya. si Buffy plak pi menyakat Will pasal air tu, macam ada udang di sebalik mee je. Will pun termalu-malu rimau dek kena sakat dengan Buffy. bila dia naik ke biliknya, dia tengok Kennedy dah bersiap-siap macam orang sihat giler. rupanya Kennedy saja je amik kesempatan nak ajak Willow pi dating. korang tengok jelah gambo kat sebelah ni. sakan betul Kennedy mengorat, mengusik dan mengacau Willow.

    lepas tu diorang pun balik rumah. bab ni yang kureeng giler. sebenornya ada babak diorang berdua kissing kat dalam bilik selepas balik rumah tapi ch5 telah menebas sehabis-habisnya hinggakan babak tu melompat betul. nasib baiklah aku faham, tapi sakit gak hati tengok. memang tak tunjuk langsung. sipi pun takde. gambor yang ada ni aku selongkar kat internetlah, baru dapat tengok. uhhh syahdunya. tangkap leleh. ekkekkekk..



    psstt..hehehe.. aku dah alihkan gambor tu. tak sesuai ditayangkan lelama. hanya untuk seketika jek.. keke.. :p



    nguLat ngepost | 6:00 PM | |

    Wednesday, June 16, 2004

    cik adik ni menjawab artikel semalam tu. juga dari ruangan forum Utusan Malaysia.


    Jangan Biarkan Lesbianisme Jadi Perkara Biasa di Malaysia

    Saudara Pengarang,
    SAYA ingin mengulas pendapat Fairuza Fariz pada 28 Julai 2003 mengenai gejala lesbianisme di Malaysia.

    Sebagai seorang wanita yang pernah menuntut di sekolah khas untuk pelajar perempuan selama 11 tahun, saya amat bersetuju dengan keseluruhan pendapatnya kecuali kenyataan bahawa golongan lesbian ini adalah golongan yang kurang berjaya.

    Sejak di sekolah menengah lagi saya sudah melihat sendiri gelagat rakan-rakan yang berlagak seperti lelaki, berkelakuan tidak sopan dan bercumbuan sesama perempuan di tempat awam . Ini adalah trademark golongan ini.

    Bagaimanapun, pihak sekolah tidak mengambil tahu menanganinya. Mungkin juga kerana kekurangan bukti bahawa hubungan intim sesama wanita boleh membawa kepada hubungan yang melebihi batasan golongan sejenis agaknya.

    Namun apabila saya melanjutkan pelajaran ke universiti, budaya lesbian masih wujud dan agak membimbangkan. Para pelajar yang terlibat adalah golongan yang cerdik pandai dan mendapat tajaan biasiswa daripada beberapa syarikat gergasi.

    Malah pada satu peringkat terdapat pensyarah muda yang baru mengajar terlibat dengan hubungan yang tidak bermoral ini. Datang ke universiti dihantar pasangannya, kemudian tidak segan silu di hadapan pelajar berjalan berpegangan tangan. Apabila golongan ini ditegur ada yang berani menjawab ``the world is love.'' Mereka menganggap perbuatan mereka tidak salah dan mereka hanyalah insan yang dilamun cinta.

    Memang mengecewakan apabila mengenangkan golongan ini adalah insan-insan yang bakal berjaya menjadi peguam, doktor atau pendidik yang berjaya suatu hari nanti apabila mengingatkan penglibatan mereka dalam hubungan yang bertentangan dengan fitrah ini.

    Masyarakat pasti tidak mahu melihat golongan yang dianggap sebagai terpelajar dan berjaya berpeleseran di pub-pub atau disko-disko, keesokkan harinya bertugas dengan mata yang cengkung dan mengantuk.

    Dan seperti saudari Fairuza, saya berpendapat tindakan harus diambil agar fenomena ini tidak terus menjadi perkara biasa bagi masyarakat. - EIDLIN, Kuala Lumpur.



    nguLat ngepost | 2:45 PM | |

    Tuesday, June 15, 2004

    pusing-pusing satu dunia aku jumpa benda ni. petikan dari Utusan Malaysia di ruangan forum bertarikh 28 Julai 2003. marilah kita membacanya bersama-sama.


    Jangan Biarkan Gejala Lesbianisme Terus Menular

    Saudara Pengarang,
    MUNGKIN isu wanita yang `meminati wanita lain' bukanlah sesuatu yang baru untuk kita kupas dan dekati. Akan tetapi, dewasa ini, masyarakat bagai memandang sepi perihal ini dan membiarkan ia berleluasa terutama di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur.

    Jika gejala sosial menjadi agenda utama kita untuk terus membina negara yang bebas gejala sosial, maka tumpuan harus juga diberikan kepada gejala lesbianisme ini yang cara hidupnya bagaikan semakin diterima oleh masyarakat di negara kita.

    Jika kita membicarakan tentang lesbianisme di Kuala Lumpur, wanita-wanita keras ini bijak menyembunyikan sifat mereka. Mereka adalah wanita normal pada zahirnya, akan tetapi lebih senang memegang tangan wanita lain semasa di khalayak ramai.

    Ada juga yang berani berkucupan di khalayak ramai. Kebanyakan orang menganggap ini adalah kelakuan normal untuk melahirkan rasa keakraban, tetapi mereka sebenarnya dilamun cinta.

    Ramai juga perempuan yang cenderung untuk berpakaian seperti lelaki _ rambut dipotong pendek, dada dibengkung (untuk menyembunyikan payu dara), memakai jean lusuh, kasut sukan lelaki dan lain-lain. Jika dipandang dari belakang, mereka jelas kelihatan seperti lelaki dengan lenggok jalan yang keras.

    Dari segi pendidikan, umum sudah tahu bahawa jika kita membicarakan perihal lelaki lembut, sudah pasti mereka sinonim dengan prestasi pelajaran dan kerja yang hebat. Berbeza dengan kaum wanita keras. Mereka ini lebih leka dan tidak sebijak lelaki lembut.

    Mereka cenderung kepada budaya lelaki tulen seperti `mat motor' dan lain-lain. Kebanyakan mereka tidak berpendidikan tinggi dan tidak menjawat pekerjaan yang boleh dibanggakan, berbanding dengan lelaki lembut yang lebih ramai berpendidikan tinggi dan mampu berjaya di dalam karier.

    Menyingkap perihal kehidupan wanita keras (lesbian) ini, pada zahirnya, kehidupan mereka jelas seperti wanita normal lain. Ini boleh mengelirukan pandangan awam atau pihak berkuasa.

    Bagaimanapun, pada kebelakangan ini mereka semakin berani untuk berkumpul dan berseronok sesama mereka. Antara kawasan yang sering mereka kunjungi, terutama pada malam minggu ialah di beberapa disko dan pub di sepanjang Jalan Bukit Bintang, sebuah kelab di Jalan P. Ramlee dan pusat-pusat karaoke di sepanjang Jalan Ampang.

    Mereka juga semakin berani untuk bersantai, sambil melakukan adegan menjolok mata di beberapa taman di sekitar Kuala Lumpur seperti di Taman Tasik Perdana dan Taman KLCC. Jika diajukan soalan, mereka akan berkata, mereka bersantai bersama rakan-rakan dan tidak melakukan apa-apa yang terlarang.

    Kebelakangan ini kita juga disedarkan dengan fenomena wanita tidak cenderung untuk berkahwin dan memilih untuk hidup sendirian. Jelas bahawa ini manifestasi fenomena lesbianisme yang cuba diterapkan oleh golongan wanita.

    Oleh kerana jumlah mereka semakin ramai, maka kita harus sedar dengan kegiatan tidak sihat ini dan bersamalah berusaha untuk mengembalikan mereka ke arah yang betul.

    Mungkin belum terlewat, untuk pihak kerajaan melalui organisasi seperti Puteri UMNO dan lain-lain NGO wanita untuk tampil membimbing wanita keras ini. Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ( yang bising fasal lelaki lembut) harus duduk semeja untuk menghalusi gejala ini dan memperkenalkan program-program pencegahan dan pemulihan kumpulan ini.

    Peranan media juga amat penting dalam menyalurkan mesej-mesej relevan kepada golongan wanita keras ini. Baru-baru ini, Datuk Yusof Haslam, menerbitkan filem cinta, Janji Diana yang menonjolkan watak lakonan Erra Fazira sebagai wanita keras yang membenci lelaki di sekelilingnya. Malah, dia memilih untuk bersama dengan wanita lain dalam kehidupan sehariannya.

    Mungkin tidak ramai yang perasan bahawa filem ini membawa mesej negatif secara halus di mana ia mengatakan bahawa wanita itu bebas memilih untuk menjadi wanita keras dan ganas, seterusnya mempraktikkan cara hidup lesbianisme.

    Secara tidak langsung, bagi wanita yang tidak terbuka mindanya, akan mengambil iktibar daripada filem ini dan terus mencari pasangan wanita lain untuk hidup bersama.

    Jelas, filem Janji Diana boleh memberikan impak negatif kepada golongan wanita, terutama mereka yang masih mentah tentang kehidupan di bandar-bandar kosmopolitan seperti Kuala Lumpur, yang penuh dengan cabaran.

    Sebagai kesimpulan mudah, sebelum gejala lesbianisme daripada menular, kita harus seia-sekata untuk membanteras fenomena ini. Jika perlu, kita rombak semula sekolah-sekolah khas untuk pelajar perempuan kerana dari situlah mereka `mencuba sesuatu yang baru' yang akhirnya terus dibawa ke alam dewasa. - FAIRUZA FARIZ, Juasseh, Negeri Sembilan.



    nguLat ngepost | 5:19 PM | |

    Monday, June 14, 2004

    skang ni kat Johor tengah berlaku lambakan durian terutamanya kat Muar. aku baru tahu daerah Muar rupanya pembekal durian terbesar berbanding tempat lain kat Malaysia ni. itu pun aku tahu dari paper minggu lepas. kalau maklumat aku ni salah bermakna paper tu pun salah jugaklah ek. kebetulan aku baru balik dari Muar, ada function kat Gunung Ledang Resort. jadi aku berkesempatan melihat kemeriahan musim durian kat sana.

    sesampai je aku kat resort hari Khamis lepas, sorang pegawai kat opis aku ajak aku dan kekawan yang dah sampai ke rumah dia sekitar 5km dari resort. tujuannya ialah mempulun durian yang memang dah sedia ada untuk kitaorang. dia memang ada dusun buah-buahan seperti durian, rambutan dan manggis. aku apalagi, rezeki free memang payah nak ditolak. pulun durian sampai kekenyangan. sendawa pun terasa angin durian je. bukan setakat itu je, siap bawa balik durian berbakul-bakul ke resort. tapi pulun kat luar jelah, mana boleh bawa masuk bilik.

    bahana durian menyebabkan aku sakit perut cet-bet. tak senang duduk aku melayan sakit perut ni. sejak menjak ni aku rasa perut aku makin nipis, tak boleh sumbat makanan memacam. lagi-lagi kalau ada program cam ni, makan sampai 6 kali sehari, tak sempat nak proses masuk lagi. nak tolak rezeki terasa sayang. makan sedap-sedap, rugilah kalau tolak. tapi bahana tanggung sendirilah..hehe.

    dalam perjalanan balik ke Segamat, aku dapatlah tengok pemborong-pemborong durian membeli durian secara pukal di sekitar Tangkak, Pagoh dan Sagil. durian tu semuanya segar-segar belaka. masa aku balik jB semalam, kononnya nak cari durianlah sebagai buah tangan untuk family kat sekitar Segamat hingga ke Yong Peng. cari punya cari tapi lastly aku tak beli. bukan apa, aku takut kena tipu. durian ni kekadang luar nampak cantik, tapi isi dalam dah tak baik. nanti ada kang abah aku cot-cet bila terbeli durian yang tak elok dimakan. abah aku tahulah camne nak carik. aku tak tahu camne nak pilih durian elok, nak kena ketuk ke, goncang ke, cium ke. ajak gf aku cari sekali, dia pun dua kali lima dengan aku. tahu makan je.. ekekekkek. pagi ni tekak aku terasa nak pulun durian lagi. terliur wehh..



    nguLat ngepost | 1:10 PM | |

    Wednesday, June 09, 2004

    setelah beberapa minggu berada di dalam kerinduan yang amat sangat, maka malam ini akan terlerailah rindu tersebut. hehehe.. lepas keje ni aku akan bertolak pi jumpa dia. bermalam di rumah dia kemudian esok tengahari aku akan ke Gunung Ledang, ada urusan semi rasmi di sana sehinggalah hari sabtu. after that aku singgah balik jumpa dia, bermalam kat rumah dia. maybe ahad petang baru balik jB. oleh itu aku takkan update blog untuk hari-hari tersebut. kalau ada masa, akan ku curi masa itu untuk mengupdate benda-benda yang patut kat blog aku ni. haiii blog rindulah aku kat ko gamaknya nanti. ok guys, hepi holiday. eh lupa, korang keje. hehe.. :p



    nguLat ngepost | 4:40 PM | |

    Tuesday, June 08, 2004

    entry ini adalah jawapan saya kepada komen BaBy^eLL berdasarkan komen di entry bertarikh 3 April 2004.

    komen beliau : "once a lesbian will always be a lesbian.. i nk bg comment ttg u ckp u nk berubah terus jadi straight. it's just wrong. Lesbian wud never be straight.. paling tidak pon BISEX. Kalau u kapel/kawin ngn lelaki sekalipon.. naluri u terhadap wanita tetap ada.. kalu u ngk pompuan yg taste u.. mesti hati u akan terusik.. walaupon hanya melirik. So bagi lelaki yg pk derang dh ngubah seorang lesbian jadik straight.. u're totally wrong.. melainkan kalu pompuan tu sendiri sanggup tipu hati dan perasaan die utk bersama ya'll. -BaBy^eLL-"

    reaksi saya : baby eLL, saya tak nafikan memang susah nak berubah 100% jadi stret balik, tapi ia juga tidak mustahil. tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini. kalau seseorang itu dah bertekad untuk berubah, bertaubat, tidak mengenang kehidupan masa lalu dan segala kenangan pahit manisnya, bersungguh-sungguh dalam melakukannya, tidak mustahil ia akan berjaya.

    pendirian saya jika mahu berubah, bukan sebab lelaki yang akan mengubah diri saya. bukan sebab nak kawin, bukan sebab nak jaga hati keluarga, bukan sebab kawan-kawan, bukan sebab tekanan dan bukan segala sebab dan alasan yang berlegar-legar di sekeliling kehidupan kita. kita berubah hanya dengan kesedaran yang wujud dalam diri. bila timbul kesedaran pada hakikat dan kewajipan kita pada agama, itulah yang akan mengubah kehidupan kita seratus peratus.

    mungkin kita berubah stret kerana campuran faktor hendak berkahwin, berzuriat dan kesedaran dalam diri. terdapat banyak faktor penarik dan penolak bergantung pada sifat dan sikap setiap individu. selama ni bukan kita tidak sedar, bukan nak tunggu sampai seru, bukan nak tunggu diberikan Nur, cuma belum puas menikmati kehidupan. biasalah sifat manusiakan begitu. nanti dah terhantuk barulah mengalah. nasihat untuk diri saya juga.

    benda ni bukan apply pada gay/les je. tak kiralah apa jua yang kita buat stret ke, senget ke. contoh paling mudah ialah perokok. fakta umum tahu merokok membazirkan wang, membahayakan kesihatan diri dan orang di sekeliling, rokok mengandungi beribu-ribu macam bahan kimia, boleh bawa kepada penyakit kanser, malah perokok boleh merubah menjadi penagih dadah. jika dia berhenti merokok hanya kerana desakan awek, pakwe atau suami/isteri, hanya untuk menjaga hati pasangannya, mungkin dia berhenti untuk seketika. tetapi jika berhenti merokok kerana timbul kesedaran dalam diri tentang sebab dan akibat tabiat merokok, bukan setakat nak jaga hati orang maka ia akan berhenti selama-lamanya.

    saya setuju dengan pendapat anda bahawa lelaki belum boleh mendabik dada jika dia berjaya menegakkan orang yang senget ni. kita tak boleh baca fikiran orang. banyak benda yang bermain dalam fikiran manusia yang berada di luar jangkauan kita. di mulut kata lain, di hati kata lain.

    ini hanyalah pendapat saya bukan mewakili semua lessy atau gay. setiap orang ada pendapat memasing. saya sendiri tidak pasti sama ada boleh berubah 100%. saya pernah menolak guys yang nak kawan dengan saya hanya kerana saya tak mampu menipu diri sendiri dan menipu dirinya. maybe saya akan begini selamanya, maybe saya berubah 100%, maybe jadi bisex dan segala macam maybe. siapa tahu?



    nguLat ngepost | 10:36 PM | |

    Monday, June 07, 2004

    sabtu dan ahad baru ni sepatutnya aku pi kenduri kawin kekawan. hari sabtu ada 2 majlis, kat mersing n jb dan ari ahad kat kota tinggi. rancang punya rancang akhirnya tak jadi pegi. tak cukup corum. aku n the geng kalau tak cukup corum macam malas nak bergerak. at least kena ada 3 orang. yang available cuma aku n F, lagi dedua tu ader hal plak. dahlah mersing n kota tu jauh bagai. sapa nak layan aku bercakap. aku kalau berdua je dengan F ngantuklah aku. dengan dia tak banyak cerita, segan..hehe. ermm kem hadiah jelah kat pengantin gamaknya.

    sabtu malam ahad ari tu gak, Search kan buat konsert kat Jb. waaa diorang punya konsert punya sound system sampai kat rumah aku pun boleh dengar. jelas lagi suara Amy tu nyanyi. tempat konsert tu kat stadium larkin, aderlah dalam se km kalau buang rumah-rumah yang menghalang laluan antara rumah aku n larkin. macamanerlah ek rupa orang-orang yang berjiran dengan stadium tu? mesti cam poyo je nak menghayati final bolasepak Sukma antara Johor ngan NS. tapi best gak kalau sambil tengok sambil goyang kepala.

    jadi bila tak pi memana, aku menghabiskan masa kat rumah je. kebetulan nenek sedara dan adik-beradik mak aku datang, kena layan dioranglah. aku layan makan minum je, siap je aku cabut masuk bilik. yang layan berbual mak bapak akulah. tak kuasa aku nak campur dengar. nanti ada kang sebut pasal kawin mawin. boleh pecah otak nak jawab soalan. ekekekekk.

    bila cuti memanjang apa lagi, layan membutalah. 3 malam berturut-turut aku tido pukul 5 pagi termasuklah pagi tadi. time sedar plak ala-ala time rezeki dah lari. bukan pagi ler tu, tengahari buta. oops, cuma pagi tadi aku bangun pukul 7, kan ari keje. alahai 2 jam je tido. siot aku ek, orang datang kat rumah aku boleh layan membuta. sajer nak menunjukkan aku anak dara tak boleh diharap. harapnya takde orang masuk meminang. ceh! alasan bagai aku ni. :p. actually aku tido lambat sebab layan baca buku citer lessy. baca siap kuar ayor mata lagi tu, sentimentel betul. nak tido hati macam tak senang kalau tak abis. nak tak nak abiskan jugak. malam tadi aku abiskan baca citer Tipping the Velvet. siot arr citer tu, buat aku sedih berkoyan-koyan. bukan setakat sedih je, citer tu buat aku sakit hati, tak puas hati, makan hati dan memacam seribu hati. asyik teringat je. macam citer betul plak sampai aku boleh terkenang-kenang. ermm balik ni aku rasa nak baca lagi. baca sampai aku puas hati.



    nguLat ngepost | 3:37 PM | |

    Friday, June 04, 2004

    by Avril Lavinge

    Fall back
    Take a look at me
    And you'll see I'm for real
    I feel what only I can feel
    And if that don't appeal to you
    Let me know
    And I'll go
    'Cuz I flow
    Better when my colors show
    And that's the way it has to be
    Honestly
    'Cuz creativity could never bloom
    In my room
    I'd throw it all away before I lie
    So don't call me with a compromise
    Hang up the phone
    I've got a backbone stronger than yours

    If you're trying to turn me into someone else
    Its easy to see I'm not down with that
    I'm not nobody's fool
    If you're trying to turn me into something else
    I've seen enough and I'm over that
    I'm not nobody's fool
    If you wanna bring me down
    Go ahead and try
    Go ahead and try

    You don't know
    You think you know me like yourself

    But I fear
    That you're only telling me what I wanna hear
    But do you give a damn
    Understand
    That I can't not be what I am
    I'm not the milk and cheerios in your spoon
    Its not a simple hearing but not so soon
    I might've fallen for that when I was fourteen
    And a little more green
    But its amazing what a couple of years can mean

    Go ahead and try
    Try and look me in the eye
    But you'll never see inside
    Until you realize, realize
    Things are trying to settle down
    Just try to figure out
    Exactly what I'm about
    If its with or without you
    I don't need you doubting me

    Would you be laughing out loud
    If I played to my own crowd
    Try



    nguLat ngepost | 5:16 PM | |

    Thursday, June 03, 2004

    Majalah Massa keluaran Utusan Karya minggu ini (28/05/04-05/06/04) telah membuat satu laporan khas bertajuk Perkahwinan Gay dan Lesbian, Kemelut Abnormal Pasca Moden. Semuanya berkaitan perkembangan terkini People Like Us. 11 artikel disediakan dengan pelbagai fakta dan ulasan yang menarik. Antara tajuk yang diketengahkan adalah seperti Gay Underground di Malaysia, Internet Senjata Gay Malaysia, TV Malaysia Promosi Gaya Hidup Gay dan artikel berkaitan halalnya perkahwinan sesama jantina ni di luar negara. Aku ulas sikit setiap artikel yang diorang tulis tu ek.

    1) Malapetaka Intitusi Keluarga yang menyentuh tentang kehidupan bekeluarga di kalangan pasangan homoseksual yang mahu mengambil anak angkat. Persoalan yang ditimbulkan adalah tentang jatuhnya istitusi keluarga, hanya ada pasangan ibu bapa yang gay dan anak tanpa datuk, nenek, sepupu sepapat, sedara mara dan sebagainya. Selain itu dikatakan golongan ini cuba menjadi ibu bapa terbaik dan akan menjadi pesaing pasangan heteroseksual dalam mendidik anak masing-masing. Jika mereka mampu, pasti akan menimbulkan kecelaruan identiti anak-anak dalam menilai kehidupan sebagai pasangan homo atau pasangan hetro.

    2) Gay Underground di Malaysia yang berkisar tentang personaliti lelaki gay kat Malaysia. Bagi aku, tajuk artikel tu macam gah tapi ceritanya sikit dan tak menyeluruh tentang golongan homoseksual lelaki ni.

    3) Amerika Syurga Gay Dunia. Perihal negeri-negeri di Amerika yang menghalalkan perkahwinan sesama jenis.

    4) Singapura Sedia Iktiraf berkisar kesediaan kerajaan Singapura menerima golongan gay bekerja dengan kerajaan yang sebelum ini dinafikan hak sama sekali. Kerajaan Singapura bagaimanapun masih menganggap homoseksual adalah satu kesalahan.

    5) Hubungan Sejenis : Apa kelainannya? Seperti biasa membincangkan hal tentang nafsu nafsi, cinta, kesetiaan, kasih sayang dan sebagainya yang bersangkut paut dengan golongan homo yang memang berbeza dari hetro.

    6) Teknik Gila Untuk Kepuasan. Artikel ini menyeluruh, tidak tertumpu kepada homo sahaja. Ceritanya pasal pelbagai teknik seks ganas yang aku rasa golongan normal tidak kurang hebatnya. Contoh paling sensasi sekarang ni tengah dibicarakan pun.

    7) Pasangan Homoseksual Terkenal. Menyenaraikan pasangan homo yang glamour sejak berabad dulu seperti Elton John dan pasangannya David Furnish, Rock Hudson dan Marc Christian, Ellen Degeneres dan Anne Hance serta Rosie O'Donnel dan Keilli Carpenter.

    8) Internet Senjata Gay Malaysia. Dari tajuk pun dah boleh agak tentang kewujudan laman-laman web mewakili gay dan lesbian kat Malaysia dan jaringannya di seluruh dunia serta apakah kerajaan bersedia membuat sekatan ke atas bahan kandungan Internet. Ada satu kelab gay yang menarik di utarakan iaitu Malaysia Chubs & Chasers, kelab gay Malaysia khusus untuk yang berbadan gemuk. Aku dah lama jumpa website diorang ni, berani siut, gambo terang-terangan lagi. Tapi gambo biasa je, kebanyakan gambo gath diorang dan tak semua boleh diakses, ada had kerana ada keahlian berbayar. /me agaknya paid subscribers only tu yang daring-daring kot. Awas, kang ada plak blog kita diterjahnya, glamer tak tentu pasal..hehe.

    9) TV Malaysia Promosi Gaya Hidup Gay. Alaaa pasal keberanian 8TV siarkan rancangan Queer Eye for the Straight Guy yang diorang terjemahkan menjadi "Pandangan Pondan Buat Lelaki Sejati" dan apakah kerajaan tiada tindakan tentang hal ini. Pada pandangan aku yang tinggal berjiran dengan negera sebelah tu, kita yang kononnya negara Islam lebih terbuka menyiarkan citer tu berbanding Singapura yang memang melarang langsung paparan homoseksual di tv, tapi diorang plak lebih membuka-buka kalau yang lain-lain tu.

    10) Bagaimana Islam Membenteras Penyelewengan Seks yang berkisar tentang kewajipan kerajaan memerintah untuk menangani perkara-perkara ini seperti menutup langsung kelab-kelab gay dan sebagainya.

    11) Perkahwinan Gay Hina Martabat Manusia mengungkap perkembangan gaya hidup golongan gay dan lesbian yang melanggar tatasusila manusia normal dan krisis perkahwinan sesama jenis yang menggugat kemurnian dan integriti institusi kekeluargaan.


    bagi aku, oklah artikel yang Massa siarkan tu, cuma biasalah lebih bias kepada mereka yang stret. of cozlah kan, takkan diorang nak membela plu. banyak pasal gay je, citer lessy tak seberapa, bercampur-campur. oklah tu, tertutup skit citer kita. hehe.. so u guys, mana yang stret tu kalau nak tahu lebih pasal GLBT ni, bolehlah baca untuk menambah pengetahuan, tapi itu cerita sepihak je.



    nguLat ngepost | 1:28 PM | |

    Wednesday, June 02, 2004

     
    rindu.. aku rindukan dia.
    sebab tu aku moody je.
    can't wait to see her next week.



    nguLat ngepost | 1:12 PM | |

    Tuesday, June 01, 2004

    aku takde mood nak menulis, menaip dan berfikir. semalam pun begitu. jadi aku pun koreklah mana-mana draft yang aku simpan kat blog. aku jumpa benda ni, result daripada test yang aku cuba kat blog sekapal lama dolu. cuba try test amik dua tiga kali, jawapannya tetap sama.

    Your score placed you in the category of Hard Androgyne. This is the "tomboy" type of ranking. You may also wish to review Androgyne and Gentle Butch, the two categories surrounding you. In a ranking across the femme/butch gamut, if 1 is femme and 100 is butch, you fall between 53 and 60 on the scale. For a review of where you fall in the overall population in numbers, refer to this chart. Your group encompasses folks of all types, genders, and orientations; it includes a large number of males and averages around 41 years of age.
    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Most of the time you really don't think of yourself as butch or femme, but if pressured, you tend to react aggressively - either to solve a problem or to defend yourself. You aren't extremely masculine, yet are more drawn to your masculine side than your feminine side.

    Security is paramount to you, and the locks on your house and tendency to monogamy reflect that. You like money in the savings and a retirement plan in place. You are nervous and insecure without that. You are a good provider, often appearing in upper management positions, and are an excellent supervisor.

    Logic and mathematics fascinate you, and you have a very good memory. You are best remembering what you have seen in a video sense - sound and picture. About half of what you read sticks with you and what you hear goes in one ear and out the other. Pictures you remember very well.

    You like action adventure movies and books, though you don't read a lot. You are heavily into technology, computers, and fun lil gadgets to play with.

    As a parent you are strict but not overbearing, and tend to be a bit over protective. You are a staunch defender of your legal rights.

    For partners you prefer a softer femme, along the lines of the Classic or Lipstick Femme. For friends you encompass everyone, though you find Extreme Butches a bit plastic and pure Androgynes indecisive.


    tak puas hati skit kat result ni. ada dia kata aku tak banyak membaca sedangkan itulah hobi nombor satu aku. about partner tu, aku tak kisah. femme or andro, dua-dua ok je bagi aku.



    nguLat ngepost | 6:16 PM | |

  • di bawah lembayung pelangi

    a member of the

    SengetianS


    skodeng



    +December 2003+
    +January 2004+
    +February 2004+
    +March 2004+
    +April 2004+
    +May 2004+
    +June 2004+
    +July 2004+
    +August 2004+
    +September 2004+
    +October 2004+
    +November 2004+
    +December 2004+
    +January 2005+
    +February 2005+
    +March 2005+
    +April 2005+
    +May 2005+
    +June 2005+
    +July 2005+
    +August 2005+
    +September 2005+
    +October 2005+
    +November 2005+
    +December 2005+
    +January 2006+
    +February 2006+
    +March 2006+
    +April 2006+
    +May 2006+
    +June 2006+
    +July 2006+
    +August 2006+
    +September 2006+
    +October 2006+
    +November 2006+
    +December 2006+
    +January 2007+
    +February 2007+
    +March 2007+
    +April 2007+
    +May 2007+
    +June 2007+
    +September 2007+
    +October 2007+
    +February 2008+
    +March 2008+

    +sekapal+
    +lilylotus+
    +blue+
    +zaffey+
    +yatt+
    +payid+
    +elenaoz+
    +nasik+
    +isrockstar+
    +jj78+
    +asya+
    +dyke+
    +rozek+
    +afy+
    +th3undefined+
    +jL+
    +laut+
    +eid+
    +fdb+
    +froggie+
    +armz+
    +fiq+
    +shajime+
    +elsilver+
    +armie+
    +shay+
    +han+
    +arD+

    +AfterEllen+
    +Sengetians+
    +WWLW+
    +Butches Inc+
    +for PLU+
    +Pink Lemonz+
    +Les Worlds+
    +Queer Filter+
    +PlanetOut+
    +The L Word+
    +Queer Jihad+
    +Fridae+
    +Al-Fatiha+
    +Herstory+

    template by +Lonelyger+
    hosted by +Blogger+



    Listed on Blogwise

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?


    Free Web Counter