beb
Wednesday, July 28, 2004
nguLat ngepost | 3:32 PM | |
sehari melepas rindu
Tuesday, July 27, 2004
lepas maghrib tadi Honey bertolak balik ke Segamat. puaslah juga melepaskan rindu walaupun hanya untuk 24 jam sahaja. semalam selepas makan malam kat restoran pujaannya di Singgah Selalu, kitaorang pi Danga Bay. dia yang beria-ia nak pegi, nak hirup angin selat tebrau sambil melihat apa yang ada kat Danga Bay. yang kelakarnya, aku yang tinggal kat jb ni pun tak pernah menjejakkan kaki di situ sejak ia dirasmikan. bukan apa, kawasan tersebut memang tempat tumpuan ramai, aku kalau nak pi hari biasa jangan haraplah kalau sensorang. bila hujung minggu plak, tempat tu memang sesak giler babas. tak kuasa aku nak melemaskan diri.
jadi semalam bila dia ajak aku ok je, sebabnya pi hari biasa dan berteman. terutamanya dia yang menemankan aku berjalan. dahlah semalam rasa tak sedap badan, nak demam. jadi baguslah jugak jalan-jalan, keluarkan peluh dan kurangkan kalori yang berdozen2 ni.
berubah benar pantai Lido dengan kewujudan Danga Bay. boleh jadi port baru aku berjogging nampaknya. baunya pun dah berubah, hampir takde. bau apa? bau air laut yang bertakung dan tak mengalir tu lah. kalau dulu, baunya memang kuat. kekadang rasa busuk. tak sesuai benar nak bersantai. la ni aku rasa selesa sangat dan agak kehairanan kerana bau yang menjadi trademark pantai Lido tu dah takde.
malam tu kami keliling Danga Bay dengan kenderaan seakan keretapi. bila aku nampak je ketapi tu, aku terus teringatkan akak2 kat opis aku yang buat lawak nak mengenakan bos dengan ketapi tu. ermm aku ingatkan kelakar sangat ketapi yang dimaksudkan, tapi rupanya ok je, takdelah kelakar mana. Honey plak nampak kuda, nak naik kuda. nampak River Cruise, bot yang mengelilingi Lido, Danga dan sekitarnya, pun dia tak sabar nak naik. aku kata nantilah lain kali kita datang lagi waktu siang, kita naik semua benda yang awak nak naik. ramai juga orang yang bersantai. kapel berpasang-pasangan wajib ada, budak2 lepak biasalah, mak bapak dan anak-anak pun ramai walaupun pada hari biasa. tak dapat bayangkan kesesakannya kalau hujung minggu atau masa ada function. 2-3 minggu lepas, masa ada konsert CT Nurhaliza bersama budak2 AF1, khabarnya sesak giler kawasan tu.
siang tadi kitaorang pi tengok King Arthur kat City Square. mulanya dia nak tengok citer Hingga Ke Hujung Nyawa, tapi aku plak tak setuju. aku bukannya tak menyokong filem melayu tapi aku dah bosan dan muak dengan filem2 yang ada Erra dan Yusry plus kalau pengarahnya Razak Mohideen. aku dulu peminat Erra, setiap filem yang dia berlakon aku sokong. dari Sembilu sampailah Gerak Khas aku pi tengok kat pawagam bukannya tunggu kuar tv masa raya atau pun pirate vcd. tapi la ni aku dah tak kuasa dengannya, too much of her *memetik kata2 chefDiva tentang cik CT*. ekekeke..
filem King Arthur bisa mengalirkan airmata jika kita menghayati ceritanya. hati aku yang sensitif ni memang tersentuh bila tonton citer tu. ditambah lagi Keira Knightley berlakon, sejuk mata memandang. aku memang meminati citer2 seperti Gladiator, Troy dan sewaktu dengannya yang melibatkan manusia dan sejarahnya. ia membawa kita seakan hidup di zaman tersebut ditambah lagi dengan adunan muzik latar belakang yang mengsyahdukan. uiks minah jiwang plak aku ari ni. Honey plak asyiklah tengok muka jam, kesian dia sebab terpaksa menonton filem yang tak masuk bukunya tu.
kat CS tadi ada pameran Pencegahan Jenayah oleh PDRM dan MCA. salah satu yang ditunjukkan ialah rakaman klip video pesalah2 dalam penjara kena sebatan rotan. erkk lemah lutut aku tengok punggung diorang kena sebat. ada tu sampai 20 sebatan sekaligus. rotannya bukan kecik, besar plak tu. bayangkan sekali sebat je kulit punggung dah tersiat, apa lagi kalau 20 kali berturut-turut tanpa ditangguhkan. tak tahulah kalau dah kena sebat macam tu tapi masih tak sedar jugak. mata yang tengok ni pun rasa kesian dan sakit, apalagi orang yang kena sebat tu.
aku ada cakap nak wat suprise untuk dia hari ni. sebenarnya aku nak tunjukkan blog aku ni pada dia. jadi petang tadi kitaorang online jap dan aku bawalah dia meronda-ronda blog ni. dia tersenyum sambil baca entry yang aku tulis tentang dia. jadi skang ni tidak ada rahsia lagi antara aku dan dia. masa dia nak balik tadi aku rasa sedih sangat. aku tanya dia bila kita akan tinggal bersama. dia kata, tunggulah sayang. aku tahu dia pun nak sangat berasa dekat setiap hari, berkongsi hidup segala suka dan duka tapi terpaksa ditangguhkan dulu hasrat tu. kalau dia boleh bersabar, aku pun mestilah bersabar. lepas ni, bulan September baru kami jumpa lagi. harapnya cepatlah berlalu bulan Ogos yang mendatang.
nguLat ngepost | 9:11 PM | |
MI : Workshop 2
Monday, July 26, 2004
keputusan Malaysian Idol untuk episod Workshop 2 amatlah menghampehkan aku. mana taknya ketiga2 peserta yang menjadi pilihan Malaysia adalah lelaki. jadi sekarang sudah ada 5 peserta lelaki dan baru seorang perempuan. jika ikut bangsa, 3 peserta lelaki berbangsa Cina, 2 peserta lelaki Melayu dan Dina peserta dari JB satu-satunya bunga Melayu yang ada ketika ini. skang hanya tinggal lagi 4 tempat kosong yang akan ditentukan pada hari ahad akan datang.
wokey, tak dinafikan jantan2 tersebut berbakat belaka tapi aku rasa faktor kekacakan mereka telah memainkan peranan dalam pengundian sms kali ini. untuk workshop 2 aku sendiri telah mengundi Fazly sebabnya dia anak Melayu, berbakat, ada tarikan tersendiri, dan originally from JB. ekekeke JB lagi. seswatuh..
aku memang pilih dia semasa di peringkat audition lagi. kemudian kelmarin barulah aku dapat tahu dia adalah abang kepada salah seorang rakan aku di sini. ekeke.. itu secara kebetulan aje. suprise sebab kawan aku tak cakap dia ada seorang lagi abang. selama ini dia tidak pernah bercerita tentang abangnya yang satu ini. dia kata abangnya merajuk dan melarikan diri ke kl. agaknya sebab tu dia tak penah cerita. dia buat aku konpius sama ada nak percaya atau tidak. apa pun aku dah vote untuk abangnya tu, dan benar seperti sangkaan aku, Fazly terpilih untuk ke peringkat seterusnya.
maaflah jika aku membandingkan peserta bukan Melayu dan Melayu. bukan sebab racisms cuma semangat Melayu aku yang terlalu jitu dan melampaunya. sudah 2 kali workshop menunjukkan peserta bukan Melayu mendapat undian paling tinggi. apa sebabnya? ini pendapat akulah, teori aku mengatakan undi orang Melayu telah berpecah kepada 4 rancangan iaitu antara Akademi Fantasia, Audition, Who Will Win dan Malaysian Idol. manakala untuk bangsa lain, tiada langsung penyertaan bangsa mereka dalam AF dan Audition kecuali www. itu pun dalam www takler meriah mana kecuali aku suka tengok Syafinaz yang cam sepesen aje. rancangan Audition pun dah tamat malam tadi, jadi dah kuranglah persaingan.
macam pilihanraya tahun 1999 plak ek ada undi pecah ni. apa pun, jika mahu melihat MALAYsia diwakili oleh orang MALAYsia sendiri, bantulah yang sepatutnya. walaupun hanya satu undi, ia menjadi penentu masa depan. ekekeke.. ini kerana kuasa ekonomi juga memainkan peranan. jangan jadi macam AF, apabila Rosma dan Zarina terkeluar, barulah melompat-lompat tak puas hati.
note : orang kita memang suka amik sikap tengok, tunggu dan lihat.
nguLat ngepost | 1:50 PM | |
my soulmate, my sayang
uiks, pagi tadi tetiba je Honey tepon aku dan bagitahu yang dia terpaksa cuti hari ini dan esok. terpaksa cuti tu.. ekekek sepatutnya khamis dan jumaat ni dia cuti dan rancang nak turun jB la jumpa aku. tapi cutinya dipercepatkan. uwaa..mula2 tu Honey kata kansel, tak jadi datang. tapi aku pujuk dia gak, “datanglah sayang..rindu. sayang bereskan dulu kejee kat rumah, petang nanti datanglah ek”. Honey kata nanti dia tepon balik bagitahu camne.
yahooo.. Honey jadi datang petang ni. ermmm orang dah rindu amat ni kat dia. malam tadi susah nak tido, teringatkan dia je. mimpi pun mimpikan dia, kemudian terjaga2. kemaruk betul rindu kali ini. sedangkan baru je jumpa dua minggu sudah. bilalah aku nak berumahtangga dengan dia? nilah susahnya bercinta jarah jauh. uiks, aku pun dalam kategori LDR per. walaupun tak dipisahkan antara benua dan lautan, JB ngan Segamat pun berjarak gak, dipisahkan dengan bukit, gunung ganang, sungai, hutan dan lebuhraya. ekekekek..
aku nak wat suprise kat dia. tunggulah nanti korang tahu gak apa suprise aku untuk dia kali ini. semuanya tanda cinta, kasih, sayang dan rindu aku pada dia yang tidak berbelah bagi lagi.
nguLat ngepost | 12:22 PM | |
camne nak aktif bila kita camni
Sunday, July 25, 2004
entry aku kali ni ada kaitan dengan penglibatan aku dalam pu3 umno semasa pilihanraya yang lepas. ada citer mengenai pengalaman aku terlibat sebagai agent BN di entry bertarikh 21.3.2004. kalau nak baca semula, klik je kat archives di sebelah kiri blog ini. btw, thanks to woody kerana idea untuk menulis tentang entry ini timbul daripada pertanyaan beliau.
ni soalan yang beliau ajukan pada aku. "camne ye kalau terserempak ngan org yg masuk radar senget ko. kalau la kan. agak2 ... cuak tak?". pada mulanya aku salah tafsir, kemudian setelah aku baca berulang kali soalan tu, pemahaman aku ialah apakah reaksi aku kalau aku terserempak dengan orang yang dapat kesan kesengetan aku ketika aku bertugas sebagai ejen puteri umno dan BN semasa pilihanraya yang lepas. kalaulah benar orang tu boleh kesan kesengetan aku, aku pasti dia pun senget macam aku gak. sebabnya setakat inilah, tiada siapa pun di kalangan rakan2 aku yang tingkah lakunya menunjukkan mereka syak aku ni senget.
sekarang kita tukar situasi kepada bagaimana pula kalau orang tersebut tidak senget tetapi dapat agak kesengetan aku. aku tak rasa aku cuak melainkan kalau aku ada buat salah dalam tugas yang diarahkan. itu baru aku cuak. manalah tahu bacul mulut orang tu, lagilah kalau dia ketua. nanti marah2 main lepas cakap je, yelah aku dah buat salah, jadi segala yang ada pada aku salahlah. orang kalau marah, kan suka jatuhkan airmuka orang lain.
tapi kalau orang tu senget dan sepesen, lagi aku suka, lagilah aku nak buat kawan. masa aku join pu3 untuk election day tu, aku buat gak aktiviti lesbidar dekat ahli pu3 tapi aku tak dapat kesan sesapa pun yang sama senget. masa aku dalam bilik mengundi pun, aku sempat buat scan kat orang yang datang mengundi, pun tak jumpa sebab bilik aku bilik orang tua2..ekekeke. niat asal aku selain nak amik pengalaman dalam pilihanraya, aku nak cari kawan senget gak. yelah, mentang2 ketua pu3 kepada segala pu3 tu senget, manalah tahu orang2 senget lain join pu3. mesti adalah kan.. takkan takde. aku je belum terjumpa.
kalau begitu, aku tak takut ke aktif dalam politik atau apa2 persatuan, takut orang dapat kesan orientasi seksual aku yang tak normal ni? dalam hal ini, pada pendapat aku terpulanglah pada cara kita bawa diri dan bergaul. homophobic ada kat mana2, jadi selagi kita tidak menunjukkan perkara2 negatif depan mereka, aku rasa kita tak perlu risau dan rasa cuak. aku pegang kata2 ni sejak dulu lagi, selagi orang tak ganggu aku, aku takkan ganggu orang tu balik. yang penting, buat tak tahu je. biarkan mereka terjun dengan labu-labunya.
masa pilihanraya tu aku sekadar sukarelawan pu3, belum daftar lagi sebagai ahli. skang aku dah jadi ahli cuma belum secara rasmi je. aku belum isi borang tapi nama dah letak untuk pu3 kawasan taman aku ni. ntah, aku tak pasti nak aktif ke tidak. aku dah cakap dengan jiran yang amik nama aku tu yang aku skang sekadar letak nama je, antara nak aktif atau jadi ahli pasif itu kemudian. ermm..kalau boleh aku tak mahu jadi ahli kat kawasan taman aku, susah nanti nak mengembangkan gaydar aku. almaklumlah, orang kenal aku dan mak bapak aku. kenalah jaga diri dan tak boleh havoc tak tentu pasal.
ooo lagi satu kenapa aku malas nak aktif kat politik ni, derang suka buat mesyuarat ari biasa. buat masa skang susah aku nak tinggalkan tv untuk seketika. ekekeke.. aku cuma nak ikut diorang pi kursus je, hadiri function yang besar2, atau aktif seketika untuk pilihanraya. yang lain2 tu maleh nak layan. boleh gitu..?
bos aku tanya kat aku samada aku join pu3 ke tidak. aku jawablah yea. dia berikan reaksi positif, soh aku aktif. aku bersemangatlah bila dia kata begitu but then aku jadi bosan kat dia bila dia sambung, "aktiflah dalam politik, bagus. senang nak naik. cepat kaya. sebab tu orang berebut2 nak jadi wakil rakyat. sebelum jadi wakil rakyat, pakai keta cabuk. bila dah terpilih, keta tukar rumah tukar orang rumah bertambah". isk, tolonglah singkirkan benda2 negatif ni dalam otak kita. perkara2 macam ni memanglah tak boleh dinafikan, memang wujud. tapi itu bukan matlamat asal aku join politik. tak terfikir aku penglibatan aku untuk ke arah kebendaan. aku dibesarkan dalam semangat Melayu dan kalau aku aktif pun, hanya untuk memperjuangkan semangat dan survival Melayu kat bumi Malaysia ni.
aku rasa Datuk Azalina tu sungguh berani mengaktifkan diri dalam politik dan tak kisah dengan segala kata-mengata dan surat layang tentang diri dia. politik memang kotor. orang akan buat apa sahaja untuk naik dan jatuhkan kita. orang akan korek segala sejarah hidup kita. kalau kita berani menghadapi cabaran2 ini dan tak kisah dengan persepsi orang terhadap kita, teruskan perjuangan. jika tidak, joinlah aktiviti dan persatuan lain selain politik. aku skang tengah aktif kat satu kumpulan iaitu kumpulan awek2 senget. nak join? dipersilakan. :P
nguLat ngepost | 12:59 PM | |
Girls Will Be Boys Will Be Girls
Friday, July 23, 2004
when you follow your dreams, there's no telling what you'll become
ekekeke.. gelak aku sorang2 tengok citer ni. korang dah tengok belum filem Connie & Carla ni? tak tahulah filem ni akan ditayangkan di pawagam di sini atau tidak tapi vcdnya ada dijual kat jb. iklannya pun baru je kuar kat tv singapura. kat sana lepas plak, mungkin sebab the gist of the story bukannya pasal homoseksual walaupun nampak cam mempromosikannya. dah berzaman aku beli vcdnye, aderlah dalam sebulan tapi baru semalam aku tengok. citernya sungguhlah menggelikan hati. aku siap bawak pi kL ari tu, ingat nak tengok ngan kekawan, tapi lupa plak.

Filem Connie & Carla ni mengisahkan dua orang penyanyi ala broadway secara kebetulan telah melihat satu pembunuhan di tempat mereka bekerja. bila nampak je bos mereka dibunuh, mereka yang terperanjat telah menjerit dengan sekuat hati sehingga mendedahkan identiti mereka kepada pembunuh, iaitu sebuah geng mafia. jadi mereka mengambil keputusan untuk melarikan diri kerana tahu mereka akan diburu oleh geng mafia terbabit. mereka pun melarikan diri ke Los Angeles dengan sangkaan tidak mudah untuk mencari mereka di sana.
setibanya mereka di LA, mereka telah menyewa sebuah apartmen. Connie & Carla telah berkunjung ke sebuah pusat hiburan untuk berhibur dan tanpa mereka sedari, mereka telah memasuki sebuah kelab gay. di kelab tersebut, mereka berdua disajikan dengan aksi drag queens. secara kebetulan kelab tersebut hendak mengadakan ujibakat mencari talent drag queens yang baru. Connie telah mendapat idea untuk menyamar sebagai mak nyah untuk ujibakat tersebut. tanpa disangka penyamaran mereka berjaya dan mereka berdua bagaikan superstar ratu drag di kelab tersebut.

kerana penyamaran tersebut, mereka terpaksa melupakan seketika hasrat untuk mempunyai teman lelaki kerana bimbang identiti mereka terdedah (mestilah lelaki sebab diorang bukannya queer). bagaimana pun, Connie yang asalnya amat bertegas dalam hal ini telah terjatuh hati dengan Jeff (David Duchovny) yang sudah mempunyai awek. kehadiran Jeff di LA adalah untuk menemui abangnya yang telah dihalau dari rumah kerana berperilaku pondan. abang Jeff adalah rakan kepada Connie dan Carla di kelab gay dan beliau bekerja di sana. kelab gay tersebut bertambah popular dan mendapat sambutan ramai tidak kira stret atau senget pada hampir setiap malam.
sementara itu, geng mafia tadi tetap berusaha mencari mereka telah menggunakan bekas suami dan kekasih Connie & Carla untuk mengesan mereka berdua di LA, dan akhirnya menemui mereka setelah melihat mereka ditemuramah oleh pemberita di saluran tv tempatan. apakah mereka akan ditangkap dan dibunuh? adakah tembelang mereka yang menyamar sebagai pondan akan terbongkar? kalau nak tahu apa yang terjadi, kenalah tengok sendiri cerita ini. selalunya cerita kelakar macam ini akan diakhiri dengan kesudahan yang menggembirakan, "happy ending" orang jawa kata.
note : kelakar dan menggelikan hati. sesuai untuk menghiburkan hati yang sepi apabila berjauhan dengan awek tersayang. :)
nguLat ngepost | 5:44 PM | |
kawan sepesen
Thursday, July 22, 2004
apalah punya sejuk hari ni. aku nak menaip pun terketar-ketar. kaki plak asyiknya bergoyang melawan arus aircond opis. buatkan tekak aku rasa nak menyantap lagi ni. uiks.. cukup2, bertambah comel ko nanti..ekekeke. pagi tadi kat opis aku ni ada majlis santapan percuma. ada sorang akak tu dia sambut besday ari ni. siap ada manggis lagi. aku ler yang menyantap manggis tu lelebih. sudahnya, sakit perut pepagi hari.
sejak menjak aku dah besar ni, aku jarang bergaul dengan jiran-jiran sekitar rumah aku. maksudnya takdenya kerje aku nak bertandang tanya khabar itu ini. itu sumer keje mak bapak aku. tapi aku tahulah jugak perkembangan orang-orang kat taman ni.
kejap, aku nak sambung menyantap manggis lagi. takpe, bak kata sekapal, makan buah banyak-banyak tak gemuk. ekekeke..
sambung balik citer taman tadi. kawasan rumah aku ni dikelilingi dengan kilang-kilang. macam-macam kilang ada. ada kilang roti, kilang air, kilang elektronik, pejabat maxis pun ada, tersorok kat nun belakang taman. jadinya, bila dah banyak kilang, ramailah penghuni taman ni terdiri daripada minah dan mat kilang. ada bangla, indon, myanmar dan macam2 lagi termasuklah dari dalam negara kita sendiri yang kebanyakannya datang dari sabah, sarawak dan pantai timur. ramainya pekerja asing tu sampaikan taman aku digelar taman bangla.. hehehe. walaupun diorang ramai, tapi setakat ini takdelah perkara-perkara buruk yang berlaku kat sekitar rumah aku. curi mencuri tu biasalah tapi tak boleh tuduh diorang sebarangan. bukan diorang pun buat, ntah mat gian mana yang bertandang carik rezeki kat sini.
apahal plak aku pi citer pasal penghuni taman yang bersifat antarabangsa tu. sebenarnya, aku nak citer, pagi tadi aku baru terperasan ada minah kilang jadi jiran aku, rumah diorang selorong dengan rumah aku. alkisah, masa aku keluar dari keta nak tutup pintu pagar rumah, ada van kilang berhenti bebetul setentang dengan keta aku. ermm pelik gak aku sebab dah lama takde van kilang singgah berhentikan orang kat situ. ada gak mat kilang jadi jiran aku tapi kebanyakannya lelaki dan nyah, diorang bermotor dan ada yang pi keje jalan kaki je. jadi aku pun meluaskan pandangan mata aku yang gatal ni untuk melihat siapakah gerangan jiran baru aku tu.
tup..tup lalulah 3 dara pingitan di tepi aku. dua orang tu sah pompuan sejati, yang sorang lagi tu macam pengkid. gayanya macam orang semenanjung. melihatkan itu, aku terus jelah meleret senyum kat diorang. sorang2 muka ngantuk, poyo semacam je. keje malamlah tu. bila aku dah kunci pagar rumah, cepat-cepatlah aku jalan ke kereta, nak tengok diorang tinggal kat rumah mana satu. aku toleh je, aik ajaib, dah hilang. magic show. ekeke.. agaknya diorang tinggal selang satu rumah dari rumah aku. rumah tu penghuninya memang tak penah tetap. isk, dah lama ke diorang tinggal sini? aku tak tahu pun, tak penah nampak pung. ermm..nampaknya aku kena kepohkan diri tanya mak ni.
kenapalah aku kecoh sangat ni? takdelah, tergumbira sebentar bila nampak ada kawan sepesen. mana tahu boleh jadik kawan aku. aku bukannya ada kawan2 sebegitu kat jb ni. itu pun kalau aku berani tegur dioranglah, kalau tak senyum jelah yea.
"huk'aloh, membazir je aku baca citer mu ni". ekekeke..kuang..kuang..kuang.
nguLat ngepost | 12:46 PM | |
ditemubual dan menemubual
Wednesday, July 21, 2004
dah lama rasanya tak tukar pemandangan kat blog aku ni. ingatkan nak pakai blogger punya skin je. kemudian bila dipikirkan malasnya aku nak cari jalan nak tutup iklan google kat atas skrin tu. abihnya, amik jelah dari blogskin. tu pun tak carik yang lain. takpe lah, lain kali aku selongkarler cari skin yang lebih canggih..ekekeke.
apa citer ari ni? oooo di petang yang hening tadi aku telah ditemuramah melalui ym oleh seseorang yang mengaku beliau student ipta, yang sedang buat research dalam "comparison between old and new jahiliyyah focusing on social aspect, current issuenya modern jahiliyyah characteristic". gituler research budak ni. aku pun jawabler mana yang patut.

ntah apa-apa yang aku jawab, yang pasti aku ikhlaslah jawab soalan budak tu. tak kisahlah apa yang dia tanya tu untuk kertas kerja dia atau apa, yang penting kita kenalah bersangka baik. lagipun soalan2 dia tu biasa je, soalan yang sentiasa ditanya2 oleh orang stret. kalau dia nak rujukan lebih, ader website yang boleh dirujuk macam Queer Jihad. cuma kenalah rajin membaca. dari gaya budak ni tadi, macam tak baca benda2 yang aku bebel dalam blog ni dari awal. nak buat kertas kerja yang bagus, kenalah rajin membaca. bila aku cakap research apa ni tak baca dulu, dia jawab "research style poyolah ni". sukati kaulah nok, harapnya cakap2 tadi dapatlah membantu.
sempena kempen Bulan Membaca pada bulan ini oleh Perpustakaan Negara, sahutlah kempen tu dengan membanyakkan bacaan. nak ke orang Malaysia ni masih lagi dicap tabiat membacanya hanya dua helai muka surat je setahun. erkk, dua helai ke, dua buah? ermm..apa pun ia masih ditahap yang amat menyedihkan.
nguLat ngepost | 8:19 PM | |
terjengket2 perasan tinggi
Tuesday, July 20, 2004
gambo yang aku amik masa kat genting dan gath ari tu dah siap. ceria je aku tengok gambo tu. nak letak kat sini tak boleh. kang terlebih glamer makcik, susah plak nak kontrol peminat..kahkahkahkahkah!!!
lebih separuh gambor tu adelah gambo aku dan dia. maksud aku, asyik gambo aku sorang, pastu dia sorang. gambo kami berdua kat genting tu cuma ade satu je. cam kelakar plak. tapi ituler kalau pi bercuti berdua. boleh nak minta orang tolong amikkan gambo, tapi kena steadylah, berlagak biasa. tak boleh nak bermanja2 atau pegang2 kat tempat tak sepatutnya. kang terbelalak biji mata orang yang tolong tu. konfius.. ekekek..
abis pasal genting. korang tengok Malaysian Idol? aku tengok yang ulangan ari ahad kat tv3. skang ni untuk pilih peserta ke peringkat final. ermm..cam poyo plak MI ari tu. cam ader yang tak kena. nyanyian peserta ok, memang tak boleh dinafikan lagi semuanya power2 belaka. stage ok. pengacara ok. juri pun ok kecuali Roslan Aziz. macam skema sangat dia cakap. cam robot baca skrip pun ader. memang kena cakap macam tu ke? yang aku rasa poyo mungkin sebab takde penonton, kemudian rasa statik sangat. tak happeninglah senang citer.
apa pun ari tu buat pertama kalinya aku mengundi, sms-ed untuk rancangan mencari bakat macam ini. peserta yang aku rasa layak untuk pi peringkat seterusnya ialah Dina, suara dia memang power. result yang kuar pun menyebelahi dia. bezanya MI dengan Akademi Fantasia atau Audition ialah penyertaan kaum yang berbilang bangsa dan agama. tak dinafikan ada juga peserta AF yang datangnya dari kaum lain seperti Vince, tapi yang aku lihat setakat ini kebanyakan peserta mencari bakat nyanyian dimonopoli oleh orang Melayu.
kalau ada pun, seperti Who Will Win yang siap muncul dalam dua versi, satu versi nyanyi lagu melayu atau omputih, satu lagi khusus nyanyi lagu dialek bahasa Cina. watever dialek yang diaorang faham, semestinya khas untuk bangsa tu jelahkan. selepas ini kita lihat bersama adakah sentimen kaum dan bangsa memainkan peranan untuk memilih peserta yang diminati dalam MI.
nguLat ngepost | 5:30 PM | |
citer cuti-cuti mesia
Monday, July 19, 2004
Alhamdulillah.. selamat perjalanan aku pergi dan balik bercuti tanpa sebarang masalah. dia semalam dah mula bekerja, aku baru naik keje hari ni. kalau bersama dengan dia, bagai tak terasa masa berlalu. seronok betul cuti kali ini. yelah, inilah cuti kali pertama yang paling lama dapat kami habiskan masa bersama dan juga paling jauh pergi bercuti. 660 km jauhnya kitaorang merantau, dari rumah dia sampai ke genting kemudian balik semula kat rumah dia. itu tak termasuk perjalanan pergi balik dari rumah aku ke rumah dia. lantak sakan kancil tu aku kerjakan.
Khamis 15.7.2004 - kami bertolak ke kL dari rumah dia dalam pukul 9 pagi. itupun masih berlegar-legar lagi kat kg. dia. 10 pagi, selepas sarapan, isi minyak dan cuci kereta barulah perjalanan kami bermula. ceh! macam nak keliling dunia gayanya. ekekeke.. Dia drv dari segamat hingga ke seremban. selepas tu giliran aku ambil alih sebab dia tak tahu selok belok jalan kat kL tu. aku pun bukannya mahir sangat. kebanyakan jalan yang aku ikut ialah jalan bas dan teksi yang aku pernah naik semasa aku keje kat kL dulu. plus jalan yang kekawan aku tunjuk masa kitaorang ronda-ronda kL. kalau sesat tu pepandailah baca signboard atau pun tanya orang. terperangkap kat hutan batu lebih mudah daripada terperangkap kat hutan rimba. yang seksanya hutan batu ni ialah sesak tak sudah.
dalam pukul 1 tengahari, kami dah tiba kat kL. sepanjang jalan dari segamat cuaca cerah, tak hujan tapi bila dah nak masuk kL, hujan bukan main lebat. aku terus menuju ke klcc. ikut perancangan aku, lepas lunch kat klcc kitaorang nak merayap jap kat PS boutique and area masjid India. tapi oleh kerana hujan turun dengan lebat selebat-lebatnya, kitaorang pun bertapalah kat klcc. bila dah malas nak kuar masuk kedai, kitaorang pun masuk TGV tengok citer Spiderman2. lepas tu ktorang abiskan masa dengan melepak kat tepi kolam klcc tu, menjamu mata sambil tunggu sekapal, chefdiva n lone datang. malamnya kitaorang berlima pi makan kat steben. aku pun dah lama mengidam kat cheese nan plus ayor biji-biji. sedap nok hingga menjilat bibir. :p
Jumaat 16.7.2004 - selepas bermalam di rumah sekapal, aku dan dia bertolak ke genting berdua. sekapal n chefdiva tak ikutlah plak. jadi honeymoon berdualah kitaorang ni. aku bawak kancil tu sampai kat puncak genting. tawakal ajelah. lagipun cabel car ditutup selama 4 hari dari 12/7 hingga 16/7 untuk kerja penyelenggaraan. sampai je genting dalam pukul 12.30 tengahari, kitaorang pun terus pi beli tiket nak memain kat Theme Park tu. aku memang dah budget untuk tiket All Park tapi masa nak beli minah kaunter tu sibuk cakap kat aku, "sekarang cuaca tak elok, kalau dah beli tiket tak boleh pulang balik". eh, naik gak darah aku bila dia cakap macam tu. aku tahulah cuaca agak kelam ketika itu, minah tu pun dah ada pengalaman bertugas dengan cuaca macam tu tapi jangan plak nak spoil mood aku. aku punya duit aku punya pasallah. lagipun aku bukannya jenis orang tak fikir panjang sebelum beli. isk, sudahnya aderlah dalam beberapa minit Sayang kena dengar bebelan aku. isk, spoil betul minah kaunter tu, buat bengkek hati aku je.
lepas tu memainlah kitaorang berdua kat taman tema tu. kalau hujan turun, kitaorang lari masuk main kat Indoor, kang bila cerah balik keluar main Outdoor. aku dan Dia citarasa memang tak sama. dia suka main benda2 yang ala-ala romantik, aku plak suka game yang mencabar jantung aku. jadi nak tak nak aku kena ikut rentak dia, lepas tu giliran dia ikut rentak aku. game yang paling aku suka Space Shot boleh pula tutup ari tu. dia plak nak naik Venice Gondola, pun tutup sebab under construction. nak ikutkan tak puaslah main sebab game yang thrill banyak tutup under maintenance. itulah kalau pergi genting ari biasa memang tak berapa best berbanding weekend sebabnya pada ketika itulah diorang mengservice dan tutup sesetengah permainan yang ada. pi weekend plak padat dengan manusia dan kalau nak overnite kat sana, hotel rates memang naik mendadak, peak rate.
pukul 3 petang kitaorang check in kat Theme Park Hotel yang bebetul dok tepi outdoor theme park. lepas golek-golek jap, kitaorang pun turun jejalan lagi. aku ajak dia masuk Snow World tapi lepas ngendap seketika kitaorang tak jadi masuk. alaa sto'etlet je saljinya, pastu takleh ambik gambo sendiri. hampeh betul. lebih baik kumpul duit pastu pi ler bercuti kat negara yang bersalji kalau nak main salji sangat, mainlah dan bergamborlah sakan..ekekeke.. masuk maghrib kitaorang balik bilik, mandi, rehat dan kuar lagi untuk makan malam. kalau kat genting, sakanlah aku melantak fastfood je, tak lalu nak makan kat tempat lain. restoran mamak ader kat First World tapi aku memang tak berkenan dengan restoran tu. malam tu kitaorang diner kat MekDonal, dia ngan nasik ayamnya, aku plak berger tak abis2. pastu aku terasa macam gemuk jap, aku ajak dia layan game lagi. dia yang dah tak larat nak layan kerenah aku, ikut jelah kemana aku pegi tapi aku sensorang jelah main. hehehe..kesian dia.
sebelum citer Amazing Race start kat ntv7, aku dah sampai kat bilik. sambil melayan citer tu, aku menjamu mata dengan pemandangan kL waktu malam. isk, seronotnya tak terkata. tak lama dapat menikmati kelap-kelip neon lampu kL tu, dalam tengah malam aku tengok luar kabus semacam je, tak nampak kebenda langsung. sah kL hujan lagi.
Sabtu 17.7.2004 - bangun pagi je Sayang tanya aku hari ni hari apa. aku pun jawab "hari ni hari ulangtahun kita yang ke 10 sayang". saja je tu dia nak uji aku ingat ke idak. :D kononnya aku nak bertolak cepat balik kL semula, tapi biasalah bila dah berada di puncak, terasa berat nak memandang ke bawah semula. ekekeke.. dalam pukul 12 tengahari aku bertolak turun dari genting. sebelum turun tu, geram je aku tengok diorang main space shot dalam keadaan berkabus. fuhhyoo mesti best dan seram giler babas. sejam selepas tu sampailah kitaorang kat rumah sekapal n chefdiva. seronok dapat jumpa diorang, woody n JW. banyak betul chefdiva n cik M, sedaranya makcik chef tu masak. sedap lauk pauk korang tu, lain kali jamulah lagi yek. aku nak makan banyak, tapi perut aku dah tak muat daa.. pagi tu aku dah sarap MekDonal dulu. hehehe..
apapun, terima kasihler atas layanan dan budi baik tuan rumah, sekapal dan chefdiva termasuklah sedaranya yang cun tu ;) . jejemputler mai jB plak ek. lebih kurang pukul 4 lebih aku dan dia bertolak balik johor. aku drv sampai seremban kemudian dia sambung sampailah kat rumah dia di segamat. pagi semalam baru aku balik jB, dia kuar pi keje, aku pun balik rumahler. sekian. the N.
nguLat ngepost | 12:28 PM | |
kesabaranku semakin menipis
Wednesday, July 14, 2004
watchaaa..! amboi tak sabar deh aku nak jumpa Dia ni. sebulan tak jumpa bagaikan seribu tahun rasanya. ekekeke.. padahnya, asyik layan lagu jiwang jelah aku. petang ni aku akan ke rumah Dia dulu, bermalam di sana. esok pagi, aku dan Dia bertolak ke kL. lusa, kamik, sekapal n chefDiva pi Genting. tulat, ada gath kecik2 kat rumah sekapal. pastu gath tu aku terus balik Johor. aku drv pi kL ni. ermm..rasanya pakai keta aku kot, adoi tarak syioknya.
asalnya nak bawa keta Dia tapi Dia rasa tak senang hati, takut orang kopak keta. sayang betul Dia kat harta Dia tu. sebenarnya Dia pun pakai kancil cam aku gak, tapi kancil Dia ni dah modified punyer. dengan sport rimnya, cushionnya, pasang cd dan ntah apa apa lagi dia buat. cuma belum tukar enjin turbo je. alkisah tersebutlah kisah *tayyib*, dalam 2 minggu lepas keta Dia dah hampir2 nak kena kopak. nasib baik ada kawan Dia nampak. nasib tak baik, menangis tak berlagu ler. aku cakap kat Dia, "tulah, pasang lagi benda2 pelik kat keta awak tu. memang umpan pencuri soh kopak keta tu". ekeke..
aku takdelah marah dia cuma usik2 manje je..heh. aku pun suka modified keta, selalu je berangan nak pasang tu, pasang ni, tukar colour, nak pasang ekzos tin susu dan macam-macam lagilah. cuma cita-cita belum kesampaian. lagipun aku pun ada gak rasa gerun kalau parking kat tempat awam. aku pun macam dia gak, takut kena kopak. oh.. keta Dia ketaku jua. kalau sayang Dia, kenalah sayang harta Dia juga. hehehe.. alamak, ni dah macam ada udang di sebalik mee. :p
sayang..kita jumpa yea petang ni. muaahhhh.. :D
nguLat ngepost | 1:42 PM | |
hobi ni membazir ke?
Tuesday, July 13, 2004
Isk, banyaknya kau beli?
Kau nak buat apa?
Kau makan sorang ke?
Bertambah gemuklah kau.
Apa benda citer kat atas tu? Hehehe ituler antara sedutan kata-kata kawan aku bila nampak aku borong sakan kat Giant. Mana taknya, troli tu penuh dengan makanan ringan je. Coklatlah, keropoklah, cokelah..ekekek. alaa aku beli banyak-banyak tu bukan untuk aku ngap sorang-soranglah. Aku beli sebab nak masuk peraduan, pembalut segala macam makanan tu sebagai bukti pembeliannya. nilah antara hobi aku yang sekejap mendatangkan faedah, sekejap rasa membazir, sekejap lagi rasa tipah tertipu bang.
Kenapa aku suka sangat masuk contest ek? Mestilah sebab suka dapat hadiah free. Manalah tahu tetiba dapat rezeki terpijak yang tak disangka-sangka. Kayo kak cik sekojap. Seingat akulah, aku mula masuk peraduan ni masa sekolah rendah lagi. masa tu main-main je. Taklah serius sangat. Masa tu keluarga aku ada kedai runcit, jadi senangler aku nak dapatkan bukti pembelian. tak luak pun aku amik. ekeke.. iyolah tu.
mula serius masa sekolah menengah. peraduan Yeo’s. kena kumpulkan keratan kat air kotak yeos tu. kan sekolah lagi, fulus pun kenalah budget. Jadi apa yang aku buat ialah aku pesan kat kawan2 sapa yang beli air kotak tu masa rehat, dah abih je minum kotaknya bagi kat aku. Bukan takat tu je, aku buat gak penjelajahan ke kelas-kelas semata-mata nak banyakkan lagi penyertaan.
Kali pertama menang? Tak pernah jadi pemenang utama. Kali pertama aku dapat hadiah ialah hadiah saguhati. Selebihnya tu pun hadiah saguhati. Dah tak pernah dapat utama, pertama, dua, tiga..apa lagi, saguhatilah jawabnya.
Paling banyak dapat hadiah dalam satu peraduan? Ermmm peraduan coca-cola tahun 1998 sempena sukan Komenwel kat kL. Kita hantar seberapa banyak penyertaan dengan bukti pembelian, yang paling cepat hantar akan dapat hadiah utama dan seterusnya. Contohnya 10 penyertaan terawal,100 penyertaan berikutnya, 1000 penyertaan berikutnya.. lebih kurang macam tu lah. Jadi aku ni cuba jelah nasib hantar sebab aku tahu aku takkan menang hadiah utama peraduan coke sebab abah aku keje kat company tu. Pekerja, anak pinak, sedara mara mana boleh masuk.
Tapi aku nak masuk jugak. Bukti pembelian plak free, abah boleh amik kat kilang kat mana-mana botol coke yang dah sah expired dan sedia untuk dipecahkan. Cuma kena kuar duit setem jelah. Tak sia-sia duit setem aku sebab aku dapat 6 utas jam tangan coke. Adik aku dapat 2 beg coke. Ekekeke.. aku pakai jam tu sepanjang aku kat U sampai ada pensyarah aku tegur jam tu sesuai untuk budak-budak je. Pepaham jelah, penuh dengan kaler merah menyala, menyerlah aje. Aku tak kisah pun kena tegur sebab kalau bagi pengumpul koleksi Coca-cola, benda2 mengarut macam tu sungguhlah berharga. skang abah dah pencen, jadi aku dengan bebasnya boleh masuk sebarang peraduan F&N..hehehe. wokeylah kengkawan, nanti aku sambung citer lagi.
nguLat ngepost | 5:49 PM | |
haiku? cuba try test
Monday, July 12, 2004
berlalu hari
dalam gerimis hujan
sejuk menggigil
detik nan detik
salju hati menanti
risau kau gusar
gelita malam
rindu bertamu mimpi
angau sendiri
haiku pertama
halusi seni hati
amacam jadi?
:: apa itu haiku? <-- klik sini
nguLat ngepost | 6:36 PM | |
Demi Cinta Ini
Sunday, July 11, 2004
Suasana sunyi dan sepi
Bagai mengerti perasaanku
Yang kerinduan kerana ku berjauhan
Dengan dia yang aku sayangi
Rindu ku ini tidak terkata
Walau dibanding seluas lautan
Perasaanku bagaikan diawangan
Berterbangan mencari kasihmu
Hujan oh hujan
Menyirami taman
Taman yang di dalam kekeringan
Begitu jua cintaku padamu
Hadirmu pengubat rinduku
Kan ku setia menanti
Demi cinta ini..
nguLat ngepost | 10:23 PM | |
aku
Friday, July 09, 2004
Sekali air sungai melimpah
Sekali pasirnya pun berubah
Itulah falsafah
Yang jadi ikutan
Dan juga bualan
beberapa ari ni aku rasa down sangat. yelah takkan hidup bergembira ajekan. sesekali kena juga ribut melanda. tapi kali ni bukan ribut aje, ntah angin puting beliung taufan tsunami semua ada. air mata aku asyik nak meleleh ajer. tetiba bergenang. orang citer skit dah bertakung. bila sesorang layan perasaan lagilah..
isk dahlah Dia tiada kat sisi aku. Sayang..kenapa sayang jauh dari saya? sesungguhnya saya amat rindukan sayang. saya nak sayang tenangkan hati saya. saya mahu berada dalam pelukan sayang, tenteramkan diri saya. sayang, saya perlukan sayang..
Tapi bagiku pula berbeza
Sungai mengalir tetap berliku
Yang berubah cuma
Adalah pasir saja
Penghujungnya muara
aku nampak happy aje kat opis tapi dalam hati sapa yang tahu. betul ke keputusan yang aku buat? aku tak keterlaluan ke? kenapa orang yang aku hormati sanggup buat aku macam ini? aku harap orang tu sedar yang aku bukan tak boleh melawan. dia alim ke, dia baik dengan bos ke, aku akan lawan sampai dia sedar kesilapan dia. aku akan lawan dan aku akan tegakkan pendirian aku hingga ke hujung nyawa.
Dahan yang patah tiada bersambung lagi
Hatiku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hatiku serta kepayahanku
Hanya kau saja sudi memahaminya
jangan sampai aku jadi benci pada lelaki. aku harap sangat pisang tak berbuah dua kali. kalau dulu aku boleh sabar, aku maafkan, aku biarkan, aku senyap, aku tak melawan tapi kali ni kalau buat juga, aku takkan biarkan. takpe. aku tunggu. aku lihat. kalau benar seperti yang aku sangka, jangan harapkan simpati aku lagi. aku akan pergi dari sini.
Setiaku kini hanya satu
Dan kasihku bukanlah beribu
Biar bercerai badan
Jasad atau pun nyawa
Aku tetap setia..
nguLat ngepost | 5:22 PM | |
"hot n spicy"..ermm edapnya
Thursday, July 08, 2004
isk..erk..aghhh!!! nak cakap? tak nak cakap? kalau cakap macam kutuk diri sendiri. kutuk diri sendiri? plzz ko tak sejantina dengan diorang tu, jadi tak perlu rasa ko tu kutuk diri sendiri. nampak sama tapi tak serupa. kalau aku tak cakap kat sini, kat mana pula aku nak melampiaskan rasa geram aku ni??
first of all sebelum aku cakap, aku nak cakap yang aku cakap bahawa aku ni memang terang-terang bukannya baik sangat. aku sedar pasal tu. cuma aku nak cakap apa yang aku cakap selepas ini adalah ikhlas dari hati aku yang senget-benget. hidup kita ni kenalah saling mengingati dan melengkapi. cium telinga kiri telinga kanan pun rasa meremang juga. aku nak sapa-sapa yang baca entry ni wajarler membaca laporan berikut ini supaya korang nampak dengan jelas apa yang aku maksudkan. takdelah macam orang tak tahu citer hujung pangkal tetiba nak menyampuk. bagi yang dah baca laporan paper tu, kalau nak khatamkan lagi sekali pun takpe. no hal. *klik pada title untuk baca*
Isnin, 05/07/04 : Remaja tawar khidmat kepada gay
Khamis, 08/07/04 : Remaja mengaku pernah 'melayan' artis, profesional
aku rasa korang nampak dan faham apa yang aku maksudkan. aku ingatkan berita ari isnin tu akan mati macam tu je, rupanya ada sambungan lagi. bila dah sambung menyambung ni nanti mulalah meletup cam tempe goreng panas. pepaham jelah bila macam-macam orang nak komen cakap itu ini. pepatah melayu ada mengatakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. plzz jaga diri masing-masing dengan sebaiknya tak kiralah dari label apa korang wakili. peace. roger n out.
nguLat ngepost | 10:11 PM | |
bestnyer main lari-lari
Wednesday, July 07, 2004
hari ini Amazing Race musim ke lima mula ditayangkan. seperti biasa aku akan menontonnya melalui TCS5, saluran tv singapura. kalau kat tv Malaysia plak, tak silap aku melalui saluran AXN di Astro yang tayangan pertamanya juga hari ini dan di ntv7 pada hari Jumaat. bagi aku AR adalah the best reality show on tv selain Survivor dan The Apprentice. satu persamaan dalam ketiga-tiga rancangan ini ialah ia diterbitkan oleh Mark Burnett. perbezaannya pula ialah hanya peserta dalam AR sahaja yang tidak memerlukan undian atau orang lain membuat keputusan untuk menyingkirkan mereka daripada pertandingan. hanya mereka yang menentukan nasib sendiri.
so aku baru je lepas tengok AR tadi. penuh dengan situasi yang mendebarkan sampai bulu roma aku ternaik-naik. tengok badminton pun tak macam ni punya seram. salah satu team yang paling menarik minat aku ialah pasangan sepupu, Charla dan Mirna. yang menariknya pasal pasangan ini ialah Charla ni bertubuh kerdil manakala Mirna normal biasa macam kita. walaupun bertubuh kerdil, semangat dan kekuatan Charla melebihi sepupunya sendiri. dalam AR kan banyak adegan lari kejar mengejar masa, jadi pasangan ni kureng sesangat kat bahagian tu lagi-lagilah depa dua tu pompuan.
bagi aku, kelebihan fizikal dan fitness memanglah menjadi faktor utama yang boleh menyumbang kepada kemenangan tetapi apabila tersilap atur strategi dan tidak bernasib baik, yang kuat camna sekalipun boleh tersingkir. everybody have a chance to win the race.
jadi sepanjang satu setengah jam AR berlangsung tadi, aku asyiklah pegang pipi cam menekup muka sebab rasa seram sangat. lagi-lagi bila tengok Charla beraksi. uhh macam nak pecah muka rasanya. ekekek.. bukan per, perasaan kecian, terharu dan kagum bercampur aduk. kagum dengan semangatnya, terharu dengan keberaniannya dan kecian sebab langkah dia lebih pendek dari kita. dalam episod tadi team dia yang kelima sampai kat pit stop daripada 11 team lain. kira ok sangatlah tu. ermm..tentunya ada sebab mengapa dia terpilih daripada ribuan permohonan. salute beb kat dia. hidup Charla! ahaks.
nguLat ngepost | 11:49 PM | |
mencuba nasib
Tuesday, July 06, 2004
aku baru je melawat laman web Era. jengok mana tahu ader peraduan yang hadiahnyer terbest, boleh gak cuba nasib. sebagai ahli epass, diaorang akan antar peraduan pada kita melalui email tapi kebanyakannya peraduan promosi album. ni termasuklah peraduan dari Hits.Fm dan Mix. jadi kalau nak masuk peraduan yang hadiahnya best tahap cipan, kenalah rajin jengok website diorang ni. berbalik pasal citer website Era tu, tengah aku merayap sekali tu ternampaklah bahagian pengumuman pemenang peraduan. jeng jeng jeng.. sekali nama aku ader dalam senarai pemenang. alamak glamer akak sekejap.
hahahaha.. actually aku dah tahu dah aku dapat hadiah saguhati album kat sebelah ni. sesampai je kat rumah dari Ledang bulan lepas, aku terima satu parcel dari Astro. rupanya diorang antar cd ni. aku pun tak ingat bila masa aku isi borang peraduannya. tak sangka plak senarai pemenang ader lagi terpacak kat Era tu. pemenang utamanya dapat pi Bali. aku rasa Bali tu tarikan utama kenapa aku masuk peraduan ni. alangkah seronoknya kalau dapat percutian percuma. boleh pi honeymoon dengan sayang aku. ermm.. album ni tak berapa bestlah. awal-awal je lagu sedap, yang lain hampeh. tapi takpe, janji dapat free. itu yang penting. ekekeke..
setelah banyak kali mencuba, ni lah kali pertama aku menang peraduan secara online dari Era. sebelum ini aku ader menang gak peraduan diorang tapi dengan menelefon diorang kat konti. sekitar bulan 5 tahun lepas (aku tengah frust menonggeng masa tu), ader peraduan Cuti-cuti Malaysia, jadi pemanggil ke lima, dapat jawab soalan dengan betul dan kemudian pilihlah hadiah dari 3 sampul surat. alkisah aku dapatlah tembus talian Era yang sibuk memanjang tu, jawab soalan yang jawapannya dibantu oleh Abang Subi..ekekek, dan aku pun dapatlah hadiah percutian percuma 3D2N di Karambunai Resort, Sabah. aku pi Sabah dalam bulan 9 tahun lepas dengan seorang kawan senget. konon-kononnya aku nak ngorat dia, sekali tu rupa-rupanya dia dah ader aweklah, melepas aku. :p
nguLat ngepost | 11:08 PM | |
blog misteri hati aku
Monday, July 05, 2004
semalam aderlah sorang budak comel interview aku. antara soalan yang dia tanya ialah kenapa aku tak penah cerita pasal gf aku kat blog ni. ekekeke.. aku rasa ada aku citer tapi tak banyaklah. aku perasan gak yang aku jarang tulis pasal dia. selalunya kalau aku citer pun berkenaan peristiwa semasa antara aku dan dia misalnya aku pi rumah dia ke, dia datang sini ke, aku rindu kat dia ke, dia rindu kat aku ke..hehehe.
aku perkenalkan dia sebagai H ajelah ek. H stand for Honey. hehe.. dia orang segamat, senegeri ngan aku. aku kenal dia melalui irc # senget. hubungan kami masih baru lagi, 17 Julai ni genaplah 10 bulan. orangnya tinggi sikit dari aku dan jarak umurnya dengan aku aderlah dalam 2,3,4,5,6,7,8 tahun.. ekekek. maksudnya dia lebih tua dari akulah. kami jarang berjumpa sebenarnya. kalau rezeki baik sebulan dua kali, takde rezeki sebulan sekali jelah. nak ikutkan bukan jauh pun segamat dengan jb ni. tapi oleh kerana masa cuti kami tak sama, tu yang susah sikit nak jumpa. ermm lagi apa ek.. aku rasa cukuplah tu. lebih-lebih karang terdedah plak identiti dia. dahlah ader sorang awek ni gila bayang dengan dia. kang tak pasal-pasal blog aku jadi mangsa. ekekekek..
mungkin budak comel ni tanya sebab aku tak gunakan blog ni sebagai medium berkomunikasi aku dan dia. maksudnya ada interaksi antara kami di sini. gf aku bukanlah kaki tenet macam aku, jarang-jarang online. boleh dikira dengan jari. kalau dia online pun cuma antar email pada aku. selain daripada tu takdelah dia nak menyibukkan diri dengan bertenet macam aku ni. satu sebab yang paling jelas, dia tidak tahu tentang kewujudan blog aku. kenapa aku berahsia dengan dia?
bagi aku blog ini adalah diari misteri aku. pernahkah anda mempunyai diari? adakah anda berkongsi dairi anda dengan partner anda? bagaimanakah perasaan anda jika partner anda membaca dairi anda? aku pernah ada beberapa diari yang aku tulis semasa awal remaja dulu. citer dalam tu pasal hati dan perasaanlah, bab-bab crush dan sebagainya. aku tulis diari sebab ada cerita-cerita yang aku tak boleh kongsi dengan orang lain. lagipun sejak aku sekolah menengah hingga sekarang, takde seorang teman pun yang aku anggap sebagai sahabat baik aku, yang boleh berkongsi benda-benda pelik yang bermain kat hati aku termasuk F. malah kebanyakan masalah yang aku hadapi aku cuba selesaikan sendiri. ketika itu diari menjadi teman setia aku dan memang sesuatu yang amat personal.
bila dah dewasa, aku tak berminat nak tulis dairi lagi. tapi hati aku meronta nak luahkan benda yang terbuku kat kepala ni. ermm.. pelik juga yea bila blog ini yang aku anggap diari misteri, aku kongsikan dengan orang lain tapi tidak dengan dia. aku tak berniat nak berahsia dengan dia tapi ada citer-citer kat sini memang bersifat personal. kiranya blog ini lontaran suara hati aku, segala sejarah, kenangan pahit manis yang aku pendam sejak sekian lama. kalau bloggers lain baca, diorang tak amik pot pun. just baca dan tak akan pikirkan lagi selepas ini. tapi dia.. mungkin dia akan terasa hati. pada aku, ada certain2 perkara yang kita tak boleh kongsi dengan partner kita. tak kisahlah partner kita tu lelaki atau perempuan. that's me. maybe suatu hari nanti aku akan khabarkan pada dia juga..maybe. aku yang penuh misteri. ahaks!
nguLat ngepost | 4:58 PM | |
sejarah perkenalan aku & b...log
Saturday, July 03, 2004
I blog . we blog
you blog . you blog
he blogs . they blog
kalau kita perhatikan sekarang ini dunia weblog atau blog di Malaysia makin lama makin berkembang. kalau nak ikut statistik berapa ramai pengguna blog kat Malaysia ni, aku tak dapat nak berikan angka yang tepat. tapi daripada pemerhatian aku, mungkin pengguna blog kita sudah mencapai angka ribu-ribu tidak termasuk mereka yang menjadi pembaca dan pemerhati. ahli-ahli geng jurnal sahaja sudah mencecah 1113 umat manusia. /me aku belum lagi menjadi ahli geng jurnal. malah terdapat sesetengah kaki blog yang mempunyai lebih daripada satu blog. ramai yang aktif dan ada juga sudah mengundurkan diri.
nak ikutkan dengan nisbah penduduk Malaysia, aku rasa sebesar kuman je pengguna blog kita. kita tak bolehlah cakap bahawa orang Malaysia ni buta IT disebabkan nisbah itu. berbeza orang berbeza citarasa, pendapat, pengetahuan, pengalaman dan cara kehidupan. sesetengah kita aktif di laman forum dan komuniti seperti di Melayu.com, Mesra.net, Circles99, Telatah.Org, Catcha.com dan memacam lagilah.
sejak bila aku kenal blog? blog pertama yang aku terjumpa dan baca ialah blog Nizam Zakaria - Limau Nipis. seingat aku dalam pertengahan tahun lepas semasa aku buat research untuk satu projek penulisan. dari situ aku explore lebih lanjut pada blog 'dak singapore dan terus pada bloggers kita. perkara pertama yang muncul di minda aku ialah betapa kagumnya aku bila tengok ramai orang boleh buat laman web sendiri dengan pelbagai cara, penuh kreatif dan juga interaktif. ada juga bloggers kita yang menulis sejak tahun 2001. pada ketika itu aku rasa macam ketinggalan yang amat sangat, macam duduk di bawah tempurung, very der tak tahu dengan html dan macam-macam lagilah. sejak itu aku terus jadi blog-hopping yang setia, membaca dan mengikuti perkembangan orang lain sehinggalah aku terpanggil untuk menulis dan membina blog sendiri.
pada mulanya aku tak tahu bagaimana nak buat blog dan perlu ke aku belajar html dulu, belajar cara nak buat website? kemudian aku tertanya kenapa di url address setiap blog ada nama domain yang serupa seperti blogspot dan danchan. /me danchan mempunyai banyak blog menarik. kemudian barulah aku tahu ada tentang kegunaan blog hosting. blog host pertama yang aku cuba dan explore ialah blogspot dan aku terus bermula dengan blogspot tanpa mencuba blog host yang lain. sejak itu aku belajar sendiri bagaimana membina template, menggunakan css dan asas html daripada blogspot dan blogskin. /me Lissa ni punya website ok gak. masa awal-awal dulu, aku amatlah excited asyik nak menukar je bentuk template supaya bertambah menarik. lagipun apabila kita menukar template, secara tak langsung kita akan belajar benda baru.
aku berguru melalui pembacaan di internet. hingga saat ini aku masih lagi belajar sebab banyak benda yang aku tak tahu plus aku bukanlah budak IT. walau bagaimanapun aku rasa gembira dengan pencapaian aku setakat ini. daripada seorang yang ternganga tengok blog orang lain kepada seorang yang akhirnya tahu bagaimana blog tersebut dibina. from zero into something. we should be very proud of ourselfkan? sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. /me kalau udah internetaholic nak wat camner..hehe. paling best aku dapat ramai kenalan dan lebih istimewa dengan rakan-rakan yang sekapal. you guys rock my world! :)
nguLat ngepost | 9:55 PM | |
are you the internetaholic?
Friday, July 02, 2004
apakah tanda-tandanya kita diserang virus internet addiction atau dalam bahasa jawanya antu tenet. kajian ini mungkin boleh membantu kite mengenalpasti virus yang melanda otak kita. aku translatekannya mengikut citarasa aku dari laman ini Addictions.
1) bertenet setiap hari tanpa tertinggal satu ari pun.
2) bila dah tenet tu macam tak hengat dunia.
3) aktiviti berjalan-jalan dikurangkan.
4) makin kurangkan masa untuk makan di rumah/tmpt keje & makan di depan monitor.
5) menafikan diri banyak menghabiskan masa dengan bertenet.
6) orang lain komplen kite banyak abiskan masa kat depan monitor.
7) check email bebanyak kali.
8) kite fikir laman sawang kite yang terbaguz kat dunia dan bermatian nak jaja kat org.
9) masuk tenet walaupun keje menimbun-nimbun tak siap.
10)curi2 bertenet bila partner/keluarga takde kat rumah, dengan perasaan yang amat lega.
dari sepuluh tu, aderlah dalam 6 item tersangkut kat aku. hehe.. dasyat tak dasyatlah aku ni. tak puas kat opis, sampai rumah sambung lagi. bagi aku ader je pengetahuan baru yang aku dapat bila online. itu kebaikan yang aku dapatlah. haa.. jumpa awek aku pun melalui tenet gak. benda baik gak tu..ehe. ada ketikanya aku memang naik antu tenet betul. boleh duduk bertenet berjam-jam-jam. antaranya saat-saat jadi penunggu irc. skang ni dah slowdown. masa mula kenal online journal n blog pun sama gak. excited baca citer orang tak hengat. skang blog-hopping pun dah kurang. sekali sekala je antunya timbul, bila terjumpa blog yang kena dengan citarasa. ada plak ketikanya aku mendiamkan diri. tak online berhari-hari. tak kisah apa terjadi. masa tu mesti ada kegilaan barulah atau pun aku bosan nak online..hehe.
i'm an internetaholic. kalau dulu antu games skang antu tenet. selain antu tenet, aku juga TVaholic, antu tv. itu citer lain kalilah. sambil bertenet telinga aku tengok tv. punyalah banyak antu yang bersarang kat diri aku ek..ekekek. tak tahu sampai bila aku akan stuck depan kotak bisu ni. bila dok depan pc terasa diri muda macam budak-budak baru kenal dunia lain. tak hengat masa berlalu macam air mengalir. ader je explorasi nak buat. angan-angan mak jenin aku adalah nak buat satu bisnes berkonsepkan SOHO, Small Office House Office atau dalam bahasa jawanya Rumahku Opisku, Akulah Bos Akulah Kuli. antara keje yang aku buat mestilah bertenet (wajib), mengayat, memulas otak, menebalkan spec dan bisnes2 yang sewaktu dengannya. mesti bestkan? :p
nguLat ngepost | 11:47 PM | |
hepi besday mak!
Thursday, July 01, 2004
2/7/04 - semalam aku dah menulis satu entry yang pepanjang tapi gamaknya tetiba ofis aku blackout menyebabkan aku malas untuk mengumpul kembali ingatan terhadap entry tersebut. maka yang ini aderlah pelengkap untuk ari semalam.
panjang umurnya, panjang umurnya, panjang umurnya serta mulia.. serta mulia.. serta mulia..
1 Julai 2004, hari ini adalah Hari Lahir mak aku yang ke 46 tahun. dalam keluarga aku tak penah ade sambutan hari lahir ni, tiup-tiup lilin ke atau baca doa selamat ke waima setakat hadiah sekalipun. tak penah juga buat sambutan ulangtahun perkahwinan mak ngan abah sehingga aku tak pasti dah berapa lama diorang kawin. hehe.. boleh gitu. mungkin disebabkan cara abah yang keras dan tidak menunjukkan kasih sayangnya dalam mendidik aku dan adik-adik aku menyebabkan tiadanya acara-acara tersebut dalam keluarga aku. atau juga abah memang tak berminat nak buat acara sambut-menyambut ni. kalau dia dah tak suka, satu keluarga pun kenalah ikut caranya.
jadi kalau tiba waktu besday memasing, kitaorang buat dono jelah. aku cuba nak ucap selamat tapi tak menjadi. rasa janggal semacam. cuma skang bila dah berduit sendiri aderlah aku belikan hadiah, tapi setakat berilah. setakat cakap "ni orang ader beli benda untuk mak / abah", itu je. hari ni pun aku buat begitu kat mak. aku belikan mak beg dan tanpa bungkus dan kad serta ucapan, aku terus beri kat dia. hehe.. takperlah ek, asal aku ingat dan selalu mendoakan kesejahteraan mak dan abah, itu pun dah memadai. diorang pun tak penah meminta, tak penah terfikir pasal besday2 ni.
nguLat ngepost | 8:10 PM | |
internet addict
I AM 68% INTERNET ADDICT! I am pretty addicted, but there is hope. I think I'm just well connected to the internet and technology, but it's really a start of a drug-like addiction. I must act now! Unplug this computer! |
nguLat ngepost | 6:53 PM | |