jari telunjukku yang manis
Thursday, September 30, 2004
tadi masa aku potong kuku, aku pun dok ler belek jari jemari aku sekali. tengah2 belek tetiba aku teringat pada satu entry Sekapal pasal jari-jari kat tangan kita ni. aku pun carilah balik entry Sekapal tu satu persatu kat blog dia. jenuh gak mencari rupa-rupanya bulan April punya entry. carik bukan apa, aku nak baca balik, nak ngesahkan apa yang aku ingat dan berserta sumbernya sekali. sebabnya kajian pasal jari tu sungguhlah menarik perhatian aku yang senget ni. pada sesapa yang belum baca lagi entry cik kapal tu, korang klik je kat sini
Sekapal.
kajian tersebut adalah mengenai kaitan jari dan hubungannya dengan orientasi seksual seseorang. menurut Sekapal, kajian itu melaporkan bahawa keadaan kemaskulinan dan kefemininan seseorang boleh ditentukan dengan melihat nisbah jari telunjuk dengan jari manis. kebiasaannya orang pompuan mempunyai jari telunjuk dan jari manis yang lebih kurang sama panjang. manakala lelaki pula memiliki jari telunjuk yang pendek berbanding jari manis. kajian tentang kaitan jari dan orientasi seksual tu kemudiannya mendapati pompuan senget *lesbian* mempunyai ciri2 jari atau kemaskulinan lelaki iaitu jari telunjuk yang pendek daripada jari manis. ianya ada kaitan dengan kadar androgen, hormon, testosterone bla bla bla.. *benda2 sains tulah* jadinya jari telunjuk pompuan senget ni pendekler berbanding pompuan stret.
aku pun telekler jari-jari aku dan penemuannya agak menarik. kedua-dua jari telunjuk aku baik di sebelah tangan kiri mahupun tangan kanan adalah lebih pendek daripada jari manis aku dan kependekan itu lebih ketara di tangan kanan. kalau tak percaya, meh tengok gambo kat bawah ni. *gambo kiri senget sebab tukang amik gambonya senget*

tu dia.. kalau dirujuk balik dengan penemuan kajian itu, adakah ia membuktikan bahawa aku ni memang dilahirkan sebagai seorang yang senget? ditakdirkan menjadi senget? abih tu macamana pula dengan pompuan2 senget lain yang jari telunjuk dan manisnya sama/lebih kurang sama panjang? senang cakap mereka senget tetapi tidak mempunyai 'lesbian fingers'lah. abih diorang tu kena berubah stret ke? bagaimana pula pompuan stret yang ada tanda2 lesbian fingers tetapi diorang tak jadi senget pun? abih tu kena sengetlah ek? kih!kih!kih!
alaa.. janganler amik pot. kajian hanyalah sekadar kajian. banyak faktor lain yang mempengaruhi dan menjadikan seseorang tu senget atau tidak. faktor panjang pendek jari hanyalah sekelumit kecil daripada teori2 wujudnya orang senget dan bezanya dengan orang stret. jari telunjuk aku yang kebetulan sama dengan kedapatan kajian tu bukanlah faktor utama menjadikan aku senget. semuanya terpulang pada sejarah senget diri memasing dan tarikan pompuan pada diri kita. bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanyalah selera. eh bukan! tepuk dada tanyalah iman.. :)
meh baca :
Is Finger Size A Sign Of Homosexuality?
nguLat ngepost | 6:02 PM | |
kL menjeritt
Wednesday, September 29, 2004
akhirnya sampai jugak surat yang aku tunggu-tunggu. surat daripada company yang menganjurkan peraduan yang aku dapat jam swatch tu. itu pun selepas aku terpaksa email kat diorang tanya pasal surat pemberitahuan yang diorang janjikan untuk hantar pada pemenang. diorang umumkan keputusan awal bulan 8, aku tunggu sampai ler pertengahan bulan 9, jangankan surat, tepon pun takde. minggu sebelum minggu lepas aku bukak website diorang, kemudian aku antor email melalui feedback link yang ada kat situ. dalam masa seminggu company yang uruskan peraduan bagi pihak company penganjur balas email aku, bagitahu surat tersebut akan dihantar pada aku dalam masa terdekat.
nasib baik diorang beri perhatian pada email aku. agaknya kalau aku buat tak tahu je, sampai bila-bilalah aku tak dapat hadiah tu. jadi semalam petang surat tu pun sampai. alhamdulillah. isi kandung surat tu selain bagitahu yang aku dapat Swatch Watch Olympic Edition *yang mana aku memang dah tahu*, disertakan jugak voucher yang aku perlu tebus sendiri hadiah tu di mana2 outlet Swatch kat Malaysia.
baca bab tu je dah buat aku rasa hampeh. kat JB ni manaler ada outlet Swatch. sebesar-besar sebanyak-banyak kompleks membeli-belah kat bandar JB ni, satu outlet Swatch pun takde. tapi kat Ipoh ngan Penang boleh aderlah plak. memang hampeh betul. kalau kat KL tak payah cakaplah, memangler berlambak *dalam kepala aku terbayang KLCC jerr*. nasib baikler diorang kasik aku tempoh sampai bulan 12 untuk redeem jam tu.
uiks, nak kena turun kl ler gamaknya. aku ngan sayang rancang nak pi kl lepas raya. ini bermakna dalam akhir bulan 11 atau awal bulan 12 ler aku pi sana. ermm, cam lambat bebenor je rasanya. dah sebulan aku tak pakai jam. dah sebulan tali jam aku putus. jam aku tu merajuk bila tuannya gembira nak dapat jam baru, free plak tu. ekeke.. apa kata aku turun kl sebelum posa? ermm, ok gak idea ko tu uL. minggu depan tak boleh, aku dah janji ngan sayang nak pi jumpa dia. lagipun ahadnya aku nak pi seminar SOHO. kalau weekend ni? boleh kot. tapi takmo lah pi kL semata-mata amik jam tu. buat rugi masa dan duit aku jer. kenalah buat keje sambil menyelam minum air. aku nak melawat cik M yang sakit tu, boleh jugak jumpa rakan2 sekapal. uiks, nak kena tepon Sekapal Inc nampaknya ni, tengok apa program meka weekend ni.
*penat aku tekan punat redial tepon Era pagi tadi. tak boleh tembuslah plak. semalam dua kali cuba je dah masuk. nasib baik diorang2 yang tepon tu jawab salah. masih ada harapanler agaknya. takpe, esok masih ada.*
nguLat ngepost | 11:40 AM | |
hello..hellooo..hellll nooooo
Tuesday, September 28, 2004
kuang kuang kuang.. baru sebentar tadi suara aku berkumandang kat radio Era. aku cuba nak jadik pemenang dalam Teka Bunyi Era tapi tekaan yang aku beri tu salah. sebenarnya aku maksudkan benda lain tapi lain plak pemahaman Khairil. salah aku gak, excited sangat sampai tak dapat cakap dengan betul. gagap-gagap jadiknya. wang terkumpul pun dah menjadi RM9,800. takpe, esok aku nak cuba lagi. senarai pembayang dan jawapan2nya dah ada, *thanks to Malique*, nampaknya aku kena buat brainstorming kalau nak menang jugak. ekekeke...
oleh sebab suara aku dirakam, jadik aku pun panggil sorang opismate aku dengar sama-sama jawapan yang aku berikan masa Khairil siarkannya. dapatlah aku dengar suara aku sendirik *hanya di radio, ku mendengar suaramu..*. tiba-tiba rasa nak memuji diri sendiri tu datanglah plak. uiks, lainlah suara aku kat radio, makin sedaplah plak rasanya, makin mantap daripada dulu, makin macho pun ada..kah!kah!kah! aku ni bekas student penyiaran, aku pun dah penah mengetest diri kat konti radio masa aku blaja dulu. dah tahu dah level suara aku setakat mana. pernah berangan nak jadi juruhebah radio pun. cuma aku ada kelemahan yang perlu diatasi kalau nak kerja macam tu.
dapat tembus Era ke tak ek esok? aku tak mo masuk peraduan lain sebabnya ada syarat-syarat tentang kelayakan masuk peraduan kat Era ni. harap-harap aku dapat tembus, harap-harap orang lain jawab salah, harap-harap aku je sorang dapat kaut duit ribu-ribu tu. ekeke..
nguLat ngepost | 9:27 AM | |
aku dan keterbukaanku
Monday, September 27, 2004
sejak dua menjak ni, sejak kekawan senget aku bertambah ramai, sejak aku kena jawab soalan-soalan dari para peng'interviewer' tak rasmi, aku makin terbuka dan membukakan diri aku. maksud aku, aku cakap tanpa bersembunyi di balik pintu almarilah. walaupun begitu, ada jugaklah soalan2 yang aku tak boleh jawab, seperti siapa aku dan diriku kat JB ni, benda2 yang membuka peluang untuk orang kenal aku tanpa jumpa aku. aku pun tak mahu orang yang tak dikenali tahu identiti aku. kalau nak kenal aku dengan lebih lanjut, kita jumpa. senang cerita.
ko tahu tak blog, aku skang takde masalah kalau orang nak jumpa atau nak kenal. aku skang dah ada batang hidung. yelah, dulu aku ada masalah untuk jumpa dengan kekawan chatting ni, kawan2 yang aku tak kenal rupa, suara dan bentuk bagai. ekceli aku tak kisah dengan sapa aku berkawan sebab aku tak memilih, tapi yang aku kisahkan ialah expectation orang yang aku nak jumpa tu. aku ni tebal dengan rasa rendah diri, bimbang, takut dan malu. aku malu pasal kalau dah jumpa, tapi lepas tu kawan tu senyap je, tak mo kawan ngan kita lagi. haa itu yang aku tak mo. tak kisahlah kalau nak jumpa sebagai kawan sahaja, atau nak jumpa kerana hal2 hati dan perasaan. uhh payah betul aku masa tu.
tapi skangkan blog, aku dah berubah skit. dah berani jumpa orang, dah tak rasa rendah diri. sebab tu aku cakap aku dah ada batang hidung. kan kita selalu guraukan kat kawan2 kita, kita cakap macam ni. "ko malu? apa yang ko nak malukan? ko bukannya takde batang hidung". ekeke.. kenapa batang hidung yang dijadikan perumpamaan? agaknya sebab hidung orang Melayu ni pesek-pesek belaka, *pesek tapi bukan kemek*, mungkin sebab bukan kemek, si pesek ni masih punya batang hidung. eh, ntahlah apa yang aku merepek ni?!.
sebenarnya sifat keterbukaan aku berpunca daripada blog aku ni. aku rasa sejak aku tulis benda2 merepek meraban pasal aku dan kesengetan aku kat sini, aku lebih rasa bahagia dan tak rasa terbeban lagi. yelah beban sebab sebelum ni aku dalam almari, tak kuar2. kalau sakit hati pun rasa sensorang, tak boleh kongsi. skang ni pintu almari tu dah terbuka, kaki aku dah melangkah keluar tapi sebelah kaki jelah. sebelah lagi masih terikat dengan beban2 lain macam ngan family, kawan-kawan dan masyarakat sekitar aku. blog ini benar2 membantu aku lebih bersikap terbuka dan melepaskan semua yang aku rasa. ia memberikan aku semangat dan perangsang untuk hidup dalam dunia senget yang penuh mencabar ini. ia juga menambahkan kenalan senget yang sealiran dengan aku dan itulah yang membuatkan aku rasa happy sangat-sangat. happy sebab aku dah ada tempat berkongsi mencurah rasa dan bertukar idea. aku sekarang lebih bahagia daripada dulu, lebih terbuka dan lebih memahami. semuanya sejak aku punya sebuah blog.
terima kasihlah wahai blog ku sayang. masa ko wujud dulu, aku ingatkan aku sorang ajer yang baca dan telek ko tiap-tiap hari. tapi rupa-rupanya tidak yea. kini ko telah membuatkan kehidupan cinta terlarang aku lebih bermakna, lebih gembira dan lebih ceria. muahs!
nguLat ngepost | 8:10 PM | |
ku petik bintang-bintang
Sunday, September 26, 2004
Ku Petik Bintang-Bintang - Kenny Remy Martin
Ku petik bintang-bintang
Biar pun banyak halangan
Rela tempuhi segalanya
Onak yang ku pijak bagai tak rasa
Ku sedar sejak mula
Tiada jalan yang mudah
Tapi ku yakini di dalam hati
Akhir terkota jua sumpah dan janji
Walau sukarnya bagi mu sayang
Perjalanan menyakitkan
Tapi hadapilah dengan kesabaran
Kan tiba kebahagiaan
Tiada batasannya
Usia ataupun rupa
Kita bersama memulakannya
Sehingga ke akhir kita terus berdua
nguLat ngepost | 11:19 PM | |
na na..na na..na..
Friday, September 24, 2004
Kali pertama ku jumpa denganmu
Meluat dengan gelagatmu
Bilaku mula kenali dirimu
Jantung ku mula berdegup laju
Tak tahan getaran yang melanda di hati
Tak pernah kurasakan sebegini
Tak tahan getaran yang melanda di hati
Tak berhenti berpeluh bila kau di sisiku
Lebih seribu kali cuba ku katakan ku suka kamu
Lebih seribu kali juga kau membisu buat tak tahu
uiks, bangun pepagi je kepala aku asyikler memutar lagu Nana. bukan Nana si Siti Nurdiana tu, ni Nana AF1 yang tengah glamer ngan lagu Katakan tu. ntah macamana lagu tu boleh muncul, agaknya kelangsungan dari mimpi kot. dan ia membuatkan aku mengong jap. selagi aku tak dengar radio, selagi tulah Katakan tu akan berputar berpusing-pusing. aku tak mo lerr asyik nyanyi lagu tu, abis tu sapa yang nyanyi? hantu senget dalam diri aku kot. ekeke..
Na Na ..Na Na Na..
Tolong katakan tolong beritahu
Jika benar kau suka padaku
Ku mahu pulang tak berhenti senyum
Makan kenyang tidur pun berlagu
Tahan getaran yang melanda di hati
(Tak tahan getaran yang melanda di hati)
Tak pernah kurasakan sebegini
sedap gak lagu Nana tu. catchy dan membuatkan badan aku bergoye-goye. liriknya pung boleh tahan mengancam jiwa raga. oo ini part Nana menge'Rap'. meh lerr kita rap gagap-gagap bersama.
Mic check 1...2
I really wanna be with you
Hey baby boo
Come and go with me
We're supposed to be
Together, you feelin' me?
I'm like three times better than him
It's little Z
You wanna go with the flow
Let's go
You wanna take it slow
Let's go
You know I'm cool with that
Words are hard to suppress
Gotta go through tests
Hey Nana!...Who me! Yeah you, note that
My love's the best!!!
nguLat ngepost | 11:22 AM | |
seram nak tido
Thursday, September 23, 2004
Final Amazing Race musim 5 yang aku tengok malam tadi membuatkan jantung aku dup dap dup dap. aku tak suka pada satu team tu dan aku nak team yang aku sokong menang. kepada sesapa yang tak tengok lagi, hari ni aku tak mahulah jadi spoiler. korang tengoklah sendiri nanti sapa yang menang. cuma aku nak berkongsi ngan korang satu tip yang mana kita boleh agak sapa pemenangnya berdasarkan pengenalan peserta masa awal AR bermula.
tip ni aku ikut berdasarkan siri The Mole musim 1 yang pernah disiarkan kat tv2 sikit masa dulu. jadi aku cuba applykan malam tadi, aku tengok pengenalan peserta dan susunannya kemudian aku tengok betul ke idak susunan tersebut di sepanjang AR disiarkan. itu yang buatkan AR bertambah thrill dan berdebar2 jantung aku kerana team yang aku sokong dan jangka menang ikut tip susunan tu plak sekejap naik sekejap turun. apapun, aku suka amat dengan team yang dapat sejuta usd tu.
selepas AR tamat, aku ingatkan nak tido cepat. jadi aku pun kebas-kebaslah katil aku, kemaskan apa-apa yang patut tapi tv tetapler terbukak. sekali tu terkeluarlah satu rancangan kisah hantu yang aku tengok dari minggu lepas dan minggu ni adalah sambungannya. tajuknya ialah THE ST. FRANCISVILLE EXPERIMENT. filem yang diterbitkan pada tahun 1999 ni dibuat seakan-akan filem The Blair Witch Project. cuma yang ni lebih menyeramkan dan boleh membuatkan kita percaya dengan kewujudan hantu yang ditunjukkan dalam filem tu. filem ni dirakamkan di sebuah rumah yang terletak di St. Francisville yang dianggap berpuaka dan berpenunggu. ada kisah sebaliknya rumah tu, aku malasler nak cerita, baca jelah yea dari sini The St. Francisville Experiment. pelakon2 dalam filem tu cuma 4 orang yang menggunakan sendiri nama masing2. diorang dibekalkan dengan kamera dan alat2 yang boleh membantu mengesan kewujudan makhluk halus. diorang mengakui mengalami pengalaman yang menyeramkan dengan penunggu2 rumah tu yang setengahnya dapat dirakam dan ada yang tidak. seram memang seram walaupun boleh diragui ke'hantu'an tu yang mungkin direka-reka dan ditambah dengan special effects. aku sendiri macam betul2 percaya apa yang sesetengah bahan yang diorang rakam. pagi ni bila sampai kat opis, terusler aku carik website filem tu untuk pengesahan. mana boleh percaya bulat2 weii.
omputih memang suka buat cerita2 macam ni, bereksperimen dengan hantu. kiranya macam siri reality tv jugaklah. diorang akan letakkan sekumpulan orang di sebuah rumah/tempat yang kononnya berhantu, pastu bekalkan dengan alat2 pengesan hantu dan kamera. kebanyakan peserta yang ikut tu memang meng'volunteer'kan diri memasing nak menyeramkan diri pastu takut sensorang.
bila aku tengok sorang-sorang jadik seram plak aku nak tidur. aku pastikan aku tak tidur menelentang. walaupun rumah aku takde benda2 yang seram tapi bila tengok sorang2, semua benda yang bukan2 tetap terbayang dalam kepala aku. pastu teringat balik kisah2 seram masa kat sekolah dulu. yang pasti tido aku tak nyenyak malam tadi, asyik terjaga je. bila dah terjaga, aku terus amik bantal tutup kepala aku. dalam macho2 tu aku tetapler keseraman.
nguLat ngepost | 11:50 AM | |
kalau dah antu tv..
Wednesday, September 22, 2004
malam ni di ch5 ada final Amazing Race 5 selama 2 jam. kalau kat ntv7, final AR disiarkan melalui slotnya ari Jumaat ni lepas Survivor Vanuatu. apa-apa hal aku tetapler dapat tengok dulu. kalau dah memang antu tv macam aku ni, tengah berdua-duaan pun aku paksa sayang tengok tv baruler tido. ekeke.. salah satu sebab aku tak suka dok kl ialah pasal tvlah. masa 8tv dan ch9 tak wujud lagi, aku rasa bosan betul dok rumah lepas balik keje. nak tak nak kenalah tengok gak saluran yang ada. lepas ni kalau aku bertukar keje kat kl plak, aku akan pastikan rumah aku ader astro. kalau tidak meranalah aku dok rumah. 8tv tu oklah, ch9 macam cipan.
apa bestnya citer2 tv kat Johor nun? mungkin orang yang bukan antu tv tak dapat menikmati apa yang aku rasa dan rasa takde istimewanya tengok tv. itu terpulanglah pada diri masing-masing. takkan semua orang dalam dunia ni antu tv atau bukan antu tv. manusia dijadikan dengan pelbagai sifat, sikap, perangai, kesukaan dan berjuta-juta perbezaan. jadi tv adalah salah satu favoret aku dan saluran2 tv kat Jb ni adalah ke'best'san yang aku nikmati secara percuma, *hanya bayar bil elektrik jelah*.
oklah ek, asyikler aku bebel saluran tv sini best2 belaka, tapi apa bestnya? meh baca senarai saluran2 tv yang dapat ditangkap oleh ariel tv kat rumah aku.
Saluran 1 - RTM1
Saluran 2 - RTM2
Saluran 3 - TV3
Saluran 4 - Suria (MediaCorp Singapore khas program Melayu)
Saluran 5 - Channel 5 (MediaCorp Singapore khas program Omputeh)
Saluran 6 - 8tv (sebelum ni aku letak siaran Central)
Saluran 7 - ntv7
saluran 8 - Channel 8 (MediaCorp Singapore khas program Mandarin, HK, Korea, Japan dll)
Saluran 9 - ch9
Saluran 0 - Central (MediaCorp Singapore. Dibahagikan kepada tiga slot Vasantham Central untuk program tamil, Kids Central untuk cerita/kartun budak2 dan Arts Central utk cerita/dokumentari seni sedunia n singaporean)
Saluran 11 - Channel NewsAsia (CNN/BBC ala Singapore, under MediaCorp)
Saluran 12 - Channel I (Singapore TV Swasta - English)*
Saluran 13 - Channel U (Singapore TV Swasta - Mandarin)*
Saluran 14 - RCTI Rajawali Citra Televisi (TV Swasta Indonesia )
Saluran 15 - SCTV Surya Citra Televisi (TV Swasta Indonesia)
*Syarikat CH I & U baru aje bergabung dgn MediaCorp, CH U akan kekal manakala CH I akan direview semula kewujudannya.
kalau bernasib baik lagi akan dapatler saluran indon yang lain-lain macam. ituler keje aku ngan tv. makan depan tv, minum depan tv, gosok baju depan tv, bertenet depan tv, beradu pun depan tv. ekekeke.. nasib baik dalam bilik air aku takde tv. kalau rancangan tak best dengan pantasnya jari jemari aku akan menekan punat tv mencari cerita lain. tapi selalunya aku dah hafaller rancangan favoret aku kat ch5 dan kalau kat situ cerita cipan yang kuar, maka aku tukarler ke tv lain.
ituler gamaknya aku terkenan sangat dok JB ni. siaran singapore tu boleh sampai kat Batu Pahat *tanyaler sekapal* dan Segamat sekali. tapi diorang kena pakai ariel panjang tinggi melangit baru dapat. ooo kat rumah aku ni ada gak astro yang dapat percuma masa bapak aku beli keta dulu. tapi kitaorang dah matikan langganannya sebab rancangan wrestling kegemaran aku ngan bapak aku dah takde. astro punya decoder ngan mangkuknya tu ada lagi kat rumah aku ni. kalau lepas ni aku terasa nak ikuti Akademi Fantasia musim 3, bullehler aku sambung langgan semula. gituler gamaknya kisah aku ngan tvku.
nguLat ngepost | 5:01 PM | |
femme senget
Tuesday, September 21, 2004
petang tadi aku terima satu panggilan tepon dari sorang kenalan, orang Jb tapi keje kat kL. kiranya kenalan baru akulah yang aku kenal melalui blog aku ni. sampai kong bateri tepon aku bercakap dengan dia. ntah apa-apa cerita yang kitaorang bualkan. pertama kali berbual dengan orang yang tak dikenali, terasa ada kekok skit. biasalah tu. ada ketikanya aku tak tahu nak habaq apa, malu-malu rimau pun ada. macam bercintan plak keadaannya. ekeke.. jangan salah anggap plak, kawan baru aku tu pompuan stret yang memahami.
dalam bebanyak yang kitaorang bualkan termasuklah cerita macamana nak kenal orang senget ni. seingat aku, aku ada tulis entry pasal mengenal owang senget tapi mungkin tak menyeluruhlah. maksud aku, kebanyakan aku tulis pasal andro, butch atau pengkid yang memang mudah nak kenal. tengok je cara berpakaian, cara jalan, cara bercakap, cara diorang bawa diri dan beribu cara lain. tak payah ler aku nak sentuh lagik. yang tadi kitaorang bualkan camner plak nak kenal femme yang senget. femme senget ni ialah pompuan yang benar-benar ayu, separa ayu, cantik, manis, cute, jelita, pakai make-up bertepek2 atau tak pakai make-up tapi lawa semulajadi, atau yang pakai tudung ke dan berbagai lagi adanya, yang memang selalu di pandang, diusik, disiul dan dipikat oleh jantan-jantan sedunia. tapi sayangnya femme senget itu hatinya hanya terpaut pada yang sama femme dengan dia atau yang separa femme *tak kisahlah mana satu janji pompuan*.
camne nak kenal diorang? ntahlah. sebenarnya aku sendiri tak ada jawapan yang pasti, muktamad atau yang boleh dipercayai. kebanyakannya hanyalah andaian dan pengalaman sendiri tanpa kajian mendalam tentang hal ini. aku cuba gak buat pemerhatian tapi selalunya radar senget aku yang disebut lesbidar itu agak sukar nak kesan femme senget kecuali dalam beberapa keadaan.
ambil ingatan, keadaan di bawah ini memang berlaku pada pompuan stret tapi dalam konteks ini, aku maksudkan ia di dalam dunia senget. ianya boleh dikenali atau dicam oleh orang senget dan sewaktu dengannya sahaja, *kerana orang senget sering tercari-cari orang yang serupa dengan diri mereka*. soalan aku : pernahkah anda terada, terpikir, terserempak atau terkeadaan seperti ini..
rakan sekerja anda, sekelas atau sebot, yang selalu diusik oleh lelaki *maknanya dia cantiklah tu*, tapi buat tak layan / bo layan bahkan takde pakwe lagi. bukan anti lelaki tapi mungkin dia senget kot.
kawan-kawan anda semuanya bertudung, ayu gitu tapi dalam ramai-ramai itu ada seorang yang citarasanya hanya pada rakan sejenis. camne nak tahu? kenalah tanya. ekeke..
kawan anda tahu segala-mala tentang dunia senget, artis senget atau harta-benda senget. alasan dia tahu sebab dia bacalah..
kawan anda beria-ia mengutuk orang senget, mengalahkan orang stret tapi sebenarnya dia tu senget. *saja nak tutup kesengetan*
kawan anda tak penah tunjukkan siapa pakwenya, gambornya bahkan tak penah bagi nama, tapi selalu bersms atau cakap kat tepon gaya orang bercintan. bila ditanya pakwekah itu, dia tersengih aje. tidak mengiyakan tidak juga menafikan.
atau di situasi lain, kawan anda menafikan dia ada pakwe tapi selalu dilihat bersms atau cakap kat tepon gaya orang bercintan. bila ditanya secara bersahaja dia menjawab "kawan pompuanlah".
hanya tersengih bila ditanya bila nak kawin atau nak berpakwe. ada jugak yang berterus-terang cakap, "tak kawin kot".
melihat pasangan pompuan yang bersiar2 berdua-duaan, saling berpegangan tangan, saling tersenyum dan memandang manja antara satu sama lain apabila bercakap.
pasangan pompuan sibuk membeli-belah dan berkeadaan seperti di atas.
kawan anda tak penah lekang dengan bestfriend dia yang juga seorang pompuan.
gaya cakap "saya" & "awak" dengan rakan pompuannya..
haa..kalau seperti situasi di atas itu, mungkin aku boleh agak-agaklah kawan pompuan aku atau pasangan pompuan ayu yang aku terjumpa itu senget. tapilah kalau disuruh aku cam samada minah sebelah aku yang sedang menelek gincu mincu senget ke idak, atau pompuan2 yang selalu berselisih dengan aku masa pi balik keje senget ke, atau mengecam sesapa sahaja pompuan ayu masa dia berseorangan, memang payahler aku nak kesan. bahkan aku tak terror nak teka hanya dengan melihat dan bermain mata *sebab aku tak suka memandang mata orang bila bercakap* melainkan kalau pompuan yang aku pandang itu terus bermain-main mata dengan aku sambil tersenyum menggoda. aku pun tak terror nak mengorat pompuan ayu ketika aku pun macam pompuan melayu terakhir gitu. *sebab tu aku jumpa Sayang di ruang siber*. ekekeke..
apa yang aku cakap dan cerita ini hanyalah berdasarkan pengalaman aku yang sangat-sangat cetek. baca boleh percaya jangan. kesimpulannya, kalau anda musykil dengan personaliti rakan anda, kalau anda berani maka lebih baik teruslah bertanya daripada berandaian bukan-bukan. kalau anda pun senget, suka kat kawan sejenis anda tapi tak tahu camne nak luahkan, cuba jelah mengorat. mana tahu tiba-tiba tersangkut, sebab dalam diam-diam dia pun ada hati kat anda. belum cuba belum tahu ye tak.
nguLat ngepost | 10:01 PM | |
catatan 3 hari
Monday, September 20, 2004
Jumaat 17.09.2004 - Hari ini aku bermula dengan seribu senyuman dan pengharapan. Senyum dan gembira kerana perhubungan aku dan sayang sudah pun menjangkau angka setahun. Di kalangan rakan-rakan aku yang dah berkapel, yang aku kenal melalui blog ni, rasanya usia hubungan kami berdualah yang paling muda sekali. belum sampai tahap diva-diva cintan lagi. ekeke.. sayang tiba di Jb belah petang dalam keadaan hujan renyai-renyai. memang bandar Jb sejak seminggu dua ni dilanda hujan ribut topan puting beliung. mana taknya, sampaikan bumbung rumah jiran kat kawasan taman aku ni tercabut dan menghempap kereta yang terletak di tepi jalan. aku pun naik takut, bimbang kalau2 bumbung rumah aku pun diterbangkan dek angin. ade kang basah bilik aku macam bilik kawan aku yang supplykan vcd jrobik tu. cian dia, abis basah lencun bilik dia kena simbahan air hujan.
petang tu aku dan sayang berjalan-jalan ler di sekitar bandar Jb. apa lagi nak buat melainkan window shopping dan makan-makan sedunia. dalam pada tu kami pun berbincang apa nak buat untuk ari esok. sayang cadangkan kami pi berkelah kat Mersing, pi balik hari. tak perlulah nak sewa bilik atau sebagainya. aku pun lebih gemar balik rumah je. bukan apa jimat duit di tengah2 bulan ni. lagipun kat rumah aku ni yang ada cuma mak dan abah je. aku skang macam anak tunggal sensorang di rumah. bilik aku kat tingkat atas, mak abah tido kat bilik bawah. jadik sunyi memang sunyi rumah ni, yang buat hingar bingar ialah bunyi suara peti televisyen dan radio je. sebelum balik rumah kami pi belilah makanan apa yang patut untuk perkelahan hari esok.
malam sayang temankan aku tengok Survivor9. mana boleh lupa rancangan favoret aku tu. uiks, cun-cun belaka pompuannya. lagi2 si Eliza, cun siot. tapi mata aku tetap tertumpu pada Ami dan Dr. Scout. yelah kalau dah sepesen mesti aku nak tahu apa diorang buat. nasib baik meka berdua jenis ringan tulang, tak macam pompuan2 cun tu yang asyiklah bermandi-manda buat ketupat. bila tiba masa diorang berentap dengan group lelaki, aku berdebar-debar gak. lelaki vs pompuan, tentulah aku sokong pompuan sokmo. masaelahnya, Dr. Scout tu cam takde upaya bila berentap dengan budak2 muda ni. salah satu faktornya ialah umurnya yang dah sampai tahap pencen. aku bimbang kalau2 dia dikeluarkan kerana faktor tersebut.
Sabtu 18.09.2004 - Pagi aku dan sayang bersarapan kat Kg. Melayu. sayang lepas makan nasik lemak *makanan kegemaran dia*, sayang sambung makan roti canai. sayang kata kalau dia bersama aku selera makan dia menjadi-jadi. pukul 10 pagi kami pun bertolaklah ke Mersing. pada mulanya aku tak tahu nak pi mana sebab dalam kepala aku ada dua pilihan samada pi Air Papan atau pi Tanjung Leman. aku drv keta pi Mersing tapi dalam kepala ligat memikir. aku cerita kat sayang, Air Papan pantainya memang best, putih bersih, ada 3 calet beroperasi tapi tak banyak pokok merimbun. maksudnya tak banyak tempat reduplah. tapi memang sampai kat bandar Mersing, jadik kalau nak beli keropok sebagai buah tangan takde masalah. Tanjung Leman plak sebelum bandar Mersing, takde keropok mopok. pantainya pun best, cukup tempat mandi dan ada sebuah calet beroperasi. paling best sepanjang pantai penuh dengan rimbunan pohon yang meredupkan dari cuaca panas. pantai yang paling aku suka. lepas aku terangkan, aku minta sayang pilih dan sayang pilih pi Tanjung Leman.
inilah dia pantai Tanjung Leman, Mersing. gambo ni aku amik dari kawasan tempat aku dan sayang melepak. bestnya tak terkata. sebabnya kali ni tak ramai orang, betul2 tak ramai. aderlah dalam 10 bijik kereta berkelah. ada budak2 sekolah camping, jauh dari tempat kitaorang lepak. kat kawasan calet ada company buat family day, itu lagilah jauh. Tanjung Leman ni mengadap Pulau Sibu. kalau tengok gambo tu, jeti pi Pulau Sibu terletak di bahagian kiri gambo, di hujung teluk penuh pokok hijau tu. bebayang pulau kat tengah2 gambo adalah kepulauan Pulau Sibu. satu hari nanti aku bercadang nak pi Sibu Island plak, reramai lagik best.
gambo ni aku amik masa aku dan sayang lepak kat satu warung sambil makan rojak petis berhadapan dengan tapak perkhemahan bebudak sekolah tu. tapi sayang jelah yang pulun rojak tu puas2 sebab aku seronok sangat mengambil gambo dan menghantar sms. sebelum ni 012 tak berguna langsung kat sana *atau hp aku yang korok?!*. jadik aku sangat2 ler teruja dengan perkembangan tersebut. seronot gak cuci mata tengok adik-adik comel melakukan aktiviti memasing. lepas tu aku dan sayang kembali ke port lepak kitaorang. siap sedia untuk bermandi-manda di tengah panas-panas buta. sebelum pi mandi, datang satu keta satria letak keta berdekatan kitaorang, sepasang kekasih lelaki dan pompuan. aku pun buat tak tahu jelah. bila aku jejak kat gigi pantai, sayang pun cakap "waa dah tenggelam dah awek dia". aku tanya "tenggelam macamana?". sayang balas, "tu ar pompuan tu dah tak nampak lagi".
aku tak nampak apa yang berlaku sebab aku tak pakai spek masa tu. nak mandi tak payahler bawak spek, ada kang hilang kena telan air laut *pengalaman tu*. ekceli kapel tadi kuar dari keta dan duduk di kawasan yang memang orang tak pi, terpencil di balik rimbunan pokok dan semak samun. masih di pantai tapi bukan di kawasan orang berkelah. biasalah kan kalau dah berdua, apalagi.. sayang jelah yang nampak aksi2 romantis tu dari kawasan kitaorang mandi-manda. yang aku nampak hanyalah kelam-kelam merah menyala, warna baju kapel tu pakai. biaq pilah, aku pun bukannya bagus sangat. mandi lagi syiok *walaupun sama tapi tak serupa*.
dalam pukul 3.30 petang kami meninggalkan Tjg Leman. syukur sebab takde hujan turun mahupun tanda-tanda mendung walhal masa pi dan balik sesekali kitaorang merempuh kawasan hujan lebat. aku cakap ngan sayang, lain kali kita pi sini lagi ek. sayang pun nak sebab ada satu benda yang kitaorang tak puas. tak puas mandi sebab tak nampak orang sewa boya *dua2 tak tahu berenang, ekeke..*. dah nak mandi bilas badan barulah jumpa. aisehman, ular mati atas simen. lain kali ek sayang kita pi sana lagi. kita sewa boya, pastu mandi puas-puas sampai tak hengat dunia.
Ahad 19.09.2004 - sayang bertolak pulang ke Segamat lebih kurang jam 11 pagi dalam keadaan hujan renyai-renyai juga. lepas tu aku sibuk ler membasuh segala mala baju kotor dan kemas bilik. tak abis membasuh aku dah terbongkang atas katil, tidoler apa lagi. lepas ni kami berjanji akan berjumpa seminggu sebelum raya, giliran aku plak ke Segamat. lagipun aku dah lama tak menjengok mak mertua. sesekali kenalah ngadap Ibu Mertuaku itu. :p
nguLat ngepost | 9:56 PM | |
life, love, togetherness..
Friday, September 17, 2004
Sayang,
terasa baru semalam aku mengenalimu
terasa baru sebentar kau cuba mendekatiku
terasa baru seketika aku bermain perasaan denganmu
dan hari ini genaplah 365 hari kita bersama
setahun tidak lama, harap kekal bertahun-tahun hendaknya
tidak dapat ku rungkaikan dengan kata-kata
perasaan penghargaan ku terhadap cintamu
kau membaluti luka hatiku dengan jujurmu
kau menerima diriku seadanya aku
aku mewah dengan kasih sayang dan cintamu
dan aku mahu terus berkongsi kasih sayang dan cinta ini
dengan dirimu yang amat aku sayangi, selamanya..
Sayang,
Selamat Ulangtahun Pertama Perkenalan & Percintaan kita
Moga kebahagiaan bersama kita berdua..
Of all the people in this planet
It was no accident that you and I were brought together
I Love U not only for what you are
But for what we are when I am with u
You are the love of my life..
nguLat ngepost | 1:17 PM | |
aduhai sayang
Thursday, September 16, 2004
Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh..
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena..
nguLat ngepost | 6:16 PM | |
mari bersenam lenang
Wednesday, September 15, 2004
rindunya aku dengan blog aku ni. dua hari lepas aku kureng sihat, demam. dan demam aku ni dah berjangkit kat sayang aku plak yang berada beratus kilometer dari bandar jb ni. tak tahulah macamana boleh berjangkit. agaknya melalui sms atau gelombang suara aku kat tepon kot. cian dia tak mc. demam2 pun kena keje gak. kata dia banyak keje kena selesaikan, tak boleh cuti. almaklumlah hujung minggu ni dia nak bercuti sakan. ekekeke..
apa ek rancangan kitaorang untuk menyambut ulangtahun tu? mula2 sayang cadangkan kitaorang pi mencuci mata kat pantai2 di Mersing. dari minggu lepas aku carik mana2 chalet atau resort yang sesuai. carik punya carik, pilih punya pilih akhirnya sayang tak mo pi sana. dia kata penat nanti drv ulang alik jb mersing, pastu nak balik segamat lagi. *kalau ada awek tersayang kat sebelah, manalah penat kan kan kan?* aku pun pikir yang sama gak. kesian kat dia. sayang pun cadangkan kitaorang sewa je bilik hotel yang ada kat sekitar bandar jb ni, abiskan masa berdua kat situ tanpa gangguan. aku memang setuju aje. jadik tugas aku skang mencari lokasi hotel yang sesuai, yang best dan kalau boleh aku nak ngadap laut gak. takpelah kalau terpaksa mengadap pantai lido ke atau stulang laut, janji laut. kalau diaorang kasik bilik ngadap semak batu belakang hotel, musnahlah impian akakk..
semalam pagi2 buta kawan aku antor msg kat aku, tanya "weii korang, ada sesapa nak beli vcd jrobik? 5 hengget je". aku apa lagi dengan penuh semangatnya pun membalas, "aku nak satu". petangnya vcdnya dah ada pung kat tangan aku. JRobik tu apa ek? jrobik tu samalah macam senaman beraerobik cara mat salleh kat dalam tv tu. cuma bezanya jrobik ni senam aerobik cara melayu, cina dan india. ada gerak zapin, taichi, silambam dan silat. fuhh berpeluh gak dibuatnya, lagi2 aku yang memang kaki berpeluh ni. singkatan J itu untuk negeri Johor, Robik plak diambil dari perkataan aerobik. jrobik ni ilhamnya dari MB Johor kot, dah setahun lebih bertapak kat bumi Johor ni. yang tukang karang pergerakkannya ialah budak2 Yayasan Warisan Johor, yang terkenal dengan keterorran diorang dalam tarian zapin.
harga vcd asli jrobik ni aku tak tahu, kalau nak beli pung kat YWJ je kot, nun di pantai lido sana. tapi terima kasih kepada teknologi bakar-membakar cd, dapatlah aku beli secara rompak dan cetak punya. sesapa yang takde masa nak berlari-lari anak di waktu petang di musim yang lalu, kalau nak senam takmo orang perati, nak senam di depan tv atau pc kat rumah, bolehler cuba jrobik ni. setengah jam berpeluh setiap hari membantu kita membina otot jantung yang kuat dan sihat. yok robik yokk!
nguLat ngepost | 6:00 PM | |
teksi pompuan
Sunday, September 12, 2004
hari Jumaat yang abah antar aku pi keje, jadik terpaksalah aku balik rumah sendiri. aku ni dah lama sangat tak naik bas awam pi balik keje atau ke mana saja sekitar jb, jadik aku pun dah terasa kemalasan nak tunggu bas dan turun naik bas *nak pi rumah aku kena tukar bas 2x*. jadik alternatif lain ialah menghabiskan duit naik teksi. aku pung pilah Kotaraya, naik teksi kat situ. dalam perjalanan nak pi taxi stand, kat depan aku ada sorang kakak yang langkahan kakinya sejibik menuju ke arah pondok teksi. aku pun follow jelah kakak tu dari belakang. aku pandang ke arah pondok teksi, sekali tu teksi wajalah yang dok tunggu depan sekali *macam jakun plak ek*. mula2 tu aku buat tak tahu je, pastu aku pandang teksi belakang waja, teksi wira. pastu aku pandang orang yang pandu teksi wira tu. alamak dari jauh macam spesis aku jek. isk, ni yang aku malas ni. tapi takkan aku nak berebut jalan cepat2 kejar kakak depan aku tu semata2 nak ngelak teksi wira tu, nanti akak tu ingat aku tergila-gila nak naik teksi waja plak *macam tak penah naik plak*, lagipun tak macholah macam tu kan.
kenapalah plak aku nak ngelak naik teksi wira tu. ntah aku pun tahu. tapi memang aku naik teksi wira tu pun, takde pilihan. lepas cakap destinasi rumah aku, aku pun alihkan bontot aku kat sebelah kiri pemandu, bukan tempat duduk depan, aku dok belakang alih dari kanan pi kiri. aku tak berapa gemar dok belakang tempat duduk pemandu lagi2 kalau naik teksi. sekali imbas pemandunya memang macam spesis aku tapi sekali tu dengar suara dia, alamak tak macho langsung. maksud aku tak keraslah. tapi bila tengok gaya duduk, dressing, cara memandu takde plak gaya lady driver. tak panas lagi aku duduk, akak ni dah mula nak berborak dengan aku. oh, dia bahasakan diri dia "akak". aku pelik jap bila dia panggil diri dia "akak", kalau "saya" takpelah jugak. jadik untuk menghilangkan segala kemusykilan aku pun layan akak tu berborak. mungkin boleh korek2 apa yang patut. aku lupakan pasal penampilannya, mungkin berpakaian seperti lelaki supaya tak mudah dibuli orang.
macam-macamlah yang akak tu borakkan. dari pasal masalah dia bawak teksi, karenah penumpang, tambang menambang, jpj sampailah bab dia nak carik orang beli kancil dia. aku pun layan jelah cuma kalau dah masuk tambang2 ni aku malas skit nak komen. yelah orang teksi selalu merungut guna meter pendapatan sikit termasuklah akak tu. dia siap cakap "apalah salahnya kalau tambah seringgit dua dari tambang kat meter". aku "ermm" ajer, malas nak menambah cerita. kalau nak ikutkan hati, nak aje aku cakap kenapa teksi kat kl boleh ikut meter sejibik tapi teksi kat jb tak boleh plak. yelah, aku faham kerja orang bawak teksi ni, maintainence banyak sebab teksi tiap2 ari berjalan, tapi tu berpada2lah jugak kalau cakap pasal tu. dia perlu ingat penumpang pun ada hak jugak. aderlah lagi cerita2 dia yang aku rasa cam kelakar je bila dengar. benda2 "kelakar" ni aku layan "ermm" jelah sambil buat muka musykil.
dalam pada dia borak2, aku ada terpikir nak tanya kenapa dia bawak teksi atau dah kawin ke belum tapi soklan tu tak terkeluar plak dari mulut aku. yang aku tahu dah setahun lebih akak tu bawak teksi, tapi sebab-musabab jadi pemandu teksi tak pula diketahui. dari raut muka akak tu, aku agak umurnya pertengahan 30-an. nak kata dia spesis aku, susah plak nak dijangka. bukan aku tak pernah naik teksi pompuan bawak, tapi yang ni lain sikit. ni part paling menarik.. ada ketikanya teksi dia melanggar sesuatu, contohnya amik corner tapi tergesel skit atau dia tak perasan bonggol jalan, dan terpaksa break mengejut, akak tu cuba kontrol keadaan atau senang cakap kontrol macho dengan beri alasan atau berdecit *isk*. masa tu aku nak tersenyum pun ada, cam senget tapi macam tak. aku bukannya tak tahu gaya orang2 macam aku kalau cuba kontrol macho, sejibik macam apa yang akak tu buat.. ekekek..
tak sempat aku nak menjengah tengok namanya dan ic number kat dashboard teksi. malah meter pun aku tak nampak sebab akak tu pasang kotak tempat letak tangan kat belakang gear. tangan dia plak asyiklah berehat kat situ sampai aku tak boleh pandang kat meter. aku carik gak bias meter kat cermin tingkap tempat aku duduk, pun tak nampak. bila sampai kat rumah aku, aku pun tanyalah berapa. dia cakap "sepuluh ringgit boleh dik?". aku pun hulurlah note RM10 tu sambil dalam hati cakap, "dalam borak2 terkena gak aku". pagi tu abah dah nasihatkan aku, baik2 naik teksi jangan sampai terlebih bayar. sehari sebelumnya abah nak teksi dari Kotaraya gak dan sampai kat rumah cuma RM6 je, ikut meterlah plak tu. sampai la ni abah tak tahu aku bayar sepuluh hengget kat akak tu, kalau abah tahu tentu aku kena bebel tak sudah.
nguLat ngepost | 9:30 PM | |
jalan kita masih panjang
Thursday, September 09, 2004
|| Jalan Kita Masih Panjang - Dewa ||
Di persimpangan, menatap berdua
Ombak yang coba pecahkan, karang cinta kita
Palingkan rasa, silaunya dunia
Hati kecil coba nyanyikan, suara kedamaian
Bahagia sejati
Jalan kita masih panjang, masih ada waktu tersisa
Coba kuatkan dirimu, jangan berhenti disini
Beri satu kesempatan, cinta suci berbicara
Waktu 'kan mengilhami, kedewasaan hatimu
Resapi jejakku, ikuti langkahku
Tegar meski harus merangkak
Ringankan bebanmu bantu kamu melangkah
Di simpangan hatiku hatimu, singkirkan duri yang ada
Satukan dalam hati, kita jalani semua berdua..

nguLat ngepost | 11:24 PM | |
bila DSAI dah kembali
Wednesday, September 08, 2004
minggu lepas kita digemparkan dengan berita pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim dari penjara. beliau telah menjalani hukuman penjara 4 tahun dari 6 tahun yang dijatuhkan atas tuduhan didapati bersalah terhadap menyalahgunakan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual. kemudian rayuan Dsai bagi mengenepikan sabitan dan hukuman 9 tahun penjara berhubung tuduhan meliwat bekas pemandu keluarganya juga memihak kepadanya. dengan itu juga, adik angkat beliau Sukma Darmawan turut dibebaskan daripada sabitan dan hukuman yang sama.
reaksi awal aku memang sangat2lah terkejut dan bagai tidak percaya. bila 2 daripada 3 orang hakim yang mendengar rayuan itu membuat keputusan memihak kepada Dsai, aku tertanya-tanya adakah ini membuktikan tuduhan meliwat itu hanya satu konspirasi untuk memalukan Dsai dan keluarganya? aku memanglah dari dulu tak percaya dengan kes meliwat ni sebab ia satu perkara yang amat menjatuhkan air muka orang. macamlah takde alasan kukuh lain kalau iya pun nak sangat politik Dsai tumbang. asalnya Dsai mempunyai berderet2 pertuduhan yang nak didakwa kepadanya tapi benda liwat ni gak yang didahulukan. tu pasallah agaknya masih ramai yang menyokong perjuangan beliau sebab dakwaan liwat ni benda tak masuk akal, kemungkinan berlaku itu ada tapi sukar untuk dipercaya melainkan kena tangkap masa betul-betul tengah basah.
apapun seperti yang pernah aku cakap dulu, hanya Dsai yang tahu apa yang dia buat dan dia boleh menafikan cerita itu atau mengiyakannya. suatu ketika dulu aku pernah mengkagumi Dsai dan meramalkan beliau adalah pengganti terbaik Dr.M. ini kerana Dr.M telah mendidik dan menaikkan beliau setingkat demi setingkat, kerana Dr.M nampak potensi itu dalam diri beliau. skang bila Dsai telah dibebaskan, semacam timbul satu kerisauan dalam hati aku. aku tak mahu gerakan reformasi mengacau-bilaukan negara lagi. paling penting aku tak suka melihat orang Melayu sama Melayu bertekak mempertahankan ideologi politik masing-masing sedangkan bumi yang diorang pijak bukanlah milik diorang sepenuhnya. tak dinafikan ada benarnya perkara2 yang ditimbulkan oleh Dsai tapi kalau perkara2 itu dibincangkan bersama dengan barisan kepimpinan kerajaan sekarang, kemungkinan perpecahan akan bertaut kembali. begitu jugak tak semuanya boleh dipersetujui, sesetengahnya mungkin berkepentingan di pihak Dsai sahaja. lagipun apa kurangnya idea2 dalam BN? sama aje dengan idealisme yang Dsai bawa cuma berbeza cara dan pendekatan. jadi semua pihak kenalah rasional dan bertolak ansur, barulah perdamaian dapat diwujudkan dan hak yang telah tergadai digali kembali.
Dsai skang harapan parti pembangkang untuk bangkit semula. pembangkang dah hilang sengat setelah Pak Lah jadik PM. dipundaknya terletak seribu pengharapan meneraju berbagai ideologi pembangkang. kalau hanya bermain dengan sentimen emosi dan simpati, ia belum mampu menjadikan Dsai orang nombor 1 dalam negara. aku mengkaguminya, bersimpati dengannya tapi bila berdepan dengan realiti, aku perlu bersikap rasional.
harapan aku sebagai seorang rakyat daripada puluhan juta rakyat plak ialah melihat kemajuan bangsa seiring dengan kebolehan menjadi peneraju negara. kalau Pak Lah dan Dsai boleh mencapai kata sepakat, Pak Lah menerima kembali Dsai dalam UMNO, dan Dsai pula mengenepikan sejarah hitam dalam hidupnya selama 6 tahun yang lepas, aku harap ramalan Dsai sebagai PM menjadi kenyataan. dalam politik tiada yang mustahil, tiada yang kekal, tiada yang selalu menang, tiada yang selalu kalah, tiada yang selamanya merajuk, tiada yang benar2 betul, tiada yang benar2 salah dan setiap satunya ada pengikut tersendiri. ewahh2.. memadai memasang harapan. mana nak letak DS Najib Tun Razak tu? alaa Dr.M kan pernah membuang 2 timbalannya sebelum Dsai jadi TPM, sejarah telah membuktikan per. tapi bolehkah hati Pak Lah sekeras Dr.M? sekeras kerikil? ntah, biar masa menentukan. masalah Dsai hanyalah dengan Dr.M, bukan dengan Pak Lah. keputusan skang di tangan Dsai, memilih perdamaian atau sebaliknya.
*huh, berpolitik awak ari ni? aper, orang senget cakap politik boleh kena penjara ke?*
nguLat ngepost | 8:55 PM | |
tak, nak rokok
Tuesday, September 07, 2004
pompuan kalau merokok nampak manis tak? yang selalu orang cakap ialah tak manis betul kalau pompuan merokok. pada pandangan mata aku, kalau yang merokok tu jenis pompuan ayu, memangler tak manis mata memandang. merokok tu macam bercanggah dengan keayuan dan kejelitaan yang dia ada. macam nampak pompuan jahat. kalau yang merokok tu pompuan pengkid dan yang sewaktu dengannya plak, aku rasa diorang ni hanya nak tunjukkan kemachoan dan tonjolkan sifat kelelakian dalam diri. well itu pada pendapat akulah.
kalau ditanya aku merokok atau tidak, jawapannya aku bukan perokok. tapi tipulah kalau aku cakap aku tak pernah merokok. jangan terperanjat kalau aku cakap kali pertama aku cuba-cuba merokok ialah masa aku darjah 6. nak kata pengaruh ahli keluarga pun bukan sebabnya masa tu adik lelaki aku kecik lagi, dan abah aku plak merokok hanya sekali sekala. nak kata pengaruh kawan, pun tak gak. kawan2 aku masa tu semuanya baik2 belaka, kanak2 ayu. aku cuba try test merokok sebab aku jual rokok. alaa, masa tu bapak aku meniaga kedai runcit, jadi aku selalulah kena jaga kedai dan nampak macam best je mamat2 ni beli rokok, barang yang paling laku. jadi pada satu hari yang hening, aku pun curik satu kotak rokok dari kedai bapak aku dan curik2 merokok kat bilik aku. perasaan nak tahu rasa nikmatnya merokok tu telah mendorong aku bertindak demikian. huh, nakal sungguh aku masa tu.
nasib baiklah bapak aku tak tahu sampai la ni, kalau dia tahu mesti aku kena bantai teruk2. sedangkan adik lelaki aku tu pun dia menyinga bagai nak rak *hanya boleh merokok lepas tamat sekolah*, apatah lagi anak pompuan dia. so, apa aku rasa masa first time cuba tu? nak kata rokok tu nikmat, nikmat lagi s**s ekekekeke.. nak kata sedap, sedap lagi nyonyot gula2. ntah tak tahu apo aku rasa sebab aku tak rasa apa2. yang tinggal hanya rasa kelat2 kat mulut je. hanya ada satu perasaan yang muncul masa aku merokok iaitu rasa macho giler babas. rasa macam best je. rasa macam jahat pun ada.
masa aku keje kat kl dulu dan tinggal ngan ex-gf aku, housemate aku dan pengkidnya perokok. kawan2 aku ketika itu yang sekitar lingkungan senget semuanya merokok. ex-gf aku plak dia merokok sembunyi2 belakang aku, masa dia tengah tension atau marah mulalah merokok. hisap sebab nak hilangkan tension. dia tak hisap depan aku sebab dia tahu aku tak berapa suka. nak ikutkan pengaruh masa tu memang kuat, sekali berkumpul kiri kanan semuanya hisap. asap berkepul2. macam best je tengok diorang hisap. macam ada satu feel yang tak boleh dikongsi bersama. tapi oleh sebab aku tak rasa apa2 melainkan rasa diri macho, aku pun takler join merokok. mungkin kalau aku nak tunjukkan kemachoan depan orang dengan merokok, dan ulang hisap tiap2 hari, itu boleh jadi habit kemudiannya. satu benda kalau kita bermula hanya dengan cuba2, suka2 atau main2, kemudian mengulanginya ulang dan ulang memanglah boleh jadi tabiat atau gian. sama macam s**s, sekali cuba rasa bertaubat *bagi yang terlaranglah*. bila berkali2 cuba, rasa gian, best dan sedaplah plak. nah, rasakan penangannya. ekekek..
jangan salah sangka aku anti perokok plak bila aku cakap aku tak merokok dan tulis entry pasal pompuan merokok ni. aku tak anti perokok malah aku tak tegah dan tak kisah dengan kawan2 yang merokok. itu masing2 punya duit, masing2 punya badan, masing2 punya hallah. aku ni dahlah senget yang nyata lebih dasyat dari merokok, jadi tak payahler aku nak tunjuk baik. aku faham kebanyakan diorang tu bermula dengan suka2. bila dah jadi tabiat itu yang sukar nak dihilangkan. aku pung bukannya tak merokok langsung. aku ni casual smoker, hisap bila terlintas nak rasa, ikut tempat dan keadaan. bila datang otak senget aku saje2 nak merokok, aku amikler sebatang dari adik aku. masalah plak kalau aku jadi perokok tegar, yang kalau tak hisap sehari tak boleh. dahlah tinggal ngan mak bapak, ade kang tak pasal2 percuma aku kena pelangkung.
nguLat ngepost | 10:19 PM | |
konfem Ami senget!
Monday, September 06, 2004
17 September 2004.. jeng jeng jeng.. pada tarikh tersebut bukan sahaja tarikh keramat buat aku dan sayang, tetapi juga tarikh bermulanya siri tv realiti kegemaran aku iaitu Survivor musim ke-9 : Vanuatu. sekapal sebelum ni ada tulis pasal survivor dah nak start balik. pada masa tu aku sendiri tak konfem bila mula disiarkan kat tv. skang ch5 sejak dua tiga hari ni dah mula buat promo pasal Survivor9. jadi betullah tekaan aku, hanya selepas sukan Olimpik habis je barulah musim baru Survivor bermula.
kalau tak silap perkiraan aku, masa Survivor9 kuar nanti, Amazing Race5 belum habis. kat ch5 takde masalah pertembungan masa siaran sebab AR disiarkan ari Rabu 10.00 malam manakala Survivor plak ari Jumaat 10.00 malam jugak. tapi kalau kat ntv7, AR skang berada di slot kebiasaan Survivor ditayangkan iaitu Jumaat 11.10 malam. aku jarang stay kat ntv7, jadi tak tahu samada ada ke tak promo Survivor kat situ. mungkin jugak hak siarannya akan diambil alih atau dibeli oleh tv lain, misalnya 8TV ke. aku pun jarang stay kat 8TV, pun tak tahu perkembangan kat sana. aku ni penunggu setia ch5 je. sesapa yang tahu pasal tayangan Survivor9 kat tv mesia, silalah kongsi informasi kat aku ek sebabnya aku suka tengok ulangan Survivor lebih2 lagi kali ni ia istimewa skit.
seperti yang dimaklumkan oleh sekapal dalam entrynya yang lepas, peserta Survivor kali ni turut disertai oleh dua orang pompuan senget iaitu Dr Scout Cloud Lee dan Ami Cusack. Dr Scout memanglah konfem senget manakala Ami plak agak kekaburan mengenai kehidupan sengetnya kerana biodatanya di website rasmi Survivor9 tak berapa jelas. setelah aku ronda2 satu dunia, aku jumpa pengesahannya seperti yang dijelaskan di bawah ini.
Ami IS Dating a Woman - Confirmation
"No offense taken. Since Ami felt comfortable providing the information for the CBS Survivor bio, I feel comfortable that I won't break her confidentiality by confirming that, yup, Ami's partner Crissy is a woman. A delightful one, at that, and a loved family member!" - Ami's Cousin
hal ini disahkan sendiri oleh sepupu Ami a.k.a Janet di laman web Unofficial Survivor Guide. mahu tak mahu aku percaya jugaklah. lagipun kat website After Ellen dah ada rencana pasal perkara ini walaupun rencana tu hanya bersumberkan laman web CBS/Survivor9 je. tajuk rencana tersebut ialah Finally! Lesbians on Survivor!
betulkah siri Survivor sebelum ini tiada pompuan senget jadi peserta? sebenarnya ada cuma ia tidak dihebohkan. setelah peserta tersebut terkeluar atau Survivor musim tersebut tamat barulah meka keluar dari lemari. aku ni pun baru dapat tahu bila dah penin kepala pusing satu dunia. dalam ramai2 tu, hanya Sonja Christopher peserta musim pertama Survivor Pulau Tiga sahaja yang benar diketahui kesengetannya. itupun macam aku cakap tadi, setelah dia terkeluar dari saingan. Sonja ni bikin sejarah betul sebab dia jugak peserta pertama yang dikeluarkan dari Survivor musim pertama yang mana pemenangnya ialah Richard Hatch, si gay gendut.
aku dapat maklumat kat atas tu dari laman web Surviiivor.com. aku tampalkan kat sini benda2 yang bebudak tu cerita ek. *senang korang baca..ekeke*
Not First Season for Lesbian(s)
If anyone remembers, we have had at least one known lesbian on Survivor. It was the first Survivor and the first person voted out; Sonja Christopher. It wasn't widely known because her "catch" was being an older cancer survivor. In fact, Sonja is a lesbian and currently with her partner Gail - survivor1fan04
Re: Not First Season for Lesbian(s) [In reply to]
This is true, but she wasn't "out" at the time. I did not learn of her orientation until I read "Stingray". The anecdote of Jeff Probst asking Rudy about his opinions of gays and lesbians while Rudy was sitting between Dicque and Sonya was almost worth the price of the book alone! - profplum
Re: Not First Season for Lesbian(s) [In reply to]
Yeah. I'm pretty sure there have been a few Survivors who were gay and were either closeted about it while on the show or voted off to early for them to actually come out. As I recall, Jeff and Mitchell from Survivor: Australian Outback and Stephanie and Shii Ann from Survivor: Thailand were all suspected of being gay at some point or another. This season is special because two women will be out while on the show.. and hopefully stick around for a bit. - TommyP
uiks, giler siot aku pasal survivor dan peserta2 lesbiannya ni. kenapalah aku sibuk sangat pasal diorang? reason aku sama gak macam yang sekapal jelaskan iaitu "saje, suka tgk org2 yg sekapal dgn kita dlm tv. Nak tgk acamna perangai diorg. Apa reaksi diorg dgn org lain. Best ke diorg ni, tak best ke.. Kalau best boleh wat jadik role model. Kalau tak best, boleh la dinyahkan dr kotak fikiran ini. Sonang yo. Lagi satu, kita manusia ni lebih mudah tertarik dgn org yg byk persamaan dgn kita. Jadi bila ada lesbian kat TV, org2 cam aku ni cepat je la tertarik." sumber petikan dari blog sekapal. *ekeke..tampal lagik sebab otak aku sekapal dengan sekapal* :p
aku ceritakan skit pasal Survivor Vanuatu. kali ni bilangan pesertanya bertambah 2 orang menjadikan jumlah mereka 18 kesemuanya. mereka dipecahkan kepada dua tribe yang mewakili 9 lelaki dan 9 perempuan. tribe lelaki vs tribe pompuan. alaa sekejap je tu. mesti ada twist yang Mark Burnett buat. dah masak sangat dengan asam garam survivor. aku rasa diorang tambah dua peserta disebabkan dah ada pengalaman masa Survivor8 yang lepas, kan diorang 18 orang jugak. alaa.. mudah je nak buang dua orang dalam satu masa. oklah, cukuplah bebelan aku pasal Survivor kali ni. tak sabarnya nak tunggu Jumaat minggu depan. dua peristiwa satu masa. adios bebeh!
nguLat ngepost | 10:25 PM | |
pu3 gunung ledang
Friday, September 03, 2004
semalam aku pi tengok filem Puteri Gunung Ledang dengan sayang kat City Square. pagi2 lagi dah terpacak kat cs, jadik dapatler tiket yang murah skit. 5 hengget je sorang. sayang plak bila nampak ada citer Aku No.1 ditayangkan, dia pun nak tengok citer tu. PGL pukul 11 pagi, AN1 pukul 11.25 pagi. jadi sayang pun berikan cadangan nak tengok AN1 lepas PGL, tapi takde rezekilah plak. sebabnya yang pukul sebelas lebih tulah satu-satunya untuk tayangan pada hari tersebut. dah nak abis tayanglah tu. aku cakap ngan sayang kalau dia nak tengok jugak AN1, beli vcd jelah jawabnya. sayang pun mengalah. ekeke..sayang awak.
cik aida soh aku buat review tentang filem PGL ni. tetiba aku rasa cam tak reti plak nak review. aku tulis kisah ceritanya skit2 jelah ek. Filem Puteri Gunung Ledang ini mengisahkan tentang Puteri Majapahit, Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumillah (Tiara Jacquelina) yang jatuh cinta dengan Laksamana Hang Tuah (M. Nasir). Atas dasar cinta yang tak berbelah bagi itu, Gusti Putri telah melarikan diri dari Pulau Jawa dan menuju ke Gunung Ledang tempat kedua-duanya berjanji bertemu dan hidup bersama. Dalam masa yang sama, Pulau Jawa telah diserang oleh Pangeran Demak dan untuk mengelakkan serangan tersebut berterusan, Gusti Adipati Handaya Ningrat (Alex Komang) abang kepada Gusti Putri mahu menjodohkannya dengan Pangeran Demak. Berita Gusti Putri pergi ke Gunung Ledang semata-mata cintanya kepada Hang Tuah telah menyebabkan Gusti Adipati pergi ke Melaka dan bercadang menjodohkan puteri itu pula dengan Sultan Mahmud (Adlin Aman Ramlie) bagi mendapatkan perlindungan kerajaan Melaka jika Pulau Jawa diserang Demak. Sultan Mahmud yang sudah beristerikan Tun Teja (Sofia Jane) bersetuju dengan cadangan tersebut dan menghantar rombongan peminangan ke Gunung Ledang yang diketuai oleh Hang Tuah. Walaupun pada dasarnya Hang Tuah amat menyintai Gusti Putri, Hang Tuah tetap patuh dengan perintah Sultan dengan sifat taat yang tidak berbelah bagi. Gusti Putri yang marah dengan keadaan tersebut akhirnya bersetuju menerima pinangan tersebut dengan tujuh syarat.
Dalam perjalanan pulang, Gusti Adipati telah muncul dan mengajak Hang Tuah beradu tenaga dan kemenangan memihak kepada Hang Tuah. Walaupun begitu Hang Tuah kemudiannya menjadi keliru dengan keputusan yang dibuat dan menyebabkan dia berasa malu dan tidak mahu pulang ke Melaka. Tujuh syarat yang menyusahkan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat Sultan Mahmud untuk beristerikan Gusti Putri. Gusti Putri kemudiannya muncul di istana Melaka dan memberitahu walaupun Sultan Mahmud sanggup menunaikan tujuh syarat tersebut, beliau tetap menolak untuk berkahwin dengannya kerana sebenarnya beliau telah bersetuju untuk pulang ke Pulau Jawa dan berkahwin dengan Pangeran Demak. Untuk memuaskan hati semua pihak, Gusti Putri memohon keizinan Sultan Mahmud untuk menetap di Gunung Ledang. Sultan Mahmud yang marah kerana berasa dihina dan dipermainkan oleh Gusti Putri telah bersetuju dengan pemintaan tersebut dengan bersumpah bahawa sesudah suboh esok harinya, Gusti Putri akan tinggal berseorangan di Gunung Ledang selama-lamanya dan tidak boleh dilihat oleh sesiapa kerana sesiapa sahaja yang melihatnya akan muntah darah. Bendahara (Dato' Rahim Razali) diperintahkan oleh Sultan Mahmud untuk mencari dan membawa pulang Hang Tuah ke Melaka. Setelah berjumpa, Bendahara pun menceritakan sumpahan Melaka bumi berdaulat yang dikenakan ke atas Gusti Putri. Hang Tuah pun pergilah mendaki dan mencari Gusti Putri di Gunung Ledang akan tetapi beliau tiba setelah matahari menjelang tinggi. Hang Tuah merayu kepada Gusti Putri agar menampakkan diri dan sanggup menerima akibat sumpahan tersebut. Tammat.
amboi panjang aku bagitahu jalan cerita PGL ni. bukan skit2 lagi punya cerita. seperti yang diwar-warkan, filem yang diarahkan oleh Saw Teong Hin dan lakonlayar bersama antara Mamat Khalid dan Saw Teong Hin ini membariskan pelakon-pelakon yang berwibawa termasuklah dari Indonesia dan Singapura. pelakon2 dari Indonesia seperti Christine Hakim (Bayan), Slamet Rahardjo (Patih), Alex Komang (Gusti Adipati Handaya Ningrat) dan termasuklah sekali si Dian Sastrowardoyo, awek Indon cun dan heroin dalam filem Ada Apa Dengan Cinta. dalam PGL, Dian muncul pada babak awal filem sebagai anak penjual ubat. mula2 aku tak kenal gak itu Dian, pastu tenung punya tenung barulah perasan dia rupanya. pelakon dari Singapura plak ialah Mahadi Shor yang berlakon sebagai Shahbandar. rasanya orang2 yang tengok Suria je, salah satu siaran tv Singapura yang kenal pakcik sorang ni. dia ni pelawak terkenal kat sana dan lawaknya memang mengancam beb. kalau dia berlakon serius pun best gak. sementara itu barisan pelakon kita pun tak kurang hebatnya. lakonan Tiara, M.Nasir dan Dato' Rahim Razali tidak boleh dipertikaikan lagi. Adlin Aman Ramlie (Sultan Mahmud) dan Khir Rahman (Tun Mamat) yang asalnya dari dunia teater sudah tentu mantap dengan seni lakon masing2. pak lawak dalam filem ni ialah Sabri Yunus (Sang Setia), Man Bai (Topok) dan Radhi Khalid (Tapik), lawak ok bukan lawak bodoh. tak lupa jugak Rominah Sidek yang berlakon sebagai nenek kebayan. haa scene nenek kebayan ni ada kelakar seram skit.
kalau nak cakap bab2 teknikal ni aku kureng sikitlah. dah lama tinggalkan buku filem. aku tengok filem ini banyak gunakan teknik imbas kembali yang tidak berapa menyusahkan kepala otak untuk berfikir seperti sesetengah filem lain. dengan cara itu barulah kita faham mengapa dan bagaimana asal ceritanya bermula. aku cukup suka pada babak menterjemahkan 7 syarat Gusti Putri yang asalnya ditulis dalam bahasa Jawa. cara paparan babak tu memang betul2 mengkagumkan. aku tak pasti samada dialog diorang ni dibuat dengan dubbing suara atau direct record *aku belum tengok the making of*, yang pasti gerak bibir diorang sejibik, selari dengan dialog. itu yang best. adegan pertarungan Hang Tuah dengan Gusti Adipati macam tengok cerita Hong Kong tapi taklah keterlaluan. ia memperlihatkan unsur spiritual dalam seni pencak silat dan magis hindu jawa. secara keseluruhan aku puaslah tengok PGL walaupun ada ketikanya aku berasa agak lembab nak abis. even sayang aku tu tak sabar2 nak kuar panggung, nak terkucil plus dia rasa bosan skit. apapun sebagai bekas pelajar dalam perfileman, memang menjadi minat aku menonton cerita2 sebegini.
aku syorkan korang pergilah tengok sebagai tanda sokongan moral ke atas keberanian penerbit melabur untuk membuat cerita yang berkualiti dengan kos sebegini mahal. tidak mustahil ia mendorong penerbit2 lain membuat cerita yang lebih baik dan bermutu. harap PGL boleh mengharumkan kembali nama Malaysia seperti masa zaman Tan Sri P. Ramlee dulu. harap dapat merangkul anugerah di peringkat antarabangsa. situasi sekarang nampaknya negara jiran di sebelah selatan ni makin mengorak langkah dalam membuat filem2 bermutu. jangan sampai kita tertinggal keretapi sudah. awas!
meh ronda : laman web rasmi Puteri Gunung Ledang & PGL di laman web FilemKita.
nguLat ngepost | 8:16 PM | |
marang kerapu kepundeng parang sekaperr
Wednesday, September 01, 2004
berlompang2 hari keje aku minggu ni. semalam tak keje, ari ni keje, esok tak keje, lusa keje, tulat tak keje. bestnyerrr.. hari ni seperti yang dijanjikan sayang akan datang sini. 10 malam ni baru dia sampai. esok pula seharian aku akan menemaninya jalan-jalan makan angin kat bandar jb ni. mungkin aku bawak dia pi Danga Bay sebab sayang teringin sangat nak naik kuda dan bot kat situ. aku plak teringin sangat nak tengok filem Puteri Gunung Ledang.
rasanya cam rugi plak kalau tak tengok filem ni dan tak sokong citer tempatan kita. lagipun aku nak tengok hasil pelaburan RM15 juta yang dibuat oleh Tiara Jaq terhadap PGL dan kegagahan penggambarannya yang mengambil masa sampai 4 tahun untuk disiapkan *baca Utusan Malaysia*. uiks, cukup lama tu. lama tu sebab termasuk kerja-kerja pra & post production. diorang kat lokasi cuma 9 bulan kurang lebih jek. kalau filem ini tak boleh laku cam filem Sembilu atau apa2 citer yang melibatkan Erra, Yusry, Prof Razak atau Yusof Haslam, tak tahulah apa nak dikata lagi. agaknya kalau Tiara Jaq digantikan dengan Erra dan Yusry jadi Hang Tuang, oppss Hang Tuah baru laku giler babas kot. paper ari ni cakap jualan tiket untuk tayangan pembukaan PGL semalam habis dijual. kalau betullah macam tu, baguslah. satu perkembangan yang menarik.
PGL akan turut serta dan dipertandingkan dalam Festival2 Filem peringkat antarabangsa. baguslah macam tu. rugi buat citer mahal-mahal kalau tak antar bertanding atau dipertontonkan di luar negara. tapikan sejarah penah membuktikan tak semestinya filem mahal akan menang. selalu kita lihat filem yang kos produksinya murah tetapi jalan ceritanya berkualiti, lain dari yang lain, pelik atau simple yang akan mendapat tempat di hati juri penilai. harapnya PGL ada kualiti-kualiti seperti yang diharapkan. bukan setakat mahal je tapi isi habuk pun tarak.
hah, aku nak bagitahu pasal citer Girlfriend, filem Hindi senget yang penah aku tulis dua bulan sudah tu. aku dah tengok citer ni dan pada pendapat aku, citer ni terkeluar dari landasan citer senget sebenar. tak besh langsung. hanya gah pada nama sahaja tapi isi citer cikai secikai-cikainya. tak pecaya? silakan tengok kalau tak pecaya.
nguLat ngepost | 6:11 PM | |