Saturday, October 30, 2004

huhuhu..tahun ni rasanya tahun paling lembab aku beli dan antor kat raya. selalunya kerja2 membeli kad raya aku dah mulakan seawal seminggu berposa. tapi ntah kenapa tahun ni segalanya serba kelembapan. mood raya tu cam tak terasa lagi. hari rabu lepas barulah aku pi beli kad. itupun bila dah dengar lagu raya berkumandang masa aku jenjalan kat kotaraya. haa baru rasa mood nak beraya tu ada. kalau idak rasa sepi je posa kali ni. kat radio pun lagu raya belum lagi disiarkan. yelah, nanti kang kena kutuklah pulak kalau siarkan lagu raya awal2. kalau ada pun boleh dibilang dengan jari. mungkin esok lusa barulah galak kot stesen radio kita.

menghantar kad raya melalui pos tetap menjadi pilihan walaupun kemudahan e-kad berlambak di dunia siber. mungkin aku guna e-kad untuk kengkawan siber aku, untuk kenalan yang tiada alamat rumah kecuali alamat emel. apa sebenarnya erti kad raya pada diri kita? kad sebagai pengganti diri? sebagai tanda ingatan? untuk ucapan maaf yang tak mampu dilafazkan? atau semuanya sekali? bagi aku pemberian kad adalah tanda ingatan aku kepada kawan-kawan aku. aku mahu mereka tahu bahawa mereka tak pernah musnah atau luput dari ingatan aku. aku mahu jalinan persahabatan itu tetap terjalin walaupun sekian lama tak berhubungan. bagi aku sekeping kad yang diterima mampu membawa keceriaan kepada seseorang. apakah perasaan anda apabila anda balik dari kerja, atau dari mana2 sahaja dan setibanya anda di rumah, anda disambut dengan kad ucapan dari rakan anda? tentu sahaja kita berasa amat gembira sekali. itu tandanya kita masih mempunyai rakan yang mengingati kita dan tentunya menghargai jalinan persahabatan kita dengan diri mereka. itulah yang aku rasa semasa aku menerima kad dari kawan2 aku. dan itulah juga sifat aku, memberi kad kepada setiap rakan aku pada tiap2 tahun. tak kiralah kat mana aku kenal mereka, dari sekolah rendah, menengah, masa blaja kat u atau bila dah bekerja ni.

tiap2 tahun aku akan buat satu senarai semua rakan2 aku samada yang baru atau yang lama. aku takdelah sampai antor kad pada satu kelas. tentulah aku antor pada clique aku ajer. kengkawan rapat aku. tapi tahun ni satu senarai pun aku tak buat. kad raya yang aku beli ari tu pun tak banyak. yang aku pentingkan ialah kad raya untuk sayang aku. aku beli sampai 2 keping lagi. sebabnya ada satu kad tu aku berkenan sangat dengan gambo bibir merah menyala yang diletakkan merata-rata menghiasi kad. macam kad sambutan ari kekasih jer. kreatif sungguh! tahun ni aku elakkan dari membeli kad yang kuar muzik. sungguhler menarik perhatian orang kalau nak baca dan dengar. yelah, orang mestilah tahu kad bermuzik yang kita terima selalunya pemberian dari insan yang terrristimewa disebabkan harganya yang boleh mengurangkan duit raya untuk bebudak. ekeke.. ada jugaklah aku beli kad untuk kengkawan. sekadar yang terlintas dipikiran jer. ni pun tak tulis lagi. kang kalau lewat antar, alamatnya lepas rayalah baru sampai kat rumah si penerima. kalau tak sampai langsung tu tandanya posmen simpankan kad kat rumah dia sampai berpuluh2 ribu jumlahnya.

ari ni aku terima kad raya pertama dari kawan aku, antara kawan rapat aku kat jb ni. lelaki, dah kawin pun tapi dia masih ada masa antor kad raya untuk aku n kengkawan lain. sebabnya kitaorang pernah cakap dulu, kalau dah kawin sekalipun, jangan sampai kita lupakan kawan yang penah dulu susah senang bersama. kawan aku ni yang aku penah citer berbulan lepas yang abang dia masuk MI dan berada dalam 12 finalist. cara beri ucapan kawan aku tu dah bertukar. selalunya dia menulis, kalau tak sepatah pun, dua tiga patahlah. kali ni berpatah2 pula ayatnya. sebabnya dia print out ucapan dia dan just tampalkan ajer kat kad raya. dakwat pen yang wujud hanyalah tandatangan dia. sungguh mudah! bolehlah tiru ek.

uiks, aku slow antor kad, kad yang aku terima pun slow gak. aku ingat lagi dolu2 aku ngan adik2 aku sungguhlah berlumba sapa dapat kad raya yang paling banyak. selalunya akulah yang dapat tempat pertama sebabnya kengkawan aku merata. admirer pun ramai. ekeke.. perasan! adik aku yang lelaki lagi terror. mana taknya, awek2, bekas awek, admirer, kakak berangkat berantai sumer antor. aku pun seronok sebab dapat tumpang baca sekali. adik pompuan aku plak yang paling kureng. sebabnya dia tak seglamourr kitaorang. keh!keh!keh! dah tu nanti kad raya pun bergantunganlah di dinding rumah buat perhiasan masa raya. tapi itu sumer citer dolu2, skang dah tak gantung lagi kad raya. sumer dah besar panjang, sifat bebudak dulu hanyalah tinggal kenangan.

kalau ada sesapa yang teringin nak tengok tulisan tangan aku yang macam cakar ayam, bolehler mengantorkan alamat surat menyurat kat emel aku. tapi jangan lupa pada pesanan penaja, pecah kaca pecah gelas, lepas baca jangan buat2 lupa nak balas. lorrr.. :P



nguLat ngepost | 11:17 PM | |

Friday, October 29, 2004

semalam aku kena lagi demam kura2 macam dua minggu lepas. tak berdaya aku jadinya. kena kat opis plak tu, pukul 10.30 pagi. betul2 tengah kerja. simptomnya sama, aku makin rasa sejuk yang teramat, tekak loya, kepala penin cam rasa nak pitam. dalam 5 minit lepas tu aku mula rasa berpeluh. bila berpeluh je, aku pun dah rasa ok. oklah dalam erti kata aku tak rasa sakit macam tadi. muka dan tangan aku tetapler pucat lesi. opismate aku soh pi klinik. kali ni aku takde pilihan lain melainkan kena gak buat pemeriksaan doktor. jadi aku pun pergilah klinik kat kotaraya. nasib baik dekat, jalan kaki je.

aku pun ceritalah kat doc tu sakit yang aku rasa. aku bagitahu sekali simptom yang sama yang aku kena 2 minggu lepas tu. doc tu check macam biasa. cek dada, amik nafas, tengok tekak, tengok mata lastly amik tekanan darah aku. pastu doc tu pun cakap "awak takde apa. cuma nak kena demam. virus demam yang serang awak. saya kasi ubat demam jelah yea". aku terperanjat gak. uiks, demam je ke? dalam kepala aku macam2 imaginasi ada. alhamdulillah kalau setakat demam biasa. aku bayor ubat, memang ubat demam je dia kasi. balik opis tapi aku tak boleh buat kerja. aku rasa serba tak kena dengan badan aku. cuba baring kat surau pun tak boleh relax gak. bisa sejuk opis menyucuk satu badan. jadi aku pun amik half day. aku balik rumah, terpaksa memonteng posa, makan ubat, minum air badak pastu tido sepanjang petang.

sayang bila dengar aku kena lagi demam cam ari tu, terus kata nak datang. aku cakap tak payahlah datang, bukannya dia cuti pun. datang memalam, pastu pepagi buta dah nak balik segamat. kang terkocoh-kocoh nak pi keje lagi. memangler orang sakit selalu minta dimanja tapi kalau setakat demam ni oklah lagi. dah pi keje pun ari ni.



nguLat ngepost | 1:52 PM | |

Tuesday, October 26, 2004

aiseymen, semalam tak sempat plak aku nak memblog. banyak benda aku nak mengomel. naik sesak trafik kat kepala aku ni dek pikir benda2 mengarut. ekceli kekadang aku rasa dah tak kisah nak memblog. cam rasa nak membebaskan diri dari internet. nak membebaskan diri dari kehidupan online. itulah yang aku rasa bila aku menyepikan diri pada minggu yang sudah2. buatkan orang tertanya2 kenapa blog aku berubah, kenapa aku tak update blog, dan memacam lagilah. sampai penat eden nak menjawab soklan. tapi wujud gak perasaan rindu aku pada blog aku ni. pada kengkawan yang aku kenal melalui blog aku. mana boleh lupa, kalau dah kaki tenet tu, memang sukarlah nak melepaskan tabiat yang ada.

ekceli aku bukannya tak update, aku tetapler menulis cuma aku tak publishkan aje. cam rasa tak mo berkongsi cerita. cam tak mo orang tahu keadaan aku pun ada. aku ni memang camni, mengarut tak sudah2. sampaikan sayang aku pun naik heran kenapalah dengan blog aku. ermm, hal ni ada gak kena mengena dengan dia. aku ni bila gaduh2 manja dengan sayang, mulalah segala mood menghilang. dua minggu sudah tu, hebatlah jugak aku bertengkar sms dengan sayang. adalah 2-3 ari tak bercakap dengan dia. jadik untuk mengelakkan mood tak baik berjangkit kat blog, lebih baik aku mendiamkan diri.

aku takutler kalau2 aku kena darah tinggi. sejak menjak ni mudah benar angin aku berubah. nak kata aku berangin tak jugak. aku ni bolehlah dikatakan sentiasa cool ajer. cehh.. mungkin agaknya dah lama memendam rasa, tu yang bila pecah terpalit gak kat orang lain. isk, aku tengah control coollah ni. lagilah di bulan poser, kena banyak bersabar. walaupun dikatakan semua syaitan diikat, bulan tanpa godaan dan gangguannya tapi manusia tetapler kalau dah bertabiat begitu, susah gak nak membuang. buat2 paham tak paham jelah yea apa yang aku ngomel ni. oklah, aku nak chow dulu. lain yang aku nak cerita, lain plak yang aku tulis. eh, tulis ke taip??



nguLat ngepost | 1:56 PM | |

Friday, October 22, 2004

8tv makin menarik skang ni. diorang semakin berani menayangkan cerita2 yang ada unsur2 senget di dalamnya. tentulah adegan2 senget yang melebih2 tidak akan disiarkan. nak mampus kerr?? drama terbaru yang ada unsur senget ialah siri drama Wonderfalls, yang disiarkan malam tadi jam 9.45 malam. skang dah sampai episod 4. drama ni mengisahkan seorang awek, Jaye Tyler yang boleh mendengar kata-kata dari inanimate figures seperti patung dan apa sahaja objek yang berbentuk haiwan. patung2 haiwan ni memberikan macam2 idea, cadangan dan nasihat pada dia dan dia selalunya akan ikut nasihat patung2 tu. Jaye ialah watak utama dalam drama ni dan keseluruhan drama ni berkaitan dengan dirinya.

karakter senget yang ada dalam drama ni ialah pada kakak Jaye ni iaitu Sharon. hanya Jaye sahaja yang tahu kakak dia senget. keluarga diorang ni macam pelik sikit, drama ni memang pelik dan menarik sungguh. lawak giler. Wonderfalls mula ditayangkan pada Mac tahun ni di stesen tv Fox. tapi hanya 4 daripada 13 episod yang disiarkan. selebihnya telah dihentikan penyiaran oleh Fox atas alasan low ratings.

episod malam tadi bertajuk Pink Flamingo. kat cini aku potong dan tampalkan cerita pada babak2 yang melibatkan Sharon yang senget dan kelakar tu. kalau tengok malam tadi, adegan2 dia yang daring banyakler kena potong. tapi tetap syiok beb. buat aku gelihati dan senyum sensorang. kalau tak faham dan nak baca full episodenyer, tekan kat sini --> Pink Flamingo.

babak Sharon ngan Beth yg bertembung dgn Jaye dan Karen, mak diorang.
Out in the parking lot, Sharon lights a cigarette and heads to her car. A VW bug pulls up. It's Bitch Boy's ex-wife, Sharon's maybe-girlfriend. She got rid of those weird bangs, which is good. Sharon asks her what she's doing there. The girl says that the last thing Sharon said before hanging up was "My sister killed my father. I'm going to the ER." Sharon says he's fine, and apologizes for that. Sharon's so pretty. The girl asks if they're still on for tonight: "You still owe me a date." Sharon takes just a second before smiling. "Absolutely!" she says, with too much enthusiasm. "I wouldn't miss it for the world!" She takes a quick look to her right and then immediately hisses, "Drive away!" The music takes a scary turn as Sharon growls at the girl to drive away immediately. Karen walks up to Sharon to give her a pamphlet on quitting smoking. Karen introduces herself to the woman in the car. "I don't know her," Sharon says immediately. "I thought you two were talking," says Karen. Sharon says she said she didn't know Karen would see Sharon here. She introduces the girl as Beth. Karen asks how they know each other. As Sharon tries to think of a lie, Jaye saunters up and does it for her: "Carpool. They carpool together." Karen and Sharon share a look before Karen asks, "Have you gone Green?" Jaye says she thinks Sharon is a closet environmentalist. There's an awkward pause, and then Beth stage-whispers, "Carpool?" Sharon gets into Beth's car. "Bye," Beth smiles, and drives away. Karen says that Beth seems like a nice girl: "I bet she has a boyfriend." ekekeke..

rancangan date Sharon ngan Beth kat rumah dia
Sharon cooks up druggy hot milk and cookies. Playing like a scene from Whatever Happened to Baby Jane?, Sharon carries a tray up the stairs to her father's room. Darrin stops reading his Made in Texas book long enough to thank her and ask if his toes are blue. Sharon says they're fine. She wishes him a good night.

The doorbell rings. "Dad!" Sharon shouts. Zoom-y sound as we see Darin is asleep. "Dad!". Sharon answers the door. It's Beth. "Hi," she says. "Wow," Sharon whispers, breathless. Then she screams, "Dad?" Beth asks if the coast is clear. Sharon says it is. Beth grabs Sharon. They giggle and fall into the house. ermm..ada babak dipotong kat sini.

babak diorang berdua kat ruang tamu. lagi banyak adegan terlompat-lompat.
Sharon and Beth make out off-camera. Sharon sits up with a start when she thinks she hears a shuffling. Beth sits up and says she doesn't hear anything. She says this might not have been a great idea, in Sharon's parents' house: "You're tense enough about them as it is." Sharon: "'Tense'? I'm not tense. I'm so far from tense, I'm past tense!" Beth says it's okay if this is stressful, since it's not easy for Beth either. She was married and living with a man recently. Sharon apologizes and says she promises to relax. They go out of frame again as Beth says this would be even more stressful if she were actually gay. Sharon's up again. Beth says she's not exclusively gay. She likes men. "I'm not a man," says Sharon. Beth smiles and says she noticed that: "Like, pretty specifically noticed." Beth goes to kiss Sharon again, but Sharon turns her head, open-mouthed, shocked. Beth asks if this is going to be an issue. Sharon says it's not an issue, "it's a full subscription." She asks Beth if she's ever been with a woman before. "Yeah, I was in a sorority," says Beth. Sharon says she was, too, but she never got any. "Have you ever had sex with a man?" Beth asks. Sharon's all grossed out, repeating, "No, no." This prompts Beth to ask Sharon if it bothers her that Beth has. Sharon asks if she will again. "I don't know," says Beth. "You tell me." Before they can kiss again, there's a scary moment they're leaving us with on this show of Darrin in his tighty-whiteys, swaying at the bottom of the stairs, humming a strange tune as he watches his daughter make out with a woman. He stumbles out of the living room, spilling a glass of water with one hand, a remote in the other. "His toes weren't blue, were they?" Sharon asks Beth.

bila Jaye ngan bapak dia, Darrin. kaitannya dengan babak kat atas.
As they drive away, Darrin asks Jaye if she knew their basic cable came with lesbian porn. Jaye gets into another accident off-screen, causing the woman playing a nurse to flinch. Jaye terkejut arr tu, ekeke..


meh jengok : Wonderfalls dalam AfterEllen.com
sumber daripada Televisionwithoutpity.com. terima kasih bebanyak.



nguLat ngepost | 1:12 PM | |

Thursday, October 21, 2004

|| Aduhai Kasih! Aduhai - M. Nasir ||


Biar malam mentertawakan aku
Biar habis badanku dimamah rindu
Namun membiarkan ingatan ku luput
Dari mengenangmu
Itu sama sekali takkan ku lakukan

Habis apa lagi yang harusku hadapi
'Tuk memiliki jiwa sepertimu kasih
Dalam seribu tak bisa ku temu
Sejuta hanya satu
Mimpikah aku kali ini

Bukan semudahnya ku berkata cinta
Jika hati tak tersentuh
Bukan semudahnya melepaskan dunia
Jika jiwa mencipta tembok kepalsuan

Aduhai kasih! aduhai
Sambutlah, sambut tanganku
Tak ingin hidup dalam kekosongan
Aduhai kasih! aduhai
Sambutlah, sambut cintaku
Tak ingin terlepas
Tak kesampaian



nguLat ngepost | 4:31 PM | |

Tuesday, October 19, 2004

semalam aku terima satu sms yang amat mengejutkan aku. tergamam aku sebentar bila membacanya. antara isi kandung sms tersebut ialah "askum, buat pengetahuan kalian anak kami ............. (namanya aku rahsiakan) telah selamat kembali ke rahmatullah pagi tadi. AlFatihah.." itulah sms yang buat aku tergamam. macam tak percaya dengan berita yang aku baca. aku nak tepon nombor penghantar sms, yang aku percaya mungkin daripada ibu atau bapa rakan aku ni, tapi aku tak sampai hati. tentunya mereka masih bersedih atas pemergian anak mereka. lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ni.

bercelaru aku jadiknya. sahih atau tak berita yang aku dapat, aku belum pastikan lagi. kalau benar apa sakitnya? setahu aku rakan aku tu sihat walafiat. sebenarnya rakan aku ni adalah salah seorang rakan senget aku. biarlah aku kenalkannya sebagai "dia" sahaja. aku mengenalinya dalam tahun 2002 menerusi irc. umur dia masih di awal 20an. sejak kenal sampai sekarang aku belum lagi berjumpa dengan dia. tapi kami dah bertukar-tukar gambor. aku berhubung dengan dia melalui emel dan tepon. tapi lebih banyak bertelepon atau bersms aje. aku anggap dia macam adik aku sendiri sementelah dia panggil aku akak. mula2 memanglah dia panggil nama aje dengan aku, kemudian ni baru dia berakak dengan aku. mungkin sebab dia selalu meminta pandangan dari aku dan sifat aku plak bagaikan seorang kakak menjaga adiknya.

kali terakhir dia sms aku ialah pada 28 September yang lepas. minta pandangan aku atas masalah yang dia hadapi. memang berat masalah yang dia hadapi pada usianya yang masih muda. asalnya dulu dia stret. bercinta seperti pasangan normal lain dan akhirnya bila dia dikecewakan, dia berubah jadi senget. kemudian dia berkahwin atas desakan dan rancangan keluarganya. ada aku berikan ucap selamat pengantin baru padanya di blog aku ni beberapa bulan yang lepas. bakal suaminya tahu keadaan dirinya yang senget, manakala suaminya sudah ada pilihan hati sendiri. tidak mahu mengecewakan keluarga, mereka ikut sahaja rancangan family dan selepas itu terserah pada mereka dengan hal masing-masing. aku tak terima lagi beritanya selepas dia berkahwin. yang aku tahu, dia masih lagi belajar dan tinggal dengan husbandnya kat area sekitar kl atau selangor.

pada sms dia yang terakhir, dia mengaku pada aku bahawa dia sudah berubah (stret) tapi suaminya langsung tidak memberi peluang padanya. padahal dia juga dah berkorban, memberi keizinan dan membenarkan suaminya berkahwin dengan awek pilihan hatinya. tapi selepas itu, suaminya telah mengabaikan tanggungjawab pada dia, dah tak kisah dengan apa yang dia lakukan. beberapa kali dia memberitahu aku bahawa dia dah berubah. dengan usianya yang masih muda, tentunya dia berasa tertekan sehingga tidak tahu untuk berbuat apalagi. dan dia telah meminta pendapat daripada aku.

aku minta dia pulang semula ke rumah ibunya di negeri utara tanahair. aku cadangkan lebih baik dia minta nasihat daripada keluarganya kerana perkahwinan itu adalah rancangan mereka. dia ikut cadangan aku, balik ke kampungnya dan selepas itu aku tidak tahu apa yang terjadi sehinggalah berita mendukacitakan yang aku terima pagi semalam. sesungguhnya dalam beberapa bulan sahaja, dia telah cuba berubah, telah mengorbankan hatinya, telah rela bermadu tetapi balasan yang diterima adalah sebaliknya. aku menceritakannya di sini bukanlah untuk menunding jari menyalahkan sesiapa. ini bukan juga aibnya tapi aku mahu berkongsi dengan kalian tentang pengorbanan seorang insan kerdil sepertinya. jadikanlah ia sebagai renungan dan ikhtibar kita bersama. esok lusa aku akan dapatkan juga jawapan sebab musabab pemergiannya itu. tentunya ini adalah takdir dirinya tapi yang penting adakah dia telah menemui kebahagiaan dan nikmat perkahwinan yang dia dambakan. semoga dia ditempatkan di kalangan hambaNYA yang solehah. amin. ALFATIHAH..



nguLat ngepost | 5:07 PM | |

Monday, October 18, 2004

aku jumpa sayang sabtu lepas. bermalam kat rumahnya dan semalam baru balik jb semula. sayang dah sihat. cuma bekas lukanya tak hilang lagi. ada jugak luka yang tak ok lagi. aku tengok muka sayang, banyak bekas luka kat situ. dah kureng ensem sayang aku tu. kitaorang tak berjalan pun masa kat sana. tak pi bandar Segamat, tak jugak pi BP. kuar pi beli buka posa pun idak. sebabnya sayang tak mo terserempak dengan kengkawan kerjanya. yelah, dia kan masih mc. kang tak pasal2 kena jawab itu ini.

hari ini sayang dah mula kerja. ekceli hari ni dia last mc. tapi ntah camno, semalam boleh plak boss dia tepon kat rumah dia, minta kalau boleh naik keje cepat. keje dia kat opis bukannya takde orang lain buat. ada yang sama2 buat tapi diorang buat keje sambil lewa. isk, ada ke camtu. tapi susah gak kat aku ni. sayang kata mungkin dia tak dapat cuti lepas raya sampai ler akhir tahun ni. semuanya gara-gara mc 2 minggu. jadi dah macam dianggap bercuti. susah nak mintak cuti lagi. isk, ada ke camtu plak. orang tu cuti sakit, bukannya cuti makan angin. kalau betullah camtu, nampaknya solo lagilah aku pi kl nanti. :P



nguLat ngepost | 8:07 PM | |

Friday, October 15, 2004

yea yea ari ni aku cuti. cuti sempena kedatangan 1 Ramadhan 1425H. hanya umat-umat di negeri Johor dan negeri-negeri yang sewaktu dengannya sahaja yang diperkenankan bercuti. ada juga umat di negeri ini yang kena kerja, nasib badanlah tu ek. ada satu ketika aku dok keliru pasal cuti awal puasa ni. kekeliruan tu timbul masa aku dok di luar daripada negeri Johorlah. kalau tiba 1 ramadan, mesti ingat ada cuti umum. sedangkan kena pi kuliah, kena pi keje. memang hampeh betul. yelah, dah berkurun dok kat Johor, tetiba pi negeri orang, tentulah cutinya ada yang tak sama. sana amik, sini tak amik. sini amik, sana tak ambik.

puasa tak ari ni? alhamdulillah, dapatler tahun ni aku sambut awal ramadan. sebabnya 2-3 tahun sebelum ni, aku tak dapat sambut. siang2 dah raya. aku punya perkelilingan bendera jepun tu asyik kena je pada tarikh posa ngan raya. ekeke.. apa nak buat hari ni? melangut depan tv jelah ek sambil basuh baju. malam tadi aku tengok The Apprentice, final episode. cam biasalah kat ch5. yang kat tv3 dan ulangan kat ch8 tu masih di awal lagi. tapi aku tengok gak kat situ sebab ada babak2 yang aku terlepas nak tengok. uiks, ada macam-macamkan siri realiti tv ni. kalau ikut senarai yang ada kat internet, tak tertengok kita. ada yang bengong, ada yang mengong, ada yang bangang, ada yang bengang dan juga yang tunjukkan aksi bijak pandai manusia. sorang buat, semua nak buat. sorang nyanyi semua ikut melalak. ekeke.. hampeh tengok Survivor minggu lepas. betullah MI sampai pukul 11 malam. aku yang dapat ch5 ngan ntv7 ni pun tak terkejar nak tengok Survivor. ada jugak part yang aku termiss.

sayang masih lagi cuti sakit. mc nya disambungkan seminggu lagi sampai Isnin minggu depan. aku dah bilang ngan sayang sebelum ni, kena ciken pox memang 2 minggulah amik mc. mana nak hilangkan demam, mana nak hilangkan bekas kudisnya. jika tiada aral melintang membujur lalu melintang patah, esok aku pi segamat jumpa sayang. harap-harap semua luka-luka air yang kuar dah kering dan sembuh. kalau idak, kalau imun aku tak kebal, abihlah jangkit kat aku plak. hehehe.. jangan marah aa sayang.


berhati-hati di jalanraya, pandu cermat selamat jiwa,
selamat berpuasa kepada semua, berpada-padalah kita masa berbuka.



nguLat ngepost | 5:51 PM | |

Wednesday, October 13, 2004

satu hari yang hampeh. hampeh yang teramat sangat. uwaaaa..

pagi ahad tu aku bangun dengan harapan aku sihat dan mampu pi seminar tu. tapi harapan tinggallah harapan. badan aku masih demam. demamnya masih belum kebah sepenuhnya. hati aku nak pegi tapi badan aku tak kasi pegi. aku boleh berjalan, bukan aku tak berdaya cuma aku tak mahu pisang berbuah 3 kali. sedangkan semalam yang aku sangka sihat pun boleh menggigil bagai nak rak, apalagi bila seharian dok kat seminar tu, dok di tempat sejuk sedangkan badan belum pulih. aku ni cam pu3 lilin plak. eh pu3 lilin tak boleh kena panaslah. aku ni pu3 lilin tembaga yang tak boleh kena sejuk. inilah namanya demam mengada-ngada. apa nak buat, dah nasib badan. aku pun kenalah amik peringatan pada peristiwa semalam. biar betul2 baik baru kuar rumah. kalau tak nanti badan aku terkena kejutan beruk, dah sakit lagi. sayang seribu kali sayang, duit 50 hengget yang aku bayar untuk seminar tu hangus camtu je. duit aku tak kisah sangat, duit boleh dicari. yang penting ilmunya tu. kalau bukan rezeki kita, tetap tidak akan jadi rezeki kita. itu yang buat aku terkilan dan sedih seharian di sepanjang masa aku tergolek atas katil. perasaan hampeh tu tak tahu camno nak dibilang.

ekceli aku penah kena demam yang serupa macam ni masa aku blaja dulu. masa tu aku di final year. pada pagi yang indah itu, aku ada kuliah kat fak aku. aku sihat walafiat, tak ada tanda demam sebijik pun. dua jam kuliah, kuar2 matahari dah meninggi. aku dah takde kelas lagi. aku pun lepak depan makmal dengan kawan2. aku duduk kat satu kerusi panjang yang takde meja. tetiba tekak aku rasa loya dan kepala aku pening. aku minta tolong kat kawan aku, belikan aku air kat mesin tekan-tekan. pastu aku dah tak ingat lagi apa yang terjadi. sedar-sedar je aku dengar bunyi bising, pastu aku dah terbaring kat dalam makmal dengan kawan-kawan aku kat sekeliling aku. rupa-rupanya selepas je aku hulurkan duit masa minta kawan aku belikan air tu, aku terus pitam. dalam keadaan aku duduk kat kerusi, aku pitam dengan muka aku jatuh tersembam kat lantai. uhh kelakar betul bila diingat semula sebab aku memang tak ingat apa yang terjadi. ekeke.. yang heran tu aku pitam dalam keadaan aku duduk, bukan berdiri. pastu jatuh ke depan plak, bukan ke tepi yang mana ada ruang lagi kat kerusi yang aku duduk.

bila jatuh ke depan, muka aku lukalah skit terkena cermin mata. bengkok sekejap spek aku. luka tu plak berhampiran dengan mata kiri aku. nasib baik tak kena kat mata, kalau tak dah lama aku hilang nikmat penglihatan sebelah kiri. kesan luka tu dah hilang, tapi bekasnya memang ada lagi kat hujung mata kiri aku. tengok sekilas cam takde, tengok betul2 baru ada. kawan-kawan aku pun panik tengok muka aku berdarah. diorang nak bawak aku pi klinik u, aku takmo. luka sikit je, bukan perlu berjahit. kawan aku antar aku balik kolej dengan motorsikal dia. mana larat weii nak naik bas. kepala aku mengong seribu macam. demamlah jugak aku beberapa hari. penahlah jugak dalam hari2 demam tu aku sangka aku sihat. aku pi library kononnya nak carik bahan rujukan. sekali tu, mengong kepala aku datang lagi. dalam keadaan penin separuh badan, aku balik kolej naik bas. nasib baik tak pitam lagi dalam bas. kalau tidak, bertambah haru ceritanya.

ada pengajaran yang aku dapat daripada pengalaman tu. antaranya, kalau dah memang sakit, janganlah susah-susahkan diri. tapi aku bukan jenis manjakan diri aku bila sakit. ermm, entahlah. yang pasti kalau aku terkena demam jenis macam tu, aku kena pastikan yang aku pulih sepenuhnya. kalau setakat demam selsema, yang tu memangler boleh main aci redah je. kalauler ada kawan-kawan yang tolong angkat aku masa aku pitam dulu terbaca blog aku ni, diorang mesti kenal sapa aku. akuler dulu budak spek senget. ekeke..



nguLat ngepost | 6:43 PM | |

Tuesday, October 12, 2004

aku pun demam sampai nak pitam

ini satu lagi kisah hujung minggu aku yang hampeh. alkisah aku tetiba diserang demam panas suam2 kuku gitu masa tengah dok sedap tengok MI sambil kepala ingat Survivor, jemaat ari tu. tak tahu apa puncanya tapi kemungkinan besar badan aku panas kat dalam dan aku pulak syiok menyonyot air Epal Hijau yang sebelum itu aku bekukan kat peti ais. bila dah abis minum je, tetiba aku rasa seram sejuk tak semena-mena. puas aku selubung badan dengan gebar, tapi badan tetap sekejap sejuk sekejap panas. sebelum tido, aku pun telan panadol 2 bijik. aku ingatkan dah okler tapi bila aku bangun tido pagi sabtu tu, aku tak berdaya nak bergerak dari katil apalagi nak berjalan. aku pun sambung tido sekejap dengan harapan cepatler aku kebah.

bila terjaga lagi, aku masih tak ok tapi aku kuatkan jugak badan pi mandi, rendam baju dan basuh baju aku. aku tak berapa gemar manjakan diri aku kalau aku sakit. tak suka orang rasa kesian dan tak suka orang tengok aku sakit. kemudian aku tepon abah. masa tu abah kat luar dan aku agak abah akan balik rumah dalam tengahari. jadi aku pesan kat abah belikan aku air badak dan panadol. sebut pasal air badak, takde ke jenama lain kat Malaysia ni yang fungsinya sama cam air penyejuk badan cap kakitiga tu? aku rasa sejak aku kecik lagi, asal demam je mesti cari air badak. tak tukar2 sampailer aku dah lebih separuh abad ni. dan aku rasa kebanyakan orang kita memang tahu pasal air badak dan kaitannya dengan demam. mesti kaya giler tauke air badak cap kakitiga ni. kenapa orang beri gelaran air badak? air tu kuar dari badan badak ke? bukan sebab air tu kuar dari badan badaklah. sebabnya gambor pada botolnya ialah gambor badak sumbu. nak sebut air penyejuk badan cap kakitiga panjang sangatlah plak. jadik alternatifnya orang panggil air badak sempena gambor badak, mudah senang nak sebut senang nak ingat. isk, dah melalut jauh aku ni. macam beri promosi percuma plak. ekeke..

berbalik pasal cerita aku demam tadi. maka abah pun balik dengan air badak berbotol2, panadol yang terkuat dan berpeket2 eno. abah cakap, ko minum air badak campurkan dengan eno, kesannya lebih cepat. aku pun ikutler cakap abah. lepas minum dan telan ubat, aku pun tido jap sambil selubung badan kasik kuar peluh. menjelang asar je aku rasa tenaga aku pulih semula dan rasa lebih sihat. sedang aku bersenang-senang atas katil sambil tengok tv, aku terima satu sms. aderlah sorang awek jb yang dok kl ajak aku jumpa. sebab aku rasa badan dah sihat dan takkan nak tolak sementelah dah dekat, maka aku pun pi jumpa dia kat Angsana.

dipendekkan cerita, kira-kira selepas duopluh minit aku berbual-bual sambil jalan-jalan dengan af, badan aku rasa sejuk sangat. pelik gak aku dibuatnya. angsana tu bukannya sejuk mana, sama je cam shopping complex yang lain tapi kenapa aku rasa sejuk sangat2. aku dah terdiam. dalam hati cakap, ini tak boleh jadi ni, aku dah rasa semacam je. pastu aku cakap ngan af, aku nak beli air jap. aku tinggalkan af. aku masuk mekdonal. orang tak ramai. budak depan aku dah abis urusan dengan cashier. tapi aku benar-benar tak larat nak tunggu, nak berdiri lebih lama. aku tahu kalau aku berdiri gak ni, ade kang aku pengsan kat situ jugak. aku pun duduk. camne ni? aku tak boleh berdiri, apa lagi nak jalan. aku kena minum air gak. dalam kepala aku teringat af. aku tepon dia, orang lain plak pegang hp dia. pastu aku nampak af depan mekdonal, aku lambai tangan panggil dia. nasib baik af nampak. bila af sampai kat aku, aku minta dia tolong aku belikan air mineral. aku benar-benar tak berdaya.

aku dapat rasakan tiada darah mengalir kat muka aku. muka, bibir aku pucat lesi. aku tengok tapak tangan aku pun sama. tangan aku menggeletar semasa aku nak minum air. uiks, tak pernah aku menggeletar macam ni. aku mula rasa kedua belah kaki dan tangan aku kebas. aku kena amik mak balik keje. aku risau, aku takut tak boleh drv keta tapi aku kena kuatkan semangat. aku tak mahu af risau dan susahkan dia. dahlah baru jumpa, aku plak buat hal. isk, bengang jugaklah aku waktu tu. lepas seketika, bila aku dah rasa ok skit, aku ajak af kuar dari angsana. lagipun keluarga dia dah tunggu kat keta nak balik rumah. aku pun rasa lebih baik aku duduk tenangkan diri kat dalam keta sementara tunggu masa nak amik mak. lepas bersalam dengan af, aku pun dok kat keta. aku cuba tenangkan diri aku walaupun kaki dan tangan masih lagi rasa kebas. tekak aku rasa loya, kepala aku berpusing, badan seram sejuk. macamana pun sakit sekalipun, aku mesti kuat, aku mesti boleh drv keta amik mak, kemudian balik rumah. alhamdulillah, aku sampai gak kat rumah. aku drv keta pelan je. aku tak pasang aircon keta sebab badan aku memang dah sejuk giler.

sampai je kat bilik, tanpa tukar baju aku terus baring. tak berdaya badan nak berdiri apalagi nak tukar baju ngan suar. aku cuba lelapkan mata. aku tertido sampai waktu isyak. bangun je kepala aku terus teringat result Malaysian Idol. dalam sakit2 tu, tv tetap tak tinggal. aku rasa segar skit. aku tukar baju. mak dah siap masak. aku kena makan walau sedikit. aku nak cepat baik, aku nak makan ubat. aku motivasikan diri sebab aku nak pi seminar SOHO esok. aku kena pegi sebab aku dah bayar yurannya. aku kena pegi sebab aku tak tahu bila peluang tu datang lagi. dalam masa yang sama aku risau kenapa aku sakit macamni. aku sms sayang. aku tak mahu susahkan dia tapi aku tak tahu nak minta tolong kat sapa lagi. aku minta sayang tolong carikan sesuatu. aku cuma nak pastikan yang aku bukan kena jangkitan demam denggi. aku syak aku kena denggi sebab aku ada alami tanda-tandanya. mula-mula sayang panik jugak sebab macam betul. pastu sayang tepon lagi, sayang cakap mungkin tidak sebab tanda yang aku alami tidak berterusan. aku takmo panik tetiba dan aku jugak tak mahu pi klinik. kalau aku pi klinik mahunya depa soh aku pi hospital. aku anggap aku demam biasa. tak perlu bazirkan duit pi klinik. sayang soh jugak pi klinik. aku cakap, kalau demam aku melarat lebih teruk, nanti aku pilah.

aku tak amik pusing pasal klinik pun. yang aku ingatkan ialah seminar kat pu3 pan pacific esok hari. aku gosok baju, aku kemas bilik. aku sapu bilik malam-malam buta. semuanya aku buat semata-mata nak kasi demam aku kebah, kasi peluh keluar. bila dah selesai semua, aku bersihkan badan. aku mandi. sayang tak kasi mandi tapi aku langgar gak pantang dia. maaflah ek sayang. saya memang degil. lagipun tak selesalah tido dengan peluh melekit2 kat badan. aku tido dengan tangan dan kaki masih lagi rasa kebas. harapnya cuaca badan aku ok bila bangun pagi nanti. esoknya.. ahh aku sambung esoklah. penat sudah aku menaip bah.



nguLat ngepost | 5:44 PM | |

Monday, October 11, 2004

Jac yang menang, dah agak dah..

satu Malaysia dah tahu sapa pemenang Malaysian Idol. bukan setakat dah tahu je, tapi kemenangan Jac memang dah dijangka. malah Dina sendiri seakan tidak mahu dinobatkan sebagai Malaysian Idol. undian yang Jac terima ialah sebanyak 76 peratus dan selebihnya buat Dina daripada lebih kurang 1 juta undian hanya untuk final MI je. menurut sidang akhbar yang diadakan secara langsung pada malam semalam, jumlah undi yang diterima sepanjang MI berlangsung ialah sebanyak 5 juta undian. sikit tu tak banyak. banyak lagi undian para peminat AF.

undian aku buat Dina berada dalam kelompok lebihan 24 peratus. uiks sedih betul. turun skit semangat nak tengok sebab tiada elemen kejutan kerana keputusan seperti dah dijangka. walau apapun syabas buat Jac kerana memenangi MI musim pertama. ucapan tahniah juga buat Dina kerana berjaya sampai ke tahap ini. pada awalnya dulu Dina tidak termasuk dalam senarai 30 peserta untuk episod Workshop. kemudian para juri telah menambah menjadikan bilangan peserta 33 orang kerana merasakan mereka bertiga layak untuk diberi peluang sekali lagi. sebab itu Dina sebagai peserta underdog tidak merasa terkilan tidak memenangi MI. malah dia amat menyokong kemenangan Jac dan merasakan Jac layak dinobatkan selaku juara MI musim pertama ini. Jac sememangnya telah memberikan persembahan yang mengagumkan dan lagu Gemilang yang diciptakan khas untuk MI betul2 kena dengan halwa telinga.

pagi tadi aku terbaca Ikon akhbar sisipan BH sabtu lepas punya. diorang buat cover citer pasal MI lah. menurut sumber akhbar terbabit, difahamkan Dina pernah mencuba nasibnya dalam Akademi Fantasia. keputusannya tentulah Dina tidak berjaya masuk AF, kalau tak dah lama dah Dina glamer dan agaknya lebih glamer daripada menjadi peserta MI. kalau benarler begitu, pelik gak aku apsal Dina ditolak sedangkan beliau punya suara yang meletops2 gitu, penuh variasi dan berbakat besar. Dina pun ada package untuk jadi penyanyi. nak kata dia tak lawa, Dina lawa perr. mungkin dia agak montel tapi bagi aku ok je, itu tidak jadi masalah. ada gak peserta AF yang montel. alaa benda dah lepas, memang dah takdir tuah Dina bersama MI agaknya.

tak abis lagi aku nak cerita pasal idol ni. duduk di selatan tanahair ni memang betul2 menjadikan aku antu tv. tak lama dulu aku sempat gak tengok Indonesia Idol. pertandingan diorang mula lebih awal daripada MI dan pemenangnya pompuan yang suaranya ala-ala akak KD gitu. powerrr gilerrr. pepaham jelah kan camner sore penyanyi2 dari Indonesia. skang semua finalist II sedang buat tour di setiap wilayah Indonesia. bikin konsert live gitu, ada siaran langsungnya di RCTI. skang aku tengah ikuti Singapore Idol plak. diorang skang ni di peringkat akhir dan tinggal 8 orang peserta lagi. ermm, tak berapa umphhlah peserta SI. best lagik 10 finalist MI *itu tidak termasuk Jac n Dina*. aku bukan nak kutuk diorang dan bukan juga nak puji melambung negara sendiri tapi itulah perbandingan yang aku rasakan.

semua rakan-rakan aku kat sini berpendapat SI tak boleh lawan MI tetapi II lebih bagus skit dari MI. dalam erti kata lain sore Jac dan Dina agak kureng skit dari sore juara Indonesia Idol tetapi lebih10x bagus daripada semua peserta Singapore Idol. kiranya kita ni dok tetengahlah. uh, kalau ada orang2 Singapura yang baca tulisan aku ni, jangan marah aaa. ini hanyalah secebis pandangan daripada juri sms yang takde insurans mulut, lidah, bibir, gigi dan anak tekak. sekali lagi ucapan tahniah buat Jac atas kemenangannya. untuk Dina, well done bebeh!

*aku ada nak cerita lain tapi entry ni ajer dah panjang berjela. kita sambung esoklah yea*



nguLat ngepost | 8:42 PM | |

Friday, October 08, 2004

*gambo diambil dari The Star* dah demam? ni bukan demam Akademi Fantasia. skang ini aku tengah demam Malaysian Idol. kat opis, kat rumah, kat tepon, kat mana-mana je orang tanya sapa akan menang, Jac atau Dina? semua tengah busy meneka-neka siapakah yang akan dinobatkan sebagai Malaysian Idol yang pertama dan yang akan mewakili Malaysia di peringkat World Idol plak. lagi-lagilah kat JB ni, aku dan kengkawan seopis memanglah sokong Dina seratus peratus walaupun seakan ketara undi akan menyebelahi Jac. almaklumlah Dina tu orang JB, budak BBU. mestilah aku sokong JBrean kan..

secara fakta memanglah terdapat perbezaan antara kedua finalist MI ni. Jac adalah seorang penyanyi profesional dan Dina pula penyanyi amatur. kalau nak diukur dari segi kebolehan, keupayaan dan pengetahuan, tentulah ilmu Jac dalam bidang nyanyian ni melebihi Dina. dengan kebolehan beliau itu, Jac sudah diramal memenangi MI. Dina pula bagi aku seorang penyanyi yang berpotensi besar dan mempunyai kelebihan tersendiri. walaupun aku menyokong Dina, aku seakan tak yakin Dina akan menang bila melihatkan corak undian penonton skang ni. kalau Dina bijak memilih lagu yang sesuai dan membawanya dengan baik, Dina mampu mencuri hati para pengundi Jac. amatur vs pro, kita tengoklah camne malam ni. ermm.. perasan tak senario pertandingan antara Dina dengan Jac ni macam sama dengan dua finalist American Idol 3 plak di antara Fantasia Barrino dan Diana DeGarmo. apa persamaannya fikirkanlah sendiri.

aku dah dua malam tengok Latte at 8 gara-gara demam MI ni. tengok si Jason Lo berborak-borak dengan finalist MI, the judges dan jugak presenternya. malam ni kat ch8, MI bermula jam 8.30 malam dan di tv3 9.00 malam. ch8 cepat setengah jam sebab diorang nak mengomel dulu. harapnya pukul 10 malam dah habis rancangan ni. kalau tidak peninglah kepala aku nak menekan-nekan punat remote antara 3, 5, 7 dan 8. malam ni kan ada Survivor Vanuatu, mana boleh lupa dong..

to Dina, good luck beb! aku harap ko menang. dari awal dulu aku undi ko dan aku tetap akan undi ko. suara ko memang power, lagi power kalau lebih diasuh dan digilap dan ko masuk kelas cam bebudak AF. kalau tak menang pun, ko tetap juara di hati kami.


meh ronda : Malaysian Idol Blog



nguLat ngepost | 1:54 PM | |

Wednesday, October 06, 2004

Dedicated to my sayang and to all my senget friends..


|| For Once In My Life - Vonda Shepard ||

For once in my life
I have someone who needs me
Someone I've needed so long
For once unafraid
I can go where life leads me
And somehow I know I'll be strong

For once I can touch
What my heart used to dream of
Long before I knew
Someone warm like you
Could make my dreams come true

For once in my life
I won't let sorrow hurt me
Not like it's hurt me before
For once I have something
That I know won't desert me
And I'm not alone anymore

For once I can say
"This is mine you can't take it"
As long as I've got
I have love I can make it
For once in my life
I have someone who needs me


i love u sayang



nguLat ngepost | 1:23 PM | |

Tuesday, October 05, 2004

aghhhhh.. rancangan aku nak jumpa sayang minggu ni nampaknya dah hancus leburr. sayang boleh pulak kena chicken pox. dah besar panjang baru nak kena, tak ke haru tu. patutlah dua tiga hari lepas sayang asyik ngadu panas2 badan macam demam bila tiba waktu malam. pastu malam tadi sayang tepon bagitahu ada tanda2 cam kena chicken pox kat badan dia, aku rasa sangat keciwa. sayang pun keciwa jugak sebab dia yang rancang dan soh aku pi jumpa dia minggu ni. pagi ni doktoro dah konfemkan sayang kena chicken pox tu dan dapat mc sampailer 11hb.

orang kata kalau kita dah penah kena chicken pox, badan kita dah ada immune dan tak akan kena jangkitan tu lagi. aku tak tahulah tahap mana kesahihan cakap2 orang tu. aku dah kena chicken pox masa sekolah menengah dulu, cam nak je pi redah jumpa sayang tapi sayang tak kasi. risau gak aku dengar suara dia kat tepon. sayang takut berjangkit kat aku. sayang tak mahu amik risiko tu, kang bertambah susah hati dia. dari kejauhan ini aku doakan sayang semoga cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.



nguLat ngepost | 1:03 PM | |

Monday, October 04, 2004

Aku menghabiskan masa cuti hujung minggu aku dengan menonton filem sambil makan dan baring menggemukkan badan. Konon-kononnya ikut perancangan asal, aku nak abiskan vcd2 yang aku belum tengok lagi. Lepas tengok seketika sambil rasa kebuhsanan, aku mula membelek balik filem2 senget yang aku ada. Tak banyak pun koleksi aku, susah maa nak carik skang ni. Tulah masa dulu2, masa perang cetak rompak belum mengganas, ko tak mo kumpul. ekeke.. lepas belek-belek, aku pun menengok semula citer2 senget tu satu persatu. Ntah kali ke berapa aku tengok pun aku tak kira.

Tengok sensorang citer senget memang tak berapa best tapi bagi aku tak kisah pun sensorang. sebabnya bila sensorang aku lagi dapat menghayati citer2 tu. Paling best takdelah orang nampak mata aku yang berkaca-kaca bila tiba bab sedu-sedan yang mengharukan perasaan.

Apa yang aku perasan daripada koleksi aku yang boleh dibilang dengan jari tu, hampir semua citer2 senget tu adalah berdasarkan kisah benar yang memang sedih-sedih belaka, kisah orang yang dah mati. Ada juga bukan kisah benar tapi tetapler sedih, sebab akhirnya ada bab mati gak. Kenapalah diorang suka buat citer senget yang sedih2? Buatlah cerita yang menggembirakan hati aku ni. Bila tengok semuanya sedih, aku terfikir apa orang macam aku ni memang pengakhiran hidup dalam kesedihan ke? Sedangkan aku skang gembira je dengan sayang aku dan aku berharap tetapler gembira dan redha dengan apa jua pilihan hidup aku hingga akhirnya. cehhhh..

Dan aku pun heran gak kenapa kebanyakan watak senget dalam filem yang aku tengok dilakonkan oleh pelakon2 stret. Dahlah aku suka tahap gaban bila tengok lakonan diorang, wajah cun dan cute diorang dan aksi diorang sebagai pompuan senget yang macam real gitu. tapi semuanya itu hanyalah tugasan lakonan diorang yang memangler profesional sungguh. Salah satunya yang aku suka tengok ialah Elizabeth Mitchell yang berlakon sebagai Linda, kekasih Angelina Jolie dalam filem GIA. Senyuman dia bikin aku cair sehhh..



nguLat ngepost | 4:01 PM | |

Friday, October 01, 2004

neslo..campuran nescafe dan milo. sesapa yang minum nescafe, tahulah rasa nescafe macamana. begitu juga dengan milo. tapi macamana plak rasa neslo? antara nescafe, milo dan neslo, aku paling suka minum neslo. lagi-lagi neslo ais, fuhh nikmat betul rasanya. aku ni kalau sarap pagi tak berapa minat minum air yang bercampur ngan susu. suka yang 'o' kosong-kosong jek. bahkan air sirap bandung pun aku tak berapa suka, terutamanya jika diminum masa amik makanan berat. rasa kembang semacam je tekak ni.

tapi sejak aku kenal air yang bernama neslo ni, seminggu sekali kalau tak pekena macam tak sah je hidup. lagi pekat lagi bagus. dulu aku pelik gak bila dengar perkataan neslo ni. otak sapalah yang bijak sangat mencampurkan milo dan nescafe tu. satu air yang ada kafein, satu lagi "minum milo anda jadi sihat dan kuat!". mesti pelikkan rasanya.

aku mula minum neslo ni masa aku keje kat kL 2 tahun lepas. masa awal2 keje, aku selalu kena pi kursus. dah kursus mesti ada makan minum. waktu minum pagi atau petang, macam biasa diorang kasi kuih dan air panas. tapi diorang just letak air panas kosong kat dalam telap, pastu kasi nes3in1, milo3in1, cawan dan sudu. bancuh sendirilah kan jawabnya. minum air 3in1 ni adakalanya kureng sedap. samada kureng lemak atau kureng manis. jadi kawan aku cadangkan kitaorang campurkan nes3in1 dan milo3in1 dalam satu cawan. cawannya tu plak cawan polisterine putih, alaa comel je cawan tu. bila campurkan kedua2nya dalam satu bekas yang kecil, memang jadik pekat gilerrr, manis lemak berkrim disukai ramai. sejak tulah aku suka minum neslo.

bila aku keje kat jb ni, aku selalu gak minum neslo ais masa sarap pagi. bila minum tu, kawan-kawan aku pun tanyalah kat aku sedap sangat ke neslo ni. aku cakap, minumlah sendiri, dah rasa baru tahu. skang ni aku dah ada dua pengikut setia neslo ais. pastu kitaorang suka bertukar-tukar idea camne nak buat campuran neslo yang sedap dan kaw kaw. aku rasa minum neslo ni kesan tak boleh tido tu lagi kuat daripada nescafe sendiri. sebabnya nescafe memang tak berkesan kat aku, bertambah ngantuk aderlah. tapi bila aku buat neslo masa memalam, alamatnya lamalah mata aku nak terlelap.

ermm, aku rasa malas plak nak turun kL weekend ni. aku pi sana lepas rayalah nanti dengan sayang. dua hari ni aku nak kerjakan dvd dan vcd2 yang berlambak2 aku beli tapi tertangguh nak tengok. rancangan tv masa weekend memang tak best. jadik apa lagi, baring depan tv membesarkan badanler jawabnya.



nguLat ngepost | 1:17 PM | |

di bawah lembayung pelangi

a member of the

SengetianS


skodeng



+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+

+sekapal+
+lilylotus+
+blue+
+zaffey+
+yatt+
+payid+
+elenaoz+
+nasik+
+isrockstar+
+jj78+
+asya+
+dyke+
+rozek+
+afy+
+th3undefined+
+jL+
+laut+
+eid+
+fdb+
+froggie+
+armz+
+fiq+
+shajime+
+elsilver+
+armie+
+shay+
+han+
+arD+

+AfterEllen+
+Sengetians+
+WWLW+
+Butches Inc+
+for PLU+
+Pink Lemonz+
+Les Worlds+
+Queer Filter+
+PlanetOut+
+The L Word+
+Queer Jihad+
+Fridae+
+Al-Fatiha+
+Herstory+

template by +Lonelyger+
hosted by +Blogger+



Listed on Blogwise

This page is powered by Blogger. Isn't yours?


Free Web Counter