Friday, December 31, 2004

hari ni genap setahun umur blog aku. orang kata baru setahun jagung. kalau gitu dah setahunlah aku tanam jagung. heheh.. rasanya dah banyak kali aku cakap bahawa sejak aku mula menulis kat blog ni, tahap keyakinan aku tentang kesengetan aku semakin baik dan aku tak rasa yang aku sorang ajer ader sifat macam ni. susah gak bila mengharungi hidup senget sorang2. lagi2 kat dunia sebelah sini. bila dah ader blog, barulah bertambah kenalan senget aku. bertambah kenalan untuk berkongsi masalah, pendapat dan memacam lagik. tak lagi berharap kat dunia irc yang dah lama aku tinggalkan. ermm, apa khabarlah kekawan irc aku. sumer menyepikan diri. rindu gak kat diorang. lagi2 kat Mira. apa khabar dia agaknya yea. isk, tak pernah jumpa pun rasa rindu ek. perasaan manusia ni memacam. sungguh tak boleh dijangka.

kalau cakap pasal tahun baru ni, mesti timbul citer pasal azam tahun baru. tapi sebelum cakap pasal azam tahun baru, kenalah kenang-kenangkan semula azam tahun yang akan ditinggalkan ni. dah tercapai belum sumer azam yang dihajatkan dulu? bagi aku, kebanyakan azam aku untuk tahun 2004 dah pun aku langsaikan. tapi bila aku tengok semula senarai azam tu, aku rasa cam bukan azam. macam senarai wishlist je. senarai untuk memuaskan kehendak2 dan nafsu nafsi sebagai manusia. boleh gitu?

dalam banyak2 senarai azam aku tu, cuma ada dua azam yang tak dapat ditunaikan. antaranya ialah menurunkan berat badan. apsallah susah sangat badan aku nak kurus aku pun tak tahu. aku bukannya nak jadik kurus keding, setakat bila pakai suar rasa longgar sesangat tu dah kira baguzz. tapikan sayang plak suka aku camni. dia tak suka aku kurus. dia kata dia dah puas rasa yang kurus2, tak syiok katanya. hahaha.. apa-apalah sayang aku tu. selagi sayang tak komen aku terover gumuk, kira oklah tu pada pandangan mata dia. walaupun camtu, azam untuk mengeringkan badan tetap dijalankan dan telah ditunda ke hari esok. esokkan dah tahun baru. kalau dapat turun 7 kilo pun dah kira cukup baiklah tu. apsal 7? nombor 7 kan nombor favoret aku. sokmo tujuh belaka.

malam tadi ada orang tepon aku dari nombor yang tak diketahui. dia cakap nombor hp aku kuar kat komputer dia dan aku akan diberi voucher penginapan percuma kat salah satu rangkaian Swiss hotel. bila aku dengar camtu, aku dah malas nak layan dan cakap pun cam nak tak nak je. aku tahu diorang tengah buat marketing. aku tanya gak, aku kena ke beli bebenda or jadi ahli kelab dia, dia kata tak perlu. itu terpulang pada aku, tapi aku memang dapat voucher tu yang kena amik kat Giant. oklah tu, selagi diorang tak soh aku jadik member club or beli sesuatu dari diorang untuk dapatkan voucher tu, aku ok lagi. tapi susah aku tak percaya gak, yelah sapalah yang nak sedekah voucher percuma bila aku tak pernah ada kena mengena dengan Swiss hotel tu. ermm, mesti kalau pi amik nanti aku kena dok dengar syarahan diorang dulu baru dapat benda percuma. ekeke.. oklah, bab tu tak kisahlah, kalau ada bagai dikata itu namanya rezeki terpijak. tapi kalau takde dan kena tipu, itu rezeki tsunami dah amik.

yang tepon tu awek. jadik awek tu tanyalah particular aku, nama aku, umur and keje apa. aku pun cakaplah apa2 yang patut. pastu dia tanya aku ni dah ada tunang ke, boyfriend ke. bila dia cakap camtu je, aku dah mula gelak. dalam gelak2 tu, aku pun cakap aku dah ader boyfriend. isk, tentulah boyfriend yang aku maksudkan tu gelpren aku. pastu dia minta nama 'bf' aku tu, dan kalau boleh masa nak amik voucher nanti kat outlet dia kat Giant, aku bawaklah sekali buayafren aku. sekali lagi aku gelak sakan. aku cakap, "takpelah2. dia dok jauh dari saya. dia takkan temankan saya punya". takkan aku nak bagi nama sayang. kalau aku sebut nama sayang aku kang, mesti dia terperanjat beruk plak. nak bagi nama kekawan lelaki aku pun aku tak mo. tak kuasa nak soh orang menyamar. pastu dia tanya, "boleh saya tahu dia tinggal di mana?". dan aku jawab, "ooo dia duduk kat Segamat, memang jauh". pastu dia kata takpe, nanti bila voucher dah siap, dia akan tepon aku lagi soh pi amik. ermm, entah ader ke idak. sabau jelah. kelakar sungguh bila dikenang. jadik bahan gelak aku sepanjang malam.

haii.. tak seronok plak rasanya kalau tak buat ucapan tahun baru bila tahun baru dah nak tiba esok hari. oklah, buat sumer kengkawan yang kenal dan tak kenal aku, buat sumer pembaca setia dan tak setia, buat sumer teman senget dan tak senget, buat sumer yang terbaca dan tetiba terlompat kat blog ni, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2005, semoga hidup anda sumer lebih bahagia, lebih bererti dan lebih gembira bersama aweks tersayang dan tercintan. adios.



nguLat ngepost | 1:56 PM | |

Thursday, December 30, 2004

Alhamdulillah, ucapan terima kasih aku bebanyak buat Pak Lah kerana beliau telah mengarahkan supaya dibatalkan semua acara sambutan tahun baru yang akan dibuat di KLCC atau yang kat Dataran Merdeka. beliau membatalkannya kerana kita masih dalam keadaan sugul dan berdukacita atas bencana Tsunami yng menimpa negara kita dan negara2 jiran. baguslah macam tu. aku memang sokong berjuta-juta kali peratus sebab aku memang tak pi sambutan tahun baru. takkanlah sewaktu ramai orang yang kehilangan orang tersayang, tempat tinggal dan mata pencarian, kita plak leka terkinja2 tengok orang nyanyi, tengok bunga api, dan kemudian jerik pekik di tengah2 malam buta. hai.. memang tak patut betul kalau kita camtu.

aku plak skang ni teringin sangat nak tengok 2nd leg semi final Piala Tiger antara kita ngan Indonesia kat Bukit Jalil 1hb Januari ni. tapi takde geng nak pi sana temankan aku tengok sesama. isk sedihlah plak. entahlah, tetiba aku rasa bersemangat nak pi sokong pasukan bola sepak kita. yelah, ari tu masa perlawanan pertama kat Indonesia diorang dah menang. jadik tentulah kita mengharapkan kemenangan sekali lagi, tapi kali ni di tempat sendiri plak supaya kita dapat pi final. aku tak mahulah stadium Nasional kita tu penuh ngan orang2 diorang plak. dahlah Kerajaan menganjakkan masa pengampunan hingga akhir bulan depan, tentulah makin ramai orang2 diorang yang akan turun menyokong pasukan diorang yang kalah ari tu. karang tak pasal2 Stadium Nasional Bukit Jalil jadik Stadium Utama Senayan plak.

lagi satu sebab mengapa aku nak pi tengok ialah sebab nak hilangkan tension aku ni. dan jugak nak rasa keseronokan tengok bola reramai ngan kengkawan. ekceli aku ada function 1hb malam, tapi aku malas nak pi function tu. nak pi jumpa sayang pun tak boleh gak. dia dah 2 minggu keje tanpa cuti. bz memanjang dengan kejenya tu. nak marahkannya asyik keje je, aku pun bukan bos dia, bukan tukang bayar gajinya. disebabkan itu jugak, dah hampir sebulan kitaorang tak jumpa. malam tadi aku jadik emosional gak ngan dia. kita faham dia bz ngan keje dia, tapi kekadang kita cam sengaja buat2 tak faham. sengaja buat2 keras kepala, sengaja nak merajuk. sayang plak takut sangat aku beralih arah bila dia bz camtu. haii sayang, kalau nak ikutkan kepala saya yang ting tong ni serta jiwa keremajaan saya, dah lama dah awak bermadu.. hehehe. *uiks, jangan marah aa sayang, saya gurau ajer. muahhss*

ermm.. kalau tak pi tengok bola weekend ni, alamatnya melepek jelah aku depan tv sorang2. uiks, buhsan siot. tengok tv ni pun ada saat bosannya. kalau tengok tv berdua takpe, ini sensorang. cakap pun sensorang. makan sensorang. ketawa sensorang. menjerit sensorang. maki pun sensorang. hahahaha.. haiii, bilalah aku dapat dok berdua dengan sayang ...


*ermm, boleh ke disamakan antara pi tengok bola ngan sambut tahun baru tu? cam pelik plak. tengok bola pun boleh jadik orang tak ingat dunia. ada gak jerik pekik. waduhh konpius aku.*



nguLat ngepost | 2:03 PM | |

Wednesday, December 29, 2004

aku ni sejak menjak ni amatlah sensitif. hati tu mudah sangat tersentuh. lagi2 kalau dengar lagu cintan cintun yang sedih2. mudah sungguh airmata tu bergenang dan mengalir. tak boleh ditahan2. terharu sepanjang masa. nak kata aku ada problem percintaan dengan sayang, tak jugak. memanglah rindukan dia, tapi peliklah kalau rindu tapi bila dengar lagu cintan yang sedih, aku plak yang merintih. aku tahu sebabnya. semuanya berkisar tentang kawan2 aku. aku sayangkan diorang, sayang sesangat. aku memang jenis sayangkan kawan. jadi bila diorang ada masalah camni, aku pun terasa sekali. macam cubit peha kiri, peha kanan pun rasa sakitnya. cam bila diorang makan pizza itali, aku pun terasa nak makan sekali. *eh, apa kena mengenanya?* heheh..

aku suka menyampaikan isi hati aku melalui lagu. sebab itu kot aku cepat sensitif bila dengar lagu yang tangkap lentok dan yang memberi makna dalam hidup. ada lirik yang memberikan pengajaran dan juga sebaliknya. bila dengar lagu tu, sebaiknya kita hayatinya sekali. kita amiklah mana yang baik. yang tak elok tu pandai2lah tapis sendiri. aku pun sentiasa belajar, belajar tentang apa sahaja perkara yang membawa kebaikan pada diri aku yang senget ni. menghayati lirik lagu juga mengajarkan aku sesuatu. "sesuatu" kerana setiap orang mempunyai tafsiran dan pengertian mereka sendiri. ari ni aku nak kongsi satu lagu kesukaan aku. aku rasa ramai gak yang minat pada lagu syahdu ni. sebuah lagu di zaman rock kapak. tapi lagu ni bukan lagu rocklah.


Suratan Atau Kebetulan
by Kenny Remy Martin


Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan



nguLat ngepost | 2:11 PM | |

Tuesday, December 28, 2004

fuuhhh memang bestlah percutian aku ke Kelantan. lupa segala kesedihan dan kemarahan yang aku alami masa kat JB ni. aku ingatkan aku akan terus bersedih bila balik dari bercuti nanti, tapi rupanya tidak. cuma sedih gaklah atas apa yang melanda kat negara kita ni. aku memang tak tahu bencana Tsunami tu sampailah bila aku pi keje pagi semalam, bila aku dengar Era, masa tulah baru aku tahu. itupun masih tertanya-tanya apa kebenda yang berlaku sampai banyak sangat nyawa yang terkorban. bas berlanggar lagik ke? hehehe..

skang ni aku agak keseraman bila naik bas. macam-macam boleh berlaku. sekali berlanggar, habis ranap bas jadiknya. nasib baiklah sepanjang perjalanan aku pi kelantan tu, sumernya ok. aku pi sana naik bas. itupun ada gak masalah pada bas yang aku naik. nasib baiklah drebar bas perasan dan kitaorang dapat tukar bas baru masa berhenti rehat kat Yong Peng, laluan ke Kelantan ikut jalan Segamat. aku sebenarnya ikut rombongan opis bercuti. dua bas lagik tu. pi lawatan sambil belajar diorang kata. apa yang nak dibelajarkan aku pun tak tahu. tapi kalau lawatan sambil memborong reramai memenuhkan bas memangler sesuwaii sesangat. sebabnya sumer agenda adalah membeli-belah, tiada agenda melawat muzium ke, agenda beramah mesra dengan Nik Aziz ke. hehehe.. boleh gak ditambah nama, lawatan sambil makan-makan. sebabnya mata aku terbalak tengok harga makanan yang sangat murah2 belaka kat sana. aku jadik macam orang Singapore turun Malaysia, sedangkan aku cuma orang JB yang turun Kelate.

isk, aku terasalah gak gegaran gempa bumi masa kat Kelantan tu. pagi Ahad, masa pukul 9 pagi tu, aku kat dalam bas, dah check out dari hotel dan sedang menunggu bas bergerak pi Terengganu plak. sedang aku termenung, aku pun terasalah bas tu bergoyang-goyang, cam dilambung ombak gayanya. nak kata bas bergerak, tak pulak. aku pandang pokok kat sebelah bas pun bergoyang-goyang gak. pastu aku pun tanyalah kat akak seopis yang dok depan aku.

aku : akak, kenapa bas ni bergoyang-goyang ah?

akak single sekejap : ntahlah ek. ni ha, budak2 ni berlari-lari agaknya.

aku : isk takkanlah sebab bebudak tu. *cuma sorang budak je berdiri, tak berlari pun*

akak andalusia : drebar bas tengah isi barang kat bawah kot.

aku : ermmm, agaknyalah kot. tapi peliklah.

lepas tu sumer terus senyap. aku pun tak cakap banyak lagi. tapi memang rasa pelik. sepanjang perjalanan bas keluar dari bandar KB, takde plak tanda2 pelik pada orang2 KB. diorangkan keje hari Ahad, jadik ramailah orang kat bandar tapi sumernya tenang, takde apa2 yang berlaku. bank penuh, jalan raya pun penuh. takde orang2 yang berkerumun. mungkin sebab kebanyakan bangunan kat KB pendek2 belaka. lagipun sepanjang laluan keluar dari sana, bas tak lalu kawasan bangunan tinggi. sebab ada gak bangunan tinggi kat KB yang terkena tempias gegaran cam citer sebuah hotel seperti yang surat khabar cerita.

bila aku baca paper, dapat tahu yang bandar KB pun terasa gegaran gempa, aku terus teringat dengan peristiwa bas bergoyang tu. agaknya itulah gempa bumi yang berlaku kat Sumatera yang kita pun terasa sekali kesannya. cuma aku je yang tak perasan. yelah dah dalam bas yang ada tayar yang boleh digoyang-goyangkan, bukannya berada kat dalam bangunan tinggi pun.

nasib baik kitaorang tak tukar rancangan pi Langkawi, sebab kitaorang dah hampir nak ke Langkawi kalau Kelantan masih banjir lagi. Langkawi pun teruk gak kena bencana ni. nasib baik pantai sekitar Kelantan dan Terengganu tak terjejas, kalau tak mesti dapat lihat kesan bencana. nasib tak baik, kitaorang ditarik ombak bersama. sebabnya perjalanan ke Terengganu dan balik ke JB semula, bas ikut jalan pantai pulak. sejuk mata memandang. tenang hati melihat pantai. jadi romantik plak sensorang dalam bas. nasib baik gak pantai Lido kat JB ni tak terkena Tsunami. kalau idak habis ranap projek Danga Bay. kalau idak habis musnah negara jiran sebelah kita tu. berbanyakkan bersyukur pada kita yang masih hidup, yang tidak terkena bencana Tsunami ni. dan diharapkan ketenangan dan kesabaran jua pada mereka yang dilanda musibah ini.


*malam ni ada perlawanan separuh akhir Piala Tiger, Malaysia vs Indonesia. mehler kita tengok reramai kat ntv7, saluran banyak iklan. eh, tengok bola 90 minit takde iklan tau. tu yang best tu. hehehe..*



nguLat ngepost | 3:55 PM | |

Friday, December 24, 2004

"aku faham apa yang kau rasa"
"aku faham apa yang kau alami"
"aku pernah gak rasa macam tu"
"yelah aku tahu, aku pernah gak rasa dulu"

kita selalu kata kita memahami apa yang kawan kita rasa. lebih2 lagi jika kita pernah mengalami peristiwa yang hampir sama walaupun selalunya tak serupa. adakah memang benar kita memahami perasaan kawan kita tu? atau hanya untuk menunjukkan rasa simpati dan memahami? pengalaman aku dalam bidang cintan cintun dunia senget ni taklah seluas mana. walaupun aku sedar aku menyukai kaum sejenis sejak sekolah lagi, tapi aku baru sahaja bercinta 2 kali. satu yang terputus di tengah jalan dan satu lagi dengan sayang aku skang. cintan cintun yang lain2 tu hanyalah perasaan syok sendiri yang tak berani nak diluahkan. kalau ada pun perasaan cinta yang berani aku luahkan, cintaku itu telah direject dan diketepikan. walaupun baru dua kali, pengalamannya mengalahkan orang bercinta 10 kali. terlalu banyak dugaan, rintangan dan kengkangan yang perlu aku hadapi.

Masih tiada ikatan, walau telah lama berpasangan
Hanya bahasa meyakinkan, hubungan kita
Dengan suara yang syahdu, dapat kau lukis hatiku
Keindahan mimpi-mimpimu ...


sumer orang yang bercinta pun macam tu gak. sedangkan orang yang lagi 19 jam nak nikah pun boleh kecundangan, apatah lagi dengan insan2 yang macam kita ni yang tiada ikatan perkahwinan, yang tiada ikatan pertunangan, yang tiada surat kesahan, yang tiada bukti pernikahan dan tiada perjanjian yang sah. jika kerbau dipegang pada talinya, manusia pula dipegang pada janjinya. segala ikatan hanyalah bersandarkan kata2 janji di hati serta janji mulut yang manis belaka. ataupun pada janji pada cincin yang tersemat di jari manisnya. bila putus sudah kasih sayang, adakah masih laku lagi janji kita yang dulu2? erk..

Apakah benar cinta berbunga, harum di dalam jambangan jiwa
Sehingga ku asyik terlena olehnya ...


sejauhmana orang2 macam kita ni boleh bertahan berdua sampai ke tua dengan partner kita? sejauhmana janji kita hendak berkomitmen dengan pasangan kita, kita tunaikan? adakah kita mampu melawan semua dugaan percintaan atau kita akan kecundang di pertengahan? sejauhmana ingatan kita pada kekasih kita sewaktu kita berdua berjauhan? setakat mana kesetiaan kita dengan janji2 yang telah kita ucapkan bersama? sejauhmana kuatnya ingatan kita pada kenangan2 yang pernah kita lalui bersama dengannya?

Rindu berlarutan, mimpi berpanjangan, namun belum ada kenyataan
Mahligai masih lagi, terapung di awangan
Dalam madah, seloka cinta ...

Berapa lama lagi, perlu aku nanti, rindu ini mencecah ke bumi
Segala janji kan menjadi nyata dan bertapak mahligai bahagia ...


susah untuk diluahkan perasaan yang terbuku di hati. adakah aku dan dia benar2 akan bersama sehidup semati? adakah aku dan dia akan pertahankan hubungan terlarang ini? adakah aku akan setia selamanya? adakah dia juga akan setia bersama selamanya? mungkinkah aku akan jatuh cinta lagi? segala-mala jawapan terletak di hati kita sendiri. orang lain tidak boleh menjawab soalan2 itu melainkan diri sendiri yang mengalami. tepuk dada tanyalah selera. tepuk dahi, tanyalah iman. tepuk sebelah jari memanglah slow ia berbunyi. tepuk sebelah tangan, bunyinya akan sumbang. tapi bila tepuk dua2 belah tangan, barulah padu bunyi yang dihasilkan.

apakah sebenarnya yang kita cari dalam percintaan? pernahkah kita bertanya pada diri kita, apakah yang aku hendak darinya? apakah kita berkehendakkan kasih dan sayang, cinta yang abadi? adakah nafsu nafsi yang menjadi sandaran? atau kesemuanya sekali? pernahkah kita bertanya pada diri kita, adakah dia bahagia bersama kita? apakah semua yang aku buat membahagiakan dirinya? pernahkah kita bertanya pada dirinya, sejauhmana cintanya pada kita? pernahkah kita bertanya pada diri kita, sejauhmana kuatnya cinta kita pada dirinya? pernahkah kita saling bertanya, sampai mana hubungan kita ini sayang? adakah untuk selama-lamanya ataupun sekadar tempat persinggahan sementara menunggu jodoh datang menjelma? bila dua insan sedang bercinta, memang semuanya manis belaka. tapi bila dugaan datang menjelma, yang manis bersepai terbuang, madunya hilang tiada pegangan.

Ku harapkan sinar purnama hingga ke siang
Ku harapkan mimpi-mimpi bukan khayalan
Telah aku jelajahi seluruh benua
Mencari pengertian hidup yang sementara

Manusia beranika ragam dan rupa
Ada yang jujur dan ramai berpura-pura
Ku sangka dalam ilmu dan pengetahuan ku
Tapi ada waktu ku terkeliru

Ku dambakan bukan sekadar yang dinamakan
Kekasih yang menemani ke sana sini
Ku dambakan sahabat dan teman setia
Rela bersama suka dan duka

Jadilah kau sahabat ku, kekasih dan teman
Hanya itu yang ku harapkan
Dalam susah dalam senang kita seiringan
Semoga ikatan berkekalan ...

semoga persahabatan kita semua akan berkekalan, walau apa jua gelora yang melanda. binalah kekuatan, hadapilah kenyataan, ikhlaskan diri, kita mampu mengharunginya jika benar jujur bertakhta dihati.

cinta tak kenal siapa, hadirnya tanpa dipaksa ..



nguLat ngepost | 2:17 PM | |

Thursday, December 23, 2004

|| Padi - Kasih Tak Sampai ||


Indah .. terasa indah
Bila kita terbuai dalam alunan cinta
Sedapat mungkin terciptakan rasa
Keinginan saling memiliki

Namun bila itu semua
Dapat terwujud dalam satu ikatan cinta
Tak semudah seperti yang pernah terbayang
Menyatukan perasaan kita ...

Tetaplah menjadi bintang di langit
Agar cinta kita akan abadi
Biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini
Agar menjadi saksi cinta kita
berdua ... berdua ...

Sudah .. terlambat sudah
Kini semua harus berakhir
Mungkin inilah jalan yang terbaik
Dan kita mesti relakan kenyataan .. ini

Menjadi saksi kita berdua ...


kennedy



nguLat ngepost | 1:20 PM | |

Wednesday, December 22, 2004

Sagittarius adalah zodiak bagi orang2 yang dilahirkan antara 23 November hingga 22 Disember. jadik aku pun termasuklah dalam kategori zodiak tersebut. ekceli aku sendiri kureng pasti apakah ciri2 orang yang berbintang Sagi. walaupun dah berkoyan2 aku baca artikel tentangnya, ia tetap gak tak masuk kat otak aku. lagipun kita dah terdidik untuk tidak mempercayai ramalan bintang2 ni. aku kalau bukak paper ke atau mag ke, baca tetapler baca ruangan zodiak. seronok gak kalau yang diramalkan kebetulan sama dengan apa yang berlaku dalam hidup kita. bila dah sampai akhir tahun plak, sibuk jugak nak tahu ramalan2 untuk setahun. sesaje untuk keseronokan hidup.

kalau nak tahu pasal watak dan perwatakan orang2 senget di bawah macam2 zodiak tu, ada buku yang ditulis khusus untuk orang2 cam aku ni. tajuknya ialah Herscopes, A Guide To Astrology For Lesbians dan tukang karangnya ialah Charlene Lichtenstein. ini antara buku pasal zodiak senget yang ada dijual kat Malaysialah. banyak lagi sebenarnya yang ada kat pasaran anatarabangsa. kalau korang nak mencarik awek, nak tengok ada tak keserasian antara korang dengan awek2 korang, nak tengok camner tingkah laku awek2 yang kita suka, bahkan kawan2 senget kita, buku ni mungkin boleh dijadikan rujukan. aku cakap mungkin dan kemungkinan ni sebab kita tak bolehlah percaya 100% dengan apa yang buku tu cakap dan ramalkan. bukan ker kebanyakan tukang2 tulis zodiak ni hanya membuat andaian dan ramalan berdasarkan kajian dan pembacaan yang diorang buat. kalau ada pun yang mempunyai persamaan dengan diri kita, itu hanyalah kebetulan2 yang tidak disengajakan. itu pada pendapat akulah. yelah macam aku cakap tadi, didikan yang membuat kita antara percaya dan tak percaya pada andaian2 diorang ni. kalau nak jadikan sebagai bahan rujukan pun boleh. tak jadi masalah. rujukan untuk memilih awek yang sesuwaii. suka2 nak tahu dan nak menyibuk.

jadik apa buku ni cakap tentang aku. uuhh banyak sungguh dari bab personaliti, keje2 yang aku buat, duit-muet, tempat tinggal aku, kesihatan aku, pasal cintan cintun aku, kengkawan aku dan memacam lagilah. setiap zodiak pun dia ada terangkan macam tu gak. aku letak skitlah statistic tentang diri aku ikut pada buku tu. so pada sesapa yang bernaung di bawah bintang Sagittarius, ini adalah antara ciri2 yang kita kongsi bersama.

Vital Statistics
Element= Fire(energatic, action-oriented)
Mode = Mutable (goes with the flow, adapts to change)
Ruling Planet = Jupiter (the planet of expansiveness and luck)
Ruling House = Ninth (the house of international travel, higher education, the law, philosphy)
Ruling Part of the Body = Hips and thighs
Birthstone = Topaz (November) and turquoise (December)
Best Day = Thursday
Lucky Number = 7,9
Astral Color = Purple, gold, red, green
Flower = Chrysanthemum
Tarot Card = Temperance XIIII (don't rush into anything, get a handle on a situation)

haa.. ada tak yang terkenan kat aku. kalau nombor bertuah tu, 7 memang nombor kesukaan aku. almaklumlah 17, banyak tarikh2 penting terkenan kat 17 ni. yang lain2 tu aderlah skit2 terkenan. setakat itu jelah ek yang aku nak kongsi. kalau nak tahu lelebih, korang boleh carik kat k&k. situ je tempat per'sumber'an buku2 senget yang aku tahu kat mesia ni.



nguLat ngepost | 1:32 PM | |

Tuesday, December 21, 2004

bacaan untuk masa terluang. sesapa yang takde masa tu tak payahler baca. benda ni dah banyak kali orang forwardkan dan banyak kali gak terpapar kat mana2 online komuniti. aku rasa artikel asalnya dalam bahasa london, sebabnya cam ada kelakar skit bila baca. aku sajer jer letak kat sini untuk insan2 yang sukar nak melupakan benda2 yang lepas, bekas2 yang terlepas. aku sayang sumer kawan2 aku. jangan biarkan hidup kita yang singkat ini diselubungi dengan misterrriiii.. hehehe.


-Hati dan Perasaan-

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang, tanda peringatan anda pada mereka.. *kan aku cakap aku sayang sumer kawan2 aku..*



nguLat ngepost | 1:56 PM | |

Monday, December 20, 2004


aku jejakkan kaki kat sini masa hari besday aku minggu lepas. siap dapat sijil lagi tu. tapikan sijilnya kena tunggu dua bulan lagi baruler dapat. haiyaa, sampai berjanggutlah aku kena tunggu.



kucing yang sungguh menarik perhatian. lebih menarik daripada ikan2 yang ada kat dalam sangkar ikan. bila aku nak amik gambor dia, makinlah dia buat muka poyonyer tu. isk, geram ajer aku tengok. sekali aku bagi penampar kang, menangis tak berlagu. kih!kih!kih! yang sebelah tu plak, belangkas dengan ikan yu. huhuhu, takut siot.



nguLat ngepost | 2:48 PM | |

Saturday, December 18, 2004

from my sayang to me,

sayang,
cinta, kasih sayang adalah satu nikmat yang terlalu indah dalam perjalanan hidup ini.
sejak aku mengenali dirimu, aku terasa berada dalam dunia ciptaanku sendiri.
setiap kali aku bertemu dan bersamamu, ia adalah kenangan yang paling abadi.
indahnya dunia bila kita bersama.

sayangku,
aku terlalu rindu padamu.
rindu pada belaianmu, rindu pada suara, gurau senda dan sentuhanmu sayang.
ingin sekali aku, ingin hidup selamanya bersamamu.
tidurku berteman, makan pakaiku dijaga oleh insan tersayang.
alangkah indahnya dan semakin indah hari-hari cinta kita.

dirimu yang paling ku rindu,
dirimu yang paling ku sayang,
dirimu yang paling ku cinta,
dirimu adalah segala-galanya,
cintaku padamu adalah hakikatnya hidupku kini.


love u,
~HN~



nguLat ngepost | 1:04 AM | |

Friday, December 17, 2004

hari ini adalah hari berkerje yang sangat syiok. mestilah syiok kalau dapat jenjalan makan angin free tanpa perlu perah otak dan tenaga kat opis. kebetulan pula hari ini adalah hari genapnya aku hidup di muka bumi ini selama 27 tahun. yerp, usia aku dah lebih separuh abad. 3 tahun akan datang usia aku akan menjangkau ke angka 3 dan 0.

uiks, menggigil aku bila ingatkan angka 3+0 tu. banyak perkara yang boleh membuatkan aku gigil, penin dan pusing hanya kerna mengenangkan angka tu. apanya yang bermain kat otak aku ni, tunggulah 3 tahun lagi barulah aku bagitahu. huhuhu berjanggutlah korang nak tunggu. yang penting bagi aku buat masa ini, aku nak enjoy sepuas2nya alam keremajaan aku. *eh, remaja lagi ke?* apapun yang terjadi pada hari esok, lusa, tulat, tonggeng dan masa hadapan, aku terimanya sebagai cobaan kehidupan dalam dunia insan senget. kerna yang kan terjadi tetap akan terjadi.

isk, teremosi-mental plak aku. sedih kejap sebab tak dapat jumpa sayang. dia bz memanjang dan takde cuti untuknya nak sambut sesama besday ngan aku. tapi takpe, dia bekerja untuk masa depan kami berdua. hehehe.. uiks, syiok beb bila jadi anak di penghujung tahun. yang paling syiok ialah aku masih lagi 26 tahun pada hari semalam. dan pada hari ini, tepat pukul 1.15 minit tengahari barulah aku masuk 27 dan pada bulan depan aku tetapler 27 sampailah pusingan setahun tiba lagi. sampailah tarikh keramat 17 Disember 2005 muncul, barulah usia aku genap 28 tahun. sedangkan ramai di kalangan kengkawan aku yang akan bertambah usianya seawal tibanya Januari 2005, yakni pada bulan hadapan tahun depan. ada yang masuk 27, ada yang 28 dan tak lupa jugak yang 29. jangan marah aaa sebab aku tetapler awet muda sampai ke tua. ekekeke..

apakah hadiah yang paling best yang aku terima hari ni? hadiah yang palinggggg bermakna ialah kad besday pemberian sayang yang tiba tepat pada hari ni. pandainya sayang budget masa untuk antor kad tu. bukan satu yang aku dapat, tapi 3 kad sekaligus. cuma satu je nak pesan ngan sayang aku ni, "awak, lain kali kalau antor kad camtu, janganler letak setem 1 hengget. kita tak jauh sayang, 30 sen pun dah cukup. antor 3 kad, bermakna 3 hengget sayang bagi kat orang pos. ongkosnya cuma 90 sen je sayang, lagi 2.10 tu bulleh belanja saya makan mekDonal". hehhehe.. jangan marah aa sayang. nanti saya bagi satu ciuman yang paalinggg istimewa. dan ucapan terima kasih tak terhingga buat sayang yang dekat sesangat di hati ini.

happy besday to me, happy besday to me, happy besday happy besday.. happy besday to meeeeeeeeee.. :)



nguLat ngepost | 11:20 PM | |

Thursday, December 16, 2004

waduhhh rindu banget gue dengan blog gue ini. aku sebenarnya ada kurusus memintarkan otak komputer, memutarterbalikkan otak aku dan menembamkan badan dari Isnin lepas sampailah hari ni. esok plak aku pi koreje cam biasa tapi ekcelinya aku tak koreje. aku nak pi jenjalan makan angin kat Tanah Penghujung Benua Asia, di penghujung selatan Semenanjung Malaysia yang wujud kat bumi Johor ni. pastu aku nak pi memain dengan ikan ngan lebah. lepas penat berjalan dan bermain, aku akan bersantap dan menghabiskan segala mala makanang laut yang ada kat sana tu. aku pegi sana hanya bawak otaku, body dan perut sahaja. segala-galanya di tanggung halal oleh opis aku yang kaya raya uang juta2. jangan tak pergi dong segalanya percuma! hehehe..

fuhhh lega aku bila pasukan bola sepak kita berjaya mara ke separuh akhir Piala Tiger. diorang ni ek agaknya kalau jumpa pasukan belasahan macam Myanmar tu, main macam nak tak nak je. tapi bila lawan Thailand, jumpa pasukan handal, bagai nak rak diorang kejar bola. apapun memang bestlah tengok game ari tu. separuh akhir nanti diorang akan jumpa dengan Indonesia. kalau nak menang, diorang perlu kekalkan permainan menyerang dengan pantas macam ari tulah. tapi kalau lambat bergerak, nak tunggu semua orang turun baru kasi bola memang kempunanlah plak nak rasa Piala Rimau tu. pastu paling menyampah kalau memasing nak tunjuk hero, tak mo passing bola kat kawan, terus nak rembat sendiri, nakkan nama cipta gol, tapi bola tu tetap tak masuk gol. haaa saat camtulah memang paling aku menyampah nak tengok.

itulah dia sedikit sebanyak komen dari seorang pakar mengomen tapi tak penah main. ekeke.. ari tu aku siap bertaruh lagi dengan brader2 kat opis ni. aku teka Malaysia kalah 2-1. tapi sebaliknya kita menang 2-1. keputusan terbaliklah plak. apapun game ari tu memang paling terbaik untuk ditonton, stadium pun penuh dengan penyokong Malaysia.

iskk aku nak baliklah. ekceli aku masih kat opis lagi ni. temankan kengkawan aku blaja joget zapin. aku tak berjoget sekali. aku jadik floor manager jek, jadik tukang sibuk lattalilatlailitamplunggggg.


*hari ni aku masih 26. ekekekek..* :p



nguLat ngepost | 6:07 PM | |

Monday, December 13, 2004

sejak Ami terkeluar dari Survivor dua minggu lepas, aku rasa cam hampeh je nak tengok Survivor lagi. selepas Ami, aku sokong Julie plak. tapi Julie memang takde harapan untuk ke final four. cepatlah Survivor tamat. aku dah teramat bosang ni.

dan kebosanan itu akan berakhir gak pada petang ini. kat ch5 Survivor Finale bermula jam 7.30 pm. pastu untuk Reunion jam 11.00 malam. aku tak tahu bila ntv7 nak siar. dah tengok website diorang tapi takde apa2 cerita pung. takdenya aku nak melangok tunggu iklan kat ntv7 tu. bosan sungguh, banyak sangat potong banyak sungguh iklannya. ermmm.. sapa di antara mereka berempat ni yang dapat sejuta tu? aku dah malas nak main teka teki teka tekuk. dah hilang segala debaran sejak Ami takde kena kiok. kita tengok jelah keputusan malam ni ek.

pasukan bola sepak kita kalah dengan Myanmar malam tadi dalam kempen untuk Piala Tiger. satu lagi perkara2 yang hampeh. lepas ni lawan diorang dengan Thailand plak. Malaysia perlu menang kalau nak merasa pi separuh akhir. tapi cam takde harapan je. dengan Myanmar pun kita kalah, apalagi dengan jaguh macam Thailand tu. camnerlah peminat bola sepak kita nak muncul kat stadium kalau prestasi macam yoyo. peminat ni biasalahkan, bila diorang menang kita sanjung, bila diorang kalah kita kutuk. heheh..



nguLat ngepost | 11:06 AM | |

Friday, December 10, 2004

aku skang ni tengah kemaruk mengumpul patung mainan dari mekDonal. apalagi kalau bukan koleksi mainan The Incredibles. ekceli aku bukanlah pengumpul mainan mekD yang setia. maksudnya aku ni pengumpul tenggelam timbullah. hanya beli koleksi mainan yang menarik terutamanya jika ianya watak2 dari citer kartun. dan aku hanya ngumpul mekDnyer koleksi je, terutamanya dari Happy Mealsnya. beli satu dapat mainan satu. dapat makan, dapat main-main. kan best tu.

seingat aku kali terakhir aku beli Happy Meals masa diorang keluarkan cerita katun hantu yang tugasnya menyakat bebudak nak tidur. aku pun tak ingat tajuknya. dah lama dah cerita tu. itu pun koleksi tak lengkap. ada dua patung je yang sempat aku beli. koleksi mekD aku yang hampir lengkap ialah patung mainan citer katun Tarzan. koleksi tu best sebab setiap patung ada tapak memasing. pastu kita kumpul sumer tapak dan cantumkannya jadi sebuah pulau. aku tak dapat lengkapkan satu tapak iaitu tapak untuk watak Jane. puas aku cari kat sumer mekD sekitar jb. naik bas turun bas, naik teksi turun teksi tak jugak jumpa. semuanya sold out. jadilah pulau satu lompang.

dah lama tak mengumpul dan kini gian tu datang balik. semuanya gara2 citer The Incredibles yang comel lote. anak beranak kiut miut. setakat ni semua koleksi yang dah dijual, aku berjaya memperolehinya. tinggal lagi 3 mainan je. dua dari Happy Meals, satu lagi kena beli dengan harga 9.90. hari Khamis minggu depan baru kuar. dalam banyak2 mainan tu, patung Jack-Jacklah yang paling susah aku cari. Jack2 ni mula kuar pada hari Khamis minggu lepas, 2 Disember. masa tu aku ada can nak beli sebab aku ada masuk kedai mekD masa aku beli tiket kat Larkin. tapi ntah kenapa aku tak mo beli kat situ. aku nak beli kat BP. kan kononnya aku nak jenjalan kat BP petang Jumaat esoknya, tapi lain plak yang jadi. bila dah sampai Segamat, aku plak berpatah balik JB. petang Jumaat tu, sebelum aku balik Segamat dengan sayang, aku singgahlah jap mekD drive-thru kat Carrefour. ingatkan nak beli Jack2lah. sekali tu diorang kata dah sold out. uiks, baru hari kedua dah sold out. hampeh kali pertama. pastu aku pi kl. masa jenjalan kat Berjaya Times Square, lepak makan kat situ jap. cari Jack2 gak. tapi kat situ pun sold out. hampeh kali kedua.

ini tak boleh jadi ni. aku kena gak cari Jack2. kalau tidak aku hampeh selamanya. hari Selasa lepas, aku baru naik keje. petang balik je dari keje, tak singgah rumah lagi ni, aku terus pi cari. memula pi Larkin. dengan andaian orang yang naik bas kat Larkin tak berminat dengan anak patung. tapi aku tersilap, sold out gak. dalam pada tu, hari Isnin sebelum sayang balik Segamat, aku pesan kat dia carikan patung tu kat sana. masa kat Larkin aku dapat sms dari dia yang kat Segamat dah sold out. pastu sayang bagitahu, dia mintak tolong kawannya kat BP carikan, kat sana pun dah habis. aku tak puas hati ni. dah lima kali hampeh ni. aku pun memikirkan destinasi mekD yang berikutnya, yang rasa2 macam tak ramai je orang singgah. kalau pi shopping complex jangan haraplah, kat sana memang laris cam vcd cetak rompak.

aku pun pi mekD drive-thru kat Petronas Skudai. haiiiyaaa, kat situ pun habis lor. hampeh kali keenam. percubaan terakhir, dari Skudai aku pi Permas Jaya. kat sana ada satu mekDonal yang terletak di deretan rumah2 kedai, dekat dengan Jaya Jusco. kali ni langkah aku separuh kanan separuh kiri, kat tengah2. sebabnya walaupun ada satu lagi patung Jack2, tapi patung tu dah rosak. customer lain dah beli, tapi oleh kerana tak kuar sore diorang mintak ganti. tapi aku tak kisah, aku sambar gak. dalam hati cakap kalau untuk koleksi takpelah. aku beli Jack2 tanpa perlu beli Meals. sebelum tu, brader yang jadi manager kat situ cakap kat aku, Jack2 masih ada kat Plaza Tasek. alamak, malas aku nak pi sana. jauh tu nak patah balik ke Skudai. mana tahu aku pi kang dah habis plak. jadi dengan hati separuh riang, aku pun balik rumah.

esoknya, hari Rabu aku pi keje. sekali tu aku ternampaklah kat meja kawan aku ada Jack2. cantik je dia duduk sebelah monitor. aku pun cubalah on-kan sorenya. aiiiyoo kiutlah dia gelak. patutlah sold out. sakit plak hati aku dengar dia gelak. ini tak boleh jadi ni.

aku rasa korang dah tentu boleh agak ke mana aku petang tu. hehehe.. aku pi Plaza Tasekler, kat Taman Tun Aminah. tempat yang tak pernah aku jejak. tak penah sampai pun. sebelum aku pi, aku tepon dulu mekD kat situ, kononnya nak tanya Jack2 ada lagi tak. tapi diorang tak jawab teponlah plak. aku tetap tak puas hati. aku pun main redah je pi sana. nasiblah, kalau takde anggaplah aku dah berjaya meneroka satu shopping complex yang baru aku tahu kewujudannya. hehehe..

sampai kat sana, aku terus beratur. mata plak melilau kat papan menu dia. kat situ diorang ada letak gambo koleksi The Incredibles tu. pastu kalau dah habis diorang letak sticker sold out. masa kat papan iklan pertama aku tengok iklan patung Jack2 tu takde perkataan sold out. hati gembira tak terkata. pastu mata melilau lagi. alamak, kat papan iklan yang kedua ada sticker menyampah tu. isk hampeh betullah! tapi takpe, aku sabar lagi. aku tetap beratur walaupun lama sungguh aku beratur. bila sampai giliran aku, aku pun anggap patung tu dah habis. aku pun order Happy Meals ajer, buat penghilang rasa sakit hati. pastu aku pun ringankan mulut bertanya, "patung Jack-Jack Handphone Holder tu ada lagi tak?" sekali tu cashier mekD tu cakap, "ada lagi". hah! aku pun terperanjat. pastu tanya balik, "ye ke ada lagik?". dia balas balik, "ada". aku cakap, "kat situ tulis sold out", sambil jari tunjuk kat papan iklan tu. dia toleh ikut jari aku. pastu cakap, "masih ada lagi". wahhhh.. hati berbunga tak terkira tak terkata. cam dapat awek baru je gamaknya. aku terus mintak nak beli patung Jack2 tu, tak kiralah walaupun aku dah ada Jack2 yang bisu.

inilah dia dua patung Jack2 koleksi aku. sebelah kiri tu Jack2 yang bisu, sebelah kanannya Jack2 yang ada sore dia gelak maut bila hp berbunyi. nanti bila koleksi aku dah lengkap, aku tunjukkan kesemuanya sekali. sayang bila tahu aku berusaha cari Jack2 ni, dia kata aku ni kanak-kanak riang. ekeke.. moral of the story mori yang very der panjang ni, janganler malu untuk bertanya. kalau malu sesat jalanler jawabnya. :D



nguLat ngepost | 5:18 PM | |

Thursday, December 09, 2004




Sumber : Remaja Edisi 1 Dis 2004



nguLat ngepost | 4:35 PM | |

Wednesday, December 08, 2004

ingat lagi tak dengan entry aku pasal jam Swatch, hadiah yang aku dapat dalam satu peraduan beberapa bulan yang lepas? Sabtu malam Ahad, lepas majlis gath tu selesai, aku dan sayang pi ler KLCC amik hadiah kat outlet Swatch kat situ. lepas konfem, aku pun memulakan acara memilih jam yang berkenan kat hati. aderlah had harga jam yang boleh aku pilih. kalau tak ade had, maunya aku amik jam yang paling mahal sekali, yang besar gedabak, yang kalau terlanggar boleh buat orang lebam debam.

setelah beberapa bulan tak pakai jam, akhirnya dapatlah aku memakai jam free. sukanya hati sampai asyik membeleknya tak henti2. belek sebab takut ader calar. aku ni careless skit dalam bab menjaga pergerakan tangan. tak kisah sangat kalau tangan terlanggar, tergesel dengan apa sahaja. tapi selalu terlupa yang tangan tu pakai jam. alamatnya memang banyakler kesan2 calar kat jam aku. skang ni jam tu dah ader satu kesan calar. satu kesan yang abadi. aku rasa cam nak pakai alat pelindung jam je. benda tu glamer masa zaman sekolah dolu2. aku tak tahulah fungsi sebenarnya samada untuk mencantikkan jam atau melindungi jam. tapi aku rasa ianya berkesan untuk melindungi jam daripada calar balar. agaknyalah kot. entah ada jual lagi ke tidak, aku pun tak tahu. walaupun jam tu jam free, aku tetap sayang sangat. sebab ianya adalah satu simbol penghargaan pada kesungguhan aku memasuki peraduan. cheewaaahhhh!



nguLat ngepost | 5:03 PM | |

Tuesday, December 07, 2004

weekend lepas aku turun kl. aku pi jenjalan makan angin, makan sate, makan nasik ayam, makan putu mayam, makan biskut popo, makan biskut coklat buah pinggang *ikut kata ChefDiva* dan segala macam jenis makanan aku sumbatkan dalam perut aku ni. aku rasa dalam masa satu hari aje aku dah berjaya menaikkan badan aku berkilo2 lemak. dahlah aku ni jenis senang nak gemuk susah nak kurus. tapi takpe, makanler selagi boleh makan. kang bila dah tua, bila gigi dah gugur, takdelah terliur bila anak cucu makang sedap2. *erk anak? anak kucing kot*

ekceli aku pi gathering rayer kengkawan Sekapal Inc minggu lepas. dan acara makan tu adalah agenda utama yang tidak boleh tidak dilepaskan. aku pi sana dengan sayang sekali. dapatlah jumpa beberapa orang rakan baru dan seperti biasa, teman2 veteren Sekapal Inc tetap ada walaupun tak ramai. group kitaorang memang tak ramai. boleh dibilang dengan jari termasuklah jari kaki. seronok dapat jumpa diorang. dapatlah bercerita tentang hal kita2 ni sepuas yang mungkin. itu pun rasanya macam ada je cerita yang tak diceritakan. seronoknya bukan apa, almaklumlah aku ni jauh di selatan. jarang2 dapat jumpa diorang yang sumernya dok kL belaka. dah lama tak berbual, ketawa, mengumpat bersama kawan2 senget ni. ekeke..

dalam pada tu dapatlah jalan2 dengan sayang sekali. aku pi Segamat petang Jumaat. cam biasa naik baslah, aku mana ada keta. aku nak cerita tentang satu peristiwa kelakar poyo petang Jumaat tu. camni mulanya, dari tempat keje aku balik rumah dulu, antor keta abah, tukar baju dan amik beg yang aku dah sediakan malam sebelumnya. walaupun camtu keadaan aku tetapler kelam kabut sebab aku cuma ada setengah jam untuk tukar baju, amik beg, tepon teksi dan naik bas. teksi sampai kat rumah 10 minit sebelum bas bertolak. aku mintak tolong brader teksi tu drv cepat sikit. tapi brader tu cakap "mana boleh bawak laju2 dik, ni bukan lebuh raya". aku dah bengang dah ni, aku bukan suruh berlumba pun. cuma cepatkan skit kelajuan teksi dia je. aku terus senyap. brader tu plak dengan muka masamnya drv teksi dengan kelajuan yang sama. rumah aku agak dekatlah dengan Larkin, tapi yang jadik masalah ialah banyak sangat lampu trafik yang nak ditempuh untuk sampai kat sana. nasib aku baik sebab bas tak bergerak lagi walaupun dah tiba masanya bertolak. tapi kalau aku lambat dua tiga minit memang menangis kena tinggalkan bas ler jawabnya.

bab kelakar poyo bukan kat situ tapi kat cerita ni. bila bas bergerak je, aku terus tutup mata nak tido sebab nak membunuh masa dalam bas yang buruk dengan aircon yang panas. dalam otak aku pun mengira2lah barang2 yang aku bawak, barang2 pesanan adik aku, dan harta benda aku. tetiba darah aku berderau. aku tertinggal satu barang berharga dan penting kat bilik, kat dalam almari baju. alamak macamana ni? aku bukak mata, bas dah sampai kat Skudai. apa nak buat? takkan nak turun bas kat situ? hati aku dah tak senang. menyumpah-nyumpah pun ada. macamana aku boleh terlupa nak bukak pintu almari yang lagik satu tu. patutlah hati aku rasa tak senang nak tinggalkan bilik, nak tinggalkan rumah. aku memang ada sixth sense dalam bab tinggal meninggal barang ni. chewaah! selagi tak ingat barang yang tertinggal, selagi tu hati rasa semacam. tapi agaknya petang tu aku terlalu excited nak jumpa sayang, nak pi kl dan terlalu kelam kabut gak sampai aku buat sambil lewa pada ketidaksenangan hati.

nak dijadikan cerita, aku pun sms sayang bagitahu aku tertinggal barang, rasa sedih bla bla bla. dan dengan muka tak malunya, aku minta tolong sayang temankan aku balik Jb semula bila aku sampai kat Segamat nanti. perghh, memang ini namanya takde keje carik keje. aku nak balik Jb gak, nak amik barang tu gak. kalau tidak aku akan rasa seribu juta kali ralat. dan di atas nama cinta, sayang pun turutkan kehendak kekasihnya yang poyo ni. ekceli jarak antara jb dan segamat taklah jauh mana walaupun jarak pergi balik tu bila dicampurkan jauhnya macam pi kL! sayang membebel gaklah kat aku sebab kena habiskan masa dengan memandu ketanya. mestilah penat sebab aku tak boleh tolong drv. ikut petua orang dolu2, kalau dah kuar rumah tak baik kita berpatah balik. jadi terpaksalah dia sorang je yang memandu sebab aku yang buat dajal. ekeke..

rancangnya petang tu kitaorang nak jenjalan kat Summit Parade BP, tapi lain plaklah jadiknya. aku pun terpikir, lebih baik aku tertinggal bas daripada membuang masa, tenaga dan duit macam ni. tapi nak wat camner, benda dah terjadi. hati plak berkeras nak patah balik. sepanjang perjalanan aku kenalah hiburkan hati sayang. bercerita tak henti2 sampai serak sore aku. pengorbanan sayang sampai bila2 pun aku tak boleh lupa. sayangnya aku kat sayang.. nasib baik masa sampai kat rumah abah aku tengah mandi. kalau tidak jenuhlah aku nak menjawab soalan kenapa aku patah balik ke jb. moral of the story, carilah gelpren yang sanggup mengharungi segalanya dengan anda di waktu senang mahu pun susah. :)



nguLat ngepost | 5:31 PM | |

Thursday, December 02, 2004

malam tadi adalah malam penentuan bagi mencari juara Singapore Idol. dapatlah aku tengok menerusi ch5 yang disiarkan secara langsung mulai jam 7.45 malam. malah keputusan pemenangnya juga diumumkan malam tadi lebih kurang jam 10.45 malam. gempak dan gamat gitu sambutan yang diberikan oleh orang2 Singapura pada budak2 SI. diorang dibenarkan mengundi dan menelefon sebaik sahaja kedua2 finalist habis menyanyikan lagu pertama. jumlah undian bagi kesemua episod SI lebih kurang 3 juta sms. negara kecik, jumlah undian berganda. memang padu sungguhlah sokongan yang diberikan oleh rakyat Singapura dengan rancangan ini. Malaysia Idol punya undian plak sekitar 5 juta sms je.

dua orang finalist SI ialah Muhammad Taufik bin Batisah,23 dan Sylvester Sim,21. dua2nya lelaki. nyanyian Taufik lebih kepada R&B manakala Sly pula suka kepada lagu2 berentak rock. persembahan diorang malam tadi sama2 hebat disebabkan kedua2nya masih amatur dalam bidang nyanyian. jadi kalau tengok tu, memang susah skit nak tentukan sapa menang pasal diorang berada di level yang sama. tak macam MI, antara Jac dan Dina yang mana kita dah boleh jangka sapa yang akan muncul juara. Taufik adalah satu2nya peserta Melayu dalam 11 finalist SI. sejak awal lagi aku memang menyokong Taufik walaupun aku tidak membantu untuk mengundinya. ini kerana dia mempunyai vokal yang lebih umphh berbanding peserta2 lain.

dan keputusannya.. jeng jeng jeng.. akhirnya rakyat Singapura telah memilih Taufik sebagai juara Singapore Idol yang pertama. tahniah buat Taufik atas kejayaannya itu. Sly walaupun tidak menang, tapi dia mempunyai market yang cukup baik di rantau Asia jika dia membuat album sendiri nanti. ini kerana selain boleh menyanyikan lagu berbahasa Inggeris, dia juga mempunyai kebolehan menyanyikan lagu2 Mandarin dengan baik. tentulah pasaran albumnya nanti luas terbuka hingga Taiwan dan China. dia mempunyai pakej untuk bergelar Chinese Superstar. Taufik pula harus bersungguh2 untuk bertapak sebagai penyanyi. sebagai juara Singapore Idol, tentulah banyak perancangan telah disediakan untuk Taufik bagi mengembangkan kerjayanya sebagai penyanyi. lagu yang bakal menjadi single pertama album Taufik bertajuk I Dream. lagu tu memang sedap dan aku rasa bakal menjadi hit tak lama lagi. lagu tu pun macam dicipta khas untuk Taufik berdasarkan senikatanya. cuma bagi aku, vokal Taufik perlu lebih digilap dan diasah kerana ada yang kureng memuaskan. walau apapun, tahniah sekali lagi buat Taufik Batisah kerana berjaya mencapai impiannya untuk bergelar penyanyi menerusi Singapore Idol.

amboi aku ni, kalau komen mengomen orang memangler nombor satu. kat opis pagi tadi pun hangat jugak opismate aku bercerita pasal SI ni. semuanya terdiri daripada mak2 orang yang berjiwa muda remaja. bertambah hangat bila kitaorang bukak cerita pasal Kak Pah kena dakwa pasal email layang pada CT Nurhaliza tu. semuanya dengan teori masing2. pasal cerita fitnah meka berdua tu, entahlah.. malas aku komen. memalukan aje. berbalik tentang cerita SI, sebenarnya dari awal SI disiarkan, tekaan aku untuk peserta final two adalah antara Taufik dan Olinda Cho,24 sorang awek tomboy yang makin lama makin ayulah pulak. suara Oli ni pun bagus gak. ramai yang membuat jangkaan bahawa Oli akan ke final tapi dia telah ditewaskan oleh Sly masa diorang kat final 3. Oli ni aku tengok gayanya macam andro, nak kata peng pun bukan, pompuan ayu pun bukan. dia memangler suka menyanyi sejak kocik2 lagi. bila dia masuk SI, makin lama dia makin terbuka, persembahannya makin berubah. tidak hanya memilih gaya2 macho sebaliknya pernah nyanyi pakai gaun bukak dada lagik. dia memang berani mencuba. orang kata Dina tu tomboy, tapi aku tengok Dina tu tomboy keanak-anakkan. manja gitu. Oli plak memang nampak dia tomboy sesangat dan bukan girlie type.

uiks bersungguh2 aku bercerita pasal Singapore Idol. ari tu bukan main ngutuk cakap diorang nyanyi 10x tak best. ekceli diorang boleh nyanyi, bukan tak boleh. cuma tak cukup power je. kalau nak tengok Taufik nyanyi best ke idak, tunggulah kat World Idol. mungkin gak Taufik akan datang sini untuk kembangkan bakatnya dalam pasaran lagu2 Melayu. kita tengok jelah nanti ek.



nguLat ngepost | 6:19 PM | |

Wednesday, December 01, 2004

beberapa hari ni aku takde mood nak menulis. memang ada benda yang aku nak cakap, nak aku ngomelkan, tapi bila tiba depan pc je aku jadi kaku beku. sesejuk air batu kat dalam peti ais. kalau air batu tu tak sejuk, bayangkan sejuknya seperti salji yang turun nak sambut kismes, *macam penah rasa salji camne ek*. kalau itu tak cukup sejuk lagi, haa otak aku sesejuk ais di antartika. fulamak! ko ni, kalau nak ber'umpama' pun, man2 lah skit. jadi sempena hari pembekuan otak ni, aku nak nyanyilah skit, satu program untuk mencairkan otak. lagu ni untuk sesapalah yang tetiba terlompat kat blog ni, yang datang melawat sambil belajar *kan cuti sekolah skang ni*, dan untuk budak2 Sekapal Inc. *semua dah boleh jadi mak budak pun*. paling teristimewa sekali untuk my darling, HN dengan ucapan, aku teramat sejuta kali amat rindu padamu sayang..


Semua Untukmu - Anuar Zain

Dengarlah bisikan angin bayu
Dengarlah bisikan ooo hatiku
Bagaikan sebuah melodi cinta murni
Semua adalah untukmu
Walaupun dalam lautku selami
Walaupun tinggi gunungku daki
Ku rela tempuhi rintangan yang ada
Semua demi cinta suci

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Harapan yang ada
Tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

Usah kau ragui keikhlasanku
Usah kau ragui oh hasratku
Kuserah seluruh jiwa dan cintaku
Semua adalah untukmu

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Semua adalah untukmu

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah engkau cintaku suci dan murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Segala harapan tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi



nguLat ngepost | 4:04 PM | |

di bawah lembayung pelangi

a member of the

SengetianS


skodeng



+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+

+sekapal+
+lilylotus+
+blue+
+zaffey+
+yatt+
+payid+
+elenaoz+
+nasik+
+isrockstar+
+jj78+
+asya+
+dyke+
+rozek+
+afy+
+th3undefined+
+jL+
+laut+
+eid+
+fdb+
+froggie+
+armz+
+fiq+
+shajime+
+elsilver+
+armie+
+shay+
+han+
+arD+

+AfterEllen+
+Sengetians+
+WWLW+
+Butches Inc+
+for PLU+
+Pink Lemonz+
+Les Worlds+
+Queer Filter+
+PlanetOut+
+The L Word+
+Queer Jihad+
+Fridae+
+Al-Fatiha+
+Herstory+

template by +Lonelyger+
hosted by +Blogger+



Listed on Blogwise

This page is powered by Blogger. Isn't yours?


Free Web Counter