Thursday, February 24, 2005

malam ni adalah malam kedua aku berada di segamat. esok pepagi dah balik jb semula. lepas tu akan rindulah aku pada dia selama tak berjumpa. sumer orang yang bercinta macam tulah yea. bila berdua terasa benar cepatnya masa berlalu. bila berjauhan terasa pula lambatnya waktu menanti pertemuan yang berikutnya. begitulah putaran alam, masa dan waktu. begitulah yang berlaku pada kehidupan manusia. semoga kasih sayang antara kami berdua terus mekar bersama dengan janji yang dimeterai. janji untuk seiring dan sejalan berdua hingga ke akhirnya.

Seiring dan sejalan
Seindah bunga di taman
Bak burung nan megah
Kanda kupuja
Bahagia kita berdua

Berlari berkejaran
Lupakan segala duka
Di kota di desa
Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua

Dinda .. Kanda
Burung pun turut menyanyi
Tawa .. Riang
Dan cinta mula bersemi

Tiada lagi duka
Pun airmata
Kembalilah sayang
Bersama berjalan
Duka atau pun senang

Aduhai pujaanku
Mimpikah daku
Kan kusimpan dia
Di dalam hatiku
Kasih dan sayangmu ...



sayang.. sesungguhnya cintaku abadi hanya untukmu.



nguLat ngepost | 9:45 PM | |

Wednesday, February 23, 2005

aku kat rumah sayang tika dan saat ini. kat mana lagi kalau bukan kat Segamat. bahagianya rasa update blog di samping orang tersayang. bising sungguh mulut dia kat belakang aku. yelah, aku layan tulis blog. dia plak layan baca mag sambil mulut membebel *minta perhatianlah tu*. geli hati aku menggeletek-geletek. hehehe..

membaca entry sekapal pasal citer Tipping The Velvet terus mengingatkan aku kembali pada novel tu. aku dah lama baca buku tu, dah lama tahu tentang kewujudan siri drama yang dibuat khusus mengikut jalan cerita ttv. tapi setakat ni aku cuma tengok klip videonya melalui website BBC jek, tak pernah tengok lagi drama sepenuhnya. bila sekapal tulis yang dvdnya dah ada kat sini, aku jadik teruja tetiba. sebab aku sungguhler giler ternanti2kan citer tu. sebabnya ttv ni sungguhler asyik masyuk untuk dibaca apatah lagi menontonnya. membacanya membuatkan kita terbayang2 akan situasi yang digambarkan oleh sang pencerita. aku siap membayangkan aku ni Nance lagik. bijak sungguh Sarah Waters mengarangnya. novel2nya buat aku terkedu, beremosi dan tersenyum sengeh sensorang. aku baru je abis membacanya buat kali kedua. bermula sabtu lepas sampailah hari ni barulah selesai menghabiskan lebih 450 muka surat. siap bawak pi keje dan bawak pi Segamat lagi tu. selesai khatam kat tempat keje sayang tadi. sekali baca buat aku tak boleh berenti dan asyik teringat je selagi tak abis. boleh gitu?

dolu2lah kan aku suka baca novel Creative. rasanya kebanyakan daripada kita membesar dengan novel2 keluaran Creative Enterprise *kecualilah tak minat baca novel Melayu*. memanglah sumer citer2 tentang orang stret, tapi apa nak buat. yang senget nanti tak lepas plak kat KDN. tapi ada gak satu citer ala2 senget yang insaf bertajuk Bunga Jantan. novel keluaran awal 90an. puas aku cari nak buat koleksi tapi buku tu dah tak wujud lagi. skang pun ada orang tulis novel melayu kisah senget2 insaf tapi tak sedap untuk dibaca. aku beli gak, sajer buat koleksi dan jadikan panduan. manalah tahu satu hari nanti aku nak tulis novel senget plak. sekurang-kurangnya aku tahu pasaran kat Malaysia macam mana. tapi biasalah, tak boleh terlalu daring sangat dan cerita tu kena mendatangkan keinsafan pada pembaca. ermm, memangler tak boleh tulis macam ttv dan lain2 novel senget omputeh. ada kang kena sembelih hidup2.

ermm apalagi nak tulis ek. hai.. apasallah akhir2 ni aku kehilangan idea? oohhh otaku, berilah panduan bagiku. mana pegi khayalan ku selama ini? ohhh..

khayalan menjelma ketika fikiran
melayang menjauh mengenangkan mu
suaramu yang mesra mengalunkan lagu
irama hatimu yang sepi .....




cau cin cau.



nguLat ngepost | 9:24 PM | |

Thursday, February 17, 2005

dulu

skang
hillary swank tetapler best gaban!!



nguLat ngepost | 1:32 PM | |

Tuesday, February 15, 2005

haallooooooooo blog..! bila lelama dah tak masuk blog ni ek, rasa rindu memangler membuak-buak. tapi rasa bosan yang melampau-lampau pun ada. rindu sebab lama tak menulis. boleh berkarat otak aku nak bina ayat bombastik dan melastik. rasa bosan plak timbul dari perasaan nak benti memblog. rasanya kalau aku benti memblog ek, apa akan jadik dengan hidup aku? eh, hidup aku mustilah berjalan seperti biasa. tapi akan hilangkah sifat suka bertenet aku? entahlah ek.. benda tak berlaku lagik, manalah aku tahu.

jadi kemana kita ari cuti yang lepas? ooo aku keje 3 hari berturut2. dari ari Rabu sampailer ari Jumaat. jumaat malam Sabtu sayang datang JB. sabtu aku cuti. aku ngan sayang pi picnic di pantai yang indah di Tanjung Leman. aku mandi-manda dengan seronoknya sampai demam2 dan sakit2 badan. itulah akibatnya melawan ombak yang menerjah pantai. melompat2 selagi boleh. berendam selagi terdaya. ketawa kesukaan selagi ada suara. sampai naik legam muka dan tangan. pastu kemalu-maluan nak kuar sebab dah terbakar dek panahan matahari.

hari Ahad aku masuk keje balik. kejap je pi keje, tak lama. sayang plak balik Segamat petang ahad, selepas kitaorang jumpa dengan rakan senget yang aku kenal dari blog aku jugak. namanya Achik. haiii Achik dan Nana! nyanyi lagu Paling Comel untuk saya dan H skit boleh tak? hehehe..

sekejap sungguh masa berlalu. skang dah masuk bulan February untuk tahun 2005 ni. umur aku tetaplah meningkat walaupun ada orang macam tak caya aku dah hampir ke angka 3 yang misteri. kenapa? tak pecaya yea? aku sendiri pun tak percaya. percayalah, kasihmu lama tersulam, di ruang paling dalam, terlalu jauh tak terselam.. ewahh nak nyanyilah plak dia. ehemm.. sejak keje baru ni, hobi menyanyi aku semakin menjadik2. mana taknya, aku memang bergelumang dengan dunia nyanyian dan hiburan!

sambil menaip ni, sambil aku melihat semula catatan yang aku tulis pagi tadi masa tengah bertugas. klausa ini aku petik dari sebuah buku yang mengandungi arahan undang2 untuk tugasan aku. antara yang menarik perhatian aku ialah klausa yang berkaitan dengan penampilan diri yang berbunyi "Tidak memakai pakaian yang menyerupai jantina yang berlainan (opposite sex)". fahamkah kalian akan maksudnya? mula2 aku baca, aku faham. pastu bila baca banyak kali aku jadik tersembam. antara faham dan buat2 tak faham. hehehe.. yang aku faham ialah bila mana aku ni seorang pompuan, aku pi keje tak boleh memakai pakaian yang nampak macam lelaki. yelah2. aku tak boleh tunjuk macho masa pi keje. memang pun selama ni aku pi keje ayu giler gaban. pi keje jadik hipokrit sekejap. agaknya ek, kalaulah aku buat episod coming out, tragedi kuar dari almari, aku kena buang keje tak? hehehe.. tragedi buah epal, memang takkan tahu apa yang akan terjadi. unsangkarable.

wokeylah, ari ni ari selasa. aku boleh lupa plak yang ari ni ari selasa. ku pikirkan ari isnin. almaklumlah semalam aku tak keje. jadik bila naik keje ari ni, ingatan aku macam berada di hari isnin yang dah berlalu. uiks, buat malu jek keje pagi tadi. patutlah brader yang DB ngan aku tadi tersenyum senget kat aku. aku buat salah dalam sedar rupanya. heheh..



nguLat ngepost | 1:05 PM | |

Wednesday, February 09, 2005


walau apa pun ketensenan yang aku hadapi, aku takkan menyerah. jangan mengalah sebelum melawan!!!



nguLat ngepost | 1:10 PM | |

Saturday, February 05, 2005

wahh... bz ke skang? ekceli aku takler bz dengan keje baru. banyak masa lagi adalah. cuma aku kureng sihat. aku telah diserang virus demam, selsema dan batuk sejak hari pertama kat opis baru. sampai hari ni batuk aku tak baik lagi. pc kat rumah sakit. nak pi cc plak hati malasnya masyaAllah. jadi terbantutlah nak mengupdate blog. rindunya bukan main. siap soh sayang aku tengokkan kalau2 ada pokok tumbang kat blog aku ni. hehehe..

aku skang tengah training melenggokkan sore dan membisingkan mulut selama sebulan. itu adalah antara intipati keje baru aku. ni aku baru ajer balik dari memenuhkan perut yang kosong sejak pagi tadi. ekceli aku pi jamuan meraikan perpisahan aku dan 2 rakan aku yang lain di hotel yang terletak kat sebelah opis lama aku. jadik aderlah masa sekejap menyinggah cc. petang ni aku datang bertugas balik. keje baru aku nampak macam tak tentu masa dan nampak macam bz ajek. tapi sebenarnya banyaklah masa terluang untuk aku tidur dan makan. haii.. jadik makmoklah aku kalau selalu macam ni gamaknya. risau sungguh!

aku nak citer apa ek? banyak benda aku nak citer. aku siap tulis lagi benda2 yang aku nak stori kat blog ni, tapi boleh tertinggal plak buku nota aku kat dalam keta. warghh.. payahnya bila pc aku sakit. rasa malas nak menulis pakai tangan makin menjadi2 sejak kenal apa itu keyboard dan adik beradiknya. takpelah.. insyaAllah Isnin depan aku banyak masa. nak guna pc kat opis tak boleh plak. aku takde pc tersendiri kat opis baru. semuanya berkongsi. kalau nak, kena tunggu bulan 3 nanti barulah aku boleh pulun sensorang pc kat opis tu. kenapa nak tunggu sampai bulan 3 ek? hehehe.. aderlah.. itu rahsia antara aku dan keje baru aku.

jumpa lagi blog ku sayang. cau cin cau!



nguLat ngepost | 3:16 PM | |

Tuesday, February 01, 2005

kau hawa aku hawa
kau bertanya kepadaku
apakah makna cinta aku pada kau
mengapa kau cinta aku
mengapa aku cinta kau

aku menjawab
cinta itu cinta
cinta itu klasik
cinta itu memiliki
cinta itu indah
cinta itu nafsu
cinta itu hati
cinta itu budi
cinta itu kejam
cinta tanda kasih
cinta tanda rindu
cinta tanda sayang
cinta tanda keamanan
cinta tanda perdamaian
cinta cantuman dua hati
cinta ciuman dua jiwa
cinta mainan perasaan
cinta membuatkan kita tuli
cinta membisukan kita

satu dua tiga empat
cinta kau aku dapat
lima enam tujuh lapan
cinta aku pada kau
sepanjang zaman

kau hawa aku juga hawa
cinta itu buta sayang


-uL-



nguLat ngepost | 1:01 PM | |

di bawah lembayung pelangi

a member of the

SengetianS


skodeng



+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+

+sekapal+
+lilylotus+
+blue+
+zaffey+
+yatt+
+payid+
+elenaoz+
+nasik+
+isrockstar+
+jj78+
+asya+
+dyke+
+rozek+
+afy+
+th3undefined+
+jL+
+laut+
+eid+
+fdb+
+froggie+
+armz+
+fiq+
+shajime+
+elsilver+
+armie+
+shay+
+han+
+arD+

+AfterEllen+
+Sengetians+
+WWLW+
+Butches Inc+
+for PLU+
+Pink Lemonz+
+Les Worlds+
+Queer Filter+
+PlanetOut+
+The L Word+
+Queer Jihad+
+Fridae+
+Al-Fatiha+
+Herstory+

template by +Lonelyger+
hosted by +Blogger+



Listed on Blogwise

This page is powered by Blogger. Isn't yours?


Free Web Counter