![]() |
|
|
Thursday, March 31, 2005 maaf kerana aku dah lama tak jengok ko, tak update ko blog. kengkadang ada masanya aku tak mahu tengok ko. masa itulah yang aku namakan masa kegilaan aku. masa aku ingin bersendirian. masa aku rasa tak seronok untuk menulis. masa bercuti. masa aku rasa aku dah banyak melalut dengan cerita2 poyo aku. masa untuk mengenang semula ke'patut'an dalam meluahkan perasaan aku. masa aku malas. masa aku bingung.
hujung minggu lepas aku pi kL plak. tukar angin. dah banyak kali aku tangguh nak turun. dah lama tak pi sana sejak bulan 12 tahun lepas. lepak ngan kengkawan senget. benda tulah yang aku nak buat selalu tapi... sempat gak aku pi Ikea. jenjalan cuci mata. kalau tak kerana faktor aku naik bas, maunya aku cuci dompet sekali. tapi dapat gaklah cenderamata percuma dari sana. sebatang pensel kontot. pastu jenjalan kat Times Square. nak cari dvd murahlah kononnya. tapi hasilnya hampeh sekali. kedai2 cetak rompak tu tak beroperasi seperti biasa. diorang jual yang tak pirate punya. mesti gara-gara kena serbu selalu. sengal je aku tengok. muka aku ngan sekapal tak payahlah cerita. terpapar wajah2 kehampaan. hampeh. nguLat ngepost | 1:59 PM | | Monday, March 14, 2005 berita ini dipetik dari Harian Metro, Jumaat 11 Mac 2005 nguLat ngepost | 11:29 AM | | Wednesday, March 09, 2005 ![]() inilah dia koleksi mainan The Incredibles yang telah aku kumpulkan selama lebih kurang 6 minggu lamanya. selama itu jugaklah berkoyan-koyan kocek aku rabak, berdozen-dozen lemak telah masuk membuat pakatan kat dalam badan aku ni, dan itu tak termasuk dengan masa yang diambil mengelilingi satu bandaraya Johor Bahru untuk mencari Jack-Jack yang comel itu. walaubagaimana pun aku tetapler berpuashati dengan hasil yang aku perolehi. sang pengumpul macam aku ni memang tak kisah menempuhi halangan dan ranjau yang berduri. asalkan puas segala hajat telah tertunai. lepas ni kartun apa plak ek yang aku nak kumpul dan makan? tungguuuu... ![]() comelnya Jack-Jack ni. rasa nak hempas2 je. hehe nguLat ngepost | 1:38 PM | | Tuesday, March 08, 2005 seperti yang telah termaktub dalam kalendar antarabangsa, hari ini adalah hari sambutan bagi sumer pompuan2 yang wujud kat muka bumi ini. hari yang digelarkan sebagai Hari Wanita Antarabangsa/Sedunia. jadi apa fungsi hari ini diwartakan sebagai hari pompuan ek? kat UM ada artikel tentangnya. aku baca tapi baca masuk mata kanan keluar mata kiri. kalau baca seimbas lalu memang macam tu ler jadinya. apapun selamat menyambut hari pompuan pada semua pompuan2 yang aku kenal, yang aku tak kenal, pada sumer rakan2 tomboy, pengkid, butch, andro, awek ayu, awek separa ayu, awek tak ayu langsung, awek senget dan jugak yang tak senget. semoga kita sumer terus menjadi pompuan seadanya. @#$%&*!@#$%& aku tersangat sakit hati dengan Hotmail. kali ni dah masuk 3 akaun aku hilang macam tu ajer. semuanya gara2 tak masuk jengok akaun selama sebulan. harunya bila jadik macam tu. akaun aku yang terakhir nilah yang paling aku sayang. hilang sudah segala mala surat cintan aku ngan ex aku dulu. *wink* ini termasuklah surat menyurat aku dengan kengkawan senget aku yang lain. dolu2 hotmail nilah akaun email yang paling glamer. segalanya aku pakai hotmail. aku jaga cukup baik supaya akaun aku tak hilang macam tu ajer. tapi nampaknya kelewatan yang tak disengajakan telah menyebabkan segalanya hilang seperti buih2 ombak yang menghempas pantai. hilanglah sudah segala kenangan aku. uwaaaa... sodih siot. @#$%&*!@#$%& yea yea.. esok sayang turun jb. gembiranya aku tak terkata. bila dicongak2 kurang dua minggu sekali kami berjumpa. baguslah macam tu. dulu pernah gak sebulan sekali baru jumpa. bagai nak rak rindu kat dia. walaupun sms dan tepon mendekatkan kami di hati, tapi tak sama bila berjumpa. sumer orang yang pernah merasai nikmatnya bercinta, tahulah apa yang aku rasa. kan kan kannn?? nguLat ngepost | 6:21 PM | | Friday, March 04, 2005 1 March yang lepas besday sayang. besday yang ke... *tut*. selamat hari lahir sayang. semoga awak terus sayang kat saya. hehehe.. hadiah dan besday, dua perkara yang tak boleh dipisahkan. ibarat garpu dan sudu. macam kacip dan fatimah. seperti tongkat dan ali. erk.. sayang dah terima hadiah aku beberapa hari lebih awal daripada tarikh besdaynya. aku beri kat sayang sewaktu kami berjumpa minggu lepas. aku tahu aku tak boleh bersama dengan dia pada hari Selasa lepas, tu pasal aku bagi awal-awal. kali ni aku beri sayang wallet. ekceli aku nak bagi benda lain, tapi budget dah lari plaklah. takpe, benda yang aku nak bagi tu lain waktu, lain hari pun boleh kasi. uiks, aku bagi sayang hadiah, aku pun dapat hadiah dari sayang. sayang kasi aku rantai, yang pada asalnya dia nak bagi masa besday aku yang lepas tapi tertunda gak. kata dia "haa, saya dah rantai awak ni, awak tak boleh lari mana-mana lagi". ekeke.. saya nak lari ke mana sayang? selagi takde orang lain yang ngorat saya, selagi tu saya ngan sayang je. ecececeh.. jangan marah ek sayang.. alahaii saayang sayang kat sayang sangat2. ![]() tanda cinta kami berdua. azimat dimana sahaja ku berada nguLat ngepost | 6:30 PM | | Tuesday, March 01, 2005 ~ hepi besday sayang ~ oo sayang.. adakah kau sedari hari ini hari selasa satu hari bulan lah tiga tawalah beri yang indah kau harus lekas bersiap sedia oo sayang adakah kau sedari hari ini hari selasa satu hari bulanlah tiga tawalah beri yang indah kau harus lekas bersiap sedia apa dan apa yang sedang kau fikirkan pergi dan terus pergi aku tetap menanti (tetap menanti) tetap menanti... selamat hari lahir aku ucapkan kepadamu insan tercinta iringan doa tetap untukmu semoga panjang umur Suziela - Flop Poppyaku ucapkan kepada mu insan tersayang selamat hari jadi ooo sayangku.. digodek2 oleh uL nguLat ngepost | 3:15 PM | |
nguLat ngepost | 12:53 PM | | |
.aku senget
.kroni .layan jiwang
.meh borak .arkib negara
+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+
.spot lepak
+sekapal+ .port senget
+AfterEllen+ .shukran
template by +Lonelyger+ |