Friday, April 29, 2005

dipetik daripada majalah Al Islam keluaran Mei 2005


In The Name Of Allah Bakal Cetus Kontroversi

Seorang penerbit filem kelahiran India yang menetap di New York, Amerika Syarikat, Parvez Sharma dijangka menimbulkan kontroversi apabila ketika ini sedang mengusahakan secara bersama penerbitan sebuah filem dokumentari mengenai golongan homoseksual dalam masyarakat Islam.

Menurut Sharma, filem berjudul In The Name of Allah itu turut dibintangi oleh penerbit lelaki Islam kelahiran Mesir yang dirahsiakan namanya. Dalam kenyataan kepada akhbar The New York Times, Sharma tidak menolak dirinya turut diugut oleh pihak-pihak tertentu.

"Setiap dua minggu sekali, saya akan menerima e-mel yang mengutuk dan mengancam saya habis-habisan," ujarnya.

Turut mendapat sokongan kewangan stesen televisyen Eropah, termasuk Channel 4 di Britain, Arte di Perancis dan ZDF di Jerman, Sharma telah memulakan projek dokumentari mengenai golongan homoseksual dalam masyarakat Islam sejak dua tahun lalu. Ia termasuklah temu ramah yang diadakan dengan masyarakat Islam di Afghanistan, Pakistan, India dan Mesir.

Bagi Sharma, apa yang dihasilkannya itu adalah untuk kebaikan semua. "Ia bakal wujud sebagai satu suara yang mewakili satu komuniti yang perlu untuk didengari sehingga sekarang tidak dipedulikan; ia mengenai pergi ke tempat di mana diam adalah yang terkuat," ujarnya.



aku : tak mo interbiu orang2 senget kat sini ker?



nguLat ngepost | 4:59 PM | |

Al-Islam Mei 2005
Pesta G** di Saudi : Penjara Dua Tahun, Sebat 2,000 Kali

sebahagian petikan artikel...

Pasukan keselamatan Arab Saudi telah menangkap 120 lelaki yang menghadiri majlis 'perkahwinan gay' di Jeddah. Menurut laporan akhbar dalam talian Saudi, al-Wifaq, ketika ditangkap di sebuah dewan pertengahan Mac lalu, para tetamu kesemuanya lelaki Saudi sedang menari dan 'berkelakuan seperti perempuan'.

Setelah dihadapkan ke mahkamah, seorang gay Saudi dikenakan hukuman dua tahun penjara dan 2,000 sebatan. Hukuman yang serupa dikenakan ke atas dua warga Saudi yang lain dan seorang warga Jordan. Seramai 31 dikenakan hukuman enam bulan penjara dan 200 sebatan. Manakala selebihnya dibebaskan.

Homoseks diharamkan di Saudi dan jika didapati bersalah, mereka yang terbabit boleh dijatuhi hukuman sebat, penjara dan bunuh. .......



aku : takde pompuan senget yang terlibat. bagus. itu menandakan pompuan masih ada kemaluan, dan tertib menjaga tatasusila. :p
aku lagi : adus, sakitnya. sebat sekali pun dah rasa nak mampus, apatah lagi beribu-ribu lemon. uisk!



nguLat ngepost | 4:52 PM | |

Image hosted by Photobucket.com Al-Islam Mei 2005
sebahagian petikan artikel...

Buat pertama kalinya dalam sejarah dunia, tiga agama, Islam, Kristian dan Yahudi bergabung pandangan dan pendapat apabila sebulat suara menyuarakan penentangan terhadap festival World Pride daripada bertapak di bandar suci ketiga-tiga agama tersebut.

..........................

Setakat 4 April, pihak berkuasa Israel belum memberikan sebarang kenyataan sama ada mahu mengharamkan festival tersebut atau tidak. Persetujuan pandangan antara ketiga-tiga Islam, Kristian dan Yahudi dilihat sebagai suatu perkembangan yang menakjubkan, khususnya kerana ia berlaku di Israel.

Dalam pada itu pihak pengurusan World Pride mendakwa festival filem gay yang bakal berlangsung antara 18 hingga 28 Ogos ini telah meraih sokongan 75 rabbi bukan Ortodoks. Malah, mereka juga yakin pemimpin-pemimpin Kristian dan Islam serta ahli politik Israel bakal memberikan kebenaran untuk menggagalkan festival tersebut di Baitulmuqaddis.

Festival yang menggunakan tema Love Without Borders itu juga dijangka menarik kunjungan beribu-ribu golongan gay dan lesbian daripada seluruh dunia. Baitulmuqaddis merupakan satu-satunya bandar yang disifatkan sebagai masih konservatif dan tidak boleh menerima perlakuan gay secara terbuka, biarpun bahagian-bahagian lain di Israel semakin menunjukkan keterbukaan kepada golongan tersebut.

Ketika festival World Pride yang pertama diadakan lima tahun lalu di Rom, Itali, suara bantahan daripada kumpulan agama kedengaran daripada pihak Vatican, sementara daripada kumpulan sekular pula, kumpulan neo-fascist turut membantahnya. Namun, ia akhirnya dibenarkan dengan beberapa ahli politik Itali turut menyertai perarakan gay yang berlangsung sempena festival tersebut.

World Pride digerakkan oleh kumpulan yang menaunginya dikenali sebagai Interpride yang misinya ialah untuk mempromosi hak asasi gay ke peringkat antarabangsa.



aku : walaupun sama senget tapi aku tak sokong. takde tempat lain ke. bumi ni kan luas.



nguLat ngepost | 4:32 PM | |

Tuesday, April 26, 2005

aku dah lama tinggalkan habit blog-hopping. semuanya sejak aku jenjarang online. sejak aku patah sebelah kaki *bukan eksiden ek*. baca blog kengkawan pun terhad. biasalah blog yang aku masuk cam blog sekapal, aD, eL, dan blog dua tiga orang kawan yang berada di luar radar. aku tak boleh start blog-hopping, mulalah menggatal nak baca dan baca dan baca sampai khatam. bila dah baca mulalah penin kepala. sebabnya terlalu lama mengadap komputer, terlalu banyak input yang masuk, dan kalau boleh nak cepat2 baca kasik habis. kalau dah terlalu penin tu, solutionnya aku copy, paste, simpan kat disk atau terus print. baca sambil drive ke, masa tengok tv ke, dan memasa lapang lainlah.

eh jap, aku kat cc ni. ada budak peng ensem dok selang aku. pakai opis attire, smart. tengah rehat kot. tak perlu toleh dah tahu. dengar suara seakan garau pompuan tak pompuan, jantan tak jantan aku dah tahu. hanya jauhari yang kenal manikam, ye tak? berani tak kita kalau jumpa rakan senget lain yang kita tak kenal, pastu dengan muka poyonya kita kenalkan diri cakap kita pun senget cam dia. sajer nak carik kawan sesenget dan setempat. heheh. dah lari tajuk dah ni. len kali aku citer pasal inilah plak ek.

kenapa kita suka baca blog orang? cam rasa menyibuk nak tahu kehidupan orang lain pun ada ek. bagi aku, ia salah satu cara aku kenal lebih rapat kekawan yang jauh di mata. uiks, boleh merapatkan hubungan ke cara camtu? entahlah ek. yang pasti apa yang dibaca tu adalah hasil perahan otak dan luahan isihati hati diorang. kebanyakan apa yang ditulis kat blog adalah cerita yang jujur. tak tahulah kalau ada yang memanipulasi dan membagitahu cerita2 yang sengal. terpulang. senang citer kita boleh baca, percaya jangan. yelah tu. ramai juga yang aku tak kenal tapi terikat nak baca blog dia sebab saje nak tahu lifestyle dia, suka cara dia menulis, dan suka nak korek rahsia dia. mari kita ketawa ikan kekek..ekekekek.

entahlah. kenkadang aku takut nak menulis. aku nak tulis bebenda yang bersarang kat hati aku, yang aku tak luahkan kat dia dan kat orang lain. tapi kalau aku tulis kat sini ramai plak yang baca. dah tak macam rahsia plak sebab orang dah tahu, kenal aku. yang aku nak tulis tu bebenda rahsialah. aku ni pun satu *aku memang satu pun*. orang lain banyak minta pandangan kat aku, cam aku ni pakar kaunselor serba senget. tapi aku sendiri tak tahu nak minta pendapat ngan pandangan kat sesapa. entahlah. dolu-dolu masa aku aktif berchit-chat, lega juga rasa hati sebab dapat luah kat sorang kawan tu. kawan yang aku tak kenal muka dan suara. sejak dia mengundurkan diri dari bidang ini *ceh!*, aku dah takde tempat nak cakap apa sahaja. dengan dia memang boleh citer apa sahaja. apa saja untukmu..

bukan aku tak bercerita kat sayang. memang dalam banyak benda aku bercerita kat dia, luahkan segala kat dia. cuma entahlah aku ni. isk. susahlah mau citer kat sini. aku rasa aku nak ..@#%$#*&^%$#@$!@#$%&. hehehee, rahsia. tak bulleh bagitahu. aku memang poyo!



nguLat ngepost | 12:23 PM | |

Saturday, April 23, 2005

Image hosted by Photobucket.com aku tersangatlah gembira bila Narin ngan Hanif menang Explorace ari tu. eiii sukanya. melompat-lompat aku atas katil. puas sudah tengok muka Narin. hihihi.. aku dah bilang dah, diorang memang ada can untuk menang. aku memang sokong diorang dari awal lagi sebab aku nampak potensi dan konsistensi yang ada pada diorang. walaupun sebelum ni kebanyakan peserta lain tak nampak kekuatan meka berdua, disebabkan diorang hanyalah team simpanan, tapi diorang dah buktikan bahawa team simpanan juga mampu melawan dan ada daya saing. 100K tu of coz kena bahagi antara meka berdua sebab diorang bukanlah kapel bercintan atau husband/wife. sebab tu dari awal-awal lagi aku suka Narin. sebab Narin, 30 single lagi solo *tak tahu arr kalau dia dah ader boipren*. bonus tambahan, dia orang Kota Tinggi, Johor. hehehe..

season terbaru Smallville dah kembali mengegarkan tv5. malam tadi ada adegan gempak antara Lana dengan sorang pompuan bernama Abby. apalagi kalau bukan lesbian kissing scene. tapi macam biasalah, belum sempat aku menikmati keasyikan bibir Lana dicium oleh pompuan lain, ia telah dicantas-cantas menjadi terkujat. opps, Lana bukan tukar selera ek. waktu scene itu berlaku, boipren terbaru Lana *bukan Clark* telah menutup mata Lana dengan kain, kononnya nak buat suprise. pastu ntah ke mana boipren Lana pegi, datanglah minah yang bernama Abby dengan niat jahat untuk memindahkan satu virus kepada Lana. takde cara lain nak bagi virus tu kecuali dengan ciuman dari mulut ke mulut. maka tanpa Lana sedari *sebab mata dia tertutupkan*, Abby pun menghadiahkan satu ciuman maut untuk Lana. itulah dia scene senget terpendek yang takde niat untuk menjadikan meka berdua senget kecuali sesajer bagi aku idea untuk menulis untuk hari ini.

aku suka giler kat Eliza Dushku yang melakonkan watak Tru dalam siri Tru Calling. rasanya sesapa yang minat citer ni, mesti tak terlepas tengok episod Star Crossed, kisah kapel senget yang takut kisah cinta meka diketahui oleh orang lain. episod ni dah pun disiarkan beberapa minggu yang lepas. macam biasalah, bab-bab senget memang kena potong punya tapi tak tahulah masa disiarkan kat tv3 ek. masa tu aku tak tengok sebab kat dalam bas on the way dari kl nak balik jb. kalau rerasa tak puas tengok, dvd collection bagi siri ni dah lama dah terjual sebelum Tru Calling kuar kat tv lagi. bagi aku berbaloilah kalau nak beli dvdnyer yang tentu merobekkan kocek aku. sebab utamanya aku minat Eliza Dushku, kedua citer ni best pasal pompuan jadik hero dan yang ketiga, ia sentiasa mendebarkan. tunggu ajer episod ari esok punyer, memang besttttt!!

Image hosted by Photobucket.com mari citer pasal Survivor Palau plak. Stephenie, peserta tunggal dari Ulong tribe telah menunjukkan kuasa wanita apabila dia bergabung dengan Koror. tentunya apabila aku bercerita pasal pompuan yang bernama Steph ini, tak lain tak bukan sebab aku memang minat kat dia dan aku nak sangat dia menang 1 juta dollar tu. dia memang layak untuk menang. kan aku penah citer yang ada satu tribe tak penah menang immunity. haa kumpulan dialah yang aku citerkan tu, yang kena mengadap tribal council setiap kali sehinggalah tinggal sorang je peserta. nasib yang baik untuk Steph sebab dia tak perlu bertarung untuk Ulong sensorang sebaliknya kena bergabung dengan kumpulan lagi satu. episod Suvivor malam tadi mendebarkan sebab 90% Steph pasti akan dikeluarkan. tapi dia bernasib baik lagi sebab minah bernama Janu menarik diri daripada terus bermain. sebabnya sebelum ini Janu dah beberapa kali soh kekawan dia tulis nama dia, dia memang tak mau main lagi, tapi kengkawan dia degil tak mahu kuarkan dia atas alasan strategi. jadi Janu yang dah bosan dengan sikap kengkawan dia dan mungkin juga ada rasa simpati dengan Steph yang menangis mengenangkan dia akan dikeluarkan telah pun membuatkan keputusan drastik menarik diri sewaktu Tribal Cauncil. walauapapun Janu tetap muncul sebagai juri dan belum boleh balik rumah lagi. terima kasih buat Janu dan tahniah pada Steph. sedutan Survivor minggu depan menunjukkan Steph mula menarik pompuan2 yang ada untuk mewujudkan gabungan pompuan2 seramai 4 orang melawan lelaki yang ada 3 orang. aku sokong 10000000%. go gurl!!

bloggor : cukuplah tu. ko ni tak abis-abis citer pasal pompuan.

uLer : abis tu dah aku memang suka kat pompuan, nak tak nak aku tetap suka citer pasal pompuan. suka tak suka, ko tetap kena baca. kalau ko tak suka, ko boleh blah!



nguLat ngepost | 5:30 PM | |

Thursday, April 21, 2005

ecececeh lagiiii..

kebanyakan peserta yang masuk Amazing Race berpendapat, selain ingin memenangi wang juta-juta yang ditawarkan, diorang juga hendak menguji dan melihat sejauhmana hubungan diorang dengan pasangan. macam-macam sebab ada. nak tengok keserasianlah, menguji persahabatanlah, merapatkan hubunganlah dan seribu macam lagi. kalau sebagai pasangan kekasih, diorang boleh nampak macam-macam perangai buruk. kesetiaan tak teruji sangat tapi perangai lain plak yang timbul. kalau nak uji kesetiaan kekasih, masuklah siri realiti tv yang dinamakan Temptation Island. wa cakap sama lu, siri tu memang betul-betul menguji perasaan dan kesetiaan punyalah.

the final dates are on horizon. who will they pick? who will split up? who will stay together?

lebih kurang macam ni citernya. setiap season dalam Temptation Island, ada 4 kapel yang jadi peserta. kebanyakannya dah berkapel lebih kurang satu hingga tiga tahun. ada yang dah hampir nak berkahwin pun. macam biasa antara sebab diorang masuk selain nak experience, diorang nak uji kesetiaan dengan pasangan memasing. kapel2 tersebut akan dipisahkan selama dua minggu. boipren di sebuah pulau lain, dan awek2 diorang kat pulau lain. lepas tu diorang akan diperkenalkan dengan insan-insan yang single, macho lagi ayu. kalau awek dengan mamats2 single, dan boiprennya dengan aweks2 single gak. pastu, bermulalah episod memilih mamats dan aweks yang terberkenan untuk berkenalan dan pi dating. beberapa episod perdatingan akan diadakan dan diorang boleh memilih samada nak dengan orang yang sama atau nak kenal aweks ngan mamats lain. itu terpulang pada citarasa memasing. dalam masa yang sama, aweks & mamats yang tidak bernasib baik, tidak berapa disukai atau tidak berkenan di mata, akan turut disingkirkan dari pulau oleh boipren dan awek berempat tu. sekaligus ini akan mengecilkan lagi jumlah aweks dan mamats yang ada dan yang tinggal kebanyakkannya pilihan faveret.

maka lepas memilih, pilah datingkan. episod diorang pi dating turut dirakamkan. ada yang berdating dalam suasana adventurous, ada yang romantik atas kapal, dan memacam gaya lagilah. dalam proses berdating nilah, kemungkinan ada yang jatuh cintan lagi walaupun kenal baru seminggu. tapi semuanya tidak melibatkan aktiviti bermalam di chalet kecuali episod terakhir dating yang mana diorang, 4 awek dan 4 boipren tadi akan berdating dengan aweks dan mamats yang paling diorang suka dan serasilah. kali ni ada episod bermalam. terpulang pada diorang samada nak tido bersama atau tak. hehehehe..

kalau Survivor dikaitkan dengan Tribal Council, dalam citer ni plak ada malam pecah rahsia yang dinamakan Bonfire. malam pecah rahsia ni dibuat setiap kali lepas episod dating berdating tadi. pengacara siri ni akan berjumpa dengan kapel tu secara berkumpulan tapi asing antara awek & boipren. kan diorang takkan berjumpa selama 2 minggu. dalam masa inilah, sang pengacara akan menunjukkan rakaman aktiviti perdatingan tu. awek dapat tengok rakaman boipren dia. begitu juga sebaliknya. selalunya shot yang ditunjukkan adalah aksi yang paling meruntuhkan jiwa, menyakitkan mata, memeritkan telinga pasangan memasing. ada gak yang biasa2 ajer sebab dah memang boipren atau awek tu memang takde feeling nak berdating lain. tapi bukan setiap kali malam Bonfire dibuat begitu. ada ketikanya diorang diberi pilihan samada nak tengok atau tak rakaman tu. misal kata kalau bonfire awek diadakan dahulu dan awek A tak nak tengok rakaman boiprennya, maka boipren A takkan dapat tengok awek dia punya rakaman. ada ketikanya diorang diberi pilihan untuk tinggalkan pesanan berakam untuk satu sama lain.

terujikah kesetiaan pasangan memasing? mari kita cakap pasal awek dulu. sepanjang pengamatan aku, pada awal2 siri, awek diorang memang setia habis. pi dating pun biasa aje, takde aksi romantik, takde feel jatuh cinta, sumer takde. just follow apa yang produser dah sediakan. tapi once diorang tengok rakaman yang menjelekkan tentang boipren diorang, diorang mula sikit2 bukak perasaan itu untuk orang lain. maka bermulalah episod kecurangan. tapi tak sumer macam tulah. bergantung pada perangai dalam sedutan rakaman boipren dia atau dia memang jenis setia abis. pada pihak lelaki plak, biasalah lelaki mudah tergoda. rancangan ni dirakamkan kat pulau, tentulah aweks2 single seksi abis. sesuai dengan suasana tepi pantailah katakan. kalau jumpa yang serasi tu, haa berkepit jelah. tapi ada gak yang setia. just enjoy the show. kata dia, semua aweks yang disediakan tak dapat menandingi kekasih dia. jadi bila aksi berdating tu diadakan, dia pun biasa aje. tapi dia cakaplah pada partner date dia harap faham situasi kesetiaan dia dan just berkawan je. cheewahh.. setianya u.

siri ini berakhir setelah Bonfire terakhir diadakan. ia dibuat selepas episod dating terakhir yang melibatkan acara tido bersama diadakan. tak tido sama pun takpe. tak paksa. hehehe.. pada malam Bonfire tu, keempat2 pasangan aweks dan boipren tu akan ditemukan semula. maka bermulalah episod meluahkan perasaan diadakan dan adakah masih ada lagi harapan untuk diorang bersama sebagai kapel. semuanya akan ditentukan pada malam tu. ada yang happy ending, yang mana perasaan cinta diorang tidak sedikit pun tergugat, maka kekalkan sebagai pasangan kekasih. dan ada juga pengakhiran yang menyedihkan. tak boleh diselamatkan langsung. setakat yang aku tengok, kebanyakan boipren diorangs nak teruskan hubungan walaupun ada tercintan dengan aweks single. tapi macam aku cakap tadi, once awek dia nampak aksi bebukan, takde maaf bagimu. kira terluka habislah. dalam season terbaru yang aku baru abis tengok, 2 kapel happy ending, manakala 2 lagi terputus tak bersatu kembali. dua2nya putus atas permintaan awek diorang sendiri. satu pasangan putus sebab awek dia nampak boipren dia mula jatuh cinta kat aweks single. walaupun boipren dia sedia kembali bersama dia, tapi dia tak mahu. dia pun dah ada mamat single yang menanti. hehehe.. lagipun, boipren dia je buat aksi dating bermalam dengan aweks single tu. semua orang tak, dia je buat. memang tak patut. satu kapel lagi putus sebab aweks dia nampak boipren dia mencarut bebukan dengan aweks single pilihannya. mencarut bukan dengan mulut je, siap tunjuk aksi dengan tangan sekali. kononnya terbukalah dalam menceritakan hal atas katil. dia tak perasan perbualannya dirakamkan. kesian. aku rasa dia tengah horny masa tu. hehehe.. awek dia geram pasal tu je. sebab selama ni boipren dia tak pernah macam tu dengan dia. kata dia, dia masih terperanjatlah dengan eksiden tu. sedangkan sebelum ini, diorang dah nak kahwin pun. isk, kesian.

amboi, detailnya aku bercerita. sebenarnya sepanjang aku tengok siri ni, aku beranganlah macamanalah keadaannya kalau ia dibuat dalam versi senget. bagus jugak kalau nak uji kesetiaan dan kejujuran kita dengan pasangan kita. buat secara terang-terang, takde main sorok-sorok belakang. dua-dua merasa cuba main curang. hihihi.. kita berdating, dalam masa yang sama kapel kita pun dating bersama. yang pasti ada satu persamaan pada semua peserta, muka memasing memang nampak seronok berdua-duaan dengan awek lain, tapi dalam kepala mesti bercelaru, runsing, risau ingatkan partner yang tengah berdating sesama. hehehe..


psst... selamat bercuti pada yang sedang bercuti. aku tengah keje. tiap2 hari cuti dan keje. hehehehe :p



nguLat ngepost | 12:08 PM | |

Tuesday, April 19, 2005

kisahnya...

sekarang ni iklan macam-macam ada. promosi beb promosi. kalau tak promosi, orang tak tahu, takde orang nak beli. anjurkan peraduan pun salah satu promosi meningkatkan jualan. nak masuk peraduan, kena beli produk. iklan peraduan menerusi sms lagilah. nak menang hadiah besaq, lagi besaqlah kena melabur. memang kena banyak hantar sms. kalau memang kaki ada tuah, masuk sekali aje dah menang. yang kaki tak bertuah macam aku ni, tu yang kena cuba banyak kali. tapi peraduan sms aku tak mainlah. tak penah percaya pada kreadibilitinya. ada gak kawan aku cakap, peraduan syarikat dia tu tak bermakna. saja buat promosi peraduan soh orang beli produk. diorang tetap kuarkan senarai nama pemenang tapi pemenang hadiah tu kroni-kroni bos, sedara-mara yang handle peraduan yang dapat, bukan pelanggan. isk, ada company buat camtu. company apa, aku tak mahu cakap. kalau nak tahu pecahkan perut aku dulu. lagi parah kalau ada company yang buat peraduan, tapi tak umumkan nama pemenang bertahun-tahun lamanya. itu belum lagi orang yang dah menang tapi tak dapat hadiah dah berkurun. kat mana kita nak mengadu? kat KDN&HEP ke? nanti diorang tanya, apa buktinya?

sebagai pengguna, kita ada hak & kuasa memilih dan membeli. kuasa untuk memboikot pun ada. sama macam isu makanan tak halal. disebabkan jenama ternama seluruh dunia, maka kita pun beli. senang cerita kalau bimbang halal ke tidak, beli barang dari syarikat yang pasti tuan punyanya Islam. sekurang-kurangnya kita membantu syarikat yang seagama atau sebangsa dengan kita. lepas tu jangan berangan makan makanan yang terover sostifikated. atau kurangkan makan kat luar, abis cerita.

sikit ari tu kecoh parlimen pasal iklan budi bahasa dalam LRT tu. apa kejadahnya diorang kaitkan pelakon ngan bangsa. takde kena mengena langsung. kalau iya pun nak jadi pejuang bangsa, janganlah tengok semuanya terlalu senget sangat. singkat betul. memula aku tengok iklan LRT tu, aku tersenyum sendiri sebab memang betul pun mesejnya. tak terpikir pun pasal pelakonnya, bangsa ke apa. bila diorang bangkitkan kat Parlimen, baru aku perasan. tapi kenapa aku yang memang dari dulu diterapkan dengan semangat perjuangan bangsa, tak pulak terpikir macam tu. bagi aku, semua orang Malaysia yang berbangsa Malaysia, hidup dalam acuan kerajaan Malaysia memang macam tu. baik dalam LRT atau dalam bas, ataupun masa nak naik kapal terobang yang takde nombor tempat duduk tu. itulah jadinya bila orang besaq-besaq ni, yang tak penah jejak kaki kat LRT, hanya naik keta besaq yang menjalar, pastu nak bercerita benda yang tak pernah diorang alami. memanglah tersangat bodos. kebofohans yang melampau. daripada bercerita pasal iklan yang semestinya menyampaikan mesej nasihat yang guna duit rakyat jugak, lebih baik cari orang-orang miskin kat kampung. beri bantuan. jangan tunggu kuar kat paper, baru sesibuk.

uiks, jauh dah aku melalut ni. semuanya berpunca daripada iklan. sebelum terlebih-lebih-lebih menceceh, baik aku blah dulu. pesanan dari penaja : hidup tak sempurna kalau tak menceceh. ececececehhhhh...



-TAMMAT-



nguLat ngepost | 5:46 PM | |

sejauhmana iklan mempengaruhi hidup anda?

masa tetengah syiok tengok Melodi hari Ahad lepas, tetiba adalah sorang cik kak masuk interprem masa Wahid tengah bercakap. ingatkan dia salah sorang krew Melodi yang nak buat gimik, tapi rupanya dia nak iklankan syampu R dengan rambutnya yang panjang mengurai tu. huk'aloh, kacau daun betul. tak silap akulah, cik kak yang bernama Ana tu pemenang gadis pencarian syampu tulah. kira macam skang ni dia 'maskot' Rler, memana pi kenalah jual syampu tu sekali. aparaa, dalam Melodi pun nak jual ke. jual sebagai iklan masa rehat sudahlah. ini siap interprem sekali. aduhaiiii..

ok, aku bukan salahkan dia. dia pun kenalah ikut kata kontrak dia. tapi yang aku nak mengata ialah, apabila stesen tv terpaksa ikut kehendak pengiklan, itulah jadinya. yelah, duit manyak-manyak masuk kocek, sapa yang tak mahu. ye tak? sesapa yang tengok berita kat stesen yang sama pun mesti perasan yang pembaca beritanya kena turut baca iklan sebuah syarikat minyak kita. alaah sapa lagi kalau bukan iklan minyak P. kalau tak silap depan iklannya bunyi camni "alamilah kuasa dengan......". tak cukup ngan iklan bergambar, iklan pemberita bercakap pun kena. alaah, bukan stesen tu je, yang lain pun ada buat. fuhh, dasyat skang ni. tak lama lagi, penuhler berita dengan iklan. tak payah baca berita. baca iklan ajelah yea.

kita faham kalau pengacara menyebut nama penaja masa siaran langsung sesuatu anugerah. sebab penajalah yang membantu diorang dari segi penajaan hadiah, kos siaran dan sebagainya. dari dulu memang camtu. cuma skang ni dah makin berleluasa nampaknya kuasa pengiklanan. bermula dengan skrin tv tetiba kocik masa tengah tengok tv, sehinggalah terbaru orang interprem tetiba semata-mata nak cakap pasal rambut yang boleh disisir dengan tangan tanpa perlu pi salon, itu dah melampauler. yang aku heran, stesen tv kat seberang tambak tu plak belum pernah kocikkan tv diorang dengan iklan atau pemberita baca iklan. sedangkan pengiklan diorang lagi besaq dan gah termasukler iklan ayaq yang dilarang minum tu. lagilah diorang ada 3 siaran tv yang beroperasi 24jam. chatting sms tetengah malam takde, main games pakai sms pun takde. takde pembaziran duit sms, takde penggalak orang tak tido malam, meng-sms cakap ngarut-ngarut kat dalam tv. kita yang terlebih maju atau apa. heran jugak yea.

yerp, tak dinafikan bila iklan dimainkan berulang-ulang kali, ia boleh membuatkan kita terpengaruh. daripada cuma tengok sahaja, tetiba nak cuba. bagi aku, aku jenis tak terpengaruh dengan iklan2 sabun ke, syampu ke. sumernya takde kesan. bantai aje. asalkan badan aku bersih, rambut aku tak busuk sudah. iklan alat-alat kosmestik lagilah. tak menarik perhatian langsung. iklan bulu mata lentiklah, bibir berkilatlah. bibir aku tak payah pakai lipstick, memangs sedias merahs. iklan minyak keta plak, aku pakai minyak mana yang boleh menambah nilai kad kumpul mata. kalau terdesak sangat, bantai aje minyak mana2 pun boleh asalkan keta berjalan. jangan diesel sudah. tak ambil tahu pun minyak tu boleh beri lebih kuasa pada keta atau tak. kalau nak sangat kuasa pada keta, tukar enjin F1, haa berkuasalah keta tu. hahaha! tapi kalau iklan pasal makanan yea. bila syarikat makanan segera keluarkan produk baru, mulalah sibuk nak mencuba. tengok iklan je air liur dah meleleh. mana tak makmok. hehehe..

tentunya bukan sumer orang macam aku. aku pun tak sama dengan semua orang. tapi sedikit sebanyak iklan memang boleh mempengaruhi hidup kita. sebab tu pengiklan sanggup kuar duit berjuta-juta untuk mempromosikan produk diorang. kalau takde kesan pada jualan, takkan diorang sanggup. tapi yang aku menyampah kalau iklan tu macam bagus, tapi produk dia hampeh. ambil contoh, iklan internet broadband yang menyanyi-nyanyi tu. oleh kerana dia macam baguss dalam perkhidmatan telefon dan internet kat negara kita ni, *yang mana baru-baru ni syarikat induk diorang buat re-branding*, dan aku jugak terpikat dengan pakej yang diorang sediakan, maka aku pun cubalah apply nak guna internet broadband kat rumah sejak tahun 2003 lagi. tapi apa diorang kata, kawasan taman aku takde talian tu. ntah-apa-apa-ntah perkataan teknologi tu, aku pun tak ingat. yang pasti taman aku yang hanya 9 kilometer dari bandar jB dan singapura, dan terletak di kawasan perindustrian yang padat dengan kilang-kilang, banyak keta lalu buat shortcut, boleh diorang cakap takde perkhidmatan. sedangkan sekolah kawan aku yang terletak ceruk nun dihujung kampung, dipinggir bandar boleh ada plak benda tu. fuhh, memang sakit hati aku tak terkata. sepatutnya sebelum diorang abiskan duit buat iklan nyanyi-nyanyi yang ada macam-macam versi tu, yang aku nampak takde faedahnya, diorang tingkatkanlah dulu perkhidmatan. ini iklan skit punyalah macam bagus tapi cakap tak serupa bikin. isk, aku tinggal di tempat yang salah ke atau aku kena pindah ke tempat lain kalau nakkan perkhidmatan tu? tak patut tak patut.

pada kawan-kawan aku yang keje kat syarikat tu, aku minta maaflah. aku bukannya marahkan korang. aku tahu bukan korang yang menentukan dasar syarikat, mengarahkan syarikat. korang cuma makan gaji je, buat keje seperti yang diarahkan. macam aku juga makan gaji. ada kawan aku cakap yang syarikat akan tanamkan talian untuk kawasan ini pada tahun lepas. tapi aku rasa takde apa2 lagi pasal aku ada apply benda ni menerusi internet sejak hujung tahun lepas, tapi sampai la ni senyap je takde apa2 tindakan. isk, memang tak patut, tak patut.

aduhhhhhh... panjangnyaaaa. penat aku baca. uiks, belum abis lagi daa. bersambung kat atas. :p



nguLat ngepost | 5:29 PM | |

Thursday, April 14, 2005

malam tadi aku terlepas tengok amazing race. biasalah walaupun aku berada kat rumah sayang, tapi ni rumah pemily dia. ada mak ngan adik dia. bukannya aku boleh buat sesuka hati aku nak tengok citer tu. kalau sayang turun jb plak, dia kenalah tunggu AR sampai abis baru boleh tido. malam tadi dahlah terlepas tengok AR, tak dapat tengok ER ngan Tru Calling. sib baik tv3 ada ulangannya. teruk ek aku ni. jumpa sesekali, tv tetap dalam ingatan. hahahaha..

petang ni balik jb semula. dapatlah tengok explorace final epi 1. isk, tak boleh terlepas tengok. malam ini diorang kat korea. tengok sedutan, diorang kena makan sotong hidup2. eiii, teringat kat salah satu episod dalam AR, ada gak kena makan sotong hidup2. uwekkk. antara ketiga2 kumpulan yang dapat pi final, aku berikan sokongan padu kat Narin & Hanif. sebabnya aku suka kat Narinlah. hehehe.. very der taste aku. kalau nak ikut kekuatan mental ngan fizikal plak, Dani & Amir ada peluang besar nak menang. walaupun begitu, aku tetap salute kat working mums. well, ini baru first round. minggu depan baru tahu sapa dapat 100k tu.

wokeylah. nak bersiap2. pukul 7 petang nanti naik bas, berangkat ke jb semula. adios berambus.



nguLat ngepost | 5:00 PM | |

Wednesday, April 13, 2005

aku berjalan sambil membelek-belek majalah yang baru aku beli. sikap yang tak dapat aku elakkan, membaca sambil berjalan. kalau langgar orang, nasiblah orang tu. tetiba aku ternampak seseorang. alamak, kawan lama aku ngan husband dialah. dalam hati berkira-kira, nak tegur ke tidak. isk, cepatlah buat keputusan wahai hati. akhirnya aku dengan sengaja berjalan memesongkan badan, sengaja tak mahu menegur kawan lama tu.

"uL!"

aku berhenti. alamak, aku ingatkan dia tak nampak aku. eiii..malunya.

"uL ke tu?" tanya dia.

aku sengih. tak iyakan, menidakkan pun bukan.

dia berjalan ke arah aku yang tegak berdiri macam orang tongong.

"aku dah agak mesti engkau tadi. sekali toleh je aku tahu".

aku sengih lagi. apalah yang aku nak auta ni.

"wei, ni apasal bertambah tembam ni?" tanya dia sambil memicit-micit lengan aku. dah memang kegemaran dia sejak dulu macam tu. kalau tak di cubit pipi aku, di picit-picitnya badan aku. memang patutlah bertambah tembam aku ni.

"mana taknya. tido, tido, tido, kerja. tulah pasal". aku menjawab sambil tersengih macam kerang busuk.

"kau nak pegi mana ni?" soal dia lagi.

"aku nak pi segamatlah kejap" aku menjawab.

"ohhh nak pi jumpa boipren ek" soal dia mengusik.

"isk, mana ada. aku nak pi jumpa kawanlah" jawab aku cuba tutup lobang.

"ko bila lagi nak kawin?" tanya dia. alamak, dah kuar dah soalan cepumas tu.

"entahlah, aku pun tak tahu" aku menjawab dengan tersengih tak abis-abis sambil tangan mengesat peluh yang dah berjurai-jurai kuar.

lepas tu aku terus memesongkan soalan dengan bertanya kisah hidup dan rumahtangga dia. tadi dari jauh aku nampak dia macam pregnant. tapi bukan. rupanya dia operation masa nak melahirkan dan yang paling sadis, aku tak tahu yang babynya meninggal masa tu. isk, keciannya dia dan teruknya aku tak ambil tahu kisah kawan.

selepas aku amik nombor teponnya yang baru, aku pun cakap kat dia, "ekceli, tadi tu aku memang nampak ko. tapi ko ngan husband ko. aku malulah nak tegur". hehehe

"ko ni apalah nak dimalukan." jawab dia sambil terus memicit lengan aku. nak tahu tak apa dia kata sambil picit.

"geram!!!"

aku sengih jelah. hehehe...


sekian. ituler citer poyo untuk hari ini.



nguLat ngepost | 9:04 PM | |

Thursday, April 07, 2005

hati sayu bila teringatkan orang yang dikasihi jauh di mata. menatap gambarnya sahaja bisa merobek perasaan rindu. sesungguhnya kesabaran sahaja yang mampu menawarkannya. khas buat insan yang amat ku sayang, bersabarlah. akan tiba jua waktu untuk kita bertemu dan bermesra. jangan dihitung masa itu, kerna membilangnya bisa menambah lagi kesakitan di hati. lagu ini khas untukmu sayang. moga kau mengerti, bahwa aku turut mendambakanmu. jua buat anda...

duhai malam damai pelukanmu
dinginmu menghilangkan bahang siang
namun resah hati kian terasa
kekasih hati berjauhan

duhai malam apakah si dia
jua merenung bulan yang mengambang
terbayang olehku manis wajahnya
oh! terganda kerinduanku

duhai malam
terseksa batinku mendambakannya
jiwaku merintih sayu berlagu
duka menghiris tersiat kalbuku
hanya padanya penawar azimat yang bisa
menyembuhkan segala nestapaku

duhai malam
khabarkan padanya
lekas kembali tak rela menanti
kerapku jenguk keluar jendela
apakah bayangnya di sana



Duhai Malam
Intan Sarafina



nguLat ngepost | 6:11 PM | |

Tuesday, April 05, 2005

ku tak bisa merubah yang telah terjadi
tapi akukan menjanji yang terbaik
agar kita tak pernah menjadi jauh
meski beza dermaga untuk kita berlabuh


kerja yang aku buat sekarang ni sememangnya banyak memberikan kebebasan kepada aku untuk bergerak. walaupun terikat dengan pelbagai jenis peraturan, aku juga bebas menentu-halakan dan mempelbagaikan cara dan tugasan yang diberikan. sebagai orang baru, aku cuba memberi kelainan dan cuba lari dari kebiasaan orang-orang lama dengan cara aku sendiri. sebab mereka amik orang baru ialah untuk memberi suntikan dan semangat baru. mereka mahu cara-cara lama dapat diubah dengan input yang lebih 'remaja'. aku diibaratkan sebagai sebatang penyapu baru yang diharap dapat membersih dan memberikan sinar. kenapa diumpamakan dengan penyapu aku pun tak tahu. tapi bolehlah, ada juga simboliknya. aku cuba lakukan seperti yang mereka hendak. namun begitu, tidak semua orang setuju dengan pembaharuan yang aku dan rakan aku lakukan. begitulah orang lama. sukar menerima perubahan sedangkan perubahan itu penting untuk memajukan diri sekaligus menaikkan nama jabatan.

baru-baru ini aku terima satu kritikan yang amat pedas. ada orang kata persembahan aku 'gila'. menyirap juga darah aku. bayangkan ketika kau sedang bertugas, tiba-tiba seorang rakan masuk dan terus berkata demikian, menyampaikan rasa ketidakpuasan hati orang luar terus macam tu je. kalau iya pun tunggulah sampai aku habis kerja. bila tengah-tengah kerja diserang macam tu, mood tengah baik pun terus jatuh. aku faham niat dia bukan untuk 'down' kan aku, tapi cara melulu macam tu memang aku menyampah.

biasalahkan kritikan ni. ada yang membina, ada yang menjatuhkan. kalau tak dikritik kita tak tahu prestasi kerja kita. kerja macam aku bukan seorang sahaja yang kritik, bukan hanya kita dengan penyelia, atau dengan bos. bukan juga seorang, dua atau dengan tiga orang. aku berdepan dengan beratus, malah beribu-ribu orang yang secara langsung dan tak langsung. dalam ramai-ramai tu tentunya tak semua orang suka dengan aku, dengan cara aku. aku cuba yang terbaik kerana aku tahu aku bukannya boleh memuaskan hati semua orang. asalkan bos dan penyelia aku berpuashati dengan prestasi aku, itu sudah cukup melegakan hati aku.

sudah beberapa kali aku 'tumbang' dengan sayang pasal perkara ini. hanya dialah tempat aku mengadu, tempat aku melepaskan ketensenan dengan tugas baru ini. terima kasih berjuta-juta kali buat sayang atas kesabarannya mendengar bebelan aku. teruk sangat keje tu? isk, taklah teruk mana. aku rasa kerja kawan2 aku yang lain lagi seksa, lagi tensen dari apa yang aku buat. kerja ni nampak mudah, malah mungkin ada orang kata sangat mudah. tapi dalam mudah-mudah tu ada juga orang perlekehkan kita. apapun, terima kasihlah pada hamba Allah yang mengatakan aku 'gila'. Alhamdulillah. aku dah boleh terima dengan hati yang terbuka. tapi aku tetap geram pada rakan aku yang jadi tukang sampai tu. mulut laser tak bertempat. takde insurans. bukan aku tak pernah berkawan dengan orang-orang macam ni, tapi dia ni memang teruk mulutnya dari rakan nyah yang lain. ramai dah orang menyampah kat dia tapi dia masih tak sedar diri. selalu perasan diri bagus sangat. isk, mengumpatlah pulak. MasyaAllah. sabar jelah aku.



nguLat ngepost | 6:34 PM | |

Sunday, April 03, 2005

berita ini dipetik daripada akhbar Kosmo! ruangan Vazz Ahad 20 Mac 2005.


Model suka kaum sejenis
Satu lagi cerita panas yang Diva mahu kongsi dengan pembaca. Sebetulnya, Diva tak tahulah nak cakap apa. Hari-hari Diva memang tidak pernah surut daripada gosip-gosip menarik.

Ada yang Diva simpan sendiri dan ada juga yang Diva sebarkan dalam ruangan ini. Bukan ingin mengaibkan mana-mana pihak, tetapi apa yang Diva tulis ini semata-mata untuk memberi kesedaran kepada mereka yang membaca. Tapi kalau masih tidak sedar diri, itu memang Diva tak boleh nak tolong.

Baru-baru ini rakan-rakan Diva bercerita mengenai seorang model wanita popular yang khabarnya sangat meminati kaum sejenisnya. Dalam istilah dunia hiburan, model wanita ini 'cat dinding'. Apa? Ada yang tidak tahu makna 'cat dinding'. Nampaknya kenalah cari kamus hiburan kerana terma ini hanya dipakai oleh orang-orang hiburan.

Sebenarnya Diva sangat terkejut dengan berita ini kerana model yang kerap muncul dalam majalah dan baru-baru ini terbabit dalam kerja sosial antarabangsa tersangat-sangatlah cantik. Diva percaya ramai lelaki tampan yang mahu mendekati model popular ini. Namun begitu, nampaknya jejaka-jejaka yang mengimpikan model ini boleh angkat kaki dan jalan.

Dia memang tidak berminat kerana keinginannya terarah kepada kaum sejenis. Siapa rakan cat dindingnya? Yang pasti kekasihnya itu bukan orang dalam industri hiburan, tetapi orang luar daripada bidang ini. Namun tak ramai yang tahu naluri model ini kerana mereka jarang beraksi manja di hadapan khalayak.
DIVA : Takut kena sapu cat.


uL : tak takut kena sapu cat. apa? cat dinding? zasssssss!!!
uL lagi : sapa ek? mari kita main teka kacang dalam balang.



nguLat ngepost | 1:18 PM | |

Saturday, April 02, 2005

akak jual air, situasi di puduraya, kL : "bang, air bang."

lima jam selepas itu...

brader teksi, situasi di terminal bas larkin, jB : "bang, teksi bang."


apo kono ei bang bang ni ek? inilah pertanyaan2 yang agak memeranjatkan aku yang berlaku pada minggu lepas sewaktu aku pulang selepas mengadakan lawatan makan angin di kL. aku terperanjat sebab selama ni aku tak pernah ditegur begitu. tapi takdelah sampai terperanjat katak tetiba. aku just terpegun sejenak pastu sengih sensorang. tak tahulah plak samada diorang ni memang tak perasan yang aku ni pompuan atau perasan tapi sengaja memanggil dengan panggilan bang. kalau pada kengkawan pengkid yang lain, panggilan 'abang' tu dah biasa pada diorang tapi tak bagi aku. sebab aku bukan pengkid walau nampak cam pengkid. kalau tengok muka aku waktu tak ayu memanglah sebijik cam peng tapi kalau ditenengkan kepala ke bahagian bawah, ermm sure peng-pompuanlah. kompem.

kalau ditanya pada aku suka ke tak dipanggil abang, jawapannya aku tak berapa berkenan. well kalau pada orang lain mungkin diorang suka gegiler sebab penyamaran tu berjaya, tapi tidak bagi aku. tak dinafikan aku suka nampak macho tapi tak semestinya aku turut suka dipanggil cam owang jantan. tapi nak wat camner ek. silap aku gak nak bergaya begitu. jadik tak bolehlah salahkan owang yang menegur aku camtu. apapun itu lumrah alam. ada orang suka, ada yang tak suka. aku paling suka orang panggil aku 'adik'. perghh, perasan muda!

ramai di kalangan kekawang pengkid yang aku kenal sebelum ini menggelarkan diri mereka abang. baik semasa membahasakan diri sesama mereka, atau panggilan aweks diorang ngan diorang. memula tu aku agak peliklah dengan situasi tu, pastu lelama aku boleh terima. itupun selepas puas memikirkan rasionalnya kenapa diorang suka dipanggil camtu. maaf kalau silap cakap, pada aku diorang memang nak jadik lelaki. jadik untuk merealisasikan kelelakian sepenuhnya *yang memang tak boleh penuh kecuali bedah*, maka secara tak langsung panggilan turut berubah. alaa kira kalau nyah suka dipanggil 'akak', jadik kalau peng tentulah sebaliknya.

aku plak lain. walaupun aku suka bergaya cam jantan, tapi aku suka jadik pompuan. alah, benda ni dah banyak kali aku cakap sebelum ni. dalam banyak kali cakap pun ada gak yang tak paham2. ni kekawang peng lah yang pelik ngan aku. macho tapi tak. tak tapi macho. sama-sama pelik. sama tapi tak serupa.

kesimpulannya, marilah bersama-sama kita terima keadaan orang lain, pandangan mereka dan cara hidup mereka. walaupun mereka nampak sama tapi banyak bezanya dengan kita. rambut sama pendek tapi gaya hidup lain2. tentunya itu satu pengalaman dan pengetahuan baru buat diri kita. luas perjalanan banyak pengalaman, luas pergaulan bertambah pengetahuan. jangan takut untuk berkata, bertanya dan berkawan, beranikan diri untuk pendedahan.

*seperti biasa, kalau ada kengkawan yang tak berapa setuju atau nak cakap apa2 pasal pandangan aku, sila sampaikan kata hati anda itu kat komen di bawah tu ek. aku amat menghargainya.*



nguLat ngepost | 12:26 PM | |

Friday, April 01, 2005

Image hosted by Photobucket.com
I'm all at sea
Where no one can bother me
Forgot my roots
If only for a day
Just me and my thoughts
Sailing far away

Like a warm drink it seeps into my soul
Please just leave me right here on my own
Later on you could spend some time with me
If you want to, all at sea

I'm all at sea
Where no-one can bother me
I sleep by myself
I drink on my own
I don't speak to nobody
I gave away my phone

Like a warm drink it seeps into my soul
Please just leave me right here on my own
Later on you could spend some time with me
If you want to, all at sea

Now I need you more than ever
I need you more than ever now

If you don't need it every day
But sometimes don't you just crave
To disappear within your mind
You never know what you might find
So come and spend some time with me
And we will spend it all at sea



nguLat ngepost | 2:30 PM | |

di bawah lembayung pelangi

a member of the

SengetianS


skodeng



+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+

+sekapal+
+lilylotus+
+blue+
+zaffey+
+yatt+
+payid+
+elenaoz+
+nasik+
+isrockstar+
+jj78+
+asya+
+dyke+
+rozek+
+afy+
+th3undefined+
+jL+
+laut+
+eid+
+fdb+
+froggie+
+armz+
+fiq+
+shajime+
+elsilver+
+armie+
+shay+
+han+
+arD+

+AfterEllen+
+Sengetians+
+WWLW+
+Butches Inc+
+for PLU+
+Pink Lemonz+
+Les Worlds+
+Queer Filter+
+PlanetOut+
+The L Word+
+Queer Jihad+
+Fridae+
+Al-Fatiha+
+Herstory+

template by +Lonelyger+
hosted by +Blogger+



Listed on Blogwise

This page is powered by Blogger. Isn't yours?


Free Web Counter