Tuesday, May 31, 2005

berat mata memandang, berat lagi mahu memikul. berat sungguh hati aku nak meninggalkan sayang dan adiknya berdua sahaja. sepanjang aku bersama sayang minggu lepas, seboleh-bolehnya aku cuba sebaik mungkin untuk menggembirakan hati sayang, membuat hati sayang ceria seperti biasa. namun aku tahu itu tak mungkin berlaku. mulut kita senang berkata sabar, tapi jika kita berada di situasi mereka berdua, entah bagaimana pula keadaan kita. sayang memang kelihatan sungguh tenang dan sabar. tapi dalam hati, dalam kepala hanya tuhan sahaja yang maha mengetahui. dalam hati tentunya masih berduka, masih bersedih. dalam kepala pula sibuk memikirkan urusan2 yang perlu dilakukan selepas ini. walaupun sayang cuma dua beradik, beban dan tanggungjawab yang ditanggung tetap sama seperti orang lain.

sebolehnya aku mahu sahaja menemani sayang di sana. aku tak mahu sayang keseorangan. tapi apakan daya, aku pun ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan. khamis ni genap tujuh hari arwah meninggal dan biasanya majlis tahlil akan diadakan. kalau hari ketiga yang lepas aku ada menemani sayang tapi kali ni sayang sorang yang uruskan. sayang tak buat majlis kat rumah kerana tidak mahu menyusahkan orang lain untuk membantu. tahu jelahkan nak buat majlis macam ni, macam2 kena buat. nak memasak lagi, mana dengan pinggan mangkuk dan sebagainya. jadi cara yang mudah dan menyenangkan ialah dengan menghantar makanan yang diorder ke masjid dan majlis tahlil dibuat di sana. memanglah suasananya tak sama, tapi yang penting ialah doa untuk kesejahteraan arwah di sana. untuk hari ketujuh pun sayang buat begitu. cuma majlis untuk genap 40 hari nanti baru buat kat rumah. insyaAllah aku akan hadir membantu sayang dan menemaninya.

aku bagitahu sayang yang aku terkilan tak dapat temankan dia sewaktu dia sibuk menguruskan jenazah arwah. sayang kata, "awak takde tak apa. saya tak kisah. kalau awak ada saya rasa saya jadi tak kuat nak hadapi semua ni sebab ada orang yang tersayang, tempat bermanja. bila saya sorang diri menguruskannya, saya jadi lebih tabah dan kuat." ada benarnya kata2 sayang itu. tapi saya tahu sayang, saat ni awak sunyi sensorang kat rumah. ada adik pun, adik kuar cari ketenangan kat luar. tadi sayang bagitahu aku yang dia tak sanggup makan sensorang kat rumah. kerana setiap kali dia nak makan, dia mesti teringatkan arwah mak. yelah, sebelum ni arwah maklah teman makan bersama selepas balik dari kerja. sekarang bila mak dah takde, tentunya kenangan bersama terimbau2 dalam kepala.

sayang, ku tahu kau rindu. sabarlah k. minggu depan saya akan ke sana temankan sayang makan, temankan sayang lipat baju, temankan sayang siram pokok, temankan sayang kemas rumah, temankan sayang tido dan terutama sekali temankan sayang sewaktu sayang berduka. minggu depan tak lama sayang. pejam celik pejam celik dah minggu depan.



nguLat ngepost | 6:00 PM | |

Saturday, May 28, 2005

minggu ni sebenarnya aku terasa amat rajin nak update blog. hati tu teruja sangat nak menulis. tetapi kekangan2 yang aku lalui menyebabkan kerajinan itu menjadi tumpul seperti cangkul yang tidak diasah. apapun aku akan mulakan cerita hari ini dengan peristiwa2 yang berlaku bermula hari Khamis yang lepas.

hari Khamis
maka bermulalah jadual perancangan aku untuk memenuhi undangan jemputan perkahwinan. aku memilih untuk menghadiri majlis di Kota Tinggi dan yang kat Perak tetapi terpaksa mengabaikan jemputan kawan di Melaka. setelah mengejas masa termasuklah mencari hari2 untuk berkerja dan bercuti, maka dapatlah aku bercuti selama 3 hari bermula hari Sabtu hinggalah hari Isnin depannya. aku mengikut perancangan asal, iaitu pergi membeli tiket untuk ke Ipoh pada hari ini bagi mengelakkan kesesakan dan kehabisan tiket pada hari esok. almaklumlah, jemaatkan bebudak dah bercuti sekolah.

tapi entah kenapa, hati aku ada berkata "kenapa ko tak beli tiket hari Jumaat? tak mungkin tiket ke Ipoh akan habis. pegi Ipoh bukan macam pegi kL". hati aku berkata demikian kerana memikirkan jika terdapat halangan2 yang tidak dijangka, maka tentunya sia2 sahaja tiket yang aku beli. tapi aku abaikan sahaja kata hati. semuanya kerana aku mahu mengikut perancangan awal yang telah aku buat dan tidak mahu membeli tiket last minute. hari tu semuanya berjalan dengan lancar. aku dah sms kekawan yang lain, dah beli hadiah, dah tetapkan masa perjumpaan, dah bagitahu apa nak buat dan memang semuanya nampak sempurnalah. tetapi...

hari Jumaat
Tuhan itu Maha Kuasa. benarlah kata orang, kita mampu merancang DIA juga yang menentukan. pagi tu aku tidak bekerja. tugas aku hanya bermula pada lewat petang. bila tak bekerja pagi, mulalah bangun tido lewat selewat-lewatnya. jarang orang telefon aku pepagi termasuklah sayang. kalau ada pun orang telefon, aku jarang nak angkat kerana aku tak suka mengejas sore yang serak2 kering, sore orang baru bangun tido. sebab manusiakan suker bz bodi. mesti tanya "baru bangun tido ker?". okies cukup2! pagi itu telefon aku berbunyi bertalu-talu. bila tengok sayang yang telefon, aku terus angkat. sayang marah kat aku sebab aku lambat jawab panggilannya. yelah, nada dering lagu Mungkin Nanti yang berbunyi tu aku ingatkan aku sedang bermimpi. oh tidak rupanya!

pastu sayang berkata, "sayang, mak saya dah meninggal". ya Allah, berderau darah aku. aku bagai tak percaya. tapi takkan sayang nak main2 dengan aku dengan cerita macam tu. yelah, takde hujan ribut taufan tetiba mak sayang telah pergi kembali kepada penciptaNYA. Innalillahiwainnailaihirrajiun.

aku pernah bagitahu sebelum ni yang mak mertua aku tu memang sakit. tapi dia tak suka tunjukkan sakitnya pada orang lain. malah adik beradiknya sendiri tak tahu yang dia dah menderita penyakit kanser perut selama lebih 5 tahun sehinggalah pada hari kematiannya. sampai begitu sekali dirahsiakan penyakitnya itu. aku tahu dia tak mahu orang lain susah hati. mak sayang masih boleh berjalan dan kalau tengok keadaannya, anggapan kita dia cuma mengidap sakit asma atau kerongkong dengan batuknya yang bertalu2. malah kali terakhir aku berjumpa dengannya kira2 dua bulan lepas, kitaorang sempat lagi berkelah sama2 kat air terjun Bekok. cuma keadaannya berubah tidak seperti dulu, semasa aku baru mengenalinya. perubahan yang paling ketara ialah mak sayang semakin kurus dan mencengkung. sayang ada bagitahu aku dua hari sebelum tiba ajalnya, maknya dah tak mampu nak berjalan lagi, tak lalu nak makan, suaranya makin ke dalam dan tak boleh tidur. ketika itu sayang dan adiknya tidak tahu yang mak sedang nazak. aku cadangkan panggil doktor untuk melihat keadaannya dan denyutan nadinya tapi sayang tahu yang maknya tak suka dengan doktor.

pada pagi hari ketiga iaitu hari ni, sayang seperti mendapat petanda ada sesuatu yang tak kena pada maknya. walaupun mereka masih berbual seperti biasa, malah mak ada minta untuk minum air dan makan roti tapi hati sayang rasa tak senang nak pergi kerja. sayang kata selepas dia bagi mak minum air, dia pun telefon ofisnya untuk minta cuti. selepas dia letak telefon, dia terus tengok keadaan maknya lagi. ketika itu mak sedang baring dalam keadaan mengiring. sayang perasan maknya tidak bergerak, dadanya tiada alunan nafas. melihatkan keadaan itu sayang cuba panggil mak, kejutkan mak tapi mak tidak menjawab. kemudian sayang palingkan badan mak untuk diterlentangkan tetapi sebaik sahaja mak terlentang, kepalanya terus terkulai. ketika itu sayang tahu mak sudah meninggalkan dirinya dua beradik dan alam fana ini. saat itu sayang rasa dunia ini terasa gelap tiba-tiba.

sebaik sahaja aku mendapat berita yang mengejutkan itu, kepala aku terus teringat tentang segala perancangan cuti hujung minggu yang telah aku sediakan. apakah jalan terbaik yang harus aku lakukan? tak mungkin aku tinggalkan sayang sendirian menghadapi situasi yang tidak dijangka itu. dan dalam hati terasa terkilan juga jika aku tidak dapat menghadiri jemputan rakan2 lama aku. mana lebih penting sayang atau perancangan aku dengan kekawan? dan sudah tentunya aku mengutamakan sayang. takpelah walaupun aku terpaksa batalkan semuanya. kalau sebelum ini aku cuma sms untuk menetapkan masa dan sebagainya dengan kekawan aku, tapi selepas itu aku terus telefon setiap seorang yang ada kena mengena termasuklah bakal pengantin yang kat Perak tu. harapan aku jika ada rezeki dan perkenan dariNYA, insyaallah aku akan bertemu jua dengan kekawan di lain masa lain ketika. aku jualkan balik tiket pi Perak walaupun aku cuma dapat separuh harga sahaja. tak kisahlah asalkan ada orang lain boleh duduk kat tempat aku dan rezeki dia pi Ipoh malam Ahad nanti.

walaupun begitu, aku tak boleh pi Segamat hari ni kerana tugas aku tak membenarkannya. namun sayang faham situasi aku. jadi selepas aku jualkan tiket Ipoh tu, aku terus beli tiket bas ke Segamat jam 8.30 pagi esoknya. sekali lagi rasa terkilan menghantui diri kerana tidak berada di sisi sayang disaat2 dia bersendirian menguruskan segala hal tentang jenazah arwah mak.

hari Sabtu
sejam sebelum bas bertolak aku dah terpacak kat Stesen Bas Larkin. aku naik bas dengan keadaan perut kosong walaupun ada ketikanya aku terasa nak menggemukkan diri bersarapan dengan cik mekdonal. tapi aku tak lalu nak makan selagi tak jumpa sayang. sayang jemput aku ketika aku sampai di Segamat. tibanya aku kat rumah sayang, ada dua orang makcik sedaranya yang sebenarnya akan balik ke jb dalam tengahari hari ini. selepas makciknya balik, tinggallah sayang, aku dan adiknya bertiga. kalau aku tak datang, nampaknya tiada siapa yang menemani sayang berdua. tentunya itu lebih menambah kesedihan hati mereka walaupun aku lihat sayang begitu tenang dan sabar.

petang tadi kami menghabiskan masa bertiga bersama-sama. sayang dan Edy, adik lelaki sayang bercerita tentang keadaan mak sebelum ajalnya. tenang sahaja mereka bercerita seperti tiada apa yang berlaku. mungkin segala airmata yang ada telah habis dicurahkan semalam. diorang tenang, tapi airmata aku yang bergenangan. sebelum asar, aku mengikut sayang ke tanah perkuburan, ke tempat jenazah mak dikebumikan. sekali lagi hati aku berasa sayu bila sayang tunjukkan sekali tempat arwah bapanya disemadikan 5 tahun yang lalu. mereka berdua kini yatim piatu. alfatihah.



nguLat ngepost | 9:21 PM | |

Tuesday, May 24, 2005

khas buatmu sayangku..


-Sentuhan Listrikmu-
M. Nasir

Bisakah aku bertanya padamu
Dari mana datang sayang ini
Dari redup matamu
Atau bisikan mesra

Adakah kerna sentuhan listrikmu
Membuat ku terus berjanji
Hati ini hanya untukmu saja

Sentuhanmu bukan datang dari
Dunia materi
Terasa ini pernah mengusikku
Bagai de javu

Ku rindu sentuhanmu
Ku damba sentuhanmu
Tiada lain yang ku inginkan
Hanyalah...
Hanya sentuhanmu..



nguLat ngepost | 5:28 PM | |

sapa yang tengok oc malam kelmarin tersenyum panjang je kan bila bunga2 kesengetan si Alex dah mula timbul dan akan menjangkiti Marissa. tapi aku pun tak dapat tengok penuh citer tu atas sebab adik pompuan aku menyibuk kat bilik aku nak tengok apprentice kat tv3. nak tak nak kenalah mengalah walaupun aku yang berkuasa pegang remote. lagipun aku boleh tengok episode tu kat ch5 samada malam ni atau pun malam esok. banyak sangat citer best kat tv sampai aku dah tak ingat bila masa tayangannya.

dalam pada itu, sesapa yang penah tengok Mango Kiss tentu perasan Michelle Wolff, cik kapten kapal tu jadi pelakon tambahan dalam LAX malam tadi. dia pegang watak paramedic. memang muka dia muncul dalam beberapa saat je tapi aku tetap boleh cam itu dia dari gaya rambut dia tu. dalam kehidupan sebenar dia memang senget dan dengan gaya rambut macam tu, menyerlahkan lagi kesengetannya. bila aku cari sejarah lakonan dia, dia ni asyik jadik extra sebagai paramedic. suker benor producer kat sana bagi dia watak tu gamaknya. well kalau nak kenal lanjut tentang diri cik Michelle ni, bolehlah pi ke website dia kat Michellewolff.com dan kalau nak baca interview tentang diri dia kat AfterEllen.com, boleh ler ke klik kat sini Afterellen. eh, dia suka gak tengok citer Tipping The Velvet. samer arr citarasa ngan aku. bolehlah ek kita kawan. :D

minggu lepas aku bz pusing keliling bandar jb cari dvd senget. tolong kawan aku yang dok kl tu. harga dvd kat jb ni taklah murah mana. masih 8 hengget. tapi sumer port cetak rompak masih wujud dan mudah nak carik. lagi2 kat holiday plaza tu. haaa kalau orang luar tanya kat mana nak carik benda2 pirate kat bandar jb ni, surganya kat situler. cuma yang kesalnya citer2 senget tak banyak. masih jugak citer2 lama yang aku dah ada. itu yang hampeh. aku ni dah bosan asyik ulang tengok citer2 lama tu gak. bilalah L word season 2 nak kuar ni????



nguLat ngepost | 4:31 PM | |

Friday, May 20, 2005

awal2 bulan lagi aku dah dapat 3 kad jemputan kawin yang semuanya bukan berpusat di jb. sorang nun kat utara, kat perak. sorang lagi kat melaka. lagi satu kat kota tinggi. yang kat melaka dan kota tu boleh plak bertembung pada hari yang sama 28hb. majlis kat perak pulak esok harinya 29hb ni. sebelum ni aku dah rancang nak pi melaka ngan perak. tapi bila datangnya undangan kat kota, aku kena fikir beribu2 kali plak. banyaknyer plak!

yang kawin tu bukannya kawan bau-bau bacang ngan aku. kalau kawan bau bacang bolehlah dielakkan jugak. ini idak, diorang tu antara kekawan terapat aku masa aku sekolah menengah dan masa aku kat u. mau tak mau memang kena pergi. tapi kalau nak pi sumer, kenalah amik kapak belah badan aku yang montel ni. jenuh nak berjalan tu. pusing keliling semata2 nak meraikan kawan kawin. tapi aku ikhlas nak datang. kan menghadiri jemputan itu wajib. kalau tak silap akulah. ok, itu dah satu hal. ader satu lagi problemo. bila bab pegi jemputan, takkan nak pi ngan tangan kosong. kena bawa hadiah untuk diorang. aku bukannya owang tua main huluq2 duit ajer. hadiah yang nak diberi tulah yang membawa dilemma skang ni. apa nak dikasi ek? tak molah asyik bagi set pinggan mangkuk cawan periuk belanga dan memacam lagi peralatan serbaguna kat dapur. sejak menjak ni aku rajin kasik pasu bunga. bukan pasu tanah liatlah. pasu kaca yang lutsinar meliak-liuk, berlekuk-lekuk badannya. haa yang tulah.

siang tadi aku pi jengok2 kat kedai. ingat nak beli tapi tangan asyik menggaru kepala. kalau dah garu2 kepala tu tandanya tak berkenan nak belilah. masih tak tahu nak bagi apa. kalau sesapa ada cadangan yang baik, yang mantap dan berguna, cadang2kanlah kat ruangan komen aku tu ek. sekurang-kurangnya membantu aku yang sedang dalam 'kesempitan' idea & uuuit ni. dan manalah tahu idea korang tu boleh digunapakai oleh rerakan lain. plzzzz... aik, sampai macam tu sekali aku ni. theeheheehe

aku rasa saat yang paling best sekali selepas sesuatu majlis perkahwinan diadakan ialah saat membuka hadiah dan mengira duit yang dihuluqkan oleh para jemputan. jangan nak tipulah kalau tuan rumah kata dia tak mengharapkan apa2 dari orang yang datang memeriahkan majlis yang dibuat. kononnya semuanya ikhlas. ewahh, dalam ikhlas2 tu sedikit sebanyak mesti ada menyimpan harapan yang menggunung emas jugakkan. dah jadi adat orang kita, nak wat camne. tapikan, aku yang rasa takkan kawin ni pun ada menyimpan harapan nak dapat hadiah gak macam kekawan aku yang kawin. mana aci aku kasi diorang hadiah, datang bergambor meriuhkan majlis orang tapi aku sampai ke tua tak dapat apa2. ewahh ko ni ek, ada hati gitu. kalau nak hadiah sangat, kawinlah!

eehhhh tak semestinya kena kawin. aku penah cakap ngan kekawan aku yang stret, kalau umoq aku dah melebihi 30 nanti dan diorang pula semuanya dah kawin tapi aku jugak yang masih tak kawin2 lagi, dan konpem aku takkan kawin, aku akan buat satu majlis kocik2 yang mana diorang kena datang kat rumah aku bawak hadiah. majlis memakan sesaje je, bukan jemputan kawin pun. tapi boleh jugaklah dinamakan jemputan kawin aku & sayang aku. kalau ngan kekawan stret, boleh dibilang majlis pecah rahsia. boleh gitu? boleh ajer kalau berani. pada sesapa kekawan senget yang setuju sila bukak mulut. nanti kalau korang buat, bolehler aku datang bawak hadiah kawin untuk korang and partner korang. pastu jemputler pula datang kat majlis aku ngan sayang. dan jangan lupa bawak hadiah yang best2. aku nak PS2 satu, poti ais satu, tv satu, dvd player satu dan kalau boleh rumah sebijik. pinggan mangkuk kaca makca tak mainlah. ekekeke.. :P



nguLat ngepost | 5:44 PM | |

Wednesday, May 18, 2005

minggu lepas sayang datang. aderler sebulan seminggu tak jumpa dia. itu baru segamat-jb. kalau tetiba ditakdirkan aku bertukar keje dan tempat keje misalnya kat kl ker, mesti berbulan2 makan masa nak jumpa. kenapa kl? ntahlah ek. aku windukan kl kot. hehehe..

ermm ada apa dengan kl? bebudak yang baru abis belaja selalunya tertumpu kat kl nak cari keje. kenapa kl? apa bestnya kl? aku dulu pun camtu gak. memula ingat nak keje kat jb, pastu bila dah terkawan ngan ex-gf aku, terus aku dok kl dan keje kat kl. tapi tak lamalah. lebih kurang setahun gitu sebelum aku mengambil keputusan nak dok bawah ketiak mak balik. skang ni plak aku mula memikirkan untuk melakukan penghijrahan keluar dari zon keselesaan di jb ni. bukan setakat itu sahaja, aku memang dah patut dok sendiri bila aku amik keputusan untuk bersama dengan sayang. kalau idak, merana gaklah kalau tetiba mak ngan bapak aku nak kenenkan aku dengan memana jejaka idaman diorang. lagilah musim cuti sekolah dah hampir tiba ni. panas telinga beb. tetahu jelah kan.

aku ngan sayang puas pikir kat manakah tempat yang ideal untuk kami berdua tinggal. jb atau segamat? siang2 aku dah cakap ngan sayang, aku tak rasa nak mengorbankan keje aku skang. jadi dia yang akan mengalah. rancangnya tahun depan tapi aku rasa tak mungkin. sayang ada tanggungjawab pada family dia. tak mungkin sayang pindah dari sana dalam keadaan ibunya yang sakit. aku pun taklah kejam membiarkan mak mertua aku sakit dan amik anak dia semata-mata untuk kebahagian diri kami berdua. nak tak nak rancangan tu terpaksalah ditangguhkan. dan tetiba angin angau aku datang balik. camner kalau aku sorang dulu berhijrah kat tempat lain. aku bincang ngan sayang hal ini. sayang seperti biasa memberikan sepenuh kepercayaan pada aku untuk buat keputusan. ermmm..sayang kat awak!

kat mana aku nak berhijrah? kat tempat yang penuh dengan orang, keta dan hutan batu tu ke? untuk mengembangkan bakat aku yang terpendam *ceh!*, sebaiknya di sanalah. aku dah pikirkan, kebaikan dan keburukan tempat tu. segala mala pro n cons nyer. dalam keterujaan, pikir juga tentang cabaran2 kat sana. sayang pula nak tinggalkan keselesaan yang aku nikmati di jb ni. lagi2 tv nyer. eekeke.. entahlah ek. kita boleh merancang, ketentuan hanya dariNYA juga.



nguLat ngepost | 2:47 PM | |

Saturday, May 14, 2005

Image hosted by Photobucket.com
sumber : Utusan Malaysia. Mamak Cyber oleh Maro.

aku tak tengok Akademi Fantasia baik musim yang pertama atau pun kedua. sebab yang paling utama, Astro aku dah matilah. sebelum ni aku tak pernah teringin nak tengok apalagi nak sokong AF. semestinya aku bukan peminat kipas-susah-mati AF walaupun aku suka kat budak Farah breep breep tu. tetapikan AF musim ketiga ni semacam ada satu magnet yang membuatkan owang2 yang tak minat AF seperti aku tetiba terasa nak tengok, nak ikut dan nak ngomen. tentunya pasal sifu kita tulah, M. Nasir yang menerima perlantikan sebagai pengetua AF musim terbaru ni. dia penah cakap yang dia tak minat AF, malah tak pernah tengok pun tetapi alih2 dia terima jadik pengetua AF, satu jawatan yang jadik buah mulut peminat2 AF selama beberapa bulan. macam best gitu ek. heboh siut. dia kata dia ada pendekatan tersendiri dalam mendidik peserta2 AF musim ketiga ni.

ituler, aku nak tengok bagaimana cara M. Nasir jadik pengetua, yang kita sedia tahu dia seorang yang serius dan disegani dengan lagu2 ciptaannya. haa.. pasal tulah aku tetiba rasa nak sambung balik Astro kat rumah tu selama 3 bulan. abis ajer AF nanti aku potong baliklah astro tu. hehehe.. tak boleh dik pasang astro kat jb ni. naik juling mata aku yang giler tv ni. yang ada tu pun tak terlawan mata nak tengok, tak termenang tangan ngan menekan. :P



nguLat ngepost | 3:39 PM | |

Wednesday, May 11, 2005

seperti yang diberitakan pada sabtu lepas, aku telah turut sama menyibukkan di Karnival TV3 di tengahari panas buta yang terik. aku pegi agak awal untuk mengelakkan kesesakan lalulintas, dan memikirkan keadaan2 yang boleh dijangka seperti tempat letak keta, kebanjiran manusia dan sebagainya. aku pi ngan kawan aku dan adik pompuannya. sesampainya aku di kawasan Danga Bay, semua jangkaan aku tepat sekali. walaupun masih awal, tapi tempat letak keta dah takde. dan kesesakan mula dirasakan kerana ramai orang yang bawak keta tak dapat parking. alhamdulillah, tuhan memudahkan perjalanan aku. setelah meronda hampir 15 minit, akhirnya aku dapat parking keta gajah tu dengan selesa di satu kawasan tempat letak keta. walaupun lepas tu nak pi tapak karnival kena menyabung nyawa sekejap *kena lintas jalan ler*, ia betul2 kat bawah pokok, di tempat yang redup, dekat, dan yang penting sekali tak kena saman.

wah polis trafik jadik pokcik kayo sebab ramai orang yang park keta kat bahu jalan kena saman. paper semalam bagitahu, lebih 500 saman telah dikeluarkan sepanjang tempoh 2 hari tu. mana taknya, diorang sampai parking kat jalan ke kawasan istana lagi, pastu jalan yang ada dua lorong tinggal selorong ajer. kalau dah namanya manusia moden, semuanya nak mudah. nak yang dekat tapi menyusahkan orang lain.

udah2. abis pasal tu. maka aku pun mulalah merayau dari satu gerai ke satu gerai. dari satu booth ke satu booth yang lain. maka dapatlah jumpa dengan orang2 yang glamer seMalaysia. meh tengok gambo kat bawah ni.

Image hosted by Photobucket.com

dapat jugak ambo tengok orang sebandaran dengan ambo. sapo lagi kalau bukan adik Dina ni ler yang rumahnya dekat benor dengan Danga Bay ni. uiks, Dina ni nampak kat tv macam tembam sikit2 tapi bila tengok betul2, bukan tembam sikit2. memang 'embam' dan comel gegiler.

Image hosted by Photobucket.com kitaorang pi ler gerai buku DBP, jumpaler buku koleksi pantun belaka. adik kawan aku buat lawak, cakap buku ni buku rujukan pokcik Karam Singh Walia. sekali betullah, baru sebut nama dia, dah jumpa kat booth berita tv3. panjang umur pendek nafas. meh aku pantun sikit.. *pantun masa aku sekolah rendah ni*

basuh kain di Sungai Dua,
mari diampai di cucur atap,
ikan kering gelak ketawa,
mendengar tupai membaca kitab.

lepas tu, jenjalan lagi. ramailah personaliti tv3 yang ada. tapi yang paling menarik perhatian aku ialah Wardina. sanggup aku bersesak nak amik gambo dia. yelah, suka weeii kat dia sejak zaman dia anak dara, ketika dia tak pakai tudung lagi. akhirnya rezeki aku dapat diri depan2 dia masa dia mengacarakan satu demonstrasi gaya memakai tudung yang ayu. aku yang memang tak ayu, selebet, sengal, poyo, sempoi dan yang sewaktu dengannya memang sesuailah tengok. tapi mata aku banyak tengok dia je daripada tengok akak yang buat demonstrasi tu. thehehehe

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

pastu pi plak booth 8TV yang tak ramai orang. dapatler amik gambo si Adam ni. sedih, Marion takde. aku siap amik gambo set Quickie lagi. takde koje namanya. mata aku merayau gak, manalah tahu Rafidah 3R ada. tapi takde. yang ada poster diorang. amik gambo poster pun jadiklah.

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

banyak jugaklah gerai diorang. gerai yang jual makanan pun banyak. tapi aku tak melabor duit pun kat sana. aku cuma kuarkan 2 hengget je, tu pun untuk beli dua batang belon 8TV. kalau aku haus, kawan aku yang belanja air. aku pun tak ingat berapa tin air yang dia beli. makan pun tak sedangkan perut aku kosong sejak pagi tak masuk apa2 kecuali air dan udara. sebabnya kitaorang dah janji nak menjamu selera kat tempat special lepas tu. jadik abiskan masa jenjalan ajelah. orang taklah ramai mana. kebanjiran manusia belum lagi. menjelang petang dan ari Ahad barulah orang gegiler banyak. hari sabtu tu tak hujan, panasnya memang terik. lagi-lagilah kat tepi pantai. boleh sunburn beb. ceh, pantai konon. bolehlah dinamakan pantai. memang kawasan tu ialah pantai Lido yang dah ditambak. pantai yang tak boleh mandi. sapa mandi memangler kena ketawakan ajer. hari Ahad plak dari pagi sampai petang hujan turun. ingatkan makin hujan makin kurang orang, tapi bila tengok tv fulamak ramainya manusia ngan payung. kalau akuler, tak sanggup weii. cukupler sekali pengalaman ari Sabtu tu.

hampir dua jam jugaklah kitaorang merayau kat sana. kalau orang lain balik bawak kotak2 biskut, aku balik bawak batang belon tu. memang macam budak2 aku ni. tulah, selagi tak kawin, selagi tulah cam budak2. ekekeke...



nguLat ngepost | 2:27 PM | |

Saturday, May 07, 2005

hari ini hari cuti buat kita yang bercuti. hari ini hari bekerja buat kita yang kena kerja, yang memang tak kenal apa itu cuti hari sabtu minggu pertama dan ketiga. kerja tetap kena kerja juga. kalau tidak poket kosong duit tarak masyuk. apalah aku membebel ni weiii!

ari ni dan esok ada Karnival TV3 kat Danga Bay, jb. selalunya aku mesti cakap aku tak kuasa nak menyibukkan diri aku, nak melemaskan diri kat sana. tapi nampaknya kuasa bateri 8tv telah menggegarkan jantung aku sehingga nak rasa jugak kemeriahan karnival diorang tu. skang ni trademark "Sure Heboh" dah tak dibesar-besarkan sangat, tukar jadik karnival plak. baguslah tu ek. rosak bahasa Melayu jadi carca marba macam minum air lai ci kong. macam-macam ada. uiks, ko ni. paku serpih paku dulang, dia yang lebih mengata orang. sedar-sedar skit awak tu pun merosakkan bahasa. eh, ye ke? saya tulih bahasa pasorler. salah ke? jangan mara aaa.. mari kita ketawa popeye wakakakakaka :D

okey, kenapa aku cakap hanya kerna 8tv je, aku teruja nak pi karnival diorang tu. bebenarnya aku tengok Marion dari dekat. suka banget kat dia weii. tapi malangnya untuk aku, rasanya Marion tidak ada kat Danga Bay untuk dua ari ni. Marion ada hal lain kat kl tu. itu seperti yang dia cakap masa aku tengok quickie kelmarin. yang ada hanyalah Adam dan geng2 diorang yang lain tulah. aiyoo, tak syiok maa. tapi takpelah. kalau dah kata nak pi, aku tetap pi. harap-harapnya dipermudahkanlah untuk aku mencari tempat letak keta. itu yang penting. ok, wa chow dulu aa. jumpa kita kat sana. otak-otak!!



nguLat ngepost | 9:20 AM | |

Tuesday, May 03, 2005

*hari kelima*


uiks, panjangnya cuti. rasa penatlah plak cuti lelama. hehehe.. orang lain nak cuti lelama, aku plak sebaliknya. aku tak pi mana-mana pun. itu yang penat sebab asyik melepek je depan tv. ada gaklah kuar rumah jap, pi shopping ngan adik aku beli barang keperluan rumah. tengah2 membzkan diri memilih barang, nampak gak kelibat rerakan senget shopping bersama berdua-duaan. bahagianya aku tengok.

meh citer tentang filem plak. filem yang boleh dikatakan terhangat kat pasaran skang ni ialah filem import dari Indonesia, Tentang Dia. sungguh-sungguhan syarikat kita yang bawak citer tu ke sini buat promosi. aku pun terpengaruh gaklah nak tengok citer tu kat pawagam. lagipun dah lama kaki aku tak jejak panggung wayang. sebut pasal panggung wayang, tahukah kita bahawa perkataan "pawagam" adalah gabungan daripada 3 perkataan iaitu "panggung wayang gambar" dan ia adalah hasil ilham P. Ramlee. arwah memang bijak. filem-filemnya melangkaui pemikiran semasa. lebih baik tengok cerita beliau berulang-ulang kali daripada tengok filem2 kita skang ni yang dah macam carca marba.

oklah, berbalik pasal Tentang Dia, sebab utama aku nak tengok ialah kerana filem cinta ini lain dari yang lain. walaupun tentang cinta tapi cerita cintanya itu dilihat dari sudut kelam dan suram. itu seperti kata pengarahnyalah, Rudi. sebab sampingan yang membuatkan aku teruja nak pi nonton ialah aku mendapat pertanyaan daripada beberapa orang rakan yang bertanyakan tentang watak tomboi dalam filem ini. ermm, janganlah anda terpengaruh. tomboi bukan bererti dia senget. bersahabat dengan mereka tidak menjadikan mereka ada hubungan sejenis, ada affair sesama. oh tidak, tipah tertipu nampaknya.

disebabkan aku nak tengok sangat, maka aku ajaklah sorang kawan temankan aku pi tengok pada hari Ahad malam Isnin yang lepas. aku tahu kat tv3 ada Mentor ngan Tru Calling, tapi takpe aku lepaskan jugak. lagi-lagilah bila kawan aku cakap yang dia nak belanja. hehehe.. rezeki jangan ditolak dik oii. tapi nampaknya rezeki nak tengok Tentang Dia memang takde. alkisah, aku pi ler Leisure Mall sebab parking kat sana free. pawagam kat Leisure Mall JB ialah GSC. aku main terjah ajer ni. tak tahu tiket pukul berapa atau ada ke ditayangkan kat situ. dengan penuh semangat kitaorang pun menuju ke gsc. Sekali tengok senarai filem, hampeh. takde Tentang Dia. yang ada Cinta Fotokopi. muka memasing memang dah semacam aje. rasa nyesal pun ada. pastu kawan aku ajakler tengok filem lain, citer omputeh ke citer cina ke asal bukan Cinta Fotokopi. aku memang tak berselera nak tengok citer cinta photostat tu. telek punya telek tapi aku dah takde mood. aku cakap ngan kawan aku tu, "jom blah. don't waste your money". hehehe.. kawan tu nak belanja aku plak tolak. abis tu dah hati kata nak tengok Tentang Dia, nak tu gak. layan citer lain takmo.

takpelah. masih banyak masa. nampaknya kena beli The Star kalau nak tahu panggung mana yang amik citer tu. tak pi ngan kawan, pi sendiri pun boleh. aku tak kisah tengok sensorang. no problemo. tapi kalau ada yang nak temankan aku ok gak. sudi-sudiler calling2 aku k. hehehe :p



nguLat ngepost | 2:21 PM | |

Sunday, May 01, 2005

*hari ketiga*



another great song from Peterpan.. DIATAS NORMAL

pikiranku
tak dapat kumengerti
kaki dikepala
kepala dikaki
pikiranku
patutnya menyadari
siapa yang harus
dan tak harus kucari

tetapi tak dapat ku mengerti

sesuatu
yang baru kusadari
kau tinggalkanku
tanpa sebab yang pasti
sesuatu yang harusnya terjadi
kau sakiti aku
kau yang harus ku benci

tetapi tak dapat ku mengerti
tetapi tak dapat ku mengerti

ku mencari sesuatu yang telah pergi
ku mencari hati yang kubenci
ku mencari sesuatu yang tak kembali
ku mencari hati yang kubenci

ku mencari
tetap tak dapat kutemui
ku mencari hati yang kubenci



nguLat ngepost | 12:09 PM | |

di bawah lembayung pelangi

a member of the

SengetianS


skodeng



+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+

+sekapal+
+lilylotus+
+blue+
+zaffey+
+yatt+
+payid+
+elenaoz+
+nasik+
+isrockstar+
+jj78+
+asya+
+dyke+
+rozek+
+afy+
+th3undefined+
+jL+
+laut+
+eid+
+fdb+
+froggie+
+armz+
+fiq+
+shajime+
+elsilver+
+armie+
+shay+
+han+
+arD+

+AfterEllen+
+Sengetians+
+WWLW+
+Butches Inc+
+for PLU+
+Pink Lemonz+
+Les Worlds+
+Queer Filter+
+PlanetOut+
+The L Word+
+Queer Jihad+
+Fridae+
+Al-Fatiha+
+Herstory+

template by +Lonelyger+
hosted by +Blogger+



Listed on Blogwise

This page is powered by Blogger. Isn't yours?


Free Web Counter