wahai asmara'dana'ku
Thursday, June 30, 2005
bermula malam sabtu yang lepas, aku telah mulakan kembali marathon menengok semula citer L word. ntah kenapa tetiba rasa rindu bertandang, rasa nak tengok kelibat minah2 lw. episode yang paling aku suka ialah episode 3 ketika dana sibuk ngan miss lara perkins tu. masa tulah aku tergelak gila2, senyum sampai ke telinga. diorang tu sesuwaiii sesangat berdua tapi tulah, nak dijadikan cerita, hubungan lara dengan dana tak panjang. sikit sangat, memang tak puaslah!

babak seterusnya, korang sambungkan sendirilahhhh. hahaha..
nguLat ngepost | 4:56 PM | |
boleh ke botak?
Tuesday, June 28, 2005
aku jadi anak tunggal semula kat rumah sekarang ni. adik lelaki aku merangkap anak bongsu dalam family aku amik keputusan nak pi keje kat kl. dia dah pi kl pun sabtu lepas bawak jaguh sekali. sebenarnya aku tak berapa setuju bila dia nak pi keje kat kl. tapi aku tak cakap ngan dia. aku lepaskan bebelan aku pada mak aku. pada aku budak lelaki macam dia dengan kelulusan dan kemahiran IT yang dia ada, bila2 masa boleh dapat keje kat jb kalau dia rajin berusaha. malah sebelum dia grad pun dia dah buat freelance dari rumah. lagipun kalau dok kat sini, makan pakai terjaga. balik lewat malam pun taklah risau mana sebab tahu dia memang balik rumah punya. aku bukan apa. aku sebenarnya bimbang dan risau ngan dia. budak lelaki ni kalau lepas skit dari jagaan mak bapak macam2 depa boleh buat. dia tu dah ada history. dia bukan budak nakal tapi cuai dan leka bila dah ngan kengkawan. pastu panas baran tak bertempat. pasal citer yang lepas2 tulah abah dah naik fedup nak bersuara ngan dia. aku plak kalau membebel ngan dia angin satu macam. jadik yang boleh membebel, yang boleh marah kat dia ialah mak ngan adik pompuan aku. sebab diorang kalau marah bukan macam marah. tu yang adik aku suka. uiks, susah betul kalau dah berketurunan panas baran ni. takpelah, aku harap adik aku dapat jaga diri. skang dua2 adik aku keje kat kl. akulah sensorang kat rumah dengor mak bapak aku membebel. layan ajelah...
aku selalu terfikir kenapa mak tak beranak lagi sedangkan mak masih muda. umur mak skang baru 47. adik lelaki aku umurnya 23. ini bermakna umur mak masa mak lahirkan adik ialah 24 tahun. dan selepas tu mak tak mengandung2 lagi. heran yea. setahu aku mak ngan abah tak mengamalkan perancang keluarga. malah diorang suka kat budak2 kecik, layan anak2 sedara diorang yang merangkap sepupu aku macam anak sendiri. pastu pernah gak nak amik anak angkat tapi akhirnya tak jadi. aku suka kalau ada adik lelaki ngan adik pompuan lagi sorang. pada aku mempunyai anak seramai 4 atau 5 orang adalah yang paling ideal. tapi aku tak berani nak tanya kat mak kenapa mak tak mengandung lagi selepas adik lelaki aku. sunyilah adik beradik sedikit ni. aku pasti mak ngan abah lagi sunyi bila anak2 berhijrah keje kat luar. ada anak yang dok kat rumah pun bukannya jenis banyak cakap ngan diaorang. kejenya asyik dok memerap kat bilik ajer tengok tv. hehehe.. akulah tu.
rambut aku dah panjang. takdelah panjang sampai tahap mengurai tapi hujung rambut yang paling panjang dah hampir melepasi tengkuk. aku rasa dah dekat 4 bulan aku tak potong rambut. rimas memang dah rasa rimas. tapi aku tahankan jugak. semuanya gara2 aku cuba nak ubah imej muka budak sekolah, gelaran yang biasa aku dapat. aku memang suka bila aku nampak muda tapi sesekali kalau nampak tua dewasa apa salahnya ek. tapi rambut aku ni nipislah. sayang kata rambut aku bila panjang nampak kulit kelapa kepala. dia pun rimas bila aku berambut panjang camni. uiks macamlah panjang sangat sampai ke bontot. tengoklah nanti berapa lama aku boleh bertahan memanjangkan rambut ni. bercakap pasal rambut dan kepala, aku ada satu impian yang belum lagi terlaksana sampai saat ini. impian aku ialah nak membotakkan kepala. kenapa aku nak botakkan kepala aku? sebabnya ialah aku nak tengok muka aku saat takde rambut, adakah kulit kepala aku licin atau berkematu. pastu aku nak mengalami saat2 rambut tu tumbuh. aku suka sangat nak rasa masa rambut tu pendek tercacak2 atas kepala. sebab aku suka rasa masa sideburn aku baru lepas cukur. rasa tajam2 gitu. akhir sekali aku nak semua rambut tu tumbuh sekata dan sama panjang. itulah impian aku yang nak rasa kepalanya botak. tapi sampai sekarang aku tak berani nak buat. sedangkan rambut aku tak memainkan peranan langsung masa pi keje. dan aku rasa kalau aku nak jumpa orang selain ahli keluarga aku, tutup ajer kepala tu dengan topi ke, tak pun pakai je tudung. aku penah tanya kat kawan2 stret aku tentang impian aku yang satu ni. diorang kata kalau nak botak, botakkan ajerlah. bukannya ada sesapa yang tahu. tapi tulah, impian tinggal impian. aku rasa aku nak buat masa aku tinggal berdua ngan sayanglah. huhuhu.. apa punya impianlah. tak produktif langsung.
dengar Era tak pasal impian sorang pendengar lelaki yang nak kahwin empat. kata dia umurnya skang baru 28 tahun tapi dah kahwin 3. jadik skang impian dia nak cukupkan kuota 4 sebab dakwa dia, dia mampu berbuat demikian. pastu dengan riangnya dia berkata nak serumahkan semua isteri2nya tu. maik aiii.. mak aku cukup meluat dengan mamat tu. aku tukang ketawakan jelah.
nguLat ngepost | 11:48 AM | |
konyang durian
Wednesday, June 22, 2005
aku kat rumah sayang. skang ni dua minggu sekali mesti datang melawat sayang sementelah sayang masih dalam proses berpantang *bukan pantang beranak ek*. kata sayang sebagai menghormati arwah mak yang baru meninggal dunia tempoh hari, dia tak boleh tinggalkan rumah dan bermalam kat tempat lain selama 40 hari. selepas kenduri 40 hari diadakan, barulah dia bebas sedikit. aku tak tahulah kepantangan mana yang sayang ikut. tapi aku sebagai menantu arwah mak *ewahh*, aku tetap menghormati keputusan sayang. takkan nak terus hu-ha. biadap betul tu.
sayang tengah tido masa aku update blog ni. geram je tengok sayang tido. mudah benor dia lelapkan mata. tadi petang lepas makan nasik lemak, kitaorang melantak durian plak. aku dari dua minggu lepas dah mengidam nak makan durian. dalam mengidam2 pun, kitaorang cuma larat makan 3 biji je. ada lagi sembilan biji buah durian kat luar tu. durian2 tu bukan kitaorang yang beli. kawan sayang yang ada kebun durian yang bagi. alhamdulillah murah rezeki dia dan kenyang perut aku melantak durian. sayang soh aku abiskan gak durian2 yang ada sebelum aku balik jb. yelah, sebelum ni aku asyik sms dia cakap nak makan durian bebenor. jawabnya esok pagi aku sarapan ngan durian 3 biji, makan tengahari sambung 3 bijik lagi dan makan malam habiskan semua durian yang ada. adik sayang si Edy tu plak tak makan durian. bau durian pun dia dah muntah2. kalau tak ada gak tambah satu mulut lagi. haaaii gamaknya dua hari ni aku muntahkedarah ngan durianler.
nasib baik sayang suka durian. kalau dia tak makan durian, cerai talak lapan ler jadiknya. huhuhuhu
nguLat ngepost | 11:07 PM | |
wayang free
Tuesday, June 21, 2005
ini bukan citer aku. ini citer kawan aku. walaupun dia agak keberatan pasal idea aku nak citer kat sini, aku tetap nak citer gak. kawan aku tu takut mana tahu kisah yang aku tulis ni akan dibaca oleh minah yang berkenaan. uiks, ramai ker yang baca blog aku ni. tak mungkinlah. satu dalam sejuta penduduk malaysia kot. degil betul aku ni. jangan marah ek kawan. nanti aku belanja ko makan. hehe.. oklah, ceritanya bermula begini...
"uL, dlm bas ni ada couple melayu.
Asik dok peluk, raba, ciom aje.
Berani mati ler minah2 tu."
itu adalah sms dari kawan aku tu. aku namakan dia Dy sahaja. aku terima sms Dy petang ahad yang lepas. masa tu Dy dalam perjalanan dari jb ke kl, nak balik ke lubuk kejenya. aku plak masa terima sms Dy, aku tengah layan mimpi di petang yang amat panas. bila terbaca je sms Dy, mata yang kelam terus jadik terang. aku balas sms Dy. mulanya aku ingat kapel stret yang buat koje. pada aku biasalah kalau kapel2 stret beromen dalam bas. dah biasa terserempak. aku tak perasan Dy tulis 'minah2'. bila baca semula baru tertanya biar benor kapel senget buat koreje tu dalam bas. tak penah aku jumpa pung. pastu bermulalah episod berbalas sms antara aku ngan Dy. memang hangatlah minah2 tu beromen. kata Dy walaupun nampak ringan, tapi tetap mengghairahkan. naik segan dia ngan mamat yang dok kat sebelah dia. mamat tu pun perasan gak adegan asmara kedua2 minah tu. oohhh lupa nak cakap. adegan romantika tu bukan antara peng n awek tapi kedua2nya ialah minah2 ayu. wow!
aku tanya Dy cantik tak minah2 tu. Dy kata memang cantik, dua2 memang sama cantik. oleh kerana Dy tak tahu nak wat apa sebab dah terlampau segan tengok aksi meka berdua tu, aku bagi Dy tips agar minah2 tu sedar dari khayalan diorang cam berdehem ke atau soh pakcik bas bukak lampu ke. Dy kata pakcik bas memang bukak lampu, tapi diorang tetap tak peduli dengan orang sekeliling. meraba sakan dalam bas. kalau dah macam tu gayanya, tengok jelah wayang free tu.
biasalah tu bila dah duduk berdua pastu kekonon kesejukan dalam bas, masing2 cubalah menghangatkan diri. bila tangan dah menjalar, bertambah ghairahlah dema sampai tak ingat dunia. teringat aku ketika aku dalam bas berdua ngan ex aku. masa tu aku tengah berdarah panas muda remaja. tapi aku takdelah sampai tahap romantika tak henggat. just pegang tangan, melese-lese skit. orang tengah hangat bercinta, kalau boleh nak semua orang tahu. kalau boleh nak cakap dekat2 ngan mulut, telinga ngan pipi dia. kalau boleh nak cium tangan dia selalu. kalau boleh nak belai2 rambut dia. kalau boleh nak semuanya dibolehkan.
Dy, pengalaman ko sangat berharga. pengalaman yang tak pernah aku ada. hehe
nguLat ngepost | 5:11 PM | |
tragedi bulan jun
Saturday, June 18, 2005
semalam aku telah mengalami satu eksiden yang tak penah aku kena sepanjang riwayat pemanduan aku selama hampir sepuluh tahun ini. eksiden tersebut telah menyebabkan keta badak itu menginap di bengkel selama satu malam, telah membantutkan segala kerja yang perlu aku buat, telah menerbangkan duit bapak aku dan duit aku sekali serta menyebabkan aku tak boleh tido malam tadi. al nasib baiklah orang lain dan keta lain tak terlibat sama. kalau idak bertambahler penin aku semalam.
sebenarnya eksiden tu kocik ajer. bukan sebab aku melanggar orang, keta mahupun divider jalanraya. tak juga melanggar pokok, masuk longkang ataupun terhantuk lobang. citernya macam ni. petang semalam aku kuar pi larkin, nak belikan tiket balik ke kl untuk adik pompuan aku. tengah aku sedap2 memandu, tetiba aku rasa cam tayar keta melanggar benda kat atas jalanraya dan tetiba lagi keta tu terus berhenti tak boleh bergerak. aku tengok enjin keta hidup, ok tak mati. aircon ngan radio berfungsi cam biasa. aku masuk gear balik, tekan minyak tapi keta tak berjalan gak. eh heran gak aku. tayar keta meletup ke? aku kuar dari keta nak tengok keadaan. aku pandang tayar depan keta belah kanan. alamak tayar tu dah terpeleotlah. arm dia patah daaa. bunyi langgar benda yang aku dengar tadi tu rupanya bunyi patah. uiks, memang tak boleh jalan ni. kena tarik gamaknya. aku terus tepon bapak aku sebab keta tu keta dia. mula2 aku taklah rasa gabra n tensen walaupun aku telah menyebabkan jalan jem sekejap. aku tepon hp abah tapi dia tak angkat2. tepon rumah pun tak angkat. aderlah dekat 5 minit aku tepon abah tapi tak berjawab. bila dah macam tu, semua angin ketensenan pun keluarlah. tengah2 cuba nak hubungi abah, aderlah sorang pakcik dengan basikalnya yang berada kat seberang jalan menjerit ke arah aku, "Hei, jalanlah! Kereta banyak kat belakang tu. Jalanlah!" aku pandang kat pakcik tu. sekali tengok pakcik tu cam kurang siuman aje. aku pun tak layanlah dia. aku cuma gelengkan kepala ajer.
aku masih cuba hubungi abah. lepas tu aku dengar lagi pakcik tu menjerit "Hei jalanlah! hei jalanlah!" tapi kali ni suara dia makin lama makin kuat. lorr rupanya pakcik tu dah ader kat sebelah aku. dengan bengangnya dan dengan suara yang agak kuat, aku terus cakap pakcik tu. "Pakcik, keta saya ni tetiba rosak, tak boleh jalan. kalau boleh jalan, saya dah jalan dah." dalam masa yang sama abah dah jawab panggilan aku. pakcik tu pun blahlah bila aku tak layan dia lagi. aku terangkan segala-mala kejadian dengan abah. aku soh abah datang sebab bateri tepon aku dah nak kong. memang takkan sempat tepon pihak insurance soh datang ngan keta tarik kalau guna hp aku. tepon ni pung satu hal. time macam nilah dia nak kong. bila dah abis berbual ngan abah, aku dengar pakcik tu jerit lagi. kali ni dia dah berada di samping basikalnya kat seberang jalan. "Hei ketepilah! Ketepikan keta tu!" laa pakcik ni, tak reti bahasa ke. kalau aku tak jawab nanti dia makin menjerit. kalau aku jawab ntah faham ke tidak keta ni memang tak boleh bergerak. sekejap aku tengok dia macam siuman, sekejap lagi plak memang macam tak siuman. naik pekak telinga aku dengar pakcik tu jerit. bila kepekakan dah naik kepala, bersaksikan tuan2 punya keta yang tersangkut kat belakang keta aku, aku pun menjerit kat pakcik tu. "Pakcik, keta ni rosaklah! tayar dia patah! tak boleh gerak!" kuat jugaklah aku jerit ditambah dengan muka aku yang dah macam gaban. bila dah dengar aku jerit macam tu, barulah pakcik tu kata "ooooo" dan terus blah. haa ingatkan tak faham2 apa aku cakap. tapi pasal pakcik ni gak aku susah nak tido malam tadi. aku rasa tak patut aku jerit kat dia. rasa bersalah dan malu jugaklah bila terkenangkan semula peristiwa tu. apa nak buat, benda dah berlaku. jadikan pengajaran dan pengalaman jelah. len kali kena kontrol skit panas baran yang terpendam tu.
lepas tak diganggu oleh pakcik tu, aku diganggu plak oleh mata2 yang nak tahu sangat kenapa keta badak tu menghalang perjalanan diorang. ada gak brader2 yang baik hati yang tegur aku, tanya masalah yang berlaku dan cuba nak bantu. aku cakap takpelah. memang tak boleh buat apa2 kecuali kena tarik. aderlah 15 hingga 20 minit aku tunggu abah datang ngan kawan dia yang keje kat bengkel keta. sekejap tetapi menyeksakan. seksa ngan mata orang. mata orang memang tak boleh dihalang. kalau sekadar tengok takpe. ini ada yang siap ketawa2 lagi. pompuan plak tu yang ketawakan aku ngan minah yang dok kat sebelah dia. takpe2. keta dia sama macam keta badak yang rosak tu. biarkan dia ketawa. suatu hari suatu masa suatu ketika mesti dia akan rasa apa yang aku rasa. sepanjang aku dok sensorang tu, semua yang tegur aku ialah brader2 ajer. kakcik2, minah2, makcik2 memang takde sorang pun tegur aku. sumer pakat pandang je. bila diorang tengok aku, aku tengok diorang balik sambil bagi senyuman sinis lagi senget. terus diorang tak berani pandang aku balik.
fuhh lega hati aku bila abah dah datang. lega sebab lepas ni abahlah yang jawab ngan setiap orang yang menyapa kenapa keta badak tu rosak. aku plak uruskan hal keta tarik dengan pihak insurance. masa tunggu keta tarik datang, aku terpandang kat bekas tayar yang terheret sebab terlajak masa nak berhenti kat atas jalan. terus teringat kisah sekapal pasal bekas tayar ngan brek mengejut. ekeke.. pastu aku teringat plak pasal citer kat tv yang baru aku tengok beberapa hari yang lepas. memula kisah keta tarik kat Kisah Benar TV3, pastu pasal keta & eksiden kat rancangan On The Air TV2. apa kena mengenanya? takdelah saje nak kaitkan baru tengok dah kena. terkena aura tv. kan best kalau lepas aku tengok orang yang menang makan eskrim dapat belanja 100k, aku plak yang menang peraduan. baru best terkenan aura tv.
hampir sejam gaklah keta tu menghalang jalan sebelum keta tarik datang. lepas tu aku ngan abah pun sesama naik keta tarik hantar keta badak tu ke bengkel. merasa gaklah aku naik keta tarik sambil menarik keta. tersengih2 aku atas keta tarik sebab masih lagi mengenangkan kisah keta tarik kat tv3 tu. aku layan sengih sensoranglah. theheheeee..
nguLat ngepost | 2:46 PM | |
pokcik tu lagi
Thursday, June 16, 2005
hari - senin yang lepas
lokasi - opis gue
waktu - di remang2 senja
pokcik G :
uL, lepas keje ni ko pi mana? sesekali tu pilah jenjalan ngan pakwe ke.
aku :
lepas ni... aaaaa amik mak balik keje.
pokcik G :
ooo mak ko keje lagi ek? keje kat mana?
aku :
a'a keje lagi. keje kat tempat dekat2 angsana tu.
pokcik G :
haaa lepas amik mak ko, ko pilah memana ngan pakwe. jangan asyik terperuk kat rumah je balik keje.
aku :
alaa, kita suka balik rumah. tengok tv, tido.
pokcik G :
aperlah ko balik rumah. ko carilah pakwe sorang.
aku :
*ketawa sebesar2nya sambil pi kat keta* HAHAHAHAHAHA!
hari - selasa berikutnya
lokasi - opis gue lagi
waktu - pepagi buta
pokcik G :
malam tadi kuar tak? pegi mana?
aku :
tak kuar kemana2 pun. tengok tv lagi baguz.
pokcik G :
eh umur ko macam dak Nor ek, 24 ke 25?
aku :
a'a. lebih kurang gitulah. *dalam hati, eiii bestnya. mudanya aku*
pokcik G :
patutnya umur macam ko ni, ko dah timang anak tau, *kata pakcik tu sambil buat gaya dodoi bayi*.
aku :
*malas nak balas cakap dia. senyum senget jelah* hehehehe...
nguLat ngepost | 1:06 PM | |
konspirasi oc
Tuesday, June 14, 2005
mana peginya The O.C kat 8tv?? adakah citer oc dah dikanselkan dari penayangannya? masuk ahad lepas, dah dua minggu oc takde. ahad depan ni pun, kalau takde aral melintang, kalau takde tv yang terbang, maka oc pun takkan ada gak. memang takde. aku dah tengok schedule kat 8tv website. kalau tak caya pilah jengok kat situ. kalau dah jengok tu, jangan luper kasik skit satu dua pertanyaan dan tendangan. kalau iya pun nak takdekan citer tu, nak batalkan ke, nak tangguhkan ker atau nak gantikan pada hari lain, kasiklah pengumuman skit. sebagai contoh, kat ch5 pun dah dua minggu oc takde. tapi diorang bagitau sebab musababnya dan bila akan ditayangkan semula. kamis ni barulah oc ada balik kat situ. macam tulah baru jadik stesen kegemaran ramai. boleh menang award besau2. ini idak, stesen tv kat mesia memang selalu macam tu. citer tu satu musim tak habis lagi, takde hujan takde ribut tetiba distopkan. naik musykil bin hairanlah aku.
setelah memerah otak buat seketika, aku ada beberapa kemungkinan kenapa oc takde kat 8tv. mungkin...
mungkin para editor 8tv penin kepala memikirkan camnelah nak memotong adegan Marissa ngan Alex. marissa tu kan antara lead actress dalam oc. tentunya citer pasal minah tu banyak. kalau asyik dipotong je, jadi pendeklah citer tu. kalau pendek, makin banyak iklan kena masuk. makin banyak iklan ditayangkan, makin ramai orang main tukar2 channellah. berbanding ngan Anna dalam One Tree Hill, minah tu cuma actress jemputan je, lepas ni citer pasal dia tak banyak pung.
mungkin ada tangan2 berkuasa yang stret kat 8tv yang jeles tengok minah marissa jadik senget. dengki siot!
mungkin 8tv mahu kurangkan jenama kesengetan yang makin ketara sejak menjak ni. kalau itulah sebabnya, kenapa tak batalkan ajer citer mamat2 senget berlima tu. seminggu dua kali lagik. ini tak adil!
mungkin ada orang2 atas langit yang baca blog aku, sekapal dan yang sewaktu dengannya, yang sibuk membicarakan oc ngan kesengetannya. jadik untuk mencegah keterujaan minah2 senget ini dengan oc dari terus berleluasa di alam malaya ni, maka mereka telah mengeluarkan kuasa maksima untuk membatalkan citer tu.
mungkin 8tv sajer bikin gimik menangguhkan oc untuk beberapa minggu, beberapa bulan, atau untuk beberapa tahun. sajer nak tengok sapa yang setia dengannya, sapa yang tak. ni sajer nak soh owang2 mengamuk!
oklah, aku tahu cakap2 marah2 kat sini pun tak guna. mungkin ada gak orang yang muak ngan aku yang tak habis2 membebel pasal oc dan kesengetannya. e'eh mak minah! sukahati akulah nak marah ke, nak bising ke, nak membebel ke, nak kentut ke. ni blog gua aper. ermmm kalaulah selepas ahad ni oc tetap takde, maka nampaknya kenalah dilupakan citer tu. kemungkinan harapan untuk terus takde sangat besarr. tapi nasib akulah yang baik sebab dok jb. sayang jb. sayang ch5 gak *walaupun adegan potong memotong tak henggat!*. ahaks!
nguLat ngepost | 1:19 PM | |
peng estet
Thursday, June 09, 2005
peng estet? apa tu? nak tahu apa dia, citernya camni. alkisah semalam petang semasa aku sedang menunggu sayang menghabiskan kojernya kat tempat kojernya, masuklah dua orang akak yang pangkatnya pada aku 'makcik' umur dalam lingkungan 40an-50an, datang nak berurusan dengan sayang. yang sorang tu bebetul nampak makcik ayu, yang lagi sorang plak nampak antara makcik ngan pokcik. dalam alkisah ni, aku panggil dia 'akak pokcik'lah ek. bila aku nampak akak pokcik tu, maka kepala aku pun jadi leng leng leng terteleng-teleng, kejap2 tengok tv, kejap2 tengok akak tu. dah macam owang jakun plak. *masa tu aku tengah tengok astro@15, apalagi layan af3 daa..*
sebenarnya memula aku buat tak tahu jek. bila aku nampak dia, hati aku cakap "ermm, ada gak geng senget kat pekan ni". tak kisahlah kan. aku pun teruslah layan tv. yang membuatkan aku terteleng-teleng ialah bila aku terdengar akak pokcik tu punya suara masa dia berbual2 ngan sayang. alamak, halusnya suara dia. tak padan dengan orangnya. maksud aku dengan 'halus' tu ialah, suara dia tak besar dan kasar macam geng2 senget yang aku kenal. malah aku rasa, sore pompuan aku ni lebih kasar dari sore dia yang bergaya macho. *petang semalam aku tak macho, jadik owang baik jap.* memang sore dia kecikk banget. tulah yang membuat aku terteleng-teleng, kejap2 tengok dia nak ngesahkan. yelah, bila dah dengar sore dia macam itu, maka aku pun jadik konpius. biar benor?
oleh sebab aku duduk sambil membelakangkan dia, dan dia plak tengah berdiri membelakangkan aku gak, maksudnya sama2 membontoti antara satu sama lain, maka aku pun dapatlah telek akak pokcik tu tanpa dia sedari. aku tengok akak tu dari hujung rambut sampailah hujung kaki dia. dan inilah dia keputusan dari pemerhatian yang aku buat. gaya rambut - rambutnya agak panjang melepasi bahu, tapi bukan gaya rambut panjang pompuan sejati, jadi mantaplah tu. pakaian dia kemeja ngan slack, amat sesuwai benar. selipar, okeylah dengan sandal loafers ala malaysia. tapi bila tang tiba suara dia, aiyaiyai tak sesuwaiilah. betul2 buat dahi aku berkerut.
selepas akak pokcik tu selesai berurusan dengan sayang, aku terus dapatkan sayang sambil tersengih2 senget. dengan muka agak berkerut aku tanya kat sayang, "awak, tu peng ke?" *ekceli aku tak tahu nak gelar/label akak tu apa. nak panggil tomboy, tak sesuailah sebab dah berumur. nak panggil butch atau dyke, jarang2 plak digunakan gelaran tu. nak panggil dia lesbian, macam ada yang tak kena plak. walaupun gaya dia macam tu, belum tentu dia lesbian. jadi nak senangkan cakap, aku panggil peng jelah.* berbalik semula pada pertanyaan aku ngan sayang tadi, sayang pun mengiyakan pertanyaan aku. tapi aku masih tak puas hati lagi. aku tanya lagi benda yang sama. sayang kata, "a'a, peng estet". aku tanya dia kenapa panggil peng estet. jawapan sayang ialah sebab akak tu dok kat kawasan estet. haa dari situlah mulanya timbul perkataan peng estet. gelak sakan aku dengar sayang gelar akak pokcik tu peng estet. kah!kah!kah!kah!! *oops, aku gelak bukan bermaksud untuk memperkecilkan gelaran pengkid dan menyinggung rakan2 pengkid baik di mana jua anda berada samada di bandar ke, di kampung ke, di estet ke atau kat pekan koboi cam rumah sayang ni. aku gelak kerana gelihati ngan jawapan sayang aku tu. harap maklum.*
oleh kerana sayang kenal akak pokcik tu, maka bertalu-talulah soalan aku pada sayang, semuanya pasal akak tulah. aku penah gak berkawan ngan akak2 peng yang dah berumur lebih daripada 45 tahun dan ke atas, tapi diorang tu sumer duduk kat kawasan bandar. aku tak penah jumpa plak mereka2 yang seangkatan macam akak pokcik tu, yang tinggal di kawasan pendalaman macam kat sini. sungguh ku tak sangka. unsangkarable. satu pengalaman baru bagi aku. masa akak tu berurusan dengan sayang, aku dengar dia ajak sayang kuar makan. nak belanja sayang makan. tapi sayang tolak, tak mau. aku tanya sayang kenapa tolak pelawaan akak tu. sayang kata akak tu dah banyak kali ajak dia kuar makan, tapi setiap kali diajak sayang tolak. alasannya aku dah tak ingat daa. ermm, kalaulah sayang terima pelawa semalam tu, dah boleh dah aku berkenalan dengan akak pokcik 'peng estet'. bukan aper, sesajer tambah pengalaman dan perkawanan. hehehe
satu lagi, ni pasal suara halus akak tu. kesimpulan yang boleh aku buat ialah aku rasakan akak pokcik tu tak merokok. sebab kalau dia merokok, suara dia mesti boleh berubah jadi serak2 basah. kalau tak serak2 basah pun, serak2 kering. kalau tak serak sekalipun, sekurang2nya suaranya berubah kasar dan besar, taklah secomel dan sehalus yang aku dengar. sekian alkisah kali ini. cerita ini dibawakan terus-menerus dari pekan koboi di Segamat, Johor Darul Takzim.
nguLat ngepost | 3:16 PM | |
takde sebab
Tuesday, June 07, 2005
hampir seminggu aku tak jengok kat sini. kali ni bukan sebab lazy, tapi bz. memang bebenor bz. dari isnin hingga ahad, dari siang membawa ke malam sibuknya. sakit bebadan aku kena wat memacam minggu lepas. esok lusa kalau jumpa sayang nak mintak sayang urutkan badan. giler sakit benor badan aku.
apa nak citer ek. nak citer pasal kesibukan keje yang aku buat? bolehlah citer tapi tak boleh citer lelebih. nanti pecah lobang. hahahahah! minggu lepas opis aku ada buat event. kira besar-besaran punya eventlah. yang datang tu pak menteri ada, adik beradik ngan pak menteri, artis2 gulamor semalaysia termasukler artis yang tak bernama, serta macam-macam jenis orang lagilah. mak bapak aku pun boleh buat lawatan sambil belajor kat tempat keje aku sekali yang selalunya jarang dibuka kepada orang ramai. malu aku sehh. hehehe.. bila dah bz camtu, aku kena lupakan jap pasal tv. bila baca blog sekapal bagitahu yang ahad lepas citer OC tu takde, urut dada gak aku. sebabnya tahap motong-memotong babak terlarang kat tv Mesia takler sedasyat tv singapore. sesapa yang baca entry aku yang lepas2 tentu dah sedia maklum pasal tu. apapun, aku rasa tetap hampehlah tengok babak senget kena potong. mana syiok beb. takde kick. bayangkan tengah2 tengok, tengah2 sengih memanjang tetiba sengih berubah jadi senget. mulut mesti dah menyumpah2. poyos! sengal betull!
oklah. itu je perkembangan terbaru aku yang makin kembang ni. bubbbyeee!
nguLat ngepost | 2:52 PM | |