Sunday, July 10, 2005

ai seronoknya berjalan. kitaorang tak pergi jauh pun honeymoon ari tu. kitaorang pergi negeri bersebelahan je. alaa mana lagi kalau bukan Melaka Bandaraya Bersejarah. seperti yang dikata, hari jumaat tu kitaorang bertolak dari segamat lebih kurang jam 12 tengahari. destinasi yang dituju ialah Tanjung Bidara Beach Resort. memula nak pi Pengkalan Balak je. tapi lepas dibuat perbincangan setempat ngan sayang, akhirnya kitaorang pilih Tanjung Bidara. sebelum ni dah pernah bermalam kat Pengkalan Balak, jadi tukarlah tempat. sekadar nak rasa suasana yang berlainan walaupun sebenarnya kedua2 pantai tu terletak bersebelahan.

sampai di resort lebih kurang jam 3 petang. lepas check in, kitaorang pi Pengkalan Balak sebab sayang nak makan tengahari kat sana. antara dua tempat tu memang dekatlah, kalau bawak keta. kalau jalan kaki memang jauh giler gaban. lepas makan kat gerai faveret kitaorang kat PB tu, kitaorang terus pi balik resort. tapi dalam pada tu sempat jugaklah menyinggah kat gerai2 tepi jalan, beli cempedak gorenglah, beli rambutanlah. aku suka berjalan di sekitar Masjid Tanah ketika musim rambutan ngan durian ni. bukan apa, suka tengok gelagat makcik2, pakcik2 dan adik2 kecik jual rambutan memasing kat depan rumah yang bebetul dekat tepi jalan. kekadang tu rasa gerun pun ada. yelah, bukan semua pemandu kat mesia ni berhemah tinggi macam kitaorang ni *ahaks!*, manalah tahu ada yang terlajak pi melanggar diorang tu. uiks nauzubillahiminzalik.

selepas tiba di bilik, tanpa membuang masa kitaorang terus salin pakaian kitaorang. kekonon nak mandilah kat pantai Tanjung Bidara tu. sambil tu bawak sekali segala makanan yang dibeli tadi buat picnic kat pantai. tapi bila dah turun kat pantai, alamak tak berkenannya nak mandi. masa tu air laut dah surut, dan gigi pantainya kotorlah pulak. mungkin sebab ia terletak dalam lingkaran Selat Melaka, kawasan perairan yang sibuk ngan kapal2 besau lalu dan berlabuh. sebenarnya pun aku tak berapa berkenan sangat ngan pantai kat Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak. tak boleh celenlah dengan kecantikan dan keindahan pantai2 kat Mersing. kuang kuang kuang. ewah masuk lif tekan sendiri nampak. marah orang2 Melaka. ekeke.. jadik kitaorang habiskan masa petang tu dengan berjalan menyusuri pantai berdua-duaan sambil klik klik, amik gambo. aku amik gambo dia, dia amik gambo aku. romantik gitu. sambil tu carik gak spot baik nak mandi. tapi semuanya hampeh.

esok paginya selepas sarapan, kitaorang terjun balik kat pantai. masa tu air tengah pasang dan kali ni air lautnya agak bersihlah. mandilah sepuasnya kitaorang berdua. after that berkemas2 siap untuk pulang. sehari semalam je kitaorang kat sana. puaslah jugak percutian kali ni walaupun resortnya agak hampeh. macam tak berpatutan dengan harga yang dikenakan. kenapa hampeh? hangpa pilah tido kat sana berdua ngan marka ka, awek ka, baru tahu kenapa hampeh. hahahaha...



nguLat ngepost | 6:26 PM | |

Thursday, July 07, 2005

aku dah sampai kat rumah sayang. hari ini sayang bikin kejutan yang betul2 menakjubkan aku. aku tak tahu sayang boleh memasak. sebab selama ni dia asyik makan kat luar dan asyik soh aku je yang masak. *aku pun tak reti. selalu je beri alasan kat dia*. masa dalam perjalanan ke segamat, sayang kata dia tak boleh balas msg sebab tangan kotor, nak memasak. terperanjat gak aku. aik, bila masalah minah ni ada skill memasak.

sampai kat rumah sayang terus ajak makan. maka keluarlah semua lauk pauk yang sayang masak. tak ku sangka, cempedak dikatakan nangka. semua yang sayang masak adalah makanan kegemaran dia dan juga aku. asam pedas ikan merah, sayur pucuk manis goreng dan tempe goreng. fullamak! sedap gitu walaupun asam pedas sayang kurang pedas. almaklumlah aku kaki makan yang pedas2. aku paling suka tempe goreng. walaupun aku bukan orang jawa, asal namanya orang johorlah memang suka makan tempe. sayang, awak masak bestlah. len kali sayang masakkan lagi yea. :D

hari ni juga sayang buat kenduri arwah mak untuk hari yang ke 40. sebenarnya 5hb yang lepas dah genap 40 hari. tapi sayang tangguhkan sebab keje tak dapat cuti. ni pun buat kat masjid je. sayang tak mahu susah2kan mak2 sedara sayang yang semuanya.. ntah. malas nak citer pasal orang2 tua tu. biarkan.. esok insyallah kitaorang pi melepaskan tensen kat memanalah yang terlarat keta tu pegi. kira honeymoonlah selepas berpantang. huhuhu aku amik cuti sampai ahad. sayang pun camtu. oklah blog, aku nak pi mandi. nak siap2 ikut sayang pi masjid. badan aku tengah berpeluh ni. panas. baru lepas gasak ngan durian. fuhhh..


*kata durian ni, aku pung nak bergambo gak*



nguLat ngepost | 6:02 PM | |

Tuesday, July 05, 2005

hari ni dah lima haribulan tujuh ek? wow! dalam sedar yang tak sedar2, dah sampai pertengahan tahun rupanya kita. tak lama lagi poser, pastu raya, pastu akhir tahun, pastu bertambah seangka lagi umur aku. bila dah bekerja ni, terasa diri cepat tua, masa cepat pergi, makan bertambah garam, minum semakin manis, segala-galanya meningkat tapi ingatan pula makin berkurangan. sebut pasal daya ingatan, aku pernah terbaca satu artikel tentang kajian ingatan yang mengatakan manusia tidak bisa mengingati peristiwa yang mereka lalui semasa mereka kecil. ada tahap umur yang ditetapkan. aku kurang pasti, mungkin di bawah 6 tahun, mungkin 5 tahun. maksudnya jika di bawah 6 tahun, kita tidak bisa mengingati peristiwa2 yang berlaku dari kecil sehingga berumur enam tahun. maafkan aku jika aku silap. aku tak pasti tentang tahap umur yang sebenar dan tak dapat mengingati dari mana sumber asal artikel yang aku baca itu. tapi yang pasti, sampai sekarang aku boleh mengingati peristiwa2 yang berlaku sebelum aku sekolah tadika. walaupun tak boleh ingat semua perkara, tapi harapnya aku tetap akan ingat cerita2 yang aku boleh ingat sampai bila2 selagi belum hilang ingatan, selagi tak sampai nyanyuk.

apapun, hari ni aku nak imbas kembali ingatan aku masa aku dalam darjah dua. orang Malaysia darjah dua umur tentunya 8 tahun. masa umur lapan tahun tulah, aku pernah berkata yang aku nak cepat sangat besar. terasa lambat sangat masa berlalu, lambat betul nak masuk sekolah menengah, nak rasa usia dewasa. memang masa zaman sekolah terasa semuanya lambat. bila dah kerja plak terasa semuanya serba pantas dan cepat sampai rasa nak dok sekolah semula. oklah, kenapa aku kata aku nak cepat besar masa aku kecik2 kerana aku teruja dengan cerita seorang jiran aku. namanya kak Fizah. aku tak ingat berapa beza umurnya dengan aku tapi yang pasti dia pangkat kakaklah. aku suka kawan dengan dia sebab dia cantik dan suka bercerita dengan aku. dia tak satu sekolah dengan aku. jadi aku suka dengar dia cerita pasal sekolah dan kawan2 dia, macam best gitu masa dolu2. setiap kali dengar dia bercerita, setiap kali tulah aku berkata lambatnya aku nak membesar. aku nak jadi seperti dia. aku nak rasa pengalamannya. aku suka kat dia sampaikan aku pernah terfikir nak ubah nama aku seperti dia, Hafizah. sebab nama aku tak sedap, takde makna yang menarik. nama dia sedap bertambah orangnya cantik. setahun lepas tu, kitaorang pindah rumah. sejak pindah masuk taman, aku tak sejiran lagi dengan kak Fizah. cuma setaman tapi tak sejiran sejalan.

masa awal2 pindah dulu, aku selalu gak bertandang kat rumah kak Fizah, main ngan dia dan adik pompuan dia. lagipun adik pompuan aku sebaya ngan adik dia. masa kecik2 dulu mana tahu malu. main larung je pi sana pi sini main kat rumah orang. lepas aku masuk sekolah menengah, aku tak pernah pergi lagi rumah kak Fizah. kalau pergi pun ikut abah ngan mak bertandang masa hari raya. dah tahu malulah tu. satu hari masa aku balik bercuti, di awal persekolahan menengah, aku ikut mak ngan abah pi rumah kak Fizah. aku dengar orang tua kak Fizah berbual ngan orang tua aku. diorang kata kak Fizah nak kawin tapi dia tak mahu bersanding. masa tu aku budak nerd lagi. aku pun kata, kalau aku kawin aku pun tak mahu bersanding. malu. lagipun acara tu takde dalam syarat wajib akad nikah. tapi aku cakap sensoranglah, cakap pada diri sendiri. masa kak Fizah kawin aku tak pergi. jadi aku tak tahu dia bersanding atau tak. dan sejak itu aku tak pernah jumpa kak Fizah lagi. tapi aku masih ingat lagi wajahnya masa kitaorang kecik2 dulu. sebab aku ada bergambar dengan dia. manis, cantik dan lawa.

satu lagi citer, peristiwa ni berlaku masa aku di tingkatan dua. satu malam aku kepenatan sangat dan aku tertidur dengan baju2 yang tak sempat nak lipat. aku tido bahagian atas katil double decker. tengah malam aku terjaga, dan bila lihat lampu dorm masih belum dipadam, maka aku pun amik kesempatan lipat baju2 aku tu. tak silap aku masa tu hujung minggu. biasanya hujung minggu ada kelonggaran sikit untuk tutup lampu dan tido lewat. dalam dorm aku ada kakak2 tingkatan 4. orang dah besau lagilah buat dajal. tengah aku lipat baju tetiba sorang kakak terjah aku. dia nak pastikan yang tengah lipat baju tu aku, bukan makhluk lain sebab kata dia, sebelum tu dia memang perasan yang aku dah tido. dia terperanjat tetiba aku bangkit sensorang duduk atas katil lipat baju. hehehe.. pastu akak tu offer aku, tanya aku nak pakai inai tak. akak tu dengan akak2 lain tak tido lagi sebab sibuk menggentel inai kat tangan. memula aku tolak, memalu kucing konon... tapi diorang ajak gak. lepas lipat baju aku pun ikutler menggentel inai kat jari aku. akak2 tu yang tolong pakaikan. aku pakai inai kat tangan kiri je. itu pun bukan semua jari. aku pakai kat jari hantu, manis dan jari kelingking. bebudak pompuan kat sekolah aku memang giler pasal inai terutamanya inai mekah. inai mekah berbentuk serbuk, senang nak buat dan lebih pekat merahnya. aku tak pasti adakah benar inai tu asalnya dari mekah. diorang sebut inai mekah, aku ikut jelah.

yang aku nak cerita ialah semasa proses memakai inai ni berlangsung, mulut2 pompuan ni tak habis2 bercerita pasal rancangan masa depan. bukan pasal nak lanjutkan pelajaran kat mana atau pasal SPM ke tapi sibuk pasal kahwin. diorang ni bercerita aku dengar jelah sebab benda2 tu memang tak masuk kat kepala aku. tetiba ada sorang akak tanya pada aku. kata dia, "uL, kau target kau kawin bila?" hahaha.. ada ke tanya soklan macam tu pada budak yang tak lepas SRP lagi. tapi aku tetap jawablah. aku kata "saya tak tahulah kak. sepuluh tahun lagi kot". sejak itu, kalau kakak2 atau kengkawan aku bercerita pasal kawin, bila target nak kawin, aku terus cakap sepuluh tahun lagi. hatta masa aku dalam tingkatan enam hingga aku masuk u pun, jawapan aku tetap sama, sepuluh tahun lagi. tapi sekarang kalau orang tanya aku macam tu, sambil tersenyum kesengetan aku pun menjawab "ntah. tak kahwin kot". huhuhuhu

hari ni dah lebih sepuluh tahun sejak jawapan sepuluh tahun diperkenalkan dalam dairi hidup aku. harapnya aku diberi ruang untuk hidup, menikmati kehidupan yang sihat, bernafas dan beramal untuk sepuluh tahun lagi dan sepuluh tahun lagi dan sepuluh tahun berikutnya dan berikutnya dan berikutnya. harapnya ketika itu aku masih mampu mengingati kenangan zaman muda yang indah belaka. menjadi orang tua yang berjiwa muda.

moral of the stori mori : makanlah coklat bebanyak sebab selain menggemukkan, ia juga menguatkan daya ingatan. dan sedappp!



nguLat ngepost | 4:20 PM | |

Saturday, July 02, 2005

sabtu blues? sunday blues? monday blues? kalau masih dalam kebluesan, cuba2lah garu2 perut tu sambil baca mantera peribahasa moden yang aku perolehi hasil dari keramahan warga tenet mengforward benda alah ni. selamat menggaru mulut.


Peribahasa : Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknernyer : Dua orang yg pantang bertemu... aasyik nak beromen aje.

Peribahasa : Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia hinggap.
Maknernyer : Orang kalau dah perokok tu... kalau dia berenti.... akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Peribahasa : Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik.
Maknernyee : Jangan macam bagus.... pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus.

Peribahasa : Biar putih tulang jgn putih muker.
Maknernyee : Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak..... be proud of what you are.

Peribahasa : Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknernyer : Ada orang kentotlah tu...

Peribahasa : Seperti kacang luperkan mama kacang putih.
Maknernyer : Orang yg tak sedar diri.... tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa : Ader udang di sebalik udang lain
Maknernyer : Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang.... check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke.... kat tengah ke... tengah baring ke.

Peribahasa : Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknernyer : Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak..... btol tak?

Peribahasa : Sudah jatuh ditimpa piano
Maknernyer : Nasib malang yg tak agak-agak.

Peribahasa : Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknernyer : maknernyer . . . maknernyer..... maknernya........ jgn nak tersengeh-sengeh kat depan PC... pi buat kerja!!!!!

kehkehkeh ....



nguLat ngepost | 12:39 PM | |

Friday, July 01, 2005

Oh... Siapalah diri ini
Tanpamu dunia ku pasti tak berseri
Dan hidup tak menjadi

Kau bagiku satu-satunya
Padamulah ku meminta
Ku bermanja
Ku rindui ku kasihi
Di hatiku kau abadi

Dengan sinaran kasihmu
Kian terancang hidupku
Tiada lagi keraguan
Kau bagiku kekuatan
Mana jua ku berada
Ditemani cahaya cinta

Sejak dirimu ku dekati
Diri ku ini ku kenali
Hanya engkaulah sesungguhnya
Tiada dua

Di cermin kaca ku memandang
Diri ku serba kekurangan
Namun bagimu bukan itu jadi ukuran
Melengkapi hidup kita
Bukan harta, bukan nama, bukan rupa

Kau... bagi diriku satu-satunya
Ku meminta, ku bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi...


kau satu-satunya-ukays



nguLat ngepost | 3:28 PM | |

di bawah lembayung pelangi

a member of the

SengetianS


skodeng



+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+

+sekapal+
+lilylotus+
+blue+
+zaffey+
+yatt+
+payid+
+elenaoz+
+nasik+
+isrockstar+
+jj78+
+asya+
+dyke+
+rozek+
+afy+
+th3undefined+
+jL+
+laut+
+eid+
+fdb+
+froggie+
+armz+
+fiq+
+shajime+
+elsilver+
+armie+
+shay+
+han+
+arD+

+AfterEllen+
+Sengetians+
+WWLW+
+Butches Inc+
+for PLU+
+Pink Lemonz+
+Les Worlds+
+Queer Filter+
+PlanetOut+
+The L Word+
+Queer Jihad+
+Fridae+
+Al-Fatiha+
+Herstory+

template by +Lonelyger+
hosted by +Blogger+



Listed on Blogwise

This page is powered by Blogger. Isn't yours?


Free Web Counter