auuchumm!
Monday, October 31, 2005
aduhh sakit hidung aku. auuchumm! wooo.. tak tahan siot. bila masuk opis ari ni, lagilah bertambah sengasara hidung aku. plus aku rasa demam yang dah kebah ari tu datang balik. ni yang tak syiok ni. tak syiok nak ngemas rumah. mesti bersin tak abis2. aduhh gatalnya hidung gua.
malam tadi aku tido pukul 3 pagi. tido lewat bukan sebab buat kuih. orang2 kat rumah aku skang semuanya buat kuih tunjuk je. tunjuk sana tunjuk sini semua kuih dah siap. hehee.. aku tido lewat sebab tengok tv. tengok wrestling. gusti. ada dua citer kat tv yang boleh buat aku tak tido semata2 nak tunggu sampai abis. pertama bola, dan kedua apa lagi wrestlinglah. aku ingat lagi masa aku gegiler chatting kat irc dolu2, ada sorang kawan chat aku gelar aku 'Gadis Gusti'. giler bahak aku ketawa kena gelar macam tu. sebabnya ialah kalau dia tanya aku tengah buat apa, aku mesti jawab tengah chatting sambil tengok wrestling. muahahahaa.. kenapa, tak percaya ka?
oklah. chow dulu. sakit hidung. gatal. tak leh garu. tak tahannnn...
p/s: buat NiceLadyEver yang beri gelaran gadis gusti pada aku, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin untuk awak yea. lama kita tak borak2 ek. rindu arrr.. :D
nguLat ngepost | 3:27 PM | |
8 petua TPM
Friday, October 28, 2005
pejam celik pejam celik bijik mata, dah semakin hampir kita ni ek ke penghujung ramadhan. aku percaya ada yang mula bercuti esok. jadi hari ini adalah hari terakhir diorang bekerja. bercuti sakan nampaknya korang ek. aku jangan ditanya. esok lusa tulat tonggeng, pagi raya pun aku kena keje. tapi takpe. aku tak jeles pun. malah aku rasa amat ghairah nak berkerja di pagi raya. tak sabar2 rasa dalam hati. muahhahaha.. ewahh gembira semua nak balik kampung. yang memandu tu, berhatilah2 ketika memandu. bak kata pepatah, pandu cermat jiwa selamat. insyaAllah. *pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh minyak angin cap kepala senget*
kalau rasa2 tak tahu apa itu pemanduan berhemah, meh nenek perturunkan 8 petua TPM kita untuk panduan kita bersama supaya semua orang2 kita selamat sampai ke destinasi memasing ler.
- petua TPM : jangan memandu dalam keadaan letih, tak fokus atau mabuk.
petua sengal : ku pandu ke kiri, ku pandu ke kanan, last2 yang ku nampak, darah bercucuran.
petua TPM : jangan memandu melebihi had laju.
petua sengal : laju laju kereta ku laju, laju memecut ke Johor Bahru, kena saman kepala digaru, dengan senang hati kad hutang membantu.
petua TPM : jangan melanggar lampu isyarat.
petua sengal : baru kuning sempat lagi, ai kaki pecutlah sekuat hati.
petua TPM : jangan menukar lorong tanpa memberi isyarat.
petua sengal : ke kiri tidak ke kanan pun tidak, tetiba belok tak beri signal, kena sondol baru tersentak, haa baru padan I punyer mukerr.
petua TPM : jangan memotong kenderaan lain secara berbahaya.
petua sengal : ke tepi ke tepi, kereta kau lembab berjalan, meh tengok aku ni, skill pembunuh number one.
petua TPM : jangan melanggar peraturan jarak keselamatan ketika mengekori kenderaan lain.
petua sengal : main2 lampu, ikut dekat2, biar keta depan tahu, aku nak mati cepat.
petua TPM : jangan menyalahgunakan laluan kecemasan.
petua sengal : semua orang ikut situ, aku pun ikut jugak, tetiba pak polisi tahan aku, pagi raya poket rabak.
petua TPM : jangan mencelah di antara kenderaan lain secara berbahaya.
petua sengal : sana celah sini celah, tengah2 aku tersepit, eh ada awek ikut membelah, mehler kita sama2 merempit.
itulah dia petua nenek semasa memandu. cuba2 lah try n test kalau nak tahu.
aku nak beri ucapan tapi rasa awal lagi. sebab lepas ni aku tetapler memblog. almaklum cuti aku cuti2 ayam. lagipun aku takde kampung. orang bandarlah katakan. tapi aku tahu ada yang nak mula bercuti. kang tak sempat plak aku nak minta maaf pada semua. oklah pada sesapa yang bercuti awal, pada semua kenalan yang aku kenal, baru nak kenal atau langsung aku tak kenal, yang membaca blog aku ni sambil menyelam tak timbul2, terima kasih la kerana sudi singgah kat sini, balik raya nanti jengah2lah lagi, dan ucapan singkat ni aku tujukan pada semua..
Selamat Hari Raya Aidilfitri ucapan diberi
Syawal menjelma mengganti Ramadhan
maaf dipinta andai tersilap terasa di hati
yang zahir yang batin minta dihalalkan
selamat pulang dan selamat kembali ke sini
sama2lah kita bergembira di hari lebaran.
~adios~
nguLat ngepost | 12:11 PM | |
salam perantauan

setiap kali tiba bulan puasa, ada satu ruangan khas dalam paper yang turut mendapat perhatian aku. kalau kat Utusan, ruangan tersebut dipanggil Salam Aidilfitri. ia memaparkan ucapan salam bergambar dari orang2 Malaysia yang berada kat obersea. tak kiralah student ke, atau orang2 kita yang cari makan kat luar negara. suka bebenor aku menelek gambo2 diorang tu. dedulu aderlah berangan, kalaulah aku dapat sambung belajar kat obersea, boleh gak antor gambo macam tu ek. tapi apa nak buat kan. tak tercapai akal aku nak further study kat sana, jadi tengok gambo orang pun jadilah.
ada yang bergambo ngan salji. uuuhhh seronoknya dapat main salji. aku ni salji kat Genting tu pun tak merasa lagi. pastu sesekali telek ada jugak kekawan aku terselit dalam ruangan tu. suka bukan main tengok kekawan dapat belajar kat sana. merasa dok negara orang. beraya di perantauan. yang penting sekali bila aku tengok ruangan tu, aku dapat cuci mata tengok awek2 kita yang cantik dan manis. macam2 gaya dan rupa. terpana mata memandang mereka. teringat masa zaman belajar dulu, zaman dikelilingi awek2 sunti. tak macam sekarang, mak2 orang belaka jadi kawan aku.
nguLat ngepost | 11:42 AM | |
kaunselor serba senget
Wednesday, October 26, 2005
bersabarlah dan bertawakkallah
dalam kehidupan ini
sesuatu yang terjadi itu
tentu ada hikmahnya
penderitaan yang engkau alami
hanya suatu dugaan
dan janganlah kau bersedih hati
tuhan maha penyayang
minggu lepas, di pagi hari Jumaat yang indah, ketika aku dengan gembiranya melangkah ke opis bersama muka dan hati yang ceria, aku terpandang opismate aku yang keadaannya tak berapa ceria. aik, selalunya dia ceria je bergurau manja dengan aku. mungkin tak sihat, mungkin dia ada problem, detak hati aku. takpelah, aku pun buatlah apa2 yang patut dibuat. tapi rasa macam tak seronok plak tak berbual dengan akak tu. rasa pelik sebab kami berdua je ketika itu. rasa macam serba tak kena sebab dia selalunya becok. maka aku pun amiklah inisiatif membecokkan mulut aku yang sebenarnya lebih lembab, lebih lemau dan lebih sengal dari jari jemari aku.
ewahh bermulalah langkah mulut memulakan bicara cuba menceriakan akak tu. bila ditanya kenapa hari ini bermuram durja, akak tu balas dengan menyatakan yang dia tak berapa sihat. ok. alasan konkrit. aku kemudiannya membiarkan akak tu seketika kerana aku dah nak mula bertugas. tetiba.... jeng jeng jeng..
"isk...iskk.." bunyi macam orang menangis. aku tak nangis. jadik aku pun pandang akak tu. tergamam aku melihat deraian air mata mengalir di wajah opismate aku tu. apa aku nak buat ni? alamak... takpe, bertenang.. bertenang. jangan gabra. biarkan dia menangis dulu. jadi aku pun membiarkan akak tu melayan perasaannya sambil terus memandangnya dengan muka ala2 simpati poyo. blur. nak pujuk, tak reti plak aku nak pujuk mak orang menangis. kalau awek2 tu oklah jugak. kemudian dia bersuara, "ntahlah uL. akak tak tahu kenapa. hari ni akak rasa sedih sangat. akak takde masalah tapi akak rasa tak sedap hati. akak dah penat. sebenarnya akak bukan tak sihat. akak menangis dari tadi. nak bercakap pun rasa tak boleh. akak memang selalu ceria tapi tulah, orang bukan tahu kita ni ada masalah ke....bla bla bla...."
hatiku memahami
derita yang kau alami
diriku menyayangi oh dirimu
linangan airmatamu
hanya tuhan yang tahu
peritnya kau tanggungi tak terkata
sabarlah wahai insan
yang sedang menderita
janganlah putus asa
aku terus mendengar apa yang dia kata sambil tangan buat keje. sayu benar rasanya melihat akak tu menangis. macam berat giler masalahnya. "uL tengok tak penah sekali akak begini kan depan uL. selalunya akak luahkan kat kawan2 yang boleh akak percaya. tapi hari ni akak rasa dah penat sangat. penat dengan masalah. kawin salah tak kawin pun salah... bla bla.. uL jangan salah anggap plak. suami akak baik. dia baik sangat. tapi tulah, akak nak terus terang takut orang kecik hati..bla bla.." dia terus bercerita siap tunjuk sms kat henponnya sekali pada aku sehingga tersingkaplah rahsia paling rahsia yang memang aku tak penah tahu. apa rahsianya? biarlah ia jadi rahsia untuk diri aku sorang ajer.
lepas 15 minit berlalu, dia masih lagi menangis dan bercakap sampailah perbualan kami diganggu oleh penyelia aku. kiranya penyelamat keadaanlah. kalau tak, boleh sampai sejam gamaknya aku melayan perasaan akak tu. kang kena memo plak aku 'keje' aku tak berfungsi. apapun, aku memang tak menyangka boleh jadi kaunselor jap untuk orang yang dah berkawin, beranak dan berumur macam akak tu. maklumlah aku ni masih anak dara sunti lagi. mana ada pengalaman kawin mawin ni. kalau kawin senget tu lainlah. agaknya muka aku ni muka boleh dipercayai. unsangkarable. hehe.. ada kawan aku kata muka aku ni muka blur. ada jugak yang kata boleh dipercayai. ada plak yang kata muka budak sekolah. macam2lah persepsi orang. pada aku plak muka aku ni muka yang ada dua biji mata berwarna coklat, sebiji hidung tempat letak cermin mata, dua ulas bibir merah delima dan ada pipi, rambut, telinga cam orang2 lain jugak.
dan sekali lagi unsangkarable, sejak aku ada blog ni, sejak tulah aku jadi kaunselor tak bertauliah. ntah berapa ramai yang meluahkan perasaan kat aku, aku pun dah tak ingat. betul atau tak, semuanya aku sangka baik. agaknya kalau aku tukar kerjaya jadi pakar kaunselor, menjadi kot. tapi pakar kaunselor senget lah. hehehe..
kasih yang kau harapkan
menanti dihadapan
bahagia yang kau rindu
terbuka di akhirat
ku hulur tangan ini
sebagai tanda kasih
semoga kau menyedari
niatku suci murni...
....................
lagu - Sabar
penyanyi - Warisan
nguLat ngepost | 3:09 PM | |
kad raya ooo kad raya
Tuesday, October 25, 2005

ku pandang ku jeling kotak mu itu
menunggu2 bilakah ko nak berisi
aik dah berumur benor ke diri aku
gamaknya kurengler collection tahun ini
tahun lepas banyaklah jugak aku dapat kad raya. tahun ni? jap, aku nak gelak dulu. hahaha *gelak gelak gelak*. tahun ni hampeh. baru dapat dua keping. kad raya yang pertama tiba ialah kad dari ex aku. uiks bukan setakat kad raya ajer dia beri. dia siap bagi surat ngan gambo sekali. 3 dalam satu tu. waduhhh terpana jap aku tengok gambo dia. *sayang, jangan jeles tau. nanti saya bagi sayang baca k* op..op..op jangan pikir bebukan. aku ngan ex aku takde apa2. dia cuma ingin mengucapkan terima kasih atas kelakuan aku yang sangat baik masa kitaorang bersama dedolu. baik sangat ke? hehehe.. aku dah balas semalam. balas kad jelah. tak koser aku nak nulis surat ngan kasik gambo. nanti dia salah anggap plak.
kad raya kedua pula datangnya dari seorang kenalan aku di blog ini. sekali lagi aku terperanjat. terpikir jap dari mana dia dapat alamat rumah aku kat jb ni. pikir punya pikir baru aku ingat. aku memang ada bagi dia alamat sebab dia nak ngepos gambo aku yang kiut masa kitaorang jumpa tahun lepas. tima kasih bebanyaklah pada kawan aku tu ngan partner dia sekali. selamat hari raya n hepi deepavali.
Dia plak belum bagi lagik kad raya. aku pun belum kasik kat Dia. kitaorang dah janji nak jumpa minggu depan. 3 hari sebelum hari raya. jadik bagi pakai tangan jelah. aduuhh tersiksa jiwa raga dan batin aku dalam bulan poser ni. nanti jumpa pun sekejap je. after buka Dia balik terus. mana tak tersiksa. ekeke... sabor uL. bulan poser ni. jaga sikit adab mu itu.
ari tu berita ntv7 buat liputan pasal hantar-menghantar kad raya. siap pi Pos Malaysia lagi tunjuk cara proses kad2 kita ni. pihak Pos mengatakan setiap tahun jumlah kad raya yang dihantar oleh rakyat malaysia semakin berkurangan. kononnya kecanggihan teknologi dengan sms, mms dan internet menyebabkan ramai orang memilih untuk tidak lagi menggunakan cara tradisional iaitu mengucapkan selamat hari raya menerusi kad raya, menampal setem dan mengeposnya. leceh. boleh pakailah alasan tu. memang ada kebenarannya. tapi pada aku plak ramai orang makin tua dan makin berumur. bila makin berumur, keinginan nak menghantar kad raya makin kureng. contoh paling jelas macam aku ler. dedolu kad raya satu kemestian. siap soh orang balas kad raya dengan pantun pecah kaca pecah gelas. skang dah rasa tak kisah. tahu kekawan pun dah makin tua macam aku. makin bz dengan keje dan cinta diorang. skang prinsip kad raya aku mudah, sapa bagi aku balas. kalau tak bagi aku pun tak mengharap. ye ke tak mengharap?
nguLat ngepost | 1:43 PM | |
belasungkawa
Friday, October 21, 2005
hujan yang turun renyai2 seakan turut mengiringi pemergian Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood yang kembali ke sisiNya pada hari semalam, Khamis 20 Oktober 2005 bersamaan dengan 16 Ramadhan 1426H. ucapan takziah penuh penghormatan buat seluruh keluarga beliau terutamanya buat pemimpin teraju negara kita, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah, Perdana Menteri kita yang telah kehilangan insan tersayang dan Wanita Pertama bagi negara Malaysia yang tercinta. kehilangan ini pastinya akan meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau dan juga pada kita semua. al-Fatihah.
kami mengunjungi pusara bonda
sunyi pagi disinari suria
wangi berseri puspa kemboja
menyambut kami mewakili bonda
tegak kami di makam sepi
lalang-lalang tinggi berdiri
dua nisan terkapar mati
hanya papan dimakan bumi
dalam kenangan kami melihat
mesra kasih bonda menatap
sedang lena dalam rahap
dua tangan kaku mendakap
bibir bonda bersih lesu
pernah dulu mengucupi dahiku
kini kurasakan kasihnya lagi
meski jauh dibatasi bumi
nisan batu kami tegakkan
tiada lagi lalang memanjang
ada doa kami pohonkan
air mawar kami siramkan
senyum kemboja menghantar kami
meninggalkan makam sepi sendiri
damailah bonda dalam pengabdian
insan kerdil mengadap tuhan
begitu bakti kami berikan
tiada sama bonda melahirkan
kasih bonda tiada sempadan
kemuncak murni kemuliaan insan.
Ke Makam Bonda
Usman Awang
1956
---------------------------
belasungkawaJw pernyataan turut berdukacita, (ucapan) takziah.
nguLat ngepost | 2:39 PM | |
menjejak opis lama
Thursday, October 20, 2005
tadi aku pi opis lama aku kat bandar jb. ada urusan sikit. plus aku rindu bebenor dengan kawan2 aku kat sana. dan rindu gak kat awek2nya yang kuit miut. diorang ler tempat aku bergurau manja dan mencuci mata menghilangkan lelah bila penat bekerja. ekeke.. suka tengok jer. takde perasaan pun.
bila urusan aku dah selesai, aku pun lepaklah kat meja sorang kawan aku ni. tempat bergosip segala macam cerita. tetiba aku ternampak seseorang. eh dia tu dulu bukan ker... senget? eh dah berubah kerrr? eh... hahahaha.. aku terus tanya kat kawan aku. lorrr tak sangka plak dia nak keje kat situ ek. kalau keje kat bekas opis aku tu, kenalah bertukar rupa. jadi baik semacam. cam akuler. ekeke.. meh aku cerita skit pasal dia yang aku maksudkan. biar aku namakan dia sebagai Az sahaja. aku kenal Az sejak sekolah menengah lagi sementelah kakak kembar dia satu sekolah dengan aku. tapi masa tu kenal Az gitu2 jelah, tak penah berbual pung. dan kebetulan juga dulu kakak kembar dia *stret* pun keje kat situ gak, antara geng aku kat opis tu. tapi skang kakak dia dah keje kat tempat lain la. masa kakak kembar dia masih lagi beropis dengan aku, si Az ni sesekali ada gak datang kat bekas opis aku tu jumpa kakak dia. dan sesekali jugak terbual dengan aku. tapi tetap gitu2 je. tak mesra lagi.
jadik bila aku nampak Az tadi, aku tak tahu nak cakap apa. aku cuma boleh sengeh sesengih sengihnyer. sampai sekarang masih tersengih. penat pipi aku menyengih. pastu aku terfikir, aiii kenapalah dia masuk situ bila aku dah kuar. kalau tak, ada gak aku geng senget seopis. aku pasti dia memang senget. uiks, ye ke? mana ko tahu? ntah2 dia tak senget tak? dressing dia je nampak senget? atau dia dah berubah kot? eheheh.. ntahler. aku memang tak tahu. kalau aku nak tahu, kenalah aku beranikan diri bertanya dengan dia. insyaAllah minggu depan dan minggu2 seterusnya aku akan pi sana lagi. ada urusan yang belum selesai sampailah raya. masalahnya aku ni pemalu. memang malu nak mulakan perbualan dengan orang sejenis macam aku.
macamana ek korang tegur seseorang yang memang nyata senget tapi dia tu stranger? kalau kat blog ni, tak kenal pun tapi semuanya buat2 macam kenal. situasi di blog lain. maksud aku kalau kita terserempak atau berselisih. aku memang tak reti. kalau nampak atau terserempak, sama ada aku senyum, sengih ataupun aku buat2 tak tahu. tengok2 gak tapi buat dak de' je. yelah nak tegur tapi masing2 macam rupa kambing. macam sombong. hehehe.. taklah, nak tegur tapi tak tahu camana nak mulakan 'perteguran' dan perbualan itu. kang tak semena2 kalau orang yang ditegur tu tak nak kenal dengan kita, buat malu sekampung je. mana nak letak muka aku yang kuit ni. ermm macam mana ek?
nguLat ngepost | 3:52 PM | |
seloka hari selasa
Tuesday, October 18, 2005
malam tadi terima berita dari Sekapal
sms tiba lewat 2 jam akibat network problem kat hp sengal
katanya tengah lepak kat MidValley dan Azalina dok kat meja sebelah sekali
terasa dipandang2 dijeling2 oleh akak bekas ketua Puteri
aha nampaknya gaydar senget sedang berfungsilah tu
aku yang baca sms di sini jadi jeles tak menentu
yelah sampai skang tak penah jumpa bertemu muka
maaf cakap pada sesapa yang tak minat tak suka kat dia
sebab aku minat tapi takdelah sampai kipas-susah-mati tahap dewa
sekadar meminati dari dulu sebelum dia mempolitikkan diri
haiii panjang umur baru kelmarin aku dok sebut2 pasal dia
masa pi berbuka dengan Cicakmasin melepak berjam2 macam dah kenal lama
banyak kitaorang kongsi cerita termasuk topik Azalina sekali
rasa kesian kat dia kena solek sakan dengan gaya baju ala makcik2
abis apa nak buat nanti tak pasal2 kena sound dengan pak menteri
hehehe bergosip senget ler kitaorang lagak wartawan majalah hiburan
tuler pasal kalau senget dengan senget dah berjumpa sakan
takde citer lain melainkan hal dunia senget belaka yang dicerita
apapun Azalina tetap dalam hati tersemat di sanubari
jadi sanjungan, my idol menaikkan semangat puteri pertiwi
pada Azalina jangan mengalah jangan putus asa
teruskan perjuangan sokongan untuk anda tetap ada
itupun kalau Azalina tahu dia ada peminat cilik
yang memuja muji dalam blog senget cinta terlarangnya ini
uwekkk ada yang nak muntah ke baca ayat2 bombastik aku tu
janganlah marah kalau korang tak suka boleh blah tata titi tutu
nguLat ngepost | 2:09 PM | |
jejak kawan
Monday, October 17, 2005
pagi2 lagi aku dah dapat sms dari Dia.. happy anniversary sayang, Dia kata. hehehe camtulah kitaorang. tanggal 17hb tiap2 bulan memang tak pernah kitaorang lupa. kalau aku terlupa, Dia yang akan ingatkan. rasa macam baru kenal je dengan Dia. tak rasa pun yang kitaorang dah kawan dekat 2 tahun satu bulan. alaa baru dua tahun tanam jagung. tak berbuah lagi pun. theehehe..
Dia lima tahun lebih tua dari aku. kalau umur aku sekarang 15, dia 20. kalau aku 25, dia 30 lah. even ex aku pun lebih dua tahun umurnya dengan aku. ntah kenapa aku suka berkawan dengan orang yang berumur. mungkin aku ni kureng matang agaknya. rasa masih budak2. sebab tu tak boleh kawan dengan budak2 sangat. nanti aku jadik terlebih budak daripada budak2 tu. hahaha. takdelah. kalau dah jodoh dan serasi tetaplah menjadi. tak kisahlah berapa had pun umur sekalipun yang kita tetapkan. kalau dia untuk kita, maka dalam keadaan kita pilih memilih, cantas mencantas pun, tetaplah dia dengan kita.
Dia selalu tanya kenapalah Dia tak jumpa aku sejak dolu-dolu lagi. aku pun jawab, kalau Dia jumpa aku dolu2, rasa Dia tak akan pandang aku pun. kalau kawan pun, sekejap jelah. she's such a player. masa dia muda2 dulu lah, masa sekolah dan beberapa tahun selepas sekolah. sekarang dah tak lagi. dah jumpa cinta sejati katanya.
bulan lepas masa Dia datang sini, masa kitaorang sambut 2nd anniversary, kitaorang pi ler makan kat sebuah restoran yang terkenal dengan lempeng besarnya. masa tengah makan, masuklah sebuah keluarga bahagia, suami isteri dan 3 orang anak mereka yang masih kecik duduk kat sebelah meja kitaorang. aku pandang sekali imbas jelah family tersebut. tak kenal. sekali tu aku terdengar satu pertanyaan, "ini H*** kan?" akak yang baru masuk tadi tu tanya kat Dia. dahhhhh kat sini pun ada orang kenal Dia ke, kata aku dalam hati. sambil tersengih2 kambing, Dia pun pandang kat akak tu dan mengiyakannya. "eh, tinggal kat JB ke sekarang?" Dia plak bertanya. "taklah, kat L****." akak tu menjawab.
aku pandang Dia, Dia pandang aku. kitaorang sama2 sengih gelihati. dok sama dekat2 kat Segamat tu tak penah jumpa, kat jB jugak diorang terjumpa ek. ni macam peribahasa la.. ikan di air, asam di darat, dalam kuali bertemu jugak. pastu Dia bukak mulut lagi, "Dahlia kan?" wahhh sedapnya nama. sambil tersenyum akak tu mengangguk tanda betul. makin besar ler sengihan aku. ni kalau tak sedara Dia, mesti kawan. kalau bukan kawan, mesti bekas kekasih hati. hahaha jejak kasihlah ni ek.
pastu diorang berdua terus senyap. tak berbual lagi. lagipun kitaorang dah abis makan. dah nak blah dah. masa kitaorang nak blah, waitress tengah amik order kat meja akak Dahlia n the family. jadik tak bolehlah tegur lagi. sampai kat luar restoran, aku terus tanya Dia, "sapa tu?" uiks, mestilah aku nak tahu. curious weh. Dia cakap tuler kawan Dia masa sekolah dulu. geng ponteng sekolah, geng masa nakal2. lepas abis sekolah, terus lost contact. dah 15 tahun tak penah jumpa. tup tup terjumpa ari ni. ooo jejak kawanlah ni. "so dia pun macam awakla masa sekolah dulu?" tanya aku lagi. "a'a. sama sebijik. geng kat sekolah agama. tapi dia tua setahunlah dari saya. dan dia lebih nakal dari saya. saya takdelah nakal sangat." ewahh sempat tu memuji diri sendiri. hehe..
kitaorang terus berbual pasal akak tu lagi. pasal nama dia yang sedap di dengar, pasal zaman sekolah diorang yang penuh dengan citer ngurat-mengurat awek. memang syiok ler dengar Dia bercerita tentang zaman kegemilangan persekolahan diorang tu. pastu aku pun membayangkan yang akak Dahlia tu pun mesti terkenang semula zaman nakal dia bila terjumpa dengan Dia tadi. tapi dia terkenang sensoranglah. sengih sensorang. takkan nak kongsi dengan suami weh. ekeke.. uiks, dah kawin tu. ada 3 orang anak lagik. kira baguslah ek. perubahan yang sangat positif. tak macam kita2 ni. huhuhu
sebenarnya, apa yang aku nak ceritakan di sini ialah bagaimana akak Dahlia tu boleh cam Dia setelah 15 tahun tak berjumpa. heran sungguh aku dibuatnya. sedangkan pada aku, Dia sekarang dengan Dia dulu sangat berbeza. kalau akulah memang tak dapat cam punya. aku selalu cakap kat Dia, Dia dalam gambo dolu2 amat berlainan sekali. seperti dua orang yang berbeza. mungkin kembar Dia kalau Dia ada kembar. aku macam tak percaya itu Dia. totally different. apa yang tak sama ek? aderlah.. kebanyakannya dari segi fizikal. apa yang aku boleh cakap, dia memang player, dan awek2 dia sungguh cun belaka. aku pun boleh cair tengok awek2 zaman 90an dulu. sweet sungguh.
sebab tulah aku cakap, kalau sejak dulu Dia jumpa aku, aku tak rasa Dia akan pandang aku. sebab aku tak cun macam awek2 lama Dia. hahahahha.. kelakarnya. apapun, aku gembira dengan Dia sekarang. manusia mestilah berubah ikut zaman. dan Dia banyak berubah terutama sifat player Dia tu. ekeke... jangan marah ek sayang. muah!!!
nguLat ngepost | 9:50 PM | |
bukan luahan aku
Friday, October 14, 2005
aku sering tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Putri dalam ruangan Luahan Rasa nya di setiap hari minggu menerusi akhbar Mingguan Malaysia. kebanyakan luahan yang dipaparkan berkisar tentang masalah rumahtangga dan percintaan manusia. kekadang sesetengah luahan tu menggeletik hati aku dan buat aku rasa kelakar di pagi Ahad. apapun, tak kisahlah. manusia memang suka mencari masalah, menceritakan masalah dan mempunyai seribu satu masalah. yang pasti, jawapan Putri pada setiap persoalan yang dilontarkan oleh pembaca itu yang menarik minat aku untuk terus melekat di Luahan Rasa.
seorang pembaca memberitahu masalah tentang dirinya yang baru diceraikan sebulan yang lalu tetapi masih teringatkan bekas suaminya. secara ringkas, pasangan ini bercerai selepas lima tahun berumahtangga. punca penceraian ialah sikap suami yang sering berbohong dan suka berhutang. katanya, walaupun dia marah, tetapi tiada sekelumit pun di hati nak berpisah kerana masih sayang dan mengharapkan rumah tangganya kekal hingga ke akhir hayat. kini setelah bercerai, dia cuba menghubungi bekas suaminya dengan harapan untuk berbincang tetapi bekas suaminya pula menjauhkan diri. "Segala kenangan manis selama lima tahun pernikahan kami berlegar-legar di ingatan menjadikan saya bagai orang gila. Betapa sepinya malam yang saya lalui tanpa dia di sisi."
ini pula jawapan Putri :
Ini kisah teladan. Ada sebuah syarikat besar yang sedang mencari calon untuk mengisi kekosongan jawatan penting. Dalam ujian bertulisnya, mereka hanya memberikan satu soalan untuk dijawab :
"Anda sedang menunggang motor di tengah malam gelap-gelita dan hujan lebat di sebuah daerah yang baru dilanda bencana banjir besar. Kerajaan hanya mampu menyediakan sebuah bas untuk mengangkut para penduduk kampung ke sebuah penempatan bersebelahan yang lebih selamat. Ketika anda melalui sebuah perhentian bas, anda melihat tiga orang yang merupakan orang terakhir di daerah itu sedang menunggu kedatangan bas. Mereka adalah seorang nenek tua yang uzur, seorang doctor yang pernah menyelamatkan nyawa anda sebelum ini dan seorang gadis yang selama ini menjadi idaman hati anda.
Anda hanya boleh mempelawa salah seorang daripada mereka untuk membonceng keluar dari situ. Siapakah yang mungkin anda ajak? Kenapa? Sebelum anda menjawab, ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan.
Anda seharusnya menolong nenek tua itu terlebih dahulu memandangkan keadaan fizikalnya yang sudah uzur. Jika tidak diberikan bantuan pada kadar segera, dia mungkin akan meninggal dunia. Namun, jika dihitung-hitung kembali, orang yang sudah tua sememangnya, sudah mendekati ajalnya. Sedangkan yang lain masih muda dan mempunyai harapan hidup yang lebih panjang.
Sementara itu, doctor tersebut pula pernah menyelamatkan nyawa anda. Justeru, inilah saat yang tepat untuk membalas segala budi baiknya itu. Tetapi, jika difikirkan kembali, kalau sekadar membalas budi, ia boleh sahaja di'bayar' pada waktu yang lain, bukan? Namun, kita tidak pernah tahu adakah kita akan mempunyai kesempatan itu lagi di lain masa.
Bunga pujaan hati adalah satu-satunya perkara yang anda idamkan selama ini. Jika kali ini anda lewatkan, mungkin anda tidak akan pernah bertemunya lagi. Impian anda akan terbiar begitu sahaja, buat selama-lamanya. Jadi, siapakah yang menjadi pilihan anda?"
Daripada sekitar 2,000 orang pemohon, hanya seorang sahaja yang diterima bekerja di syarikat tersebut. Begini jawapannya :
"Saya akan memberikan kunci motor saya kepada doctor dan meminta agar dia membawa nenek tua yang uzur itu bersamanya untuk diberikan bantuan segera. Saya sendiri sukarela untuk tinggal di perhentian bas itu bersama orang yang saya minati sejak sekian lama itu. Kami berdua akan menunggu kalau-kalau ada yang datang membantu."
Terkadang-kadang, melepaskan sesuatu yang kita miliki dengan rela, tidak terlalu berkeras kepala, mengakui segala keterbatasan yang kita miliki, berasa puas hati, mencukupi dan bersyukur dengan apa yang ada serta, melepaskan semua keinginan kita untuk sesuatu, kita akan mendapatkan balasan yang jauh lebih besar.
Luahan Rasa
Mingguan Malaysia
Ahad 9 oktober 2005
aku : macam pernah baca kisah teladan tu. tapi di mana ya? ermm..
nguLat ngepost | 2:44 PM | |
mamat sengal & keparat
Wednesday, October 12, 2005
sedih bercampur geram + sakit hati bila baca paper ahad lepas pasal jururawat yang koma dipercayai kena bantai dengan bekas suaminya, dan setelah tiga hari bertarung nyawa, akhirnya dia meninggal dunia. sapa yang tak sedih bila melihat wajah anak2 dia yang kehilangan ibu dengan cara macam tu di awal Ramadhan ni. dan yang paling menyakitkan hati bila mengenangkan dia meninggal akibat dipukul BEKAS SUAMI. bekas tu. bukan muhrim lagi. apa hak dia berbuat demikian? ermm.. tentu teruk dipukul sampaikan arwah boleh koma. tak bertimbang rasa betullah jantan keparat tu.
takut jugak aku bila baca berita macam tu. terasa murah dan mudah nyawa kita diambil orang. kena ragut pun boleh buat kita hilang nyawa. rasa macam manusia ni makin hilang kewarasan dan pertimbangan. iya, tentu sahaja ajal maut ditentukan tuhan. tapi akibat daripada perbuatan orang lain, yang menjadi penyebab kematian itu yang membimbangkan aku. bila2 masa sahaja. kita takkan tahu.
benda2 ni gak membuatkan peratus keboleh-percayaan aku pada lelaki kureng. bukan maksud aku membenci lelaki atau tak percaya dengan diorang langsung. aku tak pernah benci pada orang bernama lelaki dan yang seumpama dengannya. sebab kita semua tahu tak semua lelaki seganas macam jantan keparat tu. lagipun bapak aku pun lelaki. kalau aku benci lelaki, ini bermakna aku benci bapak aku gak. aku jugak jadi senget bukan sebab lelaki. jadi takde sebab aku nak benci diorang. tapi tu la diorang ni, aperlah sikit2 nak angkat tangan. kureng sabar dah maki2.
ni ada satu contoh berlaku kat aku semalam. aku keje macam biasalah kan. cuba puaskan hati semua orang walaupun memang sukar. pastu aderlah sorang mamat ni yang kureng sabar sikit dengan apa yang aku buat. yang heran tu, di bulan poser ni pun kesabaran dan kewarasan dia macam zero ajer. apa dia buat? dia sms aku dengan kata2 yang kureng layak dibaca oleh anak 'dara sunti' macam aku ni. ingat aku nak sangat benda alah diorang tu. pastu dia kata aku balik keje nanti eksidenlah, nak santau akulah. ya Allah, mengucap aku baca sms macam tu. ni dah masuk kali ke dua aku terkena dengan jantan keparat tu. apalagi, memang blacklisted lah mamat sengal tu. padan muka. aku ni buat tak tahu ajer dengan dia. agaknya makin aku diam, makin galak dia buat. sabor jelah.
meh kita bercakap pasal kaki pukul plak. aku pasti pukul memukul bukan label mutlak orang lelaki je. orang pompuan pun ada yang mudah angkat tangan, angkat kaki bila marah menyinga. tak kisahlah ia pompuan macho ke atau pompuan ayu ke, yang penting memang pompuan yang datang bulan tiap2 bulan terang, yang punya dua bukit di dada walau bagaimana sekalipun disembunyikan, yang pasti pakai telekung bila diorang sembahyang. haa pompuan.
bukan aku tak penah kenal dengan pompuan2 macam tu. yang herannya awek dia boleh lagi setia walau teruk giler dia kena bantai. pelik bin ajaib. kalau aku, ko angkat tangan je aku dah cabut. buat apa lagi nak stay dengan orang macam tu. kita ni jadi senget dan kawan dengan orang pompuan sebab kita tahu pompuan paham pompuan. tahu sensitif orang pompuan. tahu apa yang pompuan tak suka, suka. ada kualiti yang orang lelaki takde. tapi kalaulah perangai pompuan yang suka membantai tu menganggap dia berkuasa dalam perhubungan dan membenarkan dia berbuat apa sahaja pada partnernya, lebih baik awek dia tu kawan dengan orang lelaki. yang benar2 jantan perkasa. lelaki sejati. sia2 sahaja kawan dengan pompuan tapi akhirnya kualiti yang kita cari pada pompuan takde. pompuan ni walau semacho mana sekalipun penampilannya, dalam hati dia tetap lembut, pemaaf. ego pompuan tak sama dengan ego orang lelaki. sekeras2 kerak nasi, direndam air pasti lembut juga. itulah kualiti orang pompuan yang disukai oleh pompuan2 senget seantero dunia selain daripada wajahnya yang manis memikat hati. hehe
uiks, apahal la aku emosional ni. ntahlah. pembawaan budak kot. muahahahahahah. moral of the story mori, nak pukul2 manja tu bolehlah. tapi janganlah membelasah orang sampai lebam2 giler babas. nanti mati anak orang, sampai ke tua menyesal tak sudah.
anyway, patutnya hari ni aku menghadiri undangan majlis berbuka poser kat kl. tapi kan setelah ditimbang2, dibahagi darab berkali2, berpikir bagai nak rak, dengan rasa dukacita yang amat, terpaksalah menolak undangan tersebut. alahai kecewa memanglah kecewa. bulan poser datang pun setahun sekali. tapi apa nak buatkan. kalau jarak ni bisa didekatkan, pasti tak miss punyer. hampeh.. :(
nguLat ngepost | 12:48 PM | |
baru dua hari poser
Monday, October 10, 2005
hari ni dah 6 Ramadhan ek. dah enam hari umat Islam berpuasa. alhamdulillah jika setakat ni poser korang penuh. aku tak payah ditanya. siang2 dah tuang. hari ni adalah hari kedua aku dapat berpuasa. maklumlah bila jadi orang pompuan. setiap bulan mesti datang rintangan 'bendera jepun'. nanti nak dekat raya, aku siang2 dah beraya. harap2 bulan depan nanti lewatlah ia datang. tak larat akak nak ganti. dan tak seronok rasanya kena tuang bebanyak.
semalam bila aku mula berpuasa, barulah semangat Ramadhan tu datang berkobar2. dan dengan sepenuh hati aku, mak & abah merayap kat bazar ramadan cari hidangan untuk berbuka. baru syiok rasanya. empat hari sebelum ni aku buat tak tahu je. abah sediakan sendiri apa yang nak dimakan. mak pulak keje, balik pukul 7. aderlah jugak aku beli kuih dua tiga ketul. last2 sumer kuih tu aku lantak sorang. abah tak makan, mak pun tak makan. abah kata dia nak jaga makan. mak plak kata tak kuat nak kunyah. kuih pau sambal tu keras. lorrr...
hari ni nak buka apa ek? macam nak beli kuih je. beli kuih lembik2 la plak. yang pasti lepas ni tiap2 hari aku buka dalam keta. sebabnya aku yang amik mak balik keje. kat johor skang waktu berbuka cepat. 6.55 dah buka. mak pulak kuar keje pukul 7. maka duduklah aku buka dalam keta berteman radio. abah berbuka kat rumah bertemankan kerusi & meja. mak pula berbuka kat tempat keje sambil tangan sibuk mengemas beg nak balik. ituler rutin bulan poser bila kami tinggal bertiga. walau bagaimana caranya aku berbuka, walaupun berbuka bersama dengan family cuma dapat seminggu sekali aje, tapi aku tetap bersyukur dan rasa bertuah. bila time2 macam ni, ia mengingatkan aku pada Dia. Dia sensorang kat sana. adik keje, balik lewat. jadi sensoranglah Dia berbuka. sudah tentu tahun ni tahun yang paling sukar baginya. pertama kali mengharungi bulan puasa dan raya nanti tanpa ibu bersama seperti tahun2 sudah.
sayang, saya tahu sayang tabah. saya akan sentiasa berada di sisi sayang walau yang hadir hanyalah bayang2. bersabarlah walaupun perkataan sabar tak mampu menenangkan hati sayang. saya tahu tiada ungkapan yang boleh menghilangkan rasa sedih, rindu dan pilu sayang pada mereka berdua. yang pasti, sayang memiliki saya dan kita harunginya bersama.
nguLat ngepost | 3:32 PM | |
harapan ramadhan
Friday, October 07, 2005
Harapan Ramadhan - Man Bai & Raihan
Ku mengharapkan ramadhan kali penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan nafsu yang selalu
Membelenggu diri tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku mengharapkan ramadhan kali penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
Ku memohon pada tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatmu oh tuhanku ku tempuh jua..
nguLat ngepost | 4:12 PM | |
kehidupan di sebalik tembok
Thursday, October 06, 2005
akhirnya hajat aku yang terpendam iaitu nak melawat penjara JB dah pun aku tunaikan. program lawatan sambil belajar itu aku adakan pada hari Ahad yang lepas bersama dengan seorang kawan aku di sini. kenapa aku nak sangat pi penjara tu? sebab selama ini aku selalu lalu kat situ lebih2 lagi bila aku kerja kat bandar dulu. ituler antara jalan yang aku lalu bila nak balik rumah. pastu bila dah lalu hati sering tertanya, bagaimana agaknya rupa penjara tu ek. jadi bila dah dibuka untuk lawatan, tentulah peluang yang ada tak boleh dilepaskan. satu lagi sebab yang membuatkan aku teruja sangat ialah sebagai seorang antu tv, aku selalu disogokkan dengan rupa penjara di negara omputih. lagipula kira2 sebulan yang lepas, Majalah 3 telah membuat satu doku mengenai banduan akhir di sebuah penjara di negara kita. jadi bertambah2lah rasa ingin tahu aku tentang kehidupan di sebalik tembok batu.
incik CicakMasin aka Dyke juga telah melawat penjara ini dan telah menceritakan kepada kita keadaan penjara tersebut, tentang bilik sel, cara hidup banduan dan persekitarannya. aku pulak bercerita selain daripada itu lah ek.

sejarah at-tawarikhPenjara Johor Bahru yang juga dipanggil Kota Jail adalah penjara ketiga tertua di Asia. Ia mula beroperasi pada tahun 1883 iaitu pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Daeng Ibrahim. Rekabentuk bangunan asal adalah ilham baginda yang telah melawat penjara2 di Shanghai, China dan Osaka, Jepun pada ketika itu, untuk melihat keadaan fizikal serta rekabentuk penjara2 yang terdapat di sana.
Kini penjara yang berusia 122 tahun itu telah ditutup pada 30 Ogos lepas dan semua banduan telah dipindahkan ke penjara Kluang dan Simpang Renggam, Johor. Berikutan penutupannya, bermula dari 1 September hingga 15 Disember ini, pihak penjara telah mengambil inisiatif membuka dan memberi peluang kepada masyarakat melihat dan merasai pengalaman kehidupan banduan di penjara tersebut. Selepas itu, penjara Johor Bahru akan diserahkan kepada kerajaan negeri Johor.
tali gantung "kiok"
kawan aku : eh, ko baca tak pasal tali gantung tu. 3 ribu siot harga dia. guna 3 kali je.
aku : iye ke? alamak tadi aku tak sempat bacalah. isk mahal tu. nak kena gantung pun guna tali mahal2 ek.
kawan aku : iyerr.... eh, betul ke tali gantung yang diorang tunjuk tu penah gantung Mona Fendy? bukan ker diorang kena gantung kat kl?
aku : abis tu, dah diorang cakap macam tu. tadi ko pun cakapkan, guna cuma 3 kali je. tentulah dah 3 orang kena gantung dengan tali tu. lepas 3 kali, dah tak guna, tali tu pun datanglah melawat2 kita.
kawan aku : hehehe.. iye tak iye jugak ek.
inilah dia tali gantung yang pernah digunakan untuk menggantung salah seorang dari pasangan bomoh terkenal iaitu Mona Fendy, Affandy dan Juraimi pada bulan Oktober 2001. eiii seramnya. meremang bulu ketiak.
perigi nipponperigi ini dibina pada tahun 1883 oleh kontraktor Wong Ah Fook sebagai sumber air untuk pesalah yang ditahan di Penjara Johor Bahru. mengikut cerita kakitangan penjara lama, pada zaman pemerintahan tentera Jepun perigi ini digunakan sebagai tempat pelaksanaan hukuman pancung ke atas pesalah oleh General Yamashita. dipercayai perigi ini berpuaka dan beberapa kakitangan Penjara Johor Bahru dan penghuni penjara mengalami peristiwa2 yang menakutkan seperti pernah terjumpa perigi mengeluarkan api pada waktu malam, terjumpa makhluk besar sedang berdiri di atas perigi tanpa kepala dan wanita berambut panjang merasuk anggota penjara masuk ke dalam perigi dan berbagai cerita misteri lagi. agaknya kalau 3 kepala pengebom berani mati di Bali tu bertemu dengan kepala2 yang menghuni perigi General Yamashita ni, apa akan terjadi ek? huhuhu.. jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.

cabaran bermalam di penjaraselain dibuka untuk pameran dan lawatan, pihak Jabatan Penjara Malaysia juga ada menawarkan pakej bermalam di penjara ini dengan bayaran RM50 satu malam. haaa.. inilah antara perkara yang menarik minat aku kerana aku juga berkeinginan nak merasa tido kat sana. tapi tak beranilah pi sana sensorang. kalau dalam berkumpulan, nak jugak aku ikut. sebabnya walaupun kita kena tido sensorang kat dalam bilik sel, tapi sekurang-kurangnya kita tahu ada kawan yang tido kat sebelah bilik kita. hihihihi
setakat yang aku tahu, dah ada dua kumpulan yang menyahut cabaran bermalam ini. kumpulan pertama adalah gabungan wartawan pelbagai suratkhabar di Malaysia yang kesemuanya 11 orang termasuk 3 pompuan. *salah seorang pompuan tu macam PLU je* manakala kumpulan kedua pula terdiri daripada 10 orang anggota Puteri Umno Bahagian Johor Bahru yang tentunya pompuan2 belaka. pengalaman wartawan2 tersebut dah pun disiarkan di suratkhabar memasing. tapi cerita tentang budak2 pu3 umno tu aku tak jumpa lagi artikelnya kecuali mungkin ada dalam paper cina yang ditampal di penjara tersebut. aku tengok gambor diorang aje tapi tak boleh baca sebab tak paham. dalam cabaran bermalam ni, bukan setakat senang-lenang tido je, diorang kena daftar macam banduan, pakai baju banduan, makan, minum, buang air, tempat tido, no tepon mepon dan macam2 lagi, semuanya dilayan sejibik macam banduan. kena tengking pun ada.
bila waktu tido plak, tentunya macam2 pengalaman yang diorang dapat sebab banyak cerita seram, misteri dan ghaib berlaku di situ. bak kata wartawan Utusan Malaysia, Hasnurul Mohamed tentang pengalamannya
"terkurung dalam sel nombor 3, berukuran 1.5 meter x 3 meter berdindingkan batu dan siling yang memberi gambaran sayup mata memandang, bukanlah satu situasi yang menyeronokkan. dengan tilam hanya setebal 2.54 sentimeter (satu inci) dan selimut tanpa bantal, lipas yang 'berlari-lari anak' dan cacing yang bergerak di atas lantai simen (mungkin ekoran tidak digunakan lagi), mencetuskan satu perasaan yang menyeksakan.
segala ayat al-Quran yang terlintas di fikiran, dibaca berulang kali dengan harapan dapat mengikis perasaan takut. beralaskan tuala kecil, sepasang persalinan pakaian dan kain batik yang dijadikan 'bantal', gegendang telinga pula menangkap bunyi-bunyi aneh - bunyi tapak kaki berjalan mengelilingi blok yang dihuni. bau busuk seolah-olah bau mayat reput datang dan pergi dibawa angin. mujurlah bayangan yang tidak sepatutnya tidak muncul di depan mata.
tanpa disedari, bersebelahan sel yang menjadi suite wartawan Utusan Malaysia, merupakan tempat hukuman gantung banduan. realitinya, kain tutup muka dan kepala serta tali gantung yang digunakan itu pernah digunakan Mona Fendi....." jeng..jeng..jeng.
bayangkan betapa seramnya tido kat sana. itu baru semalam. belum lagi bermalam-malam. dan itu baru seorang yang bercerita, belum lagi baca cerita orang2 lain. lepas tu semua yang keluar esoknya rasa lega dan insaf gegiler. tobat tak mahu tido kat sana lagi. tobat tak mo buat jahat.
hemmm.... dengan mengenepikan soal duit yang harus dilaburkan, beranikah kita menyahut cabaran tersebut?
berita terkini : lawatan ke Penjara Johor Bahru telah ditutup buat sementara waktu sepanjang bulan Ramadhan ini sehingga Hari Raya Pertama dan akan dibuka semula pada Hari Raya Kedua.
nguLat ngepost | 4:55 PM | |
semoga semuanya selamat & sejahtera
Tuesday, October 04, 2005
Bali kena bom lagi. kita yang berada beribu batu jauhnya terasa juga kesan kegilaan manusia. sebuah lagi rumahtangga bergoncang. aku di sini, di selatan tanahair yang lebih kurang 300 kilometer jauhnya dari kl tu pun tersentap jugak. walaupun dia seorang kawan yang agak bau2 bacang dengan aku, tapi hati aku yang memang sensitif tetap terasa kesakitan yang dia alami. aku tahu aku memang tak layak membicarakan tentang jodoh dan pertemuan, takdir dan perpisahan orang. sebabnya pada bila2 masa, mungkin aku juga akan merasainya. jika tuhan nak menguji aku, Dia akan menarik nikmat kebahagian yang aku alami sekarang. jika aku tak kuat, maka aku sendiri yang akan memusnahkan impian yang aku bina bersama orang yang sayang kat aku.
tujuh tahun Bette dan Tina bersama menyemai cinta, mendirikan rumahtangga tapi musnah sekelip mata hanya kerana tunduk pada hawa nafsu. walaupun itu cuma cerita rekaan yang dikatakan tiada kaitan antara yang hidup atau mati tapi hakikatnya itulah realiti hidup kita. pernah kita terbaca dalam suratkhabar tentang permintaan pasangan untuk bercerai sedangkan mereka dah berkahwin berpuluh2 tahun. tentu kita bertanya pada diri, kenapa? tak bahagiakah mereka selama ini? apa lagi yang dicari? kenapa? sebabnya hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu. semuanya tak mustahil, kan bedah, kan munah?
apa sahaja boleh berlaku walaupun kita dah merancang. kita merancang untuk hidup bersama selamanya dengan dia tapi suatu hari tiba2 hati kita atau hati dia berubah, maka berpisahlah kita. kita berkata hanya dialah yang satu, tidak ada cinta yang lain, tapi tiba2 kita berjumpa dengan seseorang yang mampu mengisi apa yang dia tak isi, maka berubahlah peratus cinta. kita berjanji untuk menjaga dirinya selagi hayat dikandung badan tapi akhirnya kita pula sibuk menjaga diri orang lain. maka kita pun berkata pada dia, apa nak buat, jodoh antara kita sampai di sini sahaja. dah takdir.
redha dan tabahlah. terimalah kalau ia berlaku. lepaskan jangan terus menyeksa jiwa. jika benar memang ketentuhan tuhan kita dijadikan sebagai insan senget, maka ketentuan Dia jugalah jika hubungan cinta kita yang istimewa ini musnah di tengah jalan. ada hikmah atas setiap kejadian. ada hikmah kita jadi senget. ada hikmah bila manusia kena denggi. ada hikmah atas musibah bom di Bali. ada hikmah bila kita dimadukan. ada hikmah bila orang yang kita sayang melangkah pergi meninggalkan kita.
mungkin itu akan menyedarkan kita dari lamunan cinta. mungkin kita akan kembali normal. mungkin keimanan kita pada tuhan bertambah kuat. mungkin.. mungkin.. mungkin juga suatu hari nanti dia akan sedar dengan siapa yang patut dia cinta, siapa yang lebih layak untuk dicintai, siapa yang akan setia bersamanya ketika susah dan senang, maka dia akan kembali pada kita dengan cinta yang lebih kuat dan utuh. mungkin juga. siapa tahu.
selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa. peace be upon you.
nguLat ngepost | 9:47 PM | |
abah & mencari cinta
Monday, October 03, 2005
pagi tadi abah antor aku pegi keje. dalam keta..
abah : perghh.. kenapa Mencari Cinta malam tadi? nasib baik abah bukak tv. kalau tak dah terlepas.
aku : alaa rabu ni kan puasa. mungkin selasa diorang nak siar rancangan lain ke. tak pun kang kalau siar hari selasa takde sapa tengok. kan nak puasa.
abah : abah dah teka dah budak tu yang dapat. memang kenalah dia dapat.
aku : orang pun teka dia yang dapat.
abah : baguslah budak tu. dia dengan duda tu je yang sesuai. itu pun duda tu tak dapat sebab dia duda. cuba kalau dia bujang. mesti dapat punya. pandai cakap duda tu. apa kerja dia? pengarah urusan?
aku : pengurus operasi.
abah : budak yang dapat tu keje apa plak?
aku : penasihat undang-undang.
abah : haa memang sesuai. dua2 tu budak pandai. pandai cakap. yang lain tu bolehlah tapi tak sesuai.
aku. sengih memanjang sambil cari tempat nak tutup kesengihan. dalam hati. ishh tak sangka plak orang tua ni minat jugak tengok citer tu. ni jangan nak buat soalan yang merangkap aku sudah.
abah : sapa nama budak yang lagi sorang tu. Zul....
aku. senyap tak menjawab. dalam hati. isk tak boleh dilayan ni. kang melarat.
abah : haaa zul..fakar.. zulfakar..
aku. dalam hati. udahlah tu. kang terkeluar plak soklan cepuemas untuk aku. fobiaa..
nguLat ngepost | 8:09 PM | |