super malas I
Tuesday, November 29, 2005
sejak berita perkahwinan Joshua Beh Soo Kiang & Jessie Chung a.k.a Jeffrey mendapat liputan meluas di media tempatan mahupun luar negara, setiap hari pasti ada sahaja ulasan/rencana/pendapat mengenai golongan transseksual dan gay disiarkan. walaupun lesbian tidak dikaitkan sekali, yang nyata kita turut merasa tempiasnya. malah Al-Kulliyah, rancangan terbitan TV3 turut membincangkan perkara yang sama 'live' pada petang Jumaat yang lepas.
kalau ditanya apakah berita yang paling terhangat di pasaran sekarang selain daripada pilihanraya di Pengkalan Pasir dan video ketuk ketampi IPD PJ, jawapannya tentulah perihal golongan senget dan tak normal ini. walaupun begitu, perkara ini hanyalah bersifat musiman sahaja. habis musim, habis modal nak di cerita maka tamatlah ia. cuma tak tahu berapa lama musim ini akan berlarutan. tapi rasa2nya ia dah mula melarut dek penangan ketuk ketampi itu.
minggu ni aku tak berapa sihat. demam, batuk dan selsema menyerang segenap penjuru badan. otak aku pun membeku. jadi untuk mengisi ruang2 kebekuan itu pada hari ini dan hari2 berikutnya, aku dengan super malasnya mengcopy n mengepaste beberapa rencana mengenai senget yang aku baca di Utusan Malaysia untuk kita kongsi bersama dan ambil ikhtibar mana2 yang patut lah. mungkin korang dah baca sebelum ni. kalau dah, babai.
...............................
Sumber : Mingguan Malaysia
Ahad 27 November 2005
Ruangan : Kesihatan - Luahan Rasa Bersama Putri
Pakai Bengkung Tutup Payu Dara
Putri,
Saya berminat dengan artikel muka depan ruangan Kesihatan pada minggu lalu mengenai transseksualisme. Saya merupakan seorang perempuan yang amat mengarah kepada jantina lelaki. Saya seorang yang aktif. Antara kegiatan saya adalah bertinju. Tetapi, masalah yang sering kali mengganggu konsentrasi saya adalah kehadiran payu dara. Sukar untuk saya menumpukan perhatian kerana bentuk badan saya yang agak besar dengan ketinggian 167sm manakala berat badan pula 65kg.
Payu dara saya kelihatan lebih besar dari yang sepatutnya kerana saya pernah mencuba sejenis krim yang dapat mengurangkan saiz payu dara. Bagaimanapun, saya hanya dapat menggunakannya untuk sebulan sahaja dan berhenti. Mengikut kata rakan2 saya, saiz payu dara akan meningkat secara mendadak jika berhenti menggunakan krim tersebut. Kata-kata mereka itu ada benarnya. Keadaan ini membuatkan saya berasa amat kekok sekali. Rata-rata rakan 'sejenis' saya menggunakan bengkung untuk menutup dada mereka supaya kelihatan seperti seorang lelaki. Saya juga tidak terkecuali di dalam hal ini. Tetapi penggunaan bengkung amat tidak menyelesakan sekali.
Saya ada terdengar mengenai pil-pil hormon yang dapat mengubah bentuk fizikal seorang wanita kepada lelaki. Benarkah ada pil hormon sebegitu? Ada di antara kenalan saya dikhabarkan mengambil pil sebegitu tetapi apabila ditanyakan perkara ini, mereka menafikannya. Jika benar ada pil sebegitu, adakah ia berkesan? Adakah pil ini hanya membantutkan pertumbuhan seorang wanita ataupun ia juga boleh digunakan bagi mereka yang pertumbuhannya sudah sempurna? Jika benar pil ini ada, di manakah saya boleh mendapatkannya? Jika pil yang dapat mengecilkan saiz payu dara tiada, adakah jenis2 krim yang dapat disyorkan?
Saya telah banyak bertanyakan hal ini kepada kenalan-kenalan saya. Tetapi, siapalah mereka. Jadi, ini menimbulkan kemusykilan saya. Saya juga cuba mencari info di Internet tetapi masih tidak memuaskan hati saya. Saya segan ke klinik untuk bertanyakan tentang ini. Saya yakin, ramai juga yang seperti saya di luar sana yang juga bingung dengan persoalan seumpama ini. Saya benar2 berharap dapat mengecilkan saiz payu dara saya. Saya sudah mencuba pelbagai cara untuk tampil selesa tapi gagal. - KINGSIZE XL
Kingsize XL,
Kesihatan telah mengajukan persoalan saudari kepada Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan yang juga Pensyarah Kanan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan iaitu Dr. Shah Reza Johan Noor.
Transseksual wanita sukar untuk dibezakan kerana pemakaian dewasa ini yang memang bercorak uniseks. Lain pula halnya dengan transseksual lelaki di mana pemakaiannya adalah bercorak lantang ke arah pemakaian wanita. Mengenai berat badan saudari, jika digunakan sifir yang mudah iaitu tinggi dalam sentimeter/sm ditolak 100, maknanya berat badan saudari berada sekitar berat badan ideal dengan ketinggian saudari (167sm-100 = 67kg).
Payu dara membesar dengan kehadiran hormon estrogen. Apabila mencapai umur kematangan / akil baligh, tumbesaran payu dara mencapai pengkelasan Tanner 5. Apabila ini berlaku, saiz tidak dapat dikurangkan ke kelas yang lebih kurang seperti kelas 2,3, ataupun 4. Di dalam bidang perubatan, tidak ada krim untuk mengecilkan saiz dan jisim payu dara. Hanya pembedahan mammaplasty yang boleh membantu. Untuk mammaplasty, saya cadangkan perjumpaan dengan doktor pakar bedah plastik.
Walaupun hormon lelaki diambil iaitu testosteron, ia tidak secara mendadak mengecilkan payu dara, tetapi hanya melembutkannya ke peringkat seperti wanita yang keputusan hormon estrogen-progesteron. Kesan hormon ini untuk wanita yang menggunakannya lebih berkesan pada umur yang lebih muda. Begitu juga dengan mereka yang telah membuang kedua-dua telur/ovari. Bentuk dan struktur tulang tidak berubah.
Untuk pengetahuan umum, testosteron pada wanita boleh menyebabkan keadaan2 seperti kegarauan suara yang mungkin berkekalan, kejantinaan wanita menurun, haid tidak menentu dan akhir sekali terus tiada, nafsu syahwat bertambah, klitoris/kelentit menjadi lebih sensitif dan mungkin menyakitkan apabila dirangsang, dan rambut menjadi bertambah kasar dan hitam manakala tumbesaran pula menjadi semakin cepat. Lain2 termasuklah corak kebotakan rambut di kepala menyerupai lelaki, kelenjar peluh dan sebum menjadi lebih aktif, jerawat bertambah2 jadinya, pengagihan lapisan lemak mula ke arah pinggang dan bukannya di bahagian punggung. Raut muka juga akan menyerupai lelaki, kemungkinan kulit akan menjadi lebih kasar dan kadangkala sifat dan emosi mirip ke arah keganasan dan kekasaran.
aku : tahniah pada KINGSIZE XL yang berani bertanyakan hal ini di media massa tempatan. aku, tukang baca jelah. ;p
nguLat ngepost | 2:04 PM | |
rencana baguz!
Thursday, November 24, 2005
Sumber : Utusan Malaysia Online
Rabu 23 November 2005
Di Sebalik Penukaran Jantina
LIPUTAN berita dan maklum balas masyarakat umum baru-baru ini tentang perkahwinan antara seorang lelaki yang telah menjalani pertukaran jantina dengan seorang lelaki yang lain menunjukkan bahawa rakyat umumnya belum mempunyai gambaran tepat tentang gender dan seksualiti.
Seksualiti bukan hanya bergantung kepada struktur dan fisiologi kelamin seseorang itu, malah ia terutamanya bergantung kepada perasaan. Setiap insan mempunyai kesedaran dalaman dari segi psikologi tentang jantinanya, sama ada merasakan dirinya perempuan atau lelaki. Kesedaran ini tidak boleh diubah dan dikenali sebagai identiti gender. Identiti gender seseorang mulai ketara apabila seseorang berumur dua setengah tahun.
Ramai orang beranggapan identiti gender dikaitkan dengan sifat fizikal seseorang yang dapat dicam melalui organ kelaminnya. Akan tetapi, terdapat sekumpulan minoriti yang mempunyai identiti gender yang tidak serasi dengan sifat fizikal kelaminnya. Mereka memang telah wujud dalam dunia ini sejak azali lagi, di mana-mana juga dan dalam semua budaya. Istilah yang tepat untuk merujuk kepada mereka ini ialah 'transgender'.
Identiti gender memanglah merupakan salah satu daripada asas kehidupan setiap insan. Apabila seorang bayi dilahirkan, sudah tentu orang ramai ingin tahu sama ada ia akan hidup sebagai seorang lelaki atau wanita. Akan tetapi, oleh kerana identiti gender lebih berkait dengan perasaan, ia tidak boleh ditentukan pada saat kelahiran. Apa yang ketara pada saat kelahiran ialah ciri-ciri fizikal organ kelamin, yang digunakan oleh orang ramai untuk 'mengandaikan' identiti gendernya.
Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai ciri-ciri fizikal organ kelamin lelaki kemungkinan besar akan menjalani hidup dengan merasakan dirinya sebagai orang lelaki, menepati 'andaian' orang ramai. Tetapi, untuk golongan transgender, 'andaian' ini tidak tepat. Barangkali seseorang yang dilahirkan dengan ciri-ciri organ kelamin lelaki akan merasakan dirinya sebagai seorang perempuan. Maka, keadaan menjadi rumit apabila golongan transgender dipaksa oleh masyarakat sekeliling untuk menjalani hidup bersesuaian dengan 'andaian' yang dibuat berdasarkan ciri-ciri fizikal mereka semata-mata.
Ini bermaksud bahawa mereka sebenarnya dipaksa untuk menjalani hidup sebagai jantina yang bertentangan dengan naluri mereka. Mereka tidak mampu mengubah identiti gender mereka walau betapa kuat pun mereka berusaha. Seorang mak nyah akan merasakan dirinya sebagai seorang wanita. Jika kita memaksanya untuk hidup sebagai seorang lelaki, ini bermaksud bahawa kita sebenarnya sedang memaksanya untuk melakukan sesuatu yang amat pedih dan memang tidak mampu dilakukannya. Situasi ini seolah-olah memaksa seorang wanita hidup sebagai seorang lelaki.
Di kalangan transgender, ada juga yang melalui pembedahan untuk menukar jantina fizikal untuk mengurangkan percanggahan antara identiti gender dan ciri-ciri fizikal kelamin mereka. Orientasi seksual ialah daya tarikan seseorang terhadap orang lain dari segi emosi, romantik, seksual dan kasih sayang. Kebanyakan orang tertarik kepada jantina berlainan (heteroseksual) sementara segolongan kecil manusia tertarik kepada jantina yang sama (homoseksual / gay).
Orientasi seksual seseorang itu mulai ketara sejak awal remaja dan tidak boleh diubah sesuka hati. Seorang mak nyah mempunyai gender identiti sebagai seorang wanita. Ini bermakna, mereka mempunyai perasaan dan daya tarikan seperti orang wanita walaupun mereka mempunyai ciri-ciri fizikal lelaki. Maka, untuk seorang mak nyah yang tertarik kepada orang lelaki, sebenarnya orientasi seksualnya bersamaan dengan seorang wanita heteroseksual dan bukannya lelaki gay. Oleh itu, jika dia berkahwin dengan seorang lelaki, adalah tidak tepat untuk merujuk kepada perbuatan tersebut sebagai 'perkahwinan sejenis'.
Orientasi seksual tidak mempunyai kaitan dengan identiti gender. Keadaan ini dapat dilihat melalui pengalaman individu dan pemerhatian pakar perubatan. Namun, masyarakat umum kurang dapat memahami perbezaan di antara kedua-duanya. Oleh itu, masyarakat umum seringkali membuat andaian bahawa seseorang mak nyah itu sebenarnya ialah seorang lelaki gay. Ada juga yang membuat andaian bahawa lelaki gay mempunyai keinginan untuk menukar jantina kepada wanita.
Sebenarnya, berlainan dengan golongan mak nyah, seorang lelaki gay mempunyai gender identiti sebagai seorang lelaki dan dengan itu, tidak mempunyai keinginan untuk menukar jantina mereka. Masyarakat bimbang bahawa gay, transgender dan keinginan untuk penukaran jantina itu adalah sesuatu yang boleh 'merebak'. Akan tetapi, identiti gender dan orientasi seksual seseorang tidak boleh ditukar dengan sewenang-wenangnya, dan ia tidak boleh bertukar disebabkan oleh 'pengaruh orang lain'.
Oleh itu, masyarakat sebenarnya tidak perlu bimbang jika mereka telah mengkaji fakta-fakta di sebalik isu ini. Kepelbagaian identiti gender dan orientasi seksual di kalangan manusia sebenarnya menjadi ciri masyarakat sejak azali lagi merentasi semua budaya di dunia. Maka, tindakan mengharamkan penampilan golongan minoriti seksual sebenarnya tidak akan mengubah seksualiti mereka tetapi akan memaksa mereka untuk menjalani kehidupan yang penuh dengan penderitaan.
Oleh itu, hujah di sebalik desakan untuk mengharamkan penampilan golongan minoriti seksual bukan sahaja akan menyebabkan penderitaan ramai insan yang tidak bersalah, malah ia hanya akan menimbulkan ketakutan yang tidak berasas di kalangan masyarakat umum. - PROFESIONAL PERUBATAN, New York, Amerika Syarikat.
nguLat ngepost | 2:35 PM | |
polis & mengandung
Wednesday, November 23, 2005
suatu pagi di hari biasa...
akak kurus sekeping :
eh uL, ko nak tahu tak, tadikan akak kena tahan dengan polis trafik.
aku :
kat mana akak kena?
akak kurus sekeping :
tuuu dekat traffic light dekat dengan library larkin tu.
aku :
ooo kat situ. abis tu akak kena saman tak?
akak kurus sekeping :
ni la yang akak nak cerita ni. bila kena tahan, akak pun berhentilah, dia minta lesen akak. akak dah berdebar2 ni, dalam hati cakap aperlah salah akak sampai kena tahan. pastu polis tu tanya "Puan, kenapa puan tak pakai tali pinggang keledar?" la.. akak lupa nak pakai tali pinggang rupanya. jadi akak pun jawab, "saya ni tengah mengandung 3 bulan tuan. jadi saya rasa senak kalau pakai tali pinggang.
*aku terus pandang perut dia yang kempis tu. dia macam tahu2 je yang aku curious dengan perkataan 'mengandung', jadi dia pun sambung cakap..*
..akak tak mengandunglah uL. akak tak tahu nak kelentong apa. tu pun akak main hentam ajer."
aku :
abis tu, polis tu saman akak tak?
akak kurus sekeping :
tak, dia tak saman akak. dia suruh berhati2 je ketika memandu.
aku : *dalam hati*
logik gak alasan tu ek. bolehlah aku guna nanti. hahahaha huhuhuhu hukk..
nguLat ngepost | 2:38 PM | |
road trip to kl
Monday, November 21, 2005
mari bercerita tentang hujung minggu yang menggembirakan..
Sabtu 19 November 2005
perancangan asal kekonon nak bertolak ke kl pukul 7 pagi. tapi terrrlewat satu jam. semuanya gara2 lambat bangun tido. apedah. mula2 Dia drive. sampai Seremban aku plak yang amik alih. biasalah tu. gilir2. jam 12 tengahari kitaorang dah jejak Putrajaya. kekonon nak lepak jap kat tepi Tasik Putrajaya ke, jenjalan kat Souq ke. kata Dia nak tengok tempat macam dalam drama Sembilu kat tv2 tu. aku pun bawakan ke sana. tapi bila dah sampai tak boleh masuklah pulak. sebabnya diorang buat kursus Haji Perdana kat situ. hampeh.

lepas tu terus blah ke PJ. kitaorang tido kat hotel yang berkembar dengan MidValley. memula seriau jugak bila menuju ke PJ ni. sebab aku tak biasa sangat dengan jalan2 kat PJ apatah lagi jalan ke MidValley. tapi berkat usaha dan kesabaran menempuh jam dan menterbeliakkan mata melihat segala-mala signboard, maka akhirnya sampailah jugak ke MV. dah sampai situ, satu hal pulak. isk, mana plak lobby hotel ni? uuhh payahnya pi MV yang besar lagi gedabak tu. lepas check in, cik Lily ajak lunch dengan dia n her partner. tapi Dia plak risaukan keretanya. ingat nak alihkan dulu keta pi kat car park hotel. tapi cari punya cari punya cari, tak jumpa2 gak. kitaorang parking kat H, tapi pi cari kat G. memanglah tak jumpa. last2 aku ajak dia pi makan dulu. untuk redakan keadaan, tenangkan perasaan. lagipun cik Lily dah lama tunggu.
lepas makan dan bermesra-mesraan dengan cik Lily, kitaorang cari lagi jalan ke parking H. akhirnya jumpa gak. kalau tak jumpa, bisa menangis kitaorang berdua. kemudian jumpa seorang lagi bloggers, jL yang memesan dvd di saat2 akhir. dah tak sempat nak belikan, aku beri yang aku punya dulu. sebelah malamnya cik Lily & partner, aku dan Dia bersama2 cik Manis dinner bersama2 di sebuah restoran di PJ. seronok. jumpa kekawan senget memangler seronok. *walaupun cik Manis dah tak anggap diri dia senget* maklumlah, ketika ini barulah kita dapat berkongsi cerita tentang dunia senget dengan bebas sebebas2nya tanpa perlu tapisan mahupun jadi hipokrit. nway, terima kasih tak terhingga pada cik Lily & partner serta Manis kerna menceriakan hujung minggu kami berdua.
lepas makan malam kekonon nak lepak kat KLCC pulak. tapi bila tengok hujan turun tak mo benti2, akhirnya kitaorang lepak kat bilik jelah sambil melihat pemandangan Kuala Lumpur di waktu malam yang semakin dingin membeku...
Ahad 20 November 2005pagi2 lagi aku dah terjaga. ajak Dia pi breakfast. lepas breakfast kitaorang meneruskan kelepakan di dalam bilik sahaja sambil menonton tv dan membaca apa2 yang patut dibaca. tengok tv1, ada Shumi (Shuhaimi Baba) dan Nanu dalam SPM. biasalah tu, promote Perempuan Harum Sundal Malam 2. ada caller cakap diorang dah tgk PHSM2. eh, bukan ker kuar 24 November nanti. ermmm... aku terus telek The Star di depan aku. eh betullah dah kuar. 11.30 pagi ada kat GSC MV. waktu tu dah pukul 10.30 pagi. aku tanya Dia nak tengok tak PHSM2 kat sini? aku janganlah ditanya. memang teruja sangat nak tengok hasil kerja kak Shumi kali ni. Dia kata ok ajer. apa lagi, kitaorang dengan segeranya mengemas segala harta benda, letak dalam keta kemudiannya terus check out.

pontianak kembali mengilaiiii. setelah agak lama aku tak menjejakkan kaki ke panggung wayang, akhirnya aku pergi juga untuk menyokong PHSM2 dan Shumi, pengarahnya. dan ternyata nilai wang yang aku korbankan itu amat berbaloi sekali. aku amat berpuas hati menonton filem ini. two thumbs up untuk Shumi dan semua yang terlibat menjayakannya. PHSM2 kali ini menghuraikan teka teki kita tentang siapa Maria yang sebenarnya. selain Maya Karin, Rosyam Nor, Ida Nerina, Kavita Sidhu, Nanu dan penampilan Rushdi Ramli yang juga memegang watak utama, ada ramai pelakon2 tanahair yang turut diundang untuk menjayakan filem ini walaupun penampilan mereka hanya beberapa saat sahaja. antaranya Aziz Sattar, S. Samsuddin, Zaibo, Raja Azura dan Aznil Hj Nawawi *iyer, aznil pengacara sensasi AF tu*.
adakah filem ini terlalu seram untuk ditonton? sewaktu aku menonton filem ini, tiada sorang pun di kalangan penonton yang menjerit2 ketakutan atau pun terperanjat. ada juga budak2 kecik yang dibawa sekali oleh mak bapak mereka menonton PHSM2, tapi aku pun tak dengar bebudak tu menjerit. jadi kepada anda yang memang takut dengan filem2 seram, tak perlulah berasa seram sangat. pada aku filem ini langsung tak menyeramkan walaupun ada ketikanya aku nak sangat rasa seram2nya tu. kiranya tak meremangkan bulu roma lah. walaupun begitu, lakonan Maya sebagai Maria/Meriam dan pontianak memang menjadi. dan semakin lama aku tatap wajah Maya Karin di layar besar pawagam, semakin dalam cinta aku bersemi padanya. hehehe.. sungguh cantik sekali dia dalam filem ini. tapi waktu dia jadi oranglah bukan masa dia jadi pontianak.
oklah. cukup pasal PHSM2. lepas tengok cerita itu, kitaorang pi KLCC plak dan kemudian meronda2 ibukota Kuala Lumpur sebelum bertolak balik ke Johor. lebih kurang 8.30 malam barulah aku dan Dia tiba di Segamat, Johor. sekian kisah hujung minggu orang2 bujang. tammat.
nguLat ngepost | 3:27 PM | |
apa tajuk ari ni?
Friday, November 18, 2005
sayang, konfem tiga hari. kita pi kl. sayang uruskan ek.
wahhh melompat riang aku bila Dia bagitahu cutinya dah disahkan. sebelum ni asik main tarik tali je. sekejap kata tak dapat, sekejap kata sehari. apapun, esok aku ngan Dia pi kl. tido semalam then ahad petang baliklah. kenapa kl? bila ditanya kat Dia, katanya "ada... banyak tempat nak berjalan." reason aku pulak, nak jumpa kekawan. selalunya kalau aku turun kl, aku tumpang tido kat rumah orang. tapi kali ni acik kapal ngan chefDiva tu ada hal mendatang, jadik honeymoon di bilik hotellah. tima kasih pada cik lily, yang dengan sukarelanya menjadi seketeri aku buat seketika. buat cik lily gak, akhirnya terbukak jugak hati awak nak menulis blog ek. tersengih2 saya sepanjang hari senin lepas bila awak bagitahu pasal blog awak tu. kali ni bolehlah saya menyingkap kisah terdalam awak ngan partner awak plak. suker u. yeeeehaaaaaa.. hehehe
seperti biasa gak, sebelum turun ke kl aku akan mencarikan buah tangan 'dvd' untuk kekawan yang memesan di kl nun. jadi semalam aku pun ke port biasa, HP di kedai brader biasa gak. hanya dia je tahu apa yang aku cari. dan dia jugak banyak suggestkan pada aku citer2 senget yang terbaru yang aku sendiri tak tahu kewujudannya. itu sudah baik! so apa citer senget yang ada di pasaran skang?
* LW2 dah ada copy yang terbaru. dulu 7 keping, skang 4 keping dvd sahaja. kata brader tu, original copy. tapi bila aku preview, bonus features masih lagi takde. brader tu siap mintak maap lagi sebab aku masih tak jumpa LW2 yang benar2 mengikut kehendak hati.
* Saving Face - Movie. waaaaa... bestlah citer ni. aku tengok citer ni sampai pukul 3 pagi tadi. punyalah tak sabar nak khatamkan. citer ni memang citer senget terbaru. baru abis ditayangkan di US. apa yang best sangat ni uL? jalan citer yang best, pelakonnya juga best, cantik dan menawan. bila tengok citer ni, ia akan membuatkan kita tersengih sepanjang masa dan bikin hati kembang semacam. u will smile all the way... cerita ni gak kalau kita tengok reramai memang seronok. citer tentang apa korang carilah sendiri. websitenya dah ada. kalau nak aku review, sesenang nanti aku buatlah review nyer.
* Lost & Delirious - Movie. tima kasih pada subgal sebab bagitahu citer ni dah ada di pasaran. keluaran tahun 2001. kisah cinta senget bebudak pompuan di boarding scool. best jugak. tapi tak boleh lawan citer kat atas tu. hehe.. antara pelakonnya yang ternama ialah Mischa Barton, minah The O.C. tapi dalam citer ni dia tak jadi sengetlah. just jadi member pada kekawannya yang senget.
* Girl Play - Movie. juga baru release tahun ni. aku tak sempat tengok abis. baru suku je. citernya pasal apa ek? pasal.. two women, one love, dozens of stories! syiok.
* Chinese Chocolate - Movie. release 1996. hampeh. aku tak cadangkan korang menontonnya. aku ingatkan ala2 Better Than Chocolate. tapi ini cokolat yang hampeh sehampehsnya. tak payahlah tengok. membazir letrik je.
so itulah dia antara citer2 senget yang terbaru di pasaran cetak rompak skang ni. sebenarnya ada lagi beberapa movie yang brader tu cadangkan pada aku, tapi terpaksalah aku menolaknya kerana tak pasti benar2 senget atau tak. kang membazir je duit mengalir. oklah. selamat berhujung minggu. chow!
nguLat ngepost | 1:26 PM | |
hurricane M**tika
Wednesday, November 16, 2005
Bilangan gay di Malaysia semakin bertambah. Buatlah apa pun tindakan, kecamlah mereka, pujuklah mereka, tapi bilangan komuniti ini tidak pernah surut. Malah kian hari kegiatan mereka kian tersusun hingga punya port, kelab malam dan pusat kecergasan sendiri. Kita jadi pelik, kenapa ini terjadi? Jawapan yang paling tepat ialah INTERNET. Internetlah yang menghubung dan menyusun gay-gay ini hingga menjadi sebuah komuniti akrab. Melalui Internet, golongan ini dapat membiang, saling berhubungan tanpa sempadan, bertukar-tukar maklumat tentang budaya hidup, dan aktiviti di dalam dan di luar negara serta menambah ahli baru. ..........
Bagaimana mereka berhubungan? Melalui chatting room, e-mel, forum dan laman BLOG. Laman blog, atau catatan yang berbentuk diari, lazimnya diisi dengan kisah pengalaman cinta dan hubungan songsang mereka. Antara yang popular ialah......... Dalam blog tersebut mereka bercerita tentang pengalaman menjadi gay semasa di luar negara dan pengalaman biru masing-masing. ........
petikan di atas adalah sebahagian rencana yang dipaparkan oleh majalah M**tika keluaran November 2005. terperanjat? takut? seram? malu? ngeri? itu baru sedikit. pendedahan paling besar ialah tentang kebiadapan golongan tersebut di Surau Tasik Kelana Jaya atau di Tasik Permaisuri bagi keluaran Oktober 2005. aku juga rasa seram dan malu bila baca apa yang diorang tulis. ini semua disebabkan oleh sebahagian daripada komuniti kita yang tak tahu nak jaga diri, yang tak pernah puas, yang tak abis2 glamer dengan cerita nafsu serakah mereka. walaupun apa yang didedahkan itu mengenai gay - jantan dengan jantan, tapi ia tetap terpalit pada kita yang berada di bawah bumbung yang sama. sama2 pelangi. People Like Us - PLU!
aku baru baca majalah tersebut 3 hari yang lepas. dah basi kata orang. memula adik pompuan aku yang bercerita tentang ini tapi aku buat tak tahu je. almaklumlah bukan citer kaum sejenis. tapi bila sorang kawan aku yang kat kl bagitahu dan soh cari, aku pun belilah. kawan ku cakap, puas dia jelajah satu kl, semua tempat sold out. tapi akhirnya dia dapat gak. tu pun orang lain tulun carikan. vavavomm.. meletops lah M**tika kali ni. ermm dah lama aku tak baca M**tika. makin agresif dan isi kandungannya totally berubah. kalau dulu2 citer pasal benda2 pelik, seram, ghaib dan misteri. sekarang ni plak macam Edisi Siasat Ntv7 tapi versi majalah. yerp, pendedahan sehingga ke lubang cacing, segala mala dikorek, yang haprak yang memburaikan isi perut cerita busuk makhluk bernama manusia berbangsa Melayu beragama Islam.
bak kata seorang teman menerusi blognya "Cerita golongan gay dah terpampang di dlm majalah ..., kelak cerita kita pulak ya? Ngeri bila baca, betapa sarcasticnya ayat2 mereka. What to do.. we are who we r. Gender ketiga sentiasa wujud di muka bumi ini.. that's what they shud understand. Cuma kita janganlah keterlaluan.. kerana keterlaluan sentiasa mengudang bahaya.. soroklah selagi boleh sorok.. kalau nk tayang sgt sifat lesbianism tu.. pastikan comunitynya boleh menerima. mesti korang penah nengok cite boys don't cry rite? Jangankan sampai tragedi camtu terjadi pada kita." yerp, thats rite. aku setuju dengan ko.
M**tika kata "Kami tidak membenci mereka, gay juga makhluk tuhan. Yang M**tika kesalkan ialah budaya yang dibawa." yang buat diorang marah & geram sangat ialah pasal golongan tersebut dah hilang rasa hormat pada rumah Allah, dah hilang rasa malu kerana di mana sahaja mereka nak menghenjut dan mengkuda tak kira siang malam, tak kira ada orang atau tak, tak kira tempat mereka berpijak. tapi perlu juga diingatkan, tak semua senget macam tu. orangkan macam2 jenis. sedangkan manusia normal pun buat perkara2 yang sumbang mambang, sumbang mahram, rogol tak sudah, JIT, black metal dll apatah lagi si senget ni yang pasti banyak kurengnya. tapi... alamak aisehmen, memang memalukan kaum betullah.
aku tak mo mengutuk M**tika atas apa yang didedahkan, kerana apa yang didedahkan itu adalah kebenaran dan aku sokong dengan pendedahan tersebut walaupun ia memalukan kita yang sepelangi. bagaikan menconteng arang di muka sendiri. kerana nila setitik rosak susu sebelanga. yang takde kena mengena pun terpalit sama. dahlah sentiasa serong dan songsang di mata orang. lagi2 nak menyongsangkan keadaan. ya, aku akui aku sangat geram dengan isu surau TKJ tu.
selain citer kegiatan di surau TKJ, ada satu artikel yang agak menyeramkan aku, yang membuatkan bulu ketiak aku berdiri tegak. apa nyer ek? ni dia.. M**tika kan wak dia kan turut kan mengorek kan rahsia kan di blog2 senget kannn. errrmmm apa kes tu? blog yang didedahkan ialah blog akak2 fefonens. sapa2 yang penah baca blog diorang tu tahu2 jelahkan isi & jalan citer blog depa. penuh dengan citer aksi biru yang kenkadang buat tekak aku rasa loya lagi memualkan. *ampunkan aku akak2s ku, memang tuler yg aku rasa. hehe* part blog tulah yang membuatkan hati aku rasa tak senang. manalah tahu satu hari tetiba cerita lez plak yang dibangkitkan, dikoreknya blog pompuan senget, haaa... glamerlah plak blog kita satu mesia. hahahhaa..
tapi kita tak buat salah kan? jadi buat apa rasa takut. kita tak kacau diorang. kita juga tak buat perkara2 yang memalukan masyarakat lain depan2 orang. kita tak menulis benda2 yang tak senonoh. kita menulis, membuka blog bukan untuk mempengaruhi orang lain. tidak sesekali berniat mengajak orang stret menjadi senget. bukan juga menyeru orang menghalalkan cara hidup kita. kita cuma meluahkan apa yang dirasa, sekadar berkongsi pengalaman. tak minta simpati tapi kalau rasa empati, terima kasihlah bebanyak. kita juga tak minta kesaksamaan hak. kita tak minta dihalalkan undang2 perkahwinan sesama jenis. kita paham apa yang kita buat menyalahi agama. jelas. itu semua jelas dipikiran kita.
jaga selagi boleh jaga. kita tetap perlu beringat, kita perlu berwaspada dengan apa yang kita dedahkan di sini. gambo, cerita... orang dengan sewenang-wenangnya boleh mengeksploitasikannya. ingat tu. ingatan untuk aku dan juga kawan2 semua. sama2lah kita beringat. bak kata orang, sendiri mau ingatlah brader. sorok selagi boleh sorok. tapi kalau dah berambut pendek, bergaya jantan camner nak sorok ek? hehehe..
nguLat ngepost | 2:59 PM | |
buang tebiat
Monday, November 14, 2005
"eh, ko dah buang tebiat ker?!"
kita selalu cakap frasa 'buang tebiat' bila kita tengok kekawan kita buat sesuatu di luar kebiasaan mereka atau buat benda2 pelik yang dia tak pernah buat sebelum ini. 'buang tebiat' juga dikaitkan dengan kelakuan orang yang dah hampir dengan saat2 kematian. tabiat2 pelik yang dilakukan itu dianggap sebagai tanda2 perubahan sikap seseorang sebelum ajal menjemput. aku rasa 'buang tebiat' boleh juga ditafsirkan sebagai membuang tabiat2 yang biasa melekat pada diri samada tabiat buruk kepada tabiat yang lebih baik atau sebaliknya. melakukan perubahan pada diri. tapi kadang2 sesuatu perubahan yang kita buat sukar diterima orang. maka timbullah berbagai persepsi dan andaian. dan antara andaian2 itu ialah 'buang tebiat'.
ada banyak perkara yang kita buat yang kadang2 bukanlah luar biasa sangat tapi tetap digelar buang tebiat. kadang2 kita plak yang mengata diri sendiri buang tebiat. buang tebiat ke aku bila..
* tak penah2 aku beli album Siti Nurhaliza sejak dulu sampailah la ni tetiba kelmarin aku terrrbeli vcd konsertnya yang kat Royal Albert Hall London tu. sampai adik aku tanya, "aik sejak bila ko minat Siti?" aik salah ker sesekali aku buang tebiat dengan membuang duit menyokong ct?
* dah ada Tentang Dia versi cetak rompak. tapi menggatal lagi pi beli yang ORI sedangkan citer tu takdelah senget mana. rasa sengal pun ada. tapi tetap beli. memang ari tu aku membuang tebiat dengan membuang duit beli citer2 ORI. selalunya kedekut cari cetak rompak je. hehe
* akan datang punya buang tebiat yang tak dilaksanakan lagi ialah membotakkan kepala. bila ntah nak buat...
* apa lagik ek? tak tahulah. malas plak nak ingat kelakuan2 buang tebiat aku yang lepas2 tu. memang buang tebiat tulis entry buang tebiat sebab tak pasal2 buang tebiat buang masa je buang tebiat dan orang yang baca pun jadi buang tebiat baca entry buang tebiat. sungguh buang tebiat ari ni.
ok. ok. cut the crap. sebenarnya ada citer yang aku nak citer di sebalik entry buang tebiat ni. ingat lagi tak pada citer aku pasal mamat sengal yang tak pasal2 menyumpah seranah aku, yang mendoakan aku eksiden balik keje, yang nak menyantet aku dalam bulan poser baru2 ni. kalau korang tak baca, atau tak ingat pi ler cari entry tu balik. kalau tak mo cari, buat tahu2 jelah ek. begini ceritanya.... aku dapat berita ni dua tiga hari sebelum raya bahawa mamat tu dah seminggu meninggal dunia. kalau dicongak2 kira2 dah 3 minggu lah dia innalillah... berita ini disampaikan dari sumber yang tak dikenali. dan sumber itu juga meminta aku memaafkan mamat tu atas kejadian yang tak diingini tu. memula bila dapat tahu terperanjat beruk gak aku. malah opismate2 aku yang tahu pasal mamat tu pun tersentap jugak. pastu diorang kata mesti buang tebiatlah tu menyumpah seranah orang tak pasal2. dan bila aku cerita kat Dia, reaksi Dia pun sama, buang tebiat sebelum dia.....
ekceli aku tak kenal langsung dengan that mamat dan sumbernya sekali. sebab kematian pun tak tahu. aku pun malas nak buat edisi siasat. apapun, aku dah lama maafkan dia. kalau benar dia dah tiada, semoga amanlah dia di SANA.
nguLat ngepost | 3:13 PM | |
3 perkara dot dot dot
Thursday, November 10, 2005
ada 3 perkara yang aku tak suka bila naik raya ni...
satu : muka aku yang agak kurus *ececeh perasaN!* sebelum poser dan masa puasa telah menembam dengan mendadak dan membuatkan aku rasa tak kiut lagik. ini menyebabkan aku berniat tak mo makan dah, nak diet tetiba. tapi nak buat camner ek, tekak ni sungguh berselera pada sumer kueh mueh yang ada dan niat nak berDIE-T adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan pada bulan ini. satu lagi, bila muka makin tembam, hasrat di hati nak menyimpan rambut panjang skit juga terpaksa ditarik balik. tak sesuwaiii kata Dia.
dua : selain muka, aku juga tak suka kat perut aku yang dah membuncit semula selepas sebulan cuba menurunkannya. segala usaha menjaganya menjadi sia2 setelah tekak tidak dapat mengkontrol kehendaknya. time makan memang tak ingat tapi bila dah abis makan, bila pegang perut yang membuncit, barulah rasa marah pada diri. abis tu, dulu2 aku jugak yang buat falsampah, "selagi belum tua, selagi kita boleh makan, makanlah. kang bila dah kerepot, gigi dah takde, jangan beranganlah nak makan sedap2." hahahaha... tambah satu lagi, bila dah kena penyakit, barulah beringat. abis tu, dah sifat manusia macam tu. abis tu abis tu... abis tu, three.
tiga : bila muka menembam, perut membuncit, apalagi tentulah berat badan turut bertambah. secara keseluruhan, aku menjangkakan berat aku naik sekitar 3-5 kg kali ini selepas menurun seketika masa bulan puasa. ada alat penimbang badan kat rumah tu, tapi aku tak mo timbang. aku mesti meraung kalau tengok jarum timbang tu melambung2 menimbang berat aku. waarrghhhhh....!!!
nguLat ngepost | 3:37 PM | |
Dia kata...
Tuesday, November 08, 2005
Dia kata, "dulu bila tengok tv, tengok citer pasal orang takde mak bapak ni, rasa biasa ajer. simpati tu ada lah tapi tak lah rasa sangat apa yang diorang rasa. skang bila mak dah takde, abah lagilah dah lama pergi, barulah rasa perasaan tu. rasa takde orang sayang..." tentulah Dia tahu aku sayang kat Dia, tapi rasa kasih sayang ibu bapa pada anak2nya tak sama dan tiada bandingannya dengan kasih sayang seorang kekasih. cinta kekasih boleh beralih arah, tapi cinta ibu bapa kita pada kita membawa ke syurga.
Sabda Rasulullah SAW: Tiga perkara tidak terputus bila seseorang meninggal - Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Doa anak-anak yang soleh. InsyaAllah.
Dia kata, "malam raya hari tu adik cakap, malam ni mesti ada takbir kat tv kan. kita jangan bukak tv lah." aku faham, Dia bukan sengaja tak mahu mendengar takbir raya yang hanya berkumandang 2 kali aje dalam setahun, tapi tentunya Dia hendak mengelak rasa pilu, hiba dan sedih yang pasti akan bertandang merajai hati. siapa nak pujuk nanti? kenalah pujuk diri sendiri sebab aku takde beraya di sisi.
Dia kata, "arwah mak ada pesan, kalau nak pergi kubur masa pagi raya, pergi pagi2 sebelum matahari tegak meninggi di kepala. sebab roh akan duduk di kepala kuburnya pada pagi tu dan menjelang tengahari rohnya akan diangkat semula ke langit. maka sebelum diangkat semula, dapatlah ia melihat siapa yang hadir menziarahinya di pagi raya. *wallahua'alam* jadi saya dan adik pergi sana lebih kurang pukul 7 lebih. pagi tu hujan sayang. gerimis. saya pergi kubur mak dulu. sebelum saya balik, saya usap batu nisan mak, saya cakap kat mak, mak orang balik dulu. pastu saya pergi kubur abah. tengah2 saya bacakan doa untuk abah, takbir pun bergema kat masjid. aduhhh saya rasa dada saya disentap2 sayang. saya cakap sabar ek, sabar. nasib baik dah nak abis. saya mampulah bertahan. pastu sebelum saya balik, saya pun cakap kat abah saya, orang balik dulu abah. tapi saya tak balik rumah lagi. saya singgah kubur nenek. masa tu takbir tak abis lagi, tapi saya dah oklah. dah tak rasa tersentap macam tadi. bila dah selesai kat kubur nenek, saya pun cakap, saya balik dulu nek." ya Allah, tenangnya Dia bercerita. air mata aku pula yang bergenang2.
Pada petang akhir Ramadhan, orang2 yang meninggal (sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. *ini kerana pada bulan Ramadhan, mereka akan dinaungi yakni bagi yang telah meninggal dunia, terlepas dari siksa kubur* Adalah dicadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yang meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan daripada anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali untuk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah orang2 tua yang sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kepada kita.
Dia kata, "saya tengok tv masa raya pertama, malamnya. sensorang, adik keluar. pastu ada takbir raya kat tv. saya tengoklah. mula2 saya ok, pastu saya rasa sedih sayang. terus tutup tv, masuk bilik nangis sorang2." aku gelak masa Dia cerita part ni. sebab gaya Dia bercerita dengan muka selamba sambil sengih2. yelah, kontrol macholah tu. gelora dalam hatinya, Tuhan sahaja yang tahu. bukan aku tak ajak Dia beraya dengan aku, tentulah aku ajak. aku pun tak mahu Dia bersedih sensorang. tapi tulah, kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang anak kenalah dijalankan walaupun terpaksa mengharunginya sendiri. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kedua ibu bapanya. Amin.
nguLat ngepost | 10:14 PM | |
1 Syawal 1426H
Thursday, November 03, 2005
|| Syawal - 4U2C ||
bergema takbir di pagi raya
menyambut menyambut Syawal bulan mulia
uhh bersyukur insan pada Yang Esa
berhari raya kita semua
pohon kemaafan doa restu darimu ayah ibu
di pagi hari raya ikhlas kasih anakmu
keinsafan kesabaran bermaafan
menjanji kita semua insan yang mulia
1 Syawal hari raya
Aidilfitri yang mulia
yang yatim yang miskin pun gembira
walaupun hiba di pagi hari raya
yang kecil pun turut bergembira
menyambut hari raya oh, oh mulia
sebulan berpuasa mengajar kita
erti kesabaran dan keinsanan
menghormati yang tua muda dan
pada ibu bapa keluarga tercinta
ampun dan maaf di hari yang mulia dari anakmu
dan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada semua..
~ Selamat Hari Raya Aidilfitri ~
~ Minal Aidil Wal Fa'Izin ~
~ Mohon Maaf Zahir & Batin ~
~ ikhlas - uL ~
nguLat ngepost | 11:54 AM | |