Saturday, January 28, 2006

wahh cuti panjanglah kita ek. tapi aku tetap kena keje. dan sekali lagi kena tinggal sensorang kat rumah. dua minggu lepas parents aku pi indon, weekend ni diorang nak pi kl lah plak. jenjalan dengan adik pompuan aku yang stay kat sana. nak ikut memanglah tak bleh. kan keje. kenalah sensorang jaga rumah. aku tak kisah kena tinggal sensorang. bak kata mak, bukan ada hantu nak ditakutkan. cuma takut kat orang2 je. aku kan masih anak dara pingitan. kuikuikui.. tapi dalam tak kisah kena tinggal tu, ada gak rasa kisahnya.

'kisah' pertama ialah aku kena siram pokok bunga bapak aku yang berlambak kat laman rumah tu. halamakk ni memang hampeh. malas betul aku nak tayang muka aku ngan orang2. tapi nak tak nak aku tetap kena siram. kang kalau layu pokok2 tu, bila diorang balik jb, aku plak yang layu kena berdas2 bebelan. aduh!

'kisah' kedua ialah... apa aku nak makan ek? hua..hua..hua.. lahabau punya budak. macamler tak penah tinggal sendiri. bukan aper, kiranya dah 3 tahun aku kembali dok dengan parents, jadik manja makan ditanggung tu rasa syiok bebenor. plus, air tangan mak memang lebih best dari sesapa pung. bila diorang pi jenjalan, aku mula pikir kat mana nak beli makanan. halamak, jauh tu sampai kg melayu aku pi. nak masak? dari dolu sampai la ni mak aku asyik bebel soh blajar masak. masalahnya, jiwa aku kacau bila kat dapur. ekekeke..

itulah aku dengan kisah2 poyo ku. meh aku kisahkan plak tentang perkembangan industri cetak rompak citer2 senget terkini. alkisah, semalam aku free jadik aku pun merayaulah pi port dvd kat HP. sampai je kat port biasa, brader yang selalu layan aku takde. kata anak buahnya pi amik stok baru. takpelah. aku pun beleklah koleksi citer2 yang ada. hampeh. satu citer senget pun aku tak jumpa. kalau ada brader tu boleh gak sembang2, tanya apa2 yang patut. ni dengan anak buahnya, aku cakap pun bukannya depa paham. pastu aku pun merayau ke setiap kedai cetak rompak yang ada kat HP tu, tanya kalau2 Bring In On 2/Again atau But I'm a Cheerleader ada ke tak *info dari sengetians.forumer ni*. hampeh sekali lagik. diorang kata tu citer lama *memang pun*. so stok memang dah takde. aduh sememeh je muka aku semalam. dah lama aku cari citer tu. *tapi aku rasa Bring In On 2/Again (bukan senget-2004) dan But I'm a Cheerleader (100% senget-1999) adalah dua citer yang berbeza. ini berdasarkan pencarian aku kat internetlah.* apapun, nak sedapkan hati, nampak je citer Brokeback Mountain, aku pun belilah. gay pun gay lah. janji senget. huhu

ada apa dengan Brokeback Mountain? sejak citer tu meletup kat Golden Globe, maka sejak itu ia menjadi buah mulut sengetian. kisah dua orang koboi yang unsangkarable boleh jadi kapel. jalan citernya memang menarik dan sangat menyentuh perasaan. boleh bergonang ayo mato. tak caya? tengoklah.. tak rugi punya. :)

wokeylah guys, selamat berhujung minggu, bercuti panjang dan juga selamat menyambut tahun baru Hijrah 1427. adios.



nguLat ngepost | 1:25 PM | |

Wednesday, January 25, 2006

aku bila baru2 nak kembali memblog, agak susah skit nak melontarkan idea atau nak bercerita atau nak mengarut-marut. macam2 nak tulis tapi tersekat di hujung jari. nak luahkan rasa hati, rasa jiwang dah lari. nak cerita aktiviti diri, ala sama je cam korang hari2. pi keje, balik keje, makan, tengok tv, tido, cuti. yang tak sama cuma situasi je. tak menarik pung nak di story mori. nak tak nak kenalah carik sesuatu sebagai pengganti kebekuan otak ini.

meh kita cuci otak sekejap...

--> Ini kisah orang sakit mental yang minat MAWI

Satu hari seorang pengawal membuat rondaan di setiap bilik orang sakit mental, dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu walupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat dengan suaranya yang tersendiri mengalunkan lagu Intifada. Kata pengawal itu dalam hatinya, "tak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain." Sambil melihat dari luar pesakit tu menyanyi sambil terlentang di atas katilnya. Pengawal terus melalui bilik itu dan berjalan terus untuk meronda ke bilik2 pesakit yang lain.

Setelah selesai pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi ia masih menyanyi tetapi kali ini lagu Aduh Saliha pulak. Dia menyanyikannya memang hebat, bagus sekali tone suaranya , cuma dia sakit mental aje kalau tak boleh buat album.... tapi kali ini dia menyanyikan lagu Aduh Saliha tu dalam keadaan meniarap, lagu Intifada yang mula2 tadi terlentang. Pengawal tu hairan dan bertanya pada pesakit mental tu...

"Kenapa kamu menyanyi meniarap? tadi terlentang?"

Jawab pesakit mental tu.....

"Tadi SIDE A...ini SIDE B lah pulak...."

Pengawal tupun beredar dari situ dan berkata dalam hatinya.. "Betul jugak!"



hua hua hua.. lawak sengal betullah!!



nguLat ngepost | 5:20 PM | |

Tuesday, January 24, 2006

haluuu.. hari ini aku nak tolong member baik aku iaitu cik sekapal mengwar-warkan penubuhan satu forum yang mengumpulkan peminat2 senget seantero malaya yang meminati apa sahaja tentang dunia senget terutamanya filem/siri tv senget, buku senget, orang2 senget dan segalanya yang senget belaka. jadi kepada korang yang selama ini tercari2 tempat nak berkongsi pendapat tentang filem senget kesukaan ker, atau nak bergosip sakan tentang artis senget pujaan korang ker, atau tempat korang nak berdebat senget ker, mungkin telah tiba masanya korang keluar dari lubuk pertapaan korang tu, mencurahkan segala idea yang korang pendam dan perap.

bak kata sekapal menerusi blognya..
Ada tak di antara korg yg rasa2 cam teringinnn nak bukak meja, dan bincangkan pasal watak2 filim senget, pastu filim2 senget yg DVDnya ada di pasaran, ataupun bincangkan pasal kapel2 dalam siri The L Word? Ye la, sure korg yg dah tgk The L Word tu (aku bet kat sini mmg majoriti dah tgk. kan kan?), teringin nak bagi sepatah dua kata pasal keretakan hubungan Bette & Tina, ke'hot'an si Carmen, ke'cool'an Shane, dan jugak ke'cute'an acik Lara Perkins, senang2 boleh keluarkan pendapat sendiri dan seterusnya terussss boleh dengar pendapat org lain. Dlm pada masa yg sama boleh gak berkenal2an merapatkan silaturrahim.

haa.. telah terbukti, walaupun forum ini masih lagi berbau kedai, tapi maklumat2 yang disebarkan amat berguna sekali untuk orang2 yang sentiasa mencari2 sesuatu yang baru di dunia senget seperti aku ni. jadi apa lagi, silalah kunjungi forum ini yang dinamakan sengetians di...


sebagai menyokong usaha baik sekapal ini, aku turut meletakkan linknya di blog ini di bawah 'port senget'. jadi kalau lepas ni korang lupa atau malas nak ingat addressnya, jengok2lah blog aku ek. huhu..

ada rasa teruja tak? nak join? semua sekali dijemput masuk. jangan malu2 kucing tau. takde yang mencakar di dalam tu. pun jangan setakat pandang-pandang jeling-jeling jer.. mehler kita memeriahkan lagi hidup senget kita di dunia maya ini. wokeh!



nguLat ngepost | 3:38 PM | |

Friday, January 20, 2006

assalamualaikum wbt. selamat hari jumaat. sempena kedatangan jumaat yang mulia ini, maka aku pun mengambil kesempatan untuk kembali mengapdet blog aku yang dah hampir 2 minggu aku tinggalkan. memang betul2 kena tinggal. langsung tak jengok. rindu banget dah ni. apapun, tima kasih pada korang yang sudi singgah kat sini walaupun aku tak apdet. rasa hampeh tak? huhuuhu.. dan tima kasih jugak pada meka yang sudi menurunkan kata2 memberangsangkan buat pedoman aku mengemudi hari2 mendatang. tima kasih sekali lagi.

tentang kehidupan aku kini... perlu ker aku bercerita tentang apa yang terjadi? erm.. tak payahlah ek. apa yang berlaku memang sunguh2 poyo lagi menyengalkan otak aku dan Dia. yang penting skang, aku dah kembali normal. opps, bukan maksud aku dah jadik tegak ek. oh bukan. aku masih lagi senget sesenget-sengetnya. maksud aku, aku dah ok arr sekarang ni. lama jugak nak meng-ok-kan diri. sebabnya aku tak berkongsi masalah ni dengan orang lain. selesaikan sensorang. sebab tu kot aku poyo dan sengal berminggu-minggu. haaa.. sebelum lupa lagik, tima kasih jugak pada yang menelepon tapi aku tak angkat, yang antor sms tapi aku tak balas. bukan tak mo jawab tepon, tapi aku yakin, tak terkeluar sore aku nanti. yang kuar bunyi melalak plak. haru je.

wokeylah, selamat kembali ke dunia blog <-- ucapan dari aku untuk diri aku sendiri. huhuhuk!



nguLat ngepost | 3:41 PM | |

Friday, January 06, 2006

Just Want You To Know
Backstreet Boys



Looking at your picture from when we first met
You gave me a smile that I could never forget
And nothing I could do could protect me from you that night

Wrapped around your finger, always on my mind
The days would blend 'cause we stayed up all night
Yeah, you and I were everything, everything to me

I just want you to know that I've been fighting to let you go
Some days I make it through and then there's nights that never end
I wish that I could believe that there's a day you'll come back to me
But still I have to say I would do it all again
Just want you to know

All the doors are closing I'm tryin' to move ahead
And deep inside I wish it's me instead
My dreams are empty from the day, the day you slipped away

I just want you to know that I've been fighting to let you go
Some days I make it through and then there's nights that never end
I wish that I could believe that there's a day you'll come back to me
But still I have to say I would do it all again
Just want you to know

That since I lost you, I lost myself
No I can't fake it, there's no one else

I just want you to know
That I've been fighting to let you go
Some days I make it through and then there's nights that never end
I wish that I could believe that there's a day you'll come back to me
But still I have to say I would do it all again
Just want you to know



nguLat ngepost | 11:44 AM | |

Wednesday, January 04, 2006

'yang kan terjadi tetap terjadi'

satu haribulan satu tahun dua ribu enam
kisah cinta ini berakhir di januari
tiada lagi Dia, tiada lagi Aku
tamat, noktah, titik, the end
bersaksikan ombak, pantai dan lautan
pada petang gerimis seakan mengerti
lafaz perpisahan diucap dengan ratapan
hancur segala kenangan punah seribu impian

maafkan aku sayang
bahtera kita terpaksa dilabuhkan
sebelum hanyut tanpa penghujung
bukan itu yang aku pinta
juga bukan itu kemahuan mu
tapi terpaksa kau lakukan jua
juga maafkan aku sayang
bukan aku tak mahu kembali
bukan aku menolak peluang itu
berikan aku ruang dan masa
mengenang mengimbau mentafsir
setelah aku kecewa, meratap hiba
setelah kau kecewa, musnah keyakinan

'ingin aku pergi jauh darimu
agar ku kenal erti rindu ini
ingin aku menyelami jiwamu
agar ku kenal dirimu kasih
ingin aku membenci dirimu
tapi kebencian tiada padaku
walau apa yang engkau sangkakan
aku tetap cinta pada mu ...'

Tuhan ...
himpunkan kekuatan pada ku, pada Dia
doa ku agar Dia bahagia sejahtera
lindungilah Dia dari mara bahaya
kembalikan keyakinan hidup padanya

Sayang ...
andainya suatu hari aku kembali
mencari dirimu yang hilang entah di mana
percayalah kau pada ketika itu
cinta ku satu, kekal hanya untukmu ...

apa yang terjadi kan terjadi
dengan keizinan Ilahi
aku menyakini
yang kan terjadi tetap terjadi
pertemuan ... di azali ...



Kisah CinTa - Ogy Ahmad Daud

Ini sebuah kisah cinta
dari sekuntum bunga sekeping hati
dua jiwa dalam lamunan
pada rasa untuk berpisah

dua dunia satu mimpi
satu cinta dalam satu hati
terjerat dalam permainan hidup
terkandas dalam cinta terhalang

mengapa dunia kejam pada
mereka yang bercinta
mengapa bercinta
harus ada saja perpisahan
kisah cinta berakhir
dengan penuh ratapan
kisah cinta berakhir
dengan penuh harapan
kisah cinta ...

ini sebuah kisah cinta
dari sekuntum bunga sekeping hati
dua jiwa dalam lamunan
terjerat dalam cinta terhalang



nguLat ngepost | 2:15 PM | |

di bawah lembayung pelangi

a member of the

SengetianS


skodeng



+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+

+sekapal+
+lilylotus+
+blue+
+zaffey+
+yatt+
+payid+
+elenaoz+
+nasik+
+isrockstar+
+jj78+
+asya+
+dyke+
+rozek+
+afy+
+th3undefined+
+jL+
+laut+
+eid+
+fdb+
+froggie+
+armz+
+fiq+
+shajime+
+elsilver+
+armie+
+shay+
+han+
+arD+

+AfterEllen+
+Sengetians+
+WWLW+
+Butches Inc+
+for PLU+
+Pink Lemonz+
+Les Worlds+
+Queer Filter+
+PlanetOut+
+The L Word+
+Queer Jihad+
+Fridae+
+Al-Fatiha+
+Herstory+

template by +Lonelyger+
hosted by +Blogger+



Listed on Blogwise

This page is powered by Blogger. Isn't yours?


Free Web Counter