Thursday, March 30, 2006

wahhh seronoknya dapat bercuti selama 5 hari. bermula hari sabtu lepas, aku pi kl lepak dengan geng yang carca marba rupanya. ada senget, ada tegak, ada senget dah jadi tegak, ada tegak jadi senget jadi tegak semula, ada senget tapi senget ke?, ada budak bawah umur, ada budak besaq ala budak kecik.. aii macam2 ada. seronoknya sebab masing2 tak peduli dengan label diri. itu yang buat kitaorang kamcing. ngam ho! kitaorang kumpul di party nasik lemak yang menunya juga carca marba. puaslah makan nasi lemak seimbang lagi berkhasiat tinggi, hasil percambahan idea dan imbauan memori kenangan klasik nasik lemak di zaman atuk nenek moyang dolu2. jarang2 dah kita jumpa nasik lemak tradisional di era nasik lemak seringgit kini yang cuma ada nasik sejemput, telur jarang ada, sambal kedekut, ikan bilis secoit dan kacang goreng lemau.

lusa dah masuk bulan baru. sekejap sungguh masa berlalu. rasanya baru semalam sambut besday yang ke.. rasanya baru semalam sambut tahun baru masihi.. rasanya baru semalam aku pi kl berhora-hore. masuk bulan baru nanti, aku dapat tanggungjawab baru, keje yang sama cuma situasi berbeza. pastinya menggalas tugas yang lebih mencabar jiwa raga dan segalanya. mampukah aku menjadi diri aku sendiri atau terpaksa berlakon demi memenuhkan kocek di hujung bulan? terpaksa? yelah kan.. terpaksa hipokrit stret. benci!! ermm.. 5 hari bercuti dengan harapan dapat menenangkan diri. sebaliknya aku makin menggelabah. nerbes siot menanti 1hb. dag dig dug, dag dig dug di dalam dada, jantung berdebar, hati bergetar ambooiii.. kacau..kacau. selepas ini juga aku takkan ada cuti hujung minggu lagi. kalau dulu boleh gak cilok sana sini. tapi sekarang... waaa.. sedih. harap2 aku dapat pergi gath yang dirancang untuk sengetians forum yang akan diadakan dua tiga bulan lagi. harapan menggunung sangat2 setinggi gunung susu. huahuahahaha..

sekarang ini bila tiba khamis malam jumaat, aku tak pernah miss Wakenabeb dan TNL. lawak giler. mari imbas kembali penangan kedua2 rancangan tersebut pada minggu lepas. karangan di bawah ini adalah ayat basi seminggu yang lepas yang tidak diterbitkan lagi untuk bacaan umum.

"malam tadi enjoy giler tengok ff dalam Wakenabeb dan TNL with Harith Iskandar. minah tu memang pandai cilok ayat, corner sana sini. puaslah dapat tahu lagi sikit2 pasal diri ff. dia suka warna pink, suka makan ayam dan suka pakai skirt! hahaha.. takpelah.. pakailah skirt yea. ayu dalam keras gitu rupanya. selepas tengok dia, kira2 angau tu masih ada. maka aku pun surf cari gambo ff. cari punya cari sekali tu aku jumpa ff punya forum dan website yang dibuat oleh fan clubnyer. eh'ehhh dia ada forumlah. sikit pun tak bagitahu.. maka aku pun registerlah jadi ahli. ingatkan bila dah register, senangler mengusha benda2 yang patut. sekali tu bila aku sign in, tak boleh masuk lagi daa. kena tunggu approval dari staff member diorang. sampai saat ini tak approved lagi. *SAMPAI HARI INI TAU!* hek. masuk sengetian punyalah mudah. aku ada cadangan untuk sengetian, supaya buat macam ff punya forum jugak. dah approved senget baru leh masuk. bukan maksud aku nak menyekat orang masuk, kita memang menggalakkan warga senget join itu forum. bak kata orang jawa yang belajar bahasa Shakespeare, "the more the merrier". lagi ramai lagi meriah. pun begitu ini adalah sebagai langkah keselamatan. sebab dah ada KES! almaklum.. senget ni lain dari yang lain. nak2 senget pompuan. sangat2 istimewa. aku pun bukan apa, nak jadi polis angkasa gaban tak boleh, jadi polis angkasa sengetian pun jadilah. hehehe.. takpe, akan ku adukan hal ini esok pada tokei sengetian, iaitu my bespreng incik kapal todak. haa kapal, tunggu kedatanganku mengambil berus gigiku. huhu"

hahahaha.. itu cerita seminggu yang lepas. anggap aje aku dah becokkan hal ini pada sekapal, dan aku dah ambil balik berus gigi aku yang tertinggal di rumahnya sebulan dulu.

oklah, ngantuk. kita tido dulu!



nguLat ngepost | 11:02 PM | |

Friday, March 24, 2006

relaxlah brader. apa kecoh2 ni. lu bikin malu gua aje. jom makan sate kat awan besar. tak pun nasik lemak kat senibong. yummy!


Relax - Black Dog Bone

sepuluh tahun kuliah
belum menjadi sarjana
bukanlah malas sekolah
itulah relax namanya

setengah abad membujang
mahu kahwin tangguh-tangguh
bukan soal tidak laku
itulah relax namanya

(relax, relax) beca kayuh di zaman moden
(relax, relax) hidup jangan terburu-buru
(relax, relax) anak cucu berkeliaran
(relax, relax) tenang-tenang tapi terlambat

masuk kerja jam delapan
tapi datang jam sembilan
bukan malas dalam kerja
itulah relax namanya

setengah abad membujang
mahu kahwin tangguh-tangguh
bukan soal tidak laku
itulah relax namanya

(relax, relax) hidup jangan terburu-buru
(relax, relax) beca kayuh di zaman moden
(relax, relax) lebih baik relax sahaja
(relax, relax) anak cucu berkeliaran
(relax, relax) umur sudah meningkat tua
(relax, relax) maghrib-maghrib berkeliaran
(relax, relax) tenang-tenang tapi terlambat
(relax, relax) lebih baik relax sahaja



nguLat ngepost | 6:54 PM | |

Thursday, March 23, 2006

terima komentar ini pada entry bertarikh 31 Disember 2005.

aku baru jer masuk ruangan ko... tak sampai 1 bulan pun...
kadang2 aku rasa respect dgn org2 senget cam kalian nie...
walaupun aku tergolong sekali... tapi...
kadang2 aku cam tak puas ati jer... aku suke dgn org2 cam kalian, cuma...
aku tak suke kalau korang cerita tentang korang...
macam bagus sgt?? bagus ker?? aku rase... baik korang fikir baik2...
tak yah laa... bangga2 sgt... be low profile dah laa.... ek...
sori... kalau ada yang terasa... think positive, key....
ziey | 01.09.06 - 5:13 pm |



Assalamualaikum w.b.t. Hai Ziey. apa khabar awak? saya di sini sihat belaka. harapan saya awak pun begitu juga di samping partner kesayangan awak, jika ada. pada pembuka bicara ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada awak kerana awak sudi masuk ruangan saya. maaflah kerana baru je baca komen awak awal minggu ini. lewat 3 bulan. maklumlah ketika itu saya sarat jiwa kacau. ketika ini pula saya takde keje sesangat. ooo tima kasih juga kerana memberikan komentar yang membina. untuk makluman cik Ziey, saya memang perasan bagus! huahuahua.. takdelah. saya gurau je. bolehkan bergurau? kalau tak, nanti kena jual. ;)

Ziey, ingin saya nyatakan pada awak, bahawasanya tiada tempat lain di dunia ini untuk saya meluahkan perasaan senget saya dan menceritakan kehidupan saya melainkan di sini. kalau tulis novel, pasti tak boleh cetak. kalau buat wayang gambar, musti banyak kena potong. ermm jadi inilah satu-satunya tempat untuk saya menghebahkan kepada dunia bahawa saya ni senget! kalau boleh saya nak juga letak gambo, tayang muka saya yang tak ensem lagi tak menawan tu. tapi tak teringin pulak rasanya. sebab saya pun nak low profile. kalau saya letak gambo, pasti saya akan dikejar oleh paparazzi yang inginkan autograp saya, yang nak tahu lebih lanjut tentang cerita2 pekung dan hangat lagi hot ini. tak gitu Ziey?

Ziey, awak malu yea jadi senget? yelah awak kata tak payahlah bangga2 sangat. ekceli saya pun malu. malu dengan mak, malu dengan abah, malu dengan adik2, malu dengan kawan2. memang tak bangga langsunglah jadi senget. tapi kalau kita tidak merasa bangga pada diri sendiri, siapa lagi? hantu? tapi kalau nak bangga pun ada batasnya kan.. jangan sampai jadi sombong, bongkak, riak, ujub lagi takabbur. hendaklah sentiasa rendah diri dan bersederhana dalam apa jua. eh, berceramah pulak saya. macam baik sangat kan nak membebel kat orang? ok berbalik kita pada pokok persoalan, bagaimana kita hendak buangkan rasa malu itu dan tanamkan sikap yakin diri? sebab kita yang hidup bernafas di badan kita ni perlukan sesuatu untuk meneruskan kelangsungan hidup biarpun menyenget. kalau tidak saya boleh tensen giler nanti masuk hospital tampoi. nak bercerita pada keluarga tak boleh. pada kawan2 stret pun tak boleh. jadi cara saya Ziey ialah dengan mewujudkan blog ini atau yang awak panggil 'ruangan'. ala sekadar berkongsi rasa dan cerita dengan kawan2 senget saya yang kebanyakkannya jauh di mata. saya rasa tak salahkan Ziey. saya bukan merompak, saya tidak membunuh, saya juga tidak mencarut, menceritakan kisah katil roboh mahupun susu di gunung. kan Ziey kan kannn?

apa pun, sebagai seorang anak Melayu dan juga Muslim yang penuh budi bahasa dan anggun tatasusilanya, saya menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf pada awak Ziey kalau kisah saya ini mengganggu ketenteraman jiwa awak, jika ada kata2 saya menyinggung rasa awak. *eh macam hari raya pulak yea*. saya ambil komen awak secara positif. dan rasanya bukan saya sorang aje yang ada ruangan seperti ini di kalangan sengetian yang lain. harapan saya, kita dapat kenal dengan lebih mesra dan rapat lagi. mungkin dengan cara itu awak dapat menyelami jiwa saya, saya dapat memahami jiwa awak. ok Ziey, cukuplah sampai di sini sahaja warkah ini. sekian. wasalam.

salam mesra anak selatan,
~ u.L ~


p/s: pecah kaca, pecah gelas, kalau dah baca, awak tak payahlah balas.



nguLat ngepost | 5:42 PM | |

Tuesday, March 21, 2006

sekali sekali aku menjengok webstats untuk melihat aliran trafik blog ini. yelah, selain kawan2 sengetian, ada jugaklah insan2 yang tak dikenali menjengah. suatu yang lazim kerana memang sukar hendak merahsiakan kehadiran laman peribadi di dunia siber. taip sahaja kata kunci yang dikehendaki, jika terkena, maka terpacullah alamat blog di enjin pencarian. ah aku tak kisah semua itu. janji tiada orang ganggu atau menyusahkan otak aku. sapa nak baca, baca. tak suka baca, blah!

kadang2 tu gelihati juga bila melihat keyword yang membolehkan mereka ke mari. contohnya pada carta di bawah ini. lihat pada perkataan bergaris merah dan paling penting perkataan yang aku bulatkan itu. kelakar bukan?


statistik ini diambil pada hari semalam. sebelum ini macam2 keyword yang aku pernah jumpa. ada yang kelakar, ada pula yang buat kita kerut dahi. pelik dan tak tersangka.

aik apa kena mengena blog aku dengan tuala wanita? seingat aku, aku tidak pernah bercerita perihal tuala wanita di blog ini. tengah cari jenama yang paling disukai ramai ke cik kak? geli2. ha ha ha. mak nyah lelaki ke perempuan transseksual? mesti tengah buat research, agaknya tak tahu mak nyah sememangnya lelaki. yang lain2 tu biasa aje. biasa nampak. tapi dalam banyak2 keyword, kelebihan pengkid lah yang buat aku sangat2 gelihati. menggeletek ruang fikiran aku. tiada yang ganjil pada keyword tersebut. nak kata ada unsur bombastik pun tidak. tapi ia membuatkan aku terfikir, kenapa ada orang di luar sana mencari sesuatu mengenai kelebihan pengkid. musykil juga aku.

mari kita buat spekulasi, siapa yang mencari kelebihan pengkid.

--> calon pertama
seorang lelaki yang cintanya kecundang di tangan pengkid. oleh kerana mataairnya dah dikebas oleh pengkid yang ternyata sama spesis seperti mataairnya itu, maka mamat ni tak puas hati. memang tersangat tak puas hati. oleh itu dia pun mencari kelebihan pengkid di internet dengan harapan kelebihan2 tersebut dapat diterapkan dalam dirinya untuk misi merebut kembali si mataair. kalau itu terjadi, gud luck my brader!

--> calon kedua
seorang perempuan merangkap bekas mataair mamat calon pertama. sejak dirinya bercinta dengan pengkid, dia kadang2 dilanda kemurungan dan rasa bersalah. dia bertanya kepada diri.. kenapa dia melepaskan jantan yang pasti boleh dinikahi dan memberikan zuriat serta menggembirakan ibu bapa, kepada seorang yang sama spesis yang belum pasti menjanjikan masa depan yang indah untuk hidup berkeluarga di bumi Malaysia. tapi apa boleh buat.. sekarang ini dia tersangat cintan dengan pengkid tersebut dan merasakan idamannya tercapai. "ah, kalau boleh nak ku belah dua diri ini. aku nakkan kedua2nya sekali," katanya dengan tamak. tanya sama hati, apa kata hati, tapi jawab hati, tak banyak jawapan yang pasti. maka awek tu pun mencari kelebihan pengkid di internet dengan harapan kelebihan2 tersebut mampu menghilangkan syak wasangka dan rasa bersalah di hatinya. hehehe.. memandai je aku.

--> calon ketiga
seorang pengkid. nak ke dikenenkan dengan awek calon kedua? ah kita cari pengkid lainlah. sebab pengkid awek tu memang haibat dapat sengetkan awek stret. jadi dia tak perlukan sebab musabab untuk menambah kehaibatannya. jadi calon ketiga ialah seorang pengkid yang belum yakin dengan jati dirinya sebagai pengkid. maka dia pun mencari kelebihan pengkid di internet dengan harapan kelebihan2 tersebut dapat disemai di dalam diri, menjadikan pendirian diri lebih teguh, yakin, bersemangat, berwawasan dan juga bertambah macho dalam usaha mengusha awek2 idaman. *ampun kekawan pengkid. ini spekulasi aje. :D*

--> calon keempat
mereka ini memang tukang sibuk. saja nak amik tahu pasal dunia pengkid. apa kelebihan pengkid sampai ramai awek boleh berkapel dengan pengkid. tak pun orang yang jeles dengan pengkid. nak tahulah tahap kehaibatan pengkid2 ni. agar mereka lebih bersedia untuk berlawan debat. agar kehaibatan itu dapat disangkal dengan hujah yang lebih kental dan mungkin sengal.

walau bagaimanapun dimaklumkan kepada semua calon di atas, bahawa anda semua salah masuk blog. memang salah tempatlah wahai kawan untuk korang cari informasi mengenai kelebihan pengkid. kerana aku bukan pengkid.


p/s: tiada lelaki, awek mahupun pengkid yang teraniaya dijadikan contoh. sekadar karutan tukang tulis ini. sekian.



nguLat ngepost | 11:23 PM | |

Friday, March 17, 2006

aku pi Holiday Plaza weekend lepas. cam biasa carik filem senget terbaru. cari punya cari tak jumpa2. yang jumpa lama2 punya adalah. tu pun setelah aktiviti kirai mengirai *bak kata kapal* diadakan. aku jumpa mango kiss, girl play, saving face aku jumpa kat longgokan filem cina, dan beberapa tajuk lagi termasuk fingersmith. nampak fingersmith tetiba hati jadi girang tapi watpe. aku dah ada. takda maknanyer. last2 aku jumpa GI Jane. suka benar aku tengok Demi Moore botak, apa lagi rembatler satu.

ketika aku membelek2 citer yang patut sambil tunggu brader tu carik GI Jane, ada 2 orang awek kat sebelah aku yang turut sama melakukan aktiviti mengirai. boleh tahan gak diorang mengirai. semuanya ditelek. dan sungguhlah banyak dvd yang diorang borong. senyum memanjang brader kedai tu sambil tulis citer2 yang minah2 ni nak. selalunya meka yang suka borong memborong ni orang singapore. ah tak kisahlah tu warganegara apa. yang aku nak citer ialah... tengah aku leka membelek, tetiba aku terdengar.. "Fingersmith ni satu yea" apalagi aku terus toleh kat diorang. memang betul diorang tengah tunjuk cover fingersmith. teruja sungguh aku. sengetkah mereka?

maka aku pun menjalankan misi mengenalpasti kesengetan diorang. kejap2 aku toleh. kejap aku pandang muka, kejap aku pandang baju, kejap aku pandang belakang.... tapi gaydar aku tak dapat menangkap apa2 yang menarik. mereka berdua adalah jenis awek yang bergaya dengan skirt dan berbagai aksesori terjuntai di tangan dan di leher. tak pulak berpeluk2kan atau pegang2 tangan. malah seleksi citer2 yang dipilih pun kebanyakannya filem cinta stret melainkan fingersmith. mungkin diorang ni jenis tengok sumer citer. kalau gitu aku rasa diorang tak tahu yang fingersmith tu citer senget. ye ke tak tahu? ermm cover fingersmith tu pun taklah semacam senget sangat kan.. tak pun salah sorang je yang senget. atau diorang tak jumpa lagi mk ke sf ke cam yang aku jumpa di port yang sama.. spekulasi2. nak harapkan aku bertanya, mula2 rasa teruja tu ada jugaklah rasa nak bukak mulut beramah mesra. tapi lepas pikir apa yang patut dan tak patut, terus terkunci mulut aku sambil senyum jelah terkulat2.

ah tak sanggup aku menunggu lebih lama. lepas bayar GI Jane, aku pun pusing ke mcD. perut dah berkeroncong. aku beli tapau je makan kat rumah. masa nak berjalan balik, aku masih nampak diorang berdua di port yang sama. uiks dasat tu borong dvd. senget ke tak? aku tak tahu. sangka baik jelah yea.

moral of the stori mori --> aktiviti kirai mengirai lebih sesuwai dilakukan ketika anda berdua, bertiga ber..berrrr ala lebih dari sorang lah. lagi banyak tangan lagi bagus. ditambah banyak mulut dan banyak mata. bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, borong dvd ramai2, tapi bayar sorang2.



nguLat ngepost | 11:57 AM | |

Monday, March 13, 2006


aku dah abis baca!!! rasa nak terbalik dunia kehidupan aku selagi tak abis. Sarah Waters memang bijak memainkan perasaan orang. eh cantik plak cover kat atas tu. lain daripada yang aku beli kat MPH. yang aku beli tu cam lusuh rupanya. sampaikan kitaorang ingat tu buku lama. tapi sebenarnya rupanya memang begitu. novel2 Sarah Waters taklah banyak mana. termasuk yang terbaru, The Night Watch (TNW) ni baru ada empat. tapi cover bagi setiap novelnya memacam ada. ikut pasaran kot.

menarikkah TNW? mampukah ia menyaingi kehangatan, kehebatan dan kebelitan Fingersmith mahu pun Tipping The Velvet? TNW memang senget. cuma tahap kesengetan tu tak sampai seratus peratus. mengapa? oklah, secara ringkas ceritanya begini.. senario cerita berlaku ketika WWII, tempatnya di kota London. ceritanya berkisar tentang 4 watak utama, iaitu Kay, Helen, Vivien dan Duncan.

1. Kay. tukang bawak ambulance, ala kalau dalam bahasa skang paramedic la kejenya. dia ni sah senget. boyish gitu. ada kawan seangkatan senget bernama Mickey. pada aku, Kay ni romantik dan sungguh bertanggungjawab. tapi sayangnya dia jadik single sebab ditinggalkan awek. alaa cian.

2. Helen. dia ni asalnya awek Kay. tapi masa memula citer, dia digambarkan bercintan dengan Julia. macamana dia boleh dengan Julia? dan camner plak dia kenal Kay? siapa Kay di hati Julia? ohh cinta tiga segi.

3. Vivien. Dia ni stret. kawan dengan suami orang, Reggie. Viv keje satu opis dengan Helen. penah bertemu dengan Kay ketika...

4. Duncan. dia ni lelaki. adik Vivien. kenapa musti ada watak lelaki dalam citer senget? antara yang terutama plak tu. bila baca story pasai dia, dia ni cam gibeks. tapi bila baca sampai abis, hancoss. hek.

empat watak nilah yang dipusing2 dan diceritakan kisah mereka dalam TNW. kiranya antara satu sama lain ada kaitan talian hayat. yang poyonya cerita ni bermula pada tahun 1947, kemudian Sarah Waters bawa kita berundur ke belakang, bukan maju ke depan. kenapa begitu? kerana ia dibahagikan kepada 3 chapter, bermula pada tahun 1947, kemudian 1944 dan berakhir pada tahun 1941. sabor jelah. walaupun begitu, tetap menariklah sebab aku nak tahu camner asal puncanya kisah diorang2 ni. nak tak nak kena baca sampai abis. tak terbayang camne kalau citer ni pun dijadikan miniseries.

tahap kesyiokan aku bagi 3.5/5 bintang jula juli. markahnya kureng sebab ada selit citer jantan dan pompuan stret. buat apa??? kasik jelah senget 100 persen. tetap unggul di hati aku ialah Fingersmith dan Tipping The Velvet. tapi citer ni berjaya mengalahkan Affinity sebab Affinity bagi aku lagi poyossss.

kata AfterEllen.com, TNW will be released on March 23rd. Amazon pun cakap camtu. wahh nampaknya kita mendahului zaman. hehe



nguLat ngepost | 9:20 AM | |

Friday, March 10, 2006

Mimpi itu tiga macam. Maka mimpi yang baik itu satu berita gembira daripada Allah. Semacam mimpi ialah mimpi dukacita yang dicetuskan oleh syaitan. Dan satu lagi, mimpi yang terbit dari cetusan (penceritaan) jiwa seseorang. - Hadis Riwayat Muslim.

malam tadi aku bermimpi.. mimpi make love dengan ex gelpren aku yang tinggal kat kl nun. aku panggil dia Ema ajer. ntah apa kejadah boleh mimpi macam tu. tapi takdelah sampai wet. sebab proses bercintan atas katil telah diganggu dengan adegan2 pelik. dah lama Ema tak muncul dalam mimpi aku. tetiba dia muncul dengan aksi yang menggoda plak. aduhai.. sebenarnya, malam tadi dia ada sms aku. bagitahu ex gelprennya yang dia kawan selepas aku nak bertunang, bagitahu dia dah ada boipren skang ni. aku cakap kat dia, baguslah kalau macam tu. aku gembira tengok dia berubah. dan aku doakan semoga dia bahagia dengan kehidupan yang dilalui sekarang. aku cakap dengan dia macam tu penuh rasa keihklasan. sungguh aku gembira. agaknya, rentetan daripada sms tulah yang menyebabkan dia muncul dalam mimpi.

kelmarin, dalam awal minggu ni, dia ada sms aku lagi. bagitahu dia nak turun jb, nak jenjalan kat sini. kalau boleh nak tumpang tido kat rumah aku. sayangnya aku tak available weekend ni. sarat dengan keje dan latihan. jadi aku cakap dengan dia, yang aku tak boleh layan dia weekend ni sekaligus tak boleh tumpang rumah aku, dan tak jugak jumpa aku. dia marahlah. dia kata aku sengaja kata bz. biaqlah, aku dah terangkan elok2. kalau tak mahu terima alasan aku, aku pedulik apa. ekceli, aku memang tak mahu jumpa dia. huahuahua.. tapi pasai keje tu betul ek.

citer mimpi lagi. berlaku pada awal tahun ni. tarikhnya 5 Januari 2006. malam tu aku mimpikan F, awek tercintan masa kat skool dulu. mimpi bercintan cintun dengan dia. mimpi F melafazkan kata sayang, cinta, kasih dan rindunya pada aku. suatu yang aku idamkan sejak dulu. bila bangun pagi, mood aku terbawa2 dengan mimpi tersebut. riang gembira je pi keje. tapi aku terfikir, kenapa aku mimpikan F? lepas puas memerah otak yang kering, aku teringat sesuatu.. ooo ari ni 5hb ker? padanlah.. ari ni besday dia. aku pun terus sms dia, ucap selamat hari jadi. sambil tanya bila aku nak makan nasik minyak dia plak. hehehe

~ selamat hari jumaat ~



nguLat ngepost | 10:35 AM | |

Thursday, March 09, 2006





Mereka (Ennis dan Jack) memberi pelajaran pada kita semua. Bukan sekadar soal gay dan lesbian di sekitar kita, ia lebih daripada itu. Mereka mengajar tentang kebesaran cinta. - Ang Lee



nguLat ngepost | 3:15 PM | |

Tuesday, March 07, 2006

aku ada kawan
nama dia u-L
umur dia *tut* macam aku jugak
tapi dia montel
dan suka gaya perasan macho
aku tak kisah..
kalau main-main
dia kuat bangat
dia pun kuat makan
aku selalu tengok dia makan
berpeluh2 bila makan pedas
makin pedas makin dia telan
tapi aku tak kisah..
dia sakit
sakit jiwa melara
dia l-e-s-b-i-a-n positip
mak bapak dia tak tahu
kawan2 tegak dia pun tak tahu
aku jelah kawan dia
aku tak kisah..
sekarang ni kan
makin ramai yang tanya kat dia
bila nak kawin, bila nak kawin
tapi aku tak penah tanya
aku kan serba tak kisah..
bila dia tengah angau
teringatkan partner dia
yang jauh di mata dan jaraknya
aku selalu teman dia
suruh dia baca buku kat rumah
teman dia tengok citer senget
aku tak kisah...



nguLat ngepost | 2:44 PM | |

Friday, March 03, 2006



did you know that you are never alone???

jumaat tiba lagi. opis aku sekarang tengah kecoh dengan cerita2 seram lagi misteri. kata mereka makhluk2 halus atau bahasa kasarnya hantu atau yang aku gelar entiti paranormal *amik daripada bahasa Seekers* yang ikut menghuni bangunan ini sedang asyik mengacau dan mengarok tak tentu pasal, tak kira waktu tengahari buta apatah lagi bila senja menjelma. aku sejak awal2 dulu dah diberitahu tentang kewujudan 'mereka'. cumanya aku tak pernah amik pot. buat tak tahu sepanjang masa. yelah, tak pernah 'terkena'.

tapi sejak akak2 dan abang2 di sini giat bercerita, si A kena tulah, si B kena nilah, maka secara tak langsung aku merasa tempias keseraman itu. terutamanya ketika aku kena bertugas sensorang di waktu senja. kalau dulu aku lengah2kan waktu balik, tapi sekarang dengan cepat2nya aku blah. kalau dulu duduk kat toilet lama2 buat macam kat rumah sendiri. sekarang, sejak minggu lepas, aku tak pernah pi toilet opis lagi. dalam berani2 mak tetap seram noks. huahuahua

nak percaya atau tidak? tak percaya memang tak bulehlah sebab benda ni memang wujud. tapi kalau percaya, nanti aku plak yang takut berlebihan. ala kebanyakan rasa seram adalah mainan perasaan manusia je. lagi pun cerita ceriti yang dibawa oleh mulut manusia cepat merebak. terutamanya bila tiba dekat manusia yang suka menambah2 dan memperbesarkan cerita. rasa macam seram giler je cerita dia walhal takde benda pun. ntahlah ek. apapun, aku tak boleh kecut sangat dan tak boleh berani gaban. kena buat macam biasa, buat tak tahu je. selagi tak 'terkena'..

tangan aku ni ringan je nak bercerita tentang pengalaman masa aku sekolah dulu. pengalaman pertama dan terakhir aku berdepan dengan entiti paranormal. aku percaya sesapa yang penah dok asrama, mesti korang selalu dimomokkan dengan citer2 seram dan betapa 'keras'nya sekolah korang. *sekolah memang keras sebab buat daripada batu. hehe* tapi aku hold on dulu citer tu. kita citer di lain entry. babai.


pic amik dari Seekers.



nguLat ngepost | 3:55 PM | |

Wednesday, March 01, 2006

kata kapal, aku ni setahun sekali baru update blog. hehehe.. ada ke owang rindu nak baca citer2 mengarut aku? rasa2nya takde kan.. aku sedar sapa aku. budak poyo lagi sengal yang tak sedar2 kalau dia kawin musti dah jadik mak budak skang ni. apapun, mak budak sengal ini telah menambahkan kesengalan otaknya di Genting pada hujung minggu yang lepas. pergi bersama geng Sekapal Inc. sebelum dia meneruskan ceritanya, apa kata kita nyanyi dulu! bersesuaian dengan tema genting, lagu yang didendangkan oleh kumpulan lorong 'Alleycats' kucing ini diberi tajuk Rayuan di Puncak Genting. walau bagaimanapun, ketika Sekapal Inc membuat huru hara di sana, tiada aksi merayu-rayu, cintan cintun atau pusing keliling pokok bak pilem hindustan dilakonkan. sekadar hiburan halwa telinga untuk ceriakan entry Genting ini. *makluman ini untuk Orang yang kuat jeles tu..hehe*

kehijauan di saput awan
aku menuju di puncak genting
mula bermesra kau dan aku

dingin bayu membuat aku
cuba merayu senyum manismu
menggoda sukma di tasik biru

seandainya kau rasa sayang
katakanlah usah di ragu
bagiku bintang gemerlapan
tak seindah sinar mata mu
untuk mu matahari
ku jadikan hantaran
kasih ku pada mu

rayuanku di puncak genting
jadi kenangan di kaki gunung
resah gelisah waktu berpisah

senyum manis di awan lalu
tiada berita.. dan rayuanku
di puncak genting tinggal rayuan


seronok super duper gaban! itulah perasaan aku ketika berguling2 dan menguji tahap kebesaran suara di Genting tempoh hari. oops apa kata kita mulakan cerita kita ini dari awal. trip ke Genting ini adalah permulaan bagi segala perjalanan dalam Sekapal Inc. memang susah kami nak berkumpul, apatah lagi aku nun di Johor Bahru manakala rakan2 lain juga mempunyai aktiviti sendiri di hujung minggu. setelah tertangguh selama dua minggu, akhirnya trip yang dirancang menjadi juga. kebetulan Anugerah Bintang Popular juga akan diadakan di sana pada hujung minggu yang sama. ingatkan boleh gak terserempak dengan artis2 fofular macam cik Fara Fauzana ke, tapi hampeh. sebatang hidung fofular pun tak nampak. mananya nak jumpa, kitaorang pi hari sabtu, ABP plak ahad malam. memangler hampeh. kuang kuang kuang

seperti biasa, akulah orang paling awal memulakan perjalanan. terima kasih pada jadual kerja yang flexible. petang jumaat aku dah tiba di kl. diikuti dengan ahli rombongan yang lain yang tiba berdikit-dikit. malam tu aku susah giler nak tido. kejap2 aku tengok jam. kejap ke kiri, kejap ke kanan, kejap buat kuak dada, kejap buat kuak lentang. agaknya diapit oleh dua anak dara sunti kot yang buatkan aku susah nak tido. ekekeke.. tapi akhirnya dapat gak melelapkan mata. aderlah dalam dua jam je ngorok. esoknya pagi2 buta kami dah bangun. sebab nak kejar bas pukul 8 pagi punya. excited giler kami ni. masa tiba di Genting, orang masih tak ramai lagi. seronok dapat main permainan yang sebelum ni tak pernah merasa. yelah, orang tak ramai, tak payah beratur panjang.

aku gayat. tak tahu sejak bila perkataan gayat ini wujud dalam kamus diri sedangkan masa kecik2 dulu lasak panjat terjun pokok macam monyet. dalam kegayatan itu, dengan machonya aku tetap memberanikan diri mencuba semua permainan extreme. pergi sana dahlah jarang2, dok nun di Johor plak tu, kalau naik tak cuba memang sengaja membuang duitlah aku ni. tapi bila main, menjerit tak sudah jelah aku sampai sore jadi serak2 basah. paling kuat aku menjerit ialah masa naik Flying Coaster. bagai orang giler terlepas kandang rupa aku. jeritan aku lebih kuat daripada jeritan Anne dan Yatie *oh lupa, Yatie sore tak terkeluar*. kata J, muka macho tapi sore hancur. ekekek.. takpelah, janji merasa gak naik Flying Coaster yang menjadi sebutan orang tu. lepas ni kalau aku pi genting lagi, aku nak cuba main semua permainan 'gayat' dengan mata terbuka, mulut terkatup, tidak menjerit tapi sekadar senyum simpul saja. boleh?

sebenarnya kenapa aku menjerit? takut ker? yerp menjerit terpekik terlolong itu ialah satu terapi menghilangkan rasa ketakutan, kegayatan dan juga rasa tensen ketika berada di bawah. kat bawah, bila kita tensen, beranikah kita menjerit di tengah khalayak? hanya orang2 selamba dan tebal muka ajer yang buat begitu. orang2 seperti aku, yang kulit mukanya nipis seperti kulit bawang memang takkan buat punyer. jadik, bila ada kesempatan untuk berbuat demikian di tengah2 khalayak tanpa rasa malu selepas itu, maka jeritlah kita sepuas mungkin. jangan pendam, jangan simpan, jangan malu2 kucing. takde maknanyer. hehe..baik punyer alasan yek!

dah puas main, kitaorang pi makan. kekonon lepas makan nak sambung main lagi. tapi masing2 dah kepenatan. aku pun sama. tapi sebenarnya aku nak main lagi. nak naik benda2 gayat macam Space Shot ke untuk kali kedua ke, ketiga ke.. dalam masa yang sama aku kesian tengok muka kawan2 aku. masing2 poyo, ngantuk satu hal. maka baliklah kitaorang ke lubuk jalil. malam tu barulah aku dapat tido dengan lena sampai tak sedar hujan turun dan kilat guruh berdentum. hujan yang membuatkan Shah Alam banjir.

ahad adalah hari perpisahan. sebelum aku pulang ke jb, sempatlah gak meronda MidValley. jumpa cik Lily Lotus yang sorang2 merayau kat MPH. paling best kitaorang jumpa novel terbaru Sarah Waters, The Night Watch, edisi pertama February 2006. kiranya masih panas lagik seperti baru keluar dari oven. pada sesapa yang masih tercari2 novel2 karya akak Sarah Waters, cubalah cari kat situ. novel Fingersmith edisi cetakan terbaru juga ada, yang mana gambar covernya ialah para pelakon drama bersiri Fingersmith, Maud n Sue. cantik sungguh cover tersebut. teruja dengan penemuan yang tak disangka, maka aku pun sambarlah The Night Watch. sekarang ni baru habis baca bab 1. permulaan yang agak lembab. tak tahan plus tak sabar sangat, malam tadi aku belek muka surat akhir. yey, memang senget. hehehe

sekian sahaja cerita aku untuk hari ini. tapi sebelum itu, dengan rasa penuh hormat dan rendah diri, aku nak ucapkan tima kasih buat kapal n chefD kerana menaja penginapan aku sepanjang berada di kl sampai aku tertinggal berus gigi kesayangan kat rumah diorang. itu tandanya kena datang lagi dalam masa terdekat. trimas jugak buat Is dan Anne yang menaja kfc di puncak. terasa sungguh kesedapan dan kepedasan ayam kfc kat atas tu. lazatnya hingga menjilat jari. yelah, orang belanja memang sedap punyer. sib baik ayam tu ayam klang ek. ekeke.. macih gak buat J dan Yatie yang mengiringi perjalanan orang single mingle ini. kalau diorang takde, kematu gak aku sorang2 tak berkapel.




kalau ada sumur di ladang, boleh aku menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang, korang plak yang datang jb.



nguLat ngepost | 2:56 PM | |

di bawah lembayung pelangi

a member of the

SengetianS


skodeng



+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+

+sekapal+
+lilylotus+
+blue+
+zaffey+
+yatt+
+payid+
+elenaoz+
+nasik+
+isrockstar+
+jj78+
+asya+
+dyke+
+rozek+
+afy+
+th3undefined+
+jL+
+laut+
+eid+
+fdb+
+froggie+
+armz+
+fiq+
+shajime+
+elsilver+
+armie+
+shay+
+han+
+arD+

+AfterEllen+
+Sengetians+
+WWLW+
+Butches Inc+
+for PLU+
+Pink Lemonz+
+Les Worlds+
+Queer Filter+
+PlanetOut+
+The L Word+
+Queer Jihad+
+Fridae+
+Al-Fatiha+
+Herstory+

template by +Lonelyger+
hosted by +Blogger+



Listed on Blogwise

This page is powered by Blogger. Isn't yours?


Free Web Counter