Wednesday, April 26, 2006

semalam hari selasa. seronoknya semalam. kini menghitung hari, menanti selasa depan pula. selasa selepas cuti buruh. iye, selasa akan datang dinantikan dengan penuh debaran. sabar menggugat diri. ada apa dengan selasa?

semalam Dia datang. siapa Dia?? agak lama aku tidak bercerita tentang Dia. ala Dia partner hatiku sejak dua tahun dulu. semenjak gelora bertarikh 1 Januari 2006 melanda kami berdua, maka ada di antara rakan2 ku yang masih ingat aku single sampai sekarang. ada pula yang berteka-tekuk aku sudah punya kekasih hati baru. kalau iya pun, bukan sepantas dan semudah itu wahai kawan. iya bukan salah mereka. sementelah aku pula langsung tidak bercerita atau menjadi sentimentel blues dengan perasaanku di sini. a'a yea, lama juga tidak berjiwang karate.

sebenarnya hubungan kami sudah kembali seperti sedia kala seminggu selepas peristiwa yang mengharukan jiwa itu. aku bertindak pantas sebelum terlewat menyelesaikan segala permasalahan yang meruncingkan hubungan kami. aku tidak mahu kehilangan Dia, begitu juga dengan Dia yang sangat2 kecewa dengan keputusan sendiri. Dia kemudiannya meminta agar aku tidak menimbulkan isu kami berdua atau bercerita tentang aku dan Dia di dalam blog aku ini. aku hormati permintaan Dia. aku tunaikan. aku cuba menutup mulut memangkah jari jemari selama hampir 4 bulan. Dia pun macam galak je kekonon aku single dalam ini blog. aku lagilah suka!! huhu.. maka jadilah aku seperti sang helang mencari pipit baru. nampak macam bujang, baca macam sedang memancing, tapi tak penah dapat ikan baru pun. "aku masih setia.." <-- nyanyi ikut lagu Dia Fadilla. ewah! setia kunun. hek.

hari ini dengan rasminya aku bagitahu bahawasanya aku tidak lagi membujang seperti disangka. maaf ya awak, terpaksa diiklankan untuk kesejahteraan kita bersama. sebenarnya aku pun malas nak menguar-uarkan perkara ni. selesa pula bila diri nampak single dalam blog. boleh jugak menggatal tanpa kena cop penggatal daratan yang lupa partner setia. tapi nampaknya aku dah melanggar larangan Dia. nak jadi partner yang baiklah katakan.. hehe.. apa pun, dalam hati aku sememangnya tiada double or triple atau sang pengganti keempat. kalau ada pun sekadar angan2 yang tidak kesampaian. tapi kalaulah ada sesiapa di luar sana yang sudi dan sedia menanti boleh ajer. silakan isi borang, nanti kita interbiu sesama ek. eh jangan lupa sertakan gambo berukuran poskad. kalau boleh close up skit kat bahagian yang terindah, untuk melancarkan lagi perjalanan darah. haha apa yang ko merapu tu labu!

aku pecinta yang setia
aku percaya kepada monogami
tapi kadang-kadang aku rasa
poligami itu indah juga

nampak seperti berani
macam ramai teman dan lawan
sebenarnya aku sering sendiri
bertemankan radio dan tv
juga Dia di hujung talian

ada hati nak jadi Mango Kiss
syiok bereksperimen puaskan diri
apakan daya jangan nak percaya
tukang karut berani bersuara
dalam ni bolehlah mengayat dan mengurat
depan mata mengigil tak berani kata
konon malu2 kucinglah tu
dalam diam mencanak tanduk tumbuh
tapi tanduk kontot2 ler
terbantut tak besar2

aku yang mereng
benarkah aku mereng
merengkah aku
bila masa aku jadi mereng
apa itu mereng
kesian



nguLat ngepost | 11:25 PM | |

Saturday, April 22, 2006

hai! assalamualaikum. selamat hari sabtu. selamat berhujung minggu.

Rindunyer kat zaman kecik2 dulu. happy je memanjang.. enjoy.. main dengan kawan2 24hrs.. sure korang teringat balik zaman2 sekolah dulu... tanda-tanda anda bayi tahun 70-80an :

--> kita membesar dgn menonton G-Force,He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.


sure korang dapat gak email cenggini yang diterkehadapankan oleh kengkawan korang. ada beberapa lagi nostalgia yang dikemukakan oleh penulis email ni. contohnya ramai2 mencangkung berus gigi sambil pegang gelas warna warni kat tepi longkang sekolah, ikut program susu sekolah, jenis kasut sekolah yang popular atau pun game yang kita main masa rehat dan macam2 lagi. nak ikutkan banyak lagi nostalgia yang tak dibangkitkan oleh penulis. misalnya boy band yang hot masa tu seperti New Kids On The Block (NKOTB). uiks giler benor aku dengan depa noks. kalau tempatan of coz kita membesar dengan lagu2 rock kapak. aku jelah yang giler dengan lagu2 rock. haa dan jugak lagu Ruhil yang diberi tajuk Kawan. hits masa aku darjah 4 kalau tak silap. kalau tv...

oleh kerana aku antu tv, jadi highlight kali ini tentu sahaja kisah tv la. kalau tv, selain daripada contoh2 cerita kartun seperti yang diutarakan oleh penulis email tersebut, ada lagi beberapa cerita kartun yang menjadi kegemaran aku seperti Kasatria Baja Hitam, Gaban dan Ultraman (kartun jepun). selain itu, ada satu rancangan kanak2 terbitan tv Singapura yang diberi nama Aksi Mat Yoyo. sedara mara aku yang dok kl pun kalau datang jb, depa gegiler tengok citer ni. aku pun suka tengok Aksi Mat Yoyo sebab ada dua orang kucing yang pandai bercakap, menyanyi, berlakon dan tentu sekali pandai berjalan macam manusia. hehe..

kita citer pasal TV Pendidikan pulak. masa tu TV Pendidikan under TV2, tak macam sekarang Astro amik alih. (ada lagi ke TV Pendidikan kat Astro tu?) aku suka tengok tv pendidikan walaupun dah balik sekolah, dok melangut kat rumah. paling aku suka rancangan belajar menari tarian melayu. entah apa nama tariannya aku tak tahu. inang? joget? gasaklah. paling penting yang aku ingat, aku berasa sangat seronok, berdiri depan tv sorang2, pastu ikut diorang menari. selalunya aku amik watak lelakilah, sebab penari lelaki tak perlu melenggang-lenggokkan badan sangat. almaklum aku ni spesis keras kejung. kadang2 diorang buat tarian lilin. maka aku pun amiklah piring alas cawan dan lilin dan buat macam dalam tv, pastu menari. cakpong cakpong.

itu kisah rancangan budak2. kita pegi ke rancangan yang lebih serius skit. ehemm.. (betulkan suara.. ehem..) ok, kalau sekarang ini tv kita penuh dengan drama bersiri dari Korea, Hong Kong, Thailand, dan segala-mala mak nenek soap drama, dedulu pula glamer dengan drama bersiri Jepun yang dialihbahasakan ke bahasa Melayu dan tersangatlah popular seantero malaya. antaranya seperti Chiaki (pramugari yang sengal), Rin Hane Koma (citer budak kampung jepun nama Rin) dan Maero Attack (Chun, pemain bola tampar pompuan yang amat haibat berguling2 atas langit). kalau drama bersiri omputih plak, aku suka Beverly Hills 90210 (pelakonnya yang glamer seperti Luke Perry, Jason Priestly, Shannen Doherty), dan beberapa lagi cerita yang aku tak ingat dah tajuknya.

itulah antara kenangan2 yang boleh aku imbas dan imbau menerusi cip otak sengalku. kalau tak berhenti kat sini, mahunya berjela2 bebelan aku. dasar antu tv. juga sifat orang sentiMENTEL, suka mengimbau kenangan. segalanya bermakna. yelah, supaya aku tak lupa zaman2 haibat kekanak dulu, agar dapat aku abadikan di sini untuk dijadikan tatapan anak cucu aku kelak. (agak2nya tahun bilalah aku nak beranak yea....) kalau tak jadi tatapan diorang pung, jadi tatapan akulah masa tue nanti. pastu gelak2 sensorang sambil tunjuk gigi yang dah jarang2. hehehe

sebenarnya aku nak kaitkan cerita di atas dengan aku sebagai antu tv sejak kecik. masa zaman pembesaran dulu, aku ada beberapa buku nota yang kandungannya ialah cerita2 aku dan karut-marutku. macam2 versi ada. ada tu versi lirik2 lagu, versi aku tulis sajak n cerpen, ada plak versi aku dan kisah2 tv. masih aku simpan sampai sekarang ialah buku nota kisah2 tv yang aku tulis masa aku kat sekolah rendah. salah satu cerita yang aku abadikan dalam buku nota tersebut ialah sebuah filem yang bertajuk Babes In Toyland, yang ditulis pada hari Ahad, 4 Disember 1988 dan ditonton menerusi saluran TV5 Singapura. ceritanya begini..

Pada pukul 3.00 petang saya menonton tv bersama adik-adik saya. Saya tengok cerita tajuknya "Babes in Toyland". Kisahnya bermula apabila Lisa (nama seorang budak) telah datang ke tempat yang bernama Toyland. Apabila ia tiba di sana, dia terjumpa seorang yang bernama Mark yang hendak pergi ke satu majlis perkhawinan. Di dalam upacara itu, Lisa dan kawan barunya Mark melihat Mary (orang yang hendak dikhawinkan) kelihatan sedih apabila ia akan dikhawinkan dengan orang jahat. Jack kekasih Mary juga kelihatan sedih. Tetapi perkhawinan itu gagal bila Lisa menentang perkhawinan itu kerana tidak ada keadilan. Mereka pun bersorak apabila orang jahat itu balik ke rumahnya. Lisa pun mulalah berkawan dengan Mary dan Jack. Mark, Mary dan Jack mengajak Lisa ke Cookie Factory. Di sana mereka melihat banyak biskut dan cake. Selepas itu mereka pun membawa Lisa ke Master's Toyland. Di sana Lisa melihat banyak anak-anak patung.

Pada suatu hari, Jack terperangkap di dalam sangkar orang jahat dan seterusnya diikuti oleh Lisa, Mark dan Mary. Dengan usaha mereka akhirnya mereka terlepas dari cengkaman orang jahat. Namun begitu mereka tetap diburu oleh orang jahat. Pada suatu hari orang jahat menyerang Toyland tetapi akhirnya orang jahat itu pun kalah. Maka amanlah Toyland dan Jack & Mary pun disatukan. Pada waktu itu Mary pun pulang ke rumah asalnya dengan menaiki kuda Santa Clus.

Tetapi rupa-rupanya Lisa berada di dalam mimpi. Apabila ia sedar, ia melihat orang yang berada di dalam mimpinya tadi ada di dalam rumahnya iaitu Mark - ayah Lisa, emak Mary - emak Lisa, Mary - kakak Lisa dan Jack - menantu ibu dan bapa Lisa. Mary dan Jack sudah bertunang. Sekian, terima kasih.

demikianlah review poyo aku masa aku di zaman sekolah rendah. disalin bulat2 tanpa sebarang pembetulan. aku baca pun macam tak percaya. tak percaya bahawa aku memang antu tv sejak kecik. huhuhu.. moral of the story mori yang very der panjang lebor ni ialah banyak2kan la bersabor kalau berkapel dengan antu tv. almaklum, selain ingat dating, dalam kepala diaorang juga ingat tv. hidup peti tv!!


*haa amik ko. jenuh menelaah. gian lama dah tak menulis panjang2.*



nguLat ngepost | 1:54 PM | |

Tuesday, April 18, 2006

Arakian, pada zaman tok kadok tukang catat ini telah jatuh hati pada seseorang yang jauhnya beratus kilometer dari tempat dia bersemayam. ketika cinta sedang mekar berbunga-bunga indah laksana pungguk merindukan bulan, maka terciptalah rangkap2 pantun luahan hati tatkala bergolek di atas perbaringan sambil dihiburkan dayang-dayang radio.

bila ditanya, tukang catat berkata, ia diilhamkan di saat-saat merindui seseorang yang tidak dimengertikan.

ku jatuh cinta pada seseorang
namun cinta itu cinta terlarang
apa yang harus ku lakukan sekarang
untuk ku nyatakan cintaku padamu sayang

ku puja-puja di dalam hati
sering terbayang di dalam mimpi
alangkah indahnya hidupku ini
jika bunga dipuja sudi membeli

indah nian istana bunian
puteri bunian cantik menawan
ikhlas buat gadis idaman
dirimu buatku dalam tawanan

gema hatiku tiada berteman
untuk mendengar segala keluhan
harus ku luah atau ku pendamkan
rasa kasihku buat puteri idaman

umpama mimpi dalam mimpi
cinta ini penuh misteri
ingin ku ungkapkan padamu seri
cintaku padamu tiada bertepi

seleraku patah teringatkanmu
air ku siram kering terbayangkanmu
mimpiku terganggu dengan kemunculanmu
wahai puteriku bantulah daku

dimana akhirnya cintaku ini
cinta yang bagai tiada noktah
alangkah indahnya malamku ini
jika dapat mendengar suaramu walau sepatah

ku renung jauh di langit biru
terbayang wajahmu dalam benakku
wahai puteri ku ingin bertemu
bercanda denganmu tanpa rasa jemu

bait2 yang tercipta disampaikan pada si dia dengan harapan si dia mengerti akan perasaan tukang catat ini. namun dia berlalu tanpa menghiraukan perasaan terluka. apa nak buat, itulah natijah bila cinta yang disangkakan hidup dalam dua jiwa, namun malangnya bertepuk sebelah tangan, sebelah bahu, sebelah hati dan sebelah jiwa.

hati ini tidak tertahan
untuk bertemu gadis idaman
namun apakan daya sebagai insan
ku hanya bertepuk sebelah tangan

wajah tenangmu terbayang di mata
kesederhanaanmu menambat di jiwa
namun semua hilang tinggal kata2
kerana kasihku bagimu tiada bermakna

yang bagusnya tukang catat tak kisah dengan apa yang berlaku walaupun sedikit kecewa. semuanya ada hikmah. apalah yang ada pada rasa kecewa kerana akhirnya diganti dengan dua orang kawan baru yang cantik dan comel belaka. sekejap tapi bermakna. seketika tapi berkesan. sentimentEl memang camtu.

anak monyet makan durian
sambil tengok wrestling kat tv
gilerkan durian berkoyan-koyan
pasti bertambah gumuklah body


nak makang durianggggg!!!!!



nguLat ngepost | 3:44 PM | |

Monday, April 10, 2006

seorang awek bertubuh tinggi lampai lalu di sisi aku menuju ke dalam pejabat itu. dia yang berbaju hijau garang kelihatan terus berbual mesra dengan rakan sepejabatnya. dari sisi tepi wajahnya tampak jelita. kemudian dia berpaling menghadap luar, ke arah aku. ah biasa aje dia. raut wajah cina itu taklah sejelita seperti yang aku bayangkan.

1210 kaunter 4

hemm lambat lagi giliran aku. aku melilaukan mata mencari bahan untuk menghilangkan rasa bosan. haii takde pulak yang menarik perhatian. akak bertudung cream di balik kaunter tu nampak menarik tapi serius giler mukanya. akak rambut pendek warna perang ala mat saleh pula berada tersorok di kaunter balik tiang, kurang nampak dari tempat aku menunggu. selalu juga aku berurusan dengannya sebelum ini. dia tu pun mukanya serius tapi aku suka tengok. ada sesuatu yang menarik di sebalik keseriusannya itu. orang2 di belakang kaunter juga sibuk dengan tugas masing2. ke hulu ke hilir, mundar mandir. manager berbaju kuning belang2 macam baju "harimau malaya", pakaian rasmi kontinjen negara kita ke sukan2 antarabangsa pun sama sibuk. mata melilau pula ke arah pelanggan lain. hemm takde yang menarik. maka duduklah aku termangu sorang2.

1214 kaunter 4

eh apasal dari tadi kaunter 4 je yang disebut. sedangkan ramai orang yang tunggu ni. aku melihat ke arah kaunter 4. alamak, shes cute!

1215 kaunter 4

"ini nombor saya, lama lagikah mahu panggil," seorang pelanggan berbangsa cina membuat aduan di kaunter belakang aku. pegawai tersebut menerangkan bahawa ketika ini hanya kaunter 4 sahaja dibuka untuk pengeluaran dan memasukkan wang juga cek. jadi mahu tak mahu kenalah tunggu.

1216 kaunter 4

kaunter 4 lagi. takpe, satu kaunter pun ok asalkan orangnya menarik, aku sanggup tunggu. aku pasrah. aku lihat pelanggan cina yang bikin aduan tadi tak mahu menyerah kalah. rakannya menunjuk ke arah manager yang sebangsa dengannya. maka dia pun meluru ke kaunter, cuba memanggil manager tersebut dengan bahasa ibunda mereka. tapi manager itu seakan tahu, beliau terus pergi meninggalkan ruang pejabat tanpa menghiraukan pelanggan yang tak tahu sabar itu. yeah aku suka. padan muka dia.

1217 kaunter 4

lagi dua orang pelanggan sebelum tiba giliran aku. awek berbaju hijau garang keluar dari dalam pejabat dan duduk di kaunter khidmat pelanggan yang terletak di belakang tempat aku duduk menunggu. terdengar suaranya kuat melayani pertanyaan pelanggan sampaikan pelanggan2 lain menoleh ke belakang untuk melihat tuan punya suara. eh melayulah dia, ingatkan cina. haiya, gua tertipu lagilah.

1218 kaunter 5

alamak kaunter 5 dah bukak. tidak2 aku nak kaunter 4. aku panjangkan leher meninjau ke arah kaunter 4. eh mana dia pegi. ala awak, janganlah pegi dulu. kemudian aku nampak dia di situ, di balik2 kaunter lain. dia bergerak lagi. ke arah kaunter 4. yeah aku suka. aku suka. aku suka.

1219 kaunter 5

ooo please aku tak mahu kaunter 5. cepatlah kaunter 4 panggil aku. cepat!!!!!

1220 kaunter 4

yahoooooo! aku menjerit kegirangan. dalam hati. tiba di kaunter 4 aku melihat pelanggan sebelum aku memegang berkepuk2 note RM100. wow banyaknya. boleh saya rompak? dalam hati. aku hulurkan cek yang hendak aku bank in pada gadis kaunter 4. ishh dari dekat dia memang cantiklah. walaupun dia tak sejelita Maya Karin atau seayu Fasha Sandha, tapi dia tetap ada daya penarik seperti daya tarikan graviti ff. *malam tadi tido ku bertemankan ff. dalam mimpi.* ish tetiba aku jadi malu untuk menatap wajahnya. aku selalu begitu. kalau jumpa awek yang gerr gerr, maka aku jadi tak keruan dan aku takkan berani melihat mukanya walaupun aku suka dan nak tengok sesangat. oit! jangan jadi sengal. peluang di depan mata jangan kau lepaskan! mata aku menjilat lagi wajahnya ketika dia sedang tekun menelek cek aku. wehhehehe ganasnya perkataan. ahai malu lagi. kemudian aku melihat di sekeliling kaunter pula. ada tanda nama di balik cermin kaunter. Hasmila Puteri, aku baca nama itu dengan penuh kekaguman. wah sedapnya nama dia. boleh makan.

"Hasmila Puteri, itu nama awak yea? sedapnya," kata aku pada dia. dia menganggukkan kepala sambil tersenyum pada aku. "nama awak apa kurangnya, unik," dia pulak bersuara. "nama awak indah, seindah tuan punya body," aku cuba mengayat. nama awak....

cik uL, cik uL.. cik uL! opss aku berangan rupanya. kekononlah tu nak menegur dia. tapi hampeh. Hasmila Puteri telah selesai menguruskan cek aku. "terima kasih" kata ku pada dia sambil berlalu girang. itu jelah yang mampu aku ucapkan. lain kali kita jumpa lagi yea. dalam hati. ooo Hasmila Puteri... Hasmila Puteri... Hasmila Puteri... HP.. HP.. Holiday Plaza. Holiday Plaza? eh makcik kayo ni. jom cari dvd kat HP!


p/s : to Hasmila Puteri, saya minta maaf yea terpopularkan nama awak kat sini. kalau awak nak royalti, jangan malu2 kontek saya. buleh saya ngurat awak. huhu



nguLat ngepost | 12:29 PM | |

Thursday, April 06, 2006


semakin hari aku rasalah, kita macam semakin serasi.. kau rasa tak?

semakin hari semakin serasi
bagai pagi dengan sinar matahari
bagai malam dengan kerdipan bintang yang berseri

terlintas saja hati belum ku luahkan
kau dah pun tahu bagai tiada lagi rahsia
antara diri kita berdua

semakin hari semakin serasi
bagai gelora dan laut air dan tasik
tak dicemari bagai puncak dan lembah lereng dan titi

terguris saja hati belum ku tangis ku
dah kau belai seperti sakit ku ini
kau yang terasa jiwa kita serupa

kita bagai satu permata terbelah bercantum semula
hingga langsung tiada terlihat garisnya
pemisah halus rambut dibelah halus

kita bagai satu jiwa yang bercerai terpatri kembali
hingga langsung tiada terlihat lainnya
di dalam hanya ada kekasih hati


|| serasi bersama - ajai & nurul ||
lagu : ajai . lirik : loloq



nguLat ngepost | 5:00 PM | |

Wednesday, April 05, 2006

ini namanya orang malas memikir dan malas menulis dan malas memikir dan malas menulis dan malas memikir dan malas menulis dan dan. aku korek semula entry lama. entry ini bertarikh 30 September 2004. kenapa aku pilih entry ini? saja. kan aku malas memikir dan menulis. seketika tersenyum kesengetan mengenang dimanakah aku di waktu itu ketika aku menaip entry ini.

Tadi masa aku potong kuku, aku pun dok ler belek jari jemari aku sekali. tengah2 belek tetiba aku teringat pada satu entry Sekapal pasal jari-jari kat tangan kita ni. aku pun carilah balik entry Sekapal tu satu persatu kat blog dia. jenuh gak mencari rupa-rupanya bulan April punya entry. carik bukan apa, aku nak baca balik, nak ngesahkan apa yang aku ingat dan berserta sumbernya sekali. sebabnya kajian pasal jari tu sungguhlah menarik perhatian aku yang senget ni. pada sesapa yang belum baca lagi entry cik kapal tu, korang klik je kat sini Sekapal.

kajian tersebut adalah mengenai jari dan kaitannya dengan orientasi seksual seseorang. menurut Sekapal, kajian itu melaporkan bahawa keadaan kemaskulinan dan kefemininan seseorang boleh ditentukan dengan melihat ukuran antara jari telunjuk dengan jari manis. kebiasaannya orang pompuan mempunyai jari telunjuk dan jari manis yang sama panjang atau lebih kurang sama panjangnya. manakala lelaki pula memiliki jari telunjuk yang pendek berbanding jari manis. kajian tentang kaitan jari dan orientasi seksual tu kemudiannya mendapati pompuan senget yakni lesbian mempunyai ciri2 jari lelaki iaitu jari telunjuk yang lebih pendek daripada jari manis. ianya juga ada kaitan dengan kadar androgen, hormon, testosterone bla bla bla.. *benda2 sains tulah* jadinya jari telunjuk pompuan senget ni pendekler berbanding pompuan stret.

maka aku pun telekler jari-jari aku dan penemuannya memang menarik. kedua-dua jari telunjuk aku baik di sebelah tangan kiri mahupun tangan kanan adalah lebih pendek daripada jari manis aku dan kependekkan itu memang sangat2 ketara. kalau tak percaya, meh tengok gambo kat bawah ni. *gambo kiri senget sebab tukang amik gambonya pun sama senget*

tu dia.. kalau dirujuk kembali dengan penemuan kajian tersebut, adakah itu petanda yang membuktikan bahawa aku ni memang dilahirkan sebagai pompuan senget? ditakdirkan menjadi senget? abih tu macamana pula dengan pompuan2 senget lain yang jari telunjuk dan manisnya sama/lebih kurang sama panjang? senang cakap mereka senget 100 persen tetapi tidak mempunyai ciri2 'lesbian fingers'. adakah diorang nanti ada potensi untuk berubah stret, kembali ke jalan lurus ke? bagaimana pula dengan pompuan stret yang ada tanda2 lesbian fingers tetapi sekarang diorang tak jadi senget pun? adakah diorang pulak yang berpotensi menyenget di kemudian hari? kih!kih!kih!

alaa.. janganler amik pot. kajian hanyalah sekadar kajian. banyak faktor lain yang mempengaruhi dan menjadikan seseorang tu senget atau tidak. faktor panjang pendek jari hanyalah sekelumit kecil daripada teori2 wujudnya orang senget dan bezanya dengan orang stret. jari telunjuk aku yang kebetulan sama dengan kedapatan kajian tu bukanlah faktor utama menjadikan aku senget. semuanya terpulang pada sejarah senget diri memasing dan tarikan pompuan pada diri kita. bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanyalah selera. eh bukan! tepuk dada tanyalah iman.. :)

meh baca : Is Finger Size A Sign Of Homosexuality?

dah abis dah. aktiviti ini sangat sesuai dilakukan ketika sengetian berlonggokkan. sambil telek jejari masing2, bulehlah merasa jari jemari awek idaman yang diimpikan dalam diam. hehehe



nguLat ngepost | 12:35 AM | |

di bawah lembayung pelangi

a member of the

SengetianS


skodeng



+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+

+sekapal+
+lilylotus+
+blue+
+zaffey+
+yatt+
+payid+
+elenaoz+
+nasik+
+isrockstar+
+jj78+
+asya+
+dyke+
+rozek+
+afy+
+th3undefined+
+jL+
+laut+
+eid+
+fdb+
+froggie+
+armz+
+fiq+
+shajime+
+elsilver+
+armie+
+shay+
+han+
+arD+

+AfterEllen+
+Sengetians+
+WWLW+
+Butches Inc+
+for PLU+
+Pink Lemonz+
+Les Worlds+
+Queer Filter+
+PlanetOut+
+The L Word+
+Queer Jihad+
+Fridae+
+Al-Fatiha+
+Herstory+

template by +Lonelyger+
hosted by +Blogger+



Listed on Blogwise

This page is powered by Blogger. Isn't yours?


Free Web Counter