Wednesday, May 31, 2006

baru je jumpa pakcik posmen
berlari2 aku bukak pintu pagar rumah
sekali tu ayat pertama yang kuar dari mulut dia..

"eh ingatkan J tadi" hahaha

aku siap suruh dia ulang ayat tu
kekonon buat2 tak faham sapa J


itu citer semalam punya semalam. siang hari selepas malamnya 8tv menayangkan filem gol n gincu. senyum memanjang je aku bila brader posmen cakap cenggitu. rasa gulamor u. sengal. hahaha.. eh, jangan salah anggap, aku bukan J, watak dan pelakon yang berlakon dalam g&g tu. masuk brader posmen, dah beberapa orang cakap seiras. pada aku pulak, jauh sudip dari kuali. tiga bijik pun tak sama. tak caya? meh jumpa aku sendiri. hehe

malam tadi buat kali pertama sejak adik pergi, aku bermimpi tentang adik.. ermm banyak peristiwa yang berlaku yang aku nak kongsi di sini tapi aku jadi fobia plak. fobia dengan orang2 tertentu.

barang2 adik yang kami amik kat kl ahad seminggu yang lepas belum abis dikemas. ntah kenapa, aku jadi kalut nak kemaskan. masa aku baru2 sampai kat rumah sewa adik kelmarin, tengok barang2 adik, tengok bilik dia, rasa sebak giler kat dada. ayaq mata dah bertakung tapi sempat aku tahan daripada mengalir. malu siot dengan kawan2 dia yang ayu jelita. haha.. menyempat lagi tu. bila barang2 tu sampai jb, kami kemaskan dulu bilik adik, beli dan gantikan harta2 adik yang kami sedekahkan kat kl. tugas mengemas seterusnya jatuh kat aku. tapi takleh nak kemaskan lah. tersentuh hati, rasa berat sangat.

kami sekeluarga sekarang lebih tenang daripada awal2 dulu. dah kembali ceria. sebab sebagai umat Islam, kita kenalah redha. kalau tak berat dia menanggung di sana. cuma perasaan tu mana boleh hilang sekelip mata. aku kalau tak bz, kalau pikiran melayang kat adik je, mulalah sebak. ingatan berputar kembali ke zaman kecik2, gadoh2, pastu pikir masa raya nanti mesti rasa sangat2 dia takde. sebab dia rajin buat kuih, buat cooked mee kegemaran aku, teman aku kemas rumah, hias, susun perabot2 kat rumah ni. aduhh... mana boleh lupa kenangan selama 27 tahun. pastu dialah harapan aku untuk menyumbang cucu kat mak ngan abah. nak harapkan aku, berkurun. dia selalu ngusik aku bila nak kawen, bila nak belajar memasak, bila nak jadi pompuan sejati, bila nak sedar, blablabla.. kalau gadoh besaq, cakap nak ngadu kat mak yang aku ni senget. kecut aku weii. hehehe

ari tu masa kat kl, kami pi opis adik. amik barang dia, tengok workstation dia. jumpa kawan2 dia. sedih tapi aku tahankan. kemudian Mr. R big boss adik, tuan punya syarikat tempat adik bekerja jumpa kami berempat. masa Mr. R salam mak ngan abah, depa menangis. air mata aku yang aku tahan sejak ahad terlepas juga. aku tak boleh tengok mak ngan abah sedih, aku pun ikut sedih. banyak Mr. R cakap pasal adik. semuanya yang indah belaka. yelah, adik memang hardworking. tiap2 tahun dapat increment. ada sekali tu diorang review gaji adik sampai tiga bulan berturut2, setiap bulan naik semata2 tidak mahu adik pergi ke company lain. kemudian Mr. R serahkan cek pada abah, duit gaji adik untuk bulan May plus 2nd bonus. masa tu sebak bertandang lagi. banyak sungguh rezeki adik. kami sekeluarga pun terfikir, kalau buat majlis kawen sekalipun, belum tentu rezeki adik sebanyak ini, pasti kami tidak akan jumpa sedara mara dan kawan2 yang bertahun2 lamanya tak jumpa. semuanya bertandang menjengah rumah. duit memang takleh menggantikan adik. tapi itulah.. itulah rezeki adik. banyak benda kami rancangkan untuk adik dengan rezeki yang datang itu. syukur.

arah balik ke jb, aku lalu di tempat kemalangan tu berlaku, di lebuhraya utara selatan. masa pi kl tak lalu situ sebab nak singgah muar dulu dan lalu ikut jalan lama. aku naik hairan bin ajaib macamana lori tangki tu boleh terbabas masuk ke lorong bertentangan di lebuhraya 4 lorong yang besaq gabak. sepanjang perjalanan balik ke jb, aku berselisih dengan lori2 tangki juga, sumer bawak ala lenggang kangkong. lori tangki kan berat. jadi teori aku ialah drebar sengal tu bawak laju dan mabuk. kalau tayar pecah dan tak laju, tentu dia dapat kontrol lorinya dan mengempar ke arah hutan, ke sebelah kiri jalan. ini tidak, boleh lompat ke arah keta bertentangan di lorong yang dipisahkan dengan deretan pokok renek dan parit kecil. lurus plak jalannya. bukan menurun bukit pun. lagi pula saksi singapore yang ketanya terbalik dua kali tu pun kata, drebar poyo tu punya salah. aghhh geram aku dengan drebar tu bila difikirkan. masa singgah di balai trafik muar tempoh hari, sempat aku tengok ic drebar sengal. inspektor yang amik kes adik yang bagi tengok. masih ingat aku akan namanya. terpahat dalam otak. ekceli aku perlu cari saksi bernama Azian yang menelepon mak aku ketika kejadian tu berlaku. dialah saksi utama kerana waktu tu kereta dia berada di belakang kereta yang adik dan rakan2nya naiki. azian membantu apa yang patut dan dia beredar dari lokasi kejadian sebelum sempat polis amik keterangan darinya. kalau korang ada kawan2 bernama azian, cuba tanyakan2 sikit, di mana dia berada pada 13 mei 2006. macih. hehe

aku sekarang ni fobia dan trauma nak baca berita2 kemalangan dalam paper mahupun tengok laporan tv. terutama kemalangan akibat terbabas. laju, tak dapat kontrol kereta lalu terbabas. bukan ke tu kecuaian manusia namanya. mudah benar nyawa melayang. kat negara lain, diorang mati sebab gempa, perang, banjir, runtuhan dan bermacam bencana alam. tapi di negara ini, mati sebab cuai. jenayah bunuh membunuh tu satu hallah plak. yeah aku tahu semua ini ketentuan Tuhan. itulah kebesaran Tuhan, kehendakNya, percaturanNya untuk menguji umat manusia. kalau dah ajal, tetap ajal. macamana teruk pun caranya kenalah terima ketetapanNya. sudah tertulis sejak roh ditiup lagi, bila maut akan menjelma. cuma kita tak tahu bila dan bagaimana.

have a nice day. adios.



nguLat ngepost | 6:08 PM | |

Saturday, May 20, 2006

Allahu Akhbar. Kaulah maha besar maha pengasih lagi maha penyayang..

aku tiada abang. aku tiada kakak. aku anak sulung daripada 3 orang adik beradik. nombor dua perempuan dan bongsu lelaki. kini keluargaku semakin mengecil setelah adik pompuan aku kembali kepada yang maha Pencipta mendahului kami semua. telah genap seminggu kejadian itu berlaku. adik bersama 3 orang rakannya terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada petang Sabtu, 13 Mei 2006. keempat2 mereka meninggal dunia di tempat kejadian dalam tragedi yang tidak sepatutnya berlaku dan boleh dielakkan. poyo punya drebar lori!!! sengal!

inilah kisahnya..

~ Sabtu 13 Mei 2006 ~
terasa apa sahaja yang aku buat hari ini serba tak kena. pagi pergi keje dalam keadaan mamai. ntah apa2lah yang aku bebelkan masa bekerja. bawak keta pun ngantuk giler. bahaya betul. sib baik selamat. selepas kerja, aku merancang untuk ke majlis perkahwinan seorang rakan ex-sengetian di Johor Bahru ini. tapi aku terlewat kerana terlajak tidur. aku tidur sekejap bagi hilangkan rasa mengantuk. kelam kabut aku bersiap, mana nak gosok baju, mana nak sampul hadiah, mandi lagi.. cian Kay kena tunggu lebih sejam, dia peneman aku ke majlis tersebut. sampai di majlis pengantin, macam biasalah makan dan berbual2 mesra dengan pengantin. nak balik, aku keluarkan camera nak bergambo. ya Rabbi, bateri yang aku cas sebelum pergi tak boleh berfungsi langsung. nak pakai camera phone, henpon plak aku tinggalkan dalam keta. maka takdelah kenangan aku bersama pengantin. kenangan dalam ingatan jelah. *Selamat Pengantin Baru af!*

balik rumah, aku kemas bilik, lipat baju. dalam keadaan kepala berat, *sebab tak cukup tido* kekonon aku nak tidolah lepas siap sumer. tengah melepek atas katil, kira2 pukul 5.40 petang, telefon rumah berbunyi. aku biarkan abah yang angkat. aku dengar abah jawab panggilan dengan nada suara yang paling kuat. berdesing telinga aku. tapi butir perbualan menarik perhatian. aku dengar 'kemalangan', 'adik', 'kat mana'? ya allah, adik kemalangan ke? kemudian abah teriak nama aku dan Amir, adik bongsu. abah kata mak telefon bagitahu adik kemalangan di Muar dan suruh kami bersiap. hati aku menggerutu "macamanalah adik bawa keta ni.." aku tak tahu cerita sebenar. tidak lama kemudian telefon rumah berdering lagi. kali ini polis pula menyampaikan berita secara rasmi. abah nak tahu keadaan adik, tapi polis tak bagitahu. mereka hanya kata adik tersepit. abah suruh aku bawak baju. pening aku.. untuk apa? aku pun gapai je sehelai t-shirt dan sehelai tuala kecil. kemudian amikkan baju mak, ntah apa2 baju yang aku bawa.

kelam kabut kami masa tu. abah gelabah semacam sampai lupa bawa ubat. masa nak keluar rumah, abah sempat tinggalkan kunci rumah pada seorang jiran. aku positif mengatakan adik selamat tapi abah macam tahu2 sesuatu yang buruk berlaku pada adik. kunci ditinggalkan manalah tahu... yelah, rumah kami kosong. sapa lagi nak diharapkan kalau bukan jiran. aku yang bawak keta, terus pergi ke tempat kerja mak, amik mak. kemudian kami menuju ke Muar. adik ditimpa kemalangan di PLUS Pagoh-Tangkak, Muar ke arah utara. polis menyuruh kami terus ke hospital Muar. daripada mak kami dapat tahu, seorang saksi kejadian bernama Azian telah menjumpai telefon adik dan kemudian menghubungi mak menyampaikan berita itu. maklah orang pertama yang tahu. mak juga bertanya bagaimana keadaan adik tetapi si pemanggil tidak memberitahu perkara yang sebenar. dia hanya mengatakan kereta remuk.

sepanjang perjalanan aku mendiamkan diri. aku biar aje mak dan abah bercerita. tentang ke mana adik pergi hari itu, tentang perbualan telefon antara mak ngan adik pada malam sebelum hari kejadian, juga perbualan telefon antara abah & adik pada hari kejadian. abah cuba mententeramkan kami. yelah tersepit atau remuk dalam kereta tidak bermakna membawa maksud parah yang amat. boleh jadi jugak hanya cedera ringan. tapi bersedih juga mak dengan abah, takut apa yang dibimbangkan benar2 berlaku. aku hanya mampu mengetap bibir, menahan rasa sebak sendiri. aku perlu kuat kerana aku yang bawak mereka hari itu. Pak Din, pakcik sedara aku yang bertugas sebagai anggota polis di n9 terlebih dahulu menyonsong ke Muar. maka ia memudahkan kami untuk mengetahui perkembangan selanjutnya. kebetulan pula, polis yang mengendalikan kes adik di Tangkak ialah kawan Pak Din. alhamdulillah.

lebih kurang pukul 8 malam kami tiba di Muar. Pak Din meminta kami untuk pergi ke hospital Tangkak pula. dalam perjalanan ke Tangkak, abah telefon Pak Din. abah nak tahu bagaimana keadaan adik. Pak Din bertanya siapa bawak kereta, abah jawab aku yang bawak. setelah menamatkan perbualan dengan Pak Din, abah pun berkata, "Na, anak kita dah takde. Amir, kakak ko dah takde." ya Allah, mendengar kata2 abah itu bagai nak luruh jantung aku. tersentak. remuk berkecai2. mak dengan abah meraung, Amir senyap, aku tidak bersuara, hanya air mata yang mengalir deras mengaburi pandangan. setelah abah kembali bertenang, abah telefon semula jiran yang ditinggalkan kunci tadi, minta bantuan apa yang patut di rumah sebagai persediaan untuk membawa balik jenazah, tak sempat cakap habis abah kembali menangis. begitu juga mak. aku, jangan cakaplah.. menangis tidak berlagu. kuatkan diri, aku kena ingat aku yang bawak kereta.

sampai di hospital Tangkak, aku nampak Pak Din. mak berpelukan dengan Mak Yah, orang rumah Pak Din. abah pula ditenteramkan oleh Pak Din. aku sorang2 tenangkan diri. aku telefon Kay, aku bagitau rakan sekerja untuk mengganti tugas aku pada hari ahad dan isnin. aku bagitahu Dia.. air mata mengalir tiada hentinya. Pak Din kemudian beritahu aku keadaan adik semasa proses pengecaman dijalankan sebelum kami tiba. Pak Din juga mengajak jika aku mahu melihat mayat adik, tapi setelah mendengar penerangan Pak Din, aku menolak. takpelah, aku tak sanggup. aku tak mahu melihat adik dalam keadaan tidak sempurna. biarlah selepas post mortem dijalankan. aku redha.

kami kemudian berpatah semula ke Muar, ke balai Polis Trafik Muar untuk buat laporan polis. ketika abah dan Pak Din memberikan laporan, aku dan mak pula membuat pengecaman dan tuntutan untuk barang2 adik. barang adik dan rakan2 mereka semua basah kerana kereta mereka diheret ke dalam parit. aku dapat semula kamera adik, tapi dah rosak. yang penting henpon adik berada dalam keadaan selamat dan sempurna. alhamdulillah. walaupun begitu henpon 2 lagi rakannya tidak dijumpai. aku jalankan kewajipan aku. aku telefon rakan serumah adik, aku telefon bos adik, aku juga sms kawan2 adik, memaklumkan perkara ini, meminta maaf, halalkan makan dan minum, juga jika ada sebarang tuntutan hubungi aku. selepas selesai urusan di Muar, kami pergi semula ke Tangkak. kali ini aku minta Amir yang bawa kereta. kepala aku berat sangat. aku juga perlu melayan panggilan2 yang masuk ke henpon adik, bertanyakan kebenaran berita yang mengejutkan itu.

sampai di Balai Polis Tangkak, kami dibawa bertemu bersama kawan Pak Din yang mengendalikan kes kemalangan adik dan rakan2nya. dia kemudiannya menerangkan bagaimana kemalangan itu berlaku. beginilah kisah tragis 4 sahabat maut dirempuh lori tangki. arwah adik, bersama arwah Su, teman serumah adik, arwah Zul, pemandu wira serta arwah Fai, ke semuanya 27 tahun, dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan di Kluang, Johor. rakan tersebut adalah teman sekuliah mereka sewaktu belajar dahulu. kecuali Fai yang berasal dan bekerja di Melaka, adik, su dan zul bekerja di KL. rancangan mereka ialah untuk singgah bermalam di Melaka sebelum pulang ke KL pada keesokkan harinya. selanjutnya ikuti berita yang dipetik daripada BH, Ahad 14 Mei 2006.

MUAR: Empat sahabat, termasuk pemandu sebuah kereta maut selepas kenderaan mereka naiki dirempuh sebuah lori tangki minyak yang terbabas kerana tayar depannya dipercayai pecah di Kilometer 152.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran Tangkak, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta itu dikatakan terbalik beberapa kali sebelum terhumban ke dalam parit. Pasukan Bomba dan Penyelamat Tangkak, mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersempit. Jurucakap polis berkata, tayar lori tangki itu yang datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke arah Johor Bahru pecah menyebabkannya bergesel dengan sebuah kereta lain dari arah sama sebelum memasuki laluan bersebelahan. Katanya, lori tangki itu kemudian merempuh kereta yang dinaiki empat rakan itu menyebabkannya terbalik dan terhumban ke dalam parit di tepi lebuh raya berkenaan. Beliau berkata, empat penumpang dan pemandu sebuah lagi kereta dipercayai warga Singapura berusia lingkungan 20-an dan 30-an yang bergesel dengan lori tangki itu hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Tangkak. Pemandu lori itu turut cedera dan dirawat di hospital sama. Mayat dihantar ke Hospital Tangkak untuk dibedah siasat.

memang poyo+sengal+sial drebar lori ittew. tunggulah saman daripada kami semua.

Kembali bersama kisahnya.. post mortem tidak dapat dilakukan pada malam itu, hanya akan dibuat pada esok pagi. maka kami terpaksa bermalam di Tangkak. malam itu kami tidur di sebuah rumah tumpangan yang diuruskan oleh kawan Pak Din. aku dapat dengar tangisan mak dan abah di dalam bilik air. aku sendiri tidak dapat mengawal perasaan ketika bersendirian. terasa lambat sekali masa berlalu untuk sampai ke hari esok. sepanjang malam abah menangis merintih, mak juga begitu. tak pernah aku lihat abah begitu. abah seperti tidak dapat menerima hakikat bahawa adik dah takde. aku juga tidak percaya adik telah meninggalkan kami dalam sekelip mata. kejutan itu terlalu berat untuk kami tanggung. aku tak dapat lelapkan mata. sedangkan kepala dah terlalu berat untuk berjaga. air mata menjadi terlalu murah, terlalu mudah mengalir. bengkak mata kami berempat. kini baru aku tahu bagaimana perasaan orang yang kehilangan insan yang disayangi. sebelum ini kita macam faham apa yang diorang alami. tapi sebenarnya kita tidak mengerti langsung melainkan apabila kita melaluinya sendiri. aku pernah kehilangan nenek yang aku sangat sayang, aku pernah melihat sepupu aku kehilangan ayah, malah hampir setahun yang lalu Dia kehilangan ibunya dan menyebabkan dia dan adiknya yatim piatu. tapi perasaan ketika itu amat berlainan sekali dengan apa yang aku alami sekarang. tidak sama. baru kini aku mengerti..

~ Ahad 14 Mei 2006 ~
lelap juga mata aku. kira2 dua jam je aku tidur. pagi2 lagi aku dapat panggilan telefon daripada rakan sekerja memaklumkan berita kemalangan adik ada dilaporkan dalam akhbar. ketika bersarapan aku beli akhbar yang dimaksudkan. ya Allah, remuk sekali kereta mereka. mak tak sanggup tengok, abah pun sama. hanya aku dan Amir je yang berani menatapnya. turut dimuatkan dalam berita tersebut ialah gambo adik dan dua lagi rakannya. kami kemudian ke hospital Tangkak menunggu jenazah untuk dibedah siasat seterusnya dimandi dan dikapankan. ada juga wartawan datang menemubual mak, abah dan ahli keluarga arwah Su dan arwah Fai. aku dan Amir melarikan diri. ntah kenapa, aku tidak suka ditemubual ketika itu. agak lama kami menunggu jenazah siap. henpon adik tak putus2 menerima panggilan dan sms ucap takziah daripada rakan2nya. aku melayan dengan kadar yang termampu. ada yang menangis, menyebabkan aku turut merasa sebak. kira2 jam 12 tengahari, barulah jenazah adik dan arwah Su siap dikapan. dua lagi jenazah rakan mereka akan diselesaikan selepas adik dan Su disembahyangkan. aku dan mak memberanikan diri melihat wajah adik buat terakhir kalinya. abah dan Amir pula yang tidak sanggup. aku payungkan jenazah adik ketika dia disorong untuk dibawa ke surau yang terletak tidak jauh dari rumah mayat. tuhan sahajalah yang tahu perasaan aku ketika itu. kami semua sebak yang teramat. kedua jenazah disembahyangkan serentak. jenazah arwah Su bergerak dahulu menuju ke kampung halamannya di Perak. arwah dan adik adalah sahabat baik. mereka rakan serumah di KL. arwah pernah beberapa kali datang bermalam di rumah kami di JB. titisan air mata dan al Fatihah aku sedekahkan mengiringi perjalanan arwah. akhirnya berpisah jua mereka berdua setelah bersahabat bertahun2 lamanya.

jenazah adik menyusul kemudian untuk dibawa masuk ke dalam van jenazah. mak dan abah mengiringi perjalanan adik pulang ke Johor Bahru. aku dan Amir mengikuti mereka dari belakang. sekali lagi aku melihat abah dan mak meratap, meraung dan merintih ketika berada di sisi adik di dalam van jenazah. Pak Din cuba menyabarkan abah. aku cepat2 menjauhkan diri, makin lama aku berada di sisi adik, makin tak kuat aku jadinya.

kami sampai di rumah kira-kira jam 2 petang. ramai orang dah menunggu kami. aku dan Amir sampai rumah dahulu, aku terus naik ke bilik tukar baju kurung. yelah dari semalam aku hanya pakai jeans dan tshirt. selepas bersiap ala kadar, aku turun ke bawah bersalaman dengan tetamu yang hadir. ada yang aku kenal, ada juga yang aku tak kenal. aku nampak Kay dengan mata merahnya, aku peluk Kay dan airmata mengalir tanpa silu di depan semua orang. juga dengan makcik2 dan sepupu2 aku. kemudian big boss adik yang turun dari KL datang kepada ku mengucap salam takziah sambil berkata, "she's a good girl." ramai juga rakan sekerja adik yang turun dari kl dan dengan sabar menunggu jenazah adik tiba. sepuluh minit kemudian, jenazah adik bersama mak dan abah menyusul. sekali lagi raungan dan tangisan kedengaran. banjir rumah dengan air mata. jenazah adik dibawa masuk ke dalam rumah untuk solat jenazah buat kali kedua. aku dapat melihat dengan jelas jenazah adik yang terbujur kaku disembahyangkan.

ya Allah berikan kami kekuatan...

mak ingin melihat wajah adik buat kali terakhir sebelum adik dikebumi. tapi abah tak kasi buka kain kapan. mahu tidak mahu mak hanya mencium adik dari luar sahaja. aku dan Amir buat perkara yang sama. aku cakap kat adik "adik, akak sentiasa doakan untuk adik. akak sayangkan adik." kemudian adik dibawa ke tanah perkuburan yang terletak kira2 10 minit dari rumah kami. bersemadilah adik di sana. sebelum aku tinggalkan adik, aku kucup nisan adik, "adik, akak balik dahulu. nanti akak datang lagi." abah pula berkata, "adik, abah pasti menyusul juga." ya Allah ya Rahman ya Rahim.

semalam rakan sekerja memaklumkan kepada aku bahawa tragedi kemalangan tersebut ada disiarkan di dalam rancangan 999, tv3. aku tak menonton tv ketika itu kerana rumah aku masih lagi mengadakan majlis tahlil dan yasin untuk adik. sebak dada aku ketika diceritakan arwah adik yang berbaju biru dilihat dikeluarkan dari kereta di tempat kemalangan. baju biru tu baju baru adik pakai. rasa terkilan pun ada kerana tak dapat menyaksikannya sendiri.

digital camera adik rosak teruk. walaupun begitu memory cardnya terselamat dan aku berjaya melihat gambar2 di dalamnya. alhamdulillah. arwah berempat ada bergambar bersama dengan pengantin. tenang dan ceria sungguh wajah mereka ketika itu. aku tidak dapat menahan sebak melihat wajah mereka berempat. sebak yang sentiasa berkunjung tidak kira masa. aku menyimpan wallet adik, kunci rumah dia, segala sijil dan surat kematian adik. esok pagi, aku akan ke Kuala Lumpur selama 2 hari untuk mengemas barang2 adik di rumah sewanya. Isnin pula aku dan keluarga akan ke opis adik, juga untuk mengambil barang adik di sana yang telah dikemaskan oleh opismatenya. aku juga akan uruskan hal2 pinjaman pelajaran, credit card, bank dan sebagainya.

Ya Allah ya tuhanku, kau cucurilah rahmatMu ke atas roh adikku dan juga rakan2nya. tempatkan mereka berempat di kalangan orang2 yang beriman, hambaMu yang terpilih. Ya Allah ya tuhanku, kau berikan kekuatan kepada ku, kepada kedua ibu bapaku, kepada ahli keluargaku, dalam menempuh ujian Mu ini. sungguh berat ujian yang kau berikan. tak tertanggung kami menempuhinya. amin... adik, sesungguhnya kami amat merindui adik. kami redha dik. adik tetap dalam ingatan kami buat selama-lamanya. rindu ini tidak akan pernah padam.

itulah tragedi yang menimpa adik. sungguh mengejutkan kami sekeluarga. kami tahu Allah lebih sayangkan adik dan rakan2. kami juga tahu dunia ini hanyalah pinjaman. cuma cara dia pergi yang membuat kami tersentak seketika.



nguLat ngepost | 11:40 PM | |

Saturday, May 13, 2006

adik.. adik dah pergi, pergi menemui sang Pencipta, pergi meninggalkan kami sekeluarga, pergi buat selama-lamanya. adik, akak rindukan adik..



aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
ooohh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tau bahwaku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan akan

kau seperti nyanyian dalam hati
ku yang memanggil rinduku padamu
kau seperti udara yang kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi...


~AL FATIHAH~




nguLat ngepost | 5:30 PM | |

Thursday, May 11, 2006

best2. hari ni tak keje malam, dapatler aku tengok AQ, Wakenabeb dan Lost. sejak dikenakan keje pada malam Jumaat yang berbahagia, terpaksalah aku melupakan siri2 tv kegemaran ku ittew. kalau dapat tengok kat opis pun, tatap tv bisu jelah. pastu tumpuan takde. hampeh. petang tadi kawan aku telefon ajak kuar jalan2 cari makan, malam ni, dia nak belanja. jawapan aku.. "maafler, aku ada date dengan tv" huahahaha.. geram je Kay.

yeah bermula dengan tv, jadik aku nak bercerita fasal tvlah. sepanjang bulan lepas ada beberapa filem dan drama yang ditayangkan di kaca televisyen memaparkan tema senget, adegan2 senget, pelakon di filem senget, pelakon filem macam senget dan pelakon pak pacak senget. semuanya senget L. senget G ada jugak tapi itu tiada kena mengena dengan aku. tanpa mengikut urutan tayangan, maka inilah laporan tertunda antu tv senget.

1) sitcom Puteri : Gol dan Puteri (ala gol dan gincu) - 26 April 2006
sapa tengok sitcom Puteri kat tv3 hari Rabu kira2 3 minggu lepas angkat kaki! uiks tebalnya bulu kaki ko beng.. hehe. dalam siri Puteri dengan episod bertajuk Gol dan Puteri ittew, puteri and the gang telah mengjoinkan diri dalam arena futsal. minah2 3 sekawan MCI (melayu cina india) itu telah bersatu dalam kumpulan yang diberi nama Shanana. dalam group Shanana ada dua orang pak pacak tambahan yang terer bermain futsal iaitu sorang awek dan sorang peng. dalam keseronokan MCI baru hendak belajar bermain futsal dengan rakan mereka berdua, mereka telah diejek, diketawakan dan dicabar oleh sekumpulan pemain yang mendakwa paling haibatt dalam arena futsal wanita dan menggelarkan diri mereka Top Cat. miau miau ghauuuuu..

dalam group Top Cat juga terdapat beberapa awek keji dan budak2 peng yang asyikler tersenyum riang walau pun dalam scene pergaduhan mulut yang amat dasyat antara awek keji dengan puteri. aiyoo beng, kalau tak reti bermuka garang, buatlah aksi senyum sinis ke, baru real lakonan. huahaha.. dipendekkan cerita, Top Cat telah mencabar Shanana untuk berlawan futsal dan Shanana dikira menang jika dapat membolosi gawang Top Cat dengan 1 gol sahaja. Shanana pada awalnya tiada harapan langsung untuk menang setelah dibelasah teruk berbelas gol oleh Top Cat. tetapi akhirnya telah memenangi cabaran tersebut dalam keadaan dan gol yang tidak diduga.

paparan sesenget : tabik hormat kat budak2 peng yang menjadi pak pacak. control macho sokmo. senyum memanjang. yelah muka masuk tv. huhu


2) Grey's Anatomy (GA) - 10 April 2006
GA adalah sebuah siri drama komedi mengenai sekumpulan first year surgical interns di Seattle Grace Hospital. ia adalah antara drama terpopular di US selain daripada Lost dan Desperate Housewives (DH). kalau korang bebetul antu tv, korang tentu perasan TV3 pernah menayangkan drama ini selama beberapa minggu pada awal tahun ini. kemudian TV3 tiba2 memberhentikan tayangan tanpa memberi sebab atau memaklumkan kepada penonton dan menggantikannya dengan siri drama sejarah sorang president US di zaman budak *tak ingat tajuk. tak minat*. uiks memang sengal tau. apa diorang ingat takde orang tengok ke?? stesen tv malaysia memang cenggitu. batal ke, tunda ke main sesuka hati tak bagitahu. nasib baik aku duduk jb, TV3 batal, aku beralih ke ch5 singapore. hahaha..

GA serius syiok beb. cerita ni sekarang menduduki tahkta pertama drama tv musti tengok dalam senarai antu tv aku, diikuti dengan Lost, Ghost Whisperer dan lain2 lagi. GA tak macam ER yang serius giler. dah namanya drama komedi, tapi taklah terlalu komedi seperti Scrubs. beberapa bulan lepas, salah sorang pelakon GA iaitu Sandra Oh telah mendapat pengiktirafan di Golden Globe award for "Best Performance By an Actress in a Supporting Role in a Series, Mini-Series or Motion Picture Made for Television" *aduh panjang gaban nama award* memang patut Sandra Oh memenangi award tersebut. wataknya kelakar2 sinis dan ada ketikanya dia serius pun nampak kelakar. sesuailah dengan orangnya.

paparan sesenget : pada episod yang ditayangkan pada hari Isnin, 10 April 2006, Michelle Krusiec atau lebih dikenali sebagai Wil dalam filem senget Saving Face telah menjadi pelakon tambahan sebagai pesakit di hospital tersebut. kebetulan waktu tayangannya bertembung dengan siri drama Prison Break Pilot Epi dan Ghost Whisperer. apalagi, gelabah giler aku. sekejap tekan 8tv, kejap pi punat 5. pastu kejap lagi bersms dengan cik lily. teruja giler babeng. tak leh konsentret bebetul. rupa Wil dalam GA teramatlah ayu, tak macam rupa dia dalam SF. aku sempatler amik gambo dia terbaring kat katil hospital guna henpon sengalku.



sakitlah tu. sakit2 pun comelll... hehe


gambo dari website
aduhh duh duh bikin gue hanyut dong..


aaaaaaaa Michelle ada blog. aku tengah lompat keterujaan ni. cantiknya dia.... aduhaiiiii.... saving face pun ada blog?! wahhhh haibat.

link ke MK official website --> Michelle Krusiec
link ke MK blog --> blog


3) Femme Fatale - 12 April 2006
filem lakonan Rebecca Romijn sebagai Laure Ash/Lily dan Antonio Banderas sebagai Nicolas Bardo ini telah ditayangkan di segmen Popcorn Wednesday di 8TV pada hari Rabu 12 April 2006. ini sinopsisnya yang aku petik dari laman web 8tv..

"International con artist/thief Laure Ash helps pull off a diamond robbery in Cannes during the annual film festival. She double-crosses her partners-in-crime and makes off with the diamonds to Paris where she accidently assumes the identy of a distraught woman who commits suicide and then leaves the country. Seven years later, Laure (now called Lily Watts) re-surfaces as the wife of the new American ambassador to France where a certain Nicolas Barto, a Spanish photographer, takes her picture which sets the stage for a motion of events as the evil Laure resorts to low, underhanded means to protect her former identity by emotionally and financially destroying Nicolas while evading her former partners-in-crime still looking for her to reclaim the stolen diamonds."

tak abis lagi tu. sebenarnya apa yang berlaku pada Laure hanyalah mimpi ketika dia tertidur di dalam bath up di rumah pompuan berwajah serupa dia yang hendak bunuh diri. walaupun begitu, mimpi tersebut akan menjadi kenyataan jika dia tidak menghalang pompuan tersebut daripada membunuh diri. semua plot tentang dia melarikan diri ke us, jadi isteri duta, dikejar penjahat, membunuh orang, partner kena langgar dan lain2nya adalah mimpi belaka. buat penat je aku berdebar. siot betul. di akhir cerita, dia muncul semula 7 tahun kemudian, bertemu dengan partnernya iaitu model yang telah membantunya menculik dan menjual diomand tersebut. ahh tak syiok arr aku citer. kena tengok sendiri kerana ada part2 yang tak mampu aku nak ceritakan. panjang sangat. aku pun nak cari movie ini untuk dijadikan koleksi sebab...

paparan sesenget : aksi senget yang mendebarkan berlaku pada awal cerita di mana untuk mencuri diamond yang dipakai oleh seorang model pompuan, maka Laure perlulah menggoda model tersebut dan melakukan adegan2 panas dalam tandas <-- scene ni terkujat2 sebab kena potong dengan 8tv lah. semasa aksi panas berlangsung dengan jayanya, Laure apalagi, telah melucutkan rantai dan segala mak nenek diamond yang diperagakan oleh model tersebut. sebenarnya...... model ittew adalah crime partner Laure. diorang berdua dah rancang semua ni tanpa pengetahuan penjahat lain. walaupun aksi2 panas yang dilakukan di awal cerita adalah lakonan untuk mengabui penjahat lain, aku tetap berspekulasi bahawa Laure n that model adalah kapel berdasarkan keintiman mereka dan babak2 yang melibatkan mereka berdua, walaupun model tersebut hanya muncul pada awal dan akhir filem sahaja. ye ke? e'eleh sukahati akulah. dah namanya spekulasi. hehehe.. aaa citer ni banyak sungguh pusing dan belit. geram aku!

apapun, aku dah lama nak tengok citer ni. terima kasih 8tv!


to be continued...



nguLat ngepost | 11:47 PM | |

Tuesday, May 09, 2006



Kosmo
Selasa 9 Mei 2006


Dilema transeksual di Jepun

Golongan transeksual di Jepun masih menghadapi beberapa halangan dan dilema dalam menjalani kehidupan mereka. Pandangan negatif terhadap mereka masih lagi tersebar luas di kalangan masyarakat negara itu menyebabkan golongan ini lebih suka mendiamkan diri.

"Masyarakat transeksual menghadapi satu dilema yang besar. Jika kami menyuarakan sebarang pandangan, kami akan kehilangan pekerjaan dan kehidupan kami. Bagaimanapun, jika kami mendiamkan diri, kehidupan kami tidak diganggu," kata seorang ahli politik pertama daripada golongan transeksual, Aya Kamikawa. Sejak tiga tahun lalu, dia yang merupakan seorang lelaki yang menukar jantina kepada wanita, banyak memainkan peranan utama dalam meminda undang-undang mengenai penukaran jantina.

Namun, masih banyak lagi halangan yang terpaksa ditempuhi oleh golongan transeksual bagi membolehkan mereka bebas menjalani kehidupan seharian. Berdasarkan undang-undang pada tahun 2004, hanya penduduk yang tidak berkahwin dan tidak memiliki anak yang dibenarkan menukar jantina mereka. Undang-undang itu menjelaskan mereka yang ingin menukar jantina perlu melakukan pembedahan yang kemudiannya perlu disahkan oleh dua orang doktor. Pelaksanaan undang-undang itu mengakibatkan golongan transeksual yang sudah berkahwin tidak dibenarkan untuk menukar jantina.



Kanako Otsuji,31 merupakan ahli politik lesbian pertama di Jepun



Takafuji Fujio kini menjalani kehidupan sebagai lelaki


Seorang daripada mereka, ialah seorang wanita yang pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak tetapi ingin menjadi lelaki, Takafuji Fujio. Sebagai seorang wanita muda, Fujio menyatakan dia pernah memendamkan keinginannya untuk hidup sebagai seorang lelaki. Dia kemudian berkahwin dengan rakan sekerjanya kerana menurut norma-norma masyarakat dan berjaya melahirkan dua orang anak perempuan sebelum menyedari itu bukanlah kehidupan yang dia inginkan. Dia sanggup meminta penceraian daripada suaminya pada tahun 2002 sebelum menjalani kehidupan sebagai lelaki.

Bagaimanapun, tindakan itu memberi kesan buruk dalam kehidupannya apabila bekas suaminya tidak membenarkannya melawat dua anaknya dengan kerap. Fujio menyatakan dia hanya dibenarkan untuk menemui anak-anaknya itu sekali sejak bercerai dengan suaminya itu empat tahun lalu.

Namun, beberapa perubahan bagi menuntut hak golongan transeksual itu berjaya dilakukan antaranya yang diperjuangkan oleh seseorang ahli politik, Kanako Otsuji. "Generasi saya merupakan yang pertama bercakap mengenai hak golongan minoriti seks," kata ahli politik lesbian pertama di Jepun - AP



for full report in English, click here --> Mainichi Daily News



nguLat ngepost | 11:09 PM | |

Monday, May 08, 2006




A : budak itu lelaki atau perempuan?

B : dia anak perempuan saya.

A : oh, maaf. saya tak tahu kamu bapanya.

B : bukan, saya ibunya!




huahahaha



nguLat ngepost | 11:42 PM | |

Thursday, May 04, 2006

yo guys, sapa2 yang singgah blog ini, sekarang, semata2 isu hot ini, aku mintak korang baca betul2. faham benar2. sekali lagi diingatkan, baca betul2. jangan baca hentam keromo atau sambil lalu je. karang aku ngata korang sengal, baghal, marah. jadi sebelum aku angin, BACA BETUL2!! *emo siot*


dah tiba masanya aku berbicara mengenai laporan khas yang memang khas ditulis untuk senget L dan tersangat khas kerana diterbitkan pada hujung minggu dan hari cuti umum. pada mulanya aku tersedak + terkedu sebab family aku peminat setia utusan dan mingguan. tentunya mereka membaca kedua2 laporan tersebut. tentu sekali adik2 aku turut mengamatinya. tentu juga aku jadi merah padam tiba2. terasa hari cuti itu sesuatu yang luar biasa.

dengan tajuk khusus iaitu Fenomena Wanita Jadi Lelaki, fokus diberikan kepada pengkid dan warganya. bahagian I laporan khas tersebut menarik sekali persembahannya kerana menggunakan pengakuan sebenar responden dan penyamaran yang dikira berjaya. juga gambar2 yang mencuci mata. manakala bahagian II pula hanyalah cebisan2 artikel yang dikumpul bagi melengkapkan laporan. pada aku laporan tersebut akan lebih mendapat perhatian jika mereka meluaskan skop, tidak tertumpu kepada pengkid sahaja. itu pun jika mereka berjaya mendapatkan responden di kalangan bukan pengkid dan awek peng iaitu komuniti senget L yang lain. kini yang terjejas hanyalah reputasi pengkid yang dianggap tidak elok perilaku ketika memenuhi tuntutan 'sosial' mereka. namun begitu pepatah melayu ada mengatakan, cubit peha kiri, peha kanan merasa sakitnya. dedah pasal pengkid, seisi komuniti senget merasa tempiasnya.

sebenarnya ada sesuatu yang ingin aku kongsikan dengan korang. minggu lepas, sebelum laporan khas itu diterbitkan, aku dihubungi oleh seseorang yang mendakwa sebagai wartawan laporan khas di salah sebuah akhbar berpengaruh di negara ini. tidak dinyatakan pula mewakili akhbar mana. katanya sedang membuat kajian mengenai KENAPA SAYA LESBIAN. tentu sahaja tujuan dia menghubungi aku adalah untuk mendapatkan pandangan dan input aku mengenai tajuk tersebut. dakwanya artikel tersebut akan memberi impak terhadap penerimaan masyarakat terhadap golongan ini. dia mampu mengubah stigma masyarakat terhadap golongan ini dengan syarat aku membantunya. katanya lagi, masalah timbul kerana ramai yang tidak mahu memberi kerjasama sebaliknya hanya pandai mengkritik atau marah hanya selepas sesuatu artikel itu dikeluarkan. *siapa yang marah ketika ini?*

aku sikit pun tidak berkecil hati apatah lagi melatah dengan laporan tersebut. sememangnya apa yang didedahkan adalah benar belaka. penulis telah cuba menyampaikan laporan secara berimbang dan saksama. berada di tengah2, tidak menyokong tidak pula menghentam berlebih-lebihan. terpulang kepada pembaca membuat penilaian. cuma yang kurengnya, macam aku cakap tadi, skopnya tidak meluas. responden yang terdiri daripada peng dan awek peng tidak memadai. kerana dunia senget lebih luas dari diorang. sengetian ada di mana2. tidak hanya menyerupai lelaki. mungkin rakan sekerja yang nampak pendiam, mungkin adik atau kakak yang cantik gemawan, mungkin doktor yang memeriksa gigi, mungkin juga personaliti tv. jika laporan khas bahagian II menyentuh 'kenapa jadi lesbian' bersama dengan responden senget lain, dapat mengetengahkan pandangan mereka tentang seksualiti dan agama, tentu lebih da bomb meletops2! masalahnya, tiada responden yang mahu berkerjasama kot. *aku lah tu*

sehingga laporan khas itu keluar, aku belum lagi memberikan jawapan sama ada untuk berkerjasama atau tidak. ketika itu aku sedang mendapatkan pandangan daripada beberapa teman rapat aku. setelah laporan khas diterbitkan, sementelah tidak mengetahui akhbar mana wartawan tersebut wakili, maka aku berspekulasi sendiri, mungkin dia adalah wartawan yang sama yang menulis laporan khas tersebut. mungkin. *benar deh*

terus terang aku bagitahu, pada mulanya aku ingin berkerjasama memberi maklumat seperti yang diinginkan. mungkin benar bahawa wartawan tersebut mampu menulis sesuatu mewakili kita yang dakwanya boleh mengubah stigma masyarakat terhadap golongan senget. tapi aku juga terfikir, ye ke dia mampu? boleh ke senang2 nak ubah pandangan masyarakat? mampu ke dia nak memahamkan orang stret atau nanti terputarbelitkan ayat sehingga impak negatif yang lebih menonjol? adakah mudah kita mengatakan laporan yang akan dibaca oleh jutaan rakyat malaysia, boleh mempengaruhi fikiran mereka dalam masa sehari? mungkin 0.1 peratus sahaja yang percaya, yang rasa simpati. yang lainnya mencemik muka, tak pun kata "anak sapalah ni. kesian mak bapak mereka."

setelah membaca laporan khas terbitan Utusan itu, perspektif aku bertambah2 negatif berbanding positif. no! aku tidak akan berkerjasama. aku tidak mahu dihantui rasa bersalah. aku lebih rela mendiamkan diri. biarlah dia tahu daripada mulut orang lain, tapi tidak daripada aku. aku setuju atau tidak dengan laporan dia nanti, itu belakang cerita. yang penting, aku sebenarnya tidak mahu lesbian digembar-gemburkan di media massa. biarlah orang tetap memandang serong asalkan diorang bahagia. biarlah mereka tidak tahu perkara sebenar asalkan mak bapak aku tidak disogokkan dengan cerita2 ini daripada akhbar. mata aku tidak disinari dengan cahaya. aku tidak nampak impak yang baik daripadanya. *sekarang, sapa yang jadi dalang, bocorkan maklumat? aku ker??*

ramai yang percaya ada agenda tersembunyi di sebalik laporan khas tersebut. pada aku pula, media memang suka mensensasikan cerita. seperti laporan khas itu yang khas diulang2 saban tahun, tak kiralah dalam akhbar, majalah atau media elektronik. tak kisahlah sama ada laporan yang dibuat berdasarkan kisah benar, pengakuan, kajian, penyamaran atau apa jua bentuk untuk meyakinkan pembaca bahawa laporan mereka tulen, sahih dan benar. bukan aku hendak menidakkan keupayaan wartawan, bukan juga menafikan kesungguhan wartawan sebagai pelapor dan kadang kala bertindak sebagai orang tengah dalam memperjuangkan masalah dan kepentingan rakyat. aku juga bukan nak mengutuk wartawan yang menulis apa jua laporan, wartawan dalam apa jua media, kerana cita2 aku sejak kecil sehingga ke mak gajah ini adalah ingin menjadi wartawan. aku belajar ilmu kewartawanan. maka aku faham apa kerja diorang, cuma dalam hal ni aku buat2 tak faham. kerana ia sering buat kita tertanya2, kenapa perlu menulis cerita tentang kita? adakah perlakuan golongan senget L di Malaysia ini telah melampaui batas sehingga perlu dinasihatkan melalui pendedahan di akhbar? adakah ini sahaja caranya hendak memahamkan orang stret tentang perkara2 taboo ni? adakah kami dah terlebih kacau orang? campur seribu satu persoalan lain.

jika selepas ini muncul pula laporan khas "Kenapa Saya Lesbian" dan sejuta satu laporan khas, mampukah ia mengubah persepsi masyarakat umum? pendapat aku, ia sama sekali tidak dapat mempengaruhi sesiapa. tiada siapa yang akan bersetuju dengan cara hidup pilihan kita ini yang terkeluar dari landasan orang normal. walau apa jua alasan yang kita beri, walau apa jua sebab musabab, keperitan, kepayahan, penanggungan perasaan dan beban yang kita alami. tapi kalau kita tak bagitahu apa yang kita rasa, apa yang kita alami, sampai bila2 mereka takkan faham. masalahnya, perlukah kita memahamkan mereka? untuk apa? untuk diterima, supaya tidak dipandang serong dan senget lagi? i don't think so. senget tetap senget, tiada siapa boleh mengatakan bahawa perilaku senget adalah sah walau dalam 1001 malam kita memberikan 1001 sebab musabab yang boleh menimbulkan rasa simpati. membaca laporan khas Fenomena Wanita Jadi Lelaki bukan boleh membuatkan orang faham, malah bertambah jelik walaupun responden menyatakan dia menjadi demikian kerana pengalaman pahit bersama lelaki. kerana selain tulisan berunsur simpati itu, laporan khas tersebut turut menyiarkan berita penyamaran yang tentunya mendatangkan kesan negatif.

bercakap tentang penyamaran, laporan Beradu Asmara di Kelab Snuker tersangat membuka mata orang ramai dan mata aku juga. umum di kalangan sengetian mengetahui kelab snuker manakah yang dimaksudkan. memang popular tempat itu. aku sendiri pernah beberapa kali mengunjungi restoran bersebelahan kelab terbabit, cuma tidak pernah menjejakkan kaki ke dalam kelab yang dipenuhi dengan warga peng itu. apa pun, walau pun tertutup, malulah juga rasanya. betapa daringnya pengkid dan awek mereka abad ini. baliklah rumah kalau nak buat perkara2 begitu. korang takkan ditangkap khalwat punya. tengok sekarang, tak pasal2 hangat di pasaran. siapa yang malu? kita dan keluarga2 kita juga. *yelah aku tahu bukan semua pengkid cenggitu. kawan2 peng aku pun tak macam tu. segelintir ajer..*

pada aku, selagi kita tak kacau orang, selagi kita tidak membuat onar secara terbuka, selagi itu kita boleh berjalan dengan aman dan damai di bumi tercinta ini. biarlah seribu kali orang mengusik atau menjentik, kalau kita tak bersalah, jangan rasa bersalah.

sekian laporan khas aku mengenai laporan khas Fenomena Wanita Jadi Lelaki dan seangkatan dengannya. maaf jua yang dipinta jika ada terkasar bahasa, tersilap bicara. sehingga kita bertemu lagi di lain laporan khas, jaga diri, hiasi peribadi, jaga imej, demi kesejahteraan warga senget.


*tak sanggup melihat parents baca kisah senget anak sendiri dalam akhbar*



nguLat ngepost | 1:30 AM | |

Tuesday, May 02, 2006

rasanya kebanyakan daripada kita dah membaca laporan khas tentang kita2 ni dalam Mingguan dan Utusan Malaysia baru2 ini. aku tak rasa bengkek dengan laporan diorang. tapi bengkek sebab tak dapat online di selama beberapa hari. bengkek juga tak dapat buat lintas langsung dan laporan terkini pada dua hari tersebut. apa pun, dalam hidup aku tiada istilah berita basi. cuma kita lambat maklum dan lambat tahu je. setiap informasi dan berita baik lama atau baru adalah maklumat yang berguna. jangan hairan jika korang nampak aku mampu duduk berjam2 lamanya di sisi timbunan surat khabar lama semata2 mengorek berita 'basi'.

ok.. ini maklumat untuk kawan2 yang tidak tahu apa yang berlaku dalam akhbar berpengaruh negara kita pada dua hari berturut2 iaitu pada hari Ahad 30 Jun 2006 dan Isnin 1 Mei 2006. juga untuk rujukan blog aku.

+++++++++++++++++++++++++++++++++


Mingguan Malaysia 30 April 2006
rujukan : Utusan Online

KISAH wanita lesbian berperwatakan lelaki, Azizah Abd. Rahman atau nama 'machonya' Rosdi Ahmad yang menipu pegawai pejabat agama untuk menikahi seorang gadis dari Pengkalan Kubor, Tumpat pada bulan Oktober 1996 benar-benar menggemparkan seluruh negara ketika itu. Kelicikan dan kehandalan lakonannya membolehkan Azizah sempat menjalani kehidupan sebagai 'suami isteri' dengan Rohana selama sebulan selepas 'dinikahkan'. Bagaimanapun, dia diberkas di Klang, Selangor beberapa hari selepas melarikan diri setelah rahsianya terbongkar. Golongan lesbian yang berpewatakan lelaki atau dikenali dengan istilah pengkid seperti Azizah kini dikatakan semakin menular di dalam masyarakat kita.

Wartawan Utusan Malaysia, SYAHRIL A. KADIR dan WAN NOR HAYATI ALIAS bersama jurugambar, RAJA JAAFAR RAJA ALI cuba merungkai gejala 'pengkid' dalam laporan khas mereka; 'FENOMENA WANITA JADI LELAKI'.

KUALA LUMPUR 29 April - Liza (bukan nama sebenar) merupakan seorang eksekutif di sebuah bank di ibu kota. Secara zahirnya tiada apa yang mencurigakan mengenai dirinya. Seperti wanita lain, Liza, 29, sentiasa mengenakan alat solek dan berpakaian seperti baju kebaya dan baju kurung terutama ketika pergi dan pulang daripada bekerja. Kalau berkemeja T dan berseluar jeans pun, ia hanya ketika dia bercuti atau membeli-belah di ibu kota.

Dengan berwatakan lemah lembut dan sentiasa tersenyum, tiada siapa sangka yang Liza sebenarnya memiliki perasaan, jiwa dan nafsu yang berlawanan dengan fitrah semula jadi manusia. "Hati saya bukan pada lelaki, tetapi pada pengkid," katanya selamba kepada penulis ketika menemu bualnya di sebuah restoran di ibu kota baru-baru ini. Liza menceritakan lebaran hidupnya dengan penuh perasaan tetapi cukup berhati-hati. Berulang kali dia meminta penulis supaya jangan menyalah tafsir atau mensensasikan perbualan kami pada hari itu.

Paling penting, menurutnya, dia tidak mahu gambarnya diambil, sama ada jelas atau pun secara kabur. Kata Liza, dia mahu penulis memetik seratus peratus pengakuannya dan dia tidak mahu ia disunting sesuka hati. Bagi beliau, inilah kali pertama dia mendedahkan kisah hidupnya dan dia tidak mahu mengulang atau mengingatinya lagi selepas ini. Penulis hanya tersenyum dengan permintaan tersebut kerana ia bukanlah satu permintaan yang terlalu payah untuk dipenuhi.

Menurut Liza, dia mula membenci lelaki bila bapanya sendiri bertindak mencabul kehormatannya ketika dia sedang mandi sewaktu berusia 15 tahun. "Episod malang tersebut tidak terhenti di situ, selepas itu seorang sepupu lelaki yang menjadi tempat saya berkongsi suka dan duka pula mengambil kesempatan dengan meragut kesucian yang saya pertahankan selama ini. Cuba awak beritahu saya, dengan segala kejahatan dan keburukan yang dimiliki oleh insan yang bernama lelaki, apakah saya harus melutut dan mengharapkan kasih sayang daripada mereka? Maaf, hati saya sudah tertutup terus dengan kaum Adam, saya bencikan mereka!" katanya sambil mengelap air mata yang semakin deras jatuh di pipinya.

Di saat itulah, katanya, dia berkenalan dengan Joey, seorang pengkid yang berasal dari selatan tanah air. Menurut Liza, katakan apa saja tetapi dia tidak pernah merasakan saat yang paling indah dalam hidupnya selain ketika bersama Joey. Lebih daripada itu, Joey melayannya dengan penuh rasa kasih sayang sehingga membawa ke dalam bilik tidur. Katanya, biarpun hubungan terlarang itu berjalan dengan agak 'janggal' namun ia sudah cukup untuk memuaskan naluri seksnya.

Namun bak kata pepatah ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Begitulah nasib hubungan mereka berdua apabila semua keindahan tersebut musnah disebabkan sikap Joey yang terlalu cemburu dan kuat mengongkong. "Inilah masalah kalau bercinta dengan pengkid, cemburunya hanya Tuhan saja yang tahu, sampai satu peringkat kami bergaduh hingga melibatkan penggunaan senjata tajam," katanya.

Kini hidup Liza sendiri, tiada kekasih untuk menumpang manja seperti mana wanita lain. Namun yang pasti, dia sudah menetapkan siapa yang bakal mengisi kekosongan hidupnya. Yang lebih pasti, orang itu bukanlah insan bernama lelaki seperti mana yang sepatutnya. "Entah sampai bila hati saya akan berubah, namun peristiwa 'dimusnahkan' dua orang lelaki yang sepatutnya membimbing dan membawa saya ke jalan yang benar kira-kira 14 tahun lalu benar-benar menutup jiwa dan perasaan pada lelaki.

"Masyarakat boleh mengutuk, mencaci atau apa saja tetapi janganlah dilihat dari segi zahirnya semata-mata.Kalau mahu tahu kenapa saya jadi begini, tanyalah pada lelaki-lelaki berkenaan kerana merekalah yang yang mempunyai jawapan yang paling tepat mengenainya," kata Liza sambil memohon untuk menamatkan perbualan kami pada petang yang indah itu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Fakta mengenai Pengkid

# Gemar melakukan seks oral terhadap pasangannya
Terdapat pengkid yang menggunakan pelbagai alat permainan seks seperti zakar tiruan dan sebagainya untuk memuaskan pasangan mereka. Ramai di antara mereka tidak suka mendedahkan tubuh atau membiarkan pasangan mereka menyentuh alat sulit atau buah dada mereka ketika melakukan hubungan seks.

# Suka berpakaian seperti lelaki
Memakai bengkung (melindungi buah dada), berambut pendek dan tidak gemar memakai barangan kemas. Kini terdapat kecenderungan seseorang pengkid meminati gadis yang sama karakter atau mempunyai sifat lelaki sepertinya, mereka ini dikenali sebagai 'Gay-Peng'. Sering mengadakan majlis keramaian di tempat tertutup terutama di dalam rumah persendirian.

# Kuat cemburu
Meminati sukan lasak seperti bola sepak, futsal, rock climbing dan mendaki gunung. Antara personaliti lesbian yang berperwatakan lelaki adalah pelakon Anne Heche, penyanyi terkenal K.D Lang serta bekas pemain tenis, Martina Navratilova.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Beradu Asmara di Kelab Snuker

KUALA LUMPUR 29 April - Jam menunjukkan tepat pukul 2.30 pagi. Suasana di sebuah restoran yang terletak di Pandan Indah, Kuala Lumpur cukup meriah dengan kehadiran puluhan pengkid yang datang bagi memenuhi tuntutan 'sosial' mereka. Hati penulis mula berdebar, ini kerana penulis diminta menyamar sebagai salah seorang pelanggan di restoran tersebut dengan harapan akan 'dipancing' pengkid-pengkid yang bersidai di situ. Setelah duduk berseorangan hampir setengah jam, penulis telah diusik sekumpulan pengkid yang kebetulan sedang makan di meja bersebelahan. Zack, Ei, Gil dan Compang, itulah nama samaran mereka.

Penulis tidak melepaskan peluang yang ada untuk berkenalan dengan empat pengkid tersebut. Zack yang mendakwa masih bujang cuba menggoda penulis untuk menjadi kekasihnya. Berusia 27 tahun, Zack mendakwa berasal dari Pelabuhan Klang dan menganggap restoran itu menjadi rumah keduanya sejak empat bulan yang lalu. Meja kumpulan pengkid tersebut turut dikelilingi oleh beberapa gadis yang cantik dan seksi. Ketika itu juga kelihatan sekumpulan lelaki daripada meja berdekatan menjeling iri hati melihat pengkid-pengkid tersebut bergelak ketawa bersama-sama gadis-gadis berkenaan.

Selepas menikmati minuman di restoran itu, Zack dan kawan-kawannya mengajak penulis ke pusat snuker yang terletak di belakang restoran berkenaan. Dengan penuh debar penulis mengikut mereka masuk ke dalam tempat yang dimaksudkan itu. Sebaik saja melangkah masuk, telinga penulis 'digigit' bunyi muzik yang kuat dan membingitkan. Kepulan asap rokok dan kaunter bar yang terdapat di dalamnya menjadikan suasana di tempat itu tidak ubah seperti di dalam kelab malam. Zack kemudiannya menjemput penulis duduk di satu sudut di kelab snuker tersebut. Sesekali mereka berempat terhenjut-henjut menari mengikut muzik yang dimainkan. Penulis kemudiannya terpandang gelagat Gil dengan pasangannya.

Mengucap panjang penulis bila mereka berdua berpelukan dan berasmara di situ tanpa ada rasa segan silu. Pasangan Gil yang dikenali sebagai As, memeluk badan Gil dari belakang sambil mencium leher dan meraba-raba badannya. Mereka berpelukan penuh nafsu. Gil kelihatan 'terangsang' dan membiarkan dirinya terus dibelai pasangannya itu. Bagaikan dirasuk syaitan, Gil dengan perlahan-lahan mencium dada As dan membuat gigitan cinta di atasnya. Mungkin disebabkan berasa ghairah dengan aksi tersebut, Zack tiba-tiba menghampiri penulis dan mula memasang jeratnya.

"Awak nak saya j*@%# awak tak?, saya boleh 'start' dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kalau mahu, saya buat lebih daripada itu, cakap je, saya tak kisah," bisiknya ke telinga penulis. Terkedu dan berderau darah penulis mendengarnya. Tiba-tiba tangan Zack mula mengusap-usap lengan penulis. Bagi mengelakkan Zack terus 'mengganas', penulis meminta izin darinya untuk ke tandas sebelum keluar melalui pintu belakang dan beredar dari situ dengan sebuah kereta untuk pulang ke rumah.


Salah satu lokasi kunjungan pengkid di Kuala Lumpur


+++++++++++++++++++++++++++++++++

Kami Tak Kacau Orang - Alang

KUALA LUMPUR 29 April - Alang (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis pengkid yang kini bekerja sebagai pelayan sebuah kafe di pusat membeli belah terkenal di ibu negara. Walaupun tidak pernah bersolek seperti gadis-gadis lain, dia cukup menjaga penampilan dirinya. Rambutnya selalu disapu gel, kemeja dan jeans yang menjadi pakaian kegemarannya sentiasa kemas dan bergosok.

Alang bagaimanapun mengaku tidak pernah mempunyai skirt apatah lagi menyimpan koleksi baju kurung di dalam almarinya. Alang memotong pendek rambutnya seperti rekrut tetapi dibiarkan panjang di bahagian belakang. "Saya ingin dilahirkan sebagai lelaki, mengenakan pakaian lelaki dan menerokai segala benda dalam dunia mereka. "Puas saya tertanya-tanya mengapa saya mesti memiliki buah dada, tidak memiliki paras dan tubuh yang 'macho' seperti lelaki dan tidak boleh balik lewat ke rumah berbanding kawan-kawan lelaki saya yang lain," katanya sambil tidak putus-putus menghisap rokok Marlboro Light di depan penulis.

Alang turut menceritakan bagaimana dia dihina dan diusir daripada rumah bila keluarganya dapat mencium kelakuan dan gerak gerinya yang menyimpang itu. Tidak cukup dengan itu, seluar dan kemejanya juga pernah dibakar oleh bapa saudaranya yang terlalu marah dengan tabiat 'sengetnya'. Lebih mengecewakan, diploma yang diperoleh hasil penat lelahnya menuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) juga bagaikan tidak membawa makna bila dia sering disindir dan digagalkan setiap kali menghadiri temuduga. Menurut Alang, pernah dalam satu temuduga kerja yang dihadirinya, penemuduga itu secara sinis mahu dia balik ke rumah dan menyimpan rambut panjang serta belajar memakai baju kurung terlebih dahulu kalau berhasrat mahu bekerja di syarikat tersebut.

Namun dalam banyak-banyak peristiwa, Alang tidak dapat melupakan sejarah di mana dia hampir dirogol seorang penyelia tempat di mana dia bertugas sebelum ini. "Saya memang 'respek' habis kat dia, dia selalu bagi nasihat supaya saya berubah, caranya yang tegas tapi berhemah itu membuatkan saya hampir-hampir kembali ke pangkal jalan dan meninggalkan semua tabiat buruk yang dilakukan selama ini. Namun pada suatu hari dia mengajak saya menaiki kereta ke sebuah kawasan perkelahan di Ulu Yam, Selangor kononnya untuk memberi saya nasihat dan motivasi, malangnya ketika sampai di sana dia tiba-tiba melondehkan seluarnya dan memaksa saya melihat 'anunya' kononnya bagi 'membuka' semula nafsu saya terhadap lelaki."

Alang bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjangkan keadaan.Sebelum pertemuan kami berakhir pada pagi itu, Alang sempat meminta penulis supaya memberitahu masyarakat agar tidak terus menghukum gadis pengkid sepertinya. Katanya, adakalanya mereka yang mengeluarkan hinaan itu lebih buruk dan keji perangainya daripada golongan pengkid itu sendiri.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Lesbian atau musahaqah dilaknat Allah

KUALA LUMPUR 29 April - Lesbian atau lebih dikenali sebagai musahaqah dalam Islam nyata bertentangan dengan sifat tabii dan fitrah kejadian manusia. Di kalangan ulama Syafie, hukuman bagi kes liwat ialah seperti juga hukuman zina, iaitu bagi yang muhsan ia direjam, manakala bagi yang bujang dikenakan sebat 100 kali rotan dan buang daerah selama setahun. Mengikut Islam adalah haram bagi sesama wanita melakukan perhubungan seks sesama jenis dan ia amat dikutuk oleh Allah s.w.t.

Musahaqah ditakrif sebagai perbuatan mengesel-geselkan atau menyentuh kemaluan antara seseorang wanita dengan wanita lain. Pun begitu, ada ulama berpendapat, walaupun perbuatan itu termaktub dalam perbuatan zina, mengikut peraturan mereka yang terbabit tidak dikenakan hukuman mengikut kesalahan berzina. Sebaliknya, dikenakan ta'zir iaitu hukuman yang ditentukan oleh pemerintah.

Dalam Surah Surah al-Ankabut ayat 28, ia menyebut (terjemahan), Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkata ia berkata kepada kaumnya: "Sesunggahnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu."

Daripada segi huraiannya, ia membawa maksud: Sesungguhnya perbuatan keji (Fahishah) telah menular semenjak dari zaman jahiliyah lagi. Di antara perbuatan keji semasa zaman Nabi Lut ialah homoseksual dan meninggalkan kaum wanita dengan sesuka hati oleh kaum lelaki.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Pondok Penyayang Raudhah pulihkan pengkid

GOMBAK 29 April - Pondok Penyayang Raudhah berjaya membimbing ramai remaja perempuan yang terlibat dalam masalah lesbian khususnya pengkid kembali ke pangkal jalan, kata pengasasnya, Mokhtaruddin Mohamad Sa'id. Menurutnya, pendekatan sederhana yang menekankan konsep dakwah terbukti berjaya 'melembutkan' hati golongan terbabit yang kebanyakannya datang daripada keluarga bermasalah dan mempunyai pengetahuan serta asas agama yang cetek.

Selain itu, katanya, faktor tidak mengerjakan solat juga menjadi punca utama ramai gadis mudah terjebak sama ada menjadi pengkid atau 'berkasih' dengan golongan berkenaan. "Solat sebenarnya adalah jawapan kepada segala masalah sosial yang melanda remaja sekarang ini, jika mereka tidak menunaikan solat maka jiwa dan pemikiran mereka mudah terdedah dengan pelbagai perkara negatif yang dibawa oleh syaitan dan iblis. Alhamdulillah ramai di antara mereka (pengkid) telaf insaf dan kembali ke pangkal jalan berkat pendekatan kita yang gunakan selama ini," katanya ketika di temui di pondok tersebut di Batu 11, Gombak di sini baru-baru ini.

Mokhtaruddin yang juga bekas pelakon terkenal era 70-an membuka pondok ini pada tahun 1995 dengan pengambilan pertama seramai 15 orang terdiri daripada anak-anak yatim, miskin dan terbiar. Antara yang menghulurkan bantuan terhadap penubuhan pondok ini ialah Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tahun lalu kerajaan Selangor telah meluluskan tanah seluas 5,000 meter persegi untuk kegunaan Pondok Penyayang Raudhah. Ketika ini Mokhtaruddin dan keluarganya menggunakan kediaman mereka yang berupa rumah papan dua tingkat untuk di jadikan pusat asuhan berkenaan. Pondok ini juga menggunakan tenaga pengajar sukarelawan yang terdiri daripada para pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Mengenai pengkid, beliau menjelaskan, golongan berkenaan tidak patut dicemuh atau disisihkan kerana mereka juga manusia biasa yang tidak pernah lepas dalam melakukan kesalahan. Oleh itu, katanya, adalah menjadi tanggung jawab masyarakat untuk membantu mereka, bukannya menghukum membabi-buta.



nguLat ngepost | 11:32 PM | |

Utusan Malaysia - 1 Mei 2006
rujukan : Utusan Online


Lesbian Penyakit Kompleks Lagi Rumit

SEMALAM Mingguan Malaysia memaparkan kisah mengenai fenomena lesbian yang melanda masyarakat kita terutamanya remaja sejak akhir-akhir ini. Laporan khas semalam juga menyiarkan pengakuan seorang wanita yang terlibat secara langsung dalam gejala pengkid ini.

Hari ini wartawan Utusan Malaysia, SYAHRIL A. KADIR dan WAN NOR HAYATI ALIAS melihat isu lesbian dan pengkid daripada sudut kaca mata ahli perundangan, doktor perubatan dan pakar psikologi dalam Bahagian II: FENOMENA WANITA JADI LELAKI.

HOMOSEKSUAL adalah orientasi seksual yang membawa kepada perlakuan tingkah laku, khayalan dan kecenderungan minat terhadap jantina sejenis. Pakar Psikiatri Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Hatta Sidi berkata, istilah tersebut boleh diguna pakai untuk kaum lelaki atau wanita yang boleh dikelaskan sebagai lelaki homoseksual (gay) atau perempuan homoseksual (lesbian). Menurut beliau, orientasi seksual lebih melibatkan perasaan romantik dan cinta terhadap golongan sesama jenis.

"Contohnya, seseorang itu adalah homoseksual jika perhubungan cinta dan seksualnya hanya dengan lelaki. Sekiranya seseorang itu terpikat dan terangsang secara seksual terhadap golongan sesama jenis dan berlainan jenis, mereka digelar sebagai biseksual," jelasnya. Katanya, homoseksualiti atau heteroseksualiti bukanlah berlandaskan kepada perhubungan dan aktiviti seksual semata-mata tetapi juga kepada minat serta menaruh perasaan erotik terhadap pasangan masing-masing.

"Orientasi seksual seseorang itu kelihatan amat mudah untuk ditentukan. Sesetengahnya bersifat homoseksual sepenuhnya, manakala sebahagian besarnya bersifat heteroseksual iaitu berkahwin dan mempunyai isteri yang sah," jelasnya. Ada kalangan homoseksual katanya, menganggap diri menyayangi kaum sejenis tetapi tidak pula melibatkan diri dalam aktiviti seksual. Terdapat kes yang mana golongan homoseksual tidak pernah berasa puas dalam hubungan seksual apabila mereka berkahwin. "Golongan homoseksual biasanya tidak begitu digalakkan berkahwin. Ini kerana orientasi seksual mereka ada kalanya memberi tekanan emosi kepada pasangan masing-masing," katanya lagi.

Keadaan ini berlaku disebabkan mereka lebih cenderung kepada kaum sejenis. Terdapat beberapa faktor dikenal pasti punca kepada berlakunya homoseksual iaitu secara biologi, psikologi dan sosial. Faktor psikologi misalnya, termasuklah interaksi antara ahli keluarga, pengalaman seksual semasa kecil dan meniru perwatakan jantina yang bertentangan.

(Petikan daripada artikel Mingguan Malaysia bertarikh 26 Februari 2001).

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Status perkahwinan di antara sesama jantina

Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 tidak membenarkan perkahwinan dua orang yang mempunyai jantina yang sama, walaupun salah seorang daripada mereka telah melakukan pembedahan pertukaran jantina. Sekiranya mana-mana individu ingin meneruskan hasrat mereka untuk berkahwin sesama jenis, mereka pasti gagal mendapatkan sijil perkahwinan kerana status jantina mereka yang sama yang tertera di Mykad.

Sekiranya ada sebarang persetujuan ataupun dokumen yang ditandatangani sepanjang perkahwinan berlangsung mengikut adat masing-masing, perjanjian tersebut hanyalah dokumen perkahwinan mengikut adat bukannya sijil perkahwinan. Seksyen 11 menyebut tentang perkahwinan yang dilarang, iaitu termasuklah oleh undang-undang, agama dan adat. Seksyen 22 Akta tersebut menjelaskan bahawa perkahwinan adalah sah di sisi undang-undang sekiranya sijil perkahwinan atau surat kebenaran perkahwinan dikeluarkan oleh Pendaftar.

Setiap perkahwinan yang dilakukan di Malaysia tanpa sijil ataupun surat kebenaran yang sah adalah tidak sah di sisi undang-undang. Pasangan bukan Muslim yang telah berkahwin terlebih dahulu boleh juga memohon sijil perkahwinan selepas itu tetapi Pendaftar akan memastikan bahawa perkahwinan tersebut tidak menyalahi Akta Membaharui Undang- Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 termasuklah tidak berkahwin sesama jenis. Manakala pasangan yang tidak mendaftarkan perkahwinan kerana takut diisytiharkan tidak sah dan sebagainya boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada setahun ataupun denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 40 akta yang sama juga menegaskan bahawa sesiapa yang tidak diiktiraf oleh akta tetapi meneruskan perkahwinan adalah menyalahi undang-undang dan boleh disabitkan dengan hukuman penjara tidak lebih daripada 10 tahun dan denda tidak lebih daripada RM15,000.

Memang ada individu yang dibenarkan membuat pindaan terhadap status jantina setelah membuat pembedahan tetapi kes-kes ini melibatkan golongan khunsa yang mempunyai jantina yang tidak jelas termasuklah mereka yang beragama Islam. Mereka dibenarkan untuk menjalani pembedahan menentukan jantina tertentu atas pengesahan perubatan, bukan pilihan sesuka hati dan ia dilakukan atas perintah mahkamah. Pertukaran jantina yang telah jelas tidak mendapat pengecualian tersebut dan ia memang bercanggah dengan agama dan undang-undang.

- NIK SALIDA SUHAILA NIK SALEH ialah pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Remaja Melayu paling ramai 'menyimpang'

* Hubungan seksual yang `menyimpang' di kalangan remaja kini semakin teruk melanda negara.

* Remaja Melayu paling ramai terjebak dalam permasalahan tersebut.

* Dalam kajian yang dilakukan sejak 1993, saya mendapati bahawa remaja yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 19 tahun merupakan kumpulan yang paling banyak terlibat dengan hubungan seksual menyimpang atau sesama jenis ini.

* Kajian yang dilakukan mendapati bahawa perlakuan lesbian terbahagi kepada tiga kategori iaitu;

i) Wanita boleh memainkan peranan wanita.

ii) Wanita membawa perawakan atau berperanan sebagai lelaki sepenuhnya.

iii) Boleh melakukan kedua-dua peranan mengikut kehendaknya.

* Ini bermakna, kalau wanita terbabit tertarik kepada seorang wanita, dia boleh memainkan peranan wanita dan sebaliknya.

* Ciri -ciri lesbian yang ada dalam diri seseorang remaja wanita atau homoseks yang ada pada seorang lelaki hanya mampu dikesan selepas satu tempoh.

* Tidak mudah bagi kita untuk mengenal mereka hanya selepas satu atau dua kali bertemu.

- Bekas Pensyarah Jabatan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asmah Bee Mohd. Noor (1997).

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Lesbian golongan yang sukar dipulihkan

Golongan 'mak nyah', lesbian dan gay boleh dikategorikan sebagai kumpulan yang mengalami masalah 'kecelaruan jantina' dan memang amat sukar untuk memulihkan kembali golongan tersebut. Golongan tersebut juga boleh dikatakan mengalami masalah gangguan jiwa dan mengalami tekanan dalam masyarakat.

Bagi membantu golongan tersebut kembali ke pangkal jalan, perkhidmatan kaunseling disediakan di hospital-hospital kerajaan khususnya di Jabatan Psikiatri bagi membantu golongan tersebut pulih semula seperti sediakala sebagai manusia normal. Terdapat mereka yang terlibat dalam masalah lesbian merasakan mereka telah disisihkan oleh masyarakat kerana mempunyai sifat dan kelakuan yang berbeza dengan manusia yang normal.

Golongan lesbian tidak mempunyai kaitan dengan penyakit keturunan tetapi sebaliknya lahir di dalam diri mereka sendiri.



nguLat ngepost | 11:17 PM | |

di bawah lembayung pelangi

a member of the

SengetianS


skodeng



+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+

+sekapal+
+lilylotus+
+blue+
+zaffey+
+yatt+
+payid+
+elenaoz+
+nasik+
+isrockstar+
+jj78+
+asya+
+dyke+
+rozek+
+afy+
+th3undefined+
+jL+
+laut+
+eid+
+fdb+
+froggie+
+armz+
+fiq+
+shajime+
+elsilver+
+armie+
+shay+
+han+
+arD+

+AfterEllen+
+Sengetians+
+WWLW+
+Butches Inc+
+for PLU+
+Pink Lemonz+
+Les Worlds+
+Queer Filter+
+PlanetOut+
+The L Word+
+Queer Jihad+
+Fridae+
+Al-Fatiha+
+Herstory+

template by +Lonelyger+
hosted by +Blogger+



Listed on Blogwise

This page is powered by Blogger. Isn't yours?


Free Web Counter