Friday, June 30, 2006

aku tengah giler mengirai. semalam lepas meeting panjang lelebor daun, aku pegi belanja barang rumah pulak. lepas tu aku sanggup menapak menghabiskan minyak keta mencari citer2 senget. oleh kerana citer yang aku cari tu lebih dari satu, maka aku telah bikin satu list, untuk memudahkan keje aku mengirai.

maka bermulalah ekspedisi kiraian di sebuah pasaraya busat yang belum lagi dimusnahkan oleh pak-rampas-telek-simpan-lenyek. yelah, lepas diorang rampas, diorang telek2 dulu, mana yang besh masuk beg sendiri. yang lebih2 tu kenalah lenyek ngan stimroll. e'eh ade yang terasa ke? maafler. awak buat camtu ek? saya tak tahu pun. saya main cakap je. spekulasi bukan kenyataan benar. ooopppssss!

booth pertama aku singgah. ermm banyak jugak koleksi dia. banyak citer lama2. aku pun mula mencari. aiseh, penat telek tak jumpa2 jugak. last2 aku kasi list yang aku dah buat tu. mula2 budak tu kata takde. pastu dia kasi kawan dia tengok. mamat satu lagi tu kata ada plak. maka dia pulak yang tolong aku kirai. abis semua dia selongkar. aku yang penat tengok orang cari tapi tak jumpa2. last2 goodbye. takpe ade beberapa lagi booth2 terhormat. aku pun memilih jugak. tak semua booth boleh disinggah. sebab tak semua booth punya koleksi banyak.

booth yang kedua ni agak besh sikit. sebab dia susun citer2 dia mengikut abjad.. abcdefggggggg.. haa memang memudahkan keje. kali ni aku terus serah je list tu. brader tu carikan. jumpa satu. cari lagi. jumpa dua. cari lagi. tak jumpa dah. aku pun tanyalah citer yang aku dapat ni ada stock lagi tak. dia cakap takde. "tapi akak boleh order kalau nak." ayat biasa depa tu. ermm boleh percaya ke. "ye ke korang boleh buat?" aku tanya lagi. "iyer. kalau akak nak cari citer pelik2, akak kasi je list. list panjang macam ni pun boleh kitaorang orderkan" kata brader tu sambil mendepakan kedua2 belah tangannya. amboi panjangnya list. hahaha

citer pelik2 ek. heheh.. pelik jugaklah citer2 yang aku cari. hanya ditonton oleh 0.0009 peratus rakyat malaysia. setakat ni citer pelik yang aku cari tajuknya agak normal je. tapi bagaimana kalau tajuknya seperti My Mother Likes Women atau beberapa tajuk lagi yang bebetul nampak senget. maka kenalah ditebalkan muka yang senipis kulit bawang ni. adeh.. inilah rupa orang yang maleh nak donlot.

ok ladies.. selamat berhujung minggu. selamat juga menonton wc. go england!



nguLat ngepost | 4:16 PM | |

Monday, June 26, 2006



|| Happy Together by The Turtles ||

Imagine me and you I do
I think about you day and night
It's only right
To think about the girl you love
And hold her tight
So happy together

If I should call you up invest a dime
And you say you belong to me
And ease my mind
Imagine how the world could be
So very fine
So happy together

I can see me lovin' nobody but you
For all my life
When you're with me baby the skies'll be blue
For all my life

Me and you and you and me
No matter how they toss the dice
It had to be
The only one for me is you
And you for me
So happy together

I can see me lovin' nobody but you
For all my life
When you're with me baby the skies'll be blue
For all my life

Me and you and you and me
No matter how they toss the dice
It had to be
The only one for me is you
And you for me
So happy together

Me and you and you and me
No matter how they toss the dice
It had to be
The only one for me is you
And you for me
So happy together

So happy together
How is the weather
So happy together
We're happy together
So happy together
Happy together
So happy together
So happy together



nguLat ngepost | 5:23 PM | |


pernahkah kita terfikir untuk jatuh cinta lagi pada hari perkahwinan sendiri? pelik tapi itulah yang dipaparkan dalam filem Imagine Me & You arahan Ol Parker.

latar cerita ini berlaku di London dan kisah bermula di hari bahagia antara Rachel (Lost and Delirious/ Coyote Ugly - Piper Perabo) dan Hector (Matthew Goode). di gereja ketika Rachel sedang berjalan diiringi ayahnya menuju ke arah Hector untuk dinikahkan, Rachel tiba2 telah menoleh ke arah kiri, (sepatutnya pandang terus jelah, tengok bakal suami) maka pandangannya bertemu dengan Luce (Lena Headey), iaitu florist untuk majlis perkahwinannya itu. mata bertentang mata, pandangan yang menyebabkan Rachel terpana seketika, seakan dipanah cinta pandang pertama. mereka tidak pernah bertemu sebelum ini. maka di majlis resepsi, Luce dan Rachel telah berkenalan dan Luce serta merta menjadi teman baru di kalangan rakan dan ahli keluarga Rachel & Heck.

tiga minggu selepas itu, Rachel telah mengajak Luce makan malam di rumahnya bersama2 Heck dan Cooper, iaitu sahabat baik Heck yang telah jatuh suka dengan Luce. niat Rachel pula adalah untuk memadankan Luce dengan Cooper tanpa mengetahui Luce sebenarnya lesbian. (matchmaking la kiranya tapi nasib baik tak sesuwai langsung!) keesokkan harinya Rachel dan Luce bertemu lagi ketika membeli-belah di sebuah pasaraya dan di situ barulah Rachel mengetahui kesengetan Luce. sejak itu, perasaan Rachel semakin terganggu kerana dia merasa semakin tertarik dengan Luce dan ia sedikit sebanyak menggugat rumahtangganya.


pertemuan demi pertemuan baik yang dirancang mahu pun tidak, telah merapatkan lagi hubungan antara Rachel dan Luce. walaupun begitu, Rachel masih menidakkan perasaannya, berusaha memahami apa yang berlaku dalam diri, kenapa dia boleh tertarik dengan Luce, adakah benar wujud cinta pandang pertama campur rasa bersalah terhadap Heck. sementelah Luce pula cuba untuk tidak menunjukkan rasa cinta walaupun dia juga menyimpan perasaan terhadap Rachel dan tahu cintanya tidak bertepuk sebelah tangan. ini kerana dia menghormati Heck dan perkahwinan Rachel yang baru terbina itu.

akhirnya.. jeng jeng jeng.. tengoklah sendiri. huahahaha.. apa yang boleh aku bagitahu ialah kesudahan Imagine Me & You tidaklah terlalu memeranjatkan. cukup menarik untuk diingati, dikenang dan diulang tayang berjuta2 kali.

menonton filem ini mengingatkan aku kembali kepada Saving Face, antara beberapa filem senget yang bisa membuatkan kita tersenyum sepanjang penontonan. chemistry yang wujud antara Piper/Rachel dan Lena/Luce, (ohh diorang berdua sungguh la sedap mata memandang, so gorgeous) juga persembahan mantap pelakon2 tambahan lain cukup meyakinkan.

sejam setengah berlalu seakan tidak terasa malah rasa tamak, tidak puas dan tidak mencukupi pula ada. walaupun adegan2 dalam filem ini mudah diramal namun ia betul2 menyeronokkan. cute, romantic, funny, touching... rasa nak menangis, rasa bunga2 cinta, rasa ia menyentuh hidup aku, rasa teruja sepanjang masa, rasa nak bercinta, rasa.... macam2 rasa ada.

moral of the story, ermm jangan takut2 mengikut kata hati dan naluri, bawa2lah berbincang, luahkan benda2 yang terbuku. mungkin ada jalan penyelesaian yang kita sendiri tak jangka, yang baik untuk kita dan dia.

oh yea, thanks to fanta. kalau tidak, aku tak tahu cerita ni dah ada di pasaran gelap. fyi, cover untuk dvd filem ini di sini sedikit berbeza dengan poster di atas. satu lagi oh yea, filem ini juga mengingatkan aku pada lagu Kopratasa yang baru, Gadis Penjual Bunga. (mula2 bunganya.. kemudian cintanya.. siapa membeli bunganya.. dan mendapat cintanya..) aisehhh gerek sehhh.

berapa bintang yea? aku beri 5 bintang jula juli + 20 jari terangkat.



nguLat ngepost | 3:30 PM | |

Wednesday, June 21, 2006

hari ni genap 40 hari arwah adik bersemadi meninggalkan kami bersama kenangan2nya. bila aku lupa leka, anggapan aku adik merantau bekerja di kota berlumpur. tapi bila aku ingat semuanya, sukar aku hendak percaya bahawa adik sudah tiada. ketika itu sebak pasti hadir menyeksa jiwa.

aku ingat lagi kali terakhir aku berjumpa dengan adik. ketika itu adik menghabiskan cuti hujung minggu dan hari buruh di sini. malam itu adik berkemas kerana esoknya 1 Mei, adik dah nak balik kl. adik tutup pintu bilik. aku pula sengaja mengacaunya. kejap2 masuk bilik dia. takde apa pun yang aku cari, saja kacau merayau tanya itu tanya ini. banyak kali aku buat camtu. lepas keluar aku masuk balik. sampai dia pun naik pelik. kenapa aku bersikap begitu? tanda yang aku sendiri tidak mengerti. kini bila aku kenang semula, itulah sebenarnya saat2 terakhir yang Tuhan beri untuk aku menatap wajah dan bersenda-gurau dengannya. saat ini bila dia dah tiada, baru aku fahami.

mak masih lagi ralat kerana tidak dapat menunaikan hajat adik pada hari cuti tersebut. sebenarnya bukan mak saja yang rasa demikian, aku dan abah pun sama. kalau aku tidak menolak kehendak adik dengan alasan2 poyo ku, pasti kami tak rasa ralat begini. tapi itulah kenangan yang dia tinggalkan. kenangan ditelan pahit dibuang sayang. yang pasti akan diingat, paling dikenang sampai bila2. pengajaran yang aku dapat, jangan sia2kan permintaan orang terutama seseorang yang amat kita sayangi, yang dekat dengan kita, bak kata omputeh don't take for granted, kerana sebenarnya kita tidak tahu adakah kita mampu menunaikannya, berjumpa dengannya di lain kali. walaupun hajatnya kedengaran remeh-temeh, seperti sekadar hendak belanja makan.

aku terbaca satu artikel, berkenaan dengan Pesanan Roh Kepada Manusia. aku membayangkan adik sepanjang pembacaan. lalu air mata aku mengalir deras-sederas2nya. betapa jahilnya aku.


nota tambahan : genap 40 hari juga buat tiga lagi rakan arwah adik yang sama2 terlibat dalam nahas tersebut. Alfatihah buat arwah adik, arwah sue, arwah zul dan arwah fai. moga roh mereka tenang di sana dan dicucuri rahmat.



nguLat ngepost | 5:57 PM | |

Tuesday, June 20, 2006

bila kini ku berada
dalam taman mimpi
dalam taman langitku
kini cobalah berpaling
langit takkan berwarna
aku takkan merasa


dua tiga hari ni, aku layan tido je. lepas layan wc sampai subuh, pastu layan mimpi sampai matahari terpacak atas kepala. anak dara apa nih?? manalah rezeki nak masuk. hahaha.. macam besh layan mimpi lama2. sebab aku tengah mengong giler. kebosanan tahap dewata raya. dalam mimpi aku dapat jumpa arwah adik, dapat juga legakan ketensenan.

sabtu lepas aku berjumpa dengan rakan lama, 5 tahun tak jumpa. takdelah sampai lost contact langsung, cuma tak bersua muka je. dialah satu2nya teman stret yang tahu aku senget. dia tu pun takdelah stret sangat, penah gak suka suki kat pompuan, cuma tak act on it. kami penah sama2 minat dengan sorang awek ni. kawan dia jugak. setakat suka je, suka dengan bakat, tapi bukan perangai, kata dia. aku pula suka tengok, sweeeet. dia juga pernah berkata yang dia tak ada hati dengan lelaki. laki2 ni tak wujud dalam kamus hidup dia. kalau sungguh bagai dikata, kalau keras banget hatinya, aku rasa dia ni akan berseorangan sampai bila2. tak kawin tak jugak ada partner. adeh, pasti sunyi lo hidup.

bercakap pasal keluar gobok ni, masa mula2 dia dapat tahu lima tahun dahulu, aku taklah berapa kisah. tapi sekarang aku rasa macam menyesal berterus-terang pun ada. walau pun dia kata dia faham dengan situasi yang aku hadapi, tapi itulah jugak modal dia nak mengenakan aku. mengusik2 aku ke, menyindir ke.. aku tak amik pot dengan apa yang dia kata. tapi ada ketika dia buat aku takut dan seriau dengan mulut lepasnya ittew. sifat yang tidak pernah berubah. cakap main lepas je. adeh, nasib baik hari tu dia tak berceramah panjang. ustazah ler katakan. kalau tidak pasti telinga aku dah berbulu panjang. buatkan aku berfikir sejuta kali untuk keluar gobok lepas ni.

walau pun begitu, dia sebenarnya sungguh gembira dan teruja dengan perjumpaan ini. menurut dia, bersama aku dia lebih bebas bersuara, bercerita, berkongsi rahsia, melepaskan lelah menyesak dada. malah dia lebih percayakan aku daripada kawan2 dia yang lain. kerana kami sama2 menyimpan sejarah hitam masing2. tapi dalam masa yang sama dia sedih, sedih dengan pilihan hidup aku. sedih kerana tidak mampu berbuat sesuatu untuk mengubahnya. kerana dia tahu, walau berjela bebelan, perangsang, motivasi berubah diri dia beri, aku tetap macam ni. hahaha.. tau takpe.

semua takkan berubah
semua takkan berubah
ini taman mimpiku
ini taman langitku


sms dia semalam.. "ko marah ke? aku minta maaf. ari tu aku rasa nak peluk ko dan merayu semoga ko berubah. tapi lupakanlah. aku bukan kawan yang baik.. dan aku sudah mengenangkan hakikat tu. aku minta maaf lagi sekali. jangan salah anggap aku. jumpa lagi."

kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan. kawan yang baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya. kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya. kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

kawan yang baik ialah kawan yang tidak mahu melihat kawannya terus hanyut. masalahnya aku bukan hanyut sebarangan. aku bukan hanyut kerana ikutan. malah aku sedar, akal aku waras dan... senang cakap, tepuk dada tanya iman. bertepek2 air liur melompat pagar, berguni2 kata2 sihat menerajah pikiran senget aku, bukan satu pun tak masuk, tak melekat cuma ia sengaja tidak dilekatkan. jadi buang masa je kan.. lebih baik kita makan!

coba cobalah berpaling
ini taman mimpi, ini taman langitku
tak perlu kau bayangkan
tak perlu kau renungkan


ramalanku benar belaka. apa yang aku bimbangkan telah terjadi. berundurlah aku daripada khayalan ku. jadilah orang yang tahu bersyukur. jadilah orang yang tidak mementing diri. itu lebih baik untuk aku, untuk kita. biarlah aku simpan khayalan ku. biarlah aku bermimpi kesiangan. biarlah ia tenggelam dalam lubuk hati. itu lebih baik untuk aku, untuk kita.

kau kawan yang baik kawan.



nguLat ngepost | 11:35 PM | |

Friday, June 16, 2006

aku ada chenta hati baru. nama dia Goleo. aku baru beli kat mekD petang kelmarin. kali pertama pandang aku terus jatuh chenta. kira chenta pandang pertama turun ke hati dan poket. dalam hati melompat2 macam budak kecik nampak jajan, nak beli nak beli! senyum menyenget memanjang ke kaunter. awek kaunter mekD pun turut gelihati, siap berbual2 teman tak kenal tapi mesra lagaknya dengan aku. aku melayan dengan riang sambil mencongak2 duit yang keluar dan lemak yang akan bertambah.

ada empat Goleo. aku pilih Goleo jersi kaler merah, kaler feveret aku. skang dia peneman aku tengok tv terutama masa tengok world cup. Goleo kan maskot wc. kitaorang tengok sama2. Goleo dengan bola kocik yang comel. Goleo dalam tv comel ek, berjalan2 bercakap2 dengan bola kocik comel yang boleh berekspresi. haha lawak sungguh. aku rasalah kan, aku nak beli tiga lagi rakan Goleo, ada jersi kaler hitam, kaler putih dan kaler apetah, aku lupe. kalau aku beli, maknanya berat badan cumilku akan bertambah, dengan hengget-hengget bakal mengalir melimpah ruah mengkayakan mekD dan perlu ruang untuk 4 Goleo bergaya tampan. pastu mesti derang berempat bergado nak rebut hati aku. adoi!



aku dengan Goleo. sama2 comel. ahaks!




ole ole ole
celebrate the day..


balik2 bola. kat rumah takde astro. tv1 pun tak dapat kat bilik. nak lepak tengok wc kat mamak ke, takde kawan deh. paling utama aku kan puteri sangkar kayu, mana boleh berembun kat luar. kang kena paku bebel seribu dulang, aku jugak yang stress. tak suka benar kena marah dah besar2 panjang ni. lagi2 bila dah jadi satu2nya anok daro sunti harapan. hehe.. takpelah. surprise giler, ada satu tv indon, SCTV dapat hak tayangan bagi tiga2 waktu 9pm, 12am dan 3am. wah seronok giler dong. dengan hanya satu channel, aku boleh tengok semua game. tentu sahaja percuma. abis kat duit karen jelah. pastu larat tak larat mata nak berjaga. itulah tuah dok jb ni. huhuhu.. setakat ni game yang paling best, yang paling aku suka ialah game antara Chezh vs USA. gol diorang cantek2 belaka. main pun pantas & menyerang. syiok!

ekceli aku tengah tengok game antara England vs Trinidad & Tobago nih. England banyak peluang di depan pintu gol tapi asyikler tersasar. mulot aku pun tak henti2 jerit poyo, sengal dan bodo bila rembatan diorang tak menjadi. tapi akhirnya England dapat jugak jaringkan 2 gol di minit2 terakhir perlawanan. yang penting bukan gol ehsan. yeay!!!!!

citer pasal gath plak, weekend ni ada gath kocik-kociklan anjuran forum glamer ittew. aku tak dapat pergi dong. koje dan masa yang tetiba jadi kureng sesuai dengan situasi aku. warghh jeles bertandang. aderlah menda yang aku jeleskan. aduh sedih tetiba. pasti akan dirembat jua. siapa? hehehe..

alamak! ala emak kawinkan aku... cak pong cak pong!



nguLat ngepost | 1:45 AM | |

Tuesday, June 13, 2006

Image hosted by Photobucket.com
I don't need to be anything other than a prison guard's son and
I don't need to be anything other than a specialist's son
I don't have to be anyone other than a birth of two souls in one
Part of where I'm going is knowing where I'm coming from

I don't want to be anything other than
what I've been trying to be lately
All I have to do is think of me and I have peace of mind
I'm tired of looking 'round rooms wondering what I gotta do
Or who I'm supposed to be
I don't want to be anything other than me

I'm surrounded by liars everywhere I turn
I'm surrounded by imposters everywhere I turn
I'm surrounded by identity crisis everywhere I turn
Am I the only one to notice?
I can't be the only one who's learned

Can I have everyone's attention please
See, not like this and that
You're gonna have to leave
I came from the mountain, the crust of creation
My whole situation made from clay, dust, stone
And now I'm telling everybody

I don't want to be anything other than
what I've been trying to be lately
All I have to do is think of me and I have peace of mind
I'm tired of looking 'round rooms wondering what I'm trying to do
Or who I'm supposed to be
I don't want to be anything other than me
I don't want to be...
I don't want to be...



nguLat ngepost | 3:43 PM | |

Saturday, June 10, 2006

tengah tengok world cup nih. germany vs costa rica. masa ni tengah rehat, germany leading 2-1. untuk game ni aku sokong germany. tapi team pilihan aku yang bebenor ialah england. jugak mana2 team underdog yang menyerlah, yang berjaya mengalah dan menumbangkan pasukan gergasi terutama brazil. hahaha

semalam keluar lunch dengan sis Liz, 'peminat' aku tuh. hehe.. perasanggg! dia belanja makan kat cs dengan anak2nya sekali. sis Liz sekarang sedang menjalani kimoterapi kerana kanser payudara. satu topik perbualan kami ialah tentang kematian. sis Liz kata macam kes arwah adik, tiba2 pergi, dia tak merana. maksudnya arwah adik taklah menderita sakit berpanjangan. terus dijemput Ilahi walaupun secara tiba2. manakala macam sis Liz, dia umpama menunggu masa, seperti berada di tali gantung tapi tak gantung2. tiap2 hari debaran tu ada campur sakit kerana kesan kimo. tahu masa tu makin hampir cuma tak tahu bila.

aku debat jugak. sis Liz beruntung, yelah walaupun dia menderita kerana penyakitnya ketika ini, juga menderita perasaan kerana seperti menunggu kematian menjemput ntah bila, tapi keluarga sis ada di sisi, sentiasa memastikan segala terlaksana untuk dia. mengecapi kualiti hidup bersama2 selagi hayat ada. manakala arwah adik pergi tiba2. kami pula yang rasa merana sakitnya merindui adik. bila terkenangkan permintaan2 adik yang tak dapat kami tunaikan semasa hayatnya. jugak ada benda yang aku nak kongsi dengan adik, tapi aku tangguh, tangguh dan tangguh tak bagitahu. jadi bila tak sempat berkongsi cerita, aku rasa nyesal sungguh gila2. tu yang bila kenang jiwa jadi kacau. anyway, guys terima kasih atas hadiah doa yang dipanjatkan. terima kasih banyak2 dari aku dan keluarga.

esok ada lunch date dengan Kay lepas aku abis keje. lepas tu, aku minta tolong Kay temankan aku kemas bilik arwah adik. dah bagitahu Kay tadi. sebenarnya aku dah kemaskan pun. rak ikea dia aku pasangkan, kasut2 dia aku susunkan, handbag2 dia aku gantungkan. cuma minta tolong buah fikiran Kay untuk kemaskan baju2 adik dalam almari. at least aku ada peneman bercerita, bercakap. kalau tidak, sakit dada aku tahan perasaan. bukak volume tv besar2 pun belum tentu dapat alihkan perhatian.

sekarang nih 3-2 plak antara Germany dengan Costa Rica. seronok tengok game banyak gol. camne derang cipta peluang menjaringkan gol. wokeylah, nak tumpukan perhatian kat tv plak. uiks mata pun dah kuyu. esok pagi keje beng. aduhaiiiii..



nguLat ngepost | 12:55 AM | |

Tuesday, June 06, 2006

Elak sengaja cari nahas di jalan raya
Sumber : Pendapat, Utusan Malaysia 2 Jun 2006

ANGKA kematian 85 orang daripada 4,125 kes kemalangan bagi tempoh empat hari percutian bukanlah satu bilangan yang kecil. Dalam tempoh hampir seminggu musim cuti sekolah bermula sekarang ini, ada 1,031 kes kemalangan dengan kira-kira 21 kes kemalangan maut berlaku setiap hari. Mudah-mudahan sebelum berakhirnya tempoh cuti sekolah kali ini, tidak akan ada lagi kes kemalangan baru, khususnya yang membawa maut.

Ramai yang percaya, malah umat Islam wajib menerima bahawa ajal dan maut tidak boleh dielak kerana hidup lawannya mati. Dan satu-satunya penyakit yang tidak mungkin ada ubat merupakan mati. Bagaimana mujarab sekali pun ubat yang ditemui dan dihasilkan oleh pakar-pakar perubatan, ia hanya akan boleh menyembuhkan penyakit tetapi tidak berupaya mengubati penyakit kematian.

Mati tidak boleh dielak adalah suatu hakikat yang tidak boleh ditolak kerana urusan memisahkan nyawa dari jasad yang merupakan suatu kemestian dan hakiki. Mudah kata, ia adalah urusan Allah s.w.t. Pun begitu, mengelak dari mati dalam usia yang terlalu muda akibat kecuaian dan oleh sikap sengaja mencari nahas, boleh dielak. Usaha supaya tidak mati pada tahap usia yang sepatutnya itu juga adalah sesuatu yang dituntut.

Buktinya, apabila sakit manusia dituntut berubat, di mana berubat itu dinamakan ikhtiar. Malah, Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Manusia tidak boleh hanya membiarkan sahaja bila sakit tanpa ada usaha untuk mengubatinya.

Berusaha

Rasulullah s.a.w. sendiri ketika sakit beliau berubat, iaitu tetap berusaha untuk sembuh dari penyakit yang dihidapi. Malah Baginda juga pernah mengubati sahabat yang sakit dengan membaca ayat-ayat tertentu dari al-Quran bagi mereda dan menyembuhkan penyakit yang dideritai. Antaranya Baginda pernah menggunakan liur sebagai ubat. Baginda berbuat demikian di kaki Sayidina Abu Bakar As-Siddiq yang terkena patukan ular. Ketika itu, Baginda dan para sahabat bersembunyi seketika di dalam gua untuk mengelak daripada dikesan oleh pemuda-pemuda Quraisy yang memburu mereka.

Kalau manusia tidak dituntut supaya berubat dan sembuh dari sakit bila menghidap sesuatu penyakit yang lazimnya menjadi penyebab kepada kematian, maka Allah tentu tidak akan menyediakan ubat atau menggalakkan manusia berubat.

Malahan, Rasulullah tidak akan cuba melibatkan diri dalam mengubat kaki Abu Bakar, sebaliknya membiarkan kepada ketentuan takdir sahaja.

Di samping itu manusia juga digalakkan sentiasa berdoa memohon kepada Allah supaya dipanjangkan umur dimurahkan rezeki. Dalam pada itu manusia dilarang berdoa supaya dipendekkan usia, ditimpa penyakit dan bala bencana, menjadi bodoh atau jatuh miskin.

Bagaimanapun manusia dituntut percaya dengan penuh keimanan dan ketetapan bahawa ketetapan ajal, maut, bahagia, celaka, kaya atau papa adalah hak Allah untuk menentukannya.

Kewajipan manusia hanya berikhtiar tanpa rasa kecewa dan putus asa, mereka dilarang hanya menyerahkan kepada takdir dengan bala bencana yang menimpa akan dianggap suratan takdir sedangkan sebarang usaha tidak dilakukan untuk mengelak dari ditimpa bala bencana.

Demikian juga dalam konteks kemalangan jalan raya. Kalau ikhtiar untuk mengelak dari kemungkinan berlakunya kemalangan tidak diusahakan, lantas apabila kemalangan berlaku maka ia dianggap suatu takdir. Dalam lain perkataan, ia akan bersifat seolah-olah takdir itu dijadikan sebab dan mahu dipertanggungjawabkan ke atas apa yang berlaku.

Kalau kenderaan dalam keadaan baik dan serba sempurna, dipandu mengikut had kelajuan yang dibenarkan di samping pemandunya pula dalam berkeadaan tidak mengantuk, tidak lalai dari mengingati Allah, maka berlaku juga kemalangan, itu bolehlah disabitkan dengan ketentuan takdir.

Tetapi jika kenderaan dalam keadaan tidak sempurna, dipandu pula dalam keadaan tidak mengikut peraturan jalan raya, pemandu memandu dalam keadaan mengantuk dan lalai dari mengingati Allah dan Rasul-Nya termasuklah dalam keadaan mabuk, tiba-tiba berlaku kemalangan, itulah bukan kerana takdir tetapi kerana kecuaian dan sengaja mencari nahas.

- RAMLI ABDUL HALIM, Kota Bharu, Kelantan.


------------------
25 hari sejak tragedi. jiwa masih dilanda kekacauan.



nguLat ngepost | 12:54 PM | |

Friday, June 02, 2006



|| Lefthanded - Tiada Lagi Kidungmu ||

Air mata yang berderai
Siapa yang menghapuskan
Hati kering dan gersang
Siapa yang meneduhkan

Sedangkan kau yang ku sayang
Telah pergi dari ku
Dengan cinta dan harapan hidupku
Oh sayang

Tiada lagi ku dengar kidungmu
Tiada lagi derai tawamu
Hanya kesepian yang kian
Mencengkam jiwaku

Malam malam dingin membeku
Hari hari kian kelabu
Dalam doa kudus ku sebut nama mu
Cintaku...

Oh sayang
Damailah kau di sana
Di sisi Tuhan yang Esa

adik...



nguLat ngepost | 11:20 PM | |

Gol & Gincu daripada filem ke drama bersiri
Sumber : Utusan Malaysia



Barisan pelakon drama bersiri Gol & Gincu yang akan menemui penonton 8TV pada Ahad ini.

MENYEDARI futsal merupakan sukan kegilaan masa kini, 8TV tidak teragak-agak untuk memaparkannya di kaca stesen televisyen itu. Ilham tersebut sedikit sebanyak telah mencetuskan idea kepada Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar untuk membawa filem Gol & Gincu menjadi drama bersiri di stesen TV itu.

Kebetulan filem tersebut menggambarkan kehidupan remaja yang meminati sukan itu.

Biarpun sambutan filem tersebut kurang memberansangkan semasa ia ditayangkan dua tahun lalu, namun Izham percaya ia merupakan sebuah produksi yang baik dan jika diketengahkan sebagai sebuah drama bersiri ia mampu mempunyai pengikutnya sendiri.

"Futsal sangat diminati pada masa ini. Saya yakin dengan jalan cerita yang segar, transformasi filem Gol & Gincu ke drama bersiri dapat menambahkan bilangan penonton 8TV," kata Izham ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri tersebut di Sports Planet, Ampang, Kuala Lumpur.

Gol & Gincu The Series bakal menemui penonton 8TV mulai Ahad 4 Jun ini pukul 10 malam. Drama bersiri 13 episod itu menyaksikan perkembangan plot dan karakter filem Gol & Gincu.

Sementara itu, Eksekutif Produser Red Communications, Lina Tan berkata, drama bersiri itu merupakan satu idea yang bagus kerana setiap karakter dalam filem tersebut dapat dikembangkan.

"Bagi saya drama bersiri ini satu idea yang baik. Saya tidak pernah terfikir mengenainya. Apabila mendapat peluang ini saya sangat teruja. Kami turut mencipta dua watak baru bagi menyerikan lagi drama tersebut, iaitu Ayu lakonan Mazlina Hasan dan Haikal lakonan Razif Hashim Natt," kata Lina.

Antara barisan pelakon yang terlibat ialah Nur Fazura, Pierre Andre, Ashraf Sinclair, Sazzy Falak, Zarina Zainuddin, Rafidah Abdullah dan Kartini Kamalul Ariffin.


---------------------
aku: hampeh. aku keje, keje, keje dan keje masa citer ni siar nanti. hampehLaH!!! sengaL!!



nguLat ngepost | 8:44 PM | |

Thursday, June 01, 2006

Gol & Gincu versi drama bersiri di 8TV

"ADAKAH cinta satu permainan?" Itulah persoalan filem Gol & Gincu arahan Benard Chauly yang ditayangkan pada awal Ogos tahun lalu. Disebabkan ia mengetengahkan kehidupan remaja kontemporari yang semakin popular, filem itu dijadikan versi drama bersiri pula untuk disiarkan menerusi 8TV.

"Pihak Media Prima menghubungi kami, meminta filem Gol & Gincu dibuat dalam versi drama bersiri untuk disiarkan di 8TV," kata Lina Tan, pengarah dan produser dari Red Films Communications yang akan menerbitkan drama bersiri itu. Menurutnya, musim pertama drama bersiri Gol & Gincu akan diterbitkan sebanyak 13 siri dengan setiap satu selama 45 minit, membabitkan beberapa pengarah, termasuk Bernard sendiri.

"Sebenarnya permintaan dari Media Prima memang mengejutkan. Kami memang sayang dengan watak dalam filem itu, dan memang percaya ia boleh dikembangkan ceritanya untuk versi drama bersiri pula. Benard akan arahkan lima episod, selebihnya daripada pengarah lain, termasuk saya sendiri," katanya semasa ditemui di Finas, Hulu Klang, baru-baru ini. Kata Lina lagi, setiap episod Gol & Gincu akan berubah-ubah kerana ia membabitkan perasaan cemburu, sayang, benci dan isu semasa yang menyebabkan konflik dalam drama bersiri ini. "Setiap episod ada isunya sendiri walaupun tema keseluruhannya masih berkisar kepada cinta," jelas Lina.

Filem Gol & Gincu adalah dari genre komedi dan romantik mengisahkan perjalanan hidup Putri, seorang gadis manja yang mula bermain futsal akibat mengejar cinta. Melalui permainan itulah Putri belajar tentang kehidupan dan percintaan. Putri, pelajar kolej yang meminati fesyen berikrar untuk merebut kembali hati teman lelakinya, Eddy yang gilakan sukan futsal. Untuk mendekatinya, Putri belajar bermain futsal dan tidak sangka keputusannya itu tidak semudah yang difikirkan. Dia perlu berhadapan dengan prasangka orang terhadap wanita dan sukan. Di dalam cabaran dan kekusutan itulah, Putri menemui kekuatan seorang juara di dalam dirinya.

Filem itu kemudian diperkuatkan dengan lagu Generasiku nyanyian Radhi OAG selain lagu Beautiful Lies daripada Juwita Suwito serta dua lagu daripada Ella iaitu Teruja dan Percaya Diriku. Ia membariskan pelakon seperti Nur Fazura Sharifuddin yang memegang watak Putri Farhana Aliya Datuk Megat Farizuddin; Ashraf Sinclair sebagai Eddy @ Adzrul Zaidi Harun; Sazzy Falak (Shasha Amira Salleh) dan Mohd Pierre Andre (Reza Budiman Adianto). Pelakon ialah Rafidah Abdullah, Sharifah Amani, Melissa Maureen, Kartini Kamalul Ariffin, Celina Khor, Zarina Zainoordin, Noor Anita Mohd Tahir, Farrah Shamilla dan Anding AF2.

Menurut Lina lagi, semua pelakon sangat teruja untuk berlakon dalam siri ini tetapi ada kemungkinan sebahagian mereka terpaksa digugurkan bergantung kepada keperluan wataknya. "Kebanyakan pelakon asal memang berebut-rebut nak berlakon dalam drama ini. Masing-masing sayang dengan watak itu, dan semuanya macam nak ikut terbabit sama. Kita pun susah hendak buat keputusan siapa yang terpaksa digugurkan kerana ada tersinggung pula. Tapi memang tidak semua dikekalkan. Malahan kita juga akan memperkenalkan dua pelakon baru dalam drama bersiri ini nanti," jelasnya lagi.


sumber : Berita Harian 31 Mei 2006



nguLat ngepost | 2:56 PM | |

di bawah lembayung pelangi

a member of the

SengetianS


skodeng



+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+

+sekapal+
+lilylotus+
+blue+
+zaffey+
+yatt+
+payid+
+elenaoz+
+nasik+
+isrockstar+
+jj78+
+asya+
+dyke+
+rozek+
+afy+
+th3undefined+
+jL+
+laut+
+eid+
+fdb+
+froggie+
+armz+
+fiq+
+shajime+
+elsilver+
+armie+
+shay+
+han+
+arD+

+AfterEllen+
+Sengetians+
+WWLW+
+Butches Inc+
+for PLU+
+Pink Lemonz+
+Les Worlds+
+Queer Filter+
+PlanetOut+
+The L Word+
+Queer Jihad+
+Fridae+
+Al-Fatiha+
+Herstory+

template by +Lonelyger+
hosted by +Blogger+



Listed on Blogwise

This page is powered by Blogger. Isn't yours?


Free Web Counter