Friday, July 28, 2006

muahahahahaha! kelakarnya bagai menjentik2 dan menggeletik perut boroiku. betapa tertekannya perasaan dan kehidupan sebagai 'tomboi' kat Johor ni hingga menjadi perhatian. aku pun tomboi jugak tapi tak pernah terlintas dalam fikiran jemala aku untuk mendapatkan khidmat nasihat memulihkan perasaan senget ni kat mana2 hospital lebih2 lagi di hospital Permai atau lebih popular dengan nama hospital Tampoi. huh dekat jugaklah hospital sakit mental ni dengan rumah aku. satu jalang.

aku rasa 'tomboi2' dalam artikel ini lebih menjurus kepada 'hardcore tomboy' (bacaan label: pengkid). kalau setakat pengkid tak jadi macam aku ni, takde maknanya nak stress. iyelah, iyelah ade jugaklah rasa tertekan, bila orang sibuk tanya pasal kawin, bila partner aku merajuk, bila aku tak bebas jadi diri aku yang sebenar. tapi takdelah sampai niat nak bunuh diri (aku sayang nyawa woi. dosa berlambak lagi tak basuh!).

apapun, ucapan tahniah patut kita berikan buat 'tomboi2' yang berani mencari kebenaran dan kesahihan diri serta membersih jiwa sebelum mencabut nyawa tanpa izin. satu keputusan yang bijak. bijak bijak. anda sememangnya waras. jom kita minum susu!

*********************************************

Harian Metro Khamis 27 Julai 2006
Edisi Selatan: Dilema tomboi
Oleh Saipul Adli Mohamad dan Mary Victoria Dass

JOHOR BAHRU: Akibat putus cinta dengan kaum sejenis atau mengalami tekanan perasaan, segelintir tomboi di negeri ini cuba membunuh diri sebagai penyelesaian terakhir.

Masalah itu membimbangkan kerana mereka tidak mempunyai kenalan rapat untuk berkongsi masalah dan tidak dapat memenuhi nafsu teman wanita berbanding lelaki normal walaupun mengambil pil hormon lelaki.

Pengarah Hospital Permai Johor Bahru, Dr Benjamin T M Chan, berkata tahun lalu, pusat rawatan dan pemulihan mental itu merawat hampir 10 tomboi yang datang sebagai pesakit luar untuk mendapatkan kaunseling.

"Kes seperti tomboi dan isu transeksual baru mula dikesan. Saya harap mereka datang awal kerana biasanya bagi remaja, inilah saat mereka mencari identiti. Kalau dapat kaunseling lebih awal, tempoh untuk mereka cuba memainkan peranan jantina yang lain itu akan dipendekkan dan trauma psikologi akan berkurangan. Bagaimanapun, setakat ini tiada tomboi yang dimasukkan ke sini," katanya.

Beliau berkata, tomboi tidak mempunyai ramai rakan dan sukar mendalami jiwa seseorang wanita kerana menganggap diri mereka lelaki. Golongan itu ingin mengekalkan hubungan istimewa dengan kaum sejenis sehingga ada yang sanggup tinggal sebumbung. Malangnya, hubungan mereka biasanya tidak kekal kerana dipandang rendah masyarakat selain dilarang agama serta dipulaukan keluarga dan rakan.

"Pasangan tomboi pula tidak mendapat kepuasan ketika menjalinkan hubungan seksual sehingga mendorong pasangan mereka lepas tangan atau cepat bosan. Ramai tomboi cenderung berpakaian seperti lelaki termasuk rambut dipotong pendek, dada dibengkung (untuk menyembunyikan payu dara), memakai jeans potongan lelaki dan berlagak seperti lelaki," katanya.

Dr Benjamin berkata, kewujudan golongan seperti ini kemungkinan melanggar norma dan menyinggung masyarakat serta menimbulkan gejala sosial lebih serius pada masa depan. Katanya, antara faktor seseorang wanita menjadi tomboi kerana tidak menyedari mereka wanita normal yang mempunyai fizikal sempurna seperti wanita lain. Bagaimanapun, ada sebahagian mereka sengaja mahu menguji kehidupan sebagai kaum Adam dan keistimewaan menjadi lelaki.

"Ada dua faktor penting dalam isu transeksual iaitu sementara, seperti hanya nak uji bagi tempoh tertentu dan selepas bosan, tukar kepada wanita semula. Kedua, berterusan atau bioseksual (serius dan ingin bertukar menjadi lelaki termasuk bedah kemaluan, payu dara, menjalin hubungan dengan wanita/kaum sejenis).

"Asuhan keluarga juga berperanan penting, misalnya seseorang wanita dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai semua anak perempuan, dengan anak bongsu dibesarkan seperti anak lelaki, iaitu memakai baju seperti budak lelaki (berambut pendek dan lebih agresif)," katanya.

Faktor lain ialah memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga seperti tidak berkahwin pada usia sepatutnya, kecewa dengan kehidupan silam dan ingin bertukar kepada lelaki serta genetik membabitkan ketidakseimbangan jumlah hormon pada diri seseorang sejak lahir.

Beliau berkata, ada kes pelik pernah ditemui doktor iaitu seorang gadis mempunyai zakar tetapi di bahagian dalam. Masalah genetik itu dikenali sebagai 'himofloid' yang mempunyai genetik lelaki ketika dilahirkan.


nota uLat: besar giler wording Tomboi Johor Tertekan. front page tuh. bila nampak seimbas mata, bisa merah muka macamler aku turut sama ditekan perasaan. kira2 terpalit jugaklah hanya kerana aku dok Johor. hahaha.. yeah hidup Johor! huh



nguLat ngepost | 12:05 AM | |

Wednesday, July 19, 2006

entry berikut adalah hasil buah pikiran AnneIxora yang telah menonton filem Detik Terakhir sewaktu aktiviti menggoreng dan lepaking diadakan pada hujung minggu lepas. review Detik Terakhir oleh AnneIxora ini telah sah lulus sensor dari pakar kaji radar sengetian.




tiada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka -uLat

Filem yang aku tonton sewaktu berhujung minggu dengan sahabat rapat, begitu lama rasanya tak bertentang mata... thanks a lot untuk uL yang bersusah-payah mengorder dari Indonesia dan kami pulak bersenang-lenang menganga depan tv tengok citer nih.

Filem yang diadaptasi dari Kisah Benar dilakonkan Cornelia Agatha sebagai REGI (watak utama) yang hidupnya kacau-bilau kesan dari tekanan perasaan bila selalu sangat melihat mama dan papanya sering bertelingkah, biarpun hidup mereka ketika itu dalam kemewahan. Regi lebih banyak menghabiskan masa bersama orang gajinya, dan satu scene yang aku ingat sewaktu orang gaji Regi memandikan Regi, dia ushar-ushar jugak dada orang gajinya tu sekaligus membuktikan kesengetan Regi yang sukakan perempuan. Kira cam detik pertama menyukai perempuan la kot... Gatai sungguh Regi ni, kecik-kecik dah tengok breast orang.

Disebabkan aku tengok cerita ni on dan off sebab adik lelaki "S" suka sangat berulang-alik kat belakang kitorang, jadinya aku sikit-sikit terbabas dari kronologi cerita nih, yang aku ingat Regi ni gi High School, pastu terjebak dengan dadah. camana memula dia terjebak tu tidaklah aku perasan.

Hidup Regi makin tak ketahuan dan tempat yang selalu dia lepak adalah kelab-kelab dan disko, sampailah satu malam dia terjumpa dengan Sausan sebagai VELA. Part yang best sudah tiba, tapi lagi sekali adik "S" melawat dapur, menyebabkan kami terpaksalah tengok light-light saja scene derang berdua bangun tido sambil berselimut tak pakai baju. Dah bangun tu, benda pertama yang dimengketedarah adalah dadah lagi.



diorang suka makan dada & dadah -uLat

Si Vela ni ada buipren, RAJIB namanya (Mike Muliadro) merangkap pembekal dadah yang tersohor di kampus Regi, tapi yang best, Rajib ni banyak membantu Sausan dan Regi dalam menempuh liku-liku cinta yang begitu banyak penghalangnya. Jalan cerita yang sarat tentang kehidupan Regi dan Vela yang kacau-bilau membuatkan otak aku pun cam berat. maklumlah ceritanya pun berat jugak.

Dahla kot aku mengulas pasal cerita nih, nak tau cerita lebih detail kenalah pi kat blog uL, dia akan cerita pasal filem nih lebih bagus dari aku yang cuma tengok sekali, tu pun takut adik "S" nampak dan jugak diganggu jugak oleh volume yang maha slow, sedangkan volume orang berbual kat sekeliling lagi kuat. he..he..

Komen aku (uL yang tanya) cerita ni ok, nak kata best sangat pun tak, teruk sangat pun tak. mungkin sebab ni kisah benar, nak komersilkan cerita ni lebih-lebih pun tak boleh sangat. Aku lebih menyifatkan cerita ni sebagai cerita sedih, yang lebih banyak menekankan tentang tema filem ini, "dadah membawa kehancuran" dari percintaan senget tu sendiri.

Sebagai penonton yang pernah menyaksikan cerita GIA, aku cuma boleh kata cerita ni cam ala-ala cerita Gia tu lah. Dia ada cinta senget, tapi cam tak ditonjolkan sangat tentang lesbianism tu berbanding dengan scene dadah-dadah. Tapi sebagai filem asia, nampaknya filem ni lebih berani mempertaruhkan kebenaran tanpa mengambil pusing tohmahan yang bakal dikecam oleh masyarakat.



aku suka tatap Regi, rupa macam Abot. macam jerr. aku suka Abot. -uLat

Yang tak best, heroin (Regi) tu ada time dia jadi tak cantik, cam dalam cerita Butterfly lak. Heroin dia kadang-kadang huduh sungguh nampaknya. Vela tu lak cam tak menarik je... ntahlah... Ending mati tu ok, cuma lepas tu aku tak tau apa yang jadi kat Regi lepas tu, ambik dadah lagi ke? Dah bertaubat ke?

Tapi kan, apa yang kita expect dari cerita Asia kan? Orang dah nak buat filem senget pun dah cukup bagus, dan yang penting filem ni tak menonjolkan lesbianism tu sebagai sesuatu yang begitu obsence, dan aku cukup berpuas hati dengan penegasan filem ini yang lebih mengambil kira perasaan cinta daripada nafsu. Cuma mungkin mainan emosi dari filem ni tak begitu menekan, cam cerita Boys Don't Cry tu boleh buat aku berfikir berminggu-minggu pasal kematian Brandon tuh, nape la takde orang yang selamatkan dia, siap kira lagi berapa umur dia yang sepatutnya kalau dia masih hidup. Walaupun ni kisah benar jugak, aku cam tak berminat nak tau apa yang jadi kat heroin tu lepas ni.

Cerita ni tak macam Gol dan Gincu, jalan cerita dia boleh buat kita tersengih-sengih sorang-sorang dan sibuk-sibuk cakap dengan partner apa sebenarnya spekulasi yang timbul disebalik sesuatu adegan. he..he.. Aku vote Gol dan Gincu lagik!!


nota uLat : terima kasih sekali lagi untuk anne atas review yang menarik dan menyegarkan. aku suka deh!



nguLat ngepost | 5:14 PM | |

Tuesday, July 18, 2006

Arisan! puas aku memikirkan apa maksud arisan. lebih2 lagi tiada subtitle sebagai rujukan. agak pening juga untuk memahami setiap patah dialog yang diucap oleh para pelakon baik dalam Arisan! mahu pun Detik Terakhir. namun begitu, dalam keterbatasan memahami loghat pasar bahasa serumpun, aku cuba mengikuti jalan ceritanya sebaik mungkin.

Arisan! yang diterbitkan pada tahun 2003 telah diarahkan oleh pengarah wanita, Nia Dinata yang sebelum ini banyak membuat kerja-kerja pengarahan iklan di Indonesia (ermm mengingatkan aku kepada Yasmin Ahmad). Nia adalah seorang graduan Komunikasi Massa di Pennsylvania dan belajar tentang pembuatan filem di Tisch School of Art di New York. antara filem yang pernah diarahkan oleh Nia ialah Cau Ba Kan dan Janji Joni.

pada pemahaman aku, Arisan membawa maksud perjumpaan atau the gathering. filem berunsur satira komedi ini memaparkan sekelompok warga elit di kota kosmopolitan Jakarta menjadikan arisan tempat mereka berkumpul untuk menunjuk2 tahap kesenangan hidup mereka. sedangkan di sebalik itu, mereka mempunyai masalah2 peribadi yang cuba diselindungi. tiga watak utama yang ditonjolkan dalam filem ini iaitu Sakti, Meimei, dan Andien ialah 3 sahabat lama yang belum lagi terbuka dalam bercerita perihal masalah kehidupan mereka. sampai satu tahap, persahabatan sejati itu berjaya memecahkan tembok keterasingan mereka selama ini.

Sakti dan Meimei memiliki kareer yang gemilang, masing-masing sebagai arkitek dan interior designer manakala Andien memilih menjadi suri rumahtangga kepada ahli perniagaan berjaya. kenyataan di sebalik kebahagiaan, Sakti (Tora Sudiro) karakter paling menonjol dalam filem ini adalah seorang gay yang berusaha menafi mencintai kaum sejenisnya. ini kerana dia adalah satu2nya anak dari keturunan batak yang dihormati dan menjadi harapan keluarga untuk menambah jurai keturunan. dalam usaha berperasaan normal, dia bertemu dengan Nino (Surya Saputra), cinta sejenisnya lalu yang normal kini kembali senget. masalah bertambah dengan kehadiran Lita (Rachel Maryam), paribannya (sepupu yang dijodohkan) dari Sumatera Utara yang begitu memeningkan kepala dengan perangainya yang lucu dan kekampungan. tetapi sebenarnya Lita jauh lebih cerdas dari penampilannya (minah ni memang lawak giler. lucu benar deh).

Meimei (Cut Mini) pula seorang yang sangat berdedikasi pada pekerjaannya. dia mempunyai kehidupan yang hampir sempurna, cantik, kaya dan kareer yang bagus. dia selalu ingin membahagiakan semua orang, terutama suaminya, Ichal (Nico Siahaan). tetapi ada satu ketidaksempurnaan yang cuba dilengkapi, dia tidak subur, dia tidak mampu melahirkan anak. manakala Andien (Aida Nurmala) berusaha membalas sakit hati terhadap suaminya apabila mengetahui suaminya pernah menipunya. ia menggunakan kecantikan, kekayaan dan pergaulan untuk berselingkuh dengan lelaki2 yang lebih muda sehingga melupakan tanggungjawab terhadap suami dan anak2.

akhirnya, mereka bertiga terlibat dalam satu permasalahan yang kemudian merapatkan lagi hubungan mereka sebagai sahabat.

menurut Nia Dinata, sutradara Arisan!, filem ini bertitik tolak daripada arisan2 yang pernah dia dikunjungi yang punya bermacam2 jenis daripada unsur persahabatan sehingga perkumpulan bisnes. atas kesedarannya, fokus filem ini lebih kepada ertinya sahabat sejati berbanding kepentingan material. "Film Arisan! seputar suatu kehidupan yang terobsesi dengan kesempurnaan. Terkadang kita harus berpura-pura, bahkan di hadapan teman dekat sendiri, demi mendapatkan pengakuan dari mereka." ujar Nia.

Arisan! telah memenangi 5 anugerah dalam Festival Film Indonesia 2004 iaitu Film Terbaik, Aktor Terbaik - Tora Sudiro (Sakti), Aktor Pendukung Terbaik - Surya Saputra (Nino), Aktris Pendukung Terbaik - Rachel Maryam (Lita) dan Penyuntingan Terbaik - Dewi S. Alibasyah. ia menewaskan filem remaja yang meletup pada waktu itu iaitu Ada Apa Dengan Cinta. juga dikatakan bahawa Arisan! adalah filem gay pertama yang berjaya menerjah layar lebar Indonesia.

filem ini dipenuhi dengan saat-saat mengharukan, romantis, dan jenaka. pada aku jenaka paling berkesan ialah saat Lita dengan aksi2 poyonya. tak perlu suara sudah bikin aku gelak. memang padanlah dia dengan award pelakon pembantu wanita terbaik. muzik latar pada permulaan filem ini pula mengingatkan aku pada filem Mango Kiss. macam sama tapi tak serupa.

saat ini aku mula memahami bahawa arisan ini sepertinya parti pinggan mangkuk, reunion sekolah dan juga gathering sengetians!



nguLat ngepost | 5:00 PM | |

Friday, July 14, 2006

alamak, maafler aku tak sempat nak mengulas isi perut 2 movie tu. tetiba masa yang lapang menjadi sempit dan cemburu tak hengat. juga yang selalu aku buang memang bebetul terbuang. masa aku nak bercuti, masa tu lah keje datang menyibuk. adeh!

ke mana aku weekend ni kalau tidak ke kl. dah lama tak hirup udara dan debu kota lumpur. melepak dengan geng sengetians. tengok movie sambil goreng citer2 basi. aghhhh tak boleh berlama-lamaan lagi. aku kena pegi dulu. take care. have a great weekend!



|| Close to You (they long to be) - Karen Mok ||

Why do birds
Suddenly appear?
Everytime you are near
Just like me
They long to be
Close to you

Why do stars
Fall down from the sky?
Everytime you walk by
Just like me
They long to be
Close to you

On the day that you were born
The angels got together and decided
To create a dream come true
So they sprinkled moondust in your hair
Of gold and starlight in your eyes of blue

That is why all the girls in town
Follow you all around
Just like me
They long to be
Close to you

Just like me
They long to be
Close to you

Woo... close to you...



nguLat ngepost | 1:59 PM | |

Tuesday, July 11, 2006



akhirnya parcel yang aku tunggu tiba jua. taklah lama sangat menanti. lebih kurang 10 hari untuk sampai dari sana ke sini. tapi buat aku tertanya2 juga, ntah sampai ke tidak. parcel yang aku maksudkan ialah vcd filem senget Indonesia kiriman seorang rakan blogger dari sana yang menetap di Yogyakarta. Shany, jutaan terima kasih yea. muah!!! hehe

aku sungguh gumbira dan teruja tidak terhingga. sudah lama aku menyimpan keinginan untuk menonton filem2 senget dari seberang kerana ternyata para karyawan perfilemannya lebih berani menentang arus dan "mendobrak tabu".

Shany telah mengirim pada aku dua buah filem senget. satu berjudul Arisan dan satu lagi berjudul Detik Terakhir. selama ini aku cuma mengetahui kewujudan Arisan sahaja. aku pernah mencarinya di toko2 muzik di sekitar jb. mana tahu ia duduk sebaris dengan nyi blorong sundal bolong ke, tetapi hampeh. filem2 seram campur menggelikan tekak itu pula yang banyak bersusun. takkan juga aku nak kirim kat abah yang sesekali makan angin di negara tersebut. nak mampus kok aku.

Arisan merupakan filem satira komedi yang terkandung watak gay. filem ini telah memenangi award Filem Terbaik dan beberapa award lain dalam Festival Filem Indonesia 2004. manakala Detik Terakhir pula adalah filem yang disarankan oleh Shany. filem ini yang diangkat daripada novel kisah benar bercerita tentang kehidupan gelap 2 watak lesbian yang terjebak dalam penyalahgunaan dadah. pelakon utamanya iaitu Cornelia Agatha pernah dicalonkan untuk kategori Aktres Terbaik dalam Festival Filem Indonesia 2005.

ulasan selanjutnya tentang kedua2 filem akan dibuat sebaik sahaja aku menikmati filem2 ini dari biwagam - bilik wayang gambar uLat si antu tv. sekali lagi untuk Shany, terima kasih daun keladi, lain kali kirimlah lagi. :D



nguLat ngepost | 11:55 PM | |

Monday, July 10, 2006

12.00 tengah malam. baru balik kerja. tetiba terasa nak makan burger. selepas mendengar perbualan telefon antara opismate dengan anaknya yang merengek nak burger. maka dengan itu tekak aku pun merengek gatal sama. merayaulah aku di tengah malam buta mencari gerai burger. santap daging special dengan hot dog special. bebetul lepas geram. ke buruk lantak?

teringat aku pada kisah tiga sekawan merayau mencari burger di tetengah malam buta juga. kami bergaya sakan dengan baju tido. aku berseluar tiga suku bersama isgarfield ala pi bersukan dan javabeans yang ayu dengan kain batiknya. setelah mengambil pesanan rerakan yang turut separa kebulur, aku selaku jurumudi kancil pun meredah puncak di malam yang pekat buta itu.

gerai pertama kami tuju, dari jauh nampak terang. masing2 tersenyum membayang aroma burger yang bakal disantap. sampai dekat rupanya terang2 sedang membungkus kedai. hampeh. gerai kedua kami redah. dari jauh kelam2. buat hati tertanya bukak ke tidak. sampai dekat betul kelam itu tak bukak. hampeh lagi. gerai ketiga kami susur. dari jauh nampak ada orang. sampai dekat orang2 itu tengah bungkus kedai jugak. adehh sakit hati u.

belum lagi berputus asa. kami pusing di kedai makan yang bukak. si gadis ayu berkain batik dengan ayunya pergi bertanya. aku dengan isgarfield pula terkekek2 dalam kancil menahan gelak melihat aksi gadis itu dengan kain batiknya. hehe.. malangnya kedai itu takde jual burger untuk gadis2 lapar ini. oleh kerana nak burger jugak tak mahu lain, maka baliklah kami tanpa burger untuk dijamu beramai2.

kemudian tidolah kami beramai2. mungkin juga bermimpikan burger beramai2.



nguLat ngepost | 1:48 AM | |

Friday, July 07, 2006

Sumber : Harian Metro Jumaat 7 Julai 2006

Pasangan 'songsang' muncul
Melaka : Selepas empat tahun menghilangkan diri, sepasang 'suami isteri' disyaki sama jantina yang dinikahkan secara sah pada Disember 2002, akhirnya hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Pasangan terbabit menghilangkan diri beberapa hari selepas perkahwinan mereka dan dipercayai bersembunyi di Kuala Lumpur selepas jantina seorang daripada mereka diragui Majlis Agama Islam Melaka (Maim).

Sejak itu, Maim menjalankan gerakan mengesan pasangan berkenaan dan mereka berjaya dikesan awal Mei lalu di Cheras, Kuala Lumpur, melalui maklumat ahli keluarga. Berikutan itu, Maim menyerahkan waran untuk mereka hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Bagaimanapun, apabila pasangan itu hadir ke mahkamah, perbicaraan tidak dapat dijalankan berikutan Kadi Melaka Tengah, Mohamad Azli Abdul Rahman berkursus di London tiga bulan dan dijangka pulang pertengahan Ogos depan. Pasangan berkenaan juga sudah melantik peguam, Zulfiqri Zakaria, untuk kes perbicaraan berkenaan yang ditetapkan pada 7 September depan.

Sebelum ini, pasangan 'suami isteri' yang dinikahkan secara sah itu gagal dikesan pihak Pendaftar Mahkamah Syariah hingga menyebabkan perbicaraan 'memisahkan' mereka terpaksa ditangguh dua kali. Pasangan berusia akhir 30-an itu sepatutnya hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada 20 April lalu bagi mendapatkan perintah farakh atau membatalkan pernikahan kerana bernikah golongan sejenis, tetapi gagal menghadirkan diri.

Mereka dinikahkan Imam Satu Masjid Bukit Cina, Ishak Juki, selepas mematuhi prosedur ditetapkan, termasuk 'pengantin lelaki' mendapat pengesahan sidang kampung, manakala majikannya menyatakan 'lelaki' itu bujang dan memiliki kad pengenalan jantina lelaki.

Bagaimanapun, masalah timbul beberapa bulan kemudian apabila Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) enggan mendaftar perkahwinan itu kerana 'pengantin lelaki' diragui kelelakiannya. Perkahwinan sesama jantina itu terbongkar selepas ahli keluarga pasangan perempuan membuat aduan kepada Jaim sebaik mengetahui 'pengantin lelaki' adalah wanita.

Harian Metro sebelum ini mendedahkan seorang perempuan berlagak lelaki didakwa mengahwini kaum sejenisnya di negeri ini empat tahun lalu selepas perkahwinannya dengan seorang wanita lain enam tahun lalu berakhir perceraian. Bagaimanapun, pernikahan kali kedua pada 2002 gagal didaftarkan selepas keluarga 'pengantin lelaki' membuat laporan Jaim sebaik mengetahui perkahwinan sesama jantina.

Wanita berkenaan dilahirkan pada 7 Julai 1967 dan diberi nama Mazinah Mohamad, 39, mengahwini pasangannya selepas mendakwa melakukan pembedahan jantina dan menggunakan nama Mohd Sofian Mohamad.


aku : nak kata kesian.. ermm sian kat depa. abih tu dah terlarang, takdenya jalan halal. natijahnya di kemudian hari.



nguLat ngepost | 2:41 PM | |

Wednesday, July 05, 2006

apa yang patut aku katakan lagi. dua team feveret aku dah terkeluar daripada saingan wc. kini tinggal france sebagai sandaran dan harapan. kalau france kalah jugak pagi nanti, aku boikot tak mahu tengok final. tido lagi baik. huhu



yo semalam aku nonton Superman Returns bersama Dia. seronok juga citer lelaki besi abad ini. buat aku ternganga dan teruja jugaklah. nway, aku bukanlah peminat kipas-susah-mati lelaki besi. aku tak penah baca komiknya. tapi aku suka giler nonton drama2 superman. sekitar pertengahan 90an, ada siri tv Lois & Clark: The New Adventures of Superman lakonan Dean Cain & Teri Hatcher. lepas tu muncul pulak Smallville dengan Lana Lang yang lawa ittew, Chloe dan Lois, ermm terpaku aku tak berkelip. kalau dah antu tv..


aku rindu Mulder & Scully. aku rindukan The X Files. aisehhh..


*the truth is out there*



nguLat ngepost | 4:17 PM | |

di bawah lembayung pelangi

a member of the

SengetianS


skodeng



+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+

+sekapal+
+lilylotus+
+blue+
+zaffey+
+yatt+
+payid+
+elenaoz+
+nasik+
+isrockstar+
+jj78+
+asya+
+dyke+
+rozek+
+afy+
+th3undefined+
+jL+
+laut+
+eid+
+fdb+
+froggie+
+armz+
+fiq+
+shajime+
+elsilver+
+armie+
+shay+
+han+
+arD+

+AfterEllen+
+Sengetians+
+WWLW+
+Butches Inc+
+for PLU+
+Pink Lemonz+
+Les Worlds+
+Queer Filter+
+PlanetOut+
+The L Word+
+Queer Jihad+
+Fridae+
+Al-Fatiha+
+Herstory+

template by +Lonelyger+
hosted by +Blogger+



Listed on Blogwise

This page is powered by Blogger. Isn't yours?


Free Web Counter