![]() |
|
|
Thursday, August 31, 2006 Di sini lahirnya sebuah cinta nguLat ngepost | 12:14 PM | | Tuesday, August 29, 2006 ![]() hari ini telefon adik masih lagi berdering mencari dirinya. kali ini panggilan dari California Fitness Centre. lebih kurang sebulan sebelum kemalangan, arwah ada memberitahu aku bahawa dia sudah menjadi ahli kelab ini. dia tak pernah berputus asa. ada sahaja cara untuk mengurangkan berat dan cuba mengamalkan pemakanan sihat yang jarang2 diamalkan seisi keluarga. sesekali kalau pulang ke rumah, mesti tegur tentang susuk tubuh comelku dan mulut aku yang suka mengunyah. "ala ko apa kurangnya. tak kurus2 jugak aku tengok," ujarku mengusiknya. hari ini airmata ini berderai lagi. selepas mengkhabarkan berita pemergiannya pada si penelefon, tiba2 rasa sebak hadir dan mengalir. entahlah sejak dua tiga minggu kebelakangan, aku jadi sensitif yang amat. kalau awal2 dulu, ramai jugak yang menelefon, dari kelab itulah, dari bank inilah, tapi masa tu aku boleh kawal diri. rasa biasa je. seolah tiada apa berlaku. seolah aku dah redha. tapi tika ini, hampir tiap kali aku teringat, aku memegang barang miliknya, aku melihat biliknya, aku mendengar cerita dirinya, saat menonton cerita pilu, saat membaca berita sedih, saat meluah rasa, mudah benar sebak mencengkam, mudah benar mata ini digenangi. ahad lepas, aku dan mak mengunjungi adik mak, mak itam yang baru saja melahirkan anak keempat. aku dan adik2 aku sejak kecik amat rapat dengan adik beradik belah mak. malah jarak usia aku dengan mak itam taklah terlalu jauh, lebih kurang 7 tahun je. lalu mak itam membuka cerita mimpinya. dia bermimpi tentang arwah nenek, atuk dan juga adik. katanya dia jumpa adik datang dengan sebuah kereta. muka adik bersih. dia hairan lalu bertanya pada adik, 'adik kan kemalangan, kenapa takde tanda2 kemalangan kat muka adik?' tapi adik tak jawab, adik senyum je dan wajah adik berseri-seri. mendengar cerita mak itam membuatkan dada aku sebak. aku palingkan muka ke arah lain. cuba menahan segala rasa yang bergolak. dua minggu lepas, ibu bapa arwah zul menelefon aku selepas mereka menerima gambar yang aku kirimkan. gambar tersebut ialah gambar terakhir arwah berempat bersama pengantin pada hari kejadian. bapa arwah tanya pada aku mana satu arwah adik, arwah sue dan arwah fai. kami berbual tentang peguam. dia bercerita mengenai kelalaian anggota polis mencari rumahnya pada hari kejadian sehinggakan dia sekeluarga hanya mengetahui berita kemalangan pada hari esoknya, itu pun menerusi akhbar. dia juga memberitahu tentang handphone arwah yang dicuri dari tempat kemalangan dan diguna pakai oleh orang yang tidak bertanggungjawab. kemudian ibu arwah pula berbicara dengan aku. mendengar tangisan seorang ibu membuat hati aku meruntun hiba. ibu arwah memohon maaf padaku. katanya adik turut terlibat kerana menaiki kereta arwah walaupun pada mulanya rancangan perjalanan mereka berbeza. ishh takkan ke situ pula aku dan keluarga nak salahkan. dah ketentuan ajal, bukan itu sebabnya. aku tak bercerita pada mak dan abah tentang isi perbualan aku dengan ibu bapa arwah. aku hanya menyampaikan salam saja. entahlah, tak kuat aku nak bersuara, apatah melihat mak dan abah tentu berduka. ![]() bercakap mengenai henpon, aku kehairanan melihat henpon comel adik yang tidak rosak langsung, kemek pun tidak, cuma ada renggang sikit je. sedangkan digital cameranya abis bercalar, lens pecah, ada part yang kemek, masuk air, tak boleh guna langsung. aku rasa boleh cuba dibaiki kerana tempoh jaminan masih ada. tapi rasa tak berbaloi juga sebab rosaknya agak teruk dan kena pi midveli, kl kalau nak betulkan. adik beli kat sana. kuasa Allah kan.. kuasaNYA juga, seperti yang pernah aku cerita sebelum ini, hanya henpon adik je terselamat, dua hilang, satu rosak teruk. ni aku baru je top up kan. aku nak kekalkan nombornya walaupun aku tak guna. lagipula, masih ada urusan yang tidak selesai, masih menelefon henponnya walau aku dah bagi nombor aku. teringat pula tentang hasrat adik nak menukar henpon yang punya camera bluetooth bagai, macam henpon aku yang selalu diteleknya. sering bertanya pada aku tentang henpon terkini, gadget, aku beli itu ini kat mana, dan macam2 lagi. adik.. adik.. sebenarnya aku boleh bercerita. tanyalah tentang bagaimana ia berlaku dan segalanya. aku akan bercerita dengan penuh semangat. mungkin waktu ini rindu sangat2 mencengkam, buat aku sensitif seribu macam. bila yang tertulis untuk Mu adalah yang terbaik untuk Mu kan Ku jadikan Kau kenangan yang terindah dalam hidup Ku namun takkan mudah bagi Ku meninggalkan jejak hidup Mu yang tlah terukir abadi sebagai kenangan yang terindah nguLat ngepost | 4:36 PM | | Monday, August 28, 2006 ![]() ada la orang tu. dia tak puas hati sungguh selepas menonton rancangan kolaborasi antara media gomen dengan media orang kaya hotlink iaitu i.n.a ... m.a.w.i. punyalah orang tu marah, bertalu2 sms dia antar, kat aku. antaranya.. kenapelah ina meluahkan segala2 pada orang tak menghargai langsung. cam dipergunakan, dikotak-katikkan ina. langsung sikit pun mawi tak endahkan. jawab kenangan cinta lalu saat2 bahagia pun tak nak. ina seolah2 menjatuhkan imej sendiri, dan bagitahu semua orang yang dia terlalu cintakan mawi walaupun dah berpisah. panjangnya sms. tak abis lagi tu ayatnya. ayat paling tak hengat ialah.. geram sangat ni, rasenya nak jemput ina balik dari stesen tv ni. geram sungguh nampak. itulah pejuang srikandi negara. huhu nguLat ngepost | 11:55 PM | |
![]() tahniah. moga kekal bersama hingga ke akhir HAYAT. suatu hari pada minggu lepas, ketika sedang 'seronok' meeting tetiba aku disenggol oleh orang sebelah, "eh uLat, 28hb nanti ct sanding pukul berapa ek?" la ingatkan hal apa tadi. nyempat lagi tuh pikir hal ct.. minggu lepas juga, pada hari dan waktu majlis tunang & nikah, aku ngan opismate dok melangut depan tv reramai menyaksikan dengan rasminya dara ct dimiliki orang bukan bujang. waktu ct memeluk ayah, ibu dan abangnya, dengan mimik muka mendung nak hujan, tetiba air kat mata empat aku pula bergenang. walaupun tak minat tapi tak rela gitu. huhu. aiseh cam tengok filem hindustan plak. kelakar rasanya. aku bukanlah peminat kipas-susah-mati. aku cuma suka dengan lagu2 ct je. penah gak jumpa ct, bergambo dengan dia sampai buat aku berpeluh2 kesukaan. kenangan terindah. auww. entahlah sejak akhir2 ni aku sensitif seribu macam. gembeng. maka hari ni, malam ini sekali lagi tv3 membawa siaran langsung untuk satu malaya majlis persandingan gilang gemilang, "wedding of the year" kata mereka. kali ni ada perlawanan hebat perebutan penonton antara media jom heboh dengan media gomen dan media orang kaya hotlink yang akan menyiarkan satu lagi konflik kehidupan & percintaan artis mee segera dan bakal artis yang terkena tempias mee segera. malangnya aku keje. tak dapatlah nak menghayati semua habuan percuma itu. juga terlepas peluang untuk senaman jari, cepat dan pantas, mari merebut. rebut remote, rebut tv, rebut rating, rebut iklan, jangan tidak2. nguLat ngepost | 5:31 PM | | Tuesday, August 22, 2006 hening pagi ahad ****** 13 mei - 20 ogos 2006 100 hari dalam kenangan buat 4 sahabat alfatihah nguLat ngepost | 11:51 PM | | Friday, August 18, 2006 apa kaitan pelangi dengan warga senget? hari ini kita rungkaikan persoalan yang juga bermain di fikiran aku, kenapa pelangi dijadikan simbol mewakili GLBT? mari mengembang minda.. ![]() The rainbow flag, sometimes called 'the freedom flag', has been used as a symbol of gay and lesbian pride since the 1970s. The different colors symbolize diversity in the gay community, and the flag is often used as a symbol of gay pride in gay rights marches. It originated in the United States, but is now used around the world. The rainbow flag was first used to symbolize gay pride and diversity by San Francisco artist Gilbert Baker; as of 2006, it currently consists of six colored stripes of red, orange, yellow, green, blue, and violet. It is most commonly flown with the red stripe on top, as the colors appear in a natural rainbow. History There was some use of similar multi-colored flags in the USA in the early 1970s as a symbol of internationalism and unity of all people of Earth, but by the end of the 1970s the rainbow flag's connection with gay pride became generally known in the United States. ![]() Eight-striped (1978) The original gay-pride flag was hand-dyed by Baker. It first flew in the San Francisco Gay Freedom Day Parade on June 25, 1978, by Justin Fox, the lead singer of Last Blue Film. The flag consisted of eight stripes; Baker assigned specific meaning to each of the colors as follows: hot pink - sexuality red - life orange - healing yellow - sunlight green - nature turquoise - magic blue - serenity violet - spirit After the November 27, 1978 assassination of openly gay City Supervisor Harvey Milk, demand for the rainbow flag greatly increased. To meet demand, the Paramount Flag Company began selling a version of the flag using stock rainbow fabric consisting of seven stripes of red, orange, yellow, green, turquoise, blue, and violet. As Baker ramped up production of his version of the flag, he too dropped the hot pink stripe due to the unavailability of hot-pink fabric. Also, San Francisco-based Paramount Flag Co. began selling a surplus stock of Rainbow Girls flags from its Polk Street retail store, which was located in a large gay neighborhood. ![]() Seven-striped (1978-1979) In 1979, the flag was modified again. When hung vertically from the lamp posts of San Francisco's Market Street, the center stripe was obscured by the post itself. Changing the flag design to one with an even number of stripes was the easiest way to rectify this, so the turquoise stripe was dropped, which resulted in a six stripe version of the flag - red, orange, yellow, green, blue, and violet. ![]() Current Rainbow Flag Six-striped (1979-present) In 1989, the rainbow flag came to nationwide attention in America after John Stout sued his landlords and won when they attempted to prohibit him from displaying the flag from his West Hollywood, California apartment balcony. The rainbow flag celebrated its 25th anniversary in 2003. During the gay pride celebrations in June of that year, Gilbert Baker restored the rainbow flag back to its original eight-striped version and has since advocated that others do the same. However the eight-striped version has seen little adoption by the wider gay community, which has mostly stuck with the better known six-striped version. (See the Rainbow 25 website for more information). In autumn 2004 several gay businesses in London were ordered by Westminster City Council to remove the rainbow flag from their premises, as its display required planning permission. When one shop applied for permission, the Planning sub-committee refused the application on the chair's casting vote (May 19, 2005), a decision condemned by gay councillors in Westminster and the Mayor of London, Ken Livingstone. In November the council announced a reversal of policy, stating that most shops and bars would be allowed to fly the rainbow flag without planning permission. Variations Many variations of the rainbow flag have been used. Some of the more common ones include a Greek letter λ (lambda) in white in the middle of the flag and a pink or black triangle in the upper left corner. Other colors have been added, such as a black stripe symbolising those community members lost to AIDS. The rainbow colors have also often been used in gay alterations of national and regional flags, replacing for example the red and white stripes of the flag of the United States. Rainbow colors as symbol of gay pride The basic rainbow flag has spawned innumerable variations. One common item of jewelry is the pride necklace or freedom rings, consisting of six rings, one of each colour, on a chain. Other variants range from key chains to candles. Today many homosexuals and supporters of gay rights often put rainbow flags in the front of their yards and/or front doors, or use rainbow bumper stickers on their vehicles to use as an outward symbol of their homosexuality or support. ***** sebenarnya kawan2, lambang pelangi ini bukan hak mutlak warga senget, malah ia digunakan oleh berbagai organisasi seperti Cooperative Movement dan Peace Movement sebagai lambang mewakili pergerakan mereka. itulah sedikit catatan mengenai Pelangi, lambang kebebasan, kebanggaan dan kepelbagaian warga senget. sekian. source : Wikipedia - Rainbow Flag nguLat ngepost | 12:49 PM | | Monday, August 14, 2006 lokasi : kat rumah nguLat ngepost | 3:08 PM | | Friday, August 11, 2006 ke mana aku? aku ke mana? mana ke aku? jalan2? makan angin? honeymoon? oohhh tidak saje lepak2 takde tempat aku nak lepak kl jugak aku menuju hingga shah alam aku menapak pi tengok pameran hantu ![]() sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam dewan pameran, tetiba rasa seram menjelma. aku disambut dengan suara pontianak mengilai. terperanjat beruk aku. beruk pun tak terkezut camtu. heiii aku sorang ke yang dengar? sebab teman aku steady je.. (garu kepala yang tak gatal). aku berbual mesra dengan brader guard yang ada. aku mintak brader guard temankan masuk ke dalam. almaklum hari biasa orang tak ramai. kosong. jalan masuk pula gelap semacam. kat luar panas dua macam. jadi mata aku buta sekejapan. kekonon tak nampak jalan la. brader guard dengan sukarela mesra memimpin kitaorang ke tempat yang teramat gelap, dah dekat baru nampak ade orang bisik2 intai2. rupa2nya ittew tempat tengok pocong. termangu2 aku kat situ seketika sebab mata aku masih lagi kebutaan. tak nampak pun pocong? mana pocongnya? macam beruk plak kami terngintai-ngintai di sebalik pagar dan cermin gelap cuba membesarkan mata untuk melihat pocong di dalam yang didakwa pocong betul yang telah dipaku pakik. oleh kerana aku bukan orang yang baik, maka mata aku tidak bernasib baik untuk melihat pocong tersebut. kalau dapat tengok kan best. aku suka! selepas hampeh dengan pocong sengal, aku dan teman meneruskan pengembaraan ke dunia misteri jin, hantu, keranda dan dot dot dot. ala rupa mereka sejibik macam dalam paper tu la. kecik je toyol2 ngan jenglot2 yang ada. kerana semuanya comei lote, maka aku cuba menelek sehabis dekat. ada duyung yang mukanya ala2 tak puas hati meneran, ada nyai blorong yang menjadi cover girl untuk tiket pameran, ada juga jin2 menyamar dan menjelmakan diri menjadi kayu kayan dan batu batan. jadi apa pendapat aku bila dah tengok dengan mata kepala sendiri? aku rasa cam tak berbaloi dengan 5 hengget dan perjalanan yang aku buat dari jb ke kl ke shah alam ..$$huhuhu$$.. rasa tak puas hati kerana kurangnya info pada bahan pameran. cubalah citer sikit kat mana tangkap, camne tangkap, camne dipaku, kiranya sejarah bahan pameranlah. kalau sekadar letak tanda nama, lapuk! rasa tak puas hati juga datangnya daripada rasa tak seram. tak seram langsung! kenapa bagi aku tak seram? aku suka kalau ada unsur ngilaian sikit, ada melayang2 sikit (macam rumah hantu kat fun fair la plak), haa barulah berkesan hantu yang dipamerkan bila unsur keseraman menusuk ingatan sampai balik rumah pun masih teringat dan menjadi racauan. lagipula, kepala aku dah disogok dengan berita daripada team seekers yang mendakwa hantu2 tu bukan hantu betul. seekers kata hantu2 tu palsu, hanya boneka rekaan. tu la pasal, aku boleh sengih2 kesengetan. *cakap besaq ek. kang kena sampuk dengan hantu tetek baru tahu* huhuhuuuh jalan jalan tak reti penat singgah makan kat bts jumpa lw di low yat cepat rembat sebelum habis ![]() jika anda senget, belum lagi menonton dan teringin banget nak menonton siri tv senget The L Word, serta berhasrat mengkoleksi siri ini, haa ada satu berita baik untuk korang. aku ada berjumpa lw dari season 1 hingga season 3 yang telah dimampat, dikempis dan dikompilasi menjadi 6 disc dalam satu box set. wah haibattt. oleh kerana aku dah memiliki musim2 tersebut yang dibeli secara berasingan sebelum ini (yang menyebabkan pertambahan ruang dan uang) maka aku hanya mampu mengambil gambo kotak dan menulis reportan ini. sementelah aku dah sampai kat low yat, maka aku telah mengheret sekali teman aku tu sehingga ke anak tangga bergerak terakhir semata2 untuk mengesahkan cerita seorang kawan mengenai kewujudan kedai senget di situ. setelah puas berpusing sampai pening, maka dengan hampehnya aku melaporkan bahawa aku tidak berjumpa dengan kedai yang dimaksudkan. samada aku terlepas pandang, atau tidak cukup syarat tawaf, atau terlalu syiok melilau melihat segala gadget yang ada. untuk pengesahan lebih lanjut, satu siri siasatan lain perlu digubal untuk pengesahan yang sah. sekian reportan dari team sengetians untuk buletin berita basi. ![]() remang senja di kota raya hati gundah teringat dia terima kasih tidak terhingga untukmu teman jauh di mata kenangan terindah semat di dada jadi ingatan selama-lama nguLat ngepost | 9:40 PM | | Sunday, August 06, 2006 i'm away. up up and away! nguLat ngepost | 11:04 PM | | Tuesday, August 01, 2006 ![]() Mine immaculate dream made breath and skin I've been waiting for you Signed with a home tattoo happy birthday to you was created for ya Can't ever keep from falling apart at the seams Can't I belive you're taking my heart too pieces Oh, it'll take a little time might take a little crime to come undone now We'll try to stay blind to the hope and fear outside Hey child stay wilder than the wind and blow me in to cry Who do you need who do you love when you come undone Who do you need who do you love when you come undone Words playing me deja-vu like a radio tune I swear I've heard before Chills is it something real or the magic I'm feeding off your fingers Can't ever keep from falling apart at the seams Can't I believe you're taking my heart to pieces Lost in a snow filled sky we'll make it alright to come undone now We'll try to stay blind to the hope and fear outside Hey child stay wilder than the wind and blow me in to cry Who do you need who do you love when you come undone Who do you need who do you love when you come undone Who do you need who do you love when you come undone (Can't ever keep from falling apart) Who do you need who do you love When you come undone (can't ever keep from falling apart) Who do you need who do you love (can't ever keep from falling apart) Who do you love when you come undone (can't ever keep from falling apart) || Come Undone - Duran Duran || nguLat ngepost | 5:58 PM | | |
.aku senget
.kroni .layan jiwang
.meh borak .arkib negara
+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+
.spot lepak
+sekapal+ .port senget
+AfterEllen+ .shukran
template by +Lonelyger+ |