![]() |
|
|
Friday, September 29, 2006 motif utama edisi siat-siat jalan maka kedapatan kajian ialah mana boleh buat camni kalau abah pun ade........ kesimpulan ayat baik (sumber: Pendapat Utusan Malaysia 28 Sept 06) simpulan sampai kapan tak tersimpul last but not least, aku pemandu pompuan yang berhati-hati mulia lagi cekap! hahahaha (masuk bakul angkat sendiriler. dah orang lain angkat tak leh. gendut dong) nguLat ngepost | 3:51 PM | | Saturday, September 23, 2006 Hai awk! Apa kabar? Selamat bpuasa sya ucapkn. smlm sya selongkar laci tjumpa suma kad2 yg penah awk anta. tsentuh btl hati sya tika baca kad2 tu! sya yg bodoh x tau nk hargai ksetiaan awak! bila diingatkn kembali sya mnyesal x setia pada awak! tgk skang dia plak tgglkn sya dn x setia! dgn dia sya rugi segalanya! dia kikis sya dn dh dpt apa yg dia nak, dia tgglkn sya! mcm nk giler dbuatnya! baru sya sedar dia hya bpura2 shj, klu x krn dia sya takkn tpisah dgn awak! xpe dah nasib!terima sms ni pagi tadi. dari mantan kekasih aku. citer tok kadok dah 3 tahun lebih pun. dulu, masa darah muda mencanak, agak sukar juga aku nak terima hakikat bahawa aku akan kehilangan dia atas sebab curang. walau berjuta kali aku nafikan habit curang mencurangi dia, yang dapat aku hidu selepas 3 bulan kenal, everytime aku dapat bongkar, aku dengan edisi siasat aku, walau hati bagai dibelah, walau jiwa ku jadi kacau, walau bagai dihiris2, aku tetap maafkan dan aku terima dia balik. tak sanggup kehilangan. berangan sesama ke tua bagai nak rak. setia tak henggat. bak kata orang, penchenta agung. begitulah aku waktu itu. konon la. penangan chenta pertama. sekarang dah tak terkenang dia lagi. tiada lagi bertahta di hati. walau banyak juga kenangan terindah bersama dia, yang kalau diingat, boleh membuai perasaan, menyemai kesyahduan, bermain di mata, terngiang di telinga, tapi hakikat sudah terang lagi nyata, yang telah terjadi tetap terjadi. masing2 dah terima pengajaran. masing2 makin dewasa. luka itu telah sembuh. kami pun tak bermusuh. sekarang, aku cuba menjadi yang terbaik untuk Dia. walau kenkadang aku poyo dan hampeh. walau terasa sengat romantika ku makin pudar. untuk Dia yang ku sayangi.. Dia telah menentukannya Ahlan Wasahlan Ramadhan Al-Mubarak. Selamat Berpuasa. nguLat ngepost | 11:21 PM | |
nguLat ngepost | 10:47 PM | | Wednesday, September 20, 2006 ini adalah aksi akak Ellen menumbuk guna lesung mak2 kita waktu Jamie Oliver jadi tetamu dalam The Ellen DeGeneres Show. akak ellen punye talk show la. lawak giler akak ni. paling gemar, tengok akak ellen punya baju2an. very der taste. kat mana tengok? ch5 spore. hehe ![]() ![]() ![]() * erk. cantiknya gambo2 awak cik uLatttt...! ** nengok gambo gath. bisa sengih memanjang...... *** nunggu pilem gath. pasti giler terkekek bak itek jalan bunyi rimau. huhuh nguLat ngepost | 5:30 PM | | Monday, September 18, 2006 berbulan2 aku tunggu dua tarikh keramat ni. pertama, ulangtahun tak sangka rupanya dah satu-ribu-sembilan-puluh-lima hari kami bersama. masih menjalani hubungan jarak jauh. ldr omputeh kata. walaupun taklah berapa jauh sangat, tapi masih boleh dibilang dengan jari berapa kali je kami jumpa dalam sebulan. paling kureng sekali, paling haibat 3 kali je berjumpa-jumpaan. walaupun tak selalu, syukur jugak dapat bertemu. walaupun tak selalu, berhari2 jugak berdua-duaan. pada waktu yang sama hujung minggu itu ada gathering dengan kawan2 senget. mulanya aku seriau sebab tarikh gath ni bertembung dengan event penting opis yang tak abis2 penting. oleh kerana aku pekerja yang very der keras hati, aku memilih nak jugak pegi gath sebab tarikh gath yang datang dulu dalam diari aku (boleh meleleh kalau tak dapat pegi, huahaha). penin jugalah kapla hampeh haku memerah hotak camne nak larikan diri, camne nak tukar keje, camne nak pegi gath, camne camtu, camne camni.. tapi akhirnya syukur, perjalanan hujung minggu aku dipermudahkan. maka kami berdua menghabiskan masa menyambut anniversary bersama kawan2 sesengetian dengan aktiviti2 menyeronokkan dan gelak ketawa tak hengat bagai. walaupun ada ketika aku malu2 ke-rimau-an nak bukak mulut dengan sesetengah forumer (aku penyegan. blueekk!) tapi diorang sumer haibat2 belaka. bertambah dengan aktiviti gegelak tak hengat, buatkan ais2 beku mencair bersama lelehan air mata kegelian. sungguh happening beb! sampai demam aku hari ni. hilang sore lagi. hahah.. ![]() saya gembira tiap kali sayang di sisi asalkan sayang bahagia, saya pun bahagia asal dapat tido peluk saya pun dah bahagia - Dia nguLat ngepost | 2:26 PM | | Friday, September 15, 2006 selamat hari jumaat. nah tiba juga hujung minggu yang dinanti berbulan2. juga hujung minggu terakhir bersukaria sebelum kunjungan bulan barakah. lautan manusia bakal bergerak ke sana sini. memacam program telah diatur. begitu juga opis aku. syukur aku terlepas daripada seksaan diorang! huahaha.. aku akan merantau ke satu tempat misteri. sungguh misteri untuk diketahui. pada korang yang meneruskan langkah2 gumbira dengan roda2 motokar, satu pesanku wahai kawan, simpanlah sampah2 kunyahan korang sebelum tiba di tong 'gunakan saya'. korang bukan budak2 kecik buang sampah merata2 hatta atas jalan raya sekalipung. malulah sikit beng. +syarahan ini ditaja oleh sampah sindiran berhad+ FLASHBACK tujuh gadis riang ria baru kembali dari puncak keriangan. empat daripadanya menaiki sang kancil bijak bestari iaitu gadis Jelita, gadis Inspektor, gadis AnneyMastura dan si uLat bebel. maka bergeraklah mereka meredah hutan batu menuju ke puncak lepak pula. dalam perjalanan, si uLat bebel merangkap tukang bawak keta telah ternampak gumpalan sampah bertaburan di atas lebuhraya indah. lalu terpacullah kata2 poyonya, "aku benci betul orang yang suka buang sampah kat atas jalan. diorang ni tak boleh ke simpan sekejap sampah tu, sampai kat rumah ke, opis ke, r&r ke.. pengor...!" . . . to be cont.. (aku nak pi jenjalan plak. daa..) nguLat ngepost | 3:38 PM | | Tuesday, September 12, 2006 seranah ini melibatkan orang hidup. memang benar masih bernyawa. tapi tak tahulah kalau tetiba dah takde. maaf jua dipinta. apapun, jika tidak mahu dosa mata dosa baca hati hitam jiwa kacau, maka pandai2 ler cari jalan keluar terdekat yea. baru2 ini (takdelah baru sangattt), atas maklumat yang diberikan oleh sorang sahabat jauh di mata, juga prihatin lagi bijaksana, maka telah memaklumkan satu berita yang menggeletik jiwa raga. uiks sensitif tau raga senget nih. juga membuat aku melatah kegeraman. menyampah benor pun ada. hal ini melibatkan nama harum wangi seroja perkumpulan orang2 senget. oit apalah yang ko bebel takde hujung pangkal ni. ekceli lama aku bertapa memikir samada wajib ka atau harus ka atau sunat ka atau haram ka aku menguar-uarkan kenyataan ini. namun apabila kepedulian itu hadir, maka aku yang kepoh lagi kaki latah menghebohkannya. wokey sila baca ni dulu.. (tarik nafas pepanjang......) Anonymous said... tak payahlah aku bagitahu dari mana aku dapat iklan percuma ini. cukuplah dengan mengatakan aku suka melawat kawasan itu untuk membuka minda, lagipun tuan punya tak bersalah, suka baca untuk menerangkan hati kotor ini kerna aku bukan manusia sempurna, suka dengan cara tuan punya berkarya bila banyak cara lain sudah basi gaya, tapi tak suka gilerrrr dengan pelawat tak bernama lagi pengecut giler! hangin satu badan aku. ni memang kerja orang pengecut. berani lempar batu tapi sembunyi tangan. berani heboh tapi penakut bubuh nama. tak pengecut gelarannya? kalau berani cakaplah depan2. bantailah sendiri. tak payah cari orang tengah untuk pulang paku buah keras. dogol. sapalah manusia bingai lagi bangang tu. dengki sangat benornya. orang tak usik hidup dia, jadi tak payahlah usik hidup orang. nak jadi hero gamaknya. tak pun heroin mithali terbaik. tak payahler sibuk2. lebih baik selak kain sendiri, ntah2 banyak kurap yang tertanam. ntah2 si bingai ni jeles tak? jeles dengan keharmonian hidup orang. mungkin juga si bingai ni sakit hati kerana awek dia lari pada orang2 ni. tercabar kejantanan la kononnya. tulah, gelojoh sangat, sapa suruh. tak pun jiwa kacau sebab tak boleh masuk mengacau, asik kena reject je, maka dia pun jaja dengan harapan ada orang yang akan menyerang orang2 ni. sekaligus terbalas rasa dengki. pirah mabuk. wahai samdol. jika ko jantan keparat, maka wajiblah ko melawat forum serta blog sekaum dengan ko yang terang tak guna suluh bercengkerama dan tidak malu-malu menceritakan kehidupan seks mereka. bantailah kaum keparat ko dulu, jika mereka dapat ko bantai, salute. oit samdol, bagitahu aku tang mana celuparnya mulut pompuan2 ni tak reti tutup citer hal dalam kain? sebusuk bau senget kami, kami tahu melapik kata menutup rahsia. setahu aku si jantan keparat walaupun akalnya sembilan nafsunya satu tapi tang satu tulah payah tak terjaga sampai digelar perogol. setahu aku juga jantan keparat selalu teruja bangat dengan pompuan senget. macamlah kami lapar nafsu. bingai. wahai samdol. jika ko sekaum aku, jika ko selama ini jadi ratu bisu bermaharajalela dalam itu perkumpulan senget, maka wajiblah ko mengundurkan diri. buat apa ko menyibuk. tak paham aku. musykil. ko kepoh amik tahu tapi dalam masa sama ko homophobic tak henggat. bukan ke itu buat hati ko bertambah sakit. hati busuk. oit samdol, rumah mana tak bersampah? walaupun ko dah buang semua sampah2, ko dah sapu, mop kasi wangi, tapi debu tetap wujud belum tentu dapat ko gilap licin. sungguh akalmu singkat jika kehidupan seksual aje ko utama pertikai. lihat dengan mata hati jiwa. bukan tuduhan melulu ko simpulkan. aku bukan nak pertahan macamlah si senget ini bagus sangat, macam tak bersalah, macam tak tahu dosa. untuk pengetahuan sedara sedari baik budi lagi besar jiwa mahu lihat yang senget ditegakkan, kesedaran orang2 senget mengenainya sangat tinggi jadi tak payah ulang lagi. berbuih. aku bersuara begini juga bukan tanda tak boleh diusik. kacaulah, usiklah, bantailah. tapi jadilah orang berani bantai, berani bersemuka. jangan buat2 tak tahu diri sendiri juga penuh dengan noda. ibarat kata bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di muka tidak sedar. sungguh termengkelan rasa di hati angkara manusia tidak bernama sungguh kemaafan aku huluri kita hanyalah insan biasa nguLat ngepost | 10:16 PM | | Sunday, September 10, 2006 kabare sumer? wes mangan? sungguh berzaman aku biarkan laman ini bersawang. sampai kulat beranak pinak dek tak dijaga. banyak benda berlaku sepanjang 10 hari membisu. juga macam2 karutan terbazir camtu sahaja dibiar karat dalam otak. dulu semasa membina impian, sebelum adik aku 'kokak' kan pc aku, saban waktu aku berangan akan rajin menarikan jejari, akan menjana karutan yang bisa meruntun perasaan dan membangkit angan, akan mudah aku menjaga wadah inspirasi kesayangan ku ini, dan bermacam2 akan itu akan ini. tapi setelah impian di genggaman, akan itu akan ini dibiar sia2. sungguh aku durjana. sungguh aku gembira kerana dapat menonton g&g the series sepenuhnya tanpa gangguan dan boleh bukak sore tv kuat2. yuhuuuuu..! ![]() beli original yea kawan2. ;) sungguh aku ceria juga kerana minggu ini jumpa Dia, abiskan masa bersama, makan bersama, golek bersama, tengok tv bersama, jalan2 bersama, berkereta bersama, cari uban bersama, gumuk bersama, dapat pi ngumpul sesenget minggu depan pun bersama... bestnye bila bersama. tapi bilalah nak tinggal bersama? berkurun sangat dah ni jarak memisah untuk hidup rumahtangga bersama. untuk tua sesama. sungguh sedang asyik melayan.. Aku memang pencinta wanitajom koroke dong.. sungguh aku pencinta wanita, jadi apa ko peduli, buaya durjana juga homophobic, berambus nyah usah sibuk jaki.. sungguh aku pencinta wanita, masih dok dalam lemari, kaki ngolek citer2 senget, cari kawan2 senget, apa jua yang menyenget, asal aku tak jadi mereng.. aaa.. pencinta wanita.. pencolek wanita.. pengganas wanita.. sungguh aku bersengkang mata di tengah malam buta macam ada bola pula gara2 filem sesuku senget bernama Possession di remote punat nombor tiga stesen televisi malaya. sungguh ia meneruja buat aku gembira berjaga walau pepagi buta kena mengadap kerja di hari minggu ahad jadi ceria. sungguh aku akan mencari filem ini kerna sungguh meruntun hati meracun kalbu mengganggu fikiran menjelma khayalan. buat aku sengih juga keriut bermonolog, "eh dia la.. tak perasan tadi.. ha betullah Imagine Me & U.." ![]() ade tengok? u.L - sungguh rasa aku sahaja yang peduli, orang lain? nguLat ngepost | 11:18 PM | | |
.aku senget
.kroni .layan jiwang
.meh borak .arkib negara
+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+
.spot lepak
+sekapal+ .port senget
+AfterEllen+ .shukran
template by +Lonelyger+ |