Monday, October 30, 2006

salam sejahtera & salam 'duit' raya

isi kandungan Kosmo semalam sangat menarik. galak aku membacanya sambil tersengih kesengetan. habislah speku memanjang.

alhamdulillah. raya tetap indah. walaupun rasa kehilangan yang amat. bagai satu lompang besar. sampai bila2 takkan sama. hanya kenangan pengubat duka. redha.

simple je juadah tahun ni. soto. tiada ketupat, burasak, lodeh dan rendang bagai. makan apa yang ada. rasa bila bertandang ke rumah sedara. lima hari aku gasak soto. sampai kembang tekak aku cari mekD plak. lega.

keje sepanjang raya. aku tak kisah beb. dah tanggungjawab. tapi bila 'diorang' naik keje ari ni, baru senang lenang nak cuti, kena plak bambu semacam. tensen. sakit siot. kenyataan yang pedih. telan jelah.

belum lagi beraya dengan Dia. minggu hadapan kami merancang. nak tengok Bilut bersama. esok mungkin lepas penuhkan perut di open house sorang kawan, sahabat aku kat sini ajak nonton Diva Popular pula. tak minat sebenarnya. tapi bo jelah.

hei sahabat kat kl. bila open house aka parti pemanasan global korang? habaq awal2 tau.



nguLat ngepost | 11:40 PM | |

Friday, October 20, 2006


hari raya hampir tiba. tak sah kalau tak ucap selamat hari raya, berhati2 di jalan raya sambil dengar lagu raya pakai baju raya makan kuih raya, juga ayam raya, daging raya, ketupat raya, segalanya raya. haiyaa raya jangan tak raya!

macam biasa inilah ucapan raya aku tahun ni..

tahun ni banyak cabaran, kalutan dan kepohan. maka, dengan rasa penuh keikhlasan, aku mohon jutaan kemaafan, kepada korang yang terbaca dan termasuk blog ini, andai dalam repekan dan karutan, dalam keributan dan jerebuan, ada patah bicara yang mengguris hati nurani, mengusik kenangan dan perasaan, mahupun tersentuh dan berjauh hati. aku hanya insan biasa yang obses dalam dunia ciptaan sendiri. tulus maaf aku pohonkan.

kepada sahabat handai, jauh dan dekat, di seberang di tanahair tercinta, dah bertemu muka mahupun kenal bertahun tak jumpa2, dalam bergurau senda dan bergeletek sakan, andai aku terkhilaf, mohon maaf zahir batin ek korang. halalkan segala makan minum tu, tertumpang mana yang aku tumpang. lepas ni nak tumpang2 lagi, nak ngusik2 lagi, nak bergurau senda lagi dan lagi dan lagi...

tak lupa kepada kenalan yang baru mengenali aku yang poyo ini, terima kasih atas salam perkenalan yang dihulurkan dan menerima salam aku kembali. maaflah kalau kadang2 aku macam tak terlayan, macam tak mesra, macam banyak emas kat mulut, ketika berbual kat mana2 tuh. ekceli aku ni mesra orangnya, tapi agak sengal, malu rimau dan ada orang kata aku ni 'skema'. selamat berkenalan dengan budak skema.

ada beberapa kenalan yang dah lama tidak bertegur sapa, korang walaupun jauh dimana2 tapi tetap dekat kat hati aku. tiada tembok pemisah antara kita. ikhlas dari aku yang jauh jarak kat selatan ni.

akhir kalam, selamat berhari raya. moga puasa kita sempurna untuk beraya dengan sempurna.



nguLat ngepost | 1:25 PM | |

Wednesday, October 18, 2006

kad raya dari Dia..

terima kasih kerana memberi aku merasa cahaya cintamu. kerana cahaya cintamu amat berharga padaku. semoga kasih ini mekar selamanya hingga ke akhir hayat kita berdua.


kau dan aku tercipta cinta kita berdua
dihatimu adakah cinta itu..


sayang,
setiap saat, setiap detik kau selalu dalam ingatan. tanpamu hidupku takkan seindah ini. kehadiranmu amat berharga bagiku. 3 tahun kita bersama, kasih ini semakin mendalam menyayangi dirimu. dikaulah pelita dalam hati ini menerangi setiap kegelapan hidupku. cahaya cintamu mekar dalam hatiku selamanya.....


u.L - macih cayang aka minah jiwang. muah! :P



nguLat ngepost | 11:00 PM | |

Sunday, October 15, 2006

kelmarin aku ada bertanya, ada apa dengan tujuh nafas? pada entry Tujuh Nafas Lagi, lagu terbaru nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh M. Nasir. pada mulanya aku menganggap lagu ini adalah gambaran perasaan cinta manusia sesama manusia yang disampaikan dengan penuh simbolik. rasa cinta hebat bersama lirik bombastik. maka aku menyanyi2 riang kerana liriknya seakan ada kaitan dengan cinta terlarang ini. tafsiran mudah.

walaupun begitu, ada beberapa bahagian dalam liriknya yang mengelirukan aku. contoh mudah ialah apa kaitan tujuh nafas dengan cinta manusia. apa maksud tujuh nafas dalam lagu ini? satu lagi lirik ini 'persoalkan kekuatan batinku'. macam menjurus pada hubungan intim pula. sesungguhnya akal dan pengetahuan aku singkat untuk menghurai dan memahami.

hari ini aku mula memahami lagu ini dari sudut lain. terima kasih kepada andre yang sudi berkongsi info ek. aku pun ingin berkongsi info yang sama. sememangnya M. Nasir terkenal dengan lagu2 yang memerlukan pemahaman mendalam terutama pada lagu2 yang diterbitkan untuk album beliau sendiri. beliau banyak memasukkan elemen falsafah berunsur kerohanian dan keagamaan, kadang2 berbentuk sindiran sinis menerusi karyanya selain daripada mencipta lagu2 rock kapak dan tangkap cintan yang banyak disumbang untuk penyanyi2 tanahair.

berbalik pada lagu Tujuh Nafas Lagi, perspektif aku berubah apabila membaca pendapat seorang blogger ini menerusi 2 entrynya ini (klik untuk baca) Prettyfit1 dan Prettyfit2. menurutnya,
seven breaths actually refers to the usual term used by sufis to express their last breaths before death. contrary to its upbeat rythm "broadway like" the song tells a story of the feeling one is having as he is nearing death, it may not be necessarily be at his deathbed (because death is in fact never far from us), it can also refer to a feeling at the highest of divine relationship with God where sufis would refer it as "die before you die" where when you get to that stage, nothing else matters except Him, you are as good as a dead man. The person is feeling Oneness with HIM in his Dzikir and that he is surrounded by HIS love and is ready to end his life journey to go back to HIM for he has been longing to be with HIM.
untuk pemahaman yang lebih mendalam, beliau telah menterjemah lirik Tujuh Nafas Lagi ke dalam bahasa Inggeris dengan tajuk On My Death Bed.

Inikah dia
Yang kuimpikan
Dalam lambaian firdaus
Kali ini kuharapkan
Bukan fatamorgana lagi

I am on my deathbed, is this the feeling I should be having,
I can see and feel the heaven; which I hope is not just a mirage.
Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha
Hati hamba dah sedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi
Its this fight inside of me not to die
But we (YOU and I) both know its a fact that we have accepted
I am now ready to go
My journey is left with only seven breaths
Sepertimu
Aku juga pernah persoalkan kekuatan batinku
Dalam seribu kekalutan kucinta
Dalam sejuta resah kucinta jua
Dalam mimpi ngeri kulihat cinta
Dalam rasa paling rendah kuangkat cinta
Just like all of you
I have doubts about the strenght of my inner soul
But in in all my unrestlessness I feel love (His Love)
In all my nervouseness I can still feel love (His Love)
Even in my nightmares I can still see love (His Love)
Even in my weaknesses I try to uphold love (Love for Him)
Rinduku bukanlah murahan
Jika mahu dianggapkan mainan
Kau tanya bilangan namamu kusebut
Jawapnya hanya sekali nafas tak terputus
I long for you Ya Allah
and I'm saying it just not for the sake of saying it
YOU ask me how many times do I utter (remember) YOUR Names
Its endless Ya Allah because in just one breath the chain of your names are endless (inside of me)
Cintaku yang kumaksudkan
Seperti buih-buih di bibir lautan*
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput selamanya

My love for YOU Ya Allah
is like the foams at the lips of sea
spreading over my body
like a memory that never fades.....
pengetahuan aku tentang sufi hanyalah 0.00001 peratus. oleh itu aku tak mampu dan jahil untuk menghurai apatah lagi mempunyai pandangan seperti ini. aku hanya mampu mengiyakan kebernasannya. walaupun adakala keliru juga dengan lagu ini yang berentak rancak, yang sangat berbeza dengan maksud tersiratnya.

apapun, setiap detik dalam hidup kita sebenarnya kita sentiasa belajar sesuatu yang baru. menerusi lagu juga kita boleh menambah ilmu. terutama lagu2 seperti ini, yang penuh kiasan dan mengundang seribu tafsiran. tafsiran yang positif tentunya. kalau M. Nasir sendiri dapat memberi huraian dan menghilangkan keraguan pada pencinta seninya pun bagus juga.



nguLat ngepost | 9:01 PM | |

Thursday, October 12, 2006

# joget bubur terrrlambak


ade orang tu teringin bangat nak makan bubur lambuk. tapi oleh kerana awak tu jauh sangat, maka awak amik bau2-gambo-bacang jelah yea (aku yang dengki). kuikuikuikuihhhhhraya!

bulan puasa ni kalau tak dikaitkan dengan bubur lambuk tak sah ek. maka opis aku tahun ini sekali lagi mengadakan amal jariah (dengan tajaan semestinya) untuk orang ramai dengan mengadakan pesta bubur lambuk berperiuk2 banyaknya. hari ni aku turut sama merewang, ngupas bawang, menyibuk aka mandur juga mengayuh aka mengacau bubur seperiuk.

haa gambo bubur lambuk dalam periuk besaq kat atas tu, yang boleh muat aku gedempol kalau ade bubur lambuk daging manusia (uiks tak selera nok!) adalah periuk yang aku dok kacau keamanannya. nyempat lagi ek posing amik gambo. nampak aku tak? ala aku yang bergaya di celah-celah kehidupan kayuh sampan tuh. nampak tak? kalau tak nampak, tak lama la tu, memang tak lama lagi nak raya. huahehehe..

adehhh bahangnya dok tepi periuk ni mak aiii, boleh terbakar bulu2 badan dan jugak lemak tepu kalau hari2 aku mengayuh sampan. sampai berpeluh ketiak haku. sib baik tak menjejes dalam bubur ittew. kalau tidak musti bertambah enak. yummy!



# ngidam


  • aku ngidamkan ayor ni. ayor batu hancur + cokelat + kopi omputeh.


  • tapi aku maleh nak parking keta dan merayau dalam emporiom memalam buta.


  • kalau ade drive-thru kan besh.


  • wah dasat sungguh selera mak cik buncit kan di bulan poser.


  • maafler asik citer makan. bagai terasa2 ayornya di tekak gabakku.


  • padanlah aku..... dengan kisah di bawah... adeh.




  • # 65

    1 ramadhan ---> 65

    10 ramadhan ---> masih 65

    19 ramadhan ---> hari ni. jarum 65 kata 'setia ku di sini'. kenapa tak turun2 la? arghhh!!

    1 syawal nanti ---> lemak tepu kian naik..kian berat..kian tak hilang..




    aku yang kehilangan
    dalam diri sendiri
    terkurung dalam lemak tepuku...
    sob sob
    sadisss



    nguLat ngepost | 10:34 PM | |

    Tuesday, October 10, 2006

    17 Ramadhan 1427h

    lebih setengah bulan puasa. selalunya waktu ni persiapan untuk Syawal dah dimulakan. lagu raya untuk menambah semangat raya pun dah berkumandang. tapi bagi aku, raya tahun ni dah hilang serinya. malah masa puasa ni pun. tiap kali bersahur dan berbuka, aku pandang kerusi kat meja makan yang selalu jadi port arwah adik. sunyi je. dah takde orang buat kuih cornflakes madu paling sedap, buat cake coklat, buat cooked mee, jadi orang paling sibuk beli itu ini.

    masa hayatnya, masa adik kerja di kl, dialah yang paling rajin buat persiapan raya. belikan baju raya untuk aku, mak, si bujang dan abah. baju2 tu atau apa sahaja kain adik bawak balik, semuanya import dari area masjid india dan jalan tar. selalu jugak buat bisnes jual kain dengan mak buat kawan2 mak.

    tahun ni, masa kali terakhir adik balik jb, sebelum adik pergi buat selamanya, siang2 adik dah bagitahu kat mak yang dia nak belikan baju raya untuk abah dan kitaorang. dah tanya nak kaler apa. masa tu akhir bulan empat tak silap. ermm tak sempat hajatnya ditunai.

    setiap hari aku ingat kat adik. tiap malam sebelum tido musti terbayangkan adik. maka melelehlah airmata kerinduan. gembeng. dan tiap kali aku teringat akan satu kejadian misteri yang berlaku dalam bilik aku pada petang arwah adik dikebumikan, maka rindu itu makin kuat dan mendalam. misterinya kejadian itu, hanya Tuhan yang tahu. kebesaranNYA. harapanku, kejadian itu petunjuk bahawa adik aman di sana. amen.

    17 Ramadhan. Nuzul Quran.



    nguLat ngepost | 11:22 PM | |

    Thursday, October 05, 2006

    Tujuh Nafas Lagi
    - M. Nasir


    inikah dia
    yang ku impikan
    dalam lambaian firdausi
    kali ini ku harapkan
    bukan fatamorgana lagi

    jiwa lama bersengketa
    sedang hakikatnya kita sama2 redha
    hati hamba dah sedia
    perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi

    sepertimu, aku juga pernah
    persoalkan kekuatan batinku
    dalam seribu kekalutan ku cinta
    dalam sejuta resah ku cinta jua
    dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
    dalam rasa paling rendah
    ku angkat cinta

    rindu ku bukanlah murahan
    jika mahu dianggapkan mainan
    kau tanya bilangan namamu ku sebut
    jawabnya hanya sekali
    lafaz tak terputus

    cinta ku yang ku maksudkan
    seperti buih-buih di milik lautan
    seperti nafas yang meresapi badan
    seperti kenangan yang tak pernah
    luput selamanya


    /me syukur masih bernafas...
    //me ada apa dengan tujuh nafas??



    nguLat ngepost | 11:25 PM | |

    Tuesday, October 03, 2006



    sejak kebelakangan ni aku teringin banget nak makan gula kapas. terasa gejolak nafsu nak menjamahnya tak dapat ditahan2. tulah, banyak sangat ngadap tv. ntah program apa aku terrrtengok, yang pasti kelibat kanak2 riang bersama gula kapas terbayang2 dalam kepala hotak haku.

    agak lama jugak aku tak merasa gula kapas. itu antara punca tetiba haku mengidam bak mengandung bunting gajah gamaknya. jadi bila aku ke giant petang tadi, mata terus tertumpu ke arah stall gula kapas yang menyambut kedatangan aku di depan pintu giant. wah macam tahu2 je ade orang mengidam. sampai je tup tup berada kat depan mata. tak payah mencari bagai. walaupun nafsu aku teruja meronta, tapi aku taklah gelojoh sangat. bukannya buleh makan segera. kan puasa. maka aku tinggalkan ia di situ. takkan lari gunung dikejar (memanglah ia tak lari..cuma abis je). hehe

    aku sudahkan dulu hajat utama ke giant iaitu sesi berbelanja barang rumah, sensorang. selesai je bershopping sakan, sebelum tiba di keta, aku singgah berjumpa dengan gadis penjual gula kapas. bukan untuk mengorat gadisnya, tapi nak mengushar gula kapas yang paling cantik di pandangan. ermm harga gula kapas skang ni boleh tahan mahal gak yea. satu hengget enam ploh sembilan sen, harga gula kapas ku yang besarnya tak sebuncit perutku. dah abis pun ku santap tadi.

    uish masa kecik2 dulu murah giler rasanya. yelah mana boleh dibanding dengan harga zaman sekarang. plus harga RM1.69 seng ittew tentu sahaja bersangkut-paut dengan isu gula pasir yang lebih hangat daripada biasa, krisis yang berlarutan berbulan2 sudah. malas dah nak komen hal gula gomen ni. buat sakit mata baca, sakit otak pikir, sakit jiwa kacau.

    oh yea pada yang terlupa, gula kapas diperbuat daripada gula pasir yang sudah bercampur dengan berbagai warna dan perisa. untuk cara2 buat pulak, tanyalah gadis penjual bunga gula kapas yek.

    okay aku nak menggodek tenet jap...... owh harga gula pasir sekarang menurut gomen, bagi gula kasar RM1.45 dan bagi gula halus RM1.55, ittew harega di semenanjung mesia dan kawasan2 yang tidak melambung2 kan nya! wah harega gula kapas yang ringan cantik manis tapi cepat kecut ittew lebih mahal daripada harega gula kasar dan halus mulus. aku bagaikan menyantap sekilo gula pasir rupanya. dahlah sekelip mata hilang di mulut dan manisnya mak oiii! malah takde kenyang pung. haruslah kencing ku manis berzaman.....!

    tobat! lepas ni jangan! jangan tak beli lagik. muahahaha



    nguLat ngepost | 11:17 PM | |

    Sunday, October 01, 2006

    selalu juga ruangan luahan rasa, kemusykilan atau soal jawab agama baik di akhbar2 mahupun majalah2 tempatan dijengahi warga senget yang ingin mendapatkan kesahihan dan kepastian tentang perasaan sejenis masing2. namun hari ini sebaliknya. seorang ibu yang prihatin dengan tingkah laku anaknya menyatakan kegusaran beliau dalam ruangan 'anda Musykil Dr Masyitah jawab' yang tersiar dalam akhbar Harian Metro, Ahad 1 Oktober 2006.

    - Soalan -
    Saya mempunyai anak gadis berusia 27 tahun. Empat tahun lalu anak saya bertunang selama tiga bulan sebelum ia putus. Sekarang anak saya berkawan dengan seorang gadis yang sebaya dengannya. Gadis itu seorang tomboy.

    Apabila gadis itu datang ke rumah, mereka sentiasa di dalam bilik. Satu hari saya ternampak mereka bermesra seperti lelaki dan perempuan sambil berpelukan.

    Saya bingung memikirkannya dan tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Apakah tindakan yang perlu saya ambil untuk atasi masalah ini? Saya risau apabila memikirkan perkara ini. -IBU GELISAH, Kedah

    - Jawapan -
    Fenomena lesbian atau wanita berasmara sesama wanita adalah sesuatu di luar tabii. Ia mesti dikawal kerana hukum agama mengatakan ia berdosa dan begitu juga naluri manusia sendiri menentangnya.

    Sebagai ibu, jika sudah mengetahui masalah ini wujud dalam rumah, puan mesti menentang kemungkaran yang berlaku. Panggil dan bersemuka dengan anak untuk berbincang dan jelaskan keadaan padanya.

    Kehadiran si gadis tomboy dalam bilik anak serta bercumbuan pula mesti dihalang dengan segera. Ibu mesti ada kuasa untuk menghalang perkara ini berlaku di dalam rumah. Kemungkinan kecewa akibat putus tunang tempoh hari memberi sedikit kesan sehingga dia mencari orang yang memahaminya.

    pandai2 lah menutup rahsia cinta di depan keluarga. mereka tahu walau buat2 macam tak tahu. rasa musykil dan sifat ingin tahu mereka tetap wujud menggunung2. walaupun penah bertunang, berkahwin, bercinta dengan lelaki bagai (seperti kes anak Ibu ini), bukti itu dah tak berguna. apatah lagi si bujang trang tang tang. bertambah musykil kalau kelakuan2 pelik terlihat oleh mereka dek kerana asyik masyuk suka suki bercinta. kalau keluarga sporting, jenis aiman tak kisah, tak mengapalah. tapi tak semua keluarga macam gitu kan?



    nguLat ngepost | 10:33 PM | |

    di bawah lembayung pelangi

    a member of the

    SengetianS


    skodeng



    +December 2003+
    +January 2004+
    +February 2004+
    +March 2004+
    +April 2004+
    +May 2004+
    +June 2004+
    +July 2004+
    +August 2004+
    +September 2004+
    +October 2004+
    +November 2004+
    +December 2004+
    +January 2005+
    +February 2005+
    +March 2005+
    +April 2005+
    +May 2005+
    +June 2005+
    +July 2005+
    +August 2005+
    +September 2005+
    +October 2005+
    +November 2005+
    +December 2005+
    +January 2006+
    +February 2006+
    +March 2006+
    +April 2006+
    +May 2006+
    +June 2006+
    +July 2006+
    +August 2006+
    +September 2006+
    +October 2006+
    +November 2006+
    +December 2006+
    +January 2007+
    +February 2007+
    +March 2007+
    +April 2007+
    +May 2007+
    +June 2007+
    +September 2007+
    +October 2007+
    +February 2008+
    +March 2008+

    +sekapal+
    +lilylotus+
    +blue+
    +zaffey+
    +yatt+
    +payid+
    +elenaoz+
    +nasik+
    +isrockstar+
    +jj78+
    +asya+
    +dyke+
    +rozek+
    +afy+
    +th3undefined+
    +jL+
    +laut+
    +eid+
    +fdb+
    +froggie+
    +armz+
    +fiq+
    +shajime+
    +elsilver+
    +armie+
    +shay+
    +han+
    +arD+

    +AfterEllen+
    +Sengetians+
    +WWLW+
    +Butches Inc+
    +for PLU+
    +Pink Lemonz+
    +Les Worlds+
    +Queer Filter+
    +PlanetOut+
    +The L Word+
    +Queer Jihad+
    +Fridae+
    +Al-Fatiha+
    +Herstory+

    template by +Lonelyger+
    hosted by +Blogger+



    Listed on Blogwise

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?


    Free Web Counter