![]() |
|
|
Wednesday, November 29, 2006 ![]() hari ini hari jadinya telah 58 tahun menghirup udara di bumi bertuah ini namun kini dia kaku terlantar menanggung kesakitan dalam lena yang panjang hanya talian hayat menyambung nafas menjadi nadi kehidupan dan wayar2 berselirat menyucuk tubuh tiada reti membantah dengan ditemani segala macam jenis ubatan.. memandang sudahlah berat apatah menanggungnya.. hari ini hari lahirnya tiada sambutan mahupun ucapan cuma doa dipohon harapan digunung agar senyumannya kembali menyinari keluarga ini yang kini dibungkam duka hari ni hari jadinya abah.. selamat hari jadi abah... nguLat ngepost | 11:17 PM | | Tuesday, November 21, 2006 doa dipanjat. mengharap keredhaan dan kerahmatan. meminta usia berpanjangan. berusaha sebaik mungkin, sehabis daya, selagi hayat di kandung badan. doakan segala urusan, berjalan lancar, walau dugaan demi dugaan. tak sanggup kehilangan kali kedua, dalam tempoh tahun yang sama. doakan.. Betapa getirnya rindu nguLat ngepost | 11:21 PM | | Monday, November 20, 2006 satu lagi kisah warga senget dikupas di akhbar tempatan. walaupun cerita lebih kurang sama sahaja seperti yang sudah2, namun ada sedikit kelainan yang boleh dipuji. haha. seperti biasa, aku 'tampal' artikel tersebut di sini. baca dan nilai sendiri mana fakta, mana auta. Gejala tomboy Masyarakat mesti cuba memahami situasi, bukan menuding jari kepada keluarga ![]() sumber : Berita Minggu Ahad 19 November 2006 Oleh Hanisah Selamat, Norakmah Mat Youb PUNYA kulit putih mulus, bulu mata lentik menawan tetapi sayang Joey, 19, lebih berbangga dikenali dengan imej tomboy. Biar berlagak kasar dan bergaya persis anak jantan, dia sebenarnya tidak mampu menyembunyikan aura feminin di sebalik raut wajah lembutnya. Sifat kelelakian dirasakan semakin dominan apabila dapat memiliki Ina, 21, sebagai kekasih. Kes seperti Joey yang ingin dikenali menerusi identiti lelaki bukan perkara menghairankan. Di luar sudah ramai 'Joey' dengan pelbagai lagi karektor tersendiri. Mereka tidak kisah digelar tomboy atau pengkid. Hakikatnya, golongan ini cukup bangga tatkala diri menjadi perhatian semetelah mampu mendampingi gadis cantik. Lihat saja di kota besar, tanpa berselindung mereka tidak malu merangkul mesra pasangan atau menggenggam erat tangan kekasih di khalayak ramai. Mereka mungkin mampu 'menipu' pandangan walau berbengkung untuk menyembunyikan payu dara, namun realitinya keadaan biologi tetap seperti wanita lain-boleh mengandung dan melahirkan. Begitupun, fenomena pengkid, tomboy atau lesbian tidak harus dijadikan isu tuding menuding antara semua pihak apatah lagi ketika masyarakat dikejutkan beberapa kes mengenai remaja perempuan 'dilarikan' tomboy, banyak faktor lain yang mendorong remaja terdedah kepada hubungan sejenis. Ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Jaslaile Suzana Jaafar, berkata fenomena wanita berlagak sebagai lelaki atau lelaki mengubah penampilan menjadi wanita menggambarkan orientasi seksual remaja yang disebabkan faktor sampingan termasuk genetik, hormon, kognitif serta persekitaran. Katanya, situasi ini bukan disebabkan penerimaan masyarakat masa kini yang sering dilabel bersikap terbuka dalam segala hal tetapi kelonggaran nilai ketimuran serta kekurangan pengetahuan agama yang terhakis tanpa disedari menjadi pemangkin kepada fenomena itu. "Kita tidak boleh salah menyalah sesiapa dalam hal ini. Daripada kajian, fenomena keinginan seksual atau kecenderungan seseorang kepada teman sejenis dipengaruhi psikologi ditambah faktor sampingan merangsang lagi hasrat remaja menjadi seperti dimahukan. "Sebagai ahli dalam masyarakat, kita mesti cuma memahami situasi yang melanda mereka bukan menyalahkan atau menuding jari kepada keluarga yang dikatakan tidak tahu mendidik anak. Barangkali ia satu gambaran kepada masalah psikologi lebih berat atau simptom harga kendiri lebih rendah. "Jika setiap orang hanya menuding jari, permasalahan ini tidak akan menemui penyelesaian. Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan perubahan sosial, remaja perlu mempunyai jati diri serta sokongan supaya mereka tidak mudah terjebak dengan anasir kurang sihat," katanya. Akuinya, sindrom tomboy atau aliran yang sama dengannya kadangkala bersifat sementara yang cuba dirasai tatkala menjejaki alam remaja sekali gus keinginan bereksperimentasi dengan khayalan boleh beransur hilang apabila mencecah zaman dewasa juga hasil bantuan insan sekeliling. INFO Tomboy · Berperwatakan ala lelaki. · Bukan pengkid atau lesbian. · Suka aktiviti lasak dan pekerjaan dimonopoli lelaki. · Suka pakaian menyerupai lelaki. · Boleh diubah menjadi feminin. · Mempunyai perasaan terhadap lelaki. · Boleh dikikis dengan bantuan keluarga dan rakan. Pengkid · Tubuh badan seperti lelaki. · Membalut payu dara menggunakan bengkung. · Benci melihat tubuh menyerupai wanita. · Memakai pakaian besar. · Memotong rambut pendek seperti lelaki. · Tertarik hubungan seks dengan wanita. · Bangga menunjukkan pasangan di khalayak ramai. Lesbian · Tidak semestinya kelihatan seperti lelaki. · Kebanyakan menonjolkan sifat wanita sejati. · Bernafsu seks terhadap wanita. · Menerima diri sebagai wanita. · Sangat menyukai wanita cantik. · Dalam hubungan seks, antara seorang bersifat dominan. · Kuat cemburu. FAKTA : Transeksualisme · Fenomena disebabkan faktor seperti sikap dan pembawaan, naluri, sistem kebakaan dan biologi serta paling besar faktor nafsu dan pilihan dalam hubungan seksual individu. · Pesakit transeksual sebenarnya mengalami kekeliruan mengenai diri sendiri daripada aspek identiti seksual. · Usul memaktubkan hubungan sejenis sebagai hak asasi mula dibentangkan kepada Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva April 2003, tetapi ditangguhkan oleh Libya, pengerusi suruhanjaya 53 ahli itu. · Perkahwinan perempuan dengan perempuan banyak berlaku di Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Australia dan beberapa negara Eropah serta negara maju lain. · Beberapa negeri di Amerika, termasuk Hawaii dan Vermont mempunyai undang-undang mengiktiraf perkahwinan sejenis. · Kajian menganggarkan kira-kira 10,000 orang di Malaysia terbabit dalam transeksual dengan 70 hingga 80 peratus daripadanya adalah bangsa Melayu, selebihnya Cina, India dan bangsa lain. ..bersambung di Gejala Tomboy II nguLat ngepost | 11:02 PM | |
Imej tomboy boleh dikikis : Masalah homoseksual makin kronik kerana berlaku secara tersorok dalam lingkungan tersendiri Fakta Nombor : Kajian mengenai homoseksual 230 Responden kecelaruan gender 80% Siswa terbabit dalam hubungan sejenis TOMBOY, pengkid dan lesbian atau yang sama erti dengannya membawa makna berbeza kepada masyarakat walaupun hakikatnya mereka cenderung kepada gejala sama, homoseksual malah kelompok ini adalah jantina ketiga yang cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma biologi, moral dan sosial. Saintis Sosial dan Eksekutif Unit Penyelidikan & Pembangunan Intelek Uforia UiTM Perak, Airil Haimi Mohd Adnan, berkata kecelaruan gender itu secara realiti berkaitan dengan sub-budaya (subculture) yang tersorok selain hanya boleh difahami mereka yang menjadi sebahagian daripada kelompok berkenaan. "Tomboy adalah gender neutral bererti wanita berperwatakan lelaki tetapi bukan pengkid atau lesbian. Dia lebih kepada sifat feminin manakala pengkid pula sedaya-upaya mahu kelihatan seperti lelaki. Contohnya berbengkung di dada (dia benci bahagian badan yang berkaitan wanita), memakai pakaian longgar dan berambut pendek. Pengkid tertarik untuk berhubungan seksual dengan wanita lain. "Lesbian pula tidak semestinya kelihatan seperti lelaki malah ramai feminin dan nafsu terhadap wanita lain tidak diketahui sesiapa pun. Mereka menerima diri sebagai wanita (tidak seperti pengkid), malah menyukai bentuk tubuh wanita. Dalam hubungan seksual lesbian, salah seorang pasangan memainkan peranan dominan manakala seorang lagi bersifat lebih pasif," katanya. Kata Airil, pengaruh biologi atau psikologi lebih terlihat dalam diri mereka yang bergelar pengkid dan juga lesbian menerusi proses terapi dan kaunseling interpersonal tetapi imej tomboy pula adalah proses sosialisasi primer melalui famili, sekolah dan media yang semakin didominasi imejan maskulin dalam dunia wanita. Begitupun, Airil menegaskan imej tomboy atau tampak kejantanan itu boleh dikikis perlahan-lahan dalam diri seseorang gadis menerusi bantuan dan sokongan orang terdekat seperti ibu bapa, ahli keluarga, rakan karib dan guru supaya kecenderungan mereka tidak menular lebih jauh. "Jika di tahap tomboy, iaitu seorang gadis lasak dan suka aktiviti lelaki serta berpakaian seperti lelaki, ibu bapa atau guru mungkin boleh mengimbangi aktiviti gadis berkenaan dengan sesuatu yang lebih feminin atau mendorongnya untuk memberatkan personaliti gender sesuai dengan jantina biologinya. "Bagi pengkid dan lesbian pula, bantuan pakar akademik dalam bidang gender dan kaunselor atau ahli psikologi bertauliah bersama ahli agama diperlukan untuk proses kaunseling. Menerusi sokongan pihak terdekat ini, berkemungkinan mereka dapat dibantu untuk sekurang-kurangnya meninggalkan perbuatan seks songsang," katanya. Daripada pemerhatian selain kes yang dirujuk kepadanya, Airil mengakui kecenderungan golongan berkenaan memilih gender lelaki atau sebaliknya bergantung kepada lingkungan sosial sedari kecil termasuk pernah diperkosa sewaktu kecil selain ada juga wanita bergelar isteri menjadi lesbian diam kerana kecewa dengan hubungan seksual bersama suami. Bagaimanapun, sejarah pahit seperti perkosaan bukan antara sebab utama sebaliknya hanya sebagai alasan memilih menjadi pengkid atau lesbian ditambah elemen menyedihkan itu adalah jalan paling mudah bagi memenuhi salah satu kemahuan naluri paling asas iaitu nafsu syahwat sendiri. Pakar perunding itu juga berkata, masalah homoseksual di negara ini boleh dianggap kronik biarpun tiada kajian khusus atau angka sebenar pengamal gaya hidup bebas begini ditambah situasi di mana ia masih berlangsung dalam keadaan tersorok dan untuk mengenal siapa gay atau lesbian, kita perlu terlebih dulu diterima dalam lingkungan mereka. Hakikat ini menjadi cabaran kepada saintis sosial negara untuk mengetahui keadaan sebenar mengenai sub-budaya homoseksual di negara ini dan dari kajian yang sedang dijalankan, tahap kecelaruan gender di kalangan siswa universiti, secara purata dari 230 orang responden yang mengakui mengalami kecelaruan gender, lebih 80 peratus pernah atau sedang terbabit dalam hubungan sejenis! Bercakap mengenai daya tarikan dengan insan sejenis, secara realitinya ia tampak aneh namun fenomena anak gadis terbabit dalam cinta songsang berpunca daripada keinginan iaitu 'perhubungan' cinta dan seksual wanita bersama wanita (lesbianism) menjanjikan kepuasan yang lebih. "Hanya wanita mengetahui keinginan wanita lain. Ini pendapat umum hasil kajian saintis sosial Barat. Dari segi kepastian seksual (sexual security) pula, wanita pengkid atau lesbian berasa lebih selesa kerana mereka tidak boleh mengandung jika berhubungan secara homoseksual. "Begitupun, untuk jangka masa panjang hubungan sejenis tidak stabil yang lazimnya tidak akan bertahan kerana tiada ikatan sah boleh dilakukan. Lazimnya, ahli sub-budaya ini cepat bertukar pasangan dan ada di kalangan mereka mempunyai ramai pasangan sekali gus. Ini bererti, apa yang dicari hanya kepuasan nafsu bukan hubungan sah. "Mereka sendiri tidak pasti hala tuju masa depan tidak seperti hubungan lelaki dan wanita yang diakhiri ikatan sah seterusnya memikul tanggungjawab berkeluarga. Sudah pasti gejala ini mengundang penyakit serta merosakkan sosio budaya dan nilai spiritual masyarakat sejagat. Kes 1 Ayai rasa lebih selamat ANAK sulung daripada keluarga porak peranda menjadikan Ayai atau nama sebenarnya Siti Rahayu berperawakan keras. Namun seperti anak dara sunti lain, dia masih menjalankan tanggungjawab memasak dan menjaga dua adiknya tatkala ibunya bekerja sebagai tukang sapu. Namun sejak ibunya diserang migrain teruk, Ayai terpaksa mengambil alih tugas mencari rezeki. Selepas habis waktu sekolah, dia mengambil upah mencuci pinggan di sebuah restoran. Begitupun, perbelanjaan persekolahan dan tuntutan hidup di kota besar membuatkan dia nekad berhenti sekolah sebaik saja tamat SRP. Apakan daya, dalam usia 16 tahun siapa yang mahu mengambilnya bekerja. Nasibnya baik apabila tuan punya sebuah kedai baju mengambilnya sebagai pembantu. Di situlah juga Ayai mengenali seorang tomboy, Z. Teman barunya itu turut memperkenalkannya dengan geng tomboy lain. Segala-galanya berjalan lancar cuma masuk bulan kedua bekerja, bosnya yang sudah berkeluarga itu mengganggu Ayai dan cuba nyaris dicabul. Ayai tidak melaporkan kepada polis kerana bekas majikannya itu memberi sejumlah wang bagi menutup mulut. "Saya terpaksa, kalau repot pun tak guna. Sekurang-kurangnya duit yang saya dapat tu boleh buat belanja sekolah adik," katanya. Dia mampu melepaskan diri tetapi sejak detik itu Ayai berasa sukar menjadi perempuan. Hanya rakan tempat mengadu, malah di atas nasihat Z dia mengubah penampilan. Rambut dipotong rekrut selain kemeja lengan pendek pengganti baju T. Bukan sekadar cara berpakaian, Ayu yang sememangnya agak kasar tidak punya masalah berjalan atau berlagak seperti lelaki. Tomboy bernama Z itu bukan saja dianggap sebagai mentor malah lebih daripada saudara. Panggilan sejak kecil, Ayu pula diganti sebagai Ayai. Hidupnya mula berubah. Berada dalam kelompok tomboy membuatkan Ayai rasa selamat dan dihargai. "Itu cerita lapan tahun dulu. Walaupun awalnya saya sekadar mengikut kawan, kini saya semakin selesa macam ni. Lelaki tak berani kacau dan saya bebas cari rezeki tanpa gangguan 'jantan'. Saya tak mau fikir apa nak jadi pada masa depan, yang penting saya dapat jadi pelindung emak dan adik-adik," katanya. Mengenai cinta, dia mengakui hatinya sudah dimiliki gadis bernama Ita. "Keluarga Ita menentang hubungan kami kerana secara tidak sengaja abangnya ternampak kami berjalan berpimpinan tangan di sebuah shopping mall. Saya nyaris ditumbuk tetapi sampai sekarang kami masih berjumpa secara sembunyi. "Kami pernah berbincang mengenai sejauh mana hubungan ini. Saya amat sayangkan Ita. Jika suatu hari nanti dia bertemu lelaki bertanggungjawab, saya akan lepaskannya. Cuma saya tidak tahu bilakah saat itu sebab rasanya sekarang ni pun saya tak sanggup kalau tengok ada lelaki cuba menguratnya," kata Ayai. Kes 2 Jessica pernah cuba bunuh diri Seperti gadis lain, Jessica, 21 (bukan nama sebenar) pernah menjalin hubungan serius dengan seorang lelaki. Namun hubungan mereka tidak ke mana apabila teman lelakinya bertemu wanita baru. Lebih malang, ia berlaku selepas jiwa, raga dan wang simpanannya habis dikikis lelaki itu. Ditakdirkan, pakcik iaitu abang kepada bapanya menjadi haruan makan anak. Rumah yang ditumpangi ketika mula tiba di Kuala Lumpur ibarat neraka jahanam. Dia nyaris diperkosa ketika isteri dan anak-anak bapa saudaranya itu tiada di rumah. Emosinya semakin bercelaru dan sejak itu dia tidak percaya kepada lelaki. "Mungkin ada yang akan kata saya bodoh. Kenapa tidak membuat laporan polis, kenapa itu, kenapa ini? Dia adalah abang ayah saya, siapa yang mahu percaya kalau secara luaran, dalam usia 50-an dia dianggap bapa mithali. Lagi pun, saya tidak punya bukti ditambah keadaan diri yang sememangnya sudah ditebuk tupai," katanya. Enggan membenarkan gambarnya diambil, Jessica yang sememangnya mempunyai bentuk tubuh menarik terus rancak bercerita. Sambil menyedut rokok entah yang ke berapa, dia menunjukkan sesuatu di tangan kirinya. "Ini tanda kelar yang saya buat dulu. Syukur, Tuhan masih sayangkan saya," katanya yang mengakui pernah cuba membunuh diri kerana terlampau tertekan. Ketika dirinya masih trauma muncul tomboy bernama Dee. Di awal perkenalan yang diaturkan rakan, Dee sudah menunjukkan tanda menyukai dirinya. Setiap hari Dee tidak pernah lupa menghubunginya, memberi hadiah atau mengajak keluar makan. Memang Jessica rimas apabila Dee sentiasa mengambil peluang mendekatinya apatah lagi secara fizikal tomboy itu masih dianggap sebagai perempuan. Namun, sikap prihatin serta layanannya membuatkan hati wanita Jessica 'cair'. Selepas beberapa bulan mengenali hati budi Dee, Jessica menerima Dee sebagai kekasihnya. "Mungkin orang lain menganggap hubungan kami keluar dari norma biasa. Mereka tidak memahami situasi ini. Bersama kelompok ini, saya rasa lebih selamat," kata penyambut tetamu di sebuah pusat kesihatan itu. "Sehingga kini ibu bapa saya hanya tahu kami berkawan baik. Disebabkan keluarga berada di utara tanah air, mereka tidak tahu kami tinggal bersama. Mereka hanya tahu saya mempunyai tiga rakan serumah. Sebenarnya kami duduk sebilik lima bulan lalu dan dua teman serumah lain juga pasangan kekasih seperti kami. "Setakat ini saya bahagia begini, Dee sering bersama saya sama ada susah atau senang. Dee rela membuat kerja sambilan untuk menampung perbelanjaan kami berdua. Dia juga melebihkan saya dalam segala hal. Pernah suatu ketika, dia mengancam mahu membunuh diri jika saya meninggalkannya. Saya tidak akan biarkan perkara itu berlaku. "Entahlah... kadang-kadang saya menyesal terjebak dalam hubungan songsang tambahan pula Dee sangat cemburu tapi saya yakin ini kerana dia terlampau sayangkan saya," katanya. ...bersambung di Gejala Tomboy III nguLat ngepost | 10:57 PM | |
Payu dara dibengkung elak bentuk perempuan ISU melarikan atau dilarikan tomboy hangat diperkatakan kebelakangan ini kerana ia terkeluar daripada norma biasa. Fenomena lelaki tomboy atau wanita keras yang sedang memasuki peringkat kedua dari sudut sosiologi boleh ditafsirkan sebagai menghadapi kecelaruan gender atau disforia gender. Pakar Perunding Kesihatan Seksual dan Reproduktif, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Dr Mohd Ismail Tambi, berkata disforia gender didefinisikan sebagai suatu keadaan yang mana penghayatan seseorang individu mengenai dirinya itu bercelaru antara perasaan gender kendiri dengan jantina anggota kelaminnya. Beliau berkata, transeksualisme ialah disforia gender yang paling ketara iaitu kecelaruan gender. Ia adalah keadaan yang mana individu mempunyai anggota kelamin tertentu tetapi begitu yakin bahawa dia daripada golongan jantina sebaliknya. Di sinilah berlakunya fenomena 'lelaki lembut dan perempuan keras'. Mengenai tomboy, Dr Ismail berkata, ia adalah wanita kononnya mempunyai ketrampilan dan jiwa yang lebih terdorong kepada sifat jantina berlawanan dengannya dan beranggapan mereka terperangkap dalam tubuh badan wanita. Beliau berkata, manifestasi fenomena transeksualisme ini berlaku lewat dalam kehidupan seseorang individu dalam proses pengenalan diri mengenai jantina mereka. Ia selalunya berlaku ketika lewat belasan tahun iaitu ketika berada di sekolah menengah atau ketika baru memasuki kolej. "Golongan ini berasakan diri berbeza dengan kehendak hati dan kadangkala rasa serba salah apabila lebih cenderung bergaul dengan individu yang jantina sebaliknya. Mereka akan memakai pakaian kepunyaan jantina yang sebaliknya dan rasa dirinya begitu dekat dengan jantina berkenaan. "Perasaannya untuk mendekati jantina yang dia anggap sebagai jantina nalurinya akan menjadi lebih ketara apabila memasuki alam remaja dan menghayati pergolakan hormon seksual dan mengalami pembesaran anggota kelamin. Ketika itu, mereka akan berasakan perubahan dirinya lebih jauh daripada kehendak diri dan tertekan," katanya. Mengenai proses mengenali identiti diri dan fenomena transeksualisme, Dr Ismail berkata, pengenalan diri mengenai jantina seseorang itu ialah suatu proses yang dinamik dan tertakluk kepada baka penentuan jantina. Justeru, katanya, proses pengenalan diri jantina individu pada bahagian otak atau minda berlaku lewat. Pengenalan mengenai penetapan jantina seseorang itu hanya menjadi nyata selepas suatu masa apabila bahagian otak yang mempengaruhi penetapan satu jantina mulai berbentuk dan berfungsi. Sebagai contoh, beliau berkata, bahagian hypothalamus dan pre-optic nucleus (PON) otak mengawal perilaku seksual dan bahagian ini lebih besar dalam otak lelaki daripada otak perempuan. "Sebilangan besar individu yang masuk dalam golongan transeksual mengalami kekeliruan mengenai diri mereka daripada aspek identiti seksual mereka dan mereka perlu menjalani bimbingan untuk mengenali diri dengan lebih dekat dan ini mungkin perkara awal yang perlu dilakukan," katanya. Beliau berkata, kajian menunjukkan sebahagian besar mereka berubah sebegitu rupa disebabkan elemen psikologi dan pembawaan. Ia berhubung kait dengan keluarga golongan itu. Jika bapa lebih dominan, perempuan dalam keluarga itu cenderung berubah sifat kepada jantina sebaliknya. Daripada segi perubatan, Dr Ismail berkata, jika bayi lelaki dan perempuan masih dalam kandungan ibunya dan ketika itu, kebetulan ibunya mengalami peningkatan hormon kelakian dalam badan ia dikatakan menjadi faktor penyumbang kepada perwatakan lebih kasar. "Kajian antarabangsa yang dilakukan Prof Melissa Hiles itu mendapati, pengaruh perubahan hormon dalam badan perempuan mengandung mempengaruhi sifat anak yang bakal dilahirkan. Jika mempunyai lebih hormon testosterone, bayi yang dilahirkan mempunyai ciri kelakian yang lebih," katanya. Selain itu, beliau berkata, gelaran mak nyah bukan saja diberikan kepada lelaki yang menyerupai wanita tetapi gelaran itu juga diberikan untuk wanita yang mempunyai perwatakan lelaki dan mempamerkan sifat kelakian berbanding kewanitaan. "Kita jangan keliru dengan tomboy dan lesbian. Tomboy hanya mempunyai perwatakan menyerupai lelaki tetapi tidak berminat golongan sejenis. Manakala, lesbian ini pula mempunyai naluri minat golongan sejenis. "Walaupun perempuan menyerupai lelaki tetapi jika mereka minat menjalinkan hubungan dengan golongan sejenis tetap dikategorikan sebagai lesbian. Tomboy kebiasaannya akan mengikat payu dara mereka kerana tidak mahu kelihatan seperti perempuan," katanya. sumber : Berita Minggu Ahad 19 November 2006 nguLat ngepost | 10:30 PM | | Friday, November 17, 2006 ni ler hasil kiraian aku semalam. di HP, kompleks lanun jb (yuhuu hp idop balik!) ![]() Bad Girls Season 1 ![]() The Black Dahlia nak tahu sengetnya tang mana citer2 ni, rujuk AfterEllen.com. hepi weekend guys. nguLat ngepost | 2:13 PM | | Thursday, November 16, 2006 aku dalam keghairahan melampau. akibat aktiviti mengirai yang aku lakukan kembali hari ni, setelah sepurnama berpuasa. ghairah sungguh kerna koleksi dvd citer2 senget aku bertambah lagi. hhuhuhuuuu. oops, citer semalam masih tergantung. meh mengarang dongeng. dua hari lepas, kira2 jam 6 petang, sewaktu akak ellen degeneres sedang menari2 dalam shownya, tika aku syiok menikmati wajah akak senget kesayangan ku ittew, henpon ku berbunyi berlagu Ich bin Schanappi, das Kleine Krokodil alahai cumilnya krokodil cumil. panggilan itu tertera nombor yang tidak dikenali. dengan machonya aku menjawab.. aku : halluuu (perasan fafau)astaghfirullah.. penat aku dengar soalan tu diulang2 macam kaset rosak. syafi ni kawan masa belajar dulu. lepas abis belajar kami lost contact. kiranya 4-5 tahun gaklah tak berhubung. tetiba terpacul suara dia di hujung talian. ajaib sungguh cara dia dapat nombor aku. kebetulan. dari keje dia. haha berborak hampir setengah jam, daripada hal kahwin sampai bab arwah adik aku (dia tahu daripada paper). masih tak puas lagi bertanya kenapa aku tak kahwin2 lagi. yelah, orang dah kawin, dan ada anak ni, acam kunun lengkaplah kitaran hidup. kita ni tak kawin lagi, maka tak lengkap laa. kunun la. (sapa kata? aku kan ada gelpren. ada chenta. ada anak... anak tekak. lengkap perrrrr) ala belum kahwin ke, dah kahwin ke, tekanannya sama sahaja. bagi belum kahwin, tertekan dengan soalan bila, bila dan bila nak kahwin? bagi yang dah kahwin, tapi belum dapat zuriat, juga akan tertekan dengan soalan bila, bila, bila lagi nak bertiga? tapi bagi yang dah kahwin, juga dah bertiga, berempat, bersepuluh, jangan lupa dengan soalan, yang akan menimpa apabila chenta bermaharaja lela melanda badai rumah dan tangga, bila, bila, bila nak tambah orang rumah? masa tulah tekanan maha dasyat datang bertubi. aiseh pandainye cakap. acam penah lalui je ek. yelah, aku belajar daripada ruangan Dari Celah-Celah Kehidupan kat Mingguan di setiap minggu di setiap tahun pergi dan mendatang. ahahakss. oklah, cukuplah tu bebel hal kawin. penin kapla aku sebut kawin ni banyak2 kali. sampai masa mengundur diri. terima kasih kerana membaca dongeng Dari Celah-Celah Kehidupan Insan Senget. daaa.. ~ juz my two cent nguLat ngepost | 5:01 PM | | Wednesday, November 15, 2006 Sudah kahwin ke belum berjumpa teman lama amat menyeronokkan. baik terserempak atau dirancang atau menerusi panggilan telefon je. terutama bila bertahun2 lost contact. tapi amat menjengkelkan bila soalan yang ditanya sebaik bertukar khabar ialah kau dah kahwin ke belum atau bila kau nak kahwin? cubalah tanya, ko nak jadi jutawan tak? kan besh skit.. (dasar mata duitan!) hahahaha ada sesetengah orang tak kisah bila diajukan hal kahwin mawin ni. lantakler mulut orang. bagi aku pula, tipu la kalau aku cakap aku tak kisah. aku memang kisah benornya tapi takler sensitif sangat. seriau tu tiba terutama mengenangkan orang tua aku. kesian diorang menyengih je waktu saudara mara bertandang dan kepoh tanya hal aku (aku pun ikut menyengih. tak reti bagi jawapan macam ko incik blue..hihi). selagi aku tak kahwin, atau bertanda2 untuk berkahwin seperti bertunang ke atau tunjuk buayafren datang rumah (selalu tunjuk gelpren aje), maka soalan2 ni takkan pernah pupus seperti pupusnya dinosaur dari bumi. begitu juga entry berkait pasal kahwin, ia takkan pupus dari blog aku. akan selalu digarap sampai muak dan basi. sampai semua orang senyap bertanya hal kahwin pada aku. sampai rasa seriau aku hilang (mungkin 20 tahun lagi). nasib korang la yang baca, sapa suruh. kehkehkeh berbalik pada kisah member lost contact, tak dinafikan, soalan kahwin ni sungguh hits dalam carta soal jawab member lama selepas soalan ko buat apa sekarang, ko dah keje ke belum, ko keje kat mana, ko duduk mana, ko bla bla bla bla! nak tanya tu, tanyalah. aku bersedia menjawabnya. tapi tengoklah keadaan sikit bila bertanya. cara dan masa mesti kena dengan gaya (gaya mutu keunggulan!). kalau baik cara, dapatlah layanan sempurna. kalau tidak, baik cabut sebelum aku mendidih! bertambah mendidih bila soalan tu ditanya sebaik disapa. cth; "eh ko uLat kan? lama kita tak jumpa ek. ko dah kahwin ke belum?" haiyaaaa tak sempat bernafas, sedang terkial2 mengingat nama empunya diri, soalan itu yang dituju dulu. jangan harap aku nak jawab selagi tak tahu nama. tapi mendidih tu bersifat dalaman je. luaran kenalah berlakon tunjuk baik. assabru nisfu minal iman. sekejap je sabarnya. lepas tu mulalah bermangkuk2 mengata. sebenarnya entry ni ditulis rentetan daripada 2 peristiwa. peristiwa pertama berlaku menjelang 3 hari sebelum raya. aku berada di Uda Ocean, Plaza Angsana bersama mak. tujuannya satu je, nak beli sarung kusyen berzaman tak ganti. selepas dapat sarung kusyen idaman, mak terr nak cari beberapa barang lain. oleh kerana sikit sangat barangnya, maka aku genggam dan peluk je sumer barang2 tu. sedang mencari kaunter bayar yang paling kurang barang dan orang, tetiba aku ditegur.. nan : amboi ko ulat, jalan tak nampak aku ke?beriya2 dia nak salam dengan aku yang kepenuhan dan kelenguhan. dia ni mak nenek skit. kenal since form 1. sekolah yang 'tido kat sekolah'. maka kenal benor sifatnya. tak berubah. meski bertahung2 dah kahwin. bertahun jugak tak jumpa. lepas sesi bersalam dengan aku & mak dan dengan dia & her friend kot, temuduga disambung. laju je dia tanya. nan : ko keje kat mana?aku sengih je. dan rimas serimas-rimasnya. siot betullah dia ni. tanya depan mak aku pulak tu. kalau mak takde, bolehlah aku kelentong macam2. pastu terus aku cakap aku nak pi bayar. aku blah camtu aje. takde salam2 perpisahan ker. atau salam hari raya maaf zahir batin. bila kenang balik, memang aku nampak biadap masa tu. dengan jawapan dan muka acuh tak acuh. dan ghupanya, bila aku dah blah beratur kat kaunter, mak aku masih mengadap si nan (bukan nama sebenar), melayan soalan2 dia. aku ingatkan mak membontoti aku. adeh, mampuslah nan kata aku shombong. dia ni memang mak nenek tau. masa sekolah dulu, aku ngan kawan2 aku, ngutuk dia dengan sebuah lagu. kitorang nyanyi lagu ni 'anak rusa nani, baru kembang hidung, apa salah kami, lalu tidak tegur'. ekceli tu version yang diubah citarasa. kalau versi asal 'baru kembang ekor'. hahaha. mak nenek macam tulah. dengan kembang semangkuk h*****gnya. sebok. lain kali kalau dia tegur aku lagi dengan soalan2 kahwin bagai melarat2, maka bersedialah dengan soalan aku pula, "ko masih kahwin ke? atau dah bercerai?" masak aku berkureng hajar. peristiwa 2. baru semalam berlaku. sambung esoklah. ngantuk deh. (masak dosa ngutuk bertimbun. kena pi beraya rumah dia ni) ya ampun kan daku nan... nguLat ngepost | 11:10 PM | | Sunday, November 12, 2006 can't wait for this weekend. im going to beraya sakan. since raya ari tu, tak dapat cuti panjang, beraya dan berjalan jauh sangat. beraya rumah Dia pun tak lagi (tapi Dia dah beraya kat sini..lalalalala). ada juga apa yang dirancang tak menjadi. dan la ni mood keje hampir merundum. penin oii! Ich bin Schnappi, das kleine Krokodil aku ~ adeh cumilnya.. tetiba teringin baby plak. erm jom buat anak. hahah nguLat ngepost | 11:36 PM | | Thursday, November 09, 2006 Disclaimer : Aku tidak bertanggungjawab atas segala spekulasi dan andaian. Tersiarnya artikel di bawah ini dalam blog aku tidak bermakna aku mendakwa mereka termasuk dalam golongan seperti aku. Tujuan disiarkan di sini adalah atas permintaan rakan2 yang minat membaca tetapi terlepas peluang dan masa. Membaca amalan mulia. Marilah kita sokong kempen membaca kebangsaan untuk meningkatkan kesedaran dan mengingatkan masyarakat Malaysia pentingnya tabiat membaca dalam usaha menimba ilmu pengetahuan di samping membuka minda dan meluaskan pemikiran. ;) nguLat ngepost | 11:30 PM | | Wednesday, November 08, 2006 Disclaimer : Aku tidak bertanggungjawab atas segala spekulasi dan andaian. Tersiarnya artikel di bawah ini dalam blog aku tidak bermakna aku mendakwa mereka termasuk dalam golongan seperti aku. Tujuan disiarkan di sini adalah atas permintaan rakan2 yang minat membaca tetapi terlepas peluang dan masa. Membaca amalan mulia. Marilah kita sokong kempen membaca kebangsaan untuk meningkatkan kesedaran dan mengingatkan masyarakat Malaysia pentingnya tabiat membaca dalam usaha menimba ilmu pengetahuan di samping membuka minda dan meluaskan pemikiran. ;) nguLat ngepost | 11:37 PM | | Thursday, November 02, 2006 berjalan-jalang petang tadi. belanja-tingkap merangkap makang & melepas gian ngan air batu hancur perisa kopi campur coklat. kali ni merayau bersama Sura (bukan nama sebenar). kalau berjalan dengannya, aku umpama ayam katik terkedek2. orangnya tinggi banget, cantik, kurus, manis.. sayang daranya sudah dimiliki. baru 10 bulan mendirikan rumahtangga tapi menjalani kehidupan perkahwinan jarak jauh. jarang2 dapat menjala. orang bila dah kawin ni memang bersikap lebih terbuka ek. bercerita tentang betapa sakitnya waktu proses pemecahan dara buat aku tersengih sambil tanya2 lagi kekonon buat2 tak tahu. memang aku tak tahu pun camne rasa sakit itu (kiranya aku masih dara gitu). tapi aku tahu erti nikmat yang dirasai. cuma masih dalam konteks buat2 bodoh alang tentang apa erti nikmat di ranjang perkahwinan. mahunya Sura terjun kereta kalau aku cakap "uuuuh aaahhhh sodapnya..." muahahahaha Sura kalau berjalan dengan aku (rasanya dengan sesapa saja kawannya), suka meleseh-leseh, pegang2, manja2 walaupun orangnya takler gedik. biasalah tu kan sesetengah pompuan memang sifatnya begitu. aku taklah rasa apa2, atau rasa tujuh semacam ke. senang cakap tiada bernafsu bila Sura menyentuh kemanjaan aku sana sini walaupun orangnya cantik gitu. sebab she's not my taste. wakakaka.. juga my good friend. kiranya walaupun dia bisa membuat jejantan menoleh banyak kali hatta merenung dia selalu, aku tetap biasa aje. takdelah sampai mengambil kesempatan menggalakkan dia menyentuh aku berlebihan atau aku melakukan perkara yang serupa pada dia, atas sebab sikap tak kisah dia. oh tidak, sesekali tidak. aku tak mahu memperjudikan persahabatan kami. aku tetap cool and steady (konon baik giler la). bluek! apa yang bermain di pikiran aku ialah kalau ler Sura tahu aku senget, punya perasaan pada sejenis sejak dulu kala, sebelum dia mula mengenali aku 11 tahun dahulu, punya sejarah lampau 17 tahun terpendam bersama F (Sura mengenali F sebaya mengenali aku), mahukah dia bermanjaan begitu dengan aku lagi? gelikah dia pada aku tatkala mengenang kisah2 silam sepanjang persahabatan kami berempat (aku, F, Kay dan Sura)? persoalan ini bukan sahaja untuk Sura tetapi juga untuk Kay dan F (aku rasa F tahu aku camne tapi buat2 tak tahu jugak) dan juga pada sumer awek stret yang penah beraksi manja dengan aku (macam ramai jek). ntahler.. takde jawapan apa reaksi diorang nanti sebab nanti belum terjadi. sajer pikir2 poyo ala buang karan. oh yea, sedikit singkapan perbualan kami petang tadi; sura : ko beli majalah apa tu uLat? aku : maskulin. hehehe (sengih) sura : maskulin? dah takde majalah pompuan lain ke ko ni? aku : saje jelah. aku minat kat Dr. Muszaphar. (sambil tunjuk cover) sura : ala 2 tahun je kan.. angkasawan. 2 tahun je pastu dia boleh kawin. aku : a'a... a'a (sengih memanjang) walaupun Dr. Muszaphar tu ensem gegar jiwa, ekceli itu adalah alasan tutup lobang jer. bebenornya aku beli maskulin sebab ini.. ![]() apa citernya? wah kisah hangat. meh menelaah sedikit sedutan artikel tersebut, "hampir tersedak penulis dibuatnya apabila menoleh kepada pasangan yang dikatakan itu. kedua-dua wanita itu cukup dikenali. malah sebut namanya, satu Malaysia kenal. tak sangka sama sekali, kedua-dua wanita yang cantik jelita, terkenal dan menjadi idaman kebanyakan lelaki itu adalah lesbian. mereka ini memang pasangan lesbian paling hangat dan glamor. aksi panas pasangan lesbian terkenal itu sudah sedia maklum bagi staf-staf disko tersebut. malah ada yang bercerita jika pasangan lesbian ini sudah bernafsu sesama sendiri dan berlanjutan ke bilik penginapan, erangan dan rengekan nafsu mereka boleh kedengaran dengan jelas apabila melalui lorong luar bilik penginapan rahsia itu. dah tak tahan la tu. tak peduli orang dengar. janji nafsu yang menguasai diri mesti dilampiaskan keluar. baru puas." kuang kuang kuang. sikit je tu. panjang lagi citer dema. hah speku! ... jalan persisiran pantai ramai gadis berpegangan tangan si pemudanya pula jatuh cinta sesama mari menyanyi mari menyanyi mari menyanyi menyanyi.... nguLat ngepost | 11:28 PM | | Wednesday, November 01, 2006
Berbeza pula kisahnya dengan anak terunayang baru berusia 23 tahun. Mahu dikenali sebagai Aisya, kekal dengan keputusannya untuk beraya dalam persalinan baju kurung pada tahun ini, untuk tahun ketiga. Aisya mengungkap kata-kata pujangga menjadi pegangannya, "Hanya kerana manusia memilih jalan yang berbeza untuk mencapai kebahagiaan, tidak bermakna dia sesat." sumber : Kosmo Ahad 29 Oktober 2006 nguLat ngepost | 4:01 PM | | |
.aku senget
.kroni .layan jiwang
.meh borak .arkib negara
+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+
.spot lepak
+sekapal+ .port senget
+AfterEllen+ .shukran
template by +Lonelyger+ |