Sunday, December 31, 2006


hari terakhir untuk tahun penuh cabaran dan dugaan.
Salam Aidiladha & Happy New Year.



nguLat ngepost | 10:11 PM | |

Wednesday, December 27, 2006


lumpuh. tsunami kecil. itulah antara gambaran yang diberikan pada kebanyakan kawasan yang dilanda banjir di negeri johor ini. semua 8 daerah terlibat. ketika segamat makin memulih, daerah muar dan batu pahat pula terkena tempias lebatnya. kota tinggi tak usah cakap. semuanya bermula apabila hujan tidak berhenti2 turun selama 3 hari berturut2 bermula ari besday ku (huhu) iaitu ahad, 17 disember dan kemuncaknya bah besar mula melanda pada hari selasa, 19 disember.

terima kasih pada rakan2 yang sms juga menelepon sebaik menonton berita di tv (kot) bertanya samada rumah aku kat jb ni terlibat juga atau tidak. jawapannya alhamdulillah masih lagi cukup tinggi untuk tidak bah. tapi rumah my dear Dia, yang jauh di mata banget, yerp, tetiba dilanda bah sehingga hampir 5 hari takde letrik, ada ketika bekalan air pun terputus, jalan pun terputus2, bekalan minyak diesel & petrol kehabisan, havoc satu pekan kekonon empangan akan pecah (kalau pecah, depa sumer tenggelam takleh lari sebab jalan dah terputus, ke kiri cari pasal ke kanan cari maut), dan macam2 hal lagi. namun bersyukur juga kerana banjir di rumah dia taklah teruk sangat. lumpur setakat memenuhkan dapur dan laman rumah aje berbanding rumah2 lain yang hampir cecah bumbung. air segan nak masuk kot. hehe.



berbalik kisah di jb, 19hb tu memang kemuncak bagi segala hujan yang turun. traffic jam tak henggat! aku dapat tahu daripada sorang drebar teksi, jem yang berlaku akibat air naik kat jalan tebrau, antara jalan besau kat jb nih, telah bermula dari jam 8 pagi selasa hingga 5 pagi rabu esoknya. tak tahulah kalau pakcik tu besaq2 kan citer. tapi yang nyata, pagi tu adik bujang aku tak dapat pi keje, kuar2 je memang dah jem. selepas zohor aku plak kuar rumah, haiyoo terbelalak mata aku tengok jem depan taman. ke kiri tak boleh, ke kanan pun tak boleh. sumer orang main langgar je traffic light.

oleh kerana aku cekap mencari jalan kuar (huhu), maka dapatlah aku pegi hospital amik abah (petang tu abah discharge), setelah merendah segala jem, main hujan kejap, tanah runtuh, dan banjir. selepas maghrib aku kuar lagi jengah opis pulak. hujan masih turun, jem tiada kesudahan. jalan sehala menuju ke jalan tebrau yang hanya 2 lane, kini menjadi 3 lane. nasib baik jalan ke opis aku lengang. ketika pulang ke rumah tengah malamnya, aku lihat masih banyak lagi keta memenuhi jalan, yang selalunya dah lengang. agaknya memasing penin carik jalan alternatif, tak jumpa jalan maka main pusing2.

dalam pada itu, kepala aku pun ligat memikir shortcut mana yang harus aku ikut. maka deria ke 7 aku benar, bahawa jem di jalanan depan rumah belum reda lagi. walaupun ikut shortcut, perjalanan yang sepatutnya cuma 15 minit kini menjadi lebih 40 minit. hampir pukul 1 pagi aku sampai rumah dengan hujan maha lebat. kesian jugaklah tengok depa yang terperangkap ketika senyuman aku mengembang apabila dapat melepasi segala ke-jem-an. pagi rabu bukak2 mata je matahari memancar ceria di sepanjang hari. syukur.


begitulah adanya pengalaman tak seberapa yang dapat ditimba dalam 'fenomena 100 tahun sekali' melanda johor bahru amnya dan seluruh johor khasnya. sumbanglah apa yang boleh disumbang. asal jangan maggi yang dah abis tarikh luput atau pakaian yang hanya layak dijadikan alas kaki depan jamban (benar! ini bukan bohong!).



pic taken from utusanonline & bloggerz. macih.



nguLat ngepost | 11:19 PM | |

Tuesday, December 19, 2006

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
- Utusan Malaysia 19/12/06

GAMAKNYA orang Kelantan sangat gemar menari. Sebab itulah kerajaan negeri itu terdorong membenarkan tari-menari di majlis keraian. Tapi hanya antara suami isteri.

Begitulah kata anggota Exco kerajaan Kelantan, Takiyuddin Hassan. Tambahnya, itulah tanda keterbukaan kerajaan Pas Kelantan. Juga ditegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan kelab malam atau disko.

Maka sahlah bahawa cakap-cakap bos beliau, Nik Abdul Aziz sebelum ini disalah tafsir, atau tersilap lapor. Atau mungkin tersilap cakap.

Telah dilaporkan sebelum ini bahawa kerajaan negeri akan membenarkan tempat menari ala disko dibuka untuk pelancong, dengan syarat lelaki menari dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Arak sama sekali dilarang.

Membaca laporan itu, Awang percaya tersengih lebar kaum gay dan lesbian di Bukit Bintang. Mereka pun teringin untuk melancong ke Kelantan. Boleh beli keropok, kain batik dan menari sesama mereka. Lelaki dan perempuan Kelantan yang tidak tahu hujung pangkal pun boleh diajak menari.

Awang - Juga tersengih.


aku bengong - aiseh salah lapor ker. melepas noks.



nguLat ngepost | 11:52 PM | |

Sunday, December 17, 2006



aku suka nombor 17. aku suka juga nombor 7. gandingan 77 paling aku suka banget. pendek kata, aku suka apa2 yang berkait dengan angka tersebut. kebetulan 17 adalah tarikh penyatuan chenta aku dan Dia. baru2 ni kontinjen negara kita merangkul 17 perak dan 17 gangsa di temasya sukan asia doha. sayangnya hanya 8 emas saje yang mampu dikutip berbanding sasaran 9. 8 takdak bawa ong. itu 17 perak sama gangsa juga bikin mesia masih setingkat di atas spore gerek. haha

paling signifikan angka 17 dalam hidup aku ialah kira2 29 tahun dolu-dolu, pada tarikh ini, tepat pukul 1.15pm, ketika matahari tinggi segalah, di hospital besau tempat abah menginap sekarang, seorang budak pompuan yang comel lote, kiut miut, macho lagi cantik menawan telah 'uwa uwa' yakni selamat dilahirkan dengan sempurna segala sifat termasuk sifat sengetnya. dia ialah anak sulung pada pasangan mak, 19 tahun dan abah, 29 tahun. bayi comel yang dimaksudkan ittew tak lain dan tak bukan adalah a.k.u. jeng jeng jeng!

maka 17 hari bulang duoblas muncul lagi. kalau tahun lepas, pada tarikh ini aku berada di kl, bersukaria katak. berbeza dengan tahun ini, seharian aku di jb, ke hulu pi keje, ke hilir pi spital. sambut menyambut tiada dalam kamus keluarga. cuma ingatan kawan2 jadi penyegar segala duka dan lara. alhamdulillah.

tapi... 29 ittew tinggal berbelas hari sahaja lagi. melompat ke tahun baru, angka 2 bakal diganti dengan angka 3. 9 bertukar 0. urghhh gerun siot!!!


I'm 15 for a moment
Caught in between 10 and 20
And I'm just dreaming
Counting the ways to where you are
I'm 22 for a moment
She feels better than ever
And we're on fire
Making our way back from Mars

15 there's still time for you
Time to buy and time to lose
15, there's never a wish better than this
When you only got 100 years to live

I'm 33 for a moment
Still the man, but you see I'm a they
A kid on the way
A family on my mind
I'm 45 for a moment
The sea is high
And I'm heading into a crisis
Chasing the years of my life

15 there's still time for you
Time to buy, Time to lose yourself
Within a morning star
15 I'm all right with you
15, there's never a wish better than this
When you only got 100 years to live

Half time goes by
Suddenly you're wise
Another blink of an eye
67 is gone
The sun is getting high
We're moving on...


I'm 99 for a moment
Dying for just another moment
And I'm just dreaming
Counting the ways to where you are
15 there's still time for you
22 I feel her too
33 you're on your way
Every day's a new day...
15 there's still time for you
Time to buy and time to choose
Hey 15, there's never a wish better than this
When you only got 100 years to live


#Five For Fighting - 100 Years



nguLat ngepost | 12:17 PM | |

Thursday, December 07, 2006

dua tiga hari ni dah boleh tersenyum lebar. abah dah mula menyengih2 bila aku buat lawak bodoh. mak tu tensen sangat, maka aku tak boleh tunjuk tensen seperti mak. mak pun terlalu prihatin lebih2 lagi sejak transfer ke GH. ade je keje misi ngan doktor dia tegur. water drip abis lah, tak nitik la, oksigen abis la. yelah sebelum ni treatment kat specialist sumernya tip top. tahu2 duit mengalir ribu2 raban2.

tapi senyuman ini hanyalah lakonan untuk menutup kerisauan berpanjangan. lama lagi abah nak sembuh. lama jugak kena tinggal kat spital. lama bangat aku dan family mengulang spital-rumah. ntah berapa lama tidak dapat dipastikan. yang pasti laaaaamaaaaaa.. perkembangan terkini, doc dah kasi abah minum air ngan makan roti skit2 aje. khabar baik la tu berbanding minggu lepas, saat jantungnya tenat, tika memandang abah macam dah takde harapan... tapi sebenarnya la ni aku risau juga. sesekali bila abah mengerang sakit perut lepas makan tadi. aku tak mahu luka dan kuman dalam perut tu merebak lagi. kalau kat pu3 sah2 doc takkan kasi abah makan lagi nih.

aku pulak, dalam ke'bz'an ke hulu ke hilir, sempatlah jugak aku menonton Cinta malam kelmarin. dengan alasan melepas tensen (giler aku tensen!). ada orang kata citer ni boleh buat air mata mengalir tanpa disedari. puaslah aku menghayatinya, ntah kenapa aku yang selalunya gembeng bila tengok citer sedih2 ni, tak pulak gembeng seperti dikehendaki. agaknya problema yang aku hadapi saat ini lebih dasat daripada permasalahan chenta dalam Cinta, maka ia tidak memberi kesan untuk digembengkan.

dalam pada tensen, sempatlah jugak aku mencuci mata. ramai banget misi cantik mantik lagi comel lote dan kiut miut. alahai. tak tertahan mata ini untuk tidak memandang. baik kat pu3 mahupun GH, sama je situasinya. puaslah aku melepas tensen dengan memandang wajah comel diorang. huhu. plus kat GH plak, ramai doc muda belia. ada yang sebaya arwah adik, ada juga sebaya adik jantan aku tu. depa pun kiut miut gak. cuma muka depa serius memanjang. tahulah penat. pepaham jelah hospital besau.

saat2 macam ni, terutama seminggu dua lepas, terasa bebenor betapa tak bestnya punya adik beradik yang sikit bilangan. since adik lelaki aku tak berapa menyumbang keperah-otakan, maka aku selalu terkenang arwah adik. kalau dia ada, taklah aku tensen macam ni sangat. dan tentunya keputusan yang dia buat berbeza berbanding apa yang aku dan mak putuskan. apa pun, apa jua keputusan yang dibuat, tentu ada pro dan kontra. kami dah berusaha sebaik mungkin, yang lain urusanNYA. berserah dan redha.

sebelum mengundurkan jari, terima kasih tak terhingga buat korang yang sudi singgah di laman bersawang ini mengutus doa dan perangsang. doa kalian dimakbulkan. amin. terima kasih juga buat beberapa orang rakan yang sudi menghubungi aku, bertanya khabar selalu walaupun kalian jauh banget. aku sangat2 menghargainya. saat2 macam ni, walaupun bantuan kewangan yg diperlukan, tapi bukan itu yang aku minta. wang boleh aku cari dan urusin. tapi yang sukar dicari ialah teman mendengar luahan dan mungkin sudi memberi buah pikiran. almaklum buah pikiran aku dah terbantut membuah. sudi bagi pinjam telinga aje dengar aku membebel dan menceceh pun kira dah membantu sangat2. menceceh jugaklah aku dengan si Dia tersayang, bilalah nak mai sini sayang oiii....

waktu2 macam ni perasaan juga teramat sensitif. mudah terusik dengan karenah orang-orangan. mulalah membeza2 sapa yang boleh diharap dengan sapa jangan menyimpan harapan. sampai termimpi2 gitu. saudara mara macam tu jugak. time nak pinjam duit, nak mintak tolong, pandai merayu2 bermanis mulut berbicara. datang tak kira masa. pijak semut tak mati. tapi time kita susah, jangankan datang menjengok, telefon pun tidak. senyap gila-gilaan. bukannya aku nak nuntut hutang pung. agaknya depa ni, bila orang dah mati, baru mengada2 tunjuk simpati. jangan harap aku nak layan.

akhir tapi bukan terakhir, kalau korang sakit2 teramat, jumpa doc tapi doc cakap takde apa2, cuma kurang vitamin je misalnya (kurang vitamin C!), jangan ler percaya bolat2. cepat2lah minta 2nd opinion daripada doc lain pula. susah2 sangat terus xray satu badan. hehehe. take care guys. peace. adios.


p/s : hepi besday to kay. 10 hari lagi kita makang kek sama2 ek. aku nak kek cokolat besau. (haiya bukan kay baca pung!)



nguLat ngepost | 11:53 PM | |

Saturday, December 02, 2006

to my fren d0212y,



nguLat ngepost | 11:32 PM | |

di bawah lembayung pelangi

a member of the

SengetianS


skodeng



+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+

+sekapal+
+lilylotus+
+blue+
+zaffey+
+yatt+
+payid+
+elenaoz+
+nasik+
+isrockstar+
+jj78+
+asya+
+dyke+
+rozek+
+afy+
+th3undefined+
+jL+
+laut+
+eid+
+fdb+
+froggie+
+armz+
+fiq+
+shajime+
+elsilver+
+armie+
+shay+
+han+
+arD+

+AfterEllen+
+Sengetians+
+WWLW+
+Butches Inc+
+for PLU+
+Pink Lemonz+
+Les Worlds+
+Queer Filter+
+PlanetOut+
+The L Word+
+Queer Jihad+
+Fridae+
+Al-Fatiha+
+Herstory+

template by +Lonelyger+
hosted by +Blogger+



Listed on Blogwise

This page is powered by Blogger. Isn't yours?


Free Web Counter