![]() |
|
|
Sunday, May 13, 2007 Setahun sudah berlalu tika sambutan hari ibu dirai setahun sudah, mak kehilangan salah seorang daripada tiga permata berharganya, arwah Adik. bukan sekadar mengandung, melahir dan membesarkan selama 27 tahun menjadi permata kesayangan keluarga, malah mak juga mengiringi hari terakhirnya di muka bumi, pada hari ibu itu, menuju ke persemadian abadi, kembali menemui sang Maha Pencipta. mungkin ramai yang mengenang tanggal 13 mei sebagai satu titik hitam dalam sejarah negara, namun ingatan kami pula beralih pada peristiwa berdarah yang merubah kehidupan kami sekeluarga. hari ini bagi kami bukan setakat sambutan hari ibu atau mengingati kembali sejarah rusuhan 13 mei 69. hari ini bagi kami adalah hari imbauan setahun yang lalu saat arwah adik meninggalkan keluarga ini. saat jasad dan roh terpisah dari badan. saat kami kehilangannya buat selama-lamanya. masih segar dalam ingatan. bagai terngiang-ngiang setiap detik apa yang berlaku pada hari itu dalam minda sedarku. segalanya masih hangat bagai semalam baru berlalu... aku kembali dari persandingan teman [buat aff, selamat bergelar ibu], mendengar panggilan telefon dan jawapan abah yang mengundang kerisauan berganda, memandu dengan juraian manik menitis saat abah memberitahu adik dah tiada, malam yang dirasakan panjang dengan tangisan dan rintihan, kemudian melalui saat perpisahan empat sahabat, perpisahan terasing dan abadi. sesungguhnya masa pantas berlari tanpa sedar. aku menghindarkan diri daripada berbicara hal ini dengan abah dan mak. aku tak mahu melihat mereka bersedih. kerana ia pasti akan menambah kesakitan yang ditanggung abah. aku juga menahan diri daripada menghamburkan kesedihan. namun ia pecah jua saat dealova berkumandang di corong radio tika aku memandu menuju ke opis awal malam tadi. sepanjang hari ini aku mendengar bermacam lagu bertema ibu yang pasti lebih syahdu dan mencengkam perasaan namun aku masih bertahan. akan tetapi penangan dealova tak mampu aku tangkis. inilah lagu yang aku semadikan di sini setahun yang lalu. lagu ingatan khasku buat arwah adik. pastinya hari ini juga bukan setakat kami sekeluarga sahaja mengenangnya. tiga lagi keluarga turut merasai kepiluan kehilangan anak2 yang dikasihi, bersama segala kenangan yang tidak mungkin luput daripada ingatan buat selama-lamanya. bersama segala kesakitan menahan rindu di lubuk hati. takkan pudar, takkan hindar. al-Fatihah. nguLat ngepost | 11:53 PM | | |
.aku senget
.penaja
.kroni .meh borak .komentar
.arkib negara
+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+
+August 2008+
+September 2008+
+October 2008+
.port senget
+AfterEllen+ .shukran
template by +Lonelyger+ |