kampung nyerrr kampung gue
Saturday, June 30, 2007
gue kat kampung la ni, di sebuah taman dalam bandar jb. heheh. haruslah kan bila dah keje merantau, dan sesekali balik hometown, dapatlah bagitau orang yang kita balik kampung walaupun sebenarnya kampung kita tu sebuah lagi bandaraya yang besaq gedabak. huhuh. fuiyooo! seronok giler perasaan aku bila dapat pusing2 satu jb dan jengok kembali bilik terchenta. oh katilku oh tvku.. aduh! macam takmo balik kl aje. hahah..
genap sebulan gue keje di kl. korang nak tahu tak, banyak perubahan berlaku kat aku dan badan aku sejak dok sini. antaranya..
- gue makin menggumuk. isu gue yang tak berpenghujung. mak aku tegur "eh kak, badan ko ni makin naik ek?" tuler, aku pun heran. patutnya bila dok bujang harus kurang makan. ni selera bertambah2. kalau kat opis, musti kena sarap n lunch. orang pi kafe, kita pun ikut pi kafe. pastu banyak kali plak makan free. makan malam, osmet ku rajin plak masak. kenalah menjamah. kalau bertandang rumah jiran sepelaung pun, aku akan makan lagi juadah orang lain. dah orang jemput makan, makan ler. ingat pepatang melayu, rezeki jangan ditolak, awek harus dicari. hahah. pastu bila lepak luar, harus makan jugak. aduh! aku malas giler nak diet acam sorang kawan tuh yang dah turun 3 kilo. seksa beng menahan lapar. sebab tekak gue mau makan dan mulut mau kunyah2an. acamana?
- tidur lewat bangun cepat. kekadang tidur cepat gak dan bangun pun makin cepat. paling ketara kalau gue letak kepala kat memana, pastu pejam mata jer gerenti gue belayar krohh krohhh. kejadian ini akan berlaku tak kira pukul berapa, hatta pukul 8 malam pun, tatkala malam masih muda dan terang benderang, gue boleh tertidur sampai pagi dan tak mandi2. ajaib. dedulu kat jb, gue boleh berjaga sampai subuh pagi. la ni, jangan harap!
- gue letak jawatan sebagai antu tv. title itu harus ditarik balik kerana gue dah tak lagi menjadi penonton tv tegar. jangan tanya kat aku perkembangan terkini ugly betty atau desperate housewives misalnya, memang aku tak tahu. bila dok kl nih, tetiba aku jadik tak kisah dengan tv. cuma satu jer, dalam hati masih rindu dengan akak ellen dan teds. ya.. aku tahu astro ch70 dah mula tayang teds. tapi gue tetap melepas, selalunya terlupa nak tonton ulangannya jam 12am sebab waktu tu sama ada gue tengah ngeteh, atau pi nyibuk rumah orang berborak bagai, atau gue sibuk siapkan assignment, atau gue tengah gosok baju yang takmo tegang2, atau pung gue dah lena di alam mimpi. dan atau2 lain yang memacam. eh chop2, sempat jugak aku tengok expose episode pencinta wanita dan 360. no komen. komen gue dah basi.
- shopping tak henggat. setiap hujung minggu, gue harus keluar membeli dan membelah gedung2 di sekitar kuala lumpur mencari baju keje yang berkenan di mata dan di badan. giler kumpul koleksi dan sampai la ni masih tak mencukupi. yelah, badan gue extra special, harus mencari yang sesuai segenap aspek. hahaha. sementara ringgit malaysia tengah berkepuk ni bolehlah. karang bila dah pokai, rasakan penangan kerja merantau!
- jarang-jarang dapat online. mati kutu gue. dalam seminggu ni jer baru dapat online selalu. itupun gue tetap tak sempat menyelinap masuk sengetians. blog pun jenguk kejap ajelah. maka hari ni di jb bila gue jengok forum tuh, banyaklah thread terpaksa gue skip. tak sanggup menelaah panjang. haru sungguh.
ha.. itulah antara perubahan yang ketara. ekceli ada lagi yang paling ketara, yang ada kena mengena dengan entry sebelum ini. gue dah menjalankan misi pemberontakan ittew dan dikira mission accomplished, sukses banget walaupun gue berpeluh sakan jugak. tapi sukses itu hanya dalam sekelompok kecil. gue masih berdebar menanti reaksi orang lain bila tiba masanya nanti. aiyoyoyo, apakah ittew? sebelum ni gue kata mau bercerita kan.. tapi gue mahu berahsia lagi. biarkan rahsia itu tetap misteri. barulah diri gue misteri jugak. hahaha. iyolah labu. daa..
nguLat ngepost | 10:26 PM | |