![]() |
|
|
Wednesday, January 24, 2007 antara sengetian yang aku angan2 mahu jumpain banget. bila ntahnye ek.. ![]() On September 7, 2006, DeGeneres was chosen to host the 79th Academy Awards ceremony, which will take place on February 25, 2007. tinggal sebulan lagi dan aku membilang hari. don't miss it! pic taken from The Ellen Degeneres Show nguLat ngepost | 10:27 PM | | Tuesday, January 16, 2007 bengawan solo.. riwayatmu ini.. sedari dulu jadi perhatian insani.. di musim kemarau.. tak berapa airmu.. di musim hujan air mengalir sampai jauh.. pertama kali aku menonton wayang sensorang. mula2 aku rasa merapu dan poyo sungguh. yelah tak pernah buat macam ni. kalau shopping ke, mengirai ke, aku dah tak heran. aku ok je merayau sorang2. tapi kalau tengok wayang, baru la ni merasa betapa tak beshnya perbuatan ittew. sepatutnya my dear Dia turun jb bercuti di sini semalam dan hari ni. namun akibat gelombang banjir kali ke dua yang lebih dasyat daripada pertama dan banjir ittew masih lagi menenggelamkan laluan di jalanan, maka rancangan kaw2 kami terbantut dek hukum alam. apa nak buat. nasib ko lar labu. bila dah sensorang, mulalah bermain dengan henpon. sms buat report sudah mesti. tapi kalau tak sms pun, buat2 bz dengan henpon. konon la. asal tak nampak poyo dan kebohsanan walaupun hakikatnya aku bohsan tahap cipan tenuk ular sawa semua ada saat menunggu di luar panggung. tapi bila dah masuk, dah duduk, dah enak menyantap bertih jagung krrup krrap krrup krrap, dan mata asyik melayan cerita, maka hilanglah bohsan cipan tu sampai masa berlalu pun tak sedar. ![]() pandang-pandang jeling-jeling pusing-pusing baring-baring aku nonton cerita apa lagi? cerita ni lah yang aku dok canang-canangin. oleh kerana sakit hati mencari cetakan lanun tak jumpa2, maka tidak boleh tidak aku mewajibkan diri menonton Berbagi Suami walaupun terpaksa keseorangan menahan kesejukan tiada awek berbagi kehangatan. hehe.. rasa teruja tak mampu ditahan2 saat sekapal sms mengkhabar berita kesyiokkan (tanda dah nontonlah tu eheh). lagipun, mana boleh jadi bila tukang canang tak tengok lagi. tak betul tu. tak betul sesangat. apapun, lega hajat besau dah ditunai. bila tiba adegan Siti dan Dwi, aku sengih sampai ke telinga. gelak2 kucil lagi. nasib baik takde orang di kiri dan kanan. nasib buruk plak nonton sensorang begini, tak boleh berbagi perasaan, berkongsi sengihan. hampeh. a'ha, seperti dijangka, adegan2 wajib ditonton kelihatan seperti dikeratin oleh lembaga hantu sensor. pokoknya selepas ini wajib banget mencari dvd ka vcd ka, tak kiralah lanun ka ori ka, untuk mencari adegan2 yang hilang. aku juga sangat tidak puas dengan riwayat chenta Siti dan Dwi. terasa singkat sekali adegan2 mereka berdua. mau dipanjang-panjangin dengan lebih detail. huhu. dasar jiwa senget nan kacau! secara keseluruhan, Berbagi Suami sangat menyegarkan (meminjam kata sekapal). kalau bukan tarikan chenta sesama madu pun, filem ini wajar ditontoni. semuanya serba mantap. macam2 ada. aiseh terlebih2 canang plak ek. bukan dapat komisen pun. tahu takpe. hehe uLat : terkenang zaman sekolahan. melagu Bengawan Solo. sangat mengesan di benak. nguLat ngepost | 11:13 PM | | Sunday, January 14, 2007 Be with me, my beloved love, that my smile may not fade.. lembab. super duper lembab. malah seakan menonton filem bisu adanya. seakan juga mengajak aku merasai pengalaman menjadi orang bisu dan pekak yang hanya menggunakan mata sebagai pancaindera menterjemahkan segala perasaan menerusi pandangan. dengan babak demi babak yang terlompat2 seperti kepingan jigsaw puzzle bertaburan, juga ketiadaan sinopsis sebagai panduan (sekali tulisan cina da), hampir bercelaru otak ku jadinya. namun aku masih bertahan di sebalik kelembapan yang amat, dan ia mampu membuat aku berderai di hujung penantian. salute. ![]() Be With Me, sebuah filem indie yang banyak menerima penghargaan di festival2 filem seantero dunia adalah sebuah filem dari Singapura di bawah arahan pengarah berbakat, Eric Khoo, juga orang Singapura. kenapa aku menonton dengan filem ini? alkisah, pada satu hari yang tenang, ntah di tahun lepas atau sebelumnya aku pun sudah tak ingat, saat menonton berita menerusi saluran 5 Singapura, ia telah memaparkan sedutan filem ini yang mana salah satu adegannya memperihalkan cinta senget! kontroversi gitu. ya aku kan seakan ada magnet dengan segala-mala filem atau drama bercerita senget. jangan tak tahu ittew dong. maka sejak itu aku mencari ia di segenap sudut dan jejak tokei lanun namun tak juga ketemu. hanya baru2 ini saat melungsuri sebuah laman web 1001 filem edaran sang lanun, dan semalam pula menjejak diri membelinya, maka dapatlah aku menyaksi dengan mata kepala sendiri tang mana sengetnya ittew. filem ini mengambil pendekatan yang sama seperti Berbagi Suami, If These Walls Could Talk 2 juga The Hours, mempunyai 3 cerita yang berbeza tema namun berkongsi satu harapan yang sama iaitu ingin bersama yang tercinta. cerita yang menunjangi filem ini bertajuk Meant To Be iaitu kisah seorang apek yang patah hati setelah kematian isteri namun semangatnya memulih setelah membaca sebuah autobiografi kisah benar lagi nyata kehidupan seorang nyonya yang cacat penglihatan juga tidak boleh mendengar bernama Theresa Chan. filem ini sebenarnya diinspirasi daripada kisah hidup Theresa yang turut berlakon menjadi dirinya sendiri. (sedih siot kisah nyonya ni..) manakala Finding Love adalah kisah lelaki gumuk yang amat lagi kuat makan, berkerja sebagai pengawal keselamatan yang menyimpan perasaan pada seorang pompuan jelita, kelas lagi berkerjaya. berhasrat meluah perasaan menerusi surat chenta. ![]() dan cerita senget itu pula bertajuk So In Love, berkisar chenta 2 gadis anak sekolahan yang bermula dengan chatting, kemudian bertemu tiba2 merindu dan akhirnya bersatu namun setelah itu, salah seorang menghindar lalu mendajal dengan jantan membuat seorang lagi terpinga2 merindu sendirian. setelah sms demi sms, pertanyaan demi pertanyaan tidak dijawab lalu sang pencinta setia berhasrat membunuh diri. kedengaran tragis namun endingnya lebih tragis dan sadis. filem ini tidak dipecahkan mengikut urutan cerita seperti 1,2,3. semua babak dalam 3 cerita ini bercampur-gaul antara satu sama lain, membuatkan aku terpinga2 seketika di permulaan cerita kerana otak sibuk memadankan babak apa dengan cerita yang mana. kesengsaraan itu ditambah dengan penggunaan dialog yang minima (hampir tiada benarnya!), serba minimalist kata sang review, maka semakin pusinglah aku. hanya dipertengahan cerita barulah aku mendapat petunjuk nan cahaya setelah naratif berkata2 menjadikan aku lebih teruja dan tekun menonton hingga manik2 mataku berderai jua.. bagi mereka yang suka dengan filem cepat lagi pantas seperti mee segera, filem ini tidak sesuai untuk ditonton dan dihadam suka2. tapi kalau mereka penggemar filem2 indie, maka mereka sendiri tahu akan kewajarannya. sumber : zhaowei.com & filmmovement nguLat ngepost | 11:46 PM | | Wednesday, January 10, 2007 ![]() aku mahu melelong ini barang.. siri senget terhaibat the L word season 3. kondisi elok lagi. kalau tak aku tak jual beng. ada 3 disc dan datang dalam box set. cantik ma. harega..RM30 termasuk ongkos pos kalau jauh banget. RM25 kalau hulur pakai tangan montel aku aje. apapung, sumer boleh dirunding. sapa mau atau berkenan ka, boleh kontek aku kat layarimpian@gmail.com macam biasa, sapa cepat dia dapat ler nonton. wokey kengkawang! nguLat ngepost | 11:19 PM | | Sunday, January 07, 2007 Kisahnya bermula apabila Siti seorang gadis Jawa berhijrah ke Jakarta untuk memperoleh kehidupan lebih baik. Setibanya di kota, dia menumpang di rumah bapa saudaranya, Pak Lik bersama kedua-dua isterinya. Siti yang mulanya aneh melihat keakraban isteri-isteri Pak Lik yang mampu tinggal sebumbung dalam keadaan harmonis akhirnya dapat membiasakan diri dengan keadaan itu. Tanpa pernah menduga, Siti terpaksa akur apabila menjadi isteri ketiga pak ciknya sendiri. dapatkah anda menangkap maksud cerita di atas? kalau ya, anda benar2 super senget! sebenarnya sedutan tersebut adalah antara jalan cerita yang dipaparkan dalam filem Berbagi Suami arahan pengarah kontroversi Indonesia, Nia Dinata (ingat Arisan!) yang bakal masuk ke panggung kita pada 11 Januari ini. filem ini mengandungi tiga cerita, tiga case studies yang bertemakan poligami dalam perkahwinan stret. eh part mana yang senget? haa tang sengetnya tiba apabila sang madu berpacaran sesama madu. walla! ![]() watak Siti dalam filem ini dilakonkan oleh Shanty, penyanyi yang melonjak dengan lagu Hanya Memuji dan juga VJ MTV yang pernah berlakon di dalam filem senget Indo, Detik Terakhir. bercakap mengenai Detik Terakhir, pada mulanya Shanty ditawar melakonkan watak utama, tetapi atas kesibukan jadual kerja sebagai penyanyi, maka dia hanya menerima peran kecil, sebagai Helena, namun tetap memberi impak senget, bercomolot jugak Helena dengan Regi, watak senget utama dalam filem itu. manakala menerusi Berbagi Suami pula, Shanty diberi peran utama sebagai Siti, seperti sedutan di atas, menjadi isteri ketiga kepada pak cik sendiri dan akhirnya bercinta dengan madu keduanya, lakonan Rieke Diah. menarik bukan? tang senget tu memang menarik perhatian saya tetapi secara keseluruhan menerusi jalan cerita, mesej, isu dan mutu lakonan, filem ini mempunyai kekuatan tersendiri walaupun temanya dibenci kebanyakan wanita. Berbagi Suami pernah menerima Anugerah Filem Terbaik di pertandingan Festival Filem Antarabangsa Hawaii. selain itu menerusi Festival Filem Indonesia 2006, Nia Dinata dicalonkan sebagai Sutradara Terbaik manakala Shanty sendiri turut menerima pencalonan sebagai Pelakon Wanita Terbaik. sayangnya Nia tidak menang dan Shanty juga kecundang di tangan Nirina Zubir (Heart) dalam festival yang menimbulkan kontroversi dan protes.** sebetulnya saya belum menonton lagi dong. baca aja di koran dan tenet. hehe.. jom nonton! ------------------ nota di kaki blog : ** 27 bintang tersohor Indonesia termasuk Dian Sastrowardoyo (Aktres Terbaik 2004- AADC), Nia Dinata (Filem Terbaik 2004 - Arisan) dan Melly Goeslow (Penata Muzik Terbaik 2005 & 2006) telah memulangkan trofi kemenangan yang diraih mereka sejak FFI 2004 sebagai tanda protes atas kemenangan filem Ekskul yang diangkat filem terbaik sedangkan ia dinilai telah melakukan pelanggaran hak cipta dalam penggunaan ilustrasi muzik yang didakwa diciplak dari luar negara. sumber : 1) Harian Metro, Sabtu 6 Januari 2007 2) Kosmo, Ahad 7 Januari 2007 3) Wikipedia FFI 2006 nguLat ngepost | 11:35 PM | | Wednesday, January 03, 2007 mari saya mulakan entry di tahun baru dengan berita-beriti senget. oleh kerana akhbar ini tiada laman sawang untuk saya tumpang tiru dan tampal, maka tanpa dipaksa2 saya menjadi terlampau rajin menyenam jari-jemari yang gumuk ini selepas menyantap segala daging-maging di cuti panjang yang pendek. tiada adegan atau kata2 tidak elok untuk memulakan dosa di awal tahun, cuma memerlukan perhatian mata untuk latihan membaca. saya baca Kosmo! hari ni punya, cilok 4 laman paper opis bawak balik rumah. opss! tajuk hangat memukau mata (terpukau mata saya pasal depa bubuh title depan paper macam biasa tarik perhatian) ok tajuknya ialah Pasangan lesbian tuntut hak; Ann Louise Gilligan dan Katherine Zappone pasangan lesbian yang pertama di Ireland membawa kes perkahwinan mereka ke mahkamah untuk mendapat pengiktirafan. Bagaimanakah nasib mereka? yeah, segala senaman bermula di sini... Sepasang lesbian yang telah berkahwin secara sah di Kanada gagal mendapat pengiktirafan hak perundangan seperti pasangan heteroseksual di Ireland. Ann Louise Gilligan dan Katherine Zappone yang berkahwin di Vancouver, British Columbia pada September 2003, merupakan pasangan lesbian pertama di Ireland yang membawa kes perkahwinan mereka ke mahkamah untuk pengiktirafan. Dalam penghakiman setebal 138 muka surat, hakim Mahkamah Tinggi Elizabeth Dunne berkata, perlembagaan Ireland sejak tahun 1937 tidak mengiktiraf perkahwinan sesama jantina dan bertanggungjawab melindungi konstitusi perkahwinan daripada tergugat. "Dalam kes ini, mahkamah diminta memberi tafsiran baru mengenai institusi perkahwinan agar ia membawa makna yang lebih jelas. Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini," jelas Dunne yang merujuk kepada beberapa siri penghakiman yang berkaitan dengan perkahwinan antara seorang wanita dan seorang lelaki. Bagi kes Gilligan dan Zappone, katanya: "Tidak akan diberi layanan istimewa seperti pasangan heteroseksual yang tidak berkahwin." Dunne menambah, terpulang kepada penguatkuasa undang-undang dan pengundi untuk memutuskan sama ada perlu untuk meminda perlembagaan dan memberi cukai penuh serta hak warisan kepada pasangan gay termasuk pasangan heteroseksual yang belum berkahwin. Bancian Ireland yang terbaru melaporkan, terdapat 77,600 kes perhubungan sulit bersama pasangan yang tidak berkahwin dan daripada jumlah tersebut, 1300 adalah homoseksual. Hakim itu meminta supaya penguatkuasa undang-undang segera menangani masalah yang timbul berkaitan kes pasangan sejenis, agar ia tidak mengambil tempoh yang lama. Kes yang meraih perhatian ini menarik perhatian keseluruhan rakyat negara itu yang berpopulasi 4.2 juta orang. Di negara yang didominasi ajaran Roman Katolik itu, hubungan seksual telah diharamkan sehingga tahun 1993. Gilligan dan Zappone melahirkan rasa kecewa dengan penghakiman tersebut tetapi mereka tetap akan membacanya secara terperinci sebelum mengambil keputusan membawa kes mereka ke Mahkamah Agung. "Kami percaya bahawa Ireland adalah sebuah negara yang menegakkan keadilan dan hak saksama kepada semua. Kami juga percaya, perlembagaan Ireland akan melindungi hak asasi kami seperti mana ia melindungi orang lain," ujar Zappone, yang merupakan salah seorang ahli Suruhanjaya Hak Asasi yang dilantik oleh kerajaan sebagai badan penasihat. ![]() Ann Louise Gilligan (kiri), dan Katherine Zappone. 25 tahun bersama sampai beruban depa ni tapi masih bercintan-cintun. Gilligan, seorang pensyarah falsafah di Kolej Dublin, adalah seorang warganegara Ireland dan bekas rahib Katolik. Zappone pula adalah seorang warganegara Amerika dari Seattle, Washington. Mereka bertemu di Kolej Boston pada tahun 1981 dan berikrar untuk menjalinkan hubungan dalam satu majlis do Rockport, Massachusetts pada tahun 1982 sebelum menetap di Ireland. Hari ini, mereka berdua sudah memiliki dua buah rumah. Kekecohan bermula pada tahun 2004 selepas agensi pengutip cukai Ireland, Suruhanjaya Pendapatan enggan membenarkan mereka memfailkan cukai dan mendapat pampasan cukai penuh ke atas harta yang digada sebagaimana pasangan berkahwin. Pasangan itu juga sedar, jika salah seorang daripada mereka meninggal dunia, orang yang masih hidup itu pasti menghadapi kesukaran mendapat hak ke atas harta pasangannya. Selain itu, pasangan lesbian yang masih hidup berkemungkinan besar terpaksa membayar cukai yang tinggi berbanding janda heteroseksual. Kontroversi mereka itu menyamai sebuah kes di Britain iaitu sepasang lesbian gagal mendapat pengiktirafan perkahwinan di bawah perundangan British pada tahun 2005 tetapi disahkan di Vancouver pada tahun 2003. Berbeza dengan Ireland, Britain telah pun menerima hak perkahwinan pasangan homoseksual yang mendaftar komitmen mereka secara sah di bawah konsep 'perhubungan sivil' Denmark adalah negara pertama yang meluluskan perhubungan sesama jenis pada tahun 1989. Negara-negara Kesatuan Eropah lain yang turut mengikut jejak langkah ini adalah Belgium, Perancis, Jerman, Netherlands, Norway, Portugal, Sepanyol dan Sweden. Di Amerika Syarikat (AS), hanya Massachusetts membenarkan perkahwinan gay dan beberapa negeri lain memberikan separuh hak asasi kepada pasangan gay. Namun, Dunne berkata, banyak negara meneruskan usaha untuk tidak mengiktiraf perhubungan sebegitu. "Persetujuan di serata dunia tidak menyokong pergerakan perkahwinan sesama jenis yang semakin meluas." untuk citer lanjut, lawat depa punya website - KAL Case uLat ~ ayat terbesar ittew mengingatkan saya akan kisah ketiga dalam filem If These Walls Could Talk 2. tak mo ar jadi macam tu. sedih siut.. isk isk nguLat ngepost | 11:55 PM | | |
.aku senget
.kroni .layan jiwang
.meh borak .arkib negara
+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+
.spot lepak
+sekapal+ .port senget
+AfterEllen+ .shukran
template by +Lonelyger+ |