![]() |
|
|
Thursday, May 31, 2007 wei korang, aga gareba? aku sehat dalam tenat kepenatan. petang tadi tengah sibuk2 mundar mandir, sempat gak aku menimbang badan yang makin memboyak nih, aktiviti yang aku hindari setelah jeans makin mengetat dan aku makin mengelat. fuiyoo berat gue melebihi daripada sepatutnya. tak percaya dan tak ku sangka, cempedak yang shedap menjadi lemak rupanya. harap2 kepenatan dan perpeluhan yang aku jana dalam seminggu dua nih, dapat menyingkirkan toksik2 dan mencairkan lelemak tepu spare tyre. Sesat di Kuala Lumpur nguLat ngepost | 12:26 AM | | Wednesday, May 23, 2007 TANGANNYA yang kokoh tapi diselimuti kulit halus, menggapai lengan saya dengan sentuhan aneh. "Ini lembaran press release punya kamu," katanya simpatik, sambil menyerahkan lembar kertas tak penting itu. Yang membuat saya diam beberapa detik, adalah pandangan tajamnya. Yang tak pergi-pergi dari bola mata saya. Ia juga tidak menjauh. Sehingga saya bisa menangkap seluruh gambaran tubuhnya. Termasuk dua gundukan di dadanya. Astaga. Dia perempuan! "Nama saya Jo…" Suaranya bariton. Kemudian hari-hari saya bergulir, mengantarkan "astaga" demi "astaga" lainnya. Mulanya saya terenyak. Lalu berusaha memaklumi. Memahami. Semakin mengerti. Kemudian hanyut di dalamnya. Dia seperti udara yang menelusup begitu saja dalam relung hidup saya. Dia perempuan. Saya perempuan. Kami bercinta. (m/s 9) Santi Arifin, karakter utama Dicintai Jo digambarkan sebagai seorang yang kurang keyakinan dan tidak percaya diri lagi naif banget, walaupun bertugas sebagai wartawan di sebuah majalah perempuan ngetop seindonesia, Elenna. Dalam ketidakyakinan itu, dia menyimpan khayalan dan hasrat menggunung mahu mendampingi Erlangga, pria tampan, bergaya lagi kaya setelah bertembung di sebuah press conference. Sehinggalah Santi berkenalan dengan Jo, seorang arkitek yang kemudian berjaya merubah hidup, penampilan dan keyakinannya. Bagi Santi, Jo seperti malaikat yang hadir di saat dirinya sentiasa merasa buruk di mata orang. Dia memerlukan Jo kerana Jo ibarat suntikan semangat Santi untuk terus memburu Erlangga. Jo telah merubah segala buruk yang dirasa dan ikhlas menerima Santi seadanya. Jo membawanya melangkah ke dunia baru yang mengasyikkan khayalnya. Tanpa Santi sedar, Jo sebenarnya lesbian dan dalam diam mencintai dirinya. Dalam semangat yang membuai bahagia, Santi terjerumus dalam permasalahan2 tak diduga dengan khayalan tak kesampaian, yang menjerat dan mengeliru. Dicintai Jo adalah sebuah novel senget dari Indonesia hasil nukilan Alberthiene Endah (AE), yang juga penulis novel Jangan Berikan Aku Narkoba, sebuah novel psikologi senget yang telah difilemkan dengan judul Detik Terakhir, filem yang telah aku miliki, namun bukunya belum lagi. Malah Dicintai Jo juga telah diangkat menjadi telefilem (cerekarama) dan telah ditayangkan di stesen tv Indonesia pada tahun lepas. Garapan bahasa dalam novel ini mudah difahami dan tidak terlalu menggunakan bahasa pasar Indonesia kecuali pada ayat2 perbualan. Walaupun begitu, ada jugalah perkataan2 yang aku tak dapat tangkap maksudnya sehingga terpaksa sms teman bertanya. Itupun sekali jelah aku buat kamus sms, pastu tak kuasa kerana lecehnya mengganggu kosentrasi. Nak tak nak, layan sajalah perasaan dalam kerutan. hahaha. Bagi aku, watak Santi terlalu naif digambarkan, naif untuk menjadi wartawan sehingga aku geram banget sama dia. Aku geram sebab aku mudah saja menebak watak2 penting yang berlegar sekitar hidup Santi sedangkan diri Santi tetapler mengong dan naif memanjang. Tapi itulah kekuatan novel ini, ia menghiburkan dengan cara membuat kita geram dan teruja, tak bisa berhenti membacanya dan terus larut seperti sedang ingin bercinta. Namun akhirnya di saat bunga2 cinta berkembang dan meremang, aku dihidangkan dengan pengakhiran yang meluluhkan mata hati jiwa. Dush! Aku terjatuh lalu tergolek dog. Emosi ku dipermainkan. Bijak2. Kita minum Dalam pada itu, AE mengangkat isu lesbianisme dari sisi yang berbeza berbanding konflik2 klise yang sering digambarkan dalam percintaan sejenis. Ia melihatnya dari sudut positif sementelah isu lesbian dan gay kini menjadi sebahagian realiti kehidupan yang tidak boleh dihindar dan dinafikan lagi. Seperti petikan di bawah, antara kata2 mengesan yang menjadi kegemaran aku.. "Dunia harus belajar, bahwa lesbian bukan virus. Bukan aib. Lesbian adalah sebentuk rasa. Yang harus dihargai, dan dimengerti. Persahabatan saya dengan Jo adalah kedekatan yang tidak perlu diperdebatkan. Teori cinta yang dianut Jo sama saja dengan kebanyakan orang. Hanya objeknya berbeda." (m/s 189)Bila dah baca novel ini, aku tak sabar pula menanti produk telefilem Dicintai Jo. Adakah ia bisa merembeskan adrenaline keterujaan sama seperti membaca novelnya? Itulah persoalan utama bila novel diangkat ke layar lebar. Teman aku bilang novel Jangan Berikan Aku Narkoba lebih masyuk berbanding filemnya Detik Terakhir. Kalau gitu, haruslah aku mencari novel ittew. Sebenarnya banyak lagi novel2 senget karya novelis Indonesia yang berada di pasaran buku di sana. Mereka benar2 menikmati zaman kebebasan berkarya dan bersuara yang diperolehi saat reformasi. Novel senget kita, ntah zaman bila la yea? uLat : masih mencari2 Bunga Jantan, novel remaja awal 90an. nguLat ngepost | 12:15 AM | | Thursday, May 17, 2007 ![]() dicintai Jo novel senget dari indo pemberian teman senget nan jauh merantau bertandang melelah rindu terima kasih mari meronggeng review menyusul seusai diskodeng #################### ![]() sepanjang hari diawang-awangan sengih terukir tak tentu pasal dalam teruja risau menjengok dalam bebas diri digari mengganggu senyuman mematah anganan masa depan atau tanggungjawab terjerat antara dua persimpangan dilema... ooooo nguLat ngepost | 11:28 PM | | Wednesday, May 16, 2007 semalam aku geram betul. benar2 menguji kesabaran aku. nak menjerit dah tengah malam. nak ulang semula segala idea yang dah dicurah, ah tak koser beta. lebih baik ngorok dan berkhayal dalam mimpi. nguLat ngepost | 10:37 PM | | Tuesday, May 15, 2007 aku penat dan aku ngantuk. aku giler dan sakit hati. penat aku taip pepanjang pastu hilang tanpa sempat di publish. nak undo pun tak boleh. adush samdol betul jari gue!!! warghhhh!! aku nak nangis :( nguLat ngepost | 11:01 PM | | Sunday, May 13, 2007 Setahun sudah berlalu tika sambutan hari ibu dirai setahun sudah, mak kehilangan salah seorang daripada tiga permata berharganya, arwah Adik. bukan sekadar mengandung, melahir dan membesarkan selama 27 tahun menjadi permata kesayangan keluarga, malah mak juga mengiringi hari terakhirnya di muka bumi, pada hari ibu itu, menuju ke persemadian abadi, kembali menemui sang Maha Pencipta. mungkin ramai yang mengenang tanggal 13 mei sebagai satu titik hitam dalam sejarah negara, namun ingatan kami pula beralih pada peristiwa berdarah yang merubah kehidupan kami sekeluarga. hari ini bagi kami bukan setakat sambutan hari ibu atau mengingati kembali sejarah rusuhan 13 mei 69. hari ini bagi kami adalah hari imbauan setahun yang lalu saat arwah adik meninggalkan keluarga ini. saat jasad dan roh terpisah dari badan. saat kami kehilangannya buat selama-lamanya. masih segar dalam ingatan. bagai terngiang-ngiang setiap detik apa yang berlaku pada hari itu dalam minda sedarku. segalanya masih hangat bagai semalam baru berlalu... aku kembali dari persandingan teman [buat aff, selamat bergelar ibu], mendengar panggilan telefon dan jawapan abah yang mengundang kerisauan berganda, memandu dengan juraian manik menitis saat abah memberitahu adik dah tiada, malam yang dirasakan panjang dengan tangisan dan rintihan, kemudian melalui saat perpisahan empat sahabat, perpisahan terasing dan abadi. sesungguhnya masa pantas berlari tanpa sedar. aku menghindarkan diri daripada berbicara hal ini dengan abah dan mak. aku tak mahu melihat mereka bersedih. kerana ia pasti akan menambah kesakitan yang ditanggung abah. aku juga menahan diri daripada menghamburkan kesedihan. namun ia pecah jua saat dealova berkumandang di corong radio tika aku memandu menuju ke opis awal malam tadi. sepanjang hari ini aku mendengar bermacam lagu bertema ibu yang pasti lebih syahdu dan mencengkam perasaan namun aku masih bertahan. akan tetapi penangan dealova tak mampu aku tangkis. inilah lagu yang aku semadikan di sini setahun yang lalu. lagu ingatan khasku buat arwah adik. pastinya hari ini juga bukan setakat kami sekeluarga sahaja mengenangnya. tiga lagi keluarga turut merasai kepiluan kehilangan anak2 yang dikasihi, bersama segala kenangan yang tidak mungkin luput daripada ingatan buat selama-lamanya. bersama segala kesakitan menahan rindu di lubuk hati. takkan pudar, takkan hindar. al-Fatihah. nguLat ngepost | 11:53 PM | | hati gue cair secair memamam coklat Wednesday, May 09, 2007 dari pagi sampai petang hujan. hari ini pula tak keje. hujan + tak keje = bergolek atas ranjang sambil berdengkur ala dugong dan bermimpi yang bukan2. itu juga antara faktor tubuh comelku semakin mengembang dan jeans dirasakan semakin mengecil. perlukah aku bertukar saiz? oh no!!! ![]() haruslah kalian mengembang bersama gue. heheh nampaknya atas permintaan teman2 sengetian, aku dengan rela hati mengembalikan semula pautan spot lepak yang aku nyahkan dari sini minggu lepas. tak sanggup aku melihat teman2 ku menjalani hari2 kehidupan mereka dengan tak keruan apabila niat menskodeng kehidupan orang lain terhalang dek kekejaman gue. hati aku jadi luluh gitu tatkala mendengar rintihan mereka. (iyolah tu, melampau2 plak ek. heheh) eh musykil juga tau, bukan tiada blogger lain yang buat pautan yang sama, malah lebih lebat dari gue. takpelah, gue redha sajork. haruslah aku ucapkan terima kasih atas sokongan. arigato! walaupun aku dengan malu gaban menjilat balik kata2 yang telah diputuskan. hehehe. dalam pada itu, pada sesapa yang blognya aku pautkan di sini, dan mahu aku menarik balik pautan korang itu, sila habaq tanpa segan silu ek. aku tak mahu diselubungi rasa bersalah bila blog korang popular kerana diskodeng oleh mata2 sekian, kasih diterima. nguLat ngepost | 10:45 PM | | Tuesday, May 08, 2007 dari bilik kepohchi uLat gonggok, dihikayatkan oleh uLat senget, inilah berita mutakhir al-basi. salam sejahtera dan salam sengetian. --------------------------------------------------------------- KUALA LUMPUR 5 Mei – Filem Jangan Pandang Belakang (JPB) arahan Ahmad Idham (gambar) hari ini memecahkan rekod sebagai filem Melayu paling tinggi kutipan tiket iaitu RM6.33 juta, sebulan selepas ditayangkan di seluruh negara termasuk Brunei. Filem genre seram terbitan Metrowealth Movies Production (MMP) itu mengatasi filem Sembilu II arahan Datuk Yusof Haslam yang mengaut RM6.2 juta pada 1995. - Utusan Malaysia ---------------------------------------------------------------- aku antara penyumbang filem ini mendapat pungutan mencecah RM6.33 juta (setakat ini). wow akhirnya pecah jugak rekod sembilu ek. bukan sekali aku nyumbang, 2 kali tuh. kali pertama tengok, aku ditemani lone yang merayau2 cuci mata kat jb awal bulan april lalu (sempat borong dvd lagik). kali kedua dengan Dia yang teringin merasa keseraman JPB. nasib baik aku ni kuat semangat, bolehlah temankan. setakat tengok muvie, ok arr. tapi kalau jadi sukarelawan seekers misalnya, mahunya aku terberak2. haha aku jarang menonton muvie berulang kali kecuali citer tu terangkat abis. lagi2 tengok kat wayang. membazir sajork. ni kira pecah tebiat la. dan aku ingatkan penontonan kali kedua bakal membuatku tertido, yelah dah tahu jalan cerita, kebetulan perut tengah penuh maka mata automatik kuyu. tapi nampaknya keseraman JPB membuatkan aku tak jadi tutup mata. kali pertama tengok terkeluar jugaklah jeritan poyo tapi bila kali kedua ini, terperanjat sudah hilang bertukar menjadi teruja terutama nak menyakat orang sebelah (cis! siap gelak2 lagik). apapun, penontonan kali kedua membuat aku lebih teliti memerhati setiap babak. dan akhirnya aku nampak juga si hantu terbang dengan tali2nya. lawak sungguh. hilangla seram oiii!! hahahaha pada aku citer ni akan lebih seram jika babak2 rasukan dipanjangkan. yang buat aku suka suki nak ngutuk ialah adanya babak yang meleweh2 dan tidak diperlukan, membuat rasa seram bertukar bosan. aku juga tak berapa suker dengan pelakon yang berlakon jadi kembar (Intan Ladyana). lakonannya ketika memegang watak Seri kureng menyengat. kureng ekspresi wajah. kureng vitamin L! antara babak kesukaan aku pula ialah pada babak2 Opah nyanyuk (Rusminah Sidek). antaranya, opah boleh nampak hantu? tapi dia tak takut, yelah dah nyanyuk, siap panggil hantu masuk rumah, dia ingat awek Darma, giler lawak + seram. manakala seram paling terangkat bila Darma (Pierre Andre) memangku opah dari dapur ke bilik tido, tapi bila sampai kat bilik, sekali tengok opah tengah sedap tido berdengkur (aku suka suki tambah berdengkur tuh hehe). abis tu opah mana yang diangkatnya? rupanya2 hantu pun pandai menyamar. apalagi, semua orang macam "aaaaAAAAAAAeeeee". seriau giler. ![]() jangan! jangan tak pandang belakang! hihihi uLat - filem Melayu selepas ini yang menanti giliran penontonan ialah Waris Jari Hantu. wajib sokong akak Shumi dan cik Maya Karin cantik jelita idaman --------------------------------------------------------------- KUALA LUMPUR 5 Mei – Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata, Malaysia perlu mengklasifikasikan antara penulis blog profesional dan bukan profesional sebagai satu mekanisme untuk mengawal laman blog daripada disalahgunakan. Ini kerana bagi beliau penulis blog yang profesional adalah mereka yang berasa lebih bertanggungjawab memastikan bahan yang mereka siarkan adalah bahan yang benar dan bukan sekadar khabar angin. - Utusan Malaysia --------------------------------------------------------------- sejak akhir2 ni, gomen sangat mengambil berat dengan pertumbuhan pelbagai laman blog di tanah Melayu ini. ada saja berita nak digembar-gemburkan yang bikin aku naik jelak. bukan kerana nak beri insentif atau pujian atas kecerdikan rakyat yang kini makin bijak IT, tapi kerana kepanasan dek wujudnya blog2 kritikan sepedas cili api, menyebar dakyah momokan politikus, dan memacam lagi yang buat orang2 di atas takhta tak senang duduk. pada aku yang telah berkecimpung dalam penulisan dan pengskodengan blog selama lebih tiga tahun nih, setelah macam2 blog aku skodeng, dari dakyah politik ke perihal agama sampai kelucahan melampau, pada pendapatan uLat segonggok 20sen, kebanyakan blog yang wujud adalah penulis blog bukan profesional, melindungi identiti dengan menyembunyikan nama sebenar (macam gue), bercerita perihal kehidupan masing2, kadang2 terselit komentar & kritikan sosial tanda bijaksini. manakala penulis blog profesional kebanyakannya mendedahkan identiti masing2. kalau tak senang dengan pendapat mereka, mudahler menyaman. namun dalam pada itu, tidak dinafikan wujud jugak blog2 berkepentingan peribadi, yang boleh buat orang terpedaya, keliru dan tertanya2. tapi kalau sekat macam mana sekalipung, kalau dah orang tu jenis bangkang segala benda, maka berita tulen pun dia tetap kata palsu bang. oleh itu sebagai pembaca dan penskodeng, pandai2 la kita tapis dan hadam. kalau tak setuju, tak suka maka tekan saja tanda pangkah. paling geram pun, komenler sepatah dua. [macam kalau tak suka (yuran langganan naik), jangan tengok Astro! (motif cakap camtu? dah Astro je memonopoli.) haha.] apa pun, pilihan di hujung jari kita. jadilah pembaca bijak. berjuta blog di dunia maya ni. cuma aku tak berapa berkenan dengan blog2 berunsur perkauman. racism. kalau setakat sakat sikit2 tu biasalah rencah ragam kehidupan pelbagai kaum. tapi kalau dah giler2 mengutuk sampai bertikam kata berlawan pena di blog, dan boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan komuniti blogger, orang macam tu patut kita hantar masuk PLKN aje. PLKN orang2 tua ngok. uLat - profesional senget. --------------------------------------------------------------- KUALA LUMPUR: Golongan wanita yang mengamalkan cinta sejenis atau lebih dikenali sebagai lesbian mempunyai cara tersendiri menghiburkan diri dengan pasangan masing-masing walaupun mengetahui perbuatan itu dilaknat Tuhan. Golongan songsang membabitkan gadis remaja, wanita dewasa termasuk bertaraf orang kenamaan (VIP) dikesan menjadikan bilik hotel di Jalan Imbi di sini, sebagai 'sarang' untuk menganjurkan parti liar sambil meneguk arak. Wartawan Harian Metro yang menyusup ke parti itu mendapati antara aksi ghairah yang dilakukan ketika berpesta ialah meletakkan gelas berisi arak yang didinginkan di lurah payu dara untuk dikepit. Pasangan lesbian lain pula bertaruh menari secara 'ghairah' sebelum pemenangnya berpeluang meneguk arak melalui gelas yang diletakkan di celah payu dara wanita itu. Selain itu, mereka yang mempamerkan tarian paling seksi dihadiahkan sekuntum bunga ros. - Harian Metro 28 April 2007 --------------------------------------------------------------- nak je aku ngepost seluruh isi berita ni. tapi aku pasti kebanyakan korang musti dah baca. aku setakat dapat baca jelah sambil berimaginasi dengan kreatifnyer. nak merasa bebetul pengalaman tenggelam dilurah macam tu, jauh sekali. hehehek haibat giler parti senget ni. sehaibat penyamaran si pelapor. semakin jauh beritanya dibaca, semakin lari tajuk asalannya. kata seorang teman, "cara tulisan macam nak educate orang msia pasal lesbian pulak, dengan begitu detail sekali." dirasakan jugak wartawan ni naive pasal lesbian. pada aku dia tak naive, saje buat2 ngok. memula bercerita pasal parti ghairah. selebihnya lesbian vs pengkid, dan pendedahan bahawa betapa sukarnya hendak jadi tegak semula selepas jiwa menyenget bermaharajalela walaupun telah beranak-pinak. wooo! menghebah dan memberitahu pada yang tak tahu ada bagusnya. tapi jika tersilap cara, lebih baik tidak ramai yang tahu berbanding tahu di dalam masyarakat yang penuh hal2 tabu. lepas ni, abislah port sejenak di alam senget diserbu dek orang2 yang nak mengambil tahu. uLat - dah lama tak nyonyot tebu. nguLat ngepost | 11:30 PM | | Tuesday, May 01, 2007 khas buat teman ranjau kesengetan, Sekapal. gue gumbira melihat ko kembali ceria walaupun duka pecah di jiwa. stay strong dude. Three little birds, sat on my window nguLat ngepost | 11:01 PM | | |
.aku senget
.kroni .layan jiwang
.meh borak .arkib negara
+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+
.spot lepak
+sekapal+ .port senget
+AfterEllen+ .shukran
template by +Lonelyger+ |