Saturday, June 30, 2007

gue kat kampung la ni, di sebuah taman dalam bandar jb. heheh. haruslah kan bila dah keje merantau, dan sesekali balik hometown, dapatlah bagitau orang yang kita balik kampung walaupun sebenarnya kampung kita tu sebuah lagi bandaraya yang besaq gedabak. huhuh. fuiyooo! seronok giler perasaan aku bila dapat pusing2 satu jb dan jengok kembali bilik terchenta. oh katilku oh tvku.. aduh! macam takmo balik kl aje. hahah..

genap sebulan gue keje di kl. korang nak tahu tak, banyak perubahan berlaku kat aku dan badan aku sejak dok sini. antaranya..

  • gue makin menggumuk. isu gue yang tak berpenghujung. mak aku tegur "eh kak, badan ko ni makin naik ek?" tuler, aku pun heran. patutnya bila dok bujang harus kurang makan. ni selera bertambah2. kalau kat opis, musti kena sarap n lunch. orang pi kafe, kita pun ikut pi kafe. pastu banyak kali plak makan free. makan malam, osmet ku rajin plak masak. kenalah menjamah. kalau bertandang rumah jiran sepelaung pun, aku akan makan lagi juadah orang lain. dah orang jemput makan, makan ler. ingat pepatang melayu, rezeki jangan ditolak, awek harus dicari. hahah. pastu bila lepak luar, harus makan jugak. aduh! aku malas giler nak diet acam sorang kawan tuh yang dah turun 3 kilo. seksa beng menahan lapar. sebab tekak gue mau makan dan mulut mau kunyah2an. acamana?
  • tidur lewat bangun cepat. kekadang tidur cepat gak dan bangun pun makin cepat. paling ketara kalau gue letak kepala kat memana, pastu pejam mata jer gerenti gue belayar krohh krohhh. kejadian ini akan berlaku tak kira pukul berapa, hatta pukul 8 malam pun, tatkala malam masih muda dan terang benderang, gue boleh tertidur sampai pagi dan tak mandi2. ajaib. dedulu kat jb, gue boleh berjaga sampai subuh pagi. la ni, jangan harap!
  • gue letak jawatan sebagai antu tv. title itu harus ditarik balik kerana gue dah tak lagi menjadi penonton tv tegar. jangan tanya kat aku perkembangan terkini ugly betty atau desperate housewives misalnya, memang aku tak tahu. bila dok kl nih, tetiba aku jadik tak kisah dengan tv. cuma satu jer, dalam hati masih rindu dengan akak ellen dan teds. ya.. aku tahu astro ch70 dah mula tayang teds. tapi gue tetap melepas, selalunya terlupa nak tonton ulangannya jam 12am sebab waktu tu sama ada gue tengah ngeteh, atau pi nyibuk rumah orang berborak bagai, atau gue sibuk siapkan assignment, atau gue tengah gosok baju yang takmo tegang2, atau pung gue dah lena di alam mimpi. dan atau2 lain yang memacam. eh chop2, sempat jugak aku tengok expose episode pencinta wanita dan 360. no komen. komen gue dah basi.
  • shopping tak henggat. setiap hujung minggu, gue harus keluar membeli dan membelah gedung2 di sekitar kuala lumpur mencari baju keje yang berkenan di mata dan di badan. giler kumpul koleksi dan sampai la ni masih tak mencukupi. yelah, badan gue extra special, harus mencari yang sesuai segenap aspek. hahaha. sementara ringgit malaysia tengah berkepuk ni bolehlah. karang bila dah pokai, rasakan penangan kerja merantau!
  • jarang-jarang dapat online. mati kutu gue. dalam seminggu ni jer baru dapat online selalu. itupun gue tetap tak sempat menyelinap masuk sengetians. blog pun jenguk kejap ajelah. maka hari ni di jb bila gue jengok forum tuh, banyaklah thread terpaksa gue skip. tak sanggup menelaah panjang. haru sungguh.
ha.. itulah antara perubahan yang ketara. ekceli ada lagi yang paling ketara, yang ada kena mengena dengan entry sebelum ini. gue dah menjalankan misi pemberontakan ittew dan dikira mission accomplished, sukses banget walaupun gue berpeluh sakan jugak. tapi sukses itu hanya dalam sekelompok kecil. gue masih berdebar menanti reaksi orang lain bila tiba masanya nanti. aiyoyoyo, apakah ittew? sebelum ni gue kata mau bercerita kan.. tapi gue mahu berahsia lagi. biarkan rahsia itu tetap misteri. barulah diri gue misteri jugak. hahaha. iyolah labu. daa..



nguLat ngepost | 10:26 PM | |

Monday, June 11, 2007

aku sedang berdepan dengan satu konflik diri yang sangat besar. ia sudah bermaharajalela dalam diri aku sejak setahun dua lalu. ia juga telah ditelek, direnung, dimuhasabah, dikonfrantasi, diperdebatkan dan bermacam jenis agenda pengeluaran idea supaya tahap keyakinan aku meningkat bila tiba masanya aku buat keputusan ini.

dan aku bakal merealisasikan pemberontakan ini esok! esok adalah hari penentuan. jika aku tak buat esok, maka ia akan tertunda dan bila sudah tertunda, proses mengeluarkan sayap dari kepompong ini akan menjadi lebih sukar dan semakin sukar. begitulah sulitnya misi ini untuk dilaksanakan walaupun sudah bertahun2 aku fikirkan.

jika ada sesapa yang dapat meneka misi apakah yang bakal aku jalankan ini, sememangnya anda seorang yang genius membaca maksud di sebalik ayat2 yang sengaja aku putar alamkan. jika masih tak faham, haruslah anda perhebatkan lagi ramuan sehat lagi hebat, iaitu minumlah sokmo susu semulajadi. heheh

nanti2lah aku bercerita pecah-segala-rahsia memanjang ek. kerana sebelum ini pun dah ade insan2 yang bertanya pada aku hal tersorok ini, soh aku kupaskan buah2 otak ku dan pengalaman dua sen ini. cuma aku aje yang agak keberatan mengeluarkan kenyataan2 yang bakal membuka pekung di buah dada sendiri. adios.


p/s : jangan lupa nonton 360 rabu ni di tibi telu. wajib bagi sengetians! ade berita hangit lagi membasikan.



nguLat ngepost | 9:46 PM | |

Saturday, June 09, 2007

hari ni aku pi medical checkup. tak sangka plak doc nak periksa sekali aku punya buah dada yang cumil ini. patutlah kekawan aku yang dah buat medical checkup seriau semacam. kalau setakat periksa dengan tangan diseluk ke dalam baju aku ok lagik. kira tak terbuntanglah gunung tuh dilihat mata2 lain selain awek2 aku, tapi ini tidak. begini ceritanya..

mula2 aku diminta baring dan melonggarkan zip jeans. kemudian kak misi menyelak sedikit seluar kecik ku, maka terburailah perut boroiku. dia juga meminta aku membuka bra. oleh kerana aku pakai sport bra, jadi selak ke atas ajelah. sonang keje. masa ni tshirt masih lagi menutup dada cumilku. walaupun begitu, aku tetap rasa tak selesa. aku angkat lutut kaki, dan kak misi marah, soh aku turunkan kaki dan baring diam2. aku cakap, "saya malu la kak". kak misi pun balas, "apa nak malunya. doktor nak check aje," aku pasrah.

setelah aku bersedia, doc pun datang menjengok. doc lelaki, singh malay dan agak berumur. mula2 dia tekan kawasan sekitar perut sambil suruh tarik nafas. aku masih steady lagi. kemudian tibalah saat yang dinanti2kan. sebelum pemeriksaan buah dada bermula, doc pun bersuara, "saya minta izin yer periksa." apa nak jawab? nak tak nak angguk jelah. kang tak kasi izin, tak lulus plak medical checkup, kena benti kerja, dan balikla ke jb. hahaha. setelah aku mengangguk tanda keizinan, maka doc pun selak tshirt aku sampai ke bawah dagu. ketika itu aku hanya mampu sengih kegelian. tak sanggup buka mata. malu giler! malu tak keruan.

doc menekan2 di sekitar dada cumilku. kekadang terasa sakit gak bila tekanan dan pusingan yang dibuat agak kuat. sampai aku mengerut dahi. tapi semuanya ok. doc pun profesional. eh, memang la ni kalau buat medical checkup kena check breast sekali ek? kali terakhir aku buat medical checkup masa nak masuk uni dulu tapi tak kena la check bagai acamni. apapun, aku memang berhajat nak buat pemeriksaan buah dada kerana seriau dengan kisah2 cancer buah dada. maka kiranya hajat dah tertunai tanpa perlu mengeluarkan sesen pung. syukur.

oh yea, pada korang yang masih tertanya2 di planet manakah aku sekarang, yerp, aku telah berhijrah ke planet kota batu penuh lumpur. menjadi warganegeri ibu negara malaysia tercinta, kuala lumpur. untuk berapa lama aku tak pasti. mungkin selama2nya bermastautin di sini. mungkin tidak. tak tahu lagi. tak mampu meramal masa depan. masih berkerja di bidang yang sama ketika di jb. cuma kali ni lebih gah dan glamer. ececeh.. di opis baru ni, aku dikelilingi wanita2 dan awek2 yang cun dan kendu belaka. giler kendu!! bukan main2 tau. bersemangat aku nak pi kerja. ghairah giler aku tengok depa. aiyoyoyoyooooo.. hahahah. tapi aku plak merasa rendah diri, dahlah memang rendang tak berbuah, kendu pun tak macho pun tak. huhuh.. tulunla daku oii!


p/s : tahniah buat PM kita, Pak Lah dan Jeanne Abdullah. moga berbahagia selama2nya.



nguLat ngepost | 3:18 PM | |

di bawah lembayung pelangi

a member of the

SengetianS


skodeng



+December 2003+
+January 2004+
+February 2004+
+March 2004+
+April 2004+
+May 2004+
+June 2004+
+July 2004+
+August 2004+
+September 2004+
+October 2004+
+November 2004+
+December 2004+
+January 2005+
+February 2005+
+March 2005+
+April 2005+
+May 2005+
+June 2005+
+July 2005+
+August 2005+
+September 2005+
+October 2005+
+November 2005+
+December 2005+
+January 2006+
+February 2006+
+March 2006+
+April 2006+
+May 2006+
+June 2006+
+July 2006+
+August 2006+
+September 2006+
+October 2006+
+November 2006+
+December 2006+
+January 2007+
+February 2007+
+March 2007+
+April 2007+
+May 2007+
+June 2007+
+September 2007+
+October 2007+
+February 2008+
+March 2008+

+sekapal+
+lilylotus+
+blue+
+zaffey+
+yatt+
+payid+
+elenaoz+
+nasik+
+isrockstar+
+jj78+
+asya+
+dyke+
+rozek+
+afy+
+th3undefined+
+jL+
+laut+
+eid+
+fdb+
+froggie+
+armz+
+fiq+
+shajime+
+elsilver+
+armie+
+shay+
+han+
+arD+

+AfterEllen+
+Sengetians+
+WWLW+
+Butches Inc+
+for PLU+
+Pink Lemonz+
+Les Worlds+
+Queer Filter+
+PlanetOut+
+The L Word+
+Queer Jihad+
+Fridae+
+Al-Fatiha+
+Herstory+

template by +Lonelyger+
hosted by +Blogger+



Listed on Blogwise

This page is powered by Blogger. Isn't yours?


Free Web Counter