undian anda tiada calitan
Saturday, March 08, 2008
aku antara umat yang tidak mengundi hari ini.
kalau tahun 2004 dulu, aku begitu teruja sampai masuk puteri umno dan antara perayu dan ejen parti bertanding, tapi tahun ini aku terpaksalah melupakan hasrat untuk mengundi. masa memula tu teruja juga, nak rasa kena calit. tapi spr plak tarik balik. apedah! kalau dah nak buat tu, teruskan jelah. kan dah pikir pro n cons calit mencalit ni. dol lah depa ni. macam buat keje tak pikir abis. duh?!
apapung, gue kena keja ari ni. itew antara sebab utama gue tak balik jb. keja ini tak boleh skip. semua orang di opis bekerja dan berkorban, sepanjang 2 minggu sejak pembubaran parlimen. cepatla abis seksaan ini. stress!
kalau nak ikutkan aku boleh jerrr balik mengundi kejap. caranya, "malam tadi lepas abis keje 1 pagi, aku pecut balik jb, sampai dalam pukul 5 pagi lebih kureng, tido kejap, pastu pi mengundi, pastu pecut sampai tayar pechah balik kl semula." aku dah pikir nak buat cara tu, tapi ia memerlukan pengorbanan 200 hengget untuk minyak dan tol juga tenaga serta masa tido. berbaloi tak pengorrrbanan itew hanya untuk satu pangkah? kalau ada yang sudi bagi hengget-hengget tu memang la aku balik. huhuh
tapi aku ada sebab kedua juga, yang lebih kukuh kenapa aku tak patut mengundi tahun ini. anggap sahaja sebagai hukum karma dan rasa bersalah aku pada arwah adik. ceritanya begini... arakian pada tahun 2004, adik yang keje kat kl masa tu balik dengan kancilnya untuk mengundi buat kali pertama. aku yang juga mengundi kali pertama teruja dengan semangat kepartian. pada pagi hari mengundi, aku dengan selfish nya pakai keta kancil itew, keluar pi mengundi, dan selepas tu terus ke pusat pengundian. dalam fikiran aku abah akan bawa mak dan adik pi mengundi la. tapi rupa-rupanya aku silap percaturan.
oleh kerana pusat abah mengundi tidak sama dengan kami bertiga, jadi abah keluar sendiri naik motor, meninggalkan adik dan mak terkulat-kulat, menyuruh mereka naik kereta yang disediakan BN di taman rumah kami. tapi mak dengan adik tak mahu. nak bawak waja, adik plak tak berapa berani. sampai sudah, mereka tak keluar mengundi. bila aku balik rumah, dah malam dah. tanya mak, mengundi tak, mak cakap tak. adik jadik merajuk dengan aku dan abah kerana pentingkan diri. lebih-lebih lagik adik marah kat abah, adelah benda yang mereka gaduhkan. aku pun patutnya pakai waja tu, jadik apa2 hal adik boleh guna kancil. lama jugak la adik merajuk. adelah dalam 2-3 bulan dia tak balik jb lepas tu...
maka aku rasa bersalah pada adik sampai sekarang. jadi bila aku fikir kekesalan tidak mengundi tahun ini, aku terus alih pikiran ingatkan apa aku buat kat adik. takpela tidak mengundi. sesapa pun memerintah skang tak penting bagi aku. kalau boleh, aku nak jer barisan pembangkang menang. nak tahu juga sejauh mana manisfesto boleh ditunaikan. nak tengok ada tak kesepakatan antara mereka. negara kebajikan? huh? jadilah kita ni rakyat bersubsidi sepanjang hayat. tapi yang paling penting, sapa plak nak jadik PM??
selamat mengundi. jumpa lima tahun lagi.
nguLat ngepost | 5:17 PM | |